SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM HILIR
43800, DENGKIL SELANGOR
MINIT MESYUARAT GURU
BILANGAN 1 TAHUN 2021
Tarikh : 13 Januari 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
Pengerusi : Puan Norlaili bt Mohd Noor ( Guru Besar)
Kehadiran : Guru Besar
1. Pn. Norlaili bt Mohd Noor GPK Kurikulum
2. Pn. Salmah bt Ismail GPK HEM
3. Pn. Arinawati bt Ab Rahman GPK Kokurikulum
4. Pn. Norlita bt Ramli GPK Petang
5. Pn. Siti Fairuza bt Asmungi
6. Pn. Adilah bt Mohd Noh
7. En. Ahmad Fuad bin Abdul Salim
8. Pn. Aminah bt Adnan
9. Pn. Asnida bt Abu Hasan
10. Pn. Badariyah bt Ahmad
11. Pn. Fariza bt Mohd Salleh
12. En. Fazril Izwandy bin Ramli
13. Pn. Irdha bt Hakim
14. Pn. Julia Noratika bt Aszemy
15. En. Khairul Hakimin bin Zahari
16. Pn. Khairunnisa bt Mazni
17. Pn. Mariam bt Abd Wahab
18. Pn. Masliza bt Mokhtar
19. En. Mohamad Zaidir bin Zainal Abidin
20. En. Mohd Azzrul Affzan bin Md Arof
21. En. Muhammad Fiqri bin Abdullah
22. Pn. My Sarah bt Hamzah
23. Pn. Noor Adliah bt Amirudin
24. Pn. Noor Aenszan bt Idris
1
25. Pn. Noor Afiza bt Rashaid
26. Pn. Noraini bt Mohamed Ismail
27. Pn. Norbaiti bt Yahaya
28. Pn. Norsaadah bt Rahmat
29. Pn. Nurlela bt Mohd Noor Sabri
30. Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
31. Pn. Rabi’ah bt Hj Nuri
32. Pn. Raihan bt Md Faissal
33. Pn. Raja Maya Azhana Bt Raja Mansor
34. Pn. Suhaila bt Othman
35. Pn. Yati Rozi bt Ahmad Radzi
Turut Hadir Masalah kesihatan
- Masalah talian
Tidak Hadir (Bersebab) Setiausaha
1. Pn. Norazwa bt Baharum
2. En. Muhammad Shahrom bin Shafie
Urus setia mesyuarat
1. Pn. Ruzita bt Jamil
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al – Fatihah.
1.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini secara
online. Tahniah kepada semua guru kerana berjaya melaksanakan tugas hakiki, mengurus
1.1.3 fail dan pelbagai tugasan lain.
Guru disaran supaya lebih berinovasi dalam PdPc, belajar menguasai ICT seiring dengan
1.1.4 kemajuan semasa, selalu berkongsi idea dan membudayakan PLC serta berganding bahu
meneruskan hasrat KPM yang termaktub dalam PPPM.
Pengerusi telah mengetuai Ikrar lafaz Penjawat Awam diikuti semua guru.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1.1 Ahli mesyuarat bersetuju menerima minit mesyuarat bil 2/2020
Dicadang oleh: Pn. Noraini bt Mohamed Ismail
Disokong oleh: Pn. Masliza bt Mokhtar
2
3.0 PERKARA BERBANGKIT
4.2.1 Terbaharu, RPH bagi tahun 2020 yang telah disusun mengikut fasa PKP beserta
jadual waktu semasa PKP yang sepatutnya perlu dihantar pada 13 Januari 2021 (Mesyuarat
Guru kali pertama bagi tahun 2021) akan dihantar pada hari pertama pembukaan sekolah
seterusnya.
