DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 1
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN Reka bentuk:
2021-2025 Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
(DSKP 2021-2025)
Diterbitkan oleh:
UNIT PENYELARAS MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Tingkat 25, Ibu Pejabat MARA No. 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
21, Jalan MARA Tel: 03-26132000
50609 Kuala Lumpur Faks: 03-2698 3254
Talian Utama MARA : 03-2613 2000 Website: http://www.mara.gov.my
Telefon Bahagian : 03-2613 4918 /
03-2613 4923 @ MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Faks : 03-2691 3620
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian
daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau
disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara
sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal,
fotokopi, penggambaran semula, rakaman dan
sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA).
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 5
KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH MARA 6
KATA-KATA ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH(KHIDMAT PENGURUSAN) 7
PELAN STRATEGIK MARA : 2021 – 2025 8 - 10
SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN MARA
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 14 - 17
BAHAGIAN KEWANGAN 20 - 21
BAHGIAN BINAAN DAN SENGGARAAN 24 - 26
BAHAGIAN INOVASI DAN TEKNOLOGI KREATIF 30 -33
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN 36 - 39
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 42 - 44
BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN INSPEKTORAT 48 - 51
4 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
PENGENALAN
Direktori Sektor Khidmat Pengurusan 2021-2025 ini mengandungi maklumat Pelan Strategik MARA (PSM)
2021-2025 bagi Sektor Khidmat Pengurusan merangkumi tujuh (7) Bahagian seperti berikut:
Bahagian Sumber Manusia
Bahagian Kewangan
Bahagian Binaan dan Selenggaraan
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat
Pembangunan direktori ini adalah sebagai sumber rujukan maklumat kepada pihak berkepentingan yang
ingin mendapatkan maklumat berkaitan Sektor Khidmat Pengurusan MARA. Direktori Sektor Khidmat
Pengurusan 2021-2025 ini juga dibangunkan secara flipbook supaya maklumat dapat diakses dengan
mudah sesuai dengan situasi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 5
KATA-KATA ALUAN
KETUA PENGARAH MARA
Sektor Khidmat Pengurusan MARA merupakan
tunjang kejayaan pelaksanaan program dan
inisiatif MARA yang berperanan merekayasa
organisasi secara keseluruhan. Sebagai sektor
yang menaungi Bahagian-Bahagian penting
dalam pengurusan staf, kewangan, perolehan,
selenggaraan, teknologi maklumat, inovasi
kreatif, pemantauan risiko dan keselamatan
bagi MARA, Direktori Sektor Khidmat Pengurusan
2021-2025 ini adalah penting sebagai bahan
rujukan dan panduan dalam merangka dasar,
pelaksanaan program dan membuat keputusan
berkesan bagi keunggulan MARA pada hari ini
dan masa hadapan.
6 <<<< DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF
Ketua Pengarah
MARA
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
KATA-KATA ALUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH
(KHIDMAT PENGURUSAN)
Sektor Khidmat Pengurusan MARA yang terdiri
daripada tujuh (7) Bahagian berwibawa dibawahnya
berperanan merealisasikan Teras `Memantapkan
Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus’ dalam
pentadbiran MARA untuk mencapai outcome
`Sistem Penyampaian yang Cekap dan Berkesan’.
Ianya dilaksanakan melalui strategi memperkasa
profesionalisme dan integriti modal insan,
memanfaatkan teknologi terkini dalam ekosistem
perkhidmatan, membudayanorma kerja baharu
dan mengutamakan ‘Amanah Rakyat’ sebagai
identiti organisasi. Justeru itu, pembangunan
Direktori Sektor Khidmat Pengurusan 2021-2025 ini
merupakan sumber rujukan dan panduan ke arah
kecemerlangan Sektor Khidmat Pengurusan MARA.
