The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahmin88, 2023-05-08 02:02:29

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 2023/2024

Untuk rujukan ahli PIBG SK Taman Seri Gombak 2

Keywords: #pibg #seteguh

1


2 1 Notis Mesyuarat Agung PIBG 3 2 Kata Aluan Penasihat PIBG 5 3 Kata Penghargaan Yang Dipertua PIBG 6 4 Aturcara Majlis 7 5 Agenda Mesyuarat Agung PIBG 8 6 Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023 10 7 Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 Carta Organisasi PIBG Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Laporan Aktiviti PIBG 25 8 Laporan Penyata Kewangan Berakhir Pada 31.12.2022 33 9 Usul 2023/2024 Usul Sekolah Cadangan Kutipan Sumbangan Sekolah Usul Jawatankuasa PIBG Senarai Projek Dan Program 2023/2024 Usul Ibu Bapa / Penjaga 41 10 Cadangan Ibu Bapa & Penjaga 2023/2024 49 11 Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 64 12 Catatan 65 13 Penghargaan 66


3 Ruj. Kami : SKTSG2.100-13/1/4 JLD 2 ( ) Tarikh : 29 Mac 2022 Kepada: Ibu bapa/Penjaga, SK Taman Seri Gombak 2 Melalui : Guru Besar, SK Taman Seri Gombak 2 JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-20 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19. Tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat ini seperti ketetapan berikut : Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Lembayung SETEGUH 3. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan kehadiran dan usul untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas anak tuan/ puan selewat-lewatnya 10 April 2023 (Isnin). 4. Adalah diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/ puan hadir di dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk untuk membantu meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah amat digalakkan. Tuan/puan dianggap bersetuju dengan semua keputusan mesyuarat sekiranya tuan/puan tidak menghadiri mesyuarat ini. 5. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………………………. (ZAKARIA BIN ABDUL KARIM) Yang Dipertua PIBG SK Taman Seri Gombak 2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI GOMBAK 2 BBA 7235 (No. Pendaftaran PIBG : SEL : 1012) TEL : 03-61858566 FAX : 03-61872544


4 BORANG MAKLUM BALAS Dengan ini saya …………………………………………………………. Ibu / Bapa / Penjaga kepada …………………………………………………...................................….. dari kelas …..........………………………… * BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-20 yang akan diadakan pada 13 Mei 2023 secara dalam talian. ** potong yang tidak berkenaan Tuliskan usul tuan/puan di dalam kotak mengikut biro yang berkaitan: ISU USUL Pendidikan Keselamatan Kokurikulum Pembangunan Sumbangan dan tajaan Publisiti dan komunikasi


5 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, maka sekali lagi warga SK Taman Seri Gombak 2 dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan puan untuk sama-sama hadir melapangkan masa bagi tujuan menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua Jawatankuasa PIBG yang banyak membantu pihak sekolah. Kerjasama seperti ini sesungguhnya membantu aktiviti sekolah secara tidak langsung serta memperlihatkan PIBG di sekolah ini aktif dan berfungsi. Moto SK Taman Seri Gombak 2 yang berbunyi “Berdisiplin, Berilmu dan Bertaqwa” adalah satu hasrat untuk kita bersama menggembleng tenaga bagi mencapai kejayaan khasnya untuk murid-murid. Kejayaan demi kejayaan telah kita kecapi namun, tanpa usaha dan kerjasama dari semua pihak, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai. Harapan saya semoga usaha murni dari kita semua dapat diteruskan demi kemajuan sekolah ini. Untuk makluman semua, pada sesi 2022/2023, SETEGUH telah dimasukkan ke dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 7 dan pada sesi 2023/2024 pula SETEGUH terlibat dalam Program Literasi dan Numerasi Tahap 1 (PLAN). Hal ini memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak bagi menjayakan program ini. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDP PIBG, AJK PIBG, guru -guru, ibu bapa/penjaga, murid-murid serta warga kerja SK Taman Seri Gombak 2 di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 ini. Saya berdoa semoga SK Taman Seri Gombak 2 ini menjadi sekolah yang dapat melahirkan modal insan cemerlang sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan kita. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ........................................ (HAZIMAH BINTI HASSAN) Penasihat PIBG, SK Taman Seri Gombak 2


6 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini. Saya berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru banyak membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik secara berkala untuk anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana bagi membantu sekolah ini. Selain itu, ke arah menjayakan program sekolah, kita sebagai ibu bapa amat berperanan mendidik serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri yang baik dapat diterapkan. Dengan ini akan membantu pihak sekolah mengukuhkan keperibadian anak-anak sewaktu di sekolah. Saya percaya dan yakin bahawa disiplin diri amat penting di samping pengukuhan bidang agama untuk anak-anak meraih kejayaan. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ............................................... (ZAKARIA BIN ABDUL KARIM) Yang Dipertua PIBG, SK Taman Seri Gombak 2


