The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuradilahsyariffah, 2022-04-26 20:32:24

Faktor dan Implikasi Perkembangan Sosioemosi Serta Menganalisis Peranan Guru dan Aktiviti Yang Menyokong Perkembangan Emosi dan Tingkah Laku kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak

Keywords: kanak-kanak,perkembangan

SYARIFFAH NURADILAH
BINTI SYED YAACOB
PAKK 1
2021122370019

Perkembangan sosial adalah satu Kanak-kanak dikatakan
proses apabila kanak-kanak belajar mempunyai tahap sosioemosi
berhubung dengan orang lain yang memberangsangkan
mengikut cara yang dapat diterima apabila mereka dapat
oleh masyarakat dan budayanya menyesuaikan diri dengan
kehendak orang lain
Proses ini
melibatkan cara
berfikir tentang
kendiri orang lain
dan perhubungan
sosial.

Apa itu emosi?

Perasaan yang ada pada manusia hasil tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara,
pengalaman dan peristiwa yang berlaku

Perkembangan emosi bermula Kebolehan menguruskan
dengan kebolehan murid memahami emosi membantu membina
dan menguruskan emosi sendiri keyakinan diri, semangat
diikuti dengan pencapaian emosi berdikari dan sikap positif
yang positif terhadap pembelajaran

Keupayaan mengurus emosi diri
sendiri. Membolehkan murid
memahami emosi dan keperluan
sendiri serta orang lain

Perkembangan Sosial Emosi

Perkembangan sosial merujuk kepada Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan
keupayaan seseorang menjalinkan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan
hubungan dengan orang lain menguruskanperasaan serta mempunyai perasaan
empati terhadap orang lain
Keupayaan kendiri merupakan
komponen yang penting dalam Selalunya, pada peringkat awal
perkembangan sosiol-emosi kanak-kanak iaitu ketika berumur
dua hingga tujuh tahun emosi
Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak kanak-kanak cepatberubah dan
juga sukar untuk dikawal terutamanya sukar untuk difahami.
ketika mereka tidak mendapat sesuatu
yang diinginkan

Teori Perkembangan

Sosio-emosi

Diperkenalkan oleh Eric Ericson

Menyatakan bahawa di dalam setiap
peringkat tingkah laku positif dan negative
akan timbul

Menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran
kanak-kanak

Personaliti seorang kanak-kanak dibentik
hasil daripada perkembangan psikososial

Teori psikososial Erikson

Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
Perkembangan individu bergantung kepada tindak balasindividu
terhadap keperluan-keperluan asasnya
Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat
berfungsi dengan baik dalam tahapberikutnya

Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akanmenjejaskan perkembangan tahap
berikutnya

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Tidak dapat mengikut KANAK-KANAK Bersifat egosentrik
peraturan dan dan narsistik kerana
undang-undang Mempunyai kawalan tidak pernah ditegur
diri yang sangat dan dihalang
rendah

Menghadapi
kesukaran dalam
perhubungan dan
interaksi sosial

Peranan guru dalam menyokong
perkembangan emosi dan tingkah

laku kanak-kanak

Pembentuk Nilai Murni

Kanak- kanak sentiasa memerhati dan meniru sikap serta tingkah laku guru. Oleh itu, guru perlu
menunjukkan tingkah laku yang sopan dan untuk dicontohi oleh kanak-kanak. Guru perlu
menggunakan bahasa yang sopan semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Jika guru mendapati
kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang tidak baik, guru perlu menegur dan membetulkan
tingkah laku mereka.

Role Model

Guru perlu menunjukkan sikap sentiasa ceria, penyayang, baik hati, bersikap adil, boleh dipercayai
dan ikhlas dalam pengajarannya. Peranan guru bukan sahaja menyuruh murid berkelakuan baik,
tetapi turut mempraktikkannya. Ini adalah kanak-kanak akan memerhati tindakan dan cara guru
ketika mereka berada di sekolah.

