The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-1464836, 2021-03-31 11:10:27

Peranan Kerajaan Dalam Ekonomi

Peranan Kerajaan Dalam Ekonomi

Peranan Kerajaan Sebagai
Pengeluar dan Majikan

 Kerajaan berperanan sebagai pengeluar
barang awam dan barang sosial .

 Mengadakan sebuah kerajaan untuk mentadbirkan
dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat tempatan.

 Kerajaan patutlah menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah Negara.

Peranan kerajaan sebagai PENGELUAR

 Kerajaan berperanan sebagai pengeluar barang awam dan barang sosial dalam
ekonomi kerana barang-barang ini tidak disediakan oleh pihak swasta atas sebab
pengeluaran yang tinggi.

 Ini menjadikan kerajaan sebagai MONOPOLI SEMULA JADI dalam pengeluaran
barangan awam dan sosial.

Peranan kerajaan sebagai MAJIKAN

 Kerajaan merupakan majikan terpenting di Malaysia.

 Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam
kepada masyarakat di Negara kita.

BARANG AWAM CIRI-CIRI BARANG SOSIAL

Barang yang dapat digunakan MAKSUD Barang atau perkhidmatan yang
oleh seseorang individu tanpa membawa manfaat terbesar
mengurangkan faedah PENGELUAR kepada semua masyarakat.
penggunaan. BAYARAN
Kerajaan
Kerajaan PENGGUNA
CONTOH Tidak perlu bayaran
Tidak perlu atau sedikit bayaran
Semua masyarakat
Semua masyarakat
Air terawat , rakyat celik huruf ,
Sekolah , hospital , kesihatan rakyat meningkat
jalan raya

Monopoli Semula Jadi Kerajaan

 Monopoli semula jadi merupakan monopoli kerajaan.

 Monopoli semula jadi ialah pengeluaran barang atau
perkhidmatan dibenarkan untuk dikeluarkan oleh firma
berkaitan kerajaan.

 Monopoli semula jadi dijalankan oleh GLC
(Government Linked Company) atau Syarikat Berkaitan Kerajaan.

 GLC ialah entiti berdaftar yang menjalankan aktiviti komersial mewakili kerajaan.

Sebab wujud monopoli semula jadi

 Pengeluaran barang awam dan barang sosial memerlukan kos modal yang
tinggi.

 Hanya mampu dibiayai oleh kerajaan melalui dana kutipan cukai dari
masyarakat.

 Kos modal yang tinggi menjadi halangan bagi pengeluar swasta lain untuk
menghasilkan barang tersebut.

 Sebagai pengeluar tunggal dalam industri , kerajaan boleh mengawal harga
barang keluaran untuk menjamin kebajikan masyarakat.

Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi

 Satu firma sahaja

Hanya sebuah firma sahaja yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan tertentu
seperti bekalan elektrik (TNB).

 Keluaran tidak ada pengganti

Barang keluaran firma kerajaan tidak dikeluarkan oleh firma lain.

 Penentu harga pasaran

Kerajaan yang menentukan harga barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan.

 Tiada kebebasan keluar masuk industri

Wujud halangan atau kebebasan firma lain untuk keluar atau masuk pasaran. Contoh kos
modal yang tinggi.

Menyediakan peluang pekerjaan
dengan menggaji kakitangan awam

 Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam kepada guna tenaga
di Negara kita .

 Contoh pekerjaan ialah tentera,polis,guru .

 Peluang pekerjaan yang disediakan dapat menjana pendapatan kepada penjawat awam dan
meningkatkan taraf hidup.

 Peningkatkan permintaan barang dan perkhidmatan akan mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi dalam Negara.

 Kerajaan juga menawarkan pelbagai faedah sampingan kepada kakitangan awam seperti elaun
sara hidup, elaun perumahan dan sebagainya .


Click to View FlipBook Version