7 Masa Aturcara 8.00 pagi Pendaftaran ibu bapa dan guru Sarapan 8.30 pagi Ceramah Keibubapaan : “Cabaran Ibu bapa Mendidik Anak-Anak Masa Kini” Dr. Mohd Erfino bin Johari 9.15 pagi Ketibaan Perasmi : Encik Ramzi bin Mansor Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia 9.30 pagi Bacaan Doa : Ustaz Mohd Hairizan bin Che Lah Ucapan Guru Besar : Puan Hazimah binti Hassan Ucapan Yang Dipertua PIBG : Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim Ucapan Perasmian : Encik Ramzi bin Mansor Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia 10.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG Ke-20 dimulakan 12.00 tengah hari Majlis bersurai


8 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG SK Taman Seri Gombak 2 2. Ucapan Penasihat PIBG SK Taman Seri Gombak 2 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 5. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Yang Berakhir Pada 31.12.2022 6. Pembentangan dan perbincangan usul 7. Hal-hal lain 8. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 9. Pelantikan Pengerusi Sementara 10. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 11. Ucapan Penangguhan


9


10 Tarikh : 23 April 2022 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Medium : Portal PIBG SETEGUH : http://seteguh.mypibg.com.my/index.php?Er=ES Youtube Live : https://www.youtube.com/watch?v=RiqqsIMbEm4 Kehadiran : 460 ahli 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 1.1 Cik Anisah binti Haizald mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua PIBG, para pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa/penjaga dan para guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19 Sesi 2022/2023. 2.0 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG 2.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat yang diadakan secara dalam talian. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat ini. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang telah banyak membantu menjayakan program yang telah dirancang pada tahun 2021. 2.3 Beliau menyatakan bahawa PIBG merupakan platform terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea, menyumbang tenaga, membantu membina dan menaik taraf prasarana sekolah. 2.4 Beliau menyebut visi dan misi PIBG adalah seiring dengan pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid yang berilmu, berketrampilan dan seimbang dengan berpandukan moto sekolah “berilmu, berdisiplin dan bertaqwa”. 2.5 Beliau menyeru agar ibu bapa terus membantu, menyokong dan melakukan pembayaran sumbangan PIBG kerana duit sumbangan ini penting untuk menjayakan semua aktiviti sekolah melibatkan murid serta penyelenggaraan kemudahan sekolah.


11 3.0 Ucapan Aluan Guru Besar 3.1 Puan Norma binti Shukor mengalu-alukan kehadiran barisan jawatankuasa PIBG, guru-guru serta ibu bapa ke mesyuarat yang dilaksanakan secara lansung di dalam talian menggunakan Portal PIBG yang baru. 3.2 Beliau menyebut walaupun terdapat kekangan penglibatan murid di dalam aktiviti luar di waktu pendemik ini, namun sekolah tetap aktif dalam menyertai pertandingan ko-akademik dan berjaya meraih kemenangan di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Beliau menyatakan segala kejayaan ini adalah kerana komitmen yang jitu diberikan oleh guru dan ibu bapa. 3.3 Beliau sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh AJK PIBG yang banyak membantu sekolah terutamanya dari aspek pembangunan dan penyelenggaraan. 3.4 Beliau memaklumkan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda, data penguasaan murid dalam pelajaran telah menurun. Keputusan menunjukkan tahap penguasaan murid pada TP1 dan TP2 amat membimbangkan. Justeru untuk menangani perkara ini, inisiatif Catch Up Plan (CUP) telah dilaksanakan terutama untuk murid menguasai kemahiran asas kurikulum. 3.5 Beliau memaklumkan berkenaan dengan kehadiran murid yang lemah dan menyukarkan guru untuk membantu murid dalam pelajaran. Beliau berharap ibu bapa lebih cakna dengan kehadiran murid. 3.6 Beliau memaklumkan berkaitan dengan isu beg berat, sekolah telah mengambil inisiatif mengurangkan jumlah subjek dalam sehari. Jadual yang disediakan kepada murid tahap satu maksimum empat subjek sehari, manakala murid tahap dua maksimum enam subjek sehari. Selain lokar yang disediakan oleh PIBG, pihak sekolah juga menyediakan jadual berfokus setiap kelas dan pemakluman jenis buku yang perlu dibawa mengikut subjek setiap hari. 3.7 Beliau berharap agar ibu bapa lebih peka berkenaan dengan perkembangan anak-anak terutamanya berkenaan dengan disiplin supaya program yang dirancang sekolah seperti TANZIF yang merupakan kebitaraan sekolah dapat dicapai. TANZIF bukan sahaja memberi fokus kepada disiplin murid bahkan membentuk sahsiah mulia dalam kalangan murid. 3.8 Beliau berharap agar jawatankuasa baru yang akan dilantik dapat meneruskan kesinambungan legasi kecemerlangan PIBG sekolah, membantu pihak sekolah dari pelbagai aspek yang diperlukan, khususnya menjadikan SETEGUH sebagai sebuah institusi pendidikan yang disegani bukan sahaja di dalam daerah Gombak malah lebih dari itu. 3.9 Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang hadir pada pagi ini dan berharap agar mesyuarat ini berjalan lancar.


