The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RINGKASAN EKSEKUTIF PERATURAN PELAJAR_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI AISHAH BINTI MOHAMAD IPG-Pensyarah, 2024-05-16 05:37:20

RINGKASAN EKSEKUTIF PERATURAN PELAJAR_compressed

RINGKASAN EKSEKUTIF PERATURAN PELAJAR_compressed

RINGKASAN EKSEKUTIF PERATURAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU (IPGK PM) # IPGK PM : DINAMIK DAN PROFESIONAL MENANGANI CABARAN PENDIDIKAN MASA HADAPAN


Hubungi 062824827 samb. 113 [email protected] Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGK PM https://sites.google.com/epembelajar an.edu.my/jhep-kampus-perempuanmelayu/utama 8 Ringkasan Eksekutif Peraturan Pelajar IPGK PM Edisi 2024


KANDUNGAN Bahagian A: Takrif dan Pemakaian Bahagian B: Tatatertib 5 6 Bahagian C: Kebajikan dan Keselamatan 13 Bahagian D: Lalu Lintas 15 Bahagian E: Peraturan Kolej Kediaman 16 Bahagian F: Peraturan Bagi Pelajar Yang Tinggal Di Luar Premis Kolej Kediaman 22 Bahagian H: Tindakan Tatatertib 23 Rujukan 24 Panel Pemurni 25


BAHAGIAN A: TAKRIF DAN PEMAKAIAN PERKARA 2: PEMAKAIAN, PINDAAN DAN TAMBAHAN 1 1. Peraturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Akta 174, Perjanjian Pendidikan Guru, Surat Tawaran, Aku Janji, Buku Peraturan Pelajar dan Panduan Pengurusan Kolej Kediaman. 2. Semua pelajar IPG yang tertakluk bawah semua peruntukan dalam peraturan ini ialah mereka yang mengikuti semua jenis kursus di IPG. # Bahagian dan Perkara yang Terkandung di Dalam Ringkasan Eksekutif Peraturan Semasa IPGK PM Merujuk Buku Peraturan Pelajar IPG. # Peraturan Semasa IPGK PM Adalah Peraturan yang Dilaksanakan di IPGK PM Berdasarkan Kelulusan Mesyuarat MPPP IPGK PM Bil. 1 Tahun 2024. 5


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 3: PERATURAN AM 1 1. Setiap pelajar yang mengikuti semua jenis kursus di IPG mesti berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar kampus IPG demi menjaga nama baik IPG, profesion keguruan dan maruah diri. 2. Memudaratkan Diri Pelajar dilarang melakukan apa-apa perbuatan yang boleh memudaratkan diri. Pelajar dilarang mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor, racun dan mencederakan diri dengan menggunakan apa-apa alat sehingga memudaratkan diri sendiri. 3. Menjadi Ahli Pertubuhan Pelajar sesuatu IPG boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang kecuali mana-mana parti politik, pertubuhan, badan, kumpulan orang yang ditegah dalam Seksyen 10(1) dan (2), Akta 174. 6 PERATURAN SEMASA IPGK PM PERATURAN SEMASA IPGK PM Pertubuhan, badan atau kumpulan tersebut perlu mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 3: PERATURAN AM 1 4. Mencuri Pelajar dilarang mengambil, mengalih dan menyimpan sesuatu benda atau harta yang bukan miliknya. 5. Bekerja Pelajar dilarang berniaga dan membuat pekerjaan tetap atau sambilan sepanjang tempoh pengajian kecuali dengan kebenaran Pengarah. 6. Perlakuan Sumbang Pada sebarang keadaan atau tempat di dalam atau di luar kampus IPG, pelajar dilarang berkelakuan kurang sopan antara lelaki dengan perempuan atau antara sesama jantina, yang boleh menimbulkan anggapan kurang sopan pada nilai moral dan/atau bertentangan dengan agama; 7. Menganjur Perhimpunan Pelajar dilarang menganjur, menyertai atau terlibat dalam apa-apa bentuk perhimpunan/perarakan kecuali dengan kebenaran Pengarah. 8. Pemulauan Aktiviti Pelajar dilarang menganjur, menyertai, menghasut atau terlibat dalam apa-apa pemulauan aktiviti rasmi IPG. 7


