1 MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 Tarikh: 6 Mac 2024 (Rabu) Masa: 11.00 pagi Tempat: Dewan Seri Angsana Pengerusi: En. Zainuddin bin Abdul Halim Guru Besar SK Bukit Jelutong Senarai Kehadiran 1. Encik Zainuddin bin Abdul Halim Guru Besar 2. Puan Adilah binti Abu Yazid PK Pentadbiran 3. Shamini a/p Sreedharan Nair KP Bahasa Inggeris 4. Nik Amirul Asraff bin Nik Aman KP Bahasa Arab 5. Law Suat Choo KP Bahasa Cina 6. Nur Hidaya binti Yusop KP Matematik 7. Nor Zalina binti Zahari KP Pendidikan Islam 8. V. Balakumar a/l Vadevalu KP Pendidikan Moral 9. Siti Hawa binti Kalil KP Sejarah 10. Seriani binti Husin KP Muzik 11. Siti Nur Diana binti Daud KP Pendidikan Seni Visual 12. Hasmah binti Abu Bakar KP PJ/PK 13. Norizam binti Yusoff KP Bahasa Melayu 14. Subashini Kumari a/p Ratnakumar KP Sains 15. Faridah binti Lomak KP RBT 16. Nursharmila binti Umno @ Anuar Guru Penyelaras Media 17. Darshini a/p Nambiar Penyelaras Bimbingan & Kaunseling 18. Aiza binti Tajudin Guru Pemulihan 19. Mohamad Zaidin bin Senik Penyelaras Prasekolah 20. Nur Iswanah binti Ismail Setiausaha PBD 21. Wan Hazwani binti Wan Maba Setiausaha Peperiksaan Dalaman Tidak Hadir (Bersebab) Tiada Urus Setia 1. Zurina binti Musa Setiausaha Kurikulum
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 2 AGENDA 1. Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran dan ketetapan masa semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat Kurikulum Bil. 1/2024. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang komited melaksanakan tugas dalam bidang kurikulum. 1.3 Pengerusi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan kewajipan dan tugasan sepanjang tahun 2023. Makluman 2. Pengesahan minit mesyuarat 2.1 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 3/2023 yang telah dijalankan pada 8 Januari 2024 dengan beberapa pindaan ejaan dan format penulisan minit. 3. Perkara berbangkit Tiada 4. Perkara baharu 4.1 Bidang Tugas Guru Tahun 2024/2025 4.1.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengumumkan nama-nama guru yang dilantik sebagai penyelaras tahun dan setiausaha kurikulum bagi tahun 2024. 4.1.2 Beliau juga memaklumkan nama guru yang memegang jawatan Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia. 4.1.3 Guru-guru juga mengambil maklum tentang senarai guru kelas dan guru penolong bagi setiap aliran.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 3 4.1.4 Terdapat ralat pada muka surat 45 di bahagian senarai nama guru kelas iaitu guru kelas 5 Bidara yang dilantik ialah Cik Saraswathy manakala guru kelas 5 Cengal ialah Puan Nor Azfariza. 4.1.5 Guru kelas 5 Dedali pula ialah Ustazah Syafiqah manakala guru penolong kelas 5 Bidara ialah Ustazah Wan Hazwani. 4.1.6 Guru-guru merujuk Buku Pengurusan bahagian Pengurusan Pentadbiran pada muka surat 63 hingga 68 untuk agihan tugas jawatankuasa yang terlibat. Makluman 4.2 Waktu Rehat Sesi Pagi dan Petang 4.2.1 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa waktu rehat muridmurid bagi sesi pagi dan petang adalah seperti berikut : Makluman 4.3 SKPM Kualiti@Sekolah 4.3.1 Puan Adilah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Pelaksana Standard (PPS) yang telah mengisi dan membuat skor kendiri untuk standard 3.1. 4.3.2 Pada muka surat 60, terdapat tambahan bagi ahli jawatankuasa SKPM Kualiti@ Sekolah atau SK@s iaitu semua Ketua Panitia, Ketua Unit HEM dan Ketua Unit Kokurikulum.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 4 4.3.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa status pengisian SKPM Kualiti@Sekolah bagi elemen Kekuatan Kami dan Pengurusan Kami telah selesai manakala elemen Pencapaian Kami masih belum selesai untuk diteruskan ke Penetapan Taraf. Makluman 4.4 Jadual Pencerapan Pdpc dan Penyemakan Buku Latihan Murid 4.4.1 Pencerapan akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pencerapan kendiri, pencerapan fasa 1 dan pencerapan fasa 2. Guru-guru boleh merujuk jadual pencerapan di buku pengurusan muka surat 76 hingga 79. 