12 4.0 Agenda Mesyuarat Agung PIBG 4.1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG 4.1.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat. Ini menggambarkan kesungguhan dan komitmen ahli untuk mentransformasikan anak-anak demi kecemerlangan pada masa akan datang. 4.2 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 4.2.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim memohon ahli membuat semakan minit mesyuarat di dalam buku program iaitu pada halaman 10 hingga 23 dan sebarang pindaan sila maklumkan. 4.2.2 Beliau membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 dan memohon minit ini diterima dan disahkan. 4.2.3 Cadangan pengesahan oleh : Puan Azliawatie binti Abdul Rashid Disokong oleh : Puan Nor Nazilah binti Mohd Sellah 4.3 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG 2021/2022 4.3.1 Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2021/2022 pada halaman 24 di dalam buku program. 4.3.2 Beliau memperkenalkan jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 : Penasihat : Puan Norma binti Shukor Yang Dipertua : Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim Naib Yang Dipertua : Encik Suradi bin Abdul Rahman Setiausaha : Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli Bendahari : Puan Siti Zarinah binti Long AJK Ibu Bapa : Puan Siti Nurbahiyah binti Mahazir Puan Pramjit Kaur Sharain Puan Nurul Shahida binti Abdul Khadir Encik Mohd Adli Sham bin Adit Encik Shaiful Bahri bin Ridwan Encik Mohd Nor ‘Aid bin Jemangin@Jemain AJK Guru : Encik Mohd Hairizan bin Che Lah Encik Mohd Shaher bin Aziz Encik Mohamed Alzubir bin Abdul Rahim Puan Nora binti Yusoff Cik Noormazni binti Ahmad Termizi Juru Audit Dalaman : Puan Azliawatie binti Abdul Rashid (wakil ibu bapa) : Puan Rajeswari a/p Govindaraj (wakil guru)


13 4.3.3 Beliau memaklumkan mesyuarat AJK PIBG 2021/2022 telah dilaksanakan sebanyak 4 kali : Bil. Tarikh Aktiviti 1 19/6/2021 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 2 28/1/2021 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 2 3 26/3/2021 Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 4 16/4/2021 Mesyuarat AJK PIBG Bil.4


14 4.3.4 Beliau memaklumkan kehadiran AJK PIBG 2021/2022 di dalam mesyuarat adalah seperti berikut: **Petunjuk : i) * / + : Hadir ii) * O + : Tidak Hadir Bil Nama AJK Tarikh Mesyuarat 19/6/ 21 28/1/ 22 26/3/ 22 16/4/ 22 JUMLAH 1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim / O / / 3 2 Encik Suradi bin Abdul Rahman / / / / 4 3 Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli / / / / 4 4 Puan Siti Zarinah binti Long / / / / 4 5 Puan Nurul Shahida binti Abdul Khadir / / / / 4 6 Encik Nor ‘Aid Bin Jemangin@ Jemain / / O O 2 7 Encik Muhammad Adli Sham bin Adit / / / / 4 8 Encik Shaiful Bahri bin Ridwan / / / / 4 9 Puan Siti Nurbahiyah binti Mahazir / / / / 4 10 Puan Pramjit Kaur Sharain / / / / 4 11 Encik Mohamed Alzubir bin Abdul Rahim / / / / 4 12 Encik Mohd Hairizan bin Che Lah / / / / 4 13 Encik Mohd Shaher bin Aziz / / / / 4 14 Puan Nora binti Yusuf / / / / 4 15 Cik Noormazni binti Ahmad Termizi / / / / 4


15 4.3.5 Beliau membentangkan laporan aktiviti pembangunan sekolah : Bil. Tarikh Aktiviti Pembangunan Sekolah 1 Januari 2021 Projek pentas Lembayung SETEGUH 2 Januari 2021 Projek backdrop Lembayung SETEGUH 3 Februari 2021 Penukaran injap bola tangki sekolah 4 April 2021 Pemasangan speaker dan peralatan siaraya blok B dan Blok C 5 April 2021 Penyediaan Mesh WIFI Extender 6 April 2021 Pembaikian paip rosak 7 April 2021 Pembaikian sistem tangki di bilik pam 8 Disember 2021 Pemasangan banner Lembayung SETEGUH 9 Disember 2021 Pemasangan penutup longkang konkrit 10 Disember 2021 Keceriaan dan naik taraf Makmal Sains dan Bilik Persediaan 11 Disember 2021 Projek tayar hiasan 12 Disember 2021 Projek gelanggang serbaguna 13 Januari 2022 Baik pulih kerusi banquet VIP 14 Februari 2022 Baik pulih tandas 15 Februari 2022 Baik pulih lantai kelas 16 Februari 2022 Pencegahan anai-anai 17 Mac 2022 Penyediaan set robotik 18 Mac 2022 Baik pulih meja rosak