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 3: PERATURAN AM 1 9. Pernyataan awam Pelajar dilarang membuat apa-apa pernyataan/ulasan awam kepada mana-mana pihak dengan apa-apa juga cara tanpa kebenaran Pengarah; dan Pelajar dilarang memberi maklumat atau kenyataan secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan IPG, kakitangan atau pelajar kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran Pengarah. Pelajar tidak boleh membuat / berkongsi pernyataan/ ulasan awam di mana-mana media sosial/ media elektronik secara lisan/ bertulis perkarperkara berkaitan politik, dasar-dasar kerajaan dan yang menyentuh sentiviti mana-mana pihak. 8 PERATURAN SEMASA IPGK PM 10. Aktiviti/ Pertandingan Pelajar dilarang menyertai atau mengambil bahagian dalam sebarang bentuk aktiviti/ pertandingan yang dianjurkan oleh agensi luar kecuali dengan kebenaran Pengarah. 11. Ingkar perintah Pelajar tidak boleh mengingkari atau melanggar mana-mana arahan atau perintah Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa.


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 3: PERATURAN AM 1 Pelajar yang tidak menjawab Entrance Survey atau Exit Survey atau IPPK akan dikenakan tindakan amaran lisan dan amaran bertulis. 9 PERATURAN SEMASA IPGK PM 12. Aktiviti/Pertandingan Pelajar dilarang menyertai atau mengambil bahagian dalam sebarang bentuk aktiviti/ pertandingan yang dianjurkan oleh agensi luar kecuali dengan kebenaran Pengarah. 13. Ingkar perintah Pelajar tidak boleh mengingkari atau melanggar mana-mana arahan atau perintah Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa.


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 4: PENAMPILAN DIRI 2 Pelajar perlu menunjukkan personaliti dan penampilan diri yang baik dan menghayati budaya IPG .yang sesuai dengan profesion keguruan. 1. i. Pelajar perempuan: Sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan mana-mana bahagian anggota dari paras bawah leher hingga ke paras bawah lutut, berkain dalam dan berkasut (court shoes) ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.75 sm); 10 ● Pelajar digalakkan memakai baju kurung berpesak dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan potongan bentuk badan. ● Pelajar tidak dibenarkan memakai baju sukan kecuali apabila menyertai aktiviti sukan/ kokurikulum/ aktiviti yang memerlukan. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan bercirikan wanita Muslimah PERATURAN SEMASA IPGK PM


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 5: KAD MATRIK PELAJAR DAN TANDA NAMA 3 1. Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamer kad matrik semasa berada di dalam kampus IPG atau menghadiri aktiviti rasmi di luar kampus IPG. 2. Pelajar dikehendaki pada setiap masa memakai tanda nama yang ditetapkan oleh pihak IPG semasa menghadiri kuliah dan majlis rasmi di dalam atau di luar IPG. 11 1. Pelajar dibenarkan mengikuti aktiviti yang ada kaitan dengan profesion keguruan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah. PERATURAN SEMASA IPGK PM PERKARA 7: MENGHADIRI AKTIVITI ANJURAN AGENSI LUAR 4 Pelajar yang ingin mengikuti aktiviti yang ada kaitan dengan profesion keguruan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah walaupun aktiviti yang dilaksanakan pada hujung minggu / cuti/ dihadiri dengan mana-mana kakitangan IPGK PM.


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 10: LAWATAN KE LUAR NEGARA 5 1. Lawatan ke luar negara secara persendirian atau berkumpulan (bukan atas urusan rasmi IPG): 2. Pelajar yang bercadang untuk membuat lawatan ke luar negara hendaklah memohon kebenaran bertulis daripada Pengarah. 3. Permohonan lawatan ke luar negara hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tiga (3) bulan sebelum tarikh lawatan. 4. Lawatan hanya boleh diadakan pada luar waktu interaksi kuliah. 5. Lawatan hanya boleh diadakan jika pelajar tidak terlibat dengan aktiviti rasmi IPG. 6. Sebarang kesulitan semasa lawatan adalah atas tanggungjawab pelajar sendiri. 11 Pembelian tiket hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah IPGK PM. Visa/ Insuran keselamatan diri dan dokumen-dokumen lain diuruskan sendiri oleh pelajar. PERATURAN SEMASA IPGK PM


