The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FPK , FPG dan hubungkait antara FPK FPG dan perkembangan pendidikan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiehuii0911, 2023-10-07 14:07:14

EDUP Falsafah

FPK , FPG dan hubungkait antara FPK FPG dan perkembangan pendidikan Malaysia

Keywords: FPK,FPG,Pendidikan

KAITAN ANTARA PIPP (2006-2010) DENGAN FPK -Insan yang berilmu pengetahuan akan dilahirkan melalui PIPP kerana matlamat utama ini adalah selari dengan salah satu isi kandungan FPK iaitu melahirkan insan yang berilmu.Dalam hal ini,insan yang lebih fokus kepada pembelajaran ilmu pengetahuan atau kemahiran-krmahiran akan dilahirkan. -Potensi individu juga dapat diperkembangkan melalui PIPP.Hal ini kerana kemahiran komunikasi, pemikiran kreatif dan kritis,kemahiran kepimpinan, sikap berakhlak mulia dan sikap lain akan dicungkil dan seterusnya dikembangkan.Perkara tersebut adalah berkait dengan elemenelemen FPK.


KAITAN ANTARA PIPP (2006-2010) DENGAN FPG Antara elemen-elemen FPG termasuk guru yang berpandangan progresif dan saintifi.Dalam hal ini, PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti.Oleh itu, pendidikan yang berkualiti haruslah disampaikan oleh guru yang berpekerti mulia kepada masyarakat,Misalnya, guru haruslah meletakkan kepentingan murid-murid pada tempat pertama dan sentiasa bersifat ikhlas kepada setiap murid.Sikap adil dan tidak pilih kasih juga seharusnya dipraktikan oleh setiap guru. Pada pendidikan masa ini, warisan kebudayaan negara adalah sangat penting bagi setiap rakyat.Oleh itu, untuk menjamin kualiti pendidikan negara kita terjamin,guru haruslah menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya.Contohnya,guru boleh menggalakkan murid-murid supaya mencinta akan warisi adat turun daripada nenek moyang atau mengamalkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan warisan kebudayaan.


PELAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (PPP) (2013-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah cetusan ilham, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya telah dilancarkan pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2013),Kementerian telah menyatakan bahawa ‘Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, Kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.’ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses,kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan


KAITAN ANTARA PPP DENGAN FPK Akses merupakan salah satu elemen bagi keberhasilan sistem pendidikan Malaysia.Maksudnya adalah semua murid mendapatkan peluang untuk belajar bagi menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis.Hal ini adalah selari dengan elemen FPK iaitu pembentukan insan yang seimbang dan harmonis melalui pendidikan negara.Dalam hal ini, Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangankanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah menjelang 2020. Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi.(KPM , 2013).Perkara ini telah membuktikan bahawa pendidikan merupakan sebuah usaha berterusan bagi setiap murid tak kira gender, latar belakang atau kedudukan geografi.Pendidikan seharusnya diterima oleh setiap kanak-kanak secara berterusan sepanjang umur, tak kira kanak-kanak itu siapa.Oleh itu, pendidikan secara berterusan dapat dikaitan antara kedua-dua perkara ini iaitu PPP dan FPK.


KAITAN ANTARA PPP DENGAN FPG Melalui interaksi bersama murid lain daripadapelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajarmemahami, menerima dan menghayati perbezaan.(KPM, 2013). Dengan memahami perkara di atas, kita mendapati Kementerian berharap agar menghasilkan suatu sistem pendidikan yang membolehkan murid-murid berkongsi ilmu pengetahuan, berkongsi idea dan bersosial demi memperkukuhkan sifat perpaduan antara rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, guru berperanan untuk menghasilkan dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu padu dan perpaduan.Sebagai contoh, guru boleh menjadi contoh teladan kepada murid-murid melalui membentuk sikap berkerjasama dengan guru lain yang berbeza kaum atau berinteraksi dengan guru kaum lain semasa aktiviti kokurikulum.Bukan itu sahaja, perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kumpulan yang dijalankan di dalam bilik darjah.Guru akan membahagikan setiap murid yang berbeza kaum kepada kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti perbincangan.


DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KPM untuk membudayakan ICT dan merapatkan jurangdigital, antaranya melaksanakan Projek Makmal Komputer mulai tahun 1999 melalui kelengkapan peralatan komputer berserta kemudahan LAN dan Internet di makmal komputer sekolah dan melaksanakan pelbagai kursus berkaitan ICT untuk semua pendidik dan bakal pendidik. (Rahman ,2023). Penggunaan ICT dalam pendidikan telah menjadi satu perkara yang biasa pada era digital yang moden ini.Pelbagai peralatan digital seperti YouTube dan Smartboard telah digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada masa kini bagi memantapkan sistem pendidikan negara Malaysia dan di samping meningkatkan kualiti murid Malaysia. Dengan penggunaan ICT di dalam bilik darjah, proses pembelajaran murid akan menjadi lebih menarik dan berkesan.Murid-murid dan guru-guru akan dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan digital atau elektronik melalui penggunaan digital seperti aplikasi Google Classroom, Kahoot! , Quizzizz dan juga YouTube.