Makluman
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Guru Besar
4.1.1 Pengenalan kepada pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, pengurusan tertinggi PPD Sepang
dan pentadbir-pentadbir SKJH. Slide sidang media intipati ucapan oleh menteri kanan KPM,
Dr Radzi bin Jidin telah dikongsi dalam talian whatApps sekolah. Pada petang ini juga, Tuan
Haji Izmi, Pengarah JPNS akan memberi taklimat pembukaan sekolah kepada semua guru
besar, intipatinya akan dikongsi esok dalam mesyuarat Kurikulum.
Makluman
4.1.2 Perkongsian Slogan JPN Selangor yang masih lagi diguna pakai (Selangor Terbilang).
Bersamalah kita menghayati setiap huruf dan maksud sebagai motivasi, terutama huruf akhir
G yang merujuk kepada gembira. Walaupun stres dan penuh cabaran, kita perlu mengatasi
perkara tersebut dengan gembira dan bijaksana. Seterusnya Visi dan Misi SKJH yang sama
dengan misi dan visi KPM, tagline KPM (Strong, Impementation, Rapid, Execution, Excuence,
Utimate, Reach of an dan Organization). Kita bekerja dalam satu organisasi dan sebagai
sebuah keluarga.
4.1.3 Semua guru juga diingatkan supaya telah melaksana segala hasrat KPM sejajar berakhirnya
gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang berakhir tahun lepas.
Seterusnya menghayati gelombang 3 PPPM yang akan bermula tahun ini dan berakhir tahun
2025. Gelombang 3 memfokuskan kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan
peningkatan keluwesan operasi di mana semua sekolah, guru dan guru besar perlu
menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kita yang akan mencorakkan sekolah kita
bagaimana yang mahu dicapai.
4.1.4 Selain itu, kita perlu mencapai dan menghayati lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
(Akses, Kuaiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan). Seterusnya membantu anak murid kita
mencapai enam ciri utama (Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin,
Kemahiran dwibahasa, Etika dan kerohanian dan Identiti Nasional) dengan jayanya.
3
4.1.5 Perkongsian maklumat tentang Gelombang PPPM yang telah dilalui sejak 2013 (Gelombang
1, 2013 – 2016), Gelombang 2 (2016 – 2020) dan kini sedang melalui Gelombang 3 (2021 –
2025). Kini Penekanan tentang PLC, kepimpinan rakan setugas, berkongsi ilmu,
meningkatkan inovasi dan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Meningkatkan kemahiran dan penguasaan ICT serta memupuk budaya
kecemerlangan profesional dengan berkongsi amalan terbaik atau PLC dan membimbing
rakan setugas mencapai standard profesional. PPPM 2013 - 2025 diharap dapat dilaksanakan
dalam Pdpc atau Google Meet di dalam kelas termasuk KBAT.
4.1.6 Seterusnya 11 anjakan PPM dengan memberi kerjasama dan mempunyai hubungan yang
baik dengan ibu bapa seperti sekarang kita menjalankan Pdpr dari rumah, ibu bapa membantu
guru menyiapkan kerja sekolah anak-anak. Mohon guru hayati anjakan yang lain.
4.1.7 Kita semua sedang melalui Hala Tuju Pendidikan 2018 – 2023, dan sedang berusaha
mencapai 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah yang boleh dicapai oleh semua sekolah
dimana sekolah kerajaan dan guru sekolah kerajaan mendapat tempat dalam masyarakat dan
kepercayaan ibu bapa. Selain itu, lima strategi perkasa Modal Insan yang menekankan guru
peru meningkatkan kuaiti pendidikan, kemahiran TVET seperti yang diaksanakan di sekolah
kita seperti kemahiran asas KMR, memperbaiki pendidikan untuk semua, memastikan industri
berkemahiran yang berkaitan dan mempromosikan sumbangan industri.