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 11: BERKAHWIN SEMASA PENGAJIAN 6 1. Pelajar tidak boleh berkahwin semasa berkursus kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah. 2. Permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tiga (3) bulan sebelum tarikh perkahwinan. 3. Semua urusan perkahwinan perlu mematuhi undang-undang perkahwinan yang diguna pakai di Malaysia. 11 Pelajar perlu mendapat khidmat nasihat daripada pegawai JHEP sebelum mengisi borang kebenaran berkahwin. PERATURAN SEMASA IPGK PM 1. Pelajar yang mengandung semasa pengajian mesti melaporkan kepada pihak IPG dengan serta merta. 2. Pelajar yang disahkan mengandung mesti menangguhkan pengajian. PERKARA 12: MENGANDUNG SEMASA PENGAJIAN 7


BAHAGIAN B: TATATERTIB PERKARA 13: KEHADIRAN KULIAH, TUTORIAL, KOKURIKULUM, PROGRAM AMALAN PROFESIONAL (PRAKTIKUM), PROGRAM BERASASKAN SEKOLAH DAN AKTIVITI RASMI IPG 8 1. Pelajar diwajibkan hadir ke kuliah, tutorial, kokurikulum, praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti rasmi IPG. 2. Pelajar wajib menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial, kokurikulum, praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti rasmi IPG. 3. Pelajar yang hadir lewat melebihi 15 minit daripada bermulanya sesuatu kuliah, tutorial dan kokurikulum tanpa alasan yang munasabah, akan dikira tidak hadir dalam jam berkenaan. 4. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengemukakan surat cuti sakit daripada hospital/klinik kerajaan/swasta atau mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah. 5. Pelajar yang mengemukakan sijil cuti sakit daripada klinik swasta tiga hari atau lebih, mesti mendapatkan pengesahan daripada hospital/klinik kerajaan. 6. Pelajar bukan menetap wajib menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial, kokurikulum, praktikum, program berasaskan sekolah dan aktiviti rasmi IPG. 12


BAHAGIAN C: KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PERKARA 17: PERATURAN KELUAR MASUK KAMPUS IPG 1 1. Pelajar mesti mematuhi peraturan keluar masuk kampus IPG. 13 PERATURAN SEMASA IPGK PM Pelajar Bukan Menetap perlu mempunyai kad pelajar luar dan perlu meletakkan/ mengambil di pondok pengawal setiap kali keluar/ masuk kampus. PERKARA 19: RAWATAN PERUBATAN 2 1. Pelajar yang memerlukan rawatan perubatan hendaklah ke hospital atau klinik kerajaan. 2. Pelajar yang memerlukan rawatan semasa waktu pejabat hendaklah pelaporkan diri di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 3. Pelajar yang tinggal di kolej kediaman yang memerlukan rawatan selepas waktu pejabat hendaklah melaporkan kepada warden. 4. Pelajar perlu mengisi borang rawatan dan menyerahkan keratan slip akuan rawatan/sijil cuti sakit kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar selepas menerima rawatan. 5. Pelajar boleh mendapatkan rawatan di hospital/klinik swasta atas perbelanjaan sendiri dan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik berkenaan yang melebihi dua hari berturut-turut perlu disahkan oleh doktor kerajaan.


BAHAGIAN C: KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN 14 PERATURAN SEMASA IPGK PM PERKARA 19: RAWATAN PERUBATAN 2 Pelajar boleh mendapatkan rawatan di hospital/ klinik swasta atas perbelanjaan sendiri dan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital/ klinik berkenaan yang melebihi tiga (3) hari berturut-turut perlu disahkan oleh doktor kerajaan. Pelajar yang memerlukan rawatan alternatif perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah dan perlu mengemukakan sijil cuti sakit daripada klinik/ hospital kerajaan. Bagi pelajar yang sakit / memerlukan rawatan di hospital/ klinik swasta atas perbelanjaan sendiri pada waktu pejabat boleh berhubung di Unit ILA / Unit Kolej Kediaman. Penghantaran pelajar ke klinik untuk rawatan adalah pada pukul 9 pagi, 11 pagi, dan 2 petang. Pelajar akan dibawa menggunakan kenderaan IPG oleh pemandu atau dibawa oleh mentor atau mana-mana pegawai JHEP jika tiada pemandu IPG dan pegawai berkaitan perlu mengisi Borang Kebenaran Bertugas Rasmi. Pelajar yang mendapat cuti sakit perlu membuat surat pemakluman cuti sakit kepada pengarah dan mengemukakan salinan dokumen cuti sakit serta wajib menggantikan kuliah/ tutorial/ amali di dalam jadual waktu yang tidak dihadiri.


