The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leeza roslan, 2021-04-28 02:28:26

Buletin Khas 360_2021

Buletin Khas 360_2021

SIDANG EDITOR

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENAUNG Sidang Editor e-Buletin berhak meminda mengubah
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman dan menggarap manuskrip yang dihantar agar
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan
MARA dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip
yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak
PENERBIT EKSEKUTIF disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga
Nor Zaini binti Abu Kassim boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran
Pengarah untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat,
rencana dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau
PENERBIT email ke [email protected]
Jamizan bin Baki
Timbalan Pengarah II Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada:

EKSEKUTIF EDITOR Pengarah
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Timbalan Pengarah I Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
EDITOR/WARTAWAN Tel: 03 2613 2401
Rusmawati binti Adam Faks: 03 2691 0075
Ketua Penolong Pengarah Email: [email protected]

Hasnan bin Harun
Penolong Pengarah

BAHAN
Kesatuan Kebangsaan Kakitangan
MARA (KEKAM)

Kesatuan Pegawai-pegawai MARA
(KPPM)

KREATIF
Haliza binti Abdul Hamid
Penolong Pengarah

JURUFOTO
Produksi Kreatif

TEKNIKAL & HEBAHAN
Iswardy Adha bin Mohamad
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan)



Perutusan Khas

Ketua Pengarah

Sempena Hari Pekerja 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam
selamat sejahtera. memperkasa sosioekonomi bumiputera perlu
menguruskan perubahan melalui norma baharu
Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari dalam melaksanakan amanah yang diberi. Warga
Pekerja kepada semua warga kerja MARA. Pada kerja MARA perlu menguasai teknologi terkini, dalam
tahun ini ketibaan Hari Pekerja tidak disambut seperti memastikan penyampaian perkhidmatan kekal.
biasa. Tiada sambutan besar diadakan pada waktu
penularan wabak Covid-19 yang masih lagi aktif. Dalam memutuskan penyebaran wabak Covid-19
Selain itu, kebetulan pula Hari Pekerja tahun ini jatuh ini, warga kerja MARA perlu membudayakan norma
pada bulan Ramadan. baharu dalam menjalankan tugas seharian. Ini sejajar
dengan hasrat kerajaan agar penyebaran wabak dapat
Walaupun tiada sambutan Hari Pekerja 2021 peringkat dikawal dengan amalan norma baharu. Besarlah
MARA pada tahun ini, sumbangan dan pengorbanan harapan saya agar semua warga kerja MARA terus
warga kerja MARA selama ini amat dihargai. menjiwai norma baharu dalam melaksanakan kerja
seharian. Pelaksanaan norma baharu ini sesekali
Dalam mengharungi pandemik Covid-19 dan tidak menghalang MARA dalam mencapai hasrat
ketidakpastian bila ia akan berakhir, MARA sebagai yang telah digariskan dalam visi dan misi MARA.

4 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Warga kerja MARA yang dikasihi, Warga kerja MARA,
Amalan integriti adalah budaya utama warga kerja Pelan Strategi MARA (PSM) 2021-2025 telah
MARA. Warga kerja MARA perlu bertindak secara dilancarkan dan ia dirangka bagi menjayakan visi
jujur dan amanah mengikut bidang tugas masing- dan misi selain melaksanakan tanggungjawab
masing secara telus, berwibawa, akauntabiliti serta membantu meningkatkan taraf sosioekonomi
patuh kepada segala peraturan dan undang-undang bumiputera. Pelan ini juga memberi gambaran hala
yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. tuju yang jelas dalam memastikan kaum bumiputera
terus berupaya untuk mendepani cabaran abad ke-21
Penghayatan dan pengamalan budaya integriti dapat melalui program-program yang berimpak tinggi.
melahirkan warga kerja MARA yang profesional,
berakhlak tinggi dan memiliki sifat kepimpinan Peranan dan fungsi utama MARA dalam bidang
berkualiti bagi memartabatkan organisasi, agama, usahawan, pendidikan, pelaburan dan khidmat
bangsa dan negara. pengurusan akan terus diperkasa bagi menjamin
kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kepada
Komitmen semua pihak di semua peringkat semua lapisan masyakarat.
dalam MARA bagi menghayati dan mengamalkan
budaya integriti secara konsisten sudah pasti akan Pelan ini hendaklah dihayati dan dilaksanakan
meningkatkan imej MARA dan reputasi warga kerja dengan penuh iltizam oleh semua peringkat warga
MARA di mata umum. Dengan itu, objektif MARA kerja MARA dan menjadi aspirasi dan panduan
dapat dicapai manakala misi dan visi akan dapat dalam mengangkat MARA sebagai agensi ulung
dijayakan. pemerkasaan agenda bumiputera melalui 4 teras,
17 strategi, dalam mencapai 22 outcome yang
Integriti ditetapkan. Hala tuju ini akan mendukung dasar-
dasar negara bagi memartabatkan masyarakat dan
Setiap warga kerja MARA hendaklah mengamalkan negara.
integriti dalam melaksanakan urusan seharian yang
mana merangkumi nilai-nilai mulia seperti amanah, Akhir kata, saya ucapkan “Selamat Hari Pekerja
benar, telus, ikhlas dan bersyukur. 2021” kepada semua warga kerja MARA.

