The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DAYANG IFFAH NATASHA BT AG.OMAR_BMMB3283_KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffahnatasha042, 2024-03-17 10:09:20

ARJUNA DAN PEDANG SAKTI

DAYANG IFFAH NATASHA BT AG.OMAR_BMMB3283_KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

KARYA SASTERA KANAK-KANAK DG.IFFAH NATASHA BT AG.OMAR Illustrasi diadaptasikan dari microsoft designer


unyi siulan yang merdu telah mendamaikan suasana bumi Inderaloka dengan angin yang bertiup lembut dan tenang. “Kalaulah aku berketurunan raja dan berkuasa, sudah tentu aku akan melindungi penduduk kota dari anasiranasir jahat itu ”. Kata seorang anak muda yang sedang berbaring di bawah pokok Aru. Dialah Arjuna iaitu seorang satria muda yang berani dan kuat tetapi selalu merasa bahawa dirinya kurang beruntung dalam pertempuran. B 1


Arjuna tinggal bersama Pak Andak di kota Inderaloka kerana ahli keluarganya telah terkorban disebabkan kekejaman Ratu Tiong. Sejak kejadian itu, Arjuna mempelajari seni mempertahankan diri bersama Pak Andak dan bertekad untuk mengalahkan Ratu Tiong. Ratu Tiong adalah ahli sihir yang mempunyai rupa paras yang cantik walaupun pada asalnya adalah hodoh. Dia menjadikan penduduk kota Inderaloka sebagai mangsa untuk membuat ramuan sihirnya. Ramai penduduk kota yang kehilangan ahli keluarga disebabkan oleh sikap ketamakan Ratu Tiong itu. 2


Suatu hari, ketika sedang menjelajahi hutan, Arjuna menemukan sebuah gua yang tersembunyi. Di dalam gua tersebut, terletak sebilah pedang yang kelihatan lapuk tetapi berkilauan. Dia tertarik dengan pedang itu lalu menghampirinya. “Satu sinar sebagai petanda, hilang gelap datangnya terang ”. Arjuna membaca dua baris ayat pada pedang itu. Tiba-tiba pedang itu mengeluarkan sinar cahaya. Arjuna terkejut lalu menjatuhkan pedang itu. “Adakah ini pedang sakti?”.Tanya Arjuna. Dia pun membawa pedang itu pulang lalu memberitahu Pak Andak. 3


“Pak Andak, Arjuna terjumpa pedang ini di dalam gua, adakah pedang ini berbahaya?”. Pak Andak terkejut lalu berkata,“ Bagaimana kamu boleh mengangkat pedang ini sedangkan tidak ada satu pun penduduk di kota ini mampu mengangkatnya, mungkin kamulah orang yang terpilih untuk melawan Ratu Tiong ”. “Jika Arjuna orang yang terpilih, Arjuna akan hapuskan Ratu Tiong sekarang juga ”. Katanya dengan dendam yang membara. “Jangan tergesa nak, Ratu Tiong bukan mudah untuk ditandingi kerana dia mempunyai kuasa sihir yang hebat, kita perlu memikirkan rancangan sebelum melawannya ” kata Pak Andak. 4


Tiba-tiba terdengar teriakan penduduk kota Inderaloka meminta tolong kerana tanaman padi mereka dimusnahkan oleh burung-burung belaan Ratu Tiong. Arjuna pun menuju ke sana dan menghalau burungburung itu menggunakan pedang sakti. Setiap hayunan pedang itu berupaya menumpaskan burung-burung belaan Ratu Tiong. 5


“Nampaknya pedang sakti itu sudah kembali! Aku perlu musnahkannya sebelum budak itu hancurkan aku!. Kata Ratu Tiong dengan marah. Dia pun menghantar askarnya yang paling kuat untuk melawan Arjuna namun masih gagal dan tidak dapat menandingi kekuatan pedang sakti itu. Ratu Tiong tidak berpuas hati. Dia ingin melawan Arjuna dengan dirinya sendiri. 6


Keesokkan harinya, Arjuna berjalan mengangkat kayu kayan kiriman Pak Andak. Dalam perjalanan, dia terjumpa seorang nenek bongkok yang tersesat “Nak, boleh tunjukkan nenek jalan ke rumah?” kata nenek bongkok itu. “Boleh nek, apa salahnya ”. Kata Arjuna yang baik hati. Namun, Arjuna berasa pelik kerana tempat yang mereka lalui itu sangat gelap dan sunyi. 7


“Ha..ha..ha..ha akhirnya kita bertemu juga! Kau sama sahaja seperti ayahanda kau, Raja Nahkhoda yang cepat terpedaya dengan lakonan aku! Kata nenek bongkok yang kemudiannya bertukar menjadi Ratu Tiong. Arjuna tidak menyangka kuasa sihir Ratu Tiong begitu hebat sehingga boleh menyamar menjadi rupa yang lain. 8


