The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leeza roslan, 2024-06-11 23:29:01

keusahawanan_30052024

keusahawanan_30052024

Sidang editor eBuletin Keusahawanan berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan atau tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana atau ulasan ke meja Sidang Redaksi atau email ke editor penerbitan, [email protected]. Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] PENAUNG YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Haliza binti Abdul Hamid Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN IT Solution (BITK) Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) PENERBIT Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA EDITOR/WARTAWAN Anita binti Kudin Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif SIDANG EDITORIAL Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA


DAFTAR KANDUNGAN 4 | PERLIS SHOWCASE 2024 6 | KUNJUNGAN YB TIMBALAN MENTERI KE PREMIS MARA 8 | RM2.5 JUTA BANTU USAHAWAN AUTOMOTIF MILIKI CAWANGAN PUMP 10 | PUSMA – KEPENTINGAN FRONTLINER PEMANGKIN USAHAWAN BUMIPUTERA 12 | TKP USAHAWAN MARA MENYANTUNI RERUAI USAHAWAN @PERLIS SHOWCASE 2024 14 | TKP USAHAWAN MENYEMPURNAKAN PEMBUKAAN MR ABSORBER KULAI 16 | UNIKLINIK TERUS MELEBAKAN SAYAP MELALUI PROSPEC MARA 18 | MARA-PETRONAS KOMITED BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA MELALUI PROGRAM TRANSFORMASI BENGKEL KENDERAAN 20 | LAWATAN KERJA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE MHI PARK @ BATU 22 | MISI PERDAGANGAN KE KAZAKHSTAN 24 | GATE TO GLOBAL : PERLUAS JARINGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA KE UNITED KINGDOM 26 | PREMIS PERNIAGAAN MARA BERI PELUANG USAHAWAN JALANKAN PERNIAGAAN 28 | TAKARA BARBER SHOP: PENUHI PERMINTAAN PELANGGAN DI ARKED MARA KLANG 30 | JENAMA LARNEY LAKAR NAMA DALAM INDUSTRI FESYEN 32 | JENAMA MINAZ KEKAL BERTAHAN SELAMA 14 TAHUN 34 | KEJAYAAN BIEBON DALAM INDUSTRI MINYAK WANGI


4 | 5/2024 KUALA LUMPUR, 29 Mei 2024 - Perlis Showcase 2024 yang berlangsung bermula 28 hingga 30 Mei 2024 di Medan MARA, Kuala Lumpur. YB. Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyantuni 19 usahawan yang dibawa khas dari Negeri Perlis Indera Kayangan. Perlis Showcase 2024 merupakan satu usaha untuk mempromosikan produk-produk terkemuka keluaran dari Negeri Perlis. Menariknya Perlis Showcase 2024 kali ini, produk ikonik Mangga Harumanis Perlis dibawa khas untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai keenakkan dan keunikkan buah Harum Manis yang hanya terdapat di Negeri Perlis. Usahawan yang turut serta antaranya Ais Krim Mokti’s, Sotong Goreng Cuemi, ByReefa dan pelbagai produk Negeri Perlis. Pelaksanaan showcase ini juga adalah bertujuan untuk membawa Kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 disamping meningkatkan lagi jaringan perniagaan usahawan ke peringkat yang lebih jauh. Turut mengiringi Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ialah YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis serta Ahli Pengurusan MARA. PERLIS SHOWCASE 2024


ebuletin Keusahawanan | 5


6 | 5/2024 Sesi lawatan YB Datuk Hajah Rubiah Binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, ke premis MARA diringi YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, bersama Ahli Pengurusan MARA di Medan MARA, Kuala Lumpur. KUNJUNGAN YB TIMBALAN MENTERI KE PREMIS MARA