Profesionalisme Menjunjung Amanah, Mendepani Cabaran Masa
Hadapan.
Setiap warga kerja MARA hendaklah bersikap
profesional dalam melaksanakan tanggungjawab Dato’ Azhar bin Abdul Manaf
yang diamanahkan merangkumi nilai-nilai mulia Ketua Pengarah
seperti berdedikasi, bijaksana, responsif, kreatif dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Istiqamah. 1 Mei 2021

Kepimpinan

Setiap warga kerja MARA adalah pemimpin kepada
tanggungjawab yang diamanahkan. Sehubungan
dengan itu, warga kerja MARA haruslah mengamalkan
etika-etika kepimpinan yang baik dan boleh diteladani
dalam semua urusan iaitu berwawasan, dinamik,
kerjasama, saksama dan sentiasa menghormati
sesama anggota kerja tanpa mengira pangkat.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 5

Warga Kerja

Aset Terpenting MARA

Falsafah pengurusan Dato’ dalam menguruskan Walaupun tidak banyak yang dapat kita berikan
organisasi dengan warga kerja yang ramai? kerana kita masih terikat dengan peraturan kerajaan
dan bukan berorientasikan keuntungan, tetapi kita
MARA telah berusia lebih lima dekad atau secara masih mengekalkan peruntukan yang penting seperti
tepatnya 55 tahun pada 1 Mac yang lalu. Dahulu, pinjaman untuk staf, kemudahan perubatan dan
jumlah warga kerja kita tidaklah ramai, tetapi seiring sebagainya. Selagi mampu kita akan berusaha untuk
peredaran zaman serta berlaku pertambahan pusat menjaga kebajikan warga MARA sebaik mungkin.
pentadbiran, institusi dan kompleksiti tugas, kini
jumlah warga kerja MARA telah mencapai 18,904 Kenapa fokus kepada pekerja?
orang.
Sejak dahulu lagi saya berpendirian bahawa untuk
Sememangnya sukar untuk memenuhi kehendak MARA bergerak maju, kita memerlukan warga kerja
setiap warga kerja MARA dengan kerencaman latar yang berpotensi tinggi. Kerana itu saya selalu tekankan
belakang dan pemikiran, namun begitu di peringkat warga kerja MARA adalah permata paling berharga,
Pengurusan Tertinggi MARA, kita akan memastikan perlu dicanai dan digilap supaya mereka lebih bernilai
isu kebajikan diberikan keutamaan kerana saya tinggi. Apatah lagi dalam situasi ekonomi dan
berpendapat sekiranya kita menjaga kebajikan ahli sosial post-Covid-19, kita perlu menyedari bahawa
keluarga warga kerja kita, maka mereka akan lebih banyak pengalaman dan pengamalan lalu tidak lagi
fokus untuk menjalankan tugas dan amanah yang relevan. Contohnya pedagogi dalam pengajaran dan
diberikan. pengajaran telah berubah apabila pengajian secara
online diperkenalkan dan telah menjadi norma
baharu. Begitu juga perkembangan pantas IR 4.0
yang berkembang pesat memerlukan kita berubah
seiring dengan perkembangan teknologi kini.

6 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Bagaimana proses untuk memastikan warga kerja
MARA mampu mendepani cabaran baharu ini?

