The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Khavyn Rao, Tingkatan 2 Amber, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khavynrao0905, 2022-12-25 23:39:47

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Khavyn Rao, Tingkatan 2 Amber, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail

Keywords: Geografi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
LAGENDA TASEK APARTMENT, TAMAN SURIA MUAFAKAT, JOHOR BAHRU,

JOHOR

DISEDIAKAN OLEH:

KHAVYN RAO SURESH RAO

TINGKATAN:

2 AMBER

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

25/12/2022

ISI KANDUNGAN

Bil KANDUNGAN MUKASURAT

1. PENGHARGAAN 2
2. PENDAHULUAN 3
3. JADUAL KERJA 4
4. OBJEKTIF KAJIAN 5

KAJIAN KES 7

1. KAWASAN KAJIAN 9

2. KAEDAH KAJIAN 10
11
3. HASIL KAJIAN 11
- Konsep teknologi hijau 12
- Ciri – ciri teknologi hijau 13
- Kepentingan teknologi hijau
- Penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian
- Usaha – usaha yang boleh meningkatkan
penggunaan teknologi hijau yang bersesuaian

4. RUMUSAN 14
5. SUMBER RUJUKAN 15
6. LAMPIRAN A 16
7. LAMPIRAN B 19

1.0 PENGHARGAAN

Saya amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 2. Setinggi – tinggi penghargaan
kepada pengetua SMK Sultan Ismail, Tuan Razali bin Tamadi
kerana memberi kebenaran untuk membuat kerja lapangan ini.
Ribuan terima kasih kepada Cikgu Wan Rozaini, Ketua Panitia
Geografi, SMK Sultan Ismail, kerana memberi tugasan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
guru Geografi saya, Cikgu Hanifah binti Jamaluddin kerana
telah membantu saya dari segi memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada saya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga dan
mengucapkan terima kasih kepada kedua – dua ibu bapa saya
iaitu Encik Suresh Rao Apparao dan Puan Prashanti Ramnaidu
yang telah memberi bantuan dalam pelbagai aspek. Ini termasuk
dari sokangan moral dan idea sepanjang melengkapkan
tugasan ini.

Tidak melupakan juga rakan – rakan saya yang telah
membantu saya dan pihak pengurusan Lagenda Tasek
Apartment yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan
dalam sesi temu bual bersama saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau secara tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Khavyn Rao Suresh Rao, merupakan pelajar Tingkatan 2
Amber dari SMK Sultan Ismail. Saya telah menjalankan kajian
tentang amalan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal saya,
iaitu di Lagenda Tasek Apartment, Taman Suria Muafakat,
Johor Bahru, Johor.

Saya memilih tajuk ini kerana saya dapat membuat
pemerhatian tentang penggunaan teknologi hijau di kawasan
tempat tinggal saya ini. Saya juga boleh mendapat pelbagai
rujukan melalui internet untuk tajuk ini.

Saya mempunyai tiga (3) objektif kajian yang saya ingin
capai untuk memastikan kajian saya lengkap dan tepat.
Antaranya ialah :-

a) Menghuraikan dan mentakrifkan konsep teknologi hijau.

b) Mengkaji dan berkongsi dapatan tentang penggunaan
teknologi hijau di kawasan kajian.

c) Mencadangan usaha – usaha yang boleh meningkatkan
penggunaan teknologi hijau yang bersesuaian.

Saya menggunakkan tiga (3) kaedah untuk melakukan
kajian ini. Kaedah – kaedah yang saya gunakan ialah kaedah
pemerhatian, kaedah temubual dan kaedah rujukan.

3.0 JADUAL KERJA

Bil Tarikh Aktiviti Catatan
(Jika ada)

1. 06/12/2022 Menerima taklimat daripada guru Bincang bersama guru

Geografi tentang kerja lapangan. dan rakan tentang

pemilihan kawasan

kajian

2. 06/12/2022 Membuat pemerhatian dan Juga membuat temu bual

mengambil gambar pemerhatian ke dengan ‘pihak

atas kawasan kajian. pengurusan bangunan’

3. 07/12/2022 Menulis penghargaan, Dengan bantuan guru

pendahuluan, objektif kajian, serta carian di internet

kawasan kajian dan kaedah kajian.

4. 07/12/2022 Membuat soalan soal selidik dan Membuat google form

memberi kepada penduduk. dan memberi kepada

penduduk bangunan

kediaman

5. 08/12/2022 Menulis hasil kajian yang didapati -

6. 08/12/2022 Menulis rumusan, sumber rujukan -
dan membuat lampiran

7. 09/12/2022 Membuat jadual kerja dan Dibuat dengan rujukan
membuat isi kandungan. di internet

8. 25/12/2022 Menghantar kajian lapangan -

kepada guru Geografi tingkatan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Ini merupakan tiga (3) objektif kajian bagi tugasan ini:

a) Menghuraikan dan mentakrifkan konsep teknologi hijau.

b) Mengkaji dan berkongsi dapatan tentang penggunaan
teknologi hijau di kawasan kajian.

c) Mencadangan usaha – usaha yang boleh meningkatkan
penggunaan teknologi hijau yang bersesuaian.