4.4.2 Semasa pencerapan, guru-guru hendaklah membawa Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan cetakan e-RPH pada hari tersebut. 4.4.3 Guru-guru diminta meneliti instrumen pencerapan Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah sebelum pencerapan. Makluman 4.5 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 4.5.1 Nama guru-guru dan penilai yang akan menilai PBPPP boleh dirujuk dalam buku pengurusan pada muka surat 72 hingga 75. Guru-guru perlu memastikan nama penilai yang betul agar tidak berlaku kesilapan semasa penghantaran dokumen keberhasilan. Makluman 4.6 Jawatankuasa Kurikulum 4.6.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengumumkan nama-nama Ketua Panitia, Setiausaha Panitia dan guru-guru yang terlibat dalam Jawatankuasa Kurikulum bagi sesi 2024. 4.6.2 Pada muka surat 83 buku pengurusan sekolah, Ketua Panitia yang baru dilantik ialah Puan Nor Zalina bagi menggantikan Puan Sanisah yang telah berpindah ke sekolah baharu.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 5 4.6.3 Pada muka surat 84 buku pengurusan sekolah, guru kelas 5 Bidara ditukar kepada Cik Saraswathy manakala guru kelas 5 Cengal ialah Puan Nor Azfariza. 4.6.4 Merujuk muka surat 86 buku pengurusan sekolah, ralat pada item 4.3.3 iaitu jawatankuasa kurikulum bertindak membuat penilaian semula perancangan panitia sebanyak dua kali setahun. 4.6.5 Ralat pada muka surat 87 item 5.1.a iaitu pengurusan panitia-panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2023 (Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia). Makluman 4.7 Pentaksiran Bilik Darjah 4.7.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan agar guru-guru melaksanakan pentaksiran secara berterusan sepanjang tahun kepada semua murid tahap 1 dan 2 sama ada dalam bentuk formatif mahupun sumatif. 4.7.2 Pentaksiran merangkumi Ujian Penilaian Pertengahan Tahun yang dijangka dilaksanakan pada minggu ke 16 dan Ujian Akhir Sesi Akademik yang dijangka pada minggu ke 38 persekolahan. 4.7.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa tiada ujian pentaksiran bagi murid tahap 1, namun guru-guru boleh membuat pentaksiran pada bila-bila masa mengikut persetujuan ahli panitia masing-masing. 4.7.4 Ujian SEGAK di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan dijangka akan dijalankan pada bulan Jun dan Ogos 2024. Makluman
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 6 4.8 Penjaminan Kualiti (4P) 4.8.1 Semua guru wajib menjalankan penjaminan kualiti (4P) untuk menentukan kualiti PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Guru-guru perlu melengkapkan senarai semak penjaminan kualiti yang diberi iaitu lampiran C untuk semua guru mata pelajaran, lampiran B untuk Ketua Panitia dan lampiran A untuk semua Penolong Kanan. 4.8.2 Rekod Perkembangan Murid (RPM) hendaklah diisi oleh semua guru. Pemantauan akan dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun sebelum data murid dimasukkan ke dalam idMe. Tindakan : Semua guru 4.9 Jadual Waktu 4.9.1 Agihan jadual waktu guru adalah sama rata dan mengutamakan keperluan murid dan sekolah berbanding kepentingan peribadi. 4.9.2 Guru-guru akan mengajar opsyen utama dan boleh mengajar semua tahap dan tahun. 4.9.3 Penguatkuasaan jadual akan bermula pada minggu kedua dan sebarang perubahan mungkin akan berlaku bergantung kepada jumlah guru yang ada. 4.9.4 Jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian perlulah mendapat pengesahan guru besar terlebih dahulu Makluman 4.9.5 Jadual waktu perlu dipamerkan dan mudah untuk dilihat terutama jadual waktu kelas. Tindakan : Semua guru kelas
