The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72069117, 2021-06-27 21:11:56

SENI REKA GRAFIK (INFOGRAFIK)

Pemahaman terhadap infografik

Keywords: INFOGRAFIK

SENI REKA GRAFIK (INFOGRAFIK)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

OBJEKTIF SENI REKA GRAFIK (INFOGRAFIK)

Objektif
 (i) Menjelaskan definisi, prinsip, elemen, fungsi dan penjanaan idea infografik.
 (ii) Meneroka pelbagai media dan teknik dalam proses penghasilan rekaan infografik.
 (iii)Menghasilkan rekaan infografik dengan menggunakan imaginasi dan idea secara

kreatif dan inovatif.
 (iv)Menjelaskan pengalaman sendiri dengan menumpukan aspek Bahasa Seni Visual

dan Pemikiran Seni Visual berdasarkan hasil rekaan infografik yang dipamerkan

PERSEPSI SENI

 Infografik digunakan secara meluas
melalui media cetak seperti peta, surat
khabar, poster, papan tanda arah dan lain-
lain bagi menyampaikan maklumat dengan
lebih cepat dan berkesan. Infografik juga
turut digunakan dalam pelbagai media
digital seperti permainanan digital dan
aplikasi digital

DEFINISI DAN FUNGSI INFOGRAFIK

 Gabungan dua patah perkataan, iaitu INFORMASI dan GRAFIK.

 Penggunaan elemen dan prinsip digarap dalam proses mereka bentuk informasi agar
penyampaian lebih efisien dan berkesan.

 Menggunakan ilustrasi pelbagai simbol, graf, carta dan rajah sebagai representasi visual
terhadap maklumat dan data.

 Memudahkan pembaca membuat analisis berdasarkan pola atau corak dan trend serta
dapat membantu mendapatkan maklumat daripada data yang kompleks dengan lebih
cepat dan menyeluruh.

 Sebagai contoh, perjalanan seorang pelancong menjadi lebih mudah dengan bantuan
peta infografik kerana terdapat maklumat berkaitan nama lokasi, jarak dan panduan
perjalanan ke tempat-tempat menarik di kawasan sekitar.

ELEMEN DAN PRINSIP VISUAL INFOGRAFIK

 Asas rekaan untuk menghasilkan infografik.
 Kebolehan pereka grafik mengaplikasikan

elemen dan prinsip visual dengan baik dapat
menghasilkan rekaan infografik yang menarik
dan berkesan.

ELEMEN VISUAL INFOGRAFIK

RUJUK BUKU TEKS
M/S 174-175

PRINSIP VISUAL INFOGRAFIK

 DATA DAN STATISTIK
 HIERARKI DAN FLOW
 STAIL VISUAL
 FORMAT DAN SAIZ
 NARATIF DAN PENCERITAAN

DATA DAN STATISTIK

 Maklumat yang disampaikan
menggunakan infografik biasanya
mempunyai data dan statistik.

 Merupakan sampel atau fakta
(kualitatif atau kuantitatif) yang
dianalisis, diinterpretasi dan
disampaikan dengan cara yang
paling mudah difahami.

HIERARKI DAN FLOW

 Susunan keutamaan maklumat
yang ingin disampaikan.

 Membantu pereka untuk
merancang, menyusun
kedudukan maklumat dan data
agar penyampaian lancar dan
berkesan.

STAIL VISUAL

 Digunakan untuk menentukan
keseragaman setiap elemen
visual.

 Memastikan penampilan visual
dalam sesuatu rekaan infografik
mencapai keharmonian bagi
kesemua elemen visual yang
digunakan.

FORMAT DAN SAIZ

 Menentukan ruang dan paparan
susun atur serta jumlah
informasi dan sesuatu rekaan.

 Format – Penetapan cara
maklumat disusun dan
dipersembahkan dalam bentuk
media cetak atau digital.

 Saiz – Standard pengukuran
besar atau kecil, misalnya kertas
bersaiz A4 atau A3.

NARATIF DAN PENCERITAAN

 Penetapan konsep dan tema
reka bentuk mengikut informasi
yang disampaikan.

 Rekaan elemen visual yang
dipilih hendaklah mampu
menzahirkan maklumat kepada
satu bentuk penceritaaan yang
jelas dan menarik.

TAHUKAH ANDA????

 Harry Beck (1902-1974) ialah
pereka yang memperkenalkan
konsep peta pengangkutan yang
unik pada tahun 1932 di London.
Peta laluan memerlukan prinsip
infografik tambahan iaitu
ketepatan dan proksimiti.

 Hal ini bagi memastikan
maklumat diringkaskan dengan
kemas dan mudah untuk
difahami.

JENIS GRAF DAN CARTA

 Digunakan sebagai elemen asas dalam
penghasilan infografik.

 Banyak digunakan dalam bidang
matematik untuk menyampaikan data
numerikal secara visual dengan jelas.

 Graf dan carta digunakan untuk
menunjukkan hubungan, pola atau
corak data yang kompleks.

 Olahan informasi menggunakan
kreativiti dan kemahiran komunikasi
visual.

PENJANAAN IDEA INFOGRAFIK

 Memerlukan proses penjanaan idea
agar dapat diolah, diuji nilai dan
ditambah baik sebelum sampai
kepada karya akhir.

 Membantu pereka grafik menguji
beberapa konsep secara kasar
dengan cepat.

 Proses penjanaan idea melalui tiga
fasa, iaitu lakaran kenit (thumbnail
sketches), lakaran kasar (rough
steches) dan lukisan komprehensif
(comprehensive drawing).

TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU NOR HAFIZAH BINTI MOHD

FUZI
SMK HOSBA


Click to View FlipBook Version