KAJIAN KES:

LAGENDA TASEK APARTMENT,
TAMAN SURIA MUAFAKAT,
JOHOR BAHRU, JOHOR

5.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di bangunan Lagenda Tasek
Apartment, Taman Suria Muafakat, Johor Bahru, Johor yang
juga merupakan tempat kediaman saya. Lingkungan Kawasan
kajian saya adalah lebih kurang 250 meter persegi. Terdapat
sebanyak 286 unit rumah yang ada di dalam bangunan ini. Lebih
kurang 90 peratus unit di bangunan ini didiami orang. Bangunan
ini juga mempunyai sebuah kolam renang yang bersaiz 50 x 20
kaki, surau, bilik sauna dan sebuah gim untuk semua penduduk.

Bangunan ini berdekatan dengan pelbagai kemudahan.
Antaranya ialah restoran, sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan
Bandar Uda 2), sekolah menengah (Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Baru Uda), kedai-kedai runcit, hotel yang
bertaraf sekitar 2 hingga 4 bintang, kedai pakaian dan pelbagai
lagi.

Peta 1: Peta Daerah Negeri Johor

Peta 2: Peta kawasan kajian
(Lagenda Tasek Apartment)

6.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah – kaedah ini:

a) Kaedah Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk
menyiasat tentang teknologi hijau yang digunakan di sekitar
bangunan ini.

b) Kaedah Temu Bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk
lebih mengetahui tentang bangunan kajian. Selain itu, saya
juga menyiasat tentang cara penggunaan teknologi hijau di
bangunan ini dan contoh teknologi hijau yang digunakan.

c) Kaedah Soal Selidik – Saya menggunakan kaedah ini untuk
mendapatkan pendapat daripada penduduk tentang
penggunaan teknologi hijau di bangunan ini.

d) Rujukan – Rujukan buku teks dan internet digunakan unutk
mendapatkan informasi lanjut tentang teknologi hijau.

7.0 HASIL KAJIAN

7.1 Konsep teknologi hijau

Teknologi hijau merupakan pembangunan produk,
peralatan atau sistem untuk memelihara alam
semulajadi dan mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.

Teknologi hijau merupakan produk, peralatan, atau
sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

- Mengurangkan degrasi kualiti persekitaran.
- Mempunyai pembebasan gas rumah hijau seperti

karbon dioksida atau karbon monoksida yang rendah
atau sifar.
- Selamat untuk digunakan dan menyediakan
persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan.
- Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui.

7.2 Ciri – ciri teknologi hijau

- Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R

(Reuse, Reduce, Recycle, Repair, Rethink).
- Penghasilan produk telah melalui

proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian
manusia dan persekitaran.
- Reka bentuk yang berdasarkan pengalaman lepas
untuk membantu manusia.
- Mudah digunakan dan baik.
- Selamat digunakan.
- Kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah
atau sifar.
- Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan
api.

7.3 Kepentingan teknologi hijau

- Kualiti udara yang bagus.
- Mengurangkan peningkatan suhu.merangkumi

sumber tenaga yang bersumberkan alam semula jadi.
- Mengurangkan lepergantungan kepada tenaga yang

tidak dapat diperbaruhi.
- Mempromosikan kecekapan tenaga yang selamat dan

mesra pengguna.
- Meningkatkan kualiti udara dan air.Mengurangkan

pelepasan gas rumah hijau.
- Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar

semula.
- Melindungi sumber semula jadi.

7.4 Penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya dan juga temu bual saya
bersama Puan Raja Safiah binti Raja Sulaiman, saya
mendapat beberapa maklumat tentang penggunaan
teknologi di bangunan Lagenda Tasek Apartment ini.

Antara teknologi hijau yang digunakan ialah seperti
beberapa tong sampah kitar semula ditempatkan di
bahagian tepi bangunan di mana juga menjadi laluan
utama kepada penduduk agar tong sampah tersebut
mudah di lihat penduduk.

Semua tanaman di sekitar bangunan ditanam
dengan menggunakan baja kompos yang diperbuat
daripada sampah biodegradasi yang dibuang oleh
penduduk. Landskap dititik beratkan di kediaman ini di
mana pokok-pokok ditanam di sekeliling bangunan.
Terdapat pelbagai jenis pokok seperti pokok kelapa dan
pokok bunga yang berbagai jenis. Sekeliling bangunan ini
dikelilingi pokok – pokok yang hijau. Pokok-pokok tidak
digalakkan untuk ditebang.

Tangki air disediakan untuk menadah air hujan di
mana air ini digunakan untuk digunakan untuk menyiram
pokok dan untuk kegunaan mencuci kawasan kemudahan
awam bangunan ini. Ini dapat menjimatkan pembaziran
air dan mengurangkan kos bil air.

Usaha – usaha yang boleh meningkatkan penggunaan teknologi
hijau yang bersesuaian

Pertama, pihak pengurusan boleh menukar semua lampu
di bangunan ini kepada lampu Light Emitting Diode
(LED) yang merupakan lampu yang menjimat 90 peratus
tenaga lebih daripada lampu yang biasa.

Kedua, memasang panel suria di atas bangunan
ini. Walaupun langkah ini agak mahal namun ia sangat
berkesan untuk menjimat tenaga elektrik. Panel suria
menggunakan tenaga sel fotovolta yang menukarkan
tenaga suria kepada tenaga elektrik.

Berdasarkan rujukan saya di internet, buku teks
serta soal selidik saya bersama 20 orang penduduk
bangunan ini, jawatankuasa pengurusan bangunan ini
patut melakukan kempen tentang penggunaan teknologi
hijau dan amalan hijau untuk para penduduk. Ini untuk
mendidik penduduk tentang kebaikan teknologi hijau
dan amalan hijau. Hasil soal selidik, para penduduk juga
bersetuju bahawa para jawatankuasa pengurusan patut
mempromosikan dan mendedahkan penggunaan
teknologi hijau kepada mereka.

Bangunan ini sudah melebihi 10 tahun. Cat di
bangunan ini sudah mula luntur. Pihak pengurusan boleh
mengecat bangunan ini menggunakan cat VOC rendah
ini kerana VOC (Volatile Organic Compund) tinggi
boleh mengakibatkan masalah pernafasan kepada
penduduk.

Akhir sekali, pihak pengurusan bangunan boleh
menetapkan ‘timer’ agar lampu akan dinyalakan dan
dimatikan pada masa-masa tertentu sahaja untuk
menjimatkan bil elektrik.

8.0 RUMUSAN

Secara konklusinya, setelah menjalankan kerja lapangan ini,
saya dapat belajar tentang penggunaan dan amalan teknologi
hijau di kawasan Lagenda Tasek Apartment, Taman Suria
Muafakat, Johor Bahru, Johor. Antaranya ialah penggunaan
baja kompos dan tempat untuk membuang bahan kitar semula.
Kajian ini juga telah mengajar saya dengan lebih mendalam
berkaitan dengan faedah dan kepentingan teknologi hijau. Kita
perlulah menggunakan dan mengamalkan penggunaan
teknologi hijau atau amalan hijau dengan lebih kerap.

Dengan itu, saya berhasrat segala penambahbaikan kepada
bangunan ini dapat dilakukan di Lagenda Tasek Apartment,
Taman Suria Muafakat, Johor Bahru, Johor. Ini kerana ia dapat
menghasilkan bumi yang lebih ceria dan selamat demi kebaikan
penduduknya.

9.0 RUJUKAN

9.1 Internet

- https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
- http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
- https://www.permohonan.my/contoh-jadual-kerja-

geografi-pt3-senarai-semak/#contoh-jadual-kerja-
dan-senarai-semak-kerja-kursus-geografi-pt3-2018
- https://anyflip.com/ruvqg/nfjj/basic
- https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-
itu-teknologi-hijau

9.2 Buku Teks

https://drive.google.com/drive/folders/1ebXl6iAIH99ush
274PZ1umLENVHe8m5r

Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Bab 10
Muka Surat 148 – 157

10.0 LAMPIRAN A

Temu bual saya bersama Puan Raja
Safiah, Pengurus Lagenda Tasek
Apartment

Tong sampah kitar semula yang terletak
di sekitar bangunan

Seluruh bangunan yang dikelilingi pokok -
pokok dan tanaman hijau

Bahagian luar bangunan tempat letak
kereta

Bahagian kiri lobi Bahagian luar bangunan
Bahagian kanan lobi

11.0 LAMPIRAN B

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeuX22BZ
0uIgTR7fwh9g-S4LOaHqV_l1BEW-
l82G1aPkOinCg/viewform?usp=sf_link

ANALISA SOAL SELIDIK KEPADA PENDUDUK DI
LAGENDA TASEK APARTMENT, TAMAN SURIA
MUAFAKT, JOHOR BAHRU, JOHOR

BAHAGIAN A:
LATAR BELAKANG PENDUDUK YANG DISOAL SELIDIK



BAHAGIAN B:

PENDAPAT PENDUDUK TENTANG PENGGUNAAN DAN
PENGAMALAN TEKNOLOGI HIJAU


Click to View FlipBook Version