The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leeza roslan, 2023-05-09 22:05:02

Pelaburan_3Mei2023

Pelaburan_3Mei2023

2 | Buletin Pelaburan April 2023 Sidang Editorial e-Berita Pelaburan berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Editorial atau emel ke [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright@MARA 2021. All rights reserved PENAUNG Mohd Diah bin Abas Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA KREATIF Haliza binti Abdul Hamid Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN Unit IT & Solusi PENERBIT Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II EDITOR/WARTAWAN Wan Aida Rohana binti Mohammed Salleh Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif SIDANG EDITORIAL Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA


Majlis Amanah Rakyat | 3


4 | Buletin Pelaburan April 2023 Universiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL - MIMET) adalah salah satu kampus cawangan tersenarai di bawah Universiti Kuala Lumpur (UniKL). UniKL-MIMET ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005) sebagai salah satu Institut Kemahiran Tinggi MARA (IKTM) yang dikenali sebagai Institut Teknologi Kejuruteraan Marin Malaysia (MIMET) dan diuruskan sepenuhnya oleh MARA melalui Bahagian Pengajian Tinggi (BPT). Pada tahun 2002, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah ditubuhkan oleh MARA seterusnya MIMET telah diserap masuk menjadi sebahagian dari UniKL dan secara rasmi dinamakan sebagai UniKL MIMET. UniKL MIMET merupakan pusat latihan teknikal dalam bidang teknologi kejuruteraan yang menawarkan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Marin, ‘Senibina dan Pembinaan Kapal’, Luar Pantai, ‘Elektrik dan Elektronik (Marin)’ serta ‘Operasi dan Pengurusan Maritim’ yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kini, UniKL MIMET menawarkan tiga belas (13) program iaitu: 1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Senggaraan Kapal 2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Reka Bentuk Kapal 3. Diploma Teknologi Kejuruteraan (Kejuruteraan Marin) 4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Marin) 5. Diploma Pengurusan Maritim 6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Senibina dan Pembinaan Kapal) dengan Kepujian 7. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dengan Kepujian 8. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Marin) dengan Kepujian) 9. Sarjana Muda Operasi Maritim (Kepujian) 10. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Luar Pantai) dengan Kepujian 11. Sarjana Operasi dan Pengurusan Maritim 12. Sarjana Teknologi Kejuruteraan (Maritim) 13. Doktor Falsafah (Maritim) UniKL MIMET


Majlis Amanah Rakyat | 5


6 | Buletin Pelaburan April 2023 Sebagai sebuah kampus cawangan UniKL dengan pengkhususan marin, teras utama UniKL MIMET adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam melaksanakan proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang menyeluruh bagi programprogram yang berasaskan marin dan maritim. Teras ini sentiasa diterjemahkan kepada pelaksanaan melalui Dasar Kualiti ISO 9001 yang dilaksanakan di kampus ini sejak 2011. Halatuju UniKL MIMET untuk tahun 2023 dan berikutnya adalah untuk menambah baik kemudahan dan prasarana yang ada seperti asrama, fasiliti sukan, kafetaria, internet, kemudahan makmal dan bengkel untuk kerja-kerja amali serta bilik dan dewan kuliah. Kurikulum dan cara penyampaian program juga akan terus ditambah untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara hibrid, massive open online course (MOOCS dan secara online distance learning (ODL) dilaksanakan dengan lebih meluas. Pengukuhan silibus juga dilaksanakan secara berterusan untuk menyesuaikan dengan keperluan industri yang dinamik dan menjadikan program-program yang ditawarkan kekal relevan. Dalam memastikan UniKL MIMET tersenarai sebagai salah satu universiti terkemuka dunia, pelbagai sasaran telah dijadikan sebagai KPI yang perlu dicapai dalam tahun 2023. Agenda pengantarabangsaan UniKL MIMET adalah bersifat holistik merangkumi akademik, penyelidikan, penerbitan, inovasi, hubungan industri, kemahasiswaan, sumber tenaga dan kewangan. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh UniKL MIMET demi menempa nama di persada dunia adalah dengan memberi galakan kepada kepada ahli akademik malahan semua warganya untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelidikan, penerbitan dan kemasyarakatan di peringkat nasional dan global.


