My Yasin
My Yassin adalah satu inovasi yang memberi fokus kepada cara menyelesaikan masalah
dalam menentukan cara bacaan dalam al-Quran khususnya bacaan Surah Yasin. Secara
umumnya bacaan dalam surah Yasin dapat dibahagikan kepada bacaan panjang dan tidak
panjang. Bagi memudahkan untuk menentukan cara bacaan, inovasi ini telah menetapkan
dua warna bagi setiap kategori
Bagi cara bacaan dengung atau panjang 2 harakat warna yang ditetapkan adalah warna
HIJAU manakala bagi ketegori bacaan tanpa dengung pula warna yang ditetapkan adalah
warna MERAH.
Pemilihan dan penetapan hanya dua warna merupakan keistimewaan inovasi ini berbanding
cara yang telah digunakan sebelum ini yang menggabungkan pelbagai warna sehingga
menyebabkan berlaku kekeliruan kepada pembaca.
Kaedah ini sangat berimpak tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dalam menentukan
cara bacaan terutamanya bacaan yang melibatkaan dengung dan panjang 2 harakat serta
bacaan tidak panjang dengan berkesan.
OBJEKTIF My Yasin
Projek ini dilaksanakan berdasarkan objektif:
a. Membantu pelajar mengenal pasti cara bacaan hukum tajwid dengan lebih
mudah
b. Membantu pelajar membezakan bacaan dengung atau panjang 2 harakat
serta bacaan tanpa panjang dengan pantas.
c. Membuktikan bahawa pembelajaran hukum tajwid adalah senang dan
menghiburkan.
FOKUS My Yasin
Fokus kaedah ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti cara bacaan dengung dan panjang 2 harakat
Kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah
ini ialah dengan menanda hukum tajwid bacaan dengung atau panjang 2 harakat
dengan warna HIJAU.
Bil Hukum Warna
1. Ikhfa Hakiki
2. Idgham Maal Ghunah
3. Iqlab
4. Idgham Syafawi
5. Ikhfa Syafawi
7. Mad Asli
8. Wajibul Ghunah
2. Mengenal pasti cara bacaan tidak panjang
Kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menanda
hukum tajwid bacaan jelas tanpa dengung dengan warna MERAH.
Bil Hukum Warna
1. Izhar Halki
2. Idgham Bila Ghunah
3. Izhar Syafawi
ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI
Antara masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari hukum tajwid ialah:
1. Pelajar menghadapi masalah dalam mengenal pasti cara bacaan bagi
hukum tajwid.
2. Pelajar menghadapi masalah dalam membezakan bacaan dengung atau
panjang dan bukan dengung.
3. kaedah ini telah menghasilkan dapatan yang sangat berguna dan mampu
diguna pakai oleh semua pengajar disemua peringkat pengajian.
SURAH YASIN
(Diturunkan di Mekah mengandungi 83 ayat)
صدق الله العظيم