Di peringkat organisasi, kita amat menitik beratkan
peningkatan pengetahuan warga kerja kita. Saya
selalu ulangi pantun lama ini ;

Dari aspek keusahawanan pula, kita melihat transaksi Kalau mencari tempat mandi
secara online tiba-tiba menjadi trend yang tidak dapat Pertama teluk kedua pantai,
dielakkan, bahkan disebabkan proses penghantaran Kalau mencari insan berbudi,
barang dapat dilakukan dengan murah termasuk Pertama elok kedua pandai.
dari luar negara, usahawan kita perlu bersaing
dengan pengeluar dan peniaga dari seluruh dunia. Maksud dari pantun ini adalah untuk mencari modal
Begitu juga dari aspek sektor pelaburan kita, banyak insan yang kompeten, bukan setakat kemampuan
perkara perlu kita kaji semula untuk memastikan fizikal dan tinggi budi integritinya, tetapi perlu juga
perancangan dapat digerakkan seiring perubahan bijaksana. Atas dasar inilah kita teruskan latihan demi
ekonomi semasa. memberikan pengetahuan kepada warga kerja kita.
Program latihan kita sahaja kini telah mencapai XXX
Maka disinilah pentingnya warga kerja MARA dan dan kita juga sentiasa fokus dengan memberi peluang
subsidiari berperanan, melihat kehadapan dan kepada warga kerja kita untuk melanjutkan pelajaran
merencana dalam perubahan pantas yang kita sehinggalah ke peringkat tertinggi. Untuk makluman
sendiri tidak jangka apabila terjadinya pandemik dan semua, setakat April lepas, seramai XXX sedang
perubahan kepada norma baharu. Untuk menghadapi melanjutkan pelajaran. Objektif kita jelas, selain
cabaran ini, hanya dengan warga kerja yang daripada untuk peningkatan nilai warga kerja, proses
kompeten kita dapat menggerakkan perancangan ini juga adalah untuk memastikan kita mempunyai
dan perlaksanaan yang diperlukan oleh rakyat. warga kerja yang mempunyai pengetahuan supaya
MARA terus menjadi k-organization.

Selain itu, bagi meningkatkan nilai integriti juga,
latihan, pembudayaan dan peringatan terus kita
adakan. Kita bukan berpaksikan kepada tindakan
menghukum pesalah semata-mata, tetapi strategi
kita adalah bersifat pre-emptive, sentiasa berusaha
menutup ruang wujudnya salah laku rasuah, dan
dalam masa yang sama mendidik seluruh warga
kerja menjunjung nilai amanah rakyat yang kita pikul
bersama.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 7

Falsafah dalam memimpin organisasi? sediakan, kompas telah menunjukkan arah, layar telah
kita kibarkan, sauh telah kita tarik dan pendayung
Saya selalu menekankan untuk seluruh warga kerja kini telah berada di tangan kita semua. Perlunya kita
MARA bekerja bersama saya bukan bekerja untuk gerakkan bahtera ini bersama-sama. Seperti sebuah
saya. Kita perlu bergerak dalam satu pasukan. Baru- pasukan bola sepak, semua mempunyai peranan
baru ini kita telah pun melancarkan pelan jangka dari penjaga gol, pertahanan, perancang tengah dan
panjang MARA iaitu Pelan Strategik MARA 2021- penyerang, semua adalah penting dan berperanan
2025. Ia umpama sebuah peta dengan destinasi untuk menggerakkan strategi yang telah digarap oleh
yang jelas untuk kita tuju dengan melayarkan bahtera jurulatih pasukan. Matlamat utamanya adalah untuk
MARA dalam jangka kurang dari 5 tahun ini. Bagi menjaringkan gol dan memenangi perlawan dengan
mencapai hasrat yang telah pun kita lancarkan ini, peraturan dan dalam jangka masa 90 minit. Begitu
penting untuk semua kita bergerak secara strategik, juga kita dalam melaksanakan pelan jangka panjang
dan memainkan peranan masing-masing mengikut ini. Kita mempunyai masa yang telah ditetapkan
kapasiti dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. dengan strategi yang telah digariskan. Anda semua
adalah pemain yang perlu berperanan dalam kapasiti
masing-masing. Dalam masa sama jangan kita lupa
bahawa kita mempunyai peraturan yang perlu kita
patuhi di samping nilai yang perlu kita junjung tinggi.

Pengurusan tertinggi dan warga kerja berpisah
tiada?

Saya ingin menekankan bahawa semua orang Saya amat mementingkan wujudnya suasana
adalah penting, setiap kita ada peranan dalam harmoni dalam organisasi dengan berpaksikan
menggerakkan visi dan misi ini. Peta telah kita interaksi dua hala antara saya dan warga kerja.
Dalam hal ini saya sentiasa memastikan interaksi
dan komunikasi saya dengan badan yang mewakili
suara warga kerja MARA diberikan keutamaan. Sebab
itulah kita sentiasa memastikan Mesyuarat Bersama
Jabatan diadakan mengikut jadual. Bahkan saya
sentiasa berusaha untuk meluangkan waktu bagi
menghadiri program yang dianjurkan oleh KEKAM,
KPPM, BUKM dan sebagainya serta melibatkan

8 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

kepimpinan kesatuan dalam memberikan pandangan
kepada Pengurusan Tertinggi MARA.