“Raja Nahkhoda? Ayahanda aku? Jadi aku berketuranan raja?” Arjuna tertanya-tanya dengan kata-kata Ratu Tiong itu. “Benar, kau adalah anakanda kepada Raja Nahkhoda yang lemah itu, disebabkan hayunan pedang saktinya itulah wajahku menjadi hodoh dan berparut. Mujurlah kuasa sihirku dapat memulihkan wajahku dan menjadikan aku yang paling berkuasa di kota Inderaloka ini!” Kata Ratu Tiong dengan bangga. “Kau salah menggunakan kuasa kau! Semua penduduk kota Inderaloka terkorban disebabkan ketamakan kau! Ingatlah orang yang tamak selalunya rugi”. 9


“Tidak usah banyak bicara ayuh kita bertarung ” kata Ratu Tiong. Mereka pun masing-masing berlawan menggunakan tongkat berkuasa dan pedang sakti. Dalam pertarungan tersebut, Arjuna tersungkur kerana terkena kuasa Ratu Tiong yang begitu kuat. Ha..ha..ha bangunlah! lawan aku! “ 10


Arjuna berusaha untuk bangun walaupun dia sudah tidak berdaya. Namun apabila teringat bahawa ayahnya adalah seorang pahlawan yang telah terkorban semasa melawan Ratu Tiong, Arjuna pun berkata-kata dalam hati bagi menambahkan semangatnya semasa bertarung. 11


Satu sinar sebagai petanda, hilang gelap datangnya terang, satu jiwa menjadi pembela, pedang lama bertaut semula. Aku berdarah pahlawan, Bangkit dari persada luka, Berdiri melawan penderhaka, inginku tebus maruah ayahanda. Aku berdarah pahlawan, Di dada penuh satria, akan ku tentang petualang kota, yang tegar membuat angkara. 12


Tiba-tiba pedang tersebut bercahaya dan mengeluarkan kuasa besar yang tidak terduga. Arjuna pun bangun menggunakan segala kekuatannya dan berlari ke arah Ratu Tiong lalu menikamnya. Ratu Tiong pun bertukar menjadi hodoh semula dan kehilangan kuasanya buat selama-lamanya. 13


Sejak kejadian itu, Arjuna belajar bahawa keberanian dan kekuatan sejati tidak hanya terletak pada senjata yang dimiliki, tetapi juga pada hati yang tulus dan tekad yang kuat. Pedang Sakti bukan hanya senjata untuk melindungi, tetapi juga sudah menjadi teman setia yang akan menemani Arjuna dalam setiap langkahnya. 14


Pedang Sakti dan Arjuna telah menjadi lagenda di kerajaan mereka, menginspirasi orang-orang dengan kisah persahabatan yang kuat dan pengembaraan yang penuh dengan keberanian. Setiap kali Arjuna melihat pedang sakti, ia selalu mengingatkannya bahawa kekuatan sejati ada dalam dirinya sendiri. Para penduduk kota mengangkat Arjuna sebagai Raja Inderaloka menggantikan ayahandanya, Raja Nahkhoda. 15


Pada setiap hari, Arjuna akan mengajar penduduk kota Inderolaka seni mempertahankan diri agar dapat melindungi diri dan keluarga mereka daripada malapetaka yang menimpa di kemudian hari. Walaupun Arjuna berketurunan raja, dia tetap merendah diri dengan melayan semua penduduk kota dengan baik tanpa merasa sombong. Semenjak itu, penduduk kampung hidup aman dan harmoni kerana tiada lagi kuasa sihir yang mengganggu mereka. 16


Kekuatan yang sejati bukan terletak pada sesuatu yang dimiliki tetapi pada keyakinan dan keberanian dalam diri. Moral Glosari - - - - - - - makhluk berlawan menjadi contoh teladan bencana pengkhianat mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak baik perbuatan yang jahat 1. anasir 2. bertarung 3. menginspirasi 4. malapetaka 5. penderhaka 6. petualang 7. angkara


Soalan 1. Apakah nama tempat tinggal Arjuna? 2. Siapakah penyihir yang ingin melawan Arjuna? 3. Apakah alat yang digunakan oleh Arjuna semasa bertarung dengan Ratu Tiong? 4. Apakah yang terjadi kepada Ratu Tiong selepas kalah dalam pertarungan?


RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Malaysian Fairy Tales. (2016, Jun 10) Kisah Sang Singa dan SiTikus. Youtube.https://youtu.be /llPhFm0J_yc?feature=shared Tinta Munira. (2017, February 27). Panduan menulis buku cerita kanak-kanak. https://tintamunira.blogspot.com/2017/02/normal-0-false-false-false-enmy-x-none.html?m=1 Yana Alyana. (2023, June 2). Penglipurlena - Koleksi Cerita Kanak-Kanak Terbaik dan Percuma. Penglipurlena. https://penglipurlena.com/ Arjuna dan pedangsakti Buku cerita ini mengisahkan seorang satria muda yang mahu melindungi kota Inderaloka daripada Ratu Tiong iaitu ahli sihir berkuasa. Suatu hari, Arjuna terjumpa pedang sakti peninggalan ayahandanya di gua tersembunyi. Namun, mampukah arjuna menyelamatkan kota Inderaloka daripada kekejaman Ratu Tiong dengan kekuatannya bersama pedang sakti itu ataupun tewas dalam pertarungan dan kota Inderaloka masih di bawah tawanan Ratu Tiong?


Click to View FlipBook Version