ebuletin Keusahawanan | 7


8 | 5/2024 TERENGGANU, 13 Mei 2024 – Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA - PETRONAS (PUMP) memperuntukkan RM2.5 juta bagi membantu 7 usahawan automotif membuka pusat servis kenderaan di Terengganu. PUMP merupakan program khas berstruktur merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat dan pemantauan berkala oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM) dalam memperkukuhkan lagi peranan kedua-duanya bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera dalam bidang automotif. Bagi program PUMP di Negeri Terengganu, MARA mensasarkan 10 cawangan yang mana tiga daripadanya telah beroperasi di Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun manakala tujuh lagi cawangan sedang dibangunkan dan dijangka akan beroperasi pada tahun ini. Jumlah ini adalah antara 55 orang peserta yang terpilih di kalangan 120 orang dari 3 negeri zon pantai timur yang telah menghadiri sesi taklimat dan temuduga pada Ogos tahun lepas. “Secara keseluruhan, MARA telah menerima peruntukan sebanyak RM390 juta dan telah membelanjakan sebanyak RM185 juta bagi pembiayaan perniagaan dan RM 25 juta RM2.5 JUTA BANTU USAHAWAN AUTOMOTIF MILIKI CAWANGAN PUMP


ebuletin Keusahawanan | 9 diperuntukkan untuk program latihan keusahawanan dan program khas yang memberi manfaat seramai 6,650 usahawan di seluruh Malaysia.” ujar beliau dalam perasmian cawangan PUMP pertama di Kuala Nerus. “MARA juga telah memperuntukkan RM15 juta yang memberi manfaat kepada 35 usahawan dengan memiliki 46 buah cawangan di bawah jenama PUMP. Keberhasilan ini sangat memberangsangkan dan memberi impak tinggi apabila nilai jualan usahawan di bawah PUMP mencecah RM50 juta dengan penawaran 320 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” tambah Pengerusi MARA. RS Auto Sdn Bhd adalah antara usahawan PUMP pantai timur yang telah menerima kemudahan pembiayaan dari MARA Terengganu sebanyak RM 500 ribu bagi ubah suai bengkel yang lebih kompetitif dan lebih sistematik. Dalam perkembangan berkaitan, tahun ini MARA mensasarkan 20 cawangan PUMP akan dibuka di seluruh Malaysia. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Encik Mohd Zameer Zahur Hussain, Pengurusan Petronas dan Ahli Pengurusan MARA.


10 | 5/2024 Beliau mengingatkan mengenai kepentingan dan peranan pegawaipegawai MARA di Negeri dan Daerah sebagai frontliner dalam memudah cara pelanggan-pelanggan MARA. Beliau juga meminta agar pegawai sentiasa mematuhi tatacara pelaksanaan program-program MARA bagi memastikan good governance dikekalkan. KUALA LUMPUR : 24 April - YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah menyampaikan amanat dalam Program Pembangunan Eksekutif Bersama Timbalan Pengarah MARA Negeri (Pembangunan) dan PUSMA Se-Malaysia yang berlangsung bermula dari 24 hingga 25 April 2024 di Corus Hotel Kuala Lumpur. Program Eksekutif selama dua (2) hari ini juga melibatkan sesi bersama Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan). Pada tahun 2024, beliau telah menyasarkan 700 usahawan mikro yang memperoleh jualan setahun berjumlah RM300 ribu dan ke bawah dilonjakkan ke status usahawan kecil yang memperoleh jualan tahunan melebihi RM300 ribu sehingga RM15 juta. PUSMA – KEPENTINGAN FRONTLINER PEMANGKIN USAHAWAN BUMIPUTERA


ebuletin Keusahawanan | 11 Antara pengisian lain pada program ini termasuk pemantapan tadbir urus bersama Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan (BAP), Bahagian Audit Dalam (AuD), Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN), Penampilan Imej Cemerlang, Strategi Pemasaran oleh TikTok Malaysia, Strategi Penembusan Pasaran Produk F&B ke Luar Negara oleh Malaysia Export Academy dan Forum Keusahawanan Global bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan usahawan-usahawan Gate To Global (GTG).