16 4.3.6 Beliau membentangkan laporan pembangunan murid dan pelibatan ibu bapa. Beliau memaklumkan segala aktiviti ini adalah dijalankan secara dalam talian sahaja kerana kekangan wabak Covid-19. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah : 4.3.7 Beliau membentangkan laporan berkaitan sumbangan yang telah dilaksanakan. 4.3.8 Beliau membentangkan laporan berkaitan dengan pelbagai dan pengurusan PIBG. Bil. Tarikh Aktiviti Pembangunan Murid dan Pelibatan Ibu Bapa 1 April 2021 Ceramah Nuzul Al-Quran 2 Ogos 2021 Program Motivasi Diri (Anugerah Terindah) 3 Ogos 2021 Program Motivasi Pemimpin Kecil 4 Oktober 2021 Ceramah Program Maulidur Rasul 5 Oktober 2021 E-Perkhemahan Unit Beruniform 6 Januari – Disember 2021 Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah setiap Jumaat Bil. Tarikh Aktiviti Sumbangan 1 Ogos 2021 Projek Infaq Gajet 2 Januari – Disember 2021 Sumbangan kepada murid asnaf Bil. Tarikh Aktiviti Sumbangan 1 November 2021 - Kini Penyediaan Tabung Keceriaan Tandas 2 Januari – Disember 2021 Warden lalulintas (RELA) 3 Januari – Disember 2021 Penjagaan ikan 4 Disember 2021 Perasmian Lembayung SETEGUH oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali


17 4.3.9 Beliau membentangkan Perancangan PIBG 2022/2023. Perancangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu belum selesai dan dalam perancangan. 4.3.10 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim memohon pembentangan ini diterima. 4.3.11 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima laporan aktiviti yang dibentangkan. Perancangan PIBG 2022/2023 Bil. Belum Selesai Dalam Perancangan 1 Gelanggang serbaguna Laluan berbumbung (susur gajah) di depan pagar sekolah 2 Projek bumbung teratak solat 3 Projek cat bangunan sekolah 4 Projek naik taraf lantai lembayung SETEGUH 5 Projek keceriaan tandas 6 Projek naik taraf komputer sekolah 7 Projek bumbung tertutup antara Dewan Tun Teja dengan kantin 8 Projek keceriaan kelas dan sekitar


18 4.4 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2021/2022 4.4.1 Puan Siti Zarinah binti Long selaku Bendahari PIBG 2021/2022 membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 pada halaman 29 sehingga halaman 35 di dalam buku program. 4.4.2 Beliau memaklumkan pada tahun 2021 sebanyak 14.80% keluarga telah membuat sumbangan dan jumlah kutipan sumbangan adalah sebanyak RM10,500.00. 4.4.3 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim memohon pembentangan kewangan ini diterima dan disahkan. 4.4.4 Cadangan pengesahan oleh : Puan Nurul Shahida binti Abdul Khadir Disokong oleh : Encik Ahmad Fadlee bin Mohamed 4.5 Perkara Berbangkit 4.5.1 Tiada perkara berbangkit. 5.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 5.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim selaku YDP PIBG mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa dan ahli di atas komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang tahun 2021. 5.2 Beliau membubarkan AJK PIBG 2021/2022 dan menyerahkan tugas Pengerusi Sementara kepada Penasihat PIBG iaitu Puan Norma binti Shukor untuk meneruskan majlis. 6.0 Sesi Pencalonan Dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 6.1 Puan Norma binti Shukor selaku Pengerusi Sementara memaklumkan akan mengadakan pemilihan dan pengundian AJK PIBG secara lansung dan meminta ahli untuk mencadangkan calon di dalam ruangan Portal PIBG SETEGUH. Sistem ini telah diusahakan oleh Encik Shaiful Bahri iaitu salah seorang AJK PIBG dan telah digunakan oleh syarikat korporat dan lebih mesra pengguna. 6.2 Beliau menyatakan bahawa Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim (mantan YDP PIBG 2021/2022) tidak mempunyai anak yang bersekolah di SK Taman Seri Gombak 2. Mesyuarat AJK PIBG Bil.2 2020/2021 pada 28 Januari 2021 telah bersetuju secara sebulat suara untuk menerima borang permohonan Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim untuk menjadi ahli PIBG SETEGUH bagi tahun 2022. Pihak sekolah telah mendapat surat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan perkara ini.