ROHAYAH BINTI MOHD ZAIN
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan)
MARA
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 7
HALATUJU SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN
TERAS 4
Memantapkan Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus
STRATEGI OUTCOME
S14 Memperkasa Profesionalisme dan OUTCOME 90% Warga kerja MARA memperoleh
Integriti Modal Insan latihan bagi peningkatan kompetensi
6
S15 Memanfaatkan Teknologi Terkini OUTCOME 10% Talent-pool dilengkapi dengan
dalam Ekosistem Perkhidmatan Kompetensi bagi Pelan Perancangan
7 Penggantian
S16 Membudaya Norma Kerja Baharu OUTCOME 100% Pendigitalan bagi
program-program keusahawanan,
8 pendidikan dan sistem pembangunan
bakat
S17 Mengutamakan ‘Amanah Rakyat’ OUTCOME 100% Pusat MARA memperolehi sijil
Sebagai Identiti Organisasi MQS
9
8 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
STRATEGI 14 Memperkasa Profesionalisme dan Integriti Modal Insan
INDIKATOR SASARAN
BIL PROGRAM TAHUN BAHAGIAN BERTANGGUNGJAWAB
/TEMPOH
OUTPUT OUTCOME SASARAN
(Bilangan) (Peratusan)
1 1,150 peserta 90% pegawai yang mengikuti
Program Pembangunan pengajian berjaya mendapat 2025 BSM
Kerjaya (Pengajian) kelulusan/ pengiktifarafan yang
diambil
2 Productivity Enhancement 1,500 kursus 90% pegawai daripada sample KPO 2025 BSM
Programme (Generic 500, BSM
fungsian 1,000) memperolehi pemahaman dan
peningkatan pengetahuan/
kemahiran programme
1
3 Pelan Penggantian 250 peserta 10% talent pool di lengkapi dengan
kompentesi bagi Pelan 2025
Perancangan Penggantian
STRATEGI 15 Memanfaatkan Teknologi Terkini dalam Ekosistem Perkhidmatan
BIL PROGRAM INDIKATOR SASARAN
OUTPUT OUTCOME TAHUN/ TEMPOH BAHAGIAN BERTANGGUNGJAWAB
(Bilangan) (Peratusan) SASARAN
1 Membangunkan sistem ERP 1 100% Siap 2021 BTM 1
2 Membangunkan Sistem 58 sub modul 100% Siap 2021 BTM
Pengurusan Kampus IPMA 1 100% Siap 2022 BTM
1 100% Siap 2023 BTM
3 Pembangunan Pusat Data
1 100% Siap 2023 BTM
4 Pembangunan Sistem Treasury 1 100% Siap 2025 BTM
Management dan Pengurusan
Deposit
5 Disaster Recovery Center
6 Pembangunan Sistem RCM – EFT
dan MARA - EPS
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 9
STRATEGI 16 Membudaya Norma Kerja Baharu
INDIKATOR SASARAN
BIL PROGRAM OUTPUT OUTCOME TAHUN BAHAGIAN
(Bilangan) (Peratusan) /TEMPOH BERTANGGUNGJAWAB
SASARAN
1 Penerapan Kerja Fleksibel 1 70% pelaksanaan BSM
2023 BPS
2 Dasar Hijau MARA 1 100% siap 2022 BSM
2023
3 Insurans dan Takaful Kesihatan 1 100% pelaksanaan BSM
Berkelompok 2021-2025
BITK
4 Staf Sejahtera MARA Terpelihara 2,000 staf setahun 85% peserta menghadiri program 2025
kesedaran dan kemahiran dalam
pengurusan kesihatan diri dan
kewangan
5 Pembudayaan Aktiviti Inovasi 72 aktiviti setahun 90% Pelaksanaan aktiviti inovasi
Secara Virtual MARA dalam talian
STRATEGI 17 Mengutamakan ‘Amanah Rakyat’ Sebagai Identiti Organisasi
INDIKATOR SASARAN
BIL PROGRAM OUTPUT OUTCOME TAHUN/ TEMPOH BAHAGIAN
(Bilangan) (Peratusan) SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
1 Program Pemerkasaan Imej 1,500 terbitan melalui 100% Pelaksanaan 2023-2025 BKOM
platform media massa 100% Pelaksanaan 2021-2025 BPS
100% Pelaksanaan UI
2 Townhall bersama Pengurusan Setahun Sekali 100% Pelaksanaan 2023 BKOM
Tertinggi 1 2021 - 2015
3 Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah
MARA
4 MARA Prihatin 3 program setahun
10 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 11
12 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
SUMBER MANUSIA
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 13
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
A. PENGENALAN
Bahagian Sumber Manusia (BSM) menyediakan khidmat pengurusan sumber manusia yang berkesan
dan membangunkan modal insan yang kompeten.
B. OBJEKTIF
1. Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan kekuatan staf berada di tahap optimum
melalui pewujudan dan pengisian jawatan mengikut skim perkhidmatan dan keperluan serta norma
perjawatan yang ditetapkan.
2. Merancang dan membangunkan sumber manusia yang terbaik dan kompeten serta memenuhi
keperluan organisasi.
3. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan kawalan, pengurusan tatatertib dan
pengukuhan integriti kepada staf MARA.