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 7 4.10 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 4.10.1 Guru-guru akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara atas talian menggunakan sistem e-PREMA seperti mana tahun sebelumnya. Semua guru diingatkan agar menghantar RPH pada setiap minggu kepada pentadbir yang telah ditetapkan. Makluman 4.10.2 Guru-guru perlu menandatangani surat aku janji, surat pekeliling SPI Bil 3/1999 (Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran), SPI Bil 1/2024 (Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, SPI Bil 3/1981 (Penggunaan Waktu Tidak Mengajar) dan SPI Bil 8/2016 (Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan 2017). Selain itu, guruguru perlu menyediakan maklumat diri guru, jadual waktu mengajar individu dan jadual waktu kelas. 4.10.3 Kesemua dokumen perlu dihantar untuk disemak dan disahkan oleh guru besar bermula 11 Mac 2024 hingga 1 April 2024. Tindakan: Semua guru 4.11 Buku Kerja / Lembaran 4.11.1 Penggunaan buku kerja kerja mestilah praktikal. Buku kerja adalah pilihan dan tidak diwajibkan bagi semua panitia. Buku kerja yang dijual adalah mengikut senarai yang dicadangkan oleh panitia. Murid-murid tahap 1 hanya perlu membeli buku kerja Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa Arab. Bagi subjek teras akan menggunakan Modul PBD yang disediakan oleh Majlis Guru Besar dan Buku Latihan Aktiviti (BLA) yang dibekalkan oleh KPM. 4.11.2 Guru-guru seharusnya mengelakkan isu buku kerja yang diguna tidak disemak atau tidak digunakan langsung. Sebaliknya, guru-guru perlulah membimbing dan menyemaknya sebagai kerja latihan tambahan.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 8 4.11.3 Guru-guru hanya boleh menggunakan pen merah sahaja untuk menyemak kerja murid. Penggunaan simbol seperti (?) dan (x) bersaiz besar harus dielakkan dan digantikan dengan lambang atau kredit peneguhan kepada hasil kerja murid. 4.11.4 Penggunaan lembaran kerja bercetak yang memerlukan khidmat fotostat atau riso haruslah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir terlebih dahulu. Makluman 4.12 Penggunaan Bilik-bilik Khas 4.12.1 Guru-guru boleh merujuk Buku Pengurusan muka surat 93 bagi senarai penyelaras bilik-bilik khas. 4.12.2 Bilik-bilik khas haruslah diurus dengan terancang dan teratur sesuai dengan kefungsian bilik tersebut. Penggunaan bilik khas perlu mengikut prosedur yang ditetapkan. 4.12.3 Lawatan dan pemantauan nazir adalah mengikut kekerapan penggunaan dan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) di bilik-bilik khas. Makluman 4.12.4 Penyelaras bilik-bilik khas perlu menyediakan carta organisasi, prosedur penggunaan, menyusun alatan, membersih dan menceriakan bilik khas termasuklah bilik BOSS, Bilik Kesihatan, Bilik HIP, Pusat Akses, Makmal Komputer dan Bilik Baitul Hikmah. 4.12.5 Semua penyelaras bilik khas mestilah menyediakan buku Rekod Penggunaan yang perlu diisi oleh setiap guru yang menggunakan bilik atau alatan. Tindakan: Semua penyelaras bilik khas
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 9 4.13 Pelaksanaan Waktu PdPc 4.13.1 Guru-guru perlu menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSR (semakan 2017) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.13.2 Waktu PdPc bagi semua mata pelajaran adalah mengikut jam setahun. Jumlah minggu yang ditetapkan ialah 42 minggu setahun. 4.13.3 Minggu akademik bagi murid Tahap 1 ialah 41 minggu setelah ditolak minggu Hari Raya Aidilfitri manakala Tahap 2 pula ialah 40 minggu yang mengambil kira dua minggu lagi sebagai minggu cuti Hari Raya Aidil Fitri dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Makluman 4.13.3 Guru-guru Tahap 2 yang menggubal Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hendaklah menyediakan RPT dengan menyusun silibus yang perlu dihabiskan sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik serta berbincang bersama dengan ahli-ahli panitia. Tindakan: Guru penggubal RPT 4.14 Dual Language Programme (DLP) 4.14.1 Sekolah mempunyai 12 buah kelas DLP seperti berikut : 1. 1 Ara 2. 1 Bidara 3. 2 Ara 4. 2 Bidara 5. 3 Ara 6. 3 Bidara 7. 4 Ara 8. 4 Bidara 9. 5 Ara 10. 5 Bidara 11. 6 Ara 12. 6 Bidara
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 10 4.14.2 Pentaksiran sekolah atau bilik darjah bagi mata pelajaran yang terlibat perlu disediakan dan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris atau dwibahasa. Penilaian bagi mata pelajaran Sains dan Matematik bagi kelas yang melaksanakan DLP harus disediakan dan dilaksanakan dalam dwibahasa. Jawapan murid mestilah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Murid yang mengikuti DLP dinilai dalam Bahasa Inggeris. 4.14.3 Pelaksanaan kelas DLP seharusnya mempunyai sumber yang mencukupi termasuklah guru, murid dan buku teks serta mengambil kira kesediaan guru yang akan mengajar kelas tersebut. Murid yang layak mengikuti kelas DLP pula perlulah menguasai Bahasa Melayu pada tahap TP4 (70%). 4.14.4 Dua kelas DLP dibuka untuk 80 orang murid. Penilaian pemilihan murid bagi kelas DLP dilakukan semasa Minggu Transisi Tahun 1 dalam bentuk lisan dan penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Proses ini bermula dengan permohonan daripada ibu bapa dan akan berterusan hingga ke tahun 6. 4.14.5 Penolong Kanan Pentadbiran menegaskan bahawa tiada sebarang rayuan bagi mengikuti kelas DLP seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun 2023. Makluman 4.15 Pemulihan Khas 4.15.1 Puan Aiza, Penyelaras Pemulihan melaporkan bilangan murid pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ialah 15 orang murid tahun 2 dan 9 orang murid tahun 3. Bilangan murid pemulihan bagi mata pelajaran Matematik pula ialah 10 orang murid tahun 2 dan 5 orang murid tahun 3.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 11 4.15.2 Program Bantu Baca di rumah akan dijalankan untuk membantu muridmurid menguasai kemahiran asas membaca. Murid-murid akan dibekalkan bahan bacaan. Guru akan membimbing murid membaca bahan bacaan tersebut di sekolah terlebih dahulu. Seterusnya, ibu bapa atau penjaga akan meneruskan pembacaan di rumah. Makluman 4.16 Penetapan Lima Hari LADAP dan 42 Mata CPD/PPB 4.16.1 Semua guru boleh membuat sinopsis lima buah buku untuk mendapatkan jumlah lima hari berkursus dan 20 mata cpd. 4.16.2 Ketua Panitia yang menjalankan PLC diminta memasukkan maklumat dalam SPLKPM berserta kad pengenalan ahli. Satu PLC memberi nilai 5 mata kredit, maksimum mata kredit ialah 20 mata bersamaan empat kali PLC. 4.16.3 Aktiviti-aktiviti lain yang boleh diikuti untuk mencapai lima hari kursus dan 42 mata CPD adalah e-pembelajaran atau webinar, inovasi, penyelidikan, bengkel, kursus dan lain-lain lagi. Makluman 4.17 Kajian Tindakan, Kursus dan Taklimat 4.17.1 Semua guru diwajibkan untuk membuat kajian tindakan. 4.17.2 Puan Adilah mengucapkan tahniah kepada Cik Saraswathy yang telah berjaya menerbitkan jurnal Sains tahun 5. 4.17.3 Guru-guru yang menghadiri kursus, taklimat, bengkel atau mesyuarat hendaklah menyediakan minit curai dan menyerahkan kepada pentadbir mengikut unit. Selain itu, guru juga perlu menyimpan satu salinan minit curai untuk unit masing-masing. Makluman