Majlis Amanah Rakyat | 7 Di samping itu, UniKL MIMET turut melantik beberapa profesor ternama dan pakar industri dalam bidang marin dari universiti dan syarikat terkemuka sebagai profesor pelawat atau felo penyelidikan. Inisiatif ini dilaksanakan dalam usaha meningkatkan perkongsian ilmu, pemindahan teknologi, kemahiran, dan pengalaman kepada seluruh warga UniKL MIMET. Program-program pasca sizwazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah juga telah diperkenalkan sejak tiga tahun lalu dan dijangka akan mampu meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan UniKL MIMET dan menyumbang ke arah kedudukan yang lebih baik dalam senarai universiti dunia. Bagi mengekalkan kecemerlangan programprogram yang ditawarkan, perancangan yang sistematik telah dibuat dan dilaksanankan secara berterusan. Ini melibatkan perlantikan panel industri yang berpengalaman dan penasihat akademik daripada universiti lain untuk mengkaji kandungan setiap program, kepatuhan kepada dasar semasa dan kesesuaian kepada keperluan industri.


8 | Buletin Pelaburan April 2023 Semakan kurikulum secara berkala diadakan setiap tahun manakala semakan menyeluruh dibuat di antara tiga hingga lima tahun. Program-program di UniKL MIMET bukan sahaja diakreditasi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) tetapi turut diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Antaranya adalah International Maritime Organization (IMO), Chartered Institute of Logistics and Transport, Institute of Marine Engineers, Science and Technology dan Royal Institute of Naval Architect. Pengiktirafan ini membolehkan kelulusan alumni UniKL MIMET diiktiraf untuk bekerja di seluruh pelusuk dunia dan berkhidmat di kapal-kapal yang berdaftar di 175 negara anggota IMO. UniKL-MIMET sentiasa memastikan penambahbaikan dan penekanan yang diberikan dalam program-program yang ditawarkan dapat dijalankan secara berterusan. Prosedur penambahbaikan struktur kandungan program adalah berdasarkan kepada perubahan semasa piawaian program oleh pihak KPT, MQA, ETAC, Jabatan Laut Malaysia dan UniKL sendiri. Selain daripada itu, input daripada para pemegang taroh seperti pemeriksa luar, panel industri dan alumni adalah diambil kira dalam proses penambahbaikan ini.


Majlis Amanah Rakyat | 9 Bagi merealisasikan era Revolusi Industri Keempat (IR4.0), UniKL MIMET memastikan unsurunsur IR4.0 yang terdiri daripada sembilan tonggak utama teknologi dimasukkan ke dalam kurikulum program agar kekal relevan dan mampu mengisi ruang pekerjaan yang diperlukan oleh pihak industri pada masa akan datang. Selain itu, penggunaan Learning Management System (LMS) yang dinamakan ‘UniKL Online Virtual Learning Environment’ (VLE) telah diperluaskan bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Melalui kaedah ini, pensyarah dapat mempelbagaikan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar secara bersemuka dan dalam talian. Bagi memantau prestasi dan maklum balas pelajar serta meningkatkan interaksi pensyarah dan pelajar, kaedah seperti MOOC, sumber-sumber pembelajaran terbuka, moodle, kahoot dan youtube dapat mewujudkan suasana interaktif dalam PdP. Terdapat pelbagai bidang yang memberikan impak dalam pelaburan industri marin yang boleh disasarkan di UniKL MIMET antaranya termasuklah program-program berasaskan ‘Standards of Training, Certification, and Watchkeeping (STCW)’ iaitu konvensyen IMO bagi menggariskan piawaian kecekapan minimum untuk pelaut. Program-program STCW ini akan meningkatkan kompetensi pelayaran mahasiswa yang akan melayakkan mereka belayar merentasi tujuh lautan dengan cekap. Pada masa ini, UniKL MIMET telah menawarkan empat program yang telah diiktirafkan mengikut piawaian kecekapan STCW iaitu: • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dengan Kepujian • Diploma Teknologi Kejuruteraan (Kejuruteraan Marin) • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Marin) • Program Bridging Electro Technical Officer (BETO) Di samping itu terdapat juga bidang berkaitan marin yang boleh memberi impak kepada pelaburan yang sedang diperhalusi dan mula ditawarkan sebagai kursus pendek oleh UniKL MIMET. Bidang-bidang ini termasuklah pengurus dan pencarteran kapal, operasi bunkering, perkhidmatan bekalan luar pesisir, pengurusan maintenance, repair and overhaul (MRO), tinjauan dan pemeriksaan marin, serta ujian dan pensijilan bahan.