4. Merancang dan menyediakan program-program kesejahteraan staf bagi memastikan staf
mengamalkan budaya kerja unggul dan etika yang kukuh.
5. Menyediakan khidmat sokongan kepada Pusat Pentadbiran MARA bagi memastikan sistem
penyampaian perkhidmatan adalah cekap dan efisien dalam mencapai matlamat organisasi.
6. Memastikan kebajikan staf terpelihara dan memudah cara urusan kemudahan.
C. PERANAN
1. Merancang sumber tenaga manusia secara optimum dalam mencapai matlamat MARA melalui
urusan perancangan, pengambilan, pemilihan dan penempatan staf MARA.
2. Mengenalpasti, mengurus dan menyusun atur program latihan secara sistematik agar bakat dan
kemahiran staf kekal kompeten.
3. Membentuk program pembangunan sumber manusia dan perancangan pelan penggantian untuk
memastikan kemampanan pemimpin berkualiti selaras dengan matlamat MARA.
14 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
4. Mengukuhkan hubungan baik dan menjaga keharmonian antara MARA dan staf supaya dapat
memelihara kepentingan MARA dan kesejahteraan staf.
5. Memastikan pengurusan fungsi sumber manusia dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan
sepanjang tempoh perkhidmatan staf di MARA.
D. FUNGSI
Menjadi rakan strategik bagi pembangunan organisasi melalui:
i. Pengurusan Modal Insan
a. Melaksanakan kajian dan menyesuaikan dasar-dasar kerajaan berkaitan perkhidmatan sumber
manusia.
b. Menentukan saiz, struktur organisasi dan pengisian jawatan mengikut keperluan perkhidmatan.
c. Mengemaskini pengisian jawatan, penyandang jawatan dan mengenalpasti kekosongan jawatan
sedia ada dan baharu.
d. Merancang pelaksanaan dan pengurusan penempatan baharu/ perubahan penempatan staf
MARA dalam dan luar negara.
e. Mengemaskini, mengenalpasti, merancang dan mengurus penilaian dan pelaksanan kenaikan
pangkat dan prestasi staf MARA.
ii. Pembangunan Bakat
a. Merancang, melaksana dan memantau program latihan pembangunan bakat di MARA:
• kursus fungsian dan generik untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi staf supaya
`multitasking’ mengikut keperluan MARA.
• pembangunan dan laluan kerjaya staf MARA.
• program peningkatan kerjaya.
b. Melaksanakan program pelan penggantian yang efektif bagi jawatan-jawatan penting dan
kritikal.
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 15
iii. Perhubungan Staf
a. Merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti berkaitan kawalan dan pengurusan tatatertib ke atas
staf MARA.
b. Merancang dan melaksana program-program pembangunan diri melalui khidmat kaunseling dan
rakan pembimbing AKRAB demi meningkatkan prestasi dan etika kerja serta kesejahteraan holistik
staf MARA.
c. Menyedia dan mengurus kemudahan pembiayaan perumahan, kenderaan dan komputer kepada
staf MARA yang layak.
d. Mengurus hal ehwal rawatan kesihatan staf MARA dan tanggungannya serta pesara-pesara
MARA.
e. Menyelia urusan Taska/Tadika MARA, Sekretariat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan mengurus
permohonan pengecualian atau tuntutan bayaran balik kemudahan pinjaman/pembiayaan staf
MARA.
iv. Pengurusan Operasi
a. Melaksanakan urusan pentadbiran dan operasi BSM.
b. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus BSM dan Emolumen MARA.
c. Mengurus sistem maklumat sumber manusia:
• Mengurus sistem HRMIS di MARA.
• Melaksanakan kajian keperluan dan pembangunan sistem yang bersesuaian serta memberi
khidmat sokongan teknikal ICT di BSM.
16 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
E. CARTA FUNGSI PENGARAH DAN CAWANGAN/UNIT
Perancangan Strategik Cawangan Cawangan
Pengambilan & Penempatan Pengurusan Pengurusan
Prestasi & Kenaikan Pangkat Organisasi
Modal
Insan & Operasi
Perkhidmatan
Pelan Penggantian Kaunseling & Tatatertib
Pembangunan Kerjaya Kemudahan & Kebajikan
Cawangan Cawangan
Pembangunan Perhubungan
Bakat Staf
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 17
18 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
KEWANGAN
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 19
BAHAGIAN KEWANGAN
A. PENGENALAN
Bahagian Kewangan (BKW) bertanggungjawab dalam perkhidmatan pengurusan kewangan dan
perakaunan bagi menepati keperluan pihak yang berkepentingan serta kehendak pelanggan melalui
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berkesan.
