The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16269389, 2021-09-26 03:55:27

LAMPIRAN QR CODE TSWR KSSM TING.4

LAMPIRAN QR CODE TSWR KSSM TING.4

LAMPIRAN :
QR CODE

Tajuk : 1.1.3 Rukun Islam, Iman dan Ihsan
QR CODE M/S : 5
Hadis Jibril

Tajuk : 1.2.1 Konsep Akidah
QR CODE M/S : 15

Dalil Nama-nama Allah

Sifat-sifat Allah SWT
25 Rasul

Dalil Perkara Ghaibiah

Tajuk : 1.3.2 Amalan Yang Berkaitan dengan Ibadah
QR CODE M/S : 25

Asnaf Zakat

8 GOLONGAN ASNAF

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan
dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian
dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang
yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian
keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga
menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi
bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan
kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya
untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya
dibahagi kepada dua iaitu

a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang
sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-
orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara
musuh.
b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada
dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di
bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga
tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh
hukum syarak.

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti
menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari
mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Tajuk : 1.3.3 Kepentingan Ibadah Menurut Islam
QR CODE M/S : 26

Kemanisan Dalam Beribadat

Kemanisan iman didik jadi sabar, reda

Oleh Prof Dr Muhaya Mohamad - Januari 22, 2017 @ 7:19am

Amalkan sifat positif Rasulullah SAW iaitu tabligh, siddiq, amanah dan fatanah untuk
membina kekuatan diri yang kukuh dan mendapat kesejahteraan hidup dunia serta
akhirat. Menurut ulama, kekuatan imej diri diukur pada empat sifat dan situasi.
Pertama, buat jahat kepada orang yang berbuat jahat dengan kita, itu tandanya kita
berdendam. Kedua, buat jahat kepada orang yang buat baik kepada kita, itu satu
kekejaman atau tidak mengenang budi.
Ketiga, buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu fitrah yang mudah
dilaksanakan (bahagia membahagiakan). Keempat, buat baik kepada orang yang
berbuat jahat kepada kita, ini sunah yang sukar dilaksanakan (orang tenang,
sentiasa menang).
Sifat keempat itulah sifat Rasulullah SAW yang tenang dan sabar kerana walaupun
berhadapan situasi negatif, Baginda tetap positif. Jika berhadapan kebencian orang,
dibalas Baginda dengan kasih sayang. Berhadapan kemarahan orang, dihadapi
dengan kesabaran.
Jangan berasa diri lebih besar daripada sesiapa pun dan jika bercakap hendak
menang sahaja atau berasa kitalah yang pandai serta serba tahu hingga langsung
tidak mahu mendengar pandangan orang.

Jauhi ego

Jadilah orang yang suka bekerjasama. Apabila bercakap sentiasa menjaga
silaturahim. Didiklah hati penuh kasih sayang, melihat kebaikan dalam semua orang
dan suasana. Sangat bermurah hati dan suka membantu.

Elak menjadi orang yang senang melihat orang lain susah dan susah melihat orang
senang. Jadilah seorang yang kehadiran disenangi dan susah apabila ketiadaan
kerana orang sentiasa mendapat manfaat daripada kita.

Jauhi sifat 'kesedaran keegoan' kepada sifat 'kesedaran ketuhanan' yakni daripada
mengikut nafsu kepada mengikut iman, daripada maksiat kepada taat, daripada
didekati syaitan kepada didekati malaikat dan daripada dosa kepada pahala
sehingga mendapat kemanisan beribadah.

Diriwayatkan oleh Anas: "Terdapat tiga perkara yang padanya terdapat kemanisan
iman iaitu dia menyayangi Allah SWT dan rasul-Nya melebihi daripada cinta kepada
selain kedua-duanya, dia menyayangi seseorang tetapi tidak lebih daripada
menyayangi Allah SWT dan sangat benci kembali kepada kekufuran seperti mana
dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka."

Kemanisan iman bermakna kita dapat merasakan kelazatan beribadah,
melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT, ajaran Rasulullah SAW dan
berkemampuan menghadapi kesulitan serta mengutamakan agama daripada hal
keduniaan.

Rebut tiga peluang

Kita juga cenderung melaksanakan yang fardu dan membiasakan diri melakukan
perkara sunah. Memperkuatkan dasar iman atau pohon iman iaitu pergantungan
hidup diserahkan kepada Allah SWT dan tidak 'bertuhankan manusia' walau
bagaimana tingginya kuasa manusia itu.

Rebutlah tiga peluang untuk mendapatkan kemanisan iman dengan penekanan
kepada tiga perkara iaitu bila, siapa dan apakah. Bilakah waktu yang sesuai,
jawapannya ialah sekarang maka rebutlah kemanisan iman itu.

Kedua, siapakah orang yang paling penting? Mereka adalah yang di hadapan kita
atau paling dekat seperti keluarga. Justeru, ajaklah keluarga rebut kemanisan iman.
Apakah amalan penting, maka jawapannya ialah berbuat baik serta memberi
manfaat untuk merebut kemanisan iman.

Menjaga akhlak sesama manusia dengan menghormati diri, tidak melakukan
perkara yang menjatuhkan martabat dan maruah sebagai seorang Islam.
Contohnya, jaga aurat dan batas hubungan antara lelaki dengan perempuan.

Seterusnya, menjaga tingkah laku dan tutur kata jangan sampai menyinggung
perasaan orang lain. Mulakan dengan akhlak bersama suami atau isteri, anak, ibu
bapa, mentua, adik beradik, ipar duai, pembantu rumah, jiran tetangga, rakan
sekerja serta majikan.
Hargai nikmat
Kemanisan iman memberikan nikmat jika bijak memanfaatkan kesempatan dan
peluang yang ada di hadapan kita. Sering kali berlaku kita tidak menghargai apa
yang ada dalam genggaman atau di hadapan mata.
Apabila kita hilang segala nikmat itu, baru kita menghargainya. Empat perkara yang
berlaku, kita akan terasa nikmat waktu muda apabila sudah tua. nikmat keamanan
apabila datangnya ancaman, nikmat sihat setelah sakit, nikmat hidup tidak dirasa
setelah kita mati.
Kemanisan iman mendidik kita menjadi sangat sabar, reda dan sentiasa bersyukur.
Orang sabar akan menghasilkan penampilan diri yang tenang dan kita akan
mendapat ketenangan dalaman jