The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofiakhalisah, 2022-05-11 23:43:10

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO
KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN

PENYATUPADUAN

PREPARED FOR:
PUAN FARIDAH HANIM

PREPARE BY:
KHALISAH SOFIA BINTI AMIN NASER

17DSK21F2999
ALYA SHAHEERA BINTI HEZRAIN FINO

17DSK21F2045
PUTERI NUR TASNIM AMALAILY BINTI SAIDI

17DSK21F2051
WAN NUR SYAKIRAH BINTI NASRUDIN

17DSK21F2019
KHAIRUNNAJWA BINTI MOHAMAD ASARAF

17DSK21F2072

BIL ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Penghargaan

3. Objektif

4. Konsep

(Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan)

5. Maksud wajah positif & Negara idaman

6. Apa itu : Perpaduan, Kesepaduan & Penyepaduan

7. Bagaimana menjadikan Malaysia ke arah perpaduan

8. Dasar perpaduan negara Malaysia

(Menyusur Jejak Perpaduan)

9. Nilai dan anjuran indeks perpaduan nasional (IPNas)

10. Defisit sosial

11. Perlembagaan persekutuan

12. Dasar perpaduan negara

13 Pemboleh daya perpaduan

14. Kesimpulan

15 Sumber rujukan































DASAR PERPADUAN NEGARA
2021, Dasar payung yang menetapkan hala tuju kerajaan
dalam mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi
nasional.

2020 2025
sasaran sasaran
0.567 0.7

2021
sasaran 0.6

Nilai dan Unjuran Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)
Sumber : IPNas 2018

Nilai IPNas 2020 ialah 0.567. Nilai indeks ini tinggi berdasarkan skala antara 0
sehingga 1 yang dinyatakan oleh Cohen (1988) sebagai petunjuk yang sesuai bagi
kajian sains tingkah laku manusia.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap perpaduan di Malaysia kuat dan
kukuh walaupun deficit sosial masih wujud. Usaha penyatupaduan perlu
dilaksanakan secara berterusan dengan memerikan focus kepada isu-isu tertentu
dari semasa ke semasa.

Nilai IPNas 2020 akan dijadikan sebagai asas atau penanda kepada pengukuran
tahap perpaduan masyarakat bagi tahun-tahun berikutnya. IPNas kini dalam
proses penambahbaikan dengan mengemas kini semula set instumen soal selidik
dan konstruk analitikal agar pengukuran tahap perpaduan di Malaysia dapat
dilaksanakan dengan lebih baik dan tepat.

DEFISIT SOSIAL
Secara umumnya, terdapat terdapat isu dan cabaran yang sering berlegar dalam
masyarakat tetapi dikaitkan sebagai masalah perpaduan dalam konteks yang
kurang tepat. Melalui beberapa sesi konsultasi yang menyeluruh, pelbagai isu dan
cabaran telah dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang dapat dikateorikan kepada
10 perkara di bawah defisit sosial iaitu :

1) ETNISITI
Kepelbagaian dan kerencaman etnisiti.
Kepelbagaian etnisiti sering kali dianggap sebagai batasan utama yang
menggugat perpaduan. Realitinya, perpaduan ialah perkara yang perlu
diurus dan dipertingkatkan melalui pelbagai mekanisme.

2) AGAMA
Kurang kefahaman dan sensetiviti antara penganut pelbagai agama.
Perbezaan pegangan agama ternyata disalah faham sebagai sempadan yang
menghalang perpaduan dalam masyarakat kerana dilihat dalam konteks
yang kurang tepat dan kurangnya sensetiviti serta kefahaman berkenaan
dengan agama yang berbeza.

3) KELAS SOSIAL
Jurang kelas sosial berdasarkan etnik, keturunan, pekerjaan dan ekonomi.
Tidak dinafikan bahawa system sosial masyarakat mempunyai hierarki
kelas sosial yang disebabkan oleh struktur etnik, keturunan, pekerjaan,
jawatan mahupun ekonomi. Perkara ini seharusnya tidak menjadi
penghalang kepada perpaduan kerana setiap kelas sosial masyarakat saling
melengkapi dari segi peranan dan tanggungjawab.

4) PENDIDIKAN
Ketidakseragaman aliran, kandungan dan penyampaian sistem Pendidikan.
Kewujudan institusi sekolah pelbagai aliran di negara ini (seperti sekolah
vernekular, sekolah agama dan sekolah antarabagsa) sering kali difahami
sebagai kekangan kepada usaha pemupukan perpaduan kepada rakyat
kerana dilihat konteks pemisahan berasakan etnik.

5) BAHASA
Kurang penguasaan bahasa kebangsaan.
Bahasa melayu telah termaktub sebagai Bahasa kebangsaan dalam
Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan menjadi alat interaksi dan
komunikasi kepada rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

6) JURANG GENERASI
Jurang nilai, ideologi, semangat jati diri dan budaya antara generasi yang
kian melebar.
Masyarakat Malaysia kini mempunyai pelbagai lapisan generasi yang
berstruktur dalam konteks usia, pendidikan, pekerjaan, ideologi, dan
budaya yang menyebabkan berlakunya pertembungan dari segi nilai,
budaya, semangat jati diri dan tahap tolenrasi.

7) GENDER
Jurang gender dalam pelaksanaan mobilisasi agenda perpaduan.
Walaupun isu gender sering kali diungkapkan sebagai perbezaan
kesaksamaan hak antara lelaki dengan Wanita, dalam konteks perpaduan
persoalan gender sepatutnya dilihat dalam skop peranan dan kapasiti lelaki

dan wanita untuk menjayakan agenda perpaduan pada peringkat individu,
keluarga dan komuniti.

8) POLITIK PEDERALISME
Politik federalism yang perlu ditadbir dalam konteks hak, peranan dan
tanggungjawab masing-masing.
Pentadbiran dan sistem tadbir urus pada peringkat Persekutuan dan negeri
perlu dilihat dari aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial kerana
terdapat perkara yang telah dipersetujui sebagai urusan peringkat negeri
(seperti agama dan tanah).

9) RUANG BANDAR-DESA
Jurang pembangunan infrastruktur dan kesedaran berhubung dengan
peranan ruang bandar-desa.
Ruang bandar dan desa sering dibezakan melalui kekangan fizikal dan
infrastruktur yang telah mencorakkan ciri sosial masyarakat dan aktiviti
ekonomi.

10) MEDIA
Penyalahguanaan dan pengawalan informasi.
Hebahan maklumat yang amat pantas merupakan cabaran utama yang
dihadapi oleh semua negara. Penyalahgunaan media massa dan digital oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab pula boleh menggugat kestabilan
perpaduan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undnag-undang tertinggi negara dan
telah menjadi asas kepada pembentukan negara ini serta identiti Malaysia.
Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan perlu dihayati dan difahami
oleh semua rakyat kerana melibatkan tolak ansur, kompromi, dan pengorbanan
semua pihak serta berlandaskan proses persetujuan timbal balik atau
perkongsian kuasa antara pelbagai etnik.

5 perkara asas (grundnom) yan telah dipersetujui iaitu:

 Perkara 3 (1): Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.

 Perkara 152 (1): Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
rasmi, namun Bahasa Ibunda kaum lain boleh diajar dan digunakan.

 Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah
dan Sarawak diiktiraf, namun kepentingan kaum lain juga dilindungi.

 Perkara 181: Kedaulatan Raja-Raja Melayu dijunjung.

 Bahagian III: Hak kewarganegaraan diberikan kepada mereka yang
mempunyai kelayakan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

DASAR PERPADUAN NEGARA

TERAS 01 TERAS 02 TERAS 03

PATRIOTISME DAN IDENTITI NASIONAL EKOSISTEM
DEMOKRASI PERPADUAN

STRATEGI : STRATEGI : STRATEGI :

1. Meningkatkan literasi 1. Mengukuhkan peranan 1. Memanapkan
pemahaman dan Bahasa sebagai medium keberkesanan komunikasi
penghayatan Perlembagaan integrasi perpaduan bagi meningkatkan
Persektutuan dan Rukun kesedaran sosial dalam

2. Mengukuhkan
Negara sebagai asas amalan kefahaman agama, budaya masyarakat
hidup dan adat resam pelbagai
2. Mengekalkan, membina
2. Meningkatkan etnik dan mengukuhkan tapak
pemahaman dan

3. Membentuk masyarakat
penghayatan sejarah integrasi perpaduan
berkeperibadian tinggi, Malaysia berintegriti dan berakhlak 3. Memperkasakan
Jentera 3. Memperkukuh integrasi perpaduan melalui
mulia kerjasama strategik nasional

4. Memantapkan dan
memperkasakan institusi
keluarga dan kemuniti

5. Meningkatkan
penguatkuasaan undang- undang serta keberkesanan

mekanisme pemantauan

6. Memperkukuhkan
peranan pemimpim sebagai

pemangkin perpaduan

PEMBOLEH DAYA PERPADUAN

Selain teras perpaduan serta strategi yang digariskan di dalam dasar ini, terdapat
beberapa pemboleh daya perpaduan yang telah dikenal pasti turut menyumbang
kepada kemakmuran rakyat dan secara tidak langsung memberi kesan kepada
perpaduan.