19 6.3 Beliau seterusnya memaklumkan senarai guru yang akan menganggotai PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut : 6.3.1 Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli 6.3.2 Puan Siti Zarinah binti Long 6.3.3 Encik Mohd Al Zubir bin Abdul Rahim 6.3.4 Encik Nor ’Azman bin Sabu 6.3.5 Encik Mohd Akiff bin Abas 6.3.6 Puan Rashikah binti Kari 6.3.7 Cik Tengku Nur ‘Aina binti Tengku Alwi 6.3.8 Puan Nur Amirah binti Ab Aziz 6.4 Beliau menyebut Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli dikekalkan sebagai Setiausaha PIBG, Puan Siti Zarinah binti Long dikekalkan sebagai Bendahari PIBG dan Puan Nur Amirah binti Ab Aziz dilantik sebagai wakil Juru Audit Guru. 6.5 Beliau kemudian meminta ahli yang berada di talian untuk mula mencadangkan calon beserta sokongan. Seterusnya, ahli boleh mula mengundi di dalam ruangan yang telah disediakan. Keputusan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: Penasihat : Puan Norma binti Shukor Yang Dipertua : Encik Zakaria bin Abdul Karim Naib Yang Dipertua : Encik Shaiful Bahri bin Ridwan Setiausaha : Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli Bendahari : Puan Siti Zarinah binti Long AJK Ibu Bapa : Encik Suradi bin Abdul Rahman Encik Muhamad Adli Sham bin Adit Encik Nor ‘Aid bin Jemangin@Jemain Encik Mohd Nazri bin Abu Puan Siti Nurbahiyah binti Mahazir Puan Nurul Shahida binti Abdul Khadir AJK Guru : Encik Mohd Al Zubir bin Abdul Rahim Encik Nor ’Azman bin Sabu Encik Mohd Akiff bin Abas Puan Rashikah binti Kari Cik Tengku Nur ‘Aina binti Tengku Alwi Juru Audit Dalaman : Puan Hamiliah binti Hamdan (wakil ibu bapa) : Puan Nur Amirah binti Ab Aziz (wakil guru) 6.6 Puan Norma binti Shukor mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik dan berharap jawatankuasa yang baru dilantik akan meneruskan legasi kecemerlangan PIBG seperti sebelum ini. Beliau seterusnya menjemput Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim, YDP PIBG Sesi 2022/2023 untuk meneruskan agenda.


20 7.0 Cadangan Kutipan Sumbangan Sekolah 7.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim memohon ahli membaca dan menyemak cadangan kutipan sumbangan sekolah di dalam buku program pada halaman 37 dan 38 dan sebarang hal berbangkit sila maklumkan. 7.2 Senarai cadangan kutipan sumbangan sekolah adalah seperti berikut : Unit KURIKULUM Bil. Perkara Jumlah (RM) Catatan 1 Modul tahun 4 10.00 Latihan intensif peningkatan akademik 2 Modul tahun 5 10.00 3 Modul tahun 6 10.00 4 Buku bacaan khusus murid pemulihan khas 15.00 Kelas pemulihan 5 Majlis Graduasi tahun 6 50.00 Tertakluk kepada garis panduan persekolahan terkini 6 Lawatan sambil belajar tahun 4,5 & 6 170.00 7 Sewa jubah & fail graduasi tahun 6 50.00 Unit HEM Bil. Perkara Jumlah (RM) Catatan 1 Kem Kepimpinan Pengawas 50.00 2 Jamuan pengawas akhir tahun (yang berminat sahaja) 60.00 Tertakluk kepada garis panduan persekolahan terkini Unit KOKURIKULUM Bil. Perkara Jumlah (RM) Catatan 1 Yuran keahlian Pandu Puteri Tunas (PPT) 5.00 2 Yuran keahlian Pengakap (Perdana & PPKI) 7.00 3 Yuran keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) 5.00 4 Yuran keahlian Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 7.00 5 Pendaftaran Kelab Robotik 50.00 6 Yuran bulanan Kelab Robotik 20.00 7 Perkhemahan perdana 50.00 Tertakluk kepada garis panduan persekolahan terkini


21 7.3 Beliau memohon cadangan kutipan sumbangan sekolah ini diterima. 7.4 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima cadangan kutipan sumbangan yang dibentangkan. 8.0 Pembentangan Dan Perbahasan Usul-Usul PIBG 2021 8.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim memohon ahli membaca dan menyemak usul di dalam buku program pada halaman 39 hingga 48 dan sebarang hal berbangkit sila maklumkan. 8.2 Beliau menyatakan bahawa usul yang berbentuk aduan akan diserahkan kepada sekolah dan tidak dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Agung. Isu sumbangan dan tajaan pula akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG. 8.3 Beliau mencadangkan sumbangan PIBG 2022 dikekalkan sebanyak RM50 untuk satu keluarga dan disokong secara sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 8.4 Beliau memaklumkan bahawa bayaran sumbangan boleh dibuat secara ansuran dan juga melalui transaksi atas talian ke akauan PIBG. Unit PPKI Bil. Perkara Jumlah (RM) Catatan 1 Hari Graduasi PPKI 50.00 Tertakluk kepada garis panduan persekolahan terkini 2 Hari Keusahawanan 10.00 3 Lawatan sambil belajar ke KidZania 150.00 4 Jamuan akhir tahun PPKI 30.00 Unit HEM Bil. Perkara Jumlah (RM) Catatan 1 Lawatan Sambil Belajar Prasekolah 70.00 Tertakluk Kepada Garis Panduan 2 Hari Apresiasi Prasekolah 10.00 Persekolahan Terkini