Peranan guru dalam menyokong
perkembangan emosi dan tingkah

laku kanak-kanak

Perancang Pengajaran dan Pemudahcara

Guru perlu membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Emosi
yang baik akan membantu proses PdPc berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Perkembangan
emosi kanak-kanak boleh dipupuk sekiranya proses PdPc yang dilaksanakan menarik,
menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid-murid. Guru juga boleh menyediakan
permainan yang boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan bertindak menggunakan cara
yang betul. Kanak-kanak digalakkan untuk berkongsi mainan bersama rakan-rakannya. Mereka
akan belajar mengawal emosi jika pertengkaran seperti berebut mainan berlaku.

Pentaksir

Guru berperanan untuk membuat penilaian terhadap perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak-kanak. Pentaksiran yand dibuat melibatkan pemerhatian ke atas aktiviti dan rutin harian
kanak-kanak. Penilaian yang dibuat melalui hasil yang diperoleh dari pemerhatian dan temu bual
yang dilakukan bersama kanak-kanak.

Aktiviti yang menyokong
perkembangan emosi dan
tingkah laku kanak-kanak

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Utama Tunjang Keterampilan Diri
Fokus
Standard Kandungan Emosi dan Pergaulan bersama rakan-rakan
Standard Pembelajaran
KD 1.2 Mengenali emosi orang lain
Kesepaduan Tunjang
Objektif Pembelajaran KD 2.1.1 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah laku
yang ditunjukkan
Pengetahuan Sedia Ada Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia
Kemahiran Berfikir BM 1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah
Penyerapan Nilai
Alat Bantu Mengajar (BBM) i. Dapat berinteraksi dengan orang lain.
ii. Boleh memahami perasaan orang lain
iii. Boleh menunjukkan sikap positif dalam pelbagai situasi
Murid mempunyai dan tahu keadaan emosi ketika marah, gembira,
dan sedih dengan keadaan sekelilingnya setiap hari
Mengenal nilai-nilai positif

Berkeyakinan dan berani

Kotak kecil, gambar emoji, video emosi

Cara Perlaksanaan Aktiviti

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Set Induksi
(5 minit) 1. Mengenal pasti pelbagai emosi dan reaksi muka 1. Guru meminta murid menunjukkan pelbagai
2. Menggunakan gambar emoji reaksi muka
Langkah 1
(10 minit) 1. Menayangkan video emosi 2. Guru berinteraksi dua hala dengan murid
2. Bercerita tentang emosi yang ditunjukkan di dalam video berdasarkan gambar emoji yang ditunjukkan
Langkah 2 3. Menunjukkan kotak beserta gambar emoji sambil
(10 minit) menerangkan cara bermain 3. Murid diberi peluang untuk bercerita tentang
emosi yang ditunjukkan
Penutup 1. Membentuk satu bulatan
(5 minit) 2. Memulakan aktiviti seperti yang dirancang 1. Guru menayangkan video emosi
2. Guru meminta murid menyebut setiap emosi yang
1. Rumusan
ditunjukkan
3. Guru mengeluarkan kotak yang disediakan dan

memasukkan gambar emoji ke dalam kotak
tersebut
4. Guru menunjukkan cara bermain

1. Guru meminta murid duduk di dalam satu bulatan
2. Lagu dipasangkan dan kotak tersebut bergerak

dari seorang pelajar ke pelajar yang lain
3. Apabila lagu diberhentikan, pelajar yang

memgang kotak tersebut perlu mengambil satu
gambar emoji dan harus melakonkannya
4. Pelajar lain harus meneka emoji yang dilakonkan
oleh pelajar tersebut

1. Guru menerapkan sikap positif seperti tolong-
menolong antara kawan-kawan

2. Guru menjelaskan dan menunjukkan emoji yang
baik dan boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak

3. Guru dan murid menyanyi sambil menari
mengikut muzik yang dipasang

KESIMPULAN

Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku adalah sangat penting dalam
kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mendapat asuhan yang baik
dalam perkembangan emosinya dapat menguruskan emosi dan tingkah
lakunya dengan baik. Melalui aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang
berkesan di tadika, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dipupuk dan
diperkembangkan lagi menjadi lebih baik. Secara keseluruhannya, peranan
guru di sekolah adalah sangat penting dalam membentuk perkembangan

sosioemosi dan tingkag laku yang positif dalam diri kanak-kanak


Click to View FlipBook Version