B. OBJEKTIF
Mengurus sumber kewangan MARA dan melaksanakan pengurusan kewangan mengikut peraturan yang
berkuat kuasa.
C. PERANAN
• mengurus dan merancang hal ehwal Belanjawan Mengurus MARA mengikut peraturan kewangan
yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan cara paling cekap, ekonomi dan berkesan;
• menyediakan perkhidmatan kewangan dan perakaunan yang berkualiti bagi meningkatkan sistem
penyampaian MARA;
• menyedia dan melaporkan penyata kewangan MARA mengikut piawaian perakaunan yang ditetapkan;
• membangun dan memperkukuh sistem aplikasi bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus di MARA.
D. FUNGSI
Mengurus sumber kewangan MARA dan melaksanakan pengurusan kewangan secara cekap, berhemah,
telus, akauntabiliti dan efisen bagi mencapai objektif MARA dan Kementerian dengan mematuhi segala
peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
20 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
E. CARTA FUNGSI PENGARAH DAN CAWANGAN/UNIT
Unit Penyata Kewangan
Unit Percukaian Korporat
Unit Gaji Cawangan Pengurusan Unit Elaun pelajar
Unit Bayaran Aset Sistem & Perakaunan Unit Yuran pelajar
Unit Prosesan Bayaran Unit Hasil Pusat Operasi
& Data & Agensi Luar
Unit Pentadbiran Kaunter Bayaran MARA
Cawangan Cawangan
Pengurusan Pelajar
Operasi & Pengurusan
Hasil
PENGARAH
BKW
Unit Akaun Kemudahan Cawangan Akaun, Cawangan Unit Bajet
Anggota Sewa & Deposit Bajet & Kewangan
Unit Akaun Pembiayaan Korporat
Perniagaan
Unit Akaun Perakaunan Aset Cawangan
Unit Akaun Pinjaman Pelajaran Pengurusan Bayaran
Unit Bayaran Pusat Operasi
Unit Bayaran & Panjar Luar Negara
Unit Bayaran & Utiliti
Unit Tuntutan Anggota
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 21
22 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
BINAAN
DAN SELENGGARAAN
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 23
BAHAGIAN BINAAN DAN SELENGGARAAN
A. PENGENALAN
Bahagian Binaan dan Selenggaraan (BBS) mengendali dan memantau pelaksanaan projek fizikal MARA
dan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan peningkatan di Ibu Pejabat dan Pusat Pentadbiran
MARA.
B. OBJEKTIF
• Menyediakan perkhidmatan terbaik dalam pembinaan dan penyelenggaraan bangunan MARA.
• Membuat perancangan teratur dalam merekabentuk bangunan MARA sesuai dengan perkembangan
teknologi pembinaan terkini.
• Menyiapkan projek binaan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa mengganggu program pelaksanaan
pihak pengguna.
• Menjadikan budaya selenggaraan satu keutamaan bagi semua bangunan MARA.
• Melahirkan lebih ramai kakitangan teknikal MARA yang profesional disamping menjadi platform
perkembangan kerjaya kakitangan teknikal MARA.
• Memantau pengurusan selenggaraan Bangunan dan Fasiliti di Pejabat MARA Negeri/Daerah, kuarters
MARA dan Rumah Rehat MARA dilaksanakan dengan baik.
C. PERANAN
Berperanan penting bagi memastikan setiap projek dan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan
mengikut jadual, menepati mutu kerja dan kos yang ditetapkan serta mampu memberikan perkhidmatan
pengurusan teknikal yang terbaik dalam Pengurusan Projek Pembinaan & Pengurusan Selenggaraan
Bangunan di MARA.
24 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
D. FUNGSI
1. Menjadikan semua pengurusan projek MARA diuruskan dengan cara terbaik berteraskan faktor kualiti,
masa dan kos demi mematuhi kehendak pengguna (stakeholder) bagi memantapkan fungsi MARA ke
arah Keusahawanan dan Pendidikan Global.
2. Melaksanakan pengurusan projek binaan MARA yang meliputi peringkat pra-pembinaan, pembinaan
dan pasca pembinaan bagi semua projek MARA dalam Sektor Usahawan dan Pendidikan.
3. Melaksanakan Pengurusan Selenggaraan Bangunan yang baik dan berkesan bagi semua pusat MARA
seluruh Malaysia.