10 | Buletin Pelaburan April 2023 Bagi memperkasakan bidang kejuruteraan marin, program diploma terbaharu bakal diperkenalkan oleh UniKL MIMET iaitu Diploma of Engineering Technology in Naval Architecture and Shipbuilding. Program ini bertujuan untuk melahirkan ahli teknologi kejuruteraan dengan latar belakang teknikal yang kukuh dalam reka bentuk kapal dan pembinaan kapal. Selain itu, pelajar lulusan program ini berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pertama sediada di UniKL MIMET dan menyambung pelajaran di universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan Korea Selatan. Selain itu, terdapat satu lagi program iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Marin) dengan Kepujian yang sedang ditambah baik untuk menepati kompetensi yang diperlukan oleh Konvensyen STCW.


Majlis Amanah Rakyat | 11 Usaha ini akan membolehkan para graduan untuk berkhidmat di kapal-kapal dengan gaji yang lumayan sebagai Electro-Technical Officer di samping pilihan untuk berkhidmat di daratan. UniKL MIMET mengekalkan kecemerlangan dalam bidang-bidang yang mendapat permintaan tinggi masyarakat dengan mewujudkan panel penasihat bagi setiap program. Ahli-ahli panel terdiri daripada wakil-wakil industri, alumni dan ahli-ahli akademik dari universiti lain. Audit dalaman akademik dan audit pematuhan ISO 9001 dilaksanakan secara tahunan untuk memastikan pematuhan kepada piawaian akademik semasa dan prosedur operasi dan pentadbiran organisasi. Audit luaran juga dilaksanakan secara berkala oleh KPT, MQA, ETAC, JLM serta badan-badan profesional antarabangsa. Pertukaran pelajar dan pensyarah juga sering diadakan dengan universiti-universiti luar negara bagi menimba pengalaman baru. Begitu juga kolaborasi dalam penyelidikan dan penerbitan bersama-sama penyelidik dari universiti lain dan industri berkaitan sentiasa dilaksanakan secara berterusan bagi membolehkan perkongsian sumber dan manfaat yang mampu meningkatkan kecemerlangan staf dan pelajar UniKL MIMET. Pada masa ini, UniKL MIMET menawarkan program akademik yang holistik dalam bidang marin dan maritim yang merangkumi operasi di lautan dan daratan. Tiga bidang akademik direka khusus untuk memenuhi keperluan industri iaitu rekabentuk/binaan kapal dan struktur marin, kejuruteraan marin dan pengurusan maritim. Bidang yang menjadi fokus pelaburan UniKL MIMET adalah untuk menyediakan prasarana dan kelengkapan pembelajaran yang moden yang berasakan industri marin dan maritim. Ini adalah bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengalaman latihan secara handson semasa belajar seperti mana yang diperlukan oleh industri. Fokus pelaburan seterusnya adalah dengan membangun, mengubahsuai dan meningkatkan kemudahan ICT bagi menyesuaikan dengan era pembelajaran moden melalui sistem elektronik terkini dan juga peningkatan jalur lebar internet.