Pada masa yang sama, saya juga turut mengarahkan
seluruh pengawal pusat juga sentiasa mengadakan
pertemuan dan mendengar pandangan anggota
kerja, bukan sekadar memberi arahan sehala. Ini
amat penting kerana bagi saya pandangan dari
seluruh jentera dari peringkat bawah juga adalah
penting kerana mereka yang melaksanakan gerak
kerja demi mencapai sasaran.

Sebagai pemimpin, bagaimana Dato’ melihat Penghayatan dan pengamalan budaya integriti ini
amalan integriti di kalangan warga kerja MARA? sebenarnya akan dapat melahirkan warga kerja
MARA yang profesional, berakhlak tinggi dan memiliki
Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin sifat kepimpinan berkualiti bagi memartabatkan
dan pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang organisasi, agama, bangsa dan negara. Sejarah juga
mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau telah membuktikan hal ini, sebagai contoh Rasulullah
pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah SAW adalah pemimpin yang memenuhi fitrah
mencapai matlamat yang ditentukan. Sejak saya manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia seperti
memikul amanah sebagai ketua pengarah di MARA, amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Malah sebelum
saya meletakkan pemantapan integriti sebagai kerasulan baginda, pemimpin Quraish pernah
salah satu dari misi utama saya. Saya mahu melihat memberi gelaran ‘al-Amin’ kerana ketinggian sifat
amalan integriti ini bukan hanya sekadar pematuhan integriti dan akauntabiliti baginda dalam memberi
terhadap peraturan dan undang-undang, tetapi ia perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Inilah
harus menjadi budaya atau rutin harian warga kerja contoh terbaik dan saya harapkan semua kerja
MARA di mana sahaja mereka berada. Dalam setiap MARA dapat menghayati dan mengamalkan budaya
tugasan, warga kerja MARA perlu bertindak secara integriti secara konsisten agar dapat menjaga dan
jujur dan amanah mengikut bidang tugas masing- meningkatkan imej serta reputasi MARA di mata
masing serta patuh kepada segala peraturan dan umum.
undang-undang yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 9

Pelan ini bukan omong
kosong atau sekadar
memenuhi keperluan tetapi
ianya hendaklah dihayati dan
dilaksanakan dengan penuh
iltizam oleh semua peringkat
warga kerja MARA.

Akhir sekali, harapan Dato’ untuk Pelan Strategik Pelan ini bukan omong kosong atau sekadar
MARA 2021-2025? memenuhi keperluan tetapi ianya hendaklah dihayati
dan dilaksanakan dengan penuh iltizam oleh
Pelan Strategi MARA (PSM) 2021-2025 telah secara semua peringkat warga kerja MARA. Jika bukan
rasminya dilancarkan bulan lepas dan ianya dirangka kita, siapa lagi yang akan menjayakannya? Sebagai
bagi menjayakan visi dan misi selain melaksanakan sebuah agensi ulung dalam pemerkasaan agenda
tanggungjawab membantu meningkatkan taraf bumiputera, saya yakin dan percaya melalui 4 teras
sosioekonomi bumiputera. Sebagaimana yang dan 17 strategi yang telah digariskan dalam Pelan
saya nyatakan sebelum ini, pelan ini merupakan Strategik MARA 2021-2025, kita pasti akan dapat
gambaran hala tuju yang jelas kepada kita dalam mencapai 22 outcome yang ditetapkan, In Syaa Allah.
usaha memastikan kaum bumiputera terus berupaya
untuk mendepani cabaran abad ke-21. Saya amat Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat (BKOM)
berharap agar peranan dan fungsi utama MARA Editor: Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)
dalam bidang usahawan, pendidikan, pelaburan Foto Galeri MARA dan Foto hiasan Majalah MARA360°
dan khidmat pengurusan akan terus diperkasa bagi
menjamin kualiti dan keberkesanan perkhidmatan
kepada semua lapisan masyakarat.

