PERMAINAN PETANQUE
                         AKTIVITI KELAB PETANQUE SMK HOSBA
 Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat
    daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
 Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa
    sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan.
 Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata.
 Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan dua pemain dan
    satu pemain lawan satu pemain.
 Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds Tanques”
    yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bila
    mana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa
    melakukan balingan.
 Pada hari ini , kita akan belajar tentang :
    • Sejarah sukan petanque
    • Asal usul sukan petanque
    • Bagaimana sukan petanque dijalankan
    • Jenis peralatan yang digunakan
 Petanque adalah sukan yang telah berkembang selama berabad-abad dan
   petanque ini dimainkan dalam pelbagai cara dan gaya.
 Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000
   sebelum Masihi apabila satu set bola dan jek ditemui di Turki.
 Satu set bola juga ditemui di makam orang-orang Mesir,dipercayai berusia
   sekitar tahun 7000 sebelum Masihi.
 Pada zaman purba,sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek.
 Dipercayai juga bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang
   membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.
 Pada zaman pertengahan,permainan petanque ini sangat popular
   sehingga ia dilarang dari dimainkan.
 Pada kurun ke-17,para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini
   kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan
   permainan ini kepada 14 mata.
 Sewaktu perang,tentera Napolean Bonaparte menggunakan peluru
   meriam sebagai bola permainan.
 Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah menamatkan permainan
   bola ini sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan bala tentera Sepanyol.
 Sejarah moden permainan petanque moden pula bermula di Clotat,Perancis
    pada tahun 1910 apabial seorang lelaki cacat yang baru sembuh dari
    kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu bola
    tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri.
 Pada akhir dekad,petanque ini juga dimainkan di Eropah Timur dan Asia
    seperti Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja, Laos,Jepun dan Singapura.
 International Petanque Federation atau Federation Internationale de
    Petanque et Jeu Provencal telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille.
 Persatuan ini mempunyai ahli seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara.
    Kejohanan Petanque Dunia yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1959.
 Sukan Petanque diperkenalkan di Negara Malaysai
   pada tahun 1987 oleh Kementerian Belia dan Sukan.
 Pada pertengahan tahun 1989, YM Profesor Diraja
   Ungku Abdul Aziz Yang Dipertua ANGKASA telah
   memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di
   Malaysia.
 Permainan petanque ini telah diiktiraf oleh Kementerian
   Belia dan Suka sebagai satu acara sukan baru.
1. Mengadakan demonstrasi permainan petanque di seluruh
    Negara dari semasa ke semasa
2. Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-
    peraturan petanque. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh
    ANGKASA
3. Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi
    peringkat negeri dan peringkat kebangsaan sempena
    perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun
4. Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque
    antarabangsa.
BOULES          BEG
PITA PENGUKUR
               JACK
                     KAIN ATAU TUALA KECIL
 Berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam serta
   berongga di bahagian dalamnya.
 Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm.
 Beratnya antara 650 gram hingga 800 gram.
 Boule ini mempunyai jenama tertentu,angka penunjuk
   berat dan nombor siri tertera padanya.
 Boule yang diguna dalam pertandingan mestilah yang
   telah diluluskan oleh badan antarabangsa ( FIPJP ) atau
   persekutuan petanque kebangsaan ( PPM)
 Berbentuk bulat tetapi diperbuat
   daripada kayu keras.
 Mempunyai garis pusat antara 25mm
   hingga 35mm.
 Boleh diwarnakan tetapi warnanya
   mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas
   permukaan gelanggang
 Meliputi alat-alat seperti "tape
   measure","telescopic
   measure","caliper", dan "tape
   gauge".
 Digunakan untuk mengukur jarak
   boule yang terdekat dengan
   kedudukan bola jack
 Digunakan untuk membersihkan
   boule semasa pertandingan.
 Mestilah bersesuaian dengan saiz
   boule
 Dijadikan sebagai tempat menyimpan
   boule.