12 | Buletin Pelaburan April 2023 Selain itu, UniKL MIMET juga telah mewujudkan makmal pembelajaran secara simulasi untuk bidang perkapalan seperti Makmal Simulator Bilik Jentera Kapal yang melatih pelajar mengadakan latihan seperti berada di dalam kapal yang sebenar. Terkini, UniKL MIMET dalam proses untuk mewujudkan Simulator Paparan Carta Elektronik dan Sistem Maklumat (ECDIS) yang dijangka siap pada awal tahun 2024. Makmal ini juga bertujuan untuk menyediakan kursus jangka-pendek yang dijangka dapat menjana pendapatan tambahan kepada UniKL MIMET. Selain dari makmal-makmal simulator, UniKL MIMET bakal mempunyai tangki ombak perairan dalam dengan kedalaman sehingga 10 meter yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2023. Prasarana ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus teknologi kejuruteraan luar pesisir, selain menyediakan kemudahan untuk penyelidikan dan pembangunan serta kursus-kursus jangka pendek dan konsultansi yang mampu menjana pendapatan tambahan kepada UniKL MIMET. Pelbagai bentuk kolaborasi yang telah dilaksanakan oleh UniKL MIMET dengan agensi luar terutamanya yang berkait rapat dengan industri marin bagi meningkatkan tambah nilai dan kualiti program akademik yang ditawarkan. Sehingga hari ini, UniKL MIMET telah menjalankan kerjasama dengan lebih 30 industri dan agensi di dalam dan luar negara untuk menjamin dan menambahbaik kualiti agar dapat bergerak sealiran dengan permintaan industri dan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan Visi dan Misi UniKL “To be the leading entrepreneurial technical university”, bahagian pembangunan teknousahawan UniKL telah merangka program pembangunan usahawan berstruktur yang dikenali sebagai Program Pembangunan Technopreneur. Pelbagai program teknousahawan telah dilaksanakan di UniKL MIMET dalam usaha membentuk minda keusahawanan selain meningkatkan kompetensi para pelajar bagi memastikan mereka berdaya saing di peringkat nasional dan global. Strategi dalam program ini adalah dengan mempertingkatkan kapasiti dan keupayaan usahawan melalui pendekatan akademik, IT, teknikal, generik dan keusahawanan. Program ini turut menghubugkan teknousahawan dengan industri melalui pemadanan perniagaan, penyesuaian teknologi dan kerjasama strategik dengan peneraju industri.


Majlis Amanah Rakyat | 13 Selain itu, program teknousahawan membantu melengkapkan persediaan pelajar untuk memasuki pasaran melalui skim kemudahan MARA seperti pembiayaan perniagaan, penyewaan prasarana perniagaan, Skim Sokongan Berpakej Industri dan Perniagaan, runding cara perniagaan dan pembangunan pemasaran. Kejayaan program ini diukur melalui prestasi pencapaian indeks petunjuk prestasi (KPI) melalui pertambahan saiz modal, jualan dan bilangan pekerja mengikut takrifan PKS yang telah ditetapkan. Cabaran-cabaran yang dihadapi UniKL MIMET dalam memastikan program-program yang ditawarkan mendapat perhatian dan permintaan tinggi masyarakat adalah: • Cabaran terkini ialah jumlah pelajar aliran STEM semakin berkurangan secara ketara di peringkat persekolahan menengah atas. • UniKL MIMET sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah melalui pejabat pendidikan daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam membantu dan memberikan penerangan keperluan industri, tentang hala tuju pendidikan termasuk pengembangan karier di dalam bidang marin dan maritim selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada para pelajar. Antara usaha lain untuk memupuk kembali minat, semangat dan pengetahuan pelajar ke arah bidang STEM adalah dengan menganjurkan taklimat kerjaya dalam sektor maritim di sekolah-sekolah dan menganjurkan kursus jangka pendek dan lawatan sambil belajar di kampus UniKL MIMET.