4. Memastikan Khidmat Pengurusan dalaman di BBS yang meliputi penjawatan, pentadbiran dan
pembangunan insan dan kerjaya di uruskan dengan sempurna.
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 25
E. CARTA FUNGSI PENGARAH DAN CAWANGAN/UNIT
Unit PENGARAH
Pentadbiran BBS
Unit
Kewangan
Unit Penyelaran
Rekod dan
Maklumat
Unit Ukur
Bahan
Unit Arkitek
Unit Mekanikal
dan Elektrikal
Unit Pemantauan
Senggaraan
Unit Pengurusan
Projek
26 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 27
28 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
INOVASI DAN TEKNOLOGI
KREATIF
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 29
BAHAGIAN INOVASI DAN TEKNOLOGI KREATIF
A. PENGENALAN
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK) bertanggungjawab menerajui penggunaan teknologi
kreatif dan multimedia serta membudayakan bidang penyelidikan dan inovasi yang dapat menambah
nilai kepada organisasi.
B. OBJEKTIF
• Memangkin bidang penyelidikan dan Inovasi MARA;
• Membudayakan dan mempromosikan inovasi dalam kalangan staf MARA;
• Pemantapan sistem penyampaian ke arah kecemerlangan organisasi.
C. PERANAN
Menjadi peneraju dalam bidang produksi kreatif dan inovasi serta menggalakkan dan membudayakan
inovasi dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan berteraskan teknologi.
D. FUNGSI
1. Cawangan Inovasi
a. Cawangan Inovasi terdiri daripada pelbagai jenis unit yang masing-masing mempunyai
tanggungjawab dan peranannya sendiri. Unit-unit yang terdapat di cawangan ini adalah seperti
berikut:
1. Cultural Innovation
2. Innovation Champion i-MARATECH
3. Intelectual Properties & Pre-Commercialization
4. E-learning Innovation
5. Research Grant
6. MARA Knowledge Centre
7. IT Solution
30 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
b. Antara fungsi Cawangan Inovasi ialah:
1. Merangka dan menyediakan dasar inovasi MARA.
2. Merancang dan melaksanakan program yang melibatkan staf MARA dalam merekacipta dan
penghasilan produk inovasi.
3. Merancang dan melaksanakan pertandingan dan pameran inovasi MARA.
4. Merancang dan memantau program pembudayaan inovasi MARA.
5. Memperakukan dan menganalisa data produk inovasi MARA.
6. Mempergiatkan jaringan kerjasama dan kolaborasi program- program inovasi antara MARA
dengan agensi luar.
7. Merancang dan menyelaras penglibatan MARA dalam pameran dan pertandingan inovasi
anjuran agensi luar.
8. Memantau terhadap pematuhan peraturan dan arahan pengurusan yang berkuat kuasa.
9. Memantau pelaksanaan prosedur tadbir urus korporat.
10. Merangka dan melaksanakan dasar serta strategi pembangunan penyelidikan secara
sistematik di MARA.
11. Merancang program pembudayaan penyelidikan MARA.
12. Merancang dan memantau program Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) di pusat-pusat MARA.
13. Meluluskan dan memantau penawaran geran dalaman MARA.
14. Merancang aktiviti khidmat nasihat dan bimbingan ke arah membudayakan penyelidikan
dalam kalangan staf MARA.
15. Memperakukan permohonan pembentangan kertas penyelidikan di dalam dan di luar negara
kepada staf MARA.
16. Memperakukan dan menganalisa penyimpanan data penyelidikan MARA.
17. Mempergiatkan jaringan kerjasama dan kolaborasi program- program penyelidikan antara
MARA dengan agensi luar.
18. Memberi khidmat nasihat dan membantu penjagaan harta intelek MARA.
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 31
c. Unit MARA Knowledge Centre (MKC) berfungsi untuk merancang, menyelaras dan memantau
pelaksanaan perkhidmatan Perpustakaan MARA sebagai Knowledge Centre bagi menyokong
keperluan intelek dan tugas staf MARA. Selain itu MKC juga memantau pelaksanaan
perkhidmatan sirkulasi koleksi bahan bercetak, dan pelaksanaan Program Promosi Perpustakaan
serta pelaksanaan perkhidmatan langganan pangkalan data secara online.