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 12 4.18 Analisis dan Pelaporan Pencerapan PdPC Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah 4.18.1 Sesi pencerapan telah dijalankan pada bulan Mei hingga November 2023. Pasukan pencerap adalah terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang. 4.18.2 Sebanyak 348 sesi pencerapan dijalankan bagi sesi persekolahan 2023/2024. Pencerapan melibatkan 116 guru untuk 13 mata pelajaran. 4.18.3 Peratus pencerapan 2 meningkat sebanyak 1.67 % seperti di bawah.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 13 4.18.4 Berdasarkan analisis Standard 4 mengikut aspek dan fasa, aspek terbaik untuk pencerapan fasa 1 ialah 4.2.1 iaitu guru sebagai pengawal. Aspek 4.6.1 pula merupakan aspek terendah di mana purata skornya ialah 87.56 bagi pencerapan 1 dan 90.33 bagi pencerapan 2. Perbincangan dalam panitia perlu dijalankan bagi melaksanakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan peratus murid sebagai pembelajar aktif. Makluman 4.19 Analisis dan Pelaporan PBD Berterusan dan UASA 4.19.1 Analisa pentaksiran berterusan bagi setiap mata pelajaran boleh dirujuk pada Lampiran. 4.19.2 Berdasarkan analisis yang dibuat, semua ahli panitia perlu berbincang tentang program yang program intervensi untuk murid-murid tahap 1 dan 2. 4.19.3 Ahli-ahli panitia juga hendaklah mengadakan PLC atau bengkel bagi menentukan kaedah penskoran PBD serta melaksanakan penjaminan kualiti dengan berkesan. 4.19.4 Justifikasi murid pemulihan iaitu murid yang mendapat TP1 dan TP2 perlu diminitkan dan dimasukkan dalam laporan analisa PBD. Tindakan: Semua panitia 4.19.5 Berdasarkan perbandingan antara PBD Berterusan dan UASA bagi semua mata pelajaran, ketua panitia hendaklah berbincang untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan. Panitia boleh menjalankan PLC atau bengkel kaedah memberi skor kepada murid dan kaedah memberi TP dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM).
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 14 Tindakan : Ketua Panitia 5. Pembentangan kertas-kertas kerja Tiada kertas kerja yang dibentangkan. 6. Hal-hal lain 6.1 Buku MMI (Melindungi Masa Instruksional) Guru yang mengikuti sebarang kursus, bengkel, aktiviti kokurikulum, ko akademik atau mempunyai temu janji doktor hendaklah menulis keberadaan mereka dalam buku MMI dan menyediakan bahan untuk kelas yang direlif seperti yang termaktub dalam item 3.11 SKPM Kualiti@Sekolah. 6.2 Minggu Pertama Persekolahan Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama persekolahan sesi 2024/2025. Guru perlu menambah dalam e-Prema di bahagian Tambah - Rph Cuti dan Lain-lain dengan menyatakan program seperti yang dijadualkan dalam perancangan minggu pertama. 6.3 Sinopsis Buku PBD Semua guru wajib menyediakan sinopsis Buku Panduan Pelaksanaan PBD Edisi ke 2 2019 yang telah dibekalkan bersama dengan Buku Pengurusan Sekolah. Guru-guru harus merekodkan sinopsis buku tersebut dalam SPLKPM selaras dengan arahan daripada pegawai PPD unit PBD iaitu Puan Kashnani.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 15 6.4 Penulisan Kriteria Kejayaan Semua guru mata pelajaran perlu menulis Kriteria Kejayaan pada papan putih sebelum PdPc Makluman 7. Penutup 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua ahli dalam bidang kurikulum. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari. Disediakan oleh: URUS SETIA Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2024 Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam 6 Mac 2024 Disemak dan disahkan oleh: (ADILAH BINTI ABU YAZID) Penolong Kanan Pentadbiran b.p. Guru Besar SK Bukit Jelutong, Shah Alam Tarikh:
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 16 LAMPIRAN ANALISA PENTAKSIRAN BERTERUSAN (AKHIR SESI AKADEMIK)
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 17
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 18
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 19
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 20 ANALISA UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 21
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/2024 22