MANUAL
PENGGUNAAN
PRO-KAMA
Pengenalan
1. Pada muka surat home terdapat butang di bawah sekali untuk pergi
ke ruangan pengenalan, tekan butang itu untuk pergi ke muka surat
seterusnya.
2. Dalam muka surat pengenalan tersebut, tekan pada butang
matlamat dan objektif untuk melihat matlamatnya manakala tekan
pada butang Manual Penggunaan untuk melihat Manual
Penggunaan PRO-KAMA.
3. Seterusnya di ruangan bawah terdapat butang untuk pergi ke
ruangan isi kandungan, tekan buatng itu.
Nota Ringkas
1. Dalam ruangan ini, terdapat tiga butang ikon iaitu kata nama am,
kata nama khas dan kata ganti nama. Tekan ketiga-tiga ikon itu
untuk mempelajari berkenaan dengan tiga golongan kata nama itu.
2. Pada muka surat kata nama am, anda perlu membaca nota kata
nama am dengan menekan pada butang tepi di gambar untuk
melihat contoh-contoh kata nama am sesuatu yang bernyawa dan
kata nama am sesuatu yang tidak bernyawa.
3. Kemudian, main kuiz yang diberikan di bawah sekali, seterusnya
tekan pada butang kembali untuk kembali ke muka surat nota
ringkas.
Manual Penggunaan
Permainan
1. Anda perlu bermain permainan WorldWallQuiz dan juga Quizizz
berkenaan dengan kata nama am, kata nama khas dan kata ganti
nama sehingga habis.
2. Kemudian klik pada butang Latihan Pengukuhan untuk ke langkah
yang seterusnya.
Latihan Pengukuhan
1. Anda perlu menyelesaikan latihan pengukuhan tersebut dengan
mengikut arahan yang diberikan.
2. Tekan pada butang Finish apabila anda selesai menjawab.
Manual Penggunaan Ruangan Komen
1. Pada ruangan ini, anda perlu
menekan pada ikon Whatsapp
untuk menghubungi pencipta
inovasi.
2. Manakala pada ikon gmail anda
perlu mengambil alamat gmail
tersebut untuk berhubung di
aplikasi gmail berkenaan dengan
inovasi yang dicipta.
Manual Penggunaan Penilaian Inovasi
1. Setelah anda selesai ke ruangan
komen anda perlu menilai inovasi ini
menerusi aplikasi Google Form ini
kemudian tekan pada butang submit
di bawah sekali.
Selamat
menggunakan
Inovasi PRO-KAMA
ini