22 9.0 Hal-Hal Lain 9.1 Puan Mahani binti Mustafa mencadangkan baju sukan dilabuhkan untuk murid perempuan dan juga berlengan panjang. Respon YDP : akan dipanjangkan kepada pengurusan kedai buku. 9.2 Encik Mohamad Johan bin Zainal Abidin mencadangkan supaya waktu pulang murid sesi petang disemak semula kerana berlaku kesesakan di hadapan sekolah. Respon GB : sekolah telah menggunakan jadual penggiliran model 4 untuk hal-hal penyuraian murid. Arahan ini adalah mengikut panduan daripada KPM. 9.3 Puan Nadia binti Mohd Hosni mencadangkan supaya kantin memperbanyakkan jualan yang mengandungi sayur-sayuran kepada murid-murid. Respon YDP : akan dimaklumkan kepada pihak kantin dan PIBG akan turut sama memantau makanan yang dijual di kantin. 9.4 Encik Nazri bin Abu mencadangkan dibina gelanggang badminton bergetah untuk disewakan bagi memberi pulangan kepada PIBG. Respon YDP : cadangan yang baik dan akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK. 9.5 Encik Nor Azizi mencadangkan supaya komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa dipertingkatkan agar sebarang maklumat ataupun aktiviti sekolah diketahui oleh ibu bapa / penjaga. Respon YDP : pihak sekolah telah menyediakan platfom digital untuk sebaran maklumat seperti Facebook sekolah, Facebook PIBG, Facebook UBK SETEGUH, Facebook Doktor Muda SETEGUH, group Whatsapp kelas dan group Telegram Info SETEGUH.


23 10.0 Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG – Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim 10.1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim mengucapkan terima kasih kepada ahli kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai barisan jawatankuasa yang baru dan memohon kerjasama semua pihak agar dapat merealisasikan agenda sekolah pada masa akan datang. 10.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang lepas kerana telah bekerja keras selama ini bagi memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga kerana telah banyak menyumbang untuk pembangunan serta kecemerlangan sekolah dan anak-anak. 10.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 dan berharap agar pasukan ini dapat bergerak aktif dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ………………………………………….……… …………………………………………… (AHMAD SYAHMIN BIN ZULKEFLI) (ZAKARIA BIN ABDUL KARIM) Setiausaha, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa - Guru, Persatuan Ibu Bapa - Guru, SK Taman Seri Gombak 2. SK Taman Seri Gombak 2.


24


25


26 Bagi sesi 2022/2023, Jawatankuasa PIBG SETEGUH telah bermesyuarat sebanyak 5 kali. Berikut adalah jadual kehadiran : Bil Nama AJK Tarikh Mesyuarat 2/7/ 22 24/9/ 22 14/1/ 23 15/4/ 23 5/5/ Jumlah 23 1 Tuan Haji Zakaria bin Abdul Karim / / / / / 5 2 Encik Shaiful Bahri bin Ridwan / / / / / 5 3 Encik Ahmad Syahmin bin Zulkefli / / / / / 5 4 Puan Siti Zarinah binti Long / / / / / 5 5 Encik Suradi bin Abdul Rahman O / / / / 4 6 Encik Muhamad Adli Sham bin Adit / / / / / 5 7 Encik Mohd Nor 'Aid bin Jemangin @ Jemain / / / O / 4 8 Encik Mohd Nazri bin Abu / / / / / 5 9 Puan Siti Nurbahiyah binti Mahazir / / / / O 4 10 Puan Nurul Shahida binti Abdul Khadir / / / / / 5 11 Encik Mohamed Alzubir bin Abdul Rahim / O / O / 3 12 Encik Mohd Akiff bin Haji Abas / / / / O 4 13 Encik Nor'azman bin Sabu O / / / / 4 14 Puan Rashikhah binti Kari @ Khari / / / / / 5 15 Cik Tengku Nur 'Aina binti Tengku Alwi / / / / / 5 **Petunjuk : i) * / + : Hadir ii) * O + : Tidak Hadir


27 BIL. TARIKH AKTIVITI PEMBANGUNAN SEKOLAH 1 1 Januari 2022 Baik pulih kerusi banquet VIP 2 Februari 2022 Baik pulih tandas 3 Februari 2022 Baik pulih lantai kelas 4 Februari 2022 Baik pulih bumbung pondok jaga 5 Februari 2022 Pencegahan anai-anai 6 Mac 2022 Penyediaan set robotik 7 Mac 2022 Baik pulih meja rosak 8 April 2022 Penyediaan tiang bendera Lembayung SETEGUH 9 Jun 2022 Baik pulih musolla sekolah 10 Julai 2022 Wiring tambahan Lembayung SETEGUH 11 Julai 2022 Penyediaan tangga scaffolding


