The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azulena Hidayah, 2021-10-24 22:04:24

haiwan

haiwan

Keywords: organ pernafasan haiwan,vertebrata dan invertebrata,sains tahun 4

Sains Hayat

Haiwan

bersama Cikgu Noor Hidayah

Standard pembelajaran:

3.1.1 Mengenal pasti organ pernafasan haiwan.
3.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan organ pernafasan.
3.1.3 Mengitlak terdapat haiwan yang mempunyai lebih
daripada satu organ pernafasan.

• Objektif pembelajaran:

Mengelas haiwan vertebrata mengikut ciri khusus. (TP4)
Merumuskan bahawa terdapat haiwan yang mempunyai
lebih daripada satu organ pernafasan. (TP5)

perhatikan gambar di bawah

Tahukah kamu haiwan-
haiwan di muka Bumi ini

mempunyai organ
pernafasan yang berbeza?

• Haiwan-haiwan mempunyai organ yang berbeza untuk

bernafas.
• Organ pernafasan haiwan dikelaskan kepada empat.
• Biasanya organ pernafasan adalah mengikut habitat haiwan

tersebut, sama ada hidup di darat atau di dalam air.

Peparu

• Kebanyakan haiwan yang hidup di darat bernafas dengan
menggunakan peparu.

• Contohnya; kucing, ayam, burung, tikus dan tupai.
• Tetapi ada haiwan yang hidup di dalam air juga

menggunakan peparu.
• Contohnya; paus, ikan lumba-lumba, buaya serta penyu.

Spirakel

• Spirakel digunakan oleh serangga untuk bernafas.
• Spirakel terletak di bahagian abdomen seranggan

(dibahagian badan).
• Contohnya; labah-labah, belalang, beluncas dan rama-rama

Insang

• Insang digunakan haiwan yang hidup dan bernafas di dalam
air.

• Insang mengambil oksigen di dalam air untuk masuk ke
dalam badan haiwan tersebut.

• Apabila haiwan seperti ikan dikeluarkan daripada air,
insang tidak boleh mengambil oksigen dari udara. Ini
menyebabkan ikan tersebut mati akibat ketiadaan oksigen.

• Contohnya; ikan, ketam, udang dan sotong.

Kulit lembap

• Kulit lembap digunakan haiwan yang hidup di kawasan
berair dan lembap (basah).

• Badan haiwan tersebut perlu sentiasa dalam keadaan
lembap.

• Ini kerana oksigen akan meresap masuk kedalam badan
haiwan tersebut melalui kulit yang lembap. Jika badan
haiwan tersebut kering, oksigen tidak dapat meresap
masuk ke dalam badan, lalu haiwan tersebut mati.

• Contohnya; cacing, lintah, pacat, siput kebun.

Peparu & Kulit lembap

• Terdapat haiwan yang mempunyai dua organ pernafasan
iaitu peparu dan kulit lembap.

• Haiwan tersebut adalah haiwan yang boleh hidup di darat
dan di dalam air.

• Peparu digunakan untuk bernafas apabila ia berada di
darat. Manakala kulit lembap digunakan untuk bernafas di
dalam air.

• Contohnya; katak, salamander dan sisilia

Sisilia Katak Salamender

Jom, tonton video

https://www.youtube.com/watch?v=SCW9B5W7oEk
https://www.youtube.com/watch?v=r-IvReyJAiM

Perhatikan gambar di bawah

Tahukah kamu haiwan-
haiwan di muka Bumi ini ada
yang bertulang belakang dan

ada yang tidak bertulang
belakang?



Jom Fikir..

Apakah organ Adakah memerang
pernafasan bagi haiwan vertebrata atau

memerang? invertebrata?

Aktiviti bersama

Jom jawab soalan kuiz berdasarkan buku bitara
muka surat 11-14

Pilih kad yang kamu inginkan.

Aktiviti Individu

Jom jawab soalan kuiz

https://gamilab.com/play/7ac3d33b-2b1f-4037-b660-
b06e7a0868d3



Terima Kasih
kerana hadir ke kelas


Click to View FlipBook Version