TEMPAT BERMAIN         SUPPOSE JACK
   PILIH PASUKAN
    PILIH BOULES    MEMBUANG BOULES
TENTUKAN GILIRAN  MEMENANGI PUSINGAN
                          MEMENANGI
                          PERMAINAN
• Dimainkan di luar rumah atau
   mana-mana permukaan yang
   rata dan terbuka.
• Contohnya halaman rumah,
   taman, padang, tempat letak
   kereta yang berbatu dan lain-
   lain permukaan keras seperti
   konkrit atau asfalt atau sangat
   lembut seperti pasir halus.
• Pasukan perlu dibahagikan
   kepada dua pasukan
• Anda boleh bermain secara
   single dengan seseorang
   pemain pada setiap sisi @
• Doubles dengan dua pemain
   pada setiap sisi @
• Triples dengan tiga pemain
   pada setiap sisi
• Kedua-dua pasukan digalakkan untuk     Singles
   memilih boules mereka.                 boules
• Boules setiap pasukan haruslah           dan
   mempunyai corak groove yang dapat     doubles
   membezakan boules pasukan lawan.       boules
• Mudah mengenalpasti boules sendiri
   apabila mengira mata
• Apabila bermain secara singles atau
   doubles, setiap pemain akan
   menggunakan tiga boules dan triples
   setiap pemain menggunakan dua boules
• Giliran untuk bermain
  boleh ditentukan
  dengan cara
  melambungkan duit
  syiling untuk melihat
  pihak mana yang
  pertama memulakan
  permainan.
• Pasukan yang menang lambungan syiling            JACK
   memilih lokasi permulaan dan kemudian      GELUNG
   memilih salah seorang pemain mereka untuk
   membuang bicu.
• Lokasi permulaan ditandakan dengan
   bulatan yang berukuran 14 hingga 20 inci
   diameter dan sekurang-kurangnya tiga kaki
   dari sebarang halangan.
• Bulatan boleh dilukis dengan kapur,terukir
   dengan kotoran dengan kayu,atau dibuat
   dari sekeping tali atau apa sahaja yang
   berfungsi.
• Apabila bulatan dilukis,pemain kemudian
   berdiri dengan kedua-dua kaki di dalam
   gelung dan melemparkan jack.
• Semua boules hendaklah dibuang dari dalam bulatan permulaan
   dan dengan kedua-dua kaki di atas atas tanah.
• Pemain yang pertama memulakan permainan akan cuba
   membaling boule untuk dekat dengan bola jack.
• Pemain perlu kekal di dalam bulatan sehingga boule telah
   mendarat.
• Kemudian,seorang pemain dari pasukan lawan akan melangkah
   ke dalam bulatan dan cuba untuk mendaratkan boulenya lebih
   dekat dengan jack walaupun ianya bermakna boleh berlanggar
   dengan boule pihak lawannya ataupun pemain boleh
   membuang boule pihak lawan yang dekat dengan jack dengan
   balingan yang kuat.
• Boule yang dekat dengan jack dikatakan memegang mata dan
   kedudukan yang kukuh .
• Setelah salah satu pasukan telah habis boule atau telah dapat mendekatkan
   boulenya dengan jack,pihak lawan atau pasukan dapat membuang boule
   dan mata akan dikira.
• Pasukan yang mempunyai boule yang paling dekat dengan jack akan
   memenangi pusingan.
• Selain itu,mereka juga menerima mata untuk setiap boule yang lebih dekat
   dengan jack berbanding boule pihak lawan.
• Hanya satu pasukan yang akan mendapat skor setiap pusingan.
• Pasukan pertama yang mendapat 13 mata akan menang permainan.Tidak
   ada lagi pusingan yang akan dimainkan jika salah satu pasukan telah
   mendapat 13 mata.
KELAB PETANQUE
                                                            SMK HOSBA