28 BIL. TARIKH AKTIVITI PEMBANGUNAN SEKOLAH 1 12 Julai 2022 Penyediaan 200 unit kerusi plastik Lembayung SETEGUH 13 Julai 2022 Pemasangan kabel dan plug LCD Lembayung SETEGUH 14 Julai 2022 Pemasangan projector LCD Lembayung SETEGUH 15 Julai 2022 Pemasangan signage Lembayung SETEGUH 16 Julai 2022 Pemasangan banner keceriaan kelas 17 Ogos 2022 Penyediaan 50 unit kerusi plastik Lembayung SETEGUH 18 Ogos 2022 Pembaikian pam air 19 Ogos 2022 Baik pulih tandas murid 20 Ogos 2022 Naik taraf komputer sekolah dan kabel audio makmal komputer 21 Oktober 2022 Pembaikian siling kelas 22 Disember 2022 Baik pulih padang sekolah 23 Disember 2022 Projek Gelanggang serbaguna SETEGUH


29 BIL. TARIKH AKTIVITI PEMBANGUNAN MURID & PELIBATAN IBU BAPA 2 1 Mac 2022 – Disember 2022 Bimbingan Kelab Robotik Sekolah 2 Mac 2022 – Disember 2022 Kelas Pembangunan Badminton 3 Jun 2022 Gotong royong pemasangan banner keceriaankelas 4 Julai 2022 Sukarelawan ibu bapa dalam acara merentas desa 5 Julai 2022 Gotong royong baik pulih padang sekolah 6 September 2022 Jualan PIBG sempena hari sukan sekolah 7 September 2022 Hari Pelaporan Sekolah 8 Oktober 2022 Perjumpaan Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB)


30 BIL. TARIKH AKTIVITI SUMBANGAN 3 1 Jun 2022 Penyediaan kek Hari Guru 2 Julai 2022 Penyewaan khemah untuk aktiviti sukanek sekolah 3 Ogos 2022 Hadiah persaraan Guru Besar 4 Ogos 2022 Penyewaan meja untuk Majlis Persaraan Guru Besar 5 Ogos 2022 Penyediaan hadiah untuk pemenang Hari Sukan Sekolah 6 Ogos 2022 Penyewaan sistem audio / PA system untuk Hari Sukan Sekolah 7 Ogos 2022 Sumbangan untuk meraikan kejayaan pasukan hoki dan bola sepak 8 September 2022 Penyediaan fridge magnet untuk hadiah Sambutan Hari Lahir Murid 9 November 2022 Penyediaan 10 unit khemah untuk perkhemahan sekolah 10 November 2022 Penyediaan jersi untuk pasukan bola sepak 11 Disember 2022 Sumbangan bayaran pendaftaran Kejohanan Pembangunan Hoki MSSD 12 Januari – Disember 2022 Sumbangan kepada murid asnaf


31 BIL. TARIKH AKTIVITI PELBAGAI & PENGURUSAN PIBG 4 1 November 2021 - Kini Penyediaan Tabung Keceriaan Tandas 2 Januari – Disember 2021 Warden lalulintas (RELA) 3 Januari – Disember 2022 Penjagaan ikan


32


33


34


35


36


37


38


39


40


41 PERBEZAAN USUL DAN CADANGAN USUL : Sesuatu perkara yang perlu diperbahaskan di dalam mesyuarat untuk mendapatkan persetujuan majoriti, sama ada menerima atau menolak perkara tersebut. Contoh : persetujuan pindaan perlembagaan PIBG, persetujuan kutipan sumbangan PIBG, persetujuan kutipan sumbangan sekolah dan lain-lain. CADANGAN : Sesuatu perkara yang boleh diselesaikan semasa mesyuarat jawatankuasa atau melalui pihak pentadbiran sahaja. Cadangan tidak memerlukan persetujuan semua ahli untuk memutuskannya. Pihak sekolah turut menyediakan peti cadangan/aduan di ruang pejabat dan boleh diakses pada bilabila masa.


42 Bil Usul 1 Mengusulkan agar mesyuarat bersetuju menerima cadangan kutipan sumbangan sekolah bagi tahun 2023/2024 **Cadangan kutipan sumbangan sekolah adalah seperti di helaian sebelah :


43 UNIT KURIKULUM BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN 1 Modul Tahun 4 (Program Peningkatan Akademik) 20.00 2 Latihan Peningkatan Akademik Modul Tahun 5 (Program Peningkatan Akademik) 20.00 3 Modul Tahun 6 (Program Peningkatan Akademik) 20.00 4 Modul Pembacaan Khusus Murid Pemulihan Khas 15.00 Kelas Pemulihan 5 Jamuan Akhir Tahun 6 100.00 Tertakluk kepada garis panduan persekolahan terkini 6 Lawatan Sambil Belajar Tahun 4, 5, 6 170.00 Cadangan anggaran 7 Fail Tahun 6 25.00 8 Program Transisi Tahun 1 2024/2025 40.00 Buku transisi, tag nama sulam, tag nama sementara, Modul Pdp Pengurusan Bulan Transisi 9 Pengurusan jubah graduasi Tahun 6 5.00 UNIT HAL EHWAL MURID BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN 1 Kem Kepimpinan Pelajar 80.00 Cadangan anggaran 2 Tshirt Pengawas 30.00 3 Lawatan Pengawas 150.00 4 Jamuan Pengawas 80.00 5 Majlis Anugerah Permana Citra 20.00