12 | 5/2024 KUALA LUMPUR, 29 Mei 2024 - Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman meluangkan masa berkunjung ke reruai Perlis Showcase 2024 yang mengetengahkan produk-produk usahawan dari 3 industri iaitu industri makanan & minuman, gaya hidup dan perkhidmatan yang menjadi signature Negeri Perlis. Antara usahawan yang terlibat di Perlis Showcase 2024 adalah Nasi Ganja Pegheleh, Ayam Goreng Kimiez Empire Sdn Bhd, Hannah Cookies Patisserie, Ais Krik Mokti’s, Laksa Kuala Pegheleh, Aneka Pulut dan pelbagai lagi produk yang menjadi kegemaran pengunjung setiap kali ke Negeri Perlis. Menariknya pada kali ini, selain mangga Harum Manis, terdapat produk lain berasaskan buah Harum Manis seperti Harum Manis Yogurt, Serunding Harum Manis, pop corn Harum Manis dan Ais Krim Harum Manis. Disamping itu, wakil NGO dari Persatuan Pelukis Negeri Perlis turut hadir menyerikan program ini dengan mempamerkan lukisan gambar Pekan Kangar Lama, ukiran rumah Negeri Perlis, dan lukisan bangunan MARA Perlis. Pada masa yang sama, wakil NGO itu turut menyampaikan Potret khas lukisan Dato’ Zulfikri bin Osman. Selain jualan produk makanan tempatan, Perlis Showcase 2024 ini turut memperkenalkan budaya dan keseniaan Negeri Perlis melalui persembahan tradisional Keseniaan dan Kebudayaan Negeri Perlis seperti Awang Batil, Tarian Canggung, Tarian Ayam Didik, Pertunjukan fesyen Kebaya dan Kurung Perlis. TKP USAHAWAN MARA MENYANTUNI RERUAI USAHAWAN @PERLIS SHOWCASE 2024


ebuletin Keusahawanan | 13


14 | 5/2024 JOHOR, 7 Mei 2024 - YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah merasmikan pembukaan bengkel kereta di bawah jenama MR. ABSORBER yang merupakan pengedar ke 20 jenama tersebut di Kulai hari ini. MR. ABSORBER yang menjalankan perniagaan di bawah syarikat MH Tyre & Battery Specialist (M) Sdn Bhd merupakan usahawan MARA yang telah menerima pelbagai kemudahan MARA seperti ADAPT, SPiM, Digitalbiz, PUTEK dan SPKLB sejak tahun 2021. TKP USAHAWAN MENYEMPURNAKAN PEMBUKAAN MR ABSORBER KULAI


ebuletin Keusahawanan | 15 Kini sebanyak 26 pengedar bumiputera yang membawa jenama MR. ABSORBER di seluruh Malaysia dan menyasarkan sebanyak 150 outlet akan dibuka sehingga tahun 2030. Sewaktu perasmian, pemilik MR. ABSORBER, Encik Muhd Hasby bin Abu Had turut memperkenalkan peralatan dan kelengkapan teknologi terkini yang digunapakai dalam perniagaan automotif beliau. Turut hadir sewaktu majlis adalah Puan Rafida binti Ab Manan, Pengarah MARA Negeri Johor serta Pengasas MR. ABSORBER, Tuan Muhammad AlAnnas bin Abdil Yamin.


16 | 5/2024 UNIKLINIK TERUS MELEBAKAN SAYAP MELALUI PROSPEC MARA SELANGOR, 11 Mei 2024 – Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman hadir merasmikan rangkaian U.n.i Klinik di Ampang, Selangor hari ini. Perasmian rangkaian U.n.i Klinik di Ampang merupakan salah satu program pembangunan usahawan profesional (ProSPEC). YBhg. Dato’ Zulfikri ketika ditemui semasa majlis berkata MARA memperuntukkan sebanyak RM16.6 juta untuk membantu usahawan dalam kalangan doktor melalui kemudahan pembiayaan perniagaan profesional MARA di bawah Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) bagi membangunkan U.n.i Klinik. Sepanjang U.n.i Klinik dibangunkan, sebanyak 560 pekerjaan telah ditawarkan kepada penduduk setempat dan setakat Mei 2024, jumlah kumulatif pendapatan yang dijana adalah sebanyak RM161.3 juta.


ebuletin Keusahawanan | 17 Menurut beliau lagi, pelaksanaan awal ProSPEC pada tahun 2018 bermula dalam bidang perubatan melalui jaringan klinik di bawah satu jenama iaitu U.n.i Klinik. Pada 2019, pelaksanaan ProSPEC dikembangkan lagi menerusi bidang farmasi menggunakan jenama U.n.i Farmasi diikuti jenama U.n.i Dental pada tahun 2020 yang memfokuskan bidang pergigian. Pada tahun 2022, ProSPEC terus dikembangkan dalam bidang perakaunan di mana firma perakaunan bukan audit beroperasi di bawah satu kumpulan dikenali sebagai Prudence Consulting Group (PACCT). Secara keseluruhan, seramai 122 usahawan dilahirkan menerusi pelaksanaan ProSPEC (U.n.i Klinik, U.n.i Farmasi, U.n.i Dental dan PACCT) dengan 99 buah outlet melibatkan peruntukan sebanyak RM29.6 juta disalurkan bagi membangunkan program khas ini. Untuk rekod, ProSPEC merupakan program khas berstruktur yang dilaksanakan oleh MARA untuk membangunkan usahawan dalam bidang profesional yang diiktiraf meliputi latihan keusahawanan, bantuan pembiayaan dan kemudahan premis yang merupakan ekosistem keusahawanan yang disediakan oleh MARA.