2. Cawangan Teknologi Kreatif
a. Di bawah cawangan ini terdapat empat (4) unit iaitu Rekabentuk Kreatif, Produksi Kreatif,
Penerbitan dan Khidmat Pengurusan.
b. Unit Rekabentuk Kreatif bertanggungjawab memberi perkhidmatan rekabentuk grafik kepada
Pusat Pentadbiran MARA terutamanya untuk menjayakan program-program rasmi MARA melalui
rekabentuk item-item promosi contohnya backdrop, bunting, banner dan sebagainya.
c. Fungsi Unit Produksi Kreatif pula menyediakan perkhidmatan rakaman foto dan video untuk
program rasmi MARA dan mengemaskini galeri digital MARA serta menggalakkan penggunaan
smugmug di kalangan staf MARA bagi memudahkan sistem penyampaian dan perkongsian.
d. Selain daripada itu fungsi unit ini juga menerbitkan video montaj dan video kapsul untuk rujukan
staf MARA.
e. Unit Penerbitan berfungsi untuk mempromosi program-program keusahawanan, pelaburan dan
pendidikan melalui penerbitan buletin yang dikeluarkan pada setiap bulan.
32 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
E. CARTA FUNGSI PENGARAH DAN CAWANGAN/UNIT
Cultural Innovation Cawangan PENGARAH Cawangan Khidmat Pengurusan
Research Grant Inovasi BITK Teknologi Penerbitan
e-learning Innovation Produksi Kreatif
Intelectual Properties Kreatif Rekabentuk Kreatif
& Pre-Commercialization
Innovation Champion
i-MARATECH
IT Solution
MARA Knowledge Centre
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 33
34 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
PENGURUSAN ASET DAN
PEROLEHAN
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 35
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN
A. PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan (BAP) berperanan memastikan pengurusan perolehan seperti
aset, fasiliti dan kontrak dilaksanakan mengikut prosedur dengan cekap, sistematik, selamat dan
berintegriti untuk kelancaran operasi MARA.
B. OBJEKTIF
1. Memastikan pengurusan aset diurus dengan cekap dan sistematik.
2. Menguruskan perolehan secara telus dan integrity.
3. Menyediakan fasiliti yang bersih, selesa dan selamat.
4. Memastikan pentadbiran kontrak dilaksanakan dengan cekap dan sistematik.
C. PERANAN
a. Cawangan Perolehan
i. Tawaran dan Dasar Perolehan
ii. Bekalan dan Perkhidmatan
iii. Pengurusan Tender dan Sistem Aplikasi
b. Cawangan Pentadbiran Kontrak
i. Bekalan dan Perkhidmatan
c. Cawangan Pengurusan Fasiliti dan Aset Alih
i. Fasiliti Ibu Pejabat
ii. Aset Alih
iii. Registri dan Rekod
d. Cawangan Aset Tak Alih dan Khidmat Pengurusan
i. Khidmat Pengurusan
ii. Aset Tak Alih
36 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
D. FUNGSI
i. Cawangan Perolehan
1. Tawaran dan Dasar Perolehan
• Menguruskan dan menyelaras perancangan perolehan tahunan MARA bagi semua pusat
• Menyelia laporan perolehan MARA
• Menguruskan dasar dan mengeluarkan pekeliling tatacara perolehan MARA.
2. Bekalan dan Perkhidmatan
• Menguruskan perolehan tender bekalan dan perkhidmatan bernilai RM500,000 ke atas
• Menguruskan sebut harga bekalan bagi Pusat baru di MARA
3. Pengurusan Tender dan Sistem Aplikasi
• Menyelia urusan Penilaian Harga Tender MARA
• Menganggotai Jawatankuasa Penilaian Harga Tender MARA
• Memantau pemakaian Sistem Perolehan Elektronik (SPE) MARA di semua Pusat MARA
ii. Cawangan Pentadbiran Kontrak
1. Bekalan dan Perkhidmatan
• Menilai dan memantau prestasi perkhidmatan dan bekalan kontrak.
• Memantau dan memastikan bekalan mematuhi spesifikasi dan tawaran yang ditetapkan.
• Memastikan kontrak ditadbir mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan
• Menyediakan garis panduan pentadbiran kontrak.
iii. Cawangan Pengurusan Fasiliti dan Aset Alih
1. Pengurusan Fasiliti:
• Mengurus fasiliti dan keperluan logistik di Bangunan Ibu Pejabat
• Mengurus dan menyelia kawalan keselamatan Ibu Pejabat.
• Menyelaras keperluan pejabat dan kuarters di luar ibu pejabat
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 37
2. Pengurusan Rekod dan Registri:
• Menyedia dan memastikan pemakaian Panduan dan Prosedur Pengurusan Rekod oleh Pusat
Pentadbiran MARA.
