The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by choc_princess90, 2023-06-20 02:13:09

BUKU ATUCARA MESYUARAT PIBG 2023 (2)

BUKU ATUCARA MESYUARAT PIBG 2023 (2)

Dirasmikan oleh : Yang Berhormat Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P168 Merangkap ADUN N6 Bandau, Kota Marudu, Sabah. 21 JUN2023 | RABU 7.30PAGI-12.30PETANG DEWANDATUKANITABARANTING,SMKBANDAU S M K B A N D A U


Senarai Kandungan 2


Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Syukur ke hadrat Tuhan , kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini . Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SMK Bandau sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sepakat Hebat, Cemerlang Bersama. Sekian, terima kasih. P E N G E T U A Tuan Peter Samudin PENGETUA SMK BANDAU 3


Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Saya melahirkan perasaan bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat, Datuk Wetrom Bahanda kerana dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, Tuan dapat hadir ke majlis yang telah dirancangkan ini. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan prihatin Tuan terhadap kami. Tahniah saya ucapkan kepada Encik Peter Semudin, Pengetua SMK Bandau, guruguru dan semua kakitangan sekolah ini kerana selama saya menjadi YDP PIBG sekilah ini saya mendapat kerjasama yang erat dalam menjayakan kegiatan PIBG di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan kerjasama kepada guru-guru SMK Bandau secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini dalam kurikulum, kokurikulum , akademik mahupun sahsiah. Saya berharap kerjasama daripada semua ibu bapa guru dan masyarakat setempat dapat diteruskan dan memberikan sokongan terhadap PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudahmudahan pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada sekolah ini terutama anak-anak kita. Sekian, terima kasih. 4 Y D P P I B G Tuan Jimson Majemal YDP PIBG SMK BANDAU


5


Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru Lawatan ke Booth Pameran Kelab dan Persatuan oleh ibu bapa dan guru Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandau (Rujuk AGENDA) 6 Ketibaan Para Jemputan/ Perasmi Lawatan ke Booth Pameran oleh Para Jemputan /Perasmi Majis Perasmian Ucapan Pengetua SMK Bandau Ucapan YDP PIBG Ucapan Perasmi (Yang Berhormat Datuk Wetrom Bahanda) Penyampaian Sijil dan Cenderahati Sesi bergambar (Yang Berhormat Datuk Wetrom Bahanda ) - Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Bacaan Doa (Ustaz Abdul Hakim Abd Aziz) Jamuan dan bersurai


7 i. Ucapan Pengerusi ii. Ucapan Pengetua ii. Membentang Minit Mesyuarat Agung sesi 2021/2022 iii. Membentang Laporan Tahunan- Setiasusaha iv. Membentang Penyata Kewangan – Bendahari v. Membahas Usul vi. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 vii. Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 ix. Ucapan Penangguhan


BIL N A M A P R O G R A M TARI KH 1 Kunjungan hormat AJK PIBG kepada Pengetua SMK Bandau 27/09/2022 2 Mesyuarat AJK tertinggi PIBG Bil. 1 2022 12/10/2022 3 Ziarah Cakna Kampung Gana 05/10/2022 4 Gotong Royong Perdana Sempena Program 3K bersama PIBG 07/10/2022 5 Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang SMK Bandau bersama PIBG 17/11/2022 6 Program Motivasi Keibubapaan ( Tingkatan 5 ) 09/12/2022 7 Program Prihatin Sumbangan Sarapan Pagi Calon SPM 2022 20/02 - 15/03/2023 8 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 2023 10/02/2023 9 Program Minggu Pertama Persekolahan 20/03/2023 10 Gotong Royong Sempena Pembukaan Sekolah 24/03/2023 11 Mesyuarat Pelaksanaan Jogathon Peringkat Sekolah kali Pertama bersama AJK PIBG 29/03/2023 12 Mesyuarat Pelaksanaan Jogathon Peringkat Sekolah kali Kedua bersama AJK PIBG 03/05/2023 13 Mesyuarat Pelaksanaan Mesyurat Agung Tahunan PIBG 2023 kali pertama 17/05/2023 14 Kunjungan Hormat AJK PIBG Yang Berhormat Datuk Wetrom Bahanda 18/05/2023 15 Program Sambuntan Hari Raya, Kaamatan dan Hari Guru 23/05/2023 16 Mesyuarat Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023 kali pertama 13/06/2023 8