44 UNIT PPKI BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN 1 T-Shirt PPKI 25.00 Tertakluk kepada garis panduan persekolahan terkini 2 Lawatan Sambil Belajar 100.00 3 Majlis Apresiasi Tahun 6 50.00 4 Program Minggu Pendidikan Khas 15.00 5 Majlis Akhir Tahun 60.00 UNIT PENGURUSAN PRASEKOLAH BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN 1 Lawatan Sambil Belajar 70.00 Tertakluk Kepada Garis Panduan Persekolahan Terkini 2 Sesi Bergambar 30.00 3 Sewa jubah 15.00 **Tertakluk kepada sebarang pindaan UNIT KOKURIKULUM BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN 1 Yuran keahliaan Pengakap (Perdana Dan PPKI) 7.00 2 Yuran Keahlian Pandu Puteri Tunas 7.00 3 Yuran Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) 7.00 4 Yuran Keahlian Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 7.00 5 Yuran Keahlian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 7.00 6 Pendaftaran Kelab Robotik 50.00 7 Yuran Bulanan Kelab Robotik 20.00 8 Perkhemahan Perdana 150.00 Bergantung kepada lokasi tapak perkhemahan


45 Bil Usul 1 Mengusulkan agar bayaran PIBG dikekalkan sebanyak RM50 untuk setiap keluarga 2 Mengusulkan agar mesyuarat bersetuju menerima cadangan projek dan program untuk dilaksanakan bagi tahun 2023/2024 **Cadangan projek dan program adalah seperti di helaian sebelah :


46 Bil Usul 1 Projek naik taraf bumbung teratak solat 2 Projek naik taraf lampu Lembayung SETEGUH 3 Projek mengecat bangunan luar sekolah (blok A, B dan C) 4 Projek mengecat pagar sekolah 5 Projek baik pulih lantai kelas 6 Projek naik taraf lantai lembayung SETEGUH 7 Projek gotong-royong dan keceriaan sekolah 8 Projek baik pulih dan naik taraf tandas sekolah 9 Penyediaan stor tambahan peralatan sekolah 10 Laluan berbumbung (susur gajah) di depan pagar sekolah 11 Naik taraf jalan dalam sekolah 12 Projek insfrastruktur PPKI 13 Pembelian jubah graduasi murid tahun 6 14 Penganjuran Program Mencari Dana (Bacathon) 15 Karnival 20 Tahun SETEGUH


47 Bil Usul 1 Tiada usul daripada ibu bapa. Semuanya adalah berbentuk cadangan. Cadangan ibu bapa/ penjaga telah dijawab oleh pihak sekolah pada helaian 49. Jika ada permasalahan dan ketidakpuashatian, boleh dibawa kepada agenda hal-hal lain.


48


49 Cadangan 1, 2, 3 & 4 Nama pembawa cadangan Siti Shuhada Abu Bakar Jawapan sekolah : Telah disediakan loker di dalam kelas untuk kegunaan murid tahun 1 dan tahun 2 secara percuma. Bahagian koridor di luar kelas pula telah disediakan loker untuk sewaan murid yang berminat. Sewaan loker ini adalah di bawah seliaan PIBG. Nama anak Qaseh Ariana Yusri & Qaseh Aleesya Yusri Kelas anak 4 Dedikasi Cadangan 1 Mengadakan gotong royong untuk mewujudkan loker simpanan buku bagi murid. Cadangan 2 Sentiasa kemaskini info-info berkenaan dengan sekolah di media sosial seperti Facebook. Jawapan sekolah : Beberapa platform media sosial untuk sebaran maklumat telah ada seperti Telegram (Info SETEGUH), Group Whatsapp Kelas, Facebook SETEGUH, Facebook PIBG dan Youtube SETEGUH. Cadangan 3 Murid-murid dapat memilih unit Kokurikulum mengikut minat masing-masing. Jawapan sekolah : Penetapan unit kokurikulum bagi murid dibuat oleh pihak sekolah bagi memastikan keseimbangan bilangan ahli untuk setiap unit agar pelaksanaan aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Cadangan 4 Ibu bapa menaja pokok bagi keceriaan sekolah Jawapan sekolah : Boleh dilaksanakan ketika program gotong-royong diadakan.


50 Cadangan 5 & 6 Nama pembawa cadangan Merysona binti Edyson Jawapan sekolah : Akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan kokurikulum. Nama anak Cahaya Zara Kelas anak 4 Dedikasi Cadangan 5 Mewujudkan kelab/persatuan Keusahawanan bagi memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan dunia keusahawanan. Cadangan 6 Membuka pintu pagar belakang sekolah ketika ada aktiviti luar waktu sekolah seperti Hari Pelaporan dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jawapan sekolah : Pagar belakang (pagar C) adalah di bawah bidang kuasa sekolah sebelah dan memerlukan kebenaran untuk digunakan.


Click to View FlipBook Version