• Merancang, mengurus dan memantau penyenggaraan Pusat Rekod MARA Memastikan Sistem
DDMS beroperasi dengan lancar.
• Merancang dan menyediakan dasar, standard, prosedur dan garis panduan percetakan
dokumen.
3. Aset Alih
• Mentadbir, mengurus dan memantau pengurusan aset dan stor MARA mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.
• Menjalankan pemantauan Sistem Pengurusan Aset (SPA) dan Sistem Pengurusan Stor (SPS)
di semua Pusat MARA.
• Menyelaras dan memantau pemeriksaan, penyelenggaran, pelupusan, kes-kes kehilangan &
hapus kira aset alih di semua Pusat Pentadbiran MARA.
• Memastikan aset alih diurus dengan baik.
iv. Cawangan Aset Tak Alih dan Khidmat Pengurusan
1. Khidmat Pengurusan
• Menyediakan anggaran Belanja Mengurus tahunan Bahagian
• Menguruskan perbelanjaan wang hasil berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa
• Memastikan persekitaran pejabat memberi keselesaan kepada warga kerja di Bahagian.
2. Aset Tak Alih
• Menguruskan perolehan hartanah dan pelupusan hartanah.
• Memantau tindakan di peringkat Pusat bagi hal-hal tanah seperti penyewaan, pajakan dan
lanjutan tempoh pajakan serta isu hartanah.
• Menguruskan hal-hal yang melibatkan perjanjian tanah seperti penyewaan dan pajakan.
38 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
E. CARTA FUNGSI PENGARAH DAN CAWANGAN/UNIT
Cawangan Cawangan
Perolehan Aset Tak Alih dan
Cawangan Khidmat
Pengurusan Fasiliti Pengurusan
dan Aset Alih
Cawangan
Pentadbiran
Kontrak
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 39
40 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 41
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
A. PENGENALAN
Aktiviti pengkomputeran di MARA telah bermula seawal tahun 1976 melalui Cawangan EDP, Bahagian
Kewangan yang mengendalikan sistem perakaunan berkomputer di MARA.
Sejak tahun 1980, MARA telah menggunakan khidmat Datapower Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat
milik penuh MARA untuk mengendalikan keperluan sistem maklumat. Syarikat ini bagaimanapun telah
diswastakan sepenuhnya mulai 1 Januari 1995.
Melalui penstrukturan semula organisasi MARA pada tahun 1997, Unit Teknologi Maklumat telah dinaik
taraf kepada status Bahagian dan dikenali sebagai Bahagian Sistem Pengurusan Maklumat (MIS). Pada
tahun 1998, Bahagian ini ditukarkan nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat dengan mengekalkan
struktur organisasi sedia ada.
Manakala, pada tahun 2010, sekali lagi bahagian ini ditukar nama daripada Bahagian Pengurusan
Maklumat ke Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan nama tersebut kekal sehingga kini.
B. OBJEKTIF
a. Untuk memberi peluang staf menjadi Pakar Rujuk Profesional (SME) untuk ekosistem ICT.
b. Untuk melaksanakan pematuhan Service Level Agreement (SLA) dalam memastikan kepuasan
pelanggan.
c. Untuk mewujudkan hubungan simbiotik menerusi cipta-sama di kalangan staf dan pelanggan.
C. PERANAN
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) berperanan sebagai pemacu dan penggerak utama ICT melalui
infrastruktur teknologi terkini dalam menyediakan platform analisa maklumat yang berkualiti tinggi
bagi memantapkan sistem penyampaian ICT MARA.
42 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
D. FUNGSI
1. Infrastruktur
• Merancang, menyedia, mengendali dan menyelenggara kemudahan infrastruktur ICT.
• Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data.
• Memberikan khidmat nasihat dan sokongan bantuan teknikal kepada pengguna ICT.
2. Sistem Aplikasi & Operasi
Merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi secara menyeluruh dan
bersepadu bagi menyokong perkongsian maklumat.
3. Pengurusan Teknologi
• Merancang dan menyediakan perkhidmatan keselamatan siber bagi menjamin kerahsiaan,
integriti dan ketersediaan maklumat.
• Merancang dan memantau pelaksanaan projek ICT.
4. Pengurusan Perkhidmatan
• Mengurus, menyedia dan memantau urusan kewangan BTM.
• Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT secara berterusan di kalangan staf.
• Mengurus dan memantau aset BTM.