4.1.8 Intrumen SKPMG2 yang digunakan bagi menilai kualiti sekolah yang diketuai oleh penolong
kanan setiap unit. Setiap tahun pengisian skor secara online akan diisi dalam SKPMG2 dan
hasilnya seperti tahap sekolah, kualiti guru, kualiti sekolah serta markah pencerapan guru
boleh dilihat oleh pihak nazir dan KPM. Semua guru akan terlibat dalam standard 4 iaitu
pencerapan Pdpc. Esok Puan Salmah akan memberikan secara jelas apa yang perlu
disediakan oleh guru bagi mencapai standard 4. Pengenalan kepada kerangka konsep
SKPMg2, kemenjadian murid akan berjaya sekiranya proses pembelajaran berjalan dengan
baik termasuklah pengurusan organisasi yang lancar. Diharap semua guru dapat membantu
pentadbir bagi melicinkan pentadbiran sekolah.
4.1.9 Perkongsian tentang Korelasi Kerangka Konsep PA21 dengan SKPMG2 (Standard 4) yang
antara lain menekankan guru perlu mendorong minda, merangsang murid supaya
pembelajaran kreatif dan kolaboratif dalam kelas tercapai. Slide ini akan dikongsi kepada
semua guru. Keseluruhannya, Standard 4 menekankan guru sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif. Semua perkara ini perlu
dicapai semasa pencerapan Pdpc menurut Standard 4.
4
Tindakan : Semua Guru
4.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran
4.2.1 Bagi persediaan pembukaan sekolah sesi 2021, RPH untuk minggu pertama akan
diseragamkan sebagai pembudayaan sekolah.
Makluman
4.2.2 Bagi tahun 2021, semua panitia diharap akan bergerak aktif termasuk perbincangan Dialog
Prestasi dan PLC. Semua mesyuarat dalam unit kurikulum akan digabungkan sekurang-
kurangnya tiga kali setahun supaya LADAP dapat direkodkan termasuk Diaog Prestasi serta
PLC.
Tindakan: Ketua Panitia
4.2.3 Selain itu, Ketua Panitia dibantu oleh Setiausaha akan merancang segala program dan
mesyuarat panitia. Pihak pengurusan akan memasukkan tarikh dan program tersebut ke
dalam takwim perancangan sekolah. Pihak sekolah akan sentiasa membantu panitia untuk
melaksanakan segala program yang telah dirancang.
Tindakan: Ketua Panitia
4.2.4 PK Pentadbiran juga mengingatkan sepatutnya tiada lagi murid yang mendapat TP 1 dan TP
2 kecuali murid yang benar-benar bermasalah. Justeru, guru diminta berhati-hati semasa
mengisi markah PBD supaya kekurangan dalam Pdpc guru tidak ditujukan kembali kepada
guru. Pada tahun hadapan satu borang khas akan diberikan kepada guru dan perlu
dimasukkan ke dalam RPH serta akan disemak setiap bulan oleh pentadbir.
Tindakan: Semua Guru
4.2.5 Pembentangan agihan Ketua Panitia bagi tahun 2021. Diharap semua guru dapat menerima
tugasan dengan hati terbuka.Semua ketua boleh merancang program termasuk pengaktifan
semula PLC dengan ahli panitia.
Tindakan: Ketua Panitia
4.2.6 Penyusunan jadual dan pemilihan guru bagi setiap mata pelajaran pada tahun 2021 adalah
berpandukan opsyen masing-masing. Justeru, guru-guru boleh mempertingkatkan lagi
kemahiran ICT dan mempelbagaikan lagi kaedah Pdpc supaya tiada Pdpc tersasar kerana
guru-guru telah mengikut opsyen.
Makluman
5
4.2.7 Terima kasih atas kerja baik semua guru dalam pengurusan kurikulum bagi tahun 2020. Juga
buat Cikgu Fuad yang banyak membantu terutama dalam melengkapkan laporan PDPR
semua guru. Jawatankuasa baharu bagi tahun 2021 terdapat sedikit perubahan. Diharap
semua guru dapat berlapang dada dan menerima semua jawatan dengan hati terbuka.