14 | Buletin Pelaburan April 2023 Sesi demonstrasi kaedah rekabentuk bot dan kapal serta demonstrasi pembinaan bot saiz kecil di sekolah-sekolah, dan programprogram yang relevan dan kreatif untuk menarik minat mereka turut diadakan. Antara program lain yang juga sering diadakan ialah Program STEM, Laluan Kerjaya Ke Lautan, temuduga olok-olok, Motivasi dan Teknik Belajar, dan sesi perkongsian bersama alumni sekolah yang dilawati tentang bidang marin turut diadakan. Setelah memasuki era endemik, kebanyakan pogram-program ini dijayakan melalui pendekatan bersemuka dan juga melalui pendekatan atas talian sekiranya terdapat sebarang kekangan. • Kekurangan pendedahan terhadap keperluan tenaga mahir negara dalam dalam bidang marin, walau pun UniKL MIMET mendapat sokongan kuat daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), JLM serta agensi kerajaan lain. Cabaran ini diatasi dengan memberi penerangan melalui media social, media elektronik dan media cetak Sungguhpun demikian, UniKL MIMET telah menyediakan suasana PdP yang baik dan menepati piawaian Konvensyen STCW, KPT, ETAC dan MQA. Selain daripada itu, tenaga pengajar UniKL MIMET adalah terdiri daripada kalangan pakarpakar marin dan maritim dalam dan luar negara yang berpengalaman serta berpengetahuan tinggi dan menyediakan kurikulum terbaik untuk para pelajar. Hala tuju UniKL MIMET adalah seiring dengan aspirasi ‘WE4ASIA’. UniKL MIMET akan kekal relevan selagi Malaysia terus menjadi negara perdagangan dengan kuantiti dan nilai yang semakin meningkat dan perkapalan kekal sebagai pemudah cara perdagangan antarabangsa yang paling utama. UniKL MIMET akan terus memberi penekanan kepada 4 teras utama WE4ASIA iaitu University Experience, Academic Excellence, Graduate Life Success Enhancement dan Sustainability Enterprise. Melalui pelan strategik yang selaras dengan pelan strategik UniKL dan MARA, UniKL MIMET telah berjaya melahirkan ramai graduan dalam pelbagai bidang seperti Jurutera Marin yang telah berjaya mencapai peringkat tinggi Jurutera Marin tahap 1 dan 2.


Majlis Amanah Rakyat | 15 Selain berjaya melahirkan graduan dalam bidang kejuruteraan marin dan pengurusan maritim, UniKL MIMET juga berjaya melahirkan usahawan tekno dalam pembinaan bot dan pembekalan alatan perkapalan. Program-program yang ditawarkan oleh UniKL MIMET juga mendapat pengiktirafan daripada badan-badan professional dalam dan luar negara seperti JLM, ETAC, CILT, IMAREST dan RINA. Semenjak ditubuhkan, UniKL MIMET mempunyai prestasi kewangan yang agak kukuh kerana mendapat sokongan dari MARA dalam bentuk perbelanjaan modal yang diperuntukkan untuk kemajuan prasarana melalui RMK8 sehingga RMK12. Dengan dana pembangunan ini, UniKL MIMET telah menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai limbungan kapalnya sendiri. Limbungan ini juga berjaya mewujudkan suasana industri kapal di dalam kampus selain juga dapat menjana pendapatan sampingan melalui sewaan dan perniagaan MRO yang dijalankan oleh anak syarikat UniKL. Dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat sejak tahun 2020 dan dengan berkembangnya industri maritim di Malaysia, UniKL MIMET akan kekal relevan dan dijangka akan menjadi salah satu institusi yang dapat menjana keuntungan hasil dari pendapatan kursus dari peringkat diploma sehingga ijazah kedoktoran, kursus-kursus pendek dan kerja-kerja konsultansi dan bidang marin. Adalah menjadi harapan UniKL MIMET untuk terus berkembang maju selari dengan agenda KPT, KKDW dan MARA agar peluang belajar di IPT dibuka kepada semua golongan serta masyarakat di samping menambah bilangan pelajar antarabangsa.