BAHAGIAN C: KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN 15 PERKARA 20: PENGGUNAAN BANGUNAN, KAWASAN DAN PERALATAN 3 1. Pelajar dilarang membawa atau membenarkan orang luar menggunakan bangunan, kawasan dan peralatan di IPG kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah. 2. Pelajar dilarang untuk memindah, mengubahsuai, mengalih sebarang bahan, perkakas, alat atau sebagainya dari mana-mana bilik atau kawasan yang digunakan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah. PERKARA 22: LAWATAN TETAMU 4 1. Pelajar hendaklah menerima dan melayan tetamu di tempat yang ditetapkan sahaja. Tetamu tidak dibenarkan memasuki mana-mana kawasan blok kampus IPG atau kolej kediaman kecuali dengan kebenaran Pengarah. 2. Pelajar bertanggungjawab memaklumkan kepada tetamu supaya meletakkan kenderaan di lot parkir yang disediakan. 3. Pelajar bertanggungjawab terhadap perlakuan tetamu mereka dan segala peraturan IPG dipatuhi sepenuhnya


BAHAGIAN D: LALU LINTAS 15 PERKARA 24:TATATERTIB LALU LINTAS JALAN 1 1. Semasa di kampus IPG, pelajar tertakluk kepada peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua perundangan kecil yang dibuat di bawahnya serta peraturan yang terdapat dalam Jadual Kedua, Bahagian IV Kaedah 35 - 47, Akta 174 Tatatertib Lalu Lintas Jalan. 2. Pelajar yang hendak membawa, mengguna atau menyimpan apa-apa kenderaan bermotor persendirian di kampus IPG hendaklah: i.memiliki lesen memandu, kad pendaftaran dan polisi insurans kenderaan yang sah; ii.mengemukakan surat kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik sah jika kenderaan bukan milik sendiri; iii.memohon dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah; dan iv.melekatkan stiker rasmi IPG yang sah untuk tahun berkenaan. 3. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor hendaklah mempamerkan pelekat kenderaan institut dan meletakkan kenderaan mereka di tempat yang telah dikhaskan dan tidak menghalang lalu lintas. (BPKK, ms 17).


BAHAGIAN D: LALU LINTAS 15 PERKARA 24:TATATERTIB LALU LINTAS JALAN 1 Pelajar yang tidak memarkir kenderaan di tempat yang telah ditetapkan akan dikenakan dendaan bermula RM30, RM 60 kesalahan kedua dan RM100 untuk kesalahan yang seterusnya (rujuk Jadual Kedua Bahagian IV Kaedah 25 hingga 46 Akta 174) Dendaan perlu dijelaskan dalam masa 5 hari bekerja. Kenderaan pelajar yang tidak melekatkan stiker kenderaan IPGK PM adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan IPGK PM. Pelajar Menetap yang dibenarkan membawa kenderaan hanyalah pelajar yang berpraktikum, JPP dan JK PISA sahaja. Pelajar Menetap yang pulang bercuti semester perlu membawa pulang kenderaan dan tidak dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman. PERATURAN SEMASA IPGK PM


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 16 PERKARA 25: PERATURAN AM KOLEJ KEDIAMAN 1 1. Tiada seseorang boleh memasuki / berada di dalam bilik yang diduduki oleh Pelajar Menetap kecuali Pelajar Menetap itu sendiri (PPKK, ms 12). 2. Pelajar Menetap tidak boleh berada di luar premis kediaman selepas pukul 11.00 malam kecuali dengan kebenaran Ketua Warden (PPKK, ms12). 3. Pelajar menetap yang dikehendaki mengosongkan atau berpindah dari tempat tinggalnya, hendaklah berbuat demikian dan dalam tempoh itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya serta membersihkan bilik dan memastikan kemudahan asas dalam keadaan baik. 4 Pelajar menetap mestilah bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan barang kepunyaannya sepanjang masa di kolej kediaman. 5. Pengarah atau Ketua Warden atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau secara bertulis apa- apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di kolej kediaman. 6. Pengawal keselamatan yang menjalankan tugas di IPG bertanggungjawab membantu menguatkuasakan hal-hal keselamatan dan peraturan kolej kediaman.