Makluman
4.3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.3.1 Semua guru kelas boleh mengemaskini fail peribadi murid mulai 17.12.2020 (Khamis – guru
tahun 1 dan 2, Jumaat – guru tahun 3, 4 dan 5). Seterusnya perlu disimpan semula di bilik PK
HEM untuk memudahkan urusan sekiranya murid berpindah keluar sewaktu cuti.
Tindakan : Guru Kelas
4.3.2 Adalah dimaklumkan murid SKJH setakat 17.12.2020 berjumlah seramai 561 orang dan murid
Pra sekolah seramai 25 orang. Pada tahun 2021, SKJH menerima 140 orang murid tahun
satu.
Makluman
4.3.3 Peratus kehadiran murid SKJH walaupun di musim PKP sangat membanggakan dengan
82.77%.
Makluman
4.3.4 Diminta semua guru kelas menyerahkan Buku Kawalan Kelas serta pas keluar kelas dengan
kadar segera. Selain itu diminta juga guru kelas mengemas semua barang, pastikan kelas
dalam keadaan bersih di dalam kelas sebelum berpindah ke kelas baharu.
Tindakan : Guru kelas
4.3.5 Senarai nama murid terkini bagi setiap kelas akan diberikan kepada semua guru kelas pada
mesyuarat pertama akan datang. Tiada ‘streaming’ kelas pada tahun ini, segalanya mengikut
kelas terdahuu kecuali murid moral dan murid pemulihan khas.
Makluman
4.3.6 Segala pertukaran sekolah pada tahun ini ditangguhkan sehingga awal tahun depan mengikut
situasi semasa. Mohon guru kelas maklumkan kepada semua ibu bapa.
Tindakan : Guru Kelas
6
4.3.7 Syarikat Mutiara Resources telah menjadi tender baru bagi kantin SKJH mulai tahun 2021.
Segala masalah dengan Puan Siti Zubaidah, pengusaha kantin lama boleh hubungi pihak
beliau.
Makluman
4.3.8 Mulai tahun 2021, semua murid hendaklah memakai kasut dan stoking dengan warna yang
seragam. Jika kasut hitam, berstoking hitam, jika kasut putih stoking juga berwarna putih.
Makluman
4.3.9 Pemberian susu sekolah juga ditangguhikan setelah dua kali serahan kepada murid. Bakinya
akan diserahkan semasa buka sekolah awal tahun depan kerana tarikh luputnya masih
lambat.
Makluman
4.3.10 Mohon semua ketua unit menyiapkan jadual 2, 3, 4 dan 5 sesi 2020 dan diserahkan segera
kepada PK HEM.
Tindakan : Ketua Unit
4.3.11 Pada tahun ini senarai murid hadir lewat dan tidak hadir dalam jangka masa yang panjang
sudah dikenal pasti dan tiada tindakan. Sekiranya perkara ini berlarutan pada awal
pembukaan sekolah 2021 oleh orang yang sama, pihak HEM akan mengambil tindakan
selanjutnya.
Makluman
4.3.12 Terima kasih atas kerjasama semua guru dalam pengurusan HEM bagi tahun 2020.
Jawatankuasa unit HEM termasuk penyelarasan kelas sedang dikemas kini dan akan
dibentangkan pada mesyuarat HEM awal tahun 2021.
Makluman
4.4 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4.4.1 Tahniah kepada SKJH kerana telah mengadakan pelbagai aktiviti sejak awal tahun 2020.
Sepanjang PKP, SKJH telah menyertai Kuiz BSN dan Kuiz Pertandingan Unit Beruniform
secara online. Semua unit telah berjaya melaksanakan lapan kali perjumpaan dan berjaya
mengisi PAJSK dengan lengkap.