01 02 03 04

PEMBOLEH PEMBOLEH PEMBOLEH PEMBOLEH
DAYA 1 DAYA 2 DAYA 3 DAYA 4

Meningkatkan Memperkasakan Mengukuhkan Merapatkan
peluang ekonomi kumpulan jaringan jurang
minoriti dan yang saksama perlindungan pembangunan dan
rentan ekonomi sosial serta kebolehcapaian antara negeri dan
memperkasakan wilayah inovasi sosial bagi manfaat rakyat

Agenda Kumpulan B40, Perlindungan dan Prinsip ekonomi
pembangunan rentan ekonomi, jeringan sosial teragih,
masyarakat orang yang ada asli, bumiputera yang lebih kukuh pembangunnan
diteruskan dengan harus disediakan infrastruktur yang
memberi tumpuan Sabah dan agar kumpulan
kepada golongan Sarawak, orang lebih luas dan
yang terpinggir, (OKU), belia, yang mudah meningkatkan
wilayah terpencil wanita, kanak- terkesan mampu
serta negeri yang kanak dan warga berdiri sendiri akses serta
ketinggalan dari emas tidak tercicir dalam keadaan kebolehcapaian
daripada arus sukar, spertimana
aspek pembangunan yang telah berlaku fizikla dan
pembangunan semasa penularan komunikasi digital
wabak COVID-19.

KESIMPULAN

Dasar Perpaduan Negara menggariskan teras perpaduan yang perlu difahami dan
diamalkan.Menerusi dasar ini,semua pihak perlu memberi kerjasama bagi memastikan
strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk mencapai matlamat iaitu
untuk memupuk,mengukuh dan memelihara perpaduan negara.Sebagai sebuuah negara
yang memiliki keunikan,perpaduan ialah agenda utama agar kelangsungan
pembangunan negara terjamin.Perpaduan bukan sesuatu yang statik dan boleh dicapai
secara mutlak tetapi perlu dipupuk,dipelihara dan diperkukuh secara
berterusan.Perpaduan memerlukan komitmen penuh oleh semua pihak,iaitu agensi
kerajaan,swasta,masyarakat sivil dan rakyat keseluruhannya.Penekanan dan pendekatan
yang diambil dalam pelaksanaan dasar ini selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan bagi
membina sebuah negara yang maju,aman,makmur,berintergriti dan bersatu padu serta
diiktiraf di peringkat global.

Kesepaduan dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai
strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan
negara ini bukan sahaja makmur dan maju dalam semua bidang tetapi juga
mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu serta mencapai
intergrasi nasional di bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita impikan
ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama
hidup dengan aman, sementara hubungan kerajaan negeri dan kerajaan
persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Kesepaduan kaum nasional merupakan kestabilan sosiopolitik di
negara ini dapat menjamin kemajuan dan keuntuhan bangsa.Cadangan saya,kita
perlulah mengekalkan gaya sosial yang baik agar dapat mencapai kesepaduan
masyarakat yang diimpikan.

Penyatupaduan ialah sifat rangkaian keramat tiga konsep yang di ketengahkan
ini,iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan yang tetap merupakan
heuristic device yang boleh diaplikasikan kearah memahami sebarang
masyarakat plural/majmuk atau yang sekelompok dengannya. Sebagai
kesimpulan, ingin ditekankan bahawa dalam usaha mengupas dan merungkai
pelbagai masalah global dan lokal, apa yang kita perlukan adalah beberapa
(heuristic device) yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah dalam
penyatupaduan kaum. Contohnya dalam mengkaji sistem hierarki politik
Malaysia,heuristic device yang dikenali sebagai “model dwi-realiti sosial” telah
kerap kali diaplikasikan. Terkini ialah heuristic device untuk memahami dan
menghayati sejarah Malaysia yang diberi nama “Sejarah Untuk Semua”.
Cadangan saya, apabila berdepan dengan cabaran sosial, tugas utama kita sebagai
rakyat ialah mengenal pasti cara yang sesuai untuk memulakan usaha diagnostik
ke arah penyelesaian masalah.

Penekanan dan pendekatkan yang diambil dalam pelaksanaan dasar ini selaras

dengan dasar dan aspirasi Kerajaan bagi membina sebuah negara yang maju,
aman, makmur, berintegriti dan bersatu padu serta diiktiraf di peringkat
global.

SUMBER RUJUKAN

 https://www.academia.edu/5828754/Perpaduan_Kesepaduan_dan_Penyatupadu
an_Satu_Negara_Satu_Kata_Akar_Tiga_Konsep_Keramat

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

 https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_

Negara-1.pdf

 https://www.slideshare.net/alfaupsi/hubungan-etnik-konsep-perpaduan-integrasi-
hub-etnik

 https://www.slideshare.net/arieshaks/memahami-konsep-kesepaduan-sosial-di-
malaysia

 https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/Seminar IPNas_Prof. Dr Mansor dan
PM Dr. Mohd Sobhi.pdf

 https://www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/viewFile/
442/440

 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kedaulatan-undangundang-
medium-menyatupadukan-masyarakat-249745

 https://www.bharian.com.my/rencana/surat-
pembaca/2018/09/469640/memupuk-semangat-perpaduan-dan-patriotisme


Click to View FlipBook Version