18 | 5/2024 TERENGGANU, 21 Mei 2024 – Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA hadir ke Perasmian Outlet PETRONAS AutoExpert milik Encik Mohd Suhardi bin Mohd Yusof (syarikat I Garage) pada 19 Mei 2024. Kolaborasi MARA dan PETRONAS ini direalisasikan melalui program khas iaitu Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS (PUMP). MARA-PETRONAS KOMITED BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA MELALUI PROGRAM TRANSFORMASI BENGKEL KENDERAAN


ebuletin Keusahawanan | 19 Pada majlis perasmian ini, Dato’ Zulfikri turut mengumumkan bahawa “MARA menyasarkan lebih 50 bengkel bakal ditransformasi mengikut standard yang akan ditetapkan kepada pengusaha-pengusaha bengkel kecil yang berminat untuk mengubah bengkel mereka yang sedia ada kepada bengkel Auto Servis yang lebih baik dengan kerjasama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM).” Dalam majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS LUBRICANTS MARKETING (MALAYSIA) SDN BHD, Encik Mohd Zameer bin Zahur Hussain turut memaklumkan bahawa I Garage merupakan outlet pertama Auto Expert yang akan menyelenggara kenderaan EV atas kapasiti kemahiran dan kesediaan I Garage. Jom sokong usahawan Bumiputera kita.


20 | 5/2024 LAWATAN KERJA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE MHI PARK @ BATU KUALA LUMPUR, 16 Mei 2024 - Deligasi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan lawatan kerja ke MARA Halal Industri Park (MHI Park) yang diketuai oleh YB. Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Rombongan telah disambut oleh Tuan Syed Saifuddin bin Syed Ahmad, Pengarah MARA Wilayah Persekutuan. Lawatan kerja KEJORA ini adalah untuk melihat sendiri kompleks perkilangan pengkhususan dalam pembuatan serta pemprosesan makanan dan minuman. Taklimat ringkas berkaitan MHI Park, disampaikan oleh Encik Mohd Hambal bin Mohd Ani, Pegawai MARA Daerah Kepong, Batu, Segambut. Antara objektif lawatan adalah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang inisiatif dan projek yang diterajui oleh MARA dalam bidang industri makanan dan juga berhasrat untuk bertemu dengan wakil utama yang terlibat dalam pengurusan RBO (Rural Business Outlet) dan MHI Park Batu, Kuala Lumpur.


ebuletin Keusahawanan | 21 KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, KEJORA juga merupakan salah satu agensi dibawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Turut hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah Encik Mohd Effendy bin Oon, Ketua Unit Infrastruktur MARA Wilayah, Puan Erdawati binti Jamaluddin, Pegawai MARA Daerah Lembah Pantai dan Seputeh, serta pegawai Bahagian Infrastruktur Komersial MARA. Sumber berita oleh: Encik Mohd Hambal Bin Mohd Ali Pegawai MARA Daerah Kepong/Batu/Segambut


22 | 5/2024 MISI PERDAGANGAN KE KAZAKHSTAN 13 Mei 2024: Sesi “Product Pitching” usahawan Gate to Global untuk Program Misi Perdagangan ke Kazakhstan. Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Puan Nor Uyon telah melawat Ibu Pejabat CSQ International Consulting Sdn. Bhd di Wangsa 118 dan menyertai sesi Product Pitching bersama wakil CSQ. Seramai 10 usahawan terlibat untuk sesi Product Pitching. Turut hadir untuk sesi “Product Pitching” En. Shamsul Qamar bin Abd Rani, Pengarah Urusan CSQ Law dan En. Suji Nordin CEO CSQ International Consulting Sdn Bhd. Semasa lawatan berkenaan, turut dibincangkan pengisian dan perincian program bagi memenuhi keperluan serta objektif yang telah ditetapkan oleh MARA.