Makluman
7
4.4.2 Makluman pencapaian bagi setiap unit (Unit Beruniform :58.50% (C), Kelab dan Persatuan :
63.5%(B), Sukan dan Permainan : 53.75%(C). Pada tahun hadapan, bersamalah kita
berganding bahu meningkatkan lagi peratus pencapaian ini.
Makluman
4.4.3 Semua ketua dimohon menyiapkan segala laporan akhir tahun, perancangan tahunan bagi
sesi 2021 dan mengemas kini fail dengan kadar segera.
Makluman
4.4.4 Jawatankuasa unit kokurikulum telah dibentuk dan pemberian tugas mengikut keperluan
setiap unit. Justeru pihak Kokurikulum mengalu-alukan kepakaran daripada guru yang layak
dan berkemahiran bagi mencungkil bakat murid seterusnya membantu sekolah mencapai
kejayaan dalam unit ini.
Makluman
4.4.5 Takwim Unit Kokurikulum peringkat sekolah telah dirancang, manakala peringkat daerah
masih menunggu makluman daripada pihak PPD.
Makluman
4.4.5 Takwim Unit Kokurikulum peringkat sekolah telah dirancang, manakala peringkat daerah
masih menunggu makluman daripada pihak PPD.
Makluman
4.4.6 Pemilihan Kelab dan Persatuan oleh murid-murid sedang dijalankan sehingga Jumaat ini. Dua
kelab baru ditubuhkan iaitu Kelab Jenayah (selesai pemilihan) dan Kelab Doktor Muda (akan
dibincangkan semula).
Makluman
4.4.7 Cadangan perlaksanaan Unit Kokurikulum pada tahun hadapan dirancang pada hari Selasa
dan Rabu jam 1.30 petang hingga 2.30 petang melibatkan semua guru sesi pagi dan petang.
Mesyuarat Agung setiap unit akan diadakan pada hari Khamis 21 Januari 2020, mohon
kerjasama guru sesi petang untuk datang awal pada hari tersebut.
Makluman
8
4.5 Guru Penolong Kanan Petang
4.5.1 Tahniah dan terima kasih diucapakan kepada semua guru sesi petang (penyelaras tahun,
guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran) kerana telah memberi kerjasama yang baik
sepanjang tahun 2020, sekalung penghargaan ini merangkumi pelaksanaan PDPR mengikut
jadual waktu yang ditetapkan, perlaksanan PBD secara berterusan walaupun kekangan masa
dan situasi terkini, penulisan RPH yang dirancang dengan baik mengikut kemahiran murid,
catatan refleksi dalam RPH bagi mengenal pasti murid tidak kuasai dan melaksanakan
intervensi awal dan mencapai MTM, penulisan laporan buku bertugas secara lengkap dan
terperinci, pengurusan bilik darjah yang baik meliputi dengan kerusi dan meja yang sentiasa
cukup dan selamat, perlaksanaan program HEM seperti guru penyayang, kerjasama
menangani masalah disiplin murid walau terdapat kekangan masa yang ketara pada sesi
petang.
Makluman
4.5.2 Analisa Learning Walk menunjukkan kebanyakan guru menulis kriteria kejayaan dan objektif
pembelajaran seterusnya memaklumkan kepada murid akan topik yang ingin dicapai pada
hari tersebut. Seliaan ini meliputi kaedah pengajaran seiring sekolah TS25 dan memanfaatkan
ICT. Segala kekurangan akan diperbaiki pada masa akan datang.
Makluman
4.5.3 Pelaksanaan Program Nilam akan diperkasa dengan kerjasama pusat sumber sekolah bagi
memantapkan lagi kemahiran berbahasa murid-murid. Justeru, setiap kelas disaran
mewujudkan Sudut Nilam pada tahun hadapan.
Makluman
4.5.4 Bagi sesi 2021, semua guru diharap dapat membuat RPH dan menghantarnya mengikut
jadual yang ditetapkan. Kepada mereka yang perolehi ‘sticker’, tiada lain sekadar memberi
penghargaan kecil atas usaha guru menyiapkan RPH. Bersamalah kita menjadikan profesion
perguruan ini sebagai pilihan utama bagi mencapai kemenjadian murid.