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 16 PERKARA 25: PERATURAN AM KOLEJ KEDIAMAN 1 Sebarang aktiviti, raptai atau perbincangan tugasan di mana-mana premis IPGK PM seperti Kelas Tutorial, Stadium Puteri Gunung Ledang, Dewan Tun Fatimah atau seumpamanya perlu selesai sebelum atau pada 11.00 malam. Warden bertugas diberi kuasa boleh dari semasa ke semasa secara lisan atau secara bertulis untuk memberhentikan aktiviti yang dijalankan selepas jam 11.00 malam. Sekiranya didapati Pelajar Menetap tinggal / tidur selain daripada bilik yang telah ditetapkan di Kolej Kediaman, Amaran untuk kesalahan kali pertama atau Denda tidak melebihi RM50 untuk kesalahan yang seterusnya (Rujuk Jadual Kedua Seksyen 6, 22 dan 23 Kaedah 23 Akta 174 Perkara 34, 4, dan 34.5 Buku Peraturan Pelajar IPG KPM Edisi 2011). Pelajar menetap tidak dibenarkan memasuki bilik pelajar lain tanpa kebenaran. Pelajar menetap tidak dibenarkan memanjat dan memasuki bilik kediaman melalui tingkap. PERATURAN SEMASA IPGK PM


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 17 PERKARA 26: PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN 2 1. Pihak pengurusan kolej kediaman berhak membuat pemilihan dan penempatan pelajar di kolej kediaman. PERATURAN SEMASA IPGK PM ● Proses pemilihan dan penempatan adalah berdasarkan sistem merit. Pelajar wajib mengisi aktiviti yang telah disertai sepanjang semester di dalam pautan yang telah disediakan. ● Permohonan penempatan di kolej kediaman hendaklah dihantar pada waktu yang ditetapkan dan permohonan lewat tidak akan diterima. PERKARA 28: TINGKAH LAKU PELAJAR MENETAP 3 1. Pelajar menetap perlu mengamalkan tingkah laku dan menghayati Budaya IPG bersesuaian dengan profesion keguruan. PERKARA 30: PAKAIAN 4 1. Pelajar menetap hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan sama ada di dalam atau di luar kolej kediaman selaras dengan Etika Pakaian Pelajar IPG. 2. Pelajar Menetap hendaklah memakai pakaian yang sopan sama ada di dalam / di luar Kolej Kediaman selaras dengan Etika Pakaian Pelajar IPGM. Pelajar perempuan Islam diwajibkan berpakaian yang bercirikan wanita solehah (PPKK, ms 14).


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 17 PERATURAN SEMASA IPGK PM PERKARA 30: PAKAIAN 4 Pelajar Menetap yang keluar tidak dibenarkan memakai shawl / selendang yang melilit pada leher / disimpang pada bahu kerana cara pemakaian tersebut tidak kemas sehingga menampakkan anak rambut dan dada. Pemakaian shawl/ selendang hendaklah dengan cara yang kemas, sopan dan labuh di bahagian dada. Pelajar menetap atau tidak menetap tidak dibenarkan memakai pakaian yang singkat di atas punggung. Pakaian mestilah melebihi paras punggung. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian jenis kain jeans apabila keluar/ masuk ke kawasan kampus. PERKARA 31: KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN 5 1. Elektrik dan Air i Pelajar menetap hanya boleh menggunakan peralatan elektrik dalam bilik kediaman seperti yang berikut: komputer dan aksesori asas; pengecas bateri telefon dan kamera; radio berkuasa rendah (di bawah 100 W); ubat nyamuk elektrik.


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 18 PERATURAN SEMASA IPGK PM ● Pelajar menetap perlu mengisi borang daftar barangan elektrik sebelum daftar masuk asrama setiap semester. ● Alatan elektrik perlu mendapat kebenaran SIRIM PERKARA 31: KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN 5 1. Pelajar menetap hendaklah bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang persendirian. 2. Pelajar menetap hendaklah menyidai atau menjemur segala pakaian yang basah di tempat yang ditetapkan. PERKARA 32: BARANG-BARANG MILIK PERSENDIRIAN 6 PERATURAN SEMASA IPGK PM ● Ampaian tambahan di luar bilik kediaman tidak dibenarkan. PERKARA 33: AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN 7 1. Pelajar menetap dimestikan mengambil bahagian dalam semua aktiviti kolej kediaman yang telah ditetapkan. 2. Pelajar menetap yang beragama Islam dikehendaki ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, program usrah, majlis-majlis ilmu dan majlismajlis khas keagamaan, manakala pelajar menetap bukan beragama Islam dikehendaki hadir untuk aktiviti moral.