WORK EXPERIENC Dasar digital pendidikan Malaysia dapat membangunkan E pendidikan merupakan satu usaha secara berterusan.Hal ini dapat menunjukkan bahawa dasar digital ini merupakan satu usaha berterusan dalam sistem pendidikan.Pada era digital dan moden ini, pendidikan negara kita telah mengalami banyak perubahan dan inovasi.Dasar digital merupakan sadar yang terkini dalam sistem pendidikan.Oleh itu, pendidikan secara berterusan seharusnya berkembang dan berubah secara berterusan supaya selari dengan era terkini dan menjadi lebih sesuai untuk murid-murid. KAITAN ANTARA DASAR PENDIDIKAN DIGITAL DENGAN FPK


KAITAN ANTARA DASAR DIGITAL KPM DENGAN FPG Guru yang menjamin perkembangan invididu dapat memberikan murid mengembangkan potensi diri sendiri dari segi jasmani,intelek,rohani dan sosial.Dalam hal ini, guru dapat mengetahui dan mencangkil bakat murid-murid melalui ICT.Contohnya, kemungkinan seseorang murid adalah mahir dalam penggunaa ICT dalam bilik darjah.Guru boleh memberi peluang untuk murid tersebut bagi membuat persembahan atau aktiviti menggunakan penggunaan alatan digital bagi memberi peluang kepadanya untuk memperkembangkan potensi diri sendiri. Guru yang berpandangan progresif dan sainfitik dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan betul kepada setiap murid.Hal ini kerana guru yang gigih dan tekun berusaha untuk memperoleh ilmu baharu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya dan hal ini akan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan teknologi maklumat seperti komputer,laptop atau Smartboard untuk menarik perhatian murid-murid,meningkatkan kualiti pendidikan dan pengetahuan mereka.


RUJUKAN Aimnazri.(2009 , Mei 25).Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.Blogspot.http://ptk44.blogspot.com/2009/05/pelaninduk-pembangunan-pendidikan-pipp.html Aina Munirah, Chairina Khaleeda & Ainul Mardiyah. (2022, September 25). Perkembangan pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan. Anyflip. https://anyflip.com/kvykm/alqb/basic Ainun Masturima Mohd Madzri, Nabilah Mohamad & Imanni Maisarra Ahmad Sani. (n.d.). Falsafah dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Anyflip. https://online.anyflip.com/zrwyf/qktl/mobile/index.html Amalin Ruhaizad, Nurul Farhana Mohd Khairozaman & Husna Batrisyia Md Yusoff. (2022, september 20). Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 & kesan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Anyflip. https://anyflip.com/rwbzi/deeu/basic Hasnawati. (2021). Implikasi Pendidikan Islam Sejak Anak Dalam Kandungan. Jurnal Andi Djemma, 4(1), 8–17. Kementerian Pendidikan Malaysia.(KPM), 9. K. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan . https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pend Pendidikan-kebangsaan Wikipedia. (2023, Februari 17). Akta pendidikan 1996. https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996 Kementerian Pelajaran Malaysia.(KPM).(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan . https://www.moe.gov.my/


Najib Tun R R R azak U.(2009 J , M U ei 14).K N K ilai P A r A ofesio N nalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM).Utusan Malaysia. Rosly Kayar , Kamisah Buang , Mat Ali Abdul Ghani ,& Faridah Mohd Sopah.(2023).Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.Local Publications (M) Sdn.Bhd. Saharia Hj.Ismail.(2015).Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.Journal of Human Capital Development,8(2),83-99. Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohammad Fuad Ishak, Shazari,na Zdainal Abidin,& Suziana Hanini Sulaiman. (2018). Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).In Conference: International Conference On Moslem Society 2016At: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),1-13.


RUJUKAN Subiyakto, B., & Mutiani. (2019). Internalisasi Nilai Pendidikan Melalui Aktivitas Masyarakat Sebagai Sumber Belajar Ilmu Pengetahuan Sosial. Khazanah: Jurnal Studi Islam Dan Humaniora, 17(1), 137–166. https://doi.org/10.18592/khazanah.v17i1.2885 Syahirah Rosli , Siti Fairuz Mahmud ,& Mohd Edyazuan Azni.(2022).Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu (Integrating the National Education Philosophy (Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK) in Developing Integrated Human Capital).Jurnal Dunia Pendidikan,4(1),86-103. Syed Othman Alhabshi.(2001 , Februari 1 ).Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Academia.https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/40385945/131_Dasar_dan_Pelaksanaan_Sistem_Pendidikan_Kebangsaan -libre.pdf?1448506490=&response-contentdisposition=inline%3B+filename%3D131_Dasar_dan_Pelaksanaan_Sistem_Pendidi.pdf&Expires=1 Wikipedia. (2021, April 22). Laporan Abdul Rahman Talib. https://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Abdul_Rahman_Talib Wikipedia. (2023, Julai 10). Laporan Fenn-Wu 1951. https://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Fenn-Wu_1951 Wikipedia. (2022, Februari 11). Akta Pelajaran 1961. https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pelajaran_1961 Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin. (1996). Penerapan nilai murni merentas kurikulum : Satu Tinjauan. Laporan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia.


Click to View FlipBook Version