J A W A T A N K U A S A P I B G S M K B A N D A U TAHUN 2021 – 2023 9 Yang Dipertua PIBG Encik Jimson Majemal Timb. Yang Dipertua PIBG Puan Radiah binti Abdul Setiausaha Kehormat Puan Murdyana Siaga Bendahari Kehormat Encik Rosin Panggaton AJK Ibu Bapa Encik Jeffry bin Sarpri Encik Honih Asung @ Benjohn Simbaku Puan Sendie Vivie Heedi Puan Hellen binti Majunting Puan Julaidah binti Majumbor Encik Asmat Toyo AJK Guru Encik Perry Kudik Encik Marcus Diri Bintang Bin Kopong Puan Jainah Bowman @Abd Wahid Puan Rosmaria binti Lorin


10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK BANDAU SESI 2021 Tarikh : 25 Mei 2022 Hari : Rabu Masa : 2.00 Petang Tempat : Padang Sekolah SMK Bandau Pengerusi : Encik Walin Bin Mating (Sementara) AGENDA MAT 2020/2022 1.0 Ucapan YDP PIBG 2.0 Ucapan Penasihat PIBG 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 4.0 Perkara berbangkit 5.0 Laporan Aktiviti 2020/2022 6.0 Laporan Kewangan 2020/2022 7.0 Penyampaian Sijil Kepada Bekas AJK PIBG 8.0 Pembubaran AJK PIBG 2020/2021 9.0 Pelantikan AJK PIBG 2022/2023 9.1 YDP PIBG 9.2 TIMBALAN YDP PIBG 9.3 NAIB I YDP PIBG 9.4 NAIB II YDP PIBG 10.0 Membacakan Usul 11.0 Hal- hal Lain


11 KEPUTUSAN MESYUARAT 1.0 UCAPAN YDP PIBG Mesyuarat dimulai dengan ucapan selamat petang dan salam sejahtera oleh YDP PIBG kepada Puan Pengetua selaku Penasihat PIBGdan semua yang hadir. Beliau menzahirkan rasa syukur kerana mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG dapat diadakan setelah tertangguh disebabkan kekangan penularan wabak Covid-19.Beliau juga menyatakan bahawa mesyuarat tersebut telah lama perlu diadakan .Di samping itu,beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kecemerlangan SMK Bandau dalam acara ko-kurikulum dan kurikulum. YDP PIBG turut menyatakan antara sumbangan PIBG adalah seperti berikut: 1)Menaja sarapan pagi untuk murid-murid calon SPM 2021 2)Menaja wang saguhati kepada guru ganti akibat kekurangan guru 3)Menaja peralatan berupa radio dan pembesar suara yang digunakan dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran BM dan BI 4)Menaja langsir yang digunakan dalam bilik makmal Biologi 2 5)Menaja tangki air untuk keperluan para murid asrama. Akhir sekali, beliau meminta semua anggota PIBG memberikan kerjasama secara maksima agar murid terus maju memandangkan sukan dan peperiksaan akan berlangsung tidak lama lagi. Tindakan : YDP PIBG


12 2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG Puan pengetua mengucapkan salam dan selamat petang kepada YDP PIBG dan semua yang hadir. Pengetua bertegas untuk mengadakan MAT PIBG pada hari tersebut bagi melantik YDP PIBG,Timbalan serta Naib 1 dan Naib 2 sahaja memandangkan ibu bapa telah hadir ke sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan serta Hari Guru peringkat sekolah pada sebelah pagi hari yang sama.Beliau berasa teruja menyambut kedatangan ibu bapa bagi mengeratkan tali silaturahim di antara guru-guru dan ibu bapa memandangkan ramai di kalangan ibu bapa yang tidak pernah bersua muka disebabkan pengetua baru berpindah ke SMK Bandau. Tambahan pula dengan penularan wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh kerajaan. Beliau turut meluahkan rasa kecewa atas kehadiran ibu bapa yang tidak memuaskan malah jauh sekali dari target iaitu sekurangkurangnya 500 orang daripada jumlah dalam senarai pihak sekolah iaitu lebih kurang 800 orang.Selain itu, pengetua memaklumkan perpindahan PK petang iaitu En.Mohd Fadzil bin Tuyundo ke SMK Bengkongan.Beliau juga mengalu-alukan kedatangan PK petang yang baru iaitu En.Raffae.Besar harapan beliau agar para ibu bapa memberikan kerjasama dan sokongan penuh terhadap sebarang program yang dijalankan di sekolah demi kecemerlangan murid-murid. 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tiada