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 19 PERATURAN SEMASA IPGK PM PERKARA 33: AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN 7 ● Pelajar yang menetap di dalam kolej kediaman WAJIB menghadiri program di PISA secara penggiliran mengikut jadual yang dikeluarkan oleh PISA. Sekiranya gagal mematuhi, pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib secara pentadbiran. PERKARA 34: URUSAN BILIK KEDIAMAN 8 1. Pelajar menetap hendaklah menginap di bilik yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej kediaman. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Ketua Warden/Penolong Pengurus Asrama. 2. Pelajar menetap tidak dibenarkan menumpang tidur di bilik kediaman lain atau memberi pelajar lain menumpang tidur di bilik kediamannya. 3. Pelajar menetap tidak dibenarkan memasak dengan menggunakan apa-apa jua kaedah di dalam bilik kediaman. PERATURAN SEMASA IPGK PM Pelajar Bukan Menetap di luar Kolej Kediaman tidak dibenarkan memasuki / berada di dalam bilik yang diduduki oleh Pelajar Menetap. Sekiranya didapati Pelajar Menetap tinggal / tidur selain daripada bilik yang telah ditetapkan di Kolej Kediaman, amaran untuk kesalahan kali pertama atau denda tidak melebihi RM50 untuk kesalahan yang seterusnya (Rujuk Jadual Kedua Seksyen 6, 22 dan 23 Kaedah 23 Akta 174 Perkara 34, 4, dan 34.5 Buku Peraturan Pelajar IPG KPM Edisi 2011)


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 20 9 PERKARA 35: MENERIMA TETAMU 1. Pelajar menetap yang menerima tetamu hendaklah menemui mereka di tempat yang dikhaskan. Tetamu tidak dibenarkan memasuki manamana bahagian lain di kolej kediaman dan hendaklah meninggalkan kawasan kolej kediaman sebelum pukul 6.00 petang. 2. Pelajar menetap bertanggungjawab memastikan tetamu mereka mematuhi peraturan kolej kediaman dan bertatasusila dari segi kelakuan, pakaian dan tutur kata semasa berada di dalam kawasan kolej kediaman. 3. Tetamu hendaklah mematuhi masa lawatan yang telah ditetapkan oleh IPGMK. PM (BPKK, ms 18). PERATURAN SEMASA IPGK PM Waktu bekerja (Isnin- Khamis): 5 petang sehingga 7 malam (lokasi di Kafeteria) Jumaat : 5.00 petang - 10 00 malam (lokasi di Kafeteria) Hujung minggu : 8 pagi sehingga 10 malam (lokasi di Kafeteria & padang di hadapan Blok Cempaka Sari)


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 20 10 PERKARA 36: URUSAN RAWATAN PELAJAR 1. Pelajar menetap yang sakit dan memerlukan rawatan pada luar waktu pejabat atau waktu cuti hendaklah melaporkan kepada warden bertugas. PERATURAN SEMASA IPGK PM Pelajar Menetap yang sakit / memerlukan rawatan diluar waktu pejabat atau waktu cuti boleh berhubung dengan warden bertugas / manamana warden untuk dihantar ke hospital. Sekiranya keadaan pelajar dilihat kritikal seperti tidak boleh berjalan atau pengsan, maka warden perlu menghubungi ambulans. Pelajar yang dibawa rawatan perlu memaklumkan keadaan kesihatan secara berkala kepada warden bertugas. PERKARA 39: KELUAR MASUK HARIAN DAN MENGINAP DI LUAR KOLEJ KEDIAMAN 11 1. Pelajar menetap dikehendaki mematuhi peraturan keluar masuk IPG. 2. Pelajar menetap hendaklah memaklumkan kepada warden dengan segera sekiranya tidak dapat balik ke kolej kediaman pada waktu yang ditetapkan. 3. Pelajar menetap yang hendak bermalam di luar kolej kediaman hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Warden.