ebuletin Keusahawanan | 23


24 | 5/2024 24 Mei 2024 - Bahagian Pembangunan Usahawan MARA telah menganjurkan Product Pitching Session bersama Chuanglee Cash & Carry Limited, United Kingdom pada hari ini. Program ini juga telah dilaksanakan dengan kerjasama MATRADE di Kompleks MITEC, Kuala Lumpur. GATE TO GLOBAL : PERLUAS JARINGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA KE UNITED KINGDOM


ebuletin Keusahawanan | 25 Dalam sesi ini, usahawan-usahawan MARA telah membuat pembentangan kepada pemilik Chuanglee iaitu En. Jimmy Chua di mana Pensijilan HACPP dan GMP merupakan keutamaan dalam pemilihan syarikat yang berpotensi di samping kesesuaian dari aspek jenama, pelabelan dan pembungkusan. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi penglibatan MARA dalam pelaksanaan Program GTG dan seterusnya dapat menempatkan produk-produk usahawan Bumiputera ke pasaran United Kingdom. Turut hadir bersama adalah Pengurusan Kanan MATRADE.


26 | 5/2024 PULAU PINANG, 7 Mei 2024 - Nyiru SPA milik Nur Azilah binti Abdul Azib, seorang usahawan dan penyewa premis perniagaan MARA di Kepala Batas mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam bidang perniagaan yang dijalankan. Berkelayakan HOLISTIC & WELLNESS SPA yang diperoleh daripada GIATMARA Prima Tasek Gelugor telah menjadikan beliau begitu komited dalam menawarkan pelbagai rawatan buat pelangganpelanggan terutamanya pakej urutan Malaysia yang menjadi daya tarikan tradisional di spa ini. PREMIS PERNIAGAAN MARA BERI PELUANG USAHAWAN JALANKAN PERNIAGAAN


ebuletin Keusahawanan | 27 Nyiru SPA menawarkan pelbagai perkhidmatan meliputi rawatan Full Body Massage, Aromatherapy Massage, Back Massage, Facial Treatment dan juga rawatan rambut. Penggunaan bahan botani dalam rawatan seperti terapi Mandian Bunga Susu, Mandian Bunga, Mandian Citrus Susu atau Mandian Citrus menjanjikan ketenangan dan menyegarkan. “Ribuan terima kasih kepada pihak MARA kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyewa dan menjalankan perniagaan di premis MARA,” ucap Azilah.


28 | 5/2024 Arked MARA Jalan Melayu Klang menjadi saksi kepada perkembangan pesat Takara Barber Shop yang diasaskan oleh En Sallehudin Bin Jupri. Dengan penuh syukur dan terima kasih kepada MARA atas peluang yang diberikan, En Sallehudin merupakan pelajar lepasan GiatMARA Shah Alam dan telah memulakan perjalanan perniagaannya pada tahun 2023 di lot 1A Arked MARA Jalan Melayu, Klang. Beliau mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang ini. Pada Ketika ini beliau mendapat kemudahan MARA dari segi pembiayaan Putra. Kedudukan strategik premisnya memberikan kelebihan yang tidak dapat disangkal. Dikelilingi oleh kehidupan bandar yang aktif, Takara Barber Shop mempunyai akses kepada pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat. Di tengah-tengah kawasan ini, kehadiran mereka adalah mercu tanda, khususnya dengan kurangnya kedai gunting rambut milik orang Melayu di sekitar. Pada peringkat awal beliau hanya mempunyai 1 orang pekerja kini telah boleh mengajikan 2 pekerja tetap dan 2 pekerja separuh masa. Pendapatan setahun beliau lebih kurang RM80,000. Kejayaan mereka tidak hanya bergantung pada lokasi, tetapi juga kepada perkhidmatan yang mereka tawarkan. Takara Barber Shop memastikan pelanggan mereka diberikan perkhidmatan yang menarik dan berkualiti pada harga yang kompetitif. Dengan memberikan pelbagai pilihan, dari gunting rambut hingga perawatan rambut, mereka telah menarik minat pelanggan tidak hanya di Jalan Melayu tetapi juga di seluruh Kawasan Klang. JEJAK USAHAWAN TAKARA BARBER SHOP: PENUHI PERMINTAAN PELANGGAN DI ARKED MARA KLANG