Tindakan : Semua Guru
4.5.5 Selain itu, diharap semua papan kenyataan kelas bagi tahun 2021 dapat dilengkapkan dengan
info terkini dengan sebaiknya termasuk penyediaan jam dinding dan kalender.
Tindakan : Guru Kelas
9
5. HAL-HAL LAIN
5.1.1 Pengerusi berkongsi beberapa mutiara kata yang menekankan kita jangan jemu mengajar dan
berkongsi ilmu dengan orang lain. Selain itu, peringatan Pekeliling Bilangan 9 tahun 1993 yang
perlu semua guru akur. Jangan sesekali melakukan perkara-perkara ini terhadap anak murid
kerana telah termaktub dalam pekeliling.
5.1.2 Encik Fuad membentangkan jawatankuasa induk pentadbiran dan sedikit paparan tentang
buku pengurusan sekolah. Semua setiausaha unit akan memasukkan takwim dalam link yang
telah dikongsi oleh Encik Fuad. Buku pengurusan ini boleh dimuat turun oleh guru sekiranya
telah selesai disemak dan dikemas kini.
Tindakan : SU Unit
5.1.4 Perbincangan antara pentadbir akan dilaksanakan bagi menempatkan alatan muzik daripada
rosak serta bilik seni.
Makluman
5.1.5 Puan Masliza mohon penjeasan daripada pengerusi tentang penggunaan biik j-qaf bagi
menjalankan pdpc. Pengerusi maklumkan bilik tersebut boleh digunakan tetapi terlebih dahulu
perlu disanitasi dan tidak boleh melibatkan ramai murid dalam satu-satu masa. Pdpc
hendaklah mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Makluman
5.1.6 Puan Raja Maya mohon penjelasan berkaitan kenyataan dalam akhbar menyatakan tentang
agihan buku teks di sekolah semasa tempoh pkp. Beliau turut memohon surat hadir ke sekolah
bagi menguruskan buku teks murid yang akan berpindah. Pengerusi maklumkan surat akan
dikeluarkan bagi guru yang berada di luar daerah manakala agihan buku teks menunggu
arahan selanjutnya daripada PPD. Beliau juga mohon penjelasan adakah guru yang akan
membantunya sebagai guru SPBT. Perkara tersebut akan dibincangkan bersama PK Hem.
Makluman
5.1.7 Puan Arinawati memaklumkan Orientasi Tahun 1 masih belum ditetapkan buat masa ini
kerana wabak pandemik covid-19 masih ada. Selain itu, perjalanan pembukaan sekolah masih
belum diputuskan. Hanya menunggu arahan KPM dan segala maklumat akan diberitahu
kelak.
Makluman
10
5.1.8 Puan Nurlela mohon seorang guru sesi petang dilantik sebagai guru PSS bagi menjaga PSS
di waktu petang. Mesyuarat dimaklumkan Puan Noraini telah dilantik sebagai guru PSS bagi
sesi petang.
Makluman
5.1.9 Puan Irdha mohon kebenaran membersihkan kelas sebelum sesi persekolahan dibuka.
Pengerusi membenarkan tetapi sebarang pergerakan guru hendakah dimaklumkan terlebih
dahulu kepada beliau.
Makluman
6.0 PENUTUP
6.1.1 Pengerusi berharap semua guru mematuhi setiap arahan dan peraturan serta amanah yang
dipertanggungjawabkan. Setiap tugasan hendaklah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan
integriti. Terima kasih sekali lagi kepada seluruh warga SKJH atas kerja baik dan kerjasama
yang baik membantu sekolah ini untuk terus cemerlang.
6.1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.
Urus Setia
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK Jenderam Hilir
14 Januari 2021
11