13 4.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada Tindakan : PK HEM 5.0 LAPORAN AKTIVITI 2020/2022 Cadangan dan sokongan Akviti PIBG SMK Bandau Sepanjang tahun 2020/2023 Pencadang : Puan Irine Binti Jokilyn Penyokong : Encik Junick @ Jurup Bin Umboh Disokong oleh semua ahli sidang yang hadir. Tindakan : Setiausaha 6.0 LAPORAN KEWANGAN 2020/2022 Cadangan dan sokongan Laporan Kewangan PIBG SMK Bandau Sepanjang tahun2020/2022 Pencadang : Encik Jeffery Bin Sareri Penyokong : Encik Junick @ Jurup Bin Umboh Disokong oleh semua ahli sidang yang hadir. Tindakan : Bendahari 7.0 PENYAMPAIAN SIJIL AJK 2020/2022 YDP PIBG dan Penasihat PIBG telahmenyampaikan sijil Penghargaan kepada semua AJK PIBG atas sumbang bakti kepada sekolah ini sepanjang tahun 2020/2022 Tindakan : YDP PIBG


14 8.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2022 Encik Jimson Bin Majemal memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang memegang jawatan sebagai YDP PIBG di sekolah ini. Beliau membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2022. Tindakan : YDP PIBG 9.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 9.1 Yang di Pertua PIBG (YDP) Encik Jimson Bin Majemal Pencadangan : En. Jeffery Bin Sareri Penyokong : Pn. Herdawati Abu Bakar Cadangan ditutup Pencadangan : En. Robert Penyokong : En Mat Sham b Othman Keputusan : Encik Jimson Bin Majemal (sebulat suara 9.2 Timbalan Yang diPertua PIBG (NYDP) Pn. Radiah Binti Abdul Pencadangan : Pn. Sendie Vivie Heedi Penyokong : Pn. Herdawati Cadangan ditutup Pencadangan : Encik Junick @ Jurup Bin Umboh Penyokong : Pn. Rosinah Keputusan : Pn. Radiah Binti Abdul (sebulat suara)


15 9.3 Naib I Yang diPertua PIBG (NYDP) En. Jeffery Bin Sareri Pencadangan : Pn. Sendie Vivie Heedi Penyokong : Pn. Herdawati Cadangan ditutup Pencadangan : Encik Junick @ Jurup Bin Umboh Penyokong : Pn. Rosinah Keputusan : En. Jeffery Bin Sareri (sebulat suara) 9.4 Naib II Yang diPertua PIBG (NYDP) En. Benjohn Pencadangan : En. Robert Penyokong : Pn. Norsih Cadangan ditutup Pencadangan : Encik Junick @ Jurup Bin Umboh Penyokong : Pn. Rosinah Keputusan : En. Benjohn (sebulat suara) Tindakan : Jawatankuasa SPR


16 10.0 MEMBACAKAN USUL USUL YANG DIBAWA OLEH JAWATANKUASA PIBG 1. MURID SPM 1.1 Tidak hadir ke sekolah berpenjangan 1.2 Tidak Mengisi borang pendaftaran SPM Jawapan: Murid-murid berkaitan tidak akan didaftar sebagai calon SPM. Diterima dengan sokongan sebulat suara 2. Logo PIBG 2.1 Mengadakan pertandingan mencipta Logo PIBG sekolah 2.2 Membuka peluang kepada ahli PIBG sekolah untuk mencipta Logo PIBG 2.3 Pemenang akan mendapat wang tunai sebanyak Rm100 sahaja. Jawapan: Majoriti ahli PIBG bersetuju dengan aktiviti tersebut. Diterima dengan sokongan sebulat suara Tindakan : YDP PIBG


17 USUL-USUL WARIS 1. Membenarkan Murid Asrama untuk membawa telefon bimbit Jawapan: Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit supaya murid tidak menggunakan peranti tersebut dengan aktiviti tidak berfaedah seperti permainan atas talian, menonton video berunsur negatif dan sebagainya. Diterima dengan sokongan sebulat suara Tindakan : PK HEM 11.0 Hal-Hal Lain Tiada Tindakan : YDP PIBG UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memberi kepercayaan sekali kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai YDP PIBG SMK Bandau dan menangguhkan mesyuarat pada jam 4.30 petang.