16 | Buletin Pelaburan April 2023 Kurikulum UniKL MIMET sentiasa dikaji semula dan ditambahbaik dengan nilai tambah bagi memenuhi kehendak dan keperluan pasaran serta meningkatkan nilai kemanusiaan yang baik kepada para pelajar. UniKL MIMET juga dalam proses berunding dengan universiti-universiti luar negara yang terpilih bagi menganjurkan program-program dwi-ijazah secara bersama bagi meningkatkan lagi daya saing program-program yang ditawarkan. Analisa aliran kebolehpasaran graduan oleh KPT mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan bagi graduan UniKL MIMET dari tahun ke tahun iaitu dengan kadar kebolehpasaran 95 peratus dan ke atas. Mengikut rekod, pencapaian tersebut dapat dilihat sejak 5 tahun kebelakangan walaupun di saat dunia diuji dengan kehadiran wabak Covid-19. Usaha-usaha kesepadanan program, kepatuhan kepada keperluan industri dan penekanan terhadap keseimbangan antara teori dan praktikal telah menghasilkan graduan yang siapsiaga untuk bekerja, berketrampilan dan berdaya saing. Ini merupakan kunci utama dalam memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dalam industri marin dan maritim. Selaras dengan cabaran era globalisasi bagi memenuhi permintaan industri, UniKL MIMET tidak hanya berusaha memastikan graduannya dilengkapi pengetahuan teknologi yang kukuh, kemahiran teknikal dan keusahawanan tetapi juga dibekalkan dengan ilmu kepimpinan dengan keperibadian yang tinggi. Ini merupakan aset tambahan untuk para graduan menerokai bidang pekerjaan dengan jayanya . Pelajar di UniKL MIMET bukan sahaja didedahkan dengan pembelajaran secara teknikal tetapi juga diterapkan dengan pembelajaran praktikal (hands-on) melalui konsep teaching factory yang disediakan. Selain itu, untuk memastikan pelajar yang bergraduasi mendapat pasaran terbaik dalam industri, program industrialmanship turut dijalankan untuk membantu memantapkan kompetensi pelajar dalam bidang industri dengan lebih efektif. Kedua-dua program ini memerlukan pelajar berada di industri selama dua hingga empat minggu pada semester-semester awal sebelum mereka menjalani latihan industri yang sebenar. Maklum balas terkini mendapati pihak industri memberi sambutan yang positif ke atas programprogram ini, di mana kebanyakkan pelajar diterapkan terus ke alam pekerjaan berdasarkan beberapa penilaian dari pihak industri. Dalam usaha menarik lebih ramai pelajar mengikuti pengajian, UniKL MIMET sentiasa menjadi medium dalam: • Memudahcara untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran seperti MARA, JPA, PTPTN, Yayasan Negeri dan lain-lain sumber bantuan. • Membuka pintu kepada para pelajar sekolah menengah membuat lawatan sambil belajar di kampus UniKL MIMET. • Terlibat di dalam aktiviti promosi dan pemasaran di sekolah-sekolah dan juga di media sosial dalam turut membantu menarik minat para pelajar.


