The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azulena Hidayah, 2021-10-24 22:20:04

mesin

mesin

Keywords: mesin ringkas,mesin tahun5,sains tahun5

Teknologi

Mesin

bersama Cikgu Noor Hidayah

Standard pembelajaran:

10.1.1 Menyatakan kegunaan suatu alat yang terdapat di

persekitaran murid.

10.1.2 Menerangkan kombinasi fungsi mesin ringkas pada

suatu alat yang membolehkan alat tersebut berfungsi melalui

pemerhatian alat sebenar.

Objektif pembelajaran:

• Mengenal pasti mesin ringkas dalam suatu alat.(TP1)
• Memerihalkan kegunaan suatu alat dalam kehidupan harian(TP2)
• Menjelas dengan contoh kombinasi fungsi mesin ringkas pada suatu alat

untuk memastikan alat itu berfungsi dengan sempurna (TP4)

MESIN RINGKAS

Mesin ringkas adalah alat yang membantu kita melakukan kerja
dengan lebih mudah dan cepat.
Terdapat 7 jenis mesin ringkas. Iaitu:

Baji Tuas Takal
Roda dan gandar Satah condong Gear
Skru

TUAS

Tuas digunakan untuk mengangkat,
mengumpil atau mengalihkan beban.

Terdiri dari tiga bahagian iaitu beban,
daya dan fulkrum

Tuas banyak digunakan dalam
kehidupan seharian kita sebagai contoh;
menyapu, menggunting, menyenduk
dan menyapu habuk

SATAH CONDONG

Satah condong digunakan untuk
menaikkan beban ke aras yang berbeza.

satah condong adalah satu
permukaan yang disendengkan
dengan kedua-dua hujungnya
diletakkan pada ketinggian yang
berbeza.
Contoh penggunaan satah condong
adalah seperti di dalam gambar yang
ditunjukkan.

SKRU

Skru digunakan untuk mencantumkan atau
mengetatkan objek.

Terdiri daripada satu bahagian yang
mempunyai satah condong berlingkar yang
dinamakan bebenang.
Skru juga banyak digunakan dalam kehidupan
seharian kita seperti mengetatkan tutup botol,
mentol lampu dan pelbagai alatan lain yang
menggunakan skru.

RODA & GANDAR

roda dan gandar mempunyai roda yang
dipasang kepada sebatang rod yang
dinamakan gandar.
roda dan gandar digunakan untuk
menggerakkan atau memutarkan sesuatu objek

contoh mesin ringkas roda dan gandar adalah,
tombol pintu, kepala paip dan pengayuh
basikal.

GEAR

Gear adalah alat yang terdiri daripada bahagian
roda yang bergerigi atau silinder bergerigi.

gear digunakan untuk menukar arah
pergerakan atau kelajuan objek

contoh gear yang digunakan dalam kehidupan
kita adalah pada basikal, jam tangan, mesin
pengisar dan kereta mainan.

TAKAL

Takal digunakan untuk mengangkat,
menurunkan atau menarik beban.

Terdiri daripada sebuah roda yang beralur yang
boleh bergerak bebas. apabila seutas tali atau
rantai dilalukan pada alur tersebut, maka beban
boleh digerakkan.

contoh penggunaan takal dalam kehidupan
seharian adalah menaikkan bendera, bidai dan
mengangkut makanan ke kelas.

BAJI

Baji adalah mesin ringkas yang mempunyai
satu atau dua satah condong yang tajam
hujungnya.
baji digunakan untuk memisah, memotong atau
menggerakkan, memegang dan
memberhentikan objek
Contoh kegunaan baji dalam kehidupan
seharian kita ialah pisau, pemutar skru, pahat
dan penyendal pintu.

Perhatikan gambar
di sebelah..

Bagaimanakah mesin
menjadikan hidup kita lebih

mudah dan selesa?

Penggelek habuk

Penggelek habuk menggunakan
mesin ringkas:
_____________________________________
Ia berfungsi untuk :
_____________________________________
_____________________________________
Cara berfungsi:
_____________________________________
_____________________________________



Aktiviti Kendiri

lengkapkan latihan yang diberikan di aplikasi
classkick.

https://app.classkick.com/#/login/PPCWDP

Kenal pasti Mesin ringkas yang
terdapat pada alat di bawah

pengokot Pemotong ranting Kereta sorong

Kenal pasti Mesin ringkas yang terdapat pada alat di bawah kemudian
nyatakan kegunaan mesin ringkas tersebut.

1. Baji digunakan untuk menyangkut umpan pada mata
kail. Baji tersebut juga akan tersangkat pada mulut ikan
yang makan umpan tersebut.

2. -

3.

Baji

Batang pancing

Terima Kasih

Kerana kamu hadir ke kelas


Click to View FlipBook Version