BAHAGIAN E: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 21 PERATURAN SEMASA IPGK PM Pelajar Menetap dibenarkan untuk keluar outing; o Hari Bekerja : 5 petang - 7 malam o Hujung Minggu : 8 pagi - 10 malam Pelajar Menetap yang ingin keluar / masuk perlu mengisi butiran peribadi seperti nama, unit, tujuan, masa masuk & masa keluar pada buku log yang telah disediakan di pondok pengawal serta meninggalkan kad matrik di dalam kotak yang disediakan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan di pondok pengawal. Pelajar Menetap yang lewat pulang akan ditahan kad matriknya sehingga pelajar tersebut mengisi borang Pulang Lewat. Tindakan demerit akan dikenakan kepada pelajar tersebut. Kegagalan mengemukakan kad matrik pada pengawal keselamatan ketika keluar (rujuk Jadual Kedua Seksyen 6, 22 dan 23 Kaedah 25 Akta 174) amaran untuk kesalahan pertama atau denda tidak melebihi RM50 untuk kesalahan yang seterusnya. PERKARA 39: KELUAR MASUK HARIAN DAN MENGINAP DI LUAR KOLEJ KEDIAMAN 12


BAHAGIAN F: PERATURAN BAGI PELAJAR YANG TINGGAL DI PREMIS LUAR KOLEJ KEDIAMAN 22 1. Pelajar bukan menetap dilarang tinggal atau berkongsi satu unit rumah atau bilik dengan pelajar yang berlainan jantina. 2. Pelajar bukan menetap dilarang menggunakan kemudahankemudahan di kolej kediaman IPG kecuali dengan kebenaran Pengarah. 3. Pelajar bukan menetap dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada pihak IPG alamat tempat tinggal yang lengkap, nama pemilik premis dan nombor telefon. 4. Pelajar bukan menetap dikehendaki memberitahu maklumat seperti Perkara 40 Nombor 3 kepada pihak IPG secara bertulis setiap kali berpindah premis. 5. Pelajar bukan menetap diwajibkan menggunakan Kad Pelajar Luar untuk keluar dan masuk ke kawasan IPG. 1 PERKARA 40: PERATURAN AM


BAHAGIAN H : TINDAKAN TATATERTIB 23 1. Pelajar yang didapati melanggar Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru dan peraturan-peraturan lain IPG akan diambil tindakan seperti berikut: 2. Tindakan Pentadbiran Hukuman terhadap sabitan kesalahan yang tidak dibicarakan. · Amaran lisan; · Amaran bertulis; dan/atau · Menjalani kerja-kerja sosial. · Denda 1 PERKARA 44: HUKUMAN PERATURAN SEMASA IPGK PM Menjalani kerja-kerja sosial membersihkan kawasan yang ditetapkan/ kelas/ dewan/ Kolej Kediaman/ PISA/ surau. Menyampaikan tazkirah kepada pelajar dalam mana-mana majlis ilmu anjuran PISA atau IPGK PM. Wajib menghadiri 3 kali Majlis Ilmu Anjuran PISA selain daripada yang ditetapkan melalui Jadual Penggiliran Unit yang disediakan oleh JK PISA.


RUJUKAN 24 Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Sebagaimana Pada 1 November 2012 Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi 2011 Panduan Pengurusan Kolej Kediaman Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia Cetakan Pertama 2017 Prosedur Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia


PANEL PEMURNI RINGKASAN EKSEKUTIF PERATURAN PELAJAR IPGK PM 25 Dr. Hjh. Kartini binti Abdul Mutalib Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Datin Dr. Hjh Norshidah binti Abu Husin Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Pn. Siti Aishah binti Mohamad Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar En. Azman bin Kanil@ Konil Penolong Ketua Jabatan/ Ketua Unit Pembangunan Insaniah En. Mohd Aidil Fitri Bin Mardi Ketua Unit Disiplin Dan Kebajikan En. Mohd Fadhli Bin Othman Ketua Unit Rekod, Data Dan Alumni Dr. Murni Hayati Binti Mohd Dollah Ketua Unit Kolej Kediaman/ Ketua Warden Pn. Nurul Husna binti Abdul Latip Penolong Pengurus Asrama


PANEL PEMURNI RINGKASAN EKSEKUTIF PERATURAN PELAJAR IPGK PM 26 Pn. Norhayati binti Jaafar Penyelia Asrama Pn. Nadzzrillah binti Muhit Penyelia Asrama Pn. Afrah Salwani Binti Jusoh Pegawai Pengurusan Pn Suhaila Binti Mat Achim Pembantu Tadbir En Mohd Firdaus Bin Zaini Pembantu Operasi Ahli Mesyuarat Majlis Pengurusan Pentadbiran Profesional JK Warden JK Mentor JPP


Click to View FlipBook Version