10 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Potret Kepimpinan 360°
Ketua Pengarah MARA

Bersama Kesatuan Pegawai-pegawai MARA (KPPM)

KEPIMPINAN BERKUALITI MEMARTABATKAN Sekiranya sesuatu isu yang melibatkan peringkat
ORGANISASI dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau di
Ketua Pengarah MARA Dan Kesatuan Pegawai- bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam
Pegawai MARA (KPPM) (JPA), Kesatuan akan terlebih dahulu mendapatkan
nasihat daripada Ketua Pengarah MARA untuk
Ketua Pengarah MARA YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul membawa isu tersebut ke mesyuarat Majlis
Manaf sentiasa menggalakkan dan mengekalkan Bersama Kebangsaan (MBK) atau ke pengetahuan
hubungan yang harmoni dan kondusif di antara MARA Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS.
dan Kesatuan Sekerja untuk kemajuan bumiputera
sepanjang kepimpinannya. Justeru itu, beberapa saranan dan isu dibawa
oleh KPPM berjaya diselesaikan oleh YBhg. Ketua
Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA (KPPM) Pengarah MARA terutamanya isu berkaitan
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga perjawatan dan pelarasan gaji serta kemudahan
kepada YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Ketua kebajikan untuk warga kerja MARA. Sebagai contoh
Pengarah MARA di atas segala perhatian yang isu lantikan kenaikan pangkat secara fleksi semua
diberikan untuk kemudahan dan kebajikan ahli serta gred 41 ke 44 telah dibincangkan terlebih dahulu di
pengurusan Exco Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA peringkat Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
(KPPM). sebelum dibawa ke peringkat JPA.

Sebagai majikan dan juga merupakan pegawai MARA Begitu juga dengan skim DV yang diberikan kenaikan
yang telah lama menjadi ahli KPPM. Ketua Pengarah pangkat secara fleksi berasaskan kecemerlangan dari
MARA amat prihatin serta memahami kehendak DV29 sehingga ke gred DV54 berjaya diselesaikan
kesatuan. Beliau sentiasa bersama memberi secara berhemah antara kesatuan bersama YBhg.
sokongan dan tunjuk ajar kepada Exco Kesatuan. Ketua Pengarah MARA sehingga menjadikan MARA
sebagai agensi pertama melaksanakan skim fleksi
gred DV ini.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 11

Ada juga isu lain yang tanpa perlu campur tangan dengan barisan Exco
pihak luar seperti JPA, contohnya isu pakaian
seragam pekerja hanya diselesaikan di peringkat Kesatuan. Program
MBJ sahaja bagi memastikan pekerja yang layak
mendapatkan pakaian seragam yang sesuai dengan latihan atau kursus
tugasnya.
di dalam negara
PerjuanganKPPMbagimemartabatkankelangsungan
kerjaya ahli-ahlinya adalah juga turut membawa atau di luar negara
makna kepada memperkasakan imej MARA dalam
memelihara kepentingan warga kerjanya. Justeru diberikan kepada
itu, hubungan berhemah KPPM harus terus terjalin
bagi membina kerjasama bersepadu dengan YBhg. Exco Kesatuan bagi
Ketua Pengarah MARA untuk merealisasikan Pelan
Strategik MARA 2021 – 2025. memantapkan ilmu

Di samping itu, YBhg. Ketua Pengarah MARA sentiasa kepimpinan kesatuan.
mengambil berat berkaitan pengurusan kesatuan.
Selain diberikan tempat letak kereta untuk kesatuan, Oleh itu, Exco KPPM
disediakan pejabat kesatuan tanpa dikenakan sewa,
serta diberikan kemudahan komputer (laptop). sentiasa diberi
YBhg. Ketua Pengarah MARA juga bersetuju untuk
menaikkan peruntukan tahunan kesatuan dari pendedahan untuk
RM12,000.00 ke RM15,000.00 bagi memudahkan
kesatuan melaksanakan aktiviti untuk ahli kesatuan. turut sama membantu
Kemudahan yang diberikan kepada kesatuan
telah menyumbang kepada suasana yang cukup pengurusan MARA
harmoni, aman dan penuh ukhuwah kesatuan dalam
organisasi MARA. bagi mendepani setiap

KPPM amat menghargai usaha YBhg. Ketua cabaran abad ke 21
Pengarah MARA yang sentiasa mengamalkan budaya
berbincang, berunding, memberi nasihat, berterus- bagi meningkatkan
terang dan berhemah ketika mengadakan pertemuan
taraf sosioekonomi

bumiputera.

Bersyukur di atas kurniaan Allah yang memberi kita
berada di bawah pemimpin yang berwibawa di MARA
ini. Tidak semua kesatuan sekerja yang mempunyai
majikan yang sebaik majikan yang ada di MARA.

Terima Kasih YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf,
Ketua Pengarah MARA.