P ROTOKOL MAJ L IS S emu a g u r u d a n AJ K P I BG P ENGA C ARA MAJ L IS P n F o l a s i a Omb o u ( K ) P n L y d i a L a z a r u s BA C AAN DOA Us t a z Ab d u l H a k im b i n Ab d Az i z SP R Ma r c u s Diri B i n t a n g K o p o n g ( K ) J a s v i n L i y u n P ENDAF TARAN C i k Nu r An i s Z a k ir a ( K ) P n Nu r u l S y a fi q a h JURU GAMBAR E n c i k Mo h d I k h w a n S y a fi q P EN C ATAT MINI T C i k S a f w a h H a z i q a h H a l im BUKU P ROGRAM Nu r Ad i l l a S y a p a r u d d i n ( K ) Nu r p itri b i n ti B a h a r u d d i n GIMIK P E RASMIAN Al l e x Wo n g T e c k S u n L i e w Yu n C h i n P ENASIHAT P ENGE RUSI T IMB . P ENGE RUSI SE T IAUSAHA B ENDAHAR I : E n c i k P e t e r Se m udi n P e n g e t u a SMK B a n d a u : E n . J i m s o n Maj e m al Ya n g d i P e rt u a P I BG SMK B a n d a u : P n . Radiah B i n ti Abdu l Na i b Ya n g d i P e rt u a P I BG SMK B a n d a u : P n . Mu rdyana B i n ti Siaga S e ti a u s a h a Ag u n g P I BG SMK B a n d a u : E n . R o s i n B i n Panggat o n B e n d a h a ri Ag u n g P I BG SMK B a n d a u 18


AJK SUMBANGAN P n . K e tt y Go d u t P n . T a y Ai Ji n g P E RSIAPAN P ENTAS/ BA C KDROP P n . Nu r Af n i Oma r ( K ) C i k Ol i v e r a L e l e n g E n d r o b o t P n . M. E l i z a b e t h Ma s t a n P n . H a rl i n a H amd i n BANNE R DAN BA C KDROP Us t a z a h S iti F a tima h A. J a l a l u d i n P E RSIAPAN T EMPAT /KE B E RSIHAN E n . M. S y u k ri b i n Ma j i n i n ( K ) E n .J e c k Ne k l o s P i a n E n . B l a s i u s Ma d a n a n E n . Al w e Gamb a r SI J I L DAN C ENDE RAHAT I P E RASMI C i k Ma z z i a n a S u r a b a n ( K ) P n J e f a i n y Mo s u n s a i C i k Nu r S u ri a n i C i k Nu r u l Aima n C ABUTAN B E R TUAH AJK P I BG P n R a d i a h Ab d u l E n . T o y o Asma t E n . Ab d Ga i s AJK GURU P n Iri n e J o k i l i n ( K ) P n . Ma rl i n K i s i l E n . P e rr y K u d i k E n . S a b i n d o B a n u t JAMUAN I BU BAPA Us t a z a h Nu r F a r h a n a A. K a h a r ( K ) P n J a i n a h Us t a z a h Wa n H a r y a ti P n . S a f a ri n a S ams u d d i n JAMUAN VI P P n S c h o l a s ti c a Da l i u s ( K ) P n . Au d r a Me l i s s a P n . Do n n a Us t a z a h S iti F a tima h A. J a l a l u d i n J EMPUTAN P n . R o sma ri a L o r e n ( K ) P n . No r s y a h l i z a J u l i u s PA SYST EM/ L C D P ROJ E C TOR E n . L i e w Yu n C h i n E n . An w a r Mu b a r a k 19


20


21


22


23


Sekalung Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandau dengan tulus ikhlas merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version