The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leeza roslan, 2022-07-27 05:10:27

flipbook

flipbook

SISTEM PENDIDIKAN
MRSM

INFO MRSM
SENARAI PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MRSM

PROGRAM BANTUAN DAN KEBAJIKAN MRSM

INFO MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah
berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat
(MARA).
Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini
diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam
melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.
Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan
pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan
cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

1 | Sistem Pendidikan MRSM

MAKTAB RENDAH SAINS MARA
(MRSM)

SISTEM PENDIDIKAN MRSM

PROGRAM BANTUAN & KEBAJIKAN MRSM

SENARAI PROGRAM SISTEM
PENDIDIKAN MRSM

MRSM PROGRAM PREMIER
MRSM PROGRAM IGCSE

MRSM PROGRAM ULUL ALBAB
MRSM PROGRAM TEKNIKAL
MRSM PROGRAM IB MYP
MRSM PROGRAM BITARA

3 | Sistem Pendidikan MRSM

TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

MRSM
PROGRAM
PREMIER

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar
di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM),
Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

LOKASI MRSM : • MRSM BESERI, PERLIS
• MRSM BATU PAHAT, JOHOR • MRSM GERIK, PERAK
• MRSM MERSING, JOHOR • MRSM LENGGONG, PERAK
• MRSM MUAR, JOHOR • MRSM PASIR SALAK, PERAK
• MRSM BALING, KEDAH • MRSM PENGKALAN HULU, PERAK
• MRSM MERBOK, KEDAH • MRSM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
• MRSM PDRM KULIM, KEDAH • MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG
• MRSM PENDANG, KEDAH • MRSM BETONG, SARAWAK
• MRSM JELI, KELANTAN • MRSM KUCHING, SARAWAK
• MRSM KUALA KRAI, KELANTAN • MRSM MUKAH, SARAWAK
• MRSM PASIR TUMBOH, KELANTAN • MRSM KOTA KINABALU, SABAH
• MRSM TERENDAK, MELAKA • MRSM TUN MUSTAPHA, SABAH
• MRSM SERTING, NEGERI SEMBILAN • MRSM BESUT, TERENGGANU
• MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG • MRSM KUALA BERANG, TERENGGANU
• MRSM TUN GHAZALI SHAFIE, PAHANG • MRSM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
• MRSM ARAU, PERLIS

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan

MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau lahir

pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

4 | Sistem Pendidikan MRSM

TINGKATAN 1

MRSM
PROGRAM
IGCSE

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan
program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM
berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan
sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan
mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan
Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa
seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh
dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman
pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4
dan SPM semasa tingkatan 5.

LOKASI MRSM : • MRSM KUANTAN, PAHANG
• MRSM TUN ABDUL RAZAK, PAHANG
• MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR • MRSM PARIT, PERAK
• MRSM KUBANG PASU, KEDAH • MRSM KOTA KINABALU, SABAH
• MRSM LANGKAWI, KEDAH • MRSM KUCHING, SARAWAK
• MRSM TUMPAT, KELANTAN • MRSM KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
• MRSM ALOR GAJAH, MELAKA
• MRSM KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan

Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh

MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah

dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

5 | Sistem Pendidikan MRSM

TINGKATAN 1

MRSM
PROGRAM
ULUL ALBAB

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat
untuk melahirkan ahli professional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu
pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran
dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

LOKASI MRSM :
• MRSM KOTA PUTRA, TERENGGANU
• MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
• MRSM KEPALA BATAS, PULAU PINANG
• MRSM SUNGAI BESAR, SELANGOR
• MRSM SEMPORNA, SABAH
• MRSM ATM BERA, PAHANG
• MRSM BAGAN DATUK, PERAK
• MRSM FELDA TROLAK, PERAK

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online, wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

(UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

6 | Sistem Pendidikan MRSM

TINGKATAN 1

MRSM
PROGRAM
TEKNIKAL

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan
seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet
of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan
Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

LOKASI MRSM :
MRSM BENTONG, PAHANG

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online, wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan

MRSM (UKKM) dan Ujian Teknikal
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh

MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah

dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

7 | Sistem Pendidikan MRSM

TINGKATAN 1

MRSM
PROGRAM
IB-MYP

MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum
International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan
sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan
mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan
Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires),
berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir (thinkers),
mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled),
penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif
(reflective).

LOKASI MRSM :
• MRSM TUN DR ISMAIL, JOHOR
• MRSM BALIK PULAU, PULAU PINANG
• MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN SABAH

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan

Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh

MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah

dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

8 | Sistem Pendidikan MRSM

TINGKATAN 4

MRSM
PROGRAM
BITARA

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum
kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul
pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat
serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan,
pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang
mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

LOKASI MRSM :
• MRSM TAIPING, PERAK
• MRSM TUN GHAFAR BABA, MELAKA
• MRSM PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia
• Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan

Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh

MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah

dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

9 | Sistem Pendidikan MRSM

PROGRAM BANTUAN
DAN KEBAJIKAN
MRSM

BANTUAN KEWANGAN MARA

BANTUAN KEWANGAN

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga
berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang
ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan
tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

1. PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN (BUDI)

Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan
kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan
kewangan diberikan kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman
(WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan
pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan
persekolahan serta keperluan asas asrama.

2. PEMBERIAN WANG SAKU (WS)

Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA
kepada pelajar yang layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM.
Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

3. PENGECUALIAN BAYARAN WANG CARUMAN (WC)

Pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) diberikan kepada pelajar B40 yang
berkelayakan sepanjang tempoh pengajian di MRSM. Pengecualian ini tertakluk
kepada syarat yang ditetapkan.

11 | Sistem Pendidikan MRSM

M A J L I S A M A N A H RA K YAT
Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version