Penulisan:
Ahmad Fauzi bin Mohamed Presiden dan Exco
Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA (KPPM).
Edit dan susunan semula:
Rusmawati binti Adam Editor Majalah MARA360°

12 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Exco Kesatuan Pegawai-pegawai MARA (KPPM)

Sesi 2019 - 2021

Sesi Perjumpaan

Exco 2017 - 2019 Bersama Pengurusan MARA

Sesi perjumpaan Exco baru Kesatuan Pegawai-pegawai MARA
sesi 2017-2019 dengan YBhg. Dato Azhar bin Abdul Manaf,

Ketua Pengarah MARA pada 15 September 2017 di Tingkat 26
Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 13

Malaysia Day

Fun Ride 2017

Sempena menyambut Hari Malaysia, MARA anjuran bersama
MARA Cycling Club, KPPM dan KEKAM menjemput semua

warga kerja MARA yang melibatkan diri dalam sukan berbasikal
dan berlari untuk bersamma berkumpul, berkayuh dan berlari
bagi menyambut Hari Malaysia bagi tahun 2017.

Sesi Libat Urus

YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA
Bersama Warga Kerja MARA Negeri Melaka

14 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
(MBJ) MARA

Bil 1/2020
Di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
(MBJ) MARA

Bil 3/2018

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 15

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MARA

Dipengerusikan oleh
YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf,

Ketua Pengarah MARA

Sambutan

Hari Sukan Negara 2017
Peringkat Ibu Pejabat MARA

KPPM menaja acara Cabutan Bertuah dan pembahagian hadiah
kuiz bernilai RM30 seorang.

16 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Lawatan

Sambil Belajar ke Bangkok, Thailand

Sijil Penghargaan
Yang Diterima

Daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam

Kerana Berjaya
Melaksanakan
Mesyuarat Majlis
Bersama Jabatan (MBJ)

Penulisan:
Ahmad Fauzi bin Mohamed Presiden dan Exco Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA (KPPM).
Susunan semula:
Rusmawati binti Adam Editor Majalah MARA360°

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 17

Potret Kepimpinan 360°
Ketua Pengarah MARA

Bersama Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM)

KEMANTAPAN KEPIMPINAN PEMACU KE ARAH KESATUAN KEBANGSAAN KAKITANGAN MARA
PENGHASILAN KECEMERLANGAN (KEKAM) DAN DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF
Ketua Pengarah MARA Dan Kesatuan Kebangsaan BERPISAH TIADA
Kakitangan MARA (KEKAM)
Dato’ Azhar bin Abdul Manaf juga merupakan ahli
Ketua Pengarah MARA Dato’ Azhar bin Abdul Manaf Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA yang
telah memberi sumbangan signifikan dalam agenda bergred paling tinggi dengan nombor keahlian
pembangunan sosioekonomi bumiputera serta KEKAM 3639.
negara amnya.
Beliau sentiasa menyokong hasrat baik berkaitan
Di bawah kepimpinannya MARA telah melalui fasa saranan dan juga isu-isu kesatuan selagi ia tidak
transformasi, termasuk menetapkan hala tuju baharu bercanggah dengan dasar, contohnya semasa
bagi menghadapi cabaran mendatang. Beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah MARA
bertanggungjawab memacu MARA untuk mencipta sejak 2016 beliau sering mempengerusikan pre-
kecemerlangan yang lebih tinggi. council Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
MARA. Banyak isu dan saranan KEKAM dapat beliau
Dalam proses menggalakkan dan mengekalkan selesaikan hanya melalui pre-council tanpa perlu
hubungan yang harmoni dan kondusif antara majikan menunggu hingga MBJ dilaksanakan.
- kesatuan sekerja beliau mengamalkan budaya
berbincang, berunding, memberi nasihat dan sangat Beliau sentiasa ingin mengadakan MBJ. Ini
bersedia serta komited untuk bersama KEKAM dalam bermakna beliau tidak takut berhadapan dengan
proses rundingan tripatit. Beliau sentiasa mahu permasaalahan dan berani menghadapi cabaran
mendengar segala saranan dan isu-isu dari KEKAM. serta bertanggungjawab dengan isu dan saranan
Beliau sentiasa menyokong segala aktiviti kesatuan pihak kesatuan berkaitan hak-hak kebajikan pekerja
yang memberi impak positif. MARA. Keadaan ini dibuktikan apabila MBJ MARA
menerima Pengiktirafan penarafan 5 bintang
Keprihatinan, ketelusan serta berterus-terang beliau oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui
terhadap kesatuan terbukti melalui ungkapan yang Kementerian Sumber Manusia sejak tahun 2018
selalu beliau ungkapkan “Sham!!, aku kalau boleh, hingga kini.
yang dalam mulut pun aku nak bagi” ungkapan ini
melambangkan bahawa Dato’ Azhar merupakan Beliau sentiasa memelihara hubungan baik antara
seorang pemimpin yang terbaik dan sangat prihatin majikan dan pekerja dalam mencapai produktiviti.
terhadap kebajikan warga kerja MARA. Aku di sini Ini terbukti apabila beliau dilantik sebagai Ketua
bukan bermaksud kasar tetapi membawa maksud Pengarah MARA. Beliau melalui MBJ telah
sangat akrab beliau dengan Presiden Kesatuan mengumumkan dan meluluskan geran tahunan RM
Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM) sejak dari 15,000.00 setahun kepada KEKAM, sebelum ini nilai
beliau menjawat jawatan di gred rendah lagi. geran RM 12,000.00. Tidak hanya terhenti di geran,
beliau telah menghantar Presiden KEKAM untuk
berkursus serta menghadiri lawatan sambil belajar