ebuletin Keusahawanan | 29 Dengan cabaran perniagaan yang semakin mencabar pada masa kini, Takara Barber Shop telah menetapkan satu standard untuk diri mereka sendiri – keunggulan dalam perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Dengan setiap guntingan rambut, mereka meraikan kepelbagaian dan keindahan individu. Dengan setiap layanan, mereka mengukuhkan ikatan dengan komuniti setempat. Kepada En Sallehudin dan pasukan Takara Barber Shop, teruslah memperjuangkan kecemerlangan dan kejayaan. Di tengah-tengah cabaran, terdapat peluang untuk membangunkan dan berkembang. Semoga perniagaan ini terus mendapat sokongan daripada pelanggan yang setia dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam industri gunting rambut.


30 | 5/2024 PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 - Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pejabat MARA Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke Butik LARNEY pada hari ini yang bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. LARNEY menampilkan pelbagai reka bentuk fesyen RTW yang sesuai digayakan ke pelbagai majlis. Dalam menyokong industri fesyen tempatan, MARA turut menyalurkan kemudahan kepada usahawan di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan MARA iaitu Program Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN) serta Galakan Eksport Bumiputera (GEB) bagi menembusi pasaran global. Menurut En. Ezami bin Adnan, Ketua Pegawai Operasi LARNEY Sdn. Bhd., koleksi LARNEY boleh juga didapati di Dataran Palma Ampang, Bangsar Shopping Centre, Setia City Mall, Isetan KLCC dan Parkson Elite Pavillion. Turut hadir adalah Pn. Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan En. Mohd Khaizan bin Dahlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Selangor. JENAMA LARNEY LAKAR NAMA DALAM INDUSTRI FESYEN JEJAK USAHAWAN


ebuletin Keusahawanan | 31


32 | 5/2024 KAJANG, SELANGOR, 15 Mei 2024 - Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pejabat MARA Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke Kilang dan Butik Showroom Minaz Sdn Bhd yang bertempat di Kajang, Selangor. Minaz menampilkan pelbagai reka bentuk fesyen RTW yang sesuai digayakan ke pelbagai majlis dan musim perayaan. Dalam menyokong industri fesyen tempatan, MARA turut menyalurkan kemudahan kepada usahawan di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan MARA iaitu Program Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN) bagi mengembangkan lagi perniagaan syarikat ke peringkat antarabangsa. Menurut Puan Hafiza binti Abd Hamid, pemilik Minaz Sdn. Bhd., koleksi Minaz boleh didapati di website dan media sosial rasmi syarikat serta melalui ajen dan stokis yang telah dilantik. Turut hadir adalah Pn. Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Pegawai MARA dari Bahagian Pembangunan Usahawan serta MARA Daerah. JENAMA MINAZ KEKAL BERTAHAN SELAMA 14 TAHUN JEJAK USAHAWAN


ebuletin Keusahawanan | 33


34 | 5/2024 SELANGOR, 24 Mei 2024 - Biebon Parfum yang diasaskan oleh Puan Bibi Siti Nurba Mohammed Akbarkhan, seorang usahawan MARA sejak tahun 2020 telah mencatat kejayaan yang mengagumkan dalam dunia perniagaan minyak wangi tanah air. Pada tahun 2019, Biebon telah menyertai Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) MARA dan terus memasang impian untuk menghasilkan jenama minyak wangi sendiri iaitu ‘Biebon’ dan telah menghasilkan 124 jenis bauan. Sebelum ini Biebon memulakan perniagaan hanya dengan menjadi agen jualan produk wangian antarabangsa selama 10 tahun. Jenama Biebon terus meningkat maju apabila menerima pembiayaan Dananita dan Geran Pembangunan Usahawan daripada MARA serta menjadi penyewa di Arked MARA Kajang. Kini hasil jualan Biebon Parfum mampu mencecah sehingga RM70 ribu sebulan dengan dibantu oleh tiga orang kakitangan. ‘Dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh MARA kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan perniagaan dan yakin bahawa Biebon akan terus maju dalam industri minyak wangi ke tahap yang lebih tinggi,’ kata Bibi. KEJAYAAN BIEBON DALAM INDUSTRI MINYAK WANGI JEJAK USAHAWAN


ebuletin Keusahawanan | 35


36 | 5/2024 Terbitan Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 • Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] www.mara.gov.my


Click to View FlipBook Version