Majlis Amanah Rakyat | 17 • Terlibat di dalam aktiviti Karnival Pendidikan dan Kerjaya anjuran KPT, KKDW, MARA dan sebagainya. • Berkolaborasi dengan institusi yang menjalankan kursus pendidikan seperti Kolej Vokasional, kolej-kolej swasta dan KKTM, IKM dan IKBN dengan mengadakan diskusi dan artikulasi pemetaan kredit bagi membolehkan pelajar institusi tersebut melanjutkan pelajaran di UniKL MIMET dengan tempoh pembelajaran yang lebih singkat. • Bekerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada siswa dan siswi. Sehingga kini, pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah memperakui tahap kompetensi graduan UniKL MIMET. • Berkolaborasi dengan institusi pelajaran luar negara seperti di Indonesia, United Kingdom, Taiwan, Korea Selatan, Turki, Jerman dan Australia bagi membuka ruang dan peluang kepada siswa/i yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke sana. Penerangan yang jelas daripada pihak UniKL MIMET berdasarkan kepada beberapa perkara ini diharap dapat membuka minda kepada manamana pihak yang merasakan satu keperluan untuk mendapatkan informasi yang berguna dalam menimba ilmu dan pengetahuan sekaligus membantu kepada mana-mana pihak yang berminat dan berkeperluan untuk meneruskan pengajian dalam bidang marin dan maritim. Satu kepastian adalah pelaburan MARA dalam akademik dan pembangunan sumber manusia telah menghasilkan impak yang tinggi nilai kepada masyarakat dan negara terutamanya dalam bidang berkaitan rapat dengan perkembangan ekonomi negara yang mapan dan turut mendokong aspirasi negara menjadi sebuah negara maritim berkualiti dan seluruh rakyat mendapat manfaat daripadanya. Sumber: UniKL MIMET


18 | Buletin Pelaburan April 2023 Agenda Industri 4.0 yang merupakan satu era revolusi dunia ke arah teknologi yang lebih pintar. Melalui Industri 4.0 teknologi digital yang berteraskan Internet of Things (IoT), Artificial Intelligence (AI), Big Data, sistem komunikasi mudah alih, perisian dan simulasi serta integrasi sistem digital telah dibangunkan. Industri maritim yang merupakan pemacu ekonomi. Malaysia juga tidak terkecuali mengalami tempias gelombang Industri 4.0. Kehadiran teknologi digital yang lebih canggih ini telah memberi impak yang besar kepada ekosistem industri maritim.Terkini, sistem automasi telah mula mengambil alih sistem sedia dalam sektor perkapalan dan pelabuhan.Selain itu, Industri 4.0 juga mampu menjadi pemangkin pembangunan ekonomi maritim melalui integrasi teknologi pintar dalam sektor logistik dan rantaian bekalan maritim. Malaysia seharusnya membuat persediaan yang komprehensif dalam menghadapi perubahan ini. Antara langkah yang perlu diambil untuk menangani cabaran ini ialah dengan memperkasakan sistem pendidikan yang berasaskan bidang teknologi maritim. Graduan berkemahiran tinggi amat diperlukan oleh industri terutamanya dalam bidang rekabentuk dan pembangunan sistem perisian serta pengendali program kecerdasan buatan. Justeru, untuk memenuhi keperluan industri 4.0 graduan perlu dipersiapkan menerusi sistem pendidikan tinggi dan latihan. Malaysia telah merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Berdasarkan kepada senario semasa, pembukaan sempadan Malaysia sejak 1 April 2022 lalu telah meningkatkan jaringan ekonomi perdagangan intra serantau dan global. Hal ini membuktikan industri maritim pemboleh daya penting untuk pembangunan ekonomi negara. Industri Maritim Dalam Menghadapi Era Teknologi Kini


Majlis Amanah Rakyat | 19 Justeru, kemudahan pelabuhan laut, pelabuhan kering dan jaringan pengangkutan dan logistik yang menjadi barisan hadapan dalam industri maritim menawarkan peluang kerjaya cerah kepada golongan belia. Hal ini merujuk kepada unjuran guna tenaga negara terkandung di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) (2021- 2025), yang mana terdapat peratus peningkatan guna tenaga dalam skop pengurusan dan profesional serta kebolehpasaran graduan dalam bidang maritim. Dalam memastikan negara bersedia dengan perubahan dalam senario semasa yang lebih mengaplikasikan digital sebagai solusi dalam pelbagai bidang, industri maritim negara juga perlu memperkukuhkan teknologi digitalnya supaya seiring dengan arus globlisasi dan tidak kebelakang daripada negara-negara lain. Industri Maritim Negara seharusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan industri maritim antarabangsa agar negara kita disegani di persada antarabangsa memacu pembangunan industri 4.0. Sumber: Rancangan Malaysia-12/ Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025 Disediakan oleh: Wan Aida Rohana Bt Mohammed Salleh (Editor Buletin Pelaburan)