18 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

di Tokyo dan Osaka, Jepun mulai 22 hingga 28 Julai Beramah mesra dan menyatakan visi dan misi selaku
2018. Hubungan baik ini sentiasa diteruskan apabila Ketua Pengarah MARA yang baharu. Layanan yang
setiap kali mesyuarat agung KEKAM beliau akan sangat mesra daripada Ketua Pengarah MARA.
berusaha memastikan hadir sebagai perasmi AGM.

Setiap aktiviti KEKAM yang melambangkan ukhuwah
dalam organisasi MARA akan disokong contohnya
penganjuran MARA Fun Run (MFR) yang dianjurkan
oleh KEKAM sejak 2016 hingga 2019. Begitu juga
aktiviti-aktiviti lain atau program Corporate Social
Responsibility (CSR) KEKAM akan sentiasa dibantu.
Sebagai wahana dalam kepimpinan Dato’ Azhar
sering ungkapkan ini kepada KEKAM sebagai nasihat

Jika memilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai;
Jika memilih pemimpin negeri;
Pertama elok kedua pandai.

Disediakan oleh:
Md Hisham bin Othman Presiden KEKAM MARA
Ja’ronah binti Abd Halim Setiausaha KEKAM MARA
Edit dan susunan semula:
Rusmawati binti Adam Editor Majalah MARA360°

Program kesihatan warga MARA (MARA Fun Run)
Dato’ Azhar bin Abdul Manaf melepaskan peserta
larian serta turut serta menyertai program MARA Fun
Run.

Kunjungan hormat KEKAM ke atas Dato’ Azhar bin
Abdul Manaf sejurus beliau dilantik sebagai Ketua
Pengarah MARA pada 24 April 2018.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 19

Menyertai dan menyantuni program keagamaan Perasmian oleh Ketua Pengarah MARA AGM KEKAM
ke-42 di Dewan Multaqam, Maju Junction, Kuala
Lumpur.

Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, perasmi tetap Mesyuarat Sambutan Hari Kebangsaan bersama pemimpin
Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Cuepacs.
MARA.
Perasmian AGM KEKAM ke-41 di MRSM Sultan Azlan
Shah, Perak.

20 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Pencapaian Kepimpinan
Ketua Pengarah MARA bersama KEKAM

IKM Lumut bergegar sekali lagi tahun 2018 di PWTC setelah bergegar di PWTC
pada tahun 2017 bagi kategori anugerah yang sama. En. baharin bin Buang,
Penolong Pegawai Latihan Vokasional merupakan penerima Anugerah Tokoh
Pekerja Negara Kategori Bukan Eksekutif sempena Sambutan Hari Pekerja 1
Mei 2018 di PWTC. Tahniah dan Syabas.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 21

Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf bersama meraikan
sambutan hari pekerja peringkat kebangsaan dan
meraikan penganugerahan kesatuan terbaik dan
Anugerah Majikan Prihatin.

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
(MBJ) MARA

MBJ akan diadakan sebanyak 4 kali setahun mengikut suku tahun. Atas
komitmen yang tinggi segala peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dipatuhi dan MARA telah mendapat anugerah
lima bintang dari JPA. Komitmen yang tinggi sebagai Majikan Prihatin
diterajui oleh Ketua Pengarah MARA selaku pengerusi tetap.