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 43
E. CARTA FUNGSI PENGARAH DAN CAWANGAN/UNIT
PENGARAH Cawangan Sokongan Infrastruktur
BTM Cawangan Pengurusan Teknologi
Cawangan Sistem Aplikasi
Cawangan Operasi Aplikasi
Cawangan Khidmat Pengurusan
44 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 45
46 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
BAHAGIAN
PENGURUSAN RISIKO
DAN INSPEKTORAT
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 47
BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN INSPEKTORAT
A. PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat (BPIN) dipertanggungjawabkan memantau dan memastikan
kepatuhan kepada Dasar Keselamatan dan Kesihatan MARA oleh semua Pusat Pentadbiran MARA.
Pemantauan difokuskan kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Keselamatan Perlindungan
dengan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perkhidmatan
Bomba 1988, Arahan Keselamatan (Pindaan 2017) dan peraturan-peraturan serta tata amalan yang
berkuat kuasa. Pematuhan kepada akta-akta ini memastikan keselamatan, kualiti tadbir urus dan imej
di Pusat Pentadbiran MARA dipertingkatkan.
BPIN juga diberi tanggungjawab untuk pensijilan kualiti di semua Pusat Pentadbiran MARA melalui
Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) dan Penarafan Bintang IPMA atau Star Rating in
MARA Institution (STRIM).
B. OBJEKTIF
1. Memastikan peningkatan kualiti pengurusan Pusat Pentadbiran MARA dan kompetensi staf MARA
selaras dengan dasar, peraturan, etika perkhidmatan dan piawai yang ditetapkan.
2. Membudayakan ketekalan kerja berkualiti di Pusat Pentadbiran MARA menerusi Pensijilan MQS dan
STRIM.
3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat.
C. PERANAN
BPIN berperanan memantau semua Pusat Pentadbiran MARA bagi memastikan pematuhan kepada akta
dan standard yang telah ditetapkan untuk mengurang kerugian serta risiko kepada MARA.
48 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)
D. FUNGSI
Terdapat tiga (3) Cawangan di BPIN seperti berikut:
a. Cawangan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CKKP)
CKKP bertanggungjawab untuk memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan menerap sikap
tanggungjawab terhadap pengurusan keselamatan yang digariskan dalam Dasar Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan MARA.
Cawangan ini adalah ‘Flying Squad MARA’ yang sentiasa bersedia untuk memberi bantuan dan
khidmat nasihat kepada Pusat Pentadbiran MARA dan pihak-pihak yang terlibat dengan MARA
berkenaan pengurusan keselamatan.
CKKP memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah budaya yang perlu diamalkan oleh
semua staf MARA, pelajar Institut Pendidikan MARA (IPMA), pelanggan dan semua pihak yang berada
dalam kawasan premis MARA.
CKKP juga menjadi sumber rujukan kepada pusat pentadbiran MARA berkenaan keselamatan
perlindungan aset-aset MARA iaitu keselamatan fizikal, dokumen peribadi dan persekitaran ICT.
Cawangan ini sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan
keselamatan seperti Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK), Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Polis Di Raja Malaysia Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM), Arkib Negara Malaysia (ANM) dan lain-lain lagi.
DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025) >>>> 49
b. Cawangan Standard & Inspektorat (CSI)
CSI adalah penyelaras kepada Program Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) dan
Penarafan Bintang IPMA atau Star Rating in MARA Institution (STRIM).
Menerusi dua (2) Program Pensijilan Standard ini, CSI berperanan membentuk ketekalan budaya
tadbir urus berkualiti di semua Pusat Pentadbiran MARA. Penilaian kepada Program Pensijilan Standard
ini berfokus kepada tahap pematuhan Akta Keselamatan dengan menerima pakai instrumen yang
dibangunkan berasaskan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.
c. Cawangan Pengurusan Risiko & Korporat (CPR)
CPR adalah penyelaras kepada Pengurusan Risiko MARA. Menerusi aktiviti Pengurusan Risiko ini, CPR
berperanan sebagai penasihat (melalui sesi konsultasi), latihan dan pembudayaan kepada semua
Pusat Pentadbiran MARA untuk membentuk ketekalan tadbir urus berkualiti.
Pengurusan Risiko MARA mengunakan format ISO 31000:2209 sebagai rangka kerja asas pengurusan
risiko. Rangka kerja pengurusan risiko ini selari dengan pencapaian visi, misi, objektif dan strategi
MARA dengan memikul amanah dan tanggungjawab ke atas pihak yang berkepentingan dalam
MARA.
50 <<<< DIREKTORI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN 2021-2025 (DSKP 2021-2025)