20 | Buletin Pelaburan April 2023 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Asia Rail Centre sekali lagi telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama Institution of Signal Engineers (IRSE), United Kingdom bagi menawarkan sijil kompetensi dalam bidang industri rel kepada pelajar peringkat Diploma yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Tingkat 3, UniKL Malaysia Italy Design Institute telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Dr. Roziah Binti Omar, Presiden/CEO UniK dan Mr. Andy Knight, Presiden IRSE serta disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA dan His Excellency Charles Hay, British High Commissioner to Malaysia. Pemeteraian MoU ini dicapai melalui perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak semasa kunjungan hormat delegasi UniKL ke Ibu Pejabat IRSE pada Jun 2022. UniKL, IRSE Jalin Kerjasama Tingkat Kompetensi Pelajar Dalam Bidang Rel


Majlis Amanah Rakyat | 21 Menurut Dato’ Dr. Asyraf Wajdi, Pengerusi MARA beliau percaya kerjasama ini mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan yang pakar dalam bidang rel kereta api bukan sahaja di dalam negara malahan juga di peringkat ASEAN dan juga global. Tambah beliau bagi merancakkan lagi jumlah graduan dalam bidang rel, MARA telah meluluskan kemudahan pembiayaan pelajaran khususnya kepada pelajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Teknologi Sistem Rel. Pengajian selama 3 tahun ini turut diintegrasikan dengan pensijilan kompetensi IRSE yang boleh meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UniKL sekaligus mampu memiliki pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Shahriman bin Shafein, Ketua Pengarah Keretapi, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn Bhd dan Cik Jennifer Lopez, Ketua Pegawai Eksekutif, British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC). Turut hadir bersama, pemain-pemain industri rel Malaysia seperti Malaysia Rail Link, Hartasuma Sdn Bhd, KTK DOM Sdn Bhd, Malaysia Railway Development Corporation dan Alstom (M). IRSE yang ditubuhkan sejak tahun 1912 kini memiliki lebih 5,000 keahlian daripada 53 buah negara dan telah melahirkan 5,759 pakar dalam bidang Sistem Kawalan Semboyan dan Telekomunikasi Pengangkutan Rel. UniKL Asia Rail Centre telah ditubuhkan pada tahun 2016, diiktirafkan sebagai institusi pendidikan tinggi negara yang pertama memfokuskan kepada penawaran program teknologi, pelesenan dan kursus khas bagi pembangunan program rel di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai TVET Collaboration Hub oleh Malaysia TVET Council atas pengkhususan pengajian rel bermula Jun 2022. Sumber UniKL


22 | Buletin Pelaburan April 2023 Lawatan Kerja Pengerusi MARA Ke UniKL Royal College Of Medicine Perak (UniKL RCMP) Pengerusi MARA, Yang Berbahagia. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki telah mengadakan lawatan kerja ke UniKL Royal College Of Medicine Perak (UniKL RCMP) pada 31 Mac 2023. Program ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Pengerusi MARA ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam rangka lawatan tersebut, UniKL telah memberikan penerangan ringkas berkaitan peranannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Perubatan, Farmasi dan Sains Kesihatan serta prestasi dan kompetensi institusi pendidikan itu kepada Yang Berbahagia Pengerusi MARA. Semasa lawatan tersebut beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan warga RCMP yang terdiri daripada warga kerja serta wakilwakil pelajar bagi menyampaikan amanat ringkas. Seterusnya Dato’ Dr. Asyraf turut dibawa ke Makmal Farmaseutikal bagi meninjau projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan di institusi tersebut. Sumber: UniKL


Majlis Amanah Rakyat | 23


24 | Buletin Pelaburan April 2023 Terbitan Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 • Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] www.mara.gov.my Pelaburan Buletin Sektor MARA


Click to View FlipBook Version