Disediakan oleh:
Md Hisham bin Othman Presiden KEKAM MARA
Ja’ronah binti Abd Halim Setiausaha KEKAM MARA
Susunan semula :
Rusmawati binti Adam Editor Majalah MARA360°

22 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Berkalungkan
Bintang Berkerlipan

Menyerlah Jauh
Dari Yang Biasa

Pencapaian membanggakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membangunkan Perusahaan Kecil dan
Sedehana (PKS) diiktiraf apabila menerima Anugerah Agensi Pembangunan PKS Terbaik pada Majlis Lang
International Corporate Titan Award (LICTA) 2020 yang berlangsung di Wyndham Acmar Hotel, Klang, Selangor.

Sumber: Foto Galeri MARA

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 23

Acuan Kepimpinan MARA360°

Terjalin Hubungan Harmoni Di Antara Majikan Dan Pekerja

Hubungan yang harmoni di antara majikan dan • Pertikaian yang tercetus adalah pada tahap yang
pekerja membantu mewujudkan perhubungan paling minimum dan terkawal.
perusahaan yang mantap di tempat kerja. Oleh itu
adalah penting bagi kedua-dua pihak berusaha untuk • Sentiasa saling memahami dan menghormati
mengekalkan perhubungan baik yang berterusan akan peranan, hak dan tanggungjawab masing-
antara satu sama lain. masing.

Keharmonian di tempat kerja bukan sahaja membantu • Majikan dan pekerja sentiasa bertolak ansur.
memelihara kepentingan majikan dan warga kerja • Sentiasa menjalinkan hubungan baik dan
tetapi juga membantu meningkatkan pembangunan
negara yang berterusan. harmoni yang berterusan untuk kebaikan kedua-
dua pihak.
Keharmonian perusahaan merujuk kepada
perhubungan yang baik harmoni di antara majikan
dan pekerja serta kesatuan sekerja, apabila keadaan
seperti berikut berlaku:

24 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

PERANAN MAJIKAN DAN KESATUAN MAJIKAN • Memberi galakan dan bantuan kepada pekerja
untuk mengikuti program latihan atau kursus
• Memantapkan amalan pengurusan perhubungan kemahiran bagi meningkatkan peluang kerjaya
perusahaan yang terbaik, adil dan saksama bagi dan taraf hidup mereka.
meningkatkan keyakinan warga pekerja.
• Menghormati setiap persetujuan yang telah
• Memperkemaskan sistem pengurusan tersebut dipersetujui bersama seperti yang termaktub di
supaya lebih efektif, efisien dan berupaya dalam perjanjian kolektif atau kontrak pekerjaan
memelihara suasana perhubungan yang kondusif mereka.
di tempat kerja.
• Tidak melakukan sebarang tindakan yang dianggap
• Memberi panduan dan arahan yang jelas dan adil menghalang pekerja daripada menganggotai
kepada pekerja berhubung dengan tugas dan kesatuan sekerja atau menyertai aktiviti sah yang
tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan dianjurkannya.
dan sasaran pencapaiannya.
• Prihatin terhadap kewajipan sosialnya untuk
• Menghormati hak dan tanggungjawab masing- memelihara keselamatan pekerjaan (security of
masing bagi mengelakkan konflik yang tidak tenure of employment) pekerjanya.
diingini.
• Melaksanakan amalan pengurusan sumber
• Pihak pengurusan hendaklah mengambil inisiatif manusia yang strategik yang berorientasikan
untuk mewujudkan mekanisma perundingan pekerja di mana pengurusan sumber manusia
antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja hendaklah diintegrasikan selaras dengan budaya
ke arah meningkatkan perhubungan yang baik di korporatnya.
antara mereka serta memudahkan penyelesaian
masalah.

• Menggalakkan pelbagai aktiviti sosial bagi Disediakan oleh:
mengeratkan hubungan dan interaksi di antara Md Hisham bin Othman Presiden KEKAM MARA
majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja. Ja’ronah binti Abd Halim Setiausaha KEKAM MARA
Umpamanya mengadakan hari keluarga, majlis Edit dan susunan semula:
makan malam tahunan, sukan, riadah, sambutan Rusmawati binti Adam Editor Majalah MARA360°
hari perayaan dan sebagainya.

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 25

Februari 2020 - Townhall Bersama Ketua Pengarah MARA, YBHG Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf
Sumber: Foto Galeri MARA

MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan Mei 2021

Selamat Hari Pekerja 2021

Mei 2021 MARA 3600 | e - Khidmat Pengurusan 27

Terbitan

Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA

50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 2613 2401 • Faks: 03 2691 0075

Email: [email protected]
www.mara.gov.my


Click to View FlipBook Version
Previous Book
ผู้ล้างแค้น เล่ม 2_[ฉิ่นอั้ง]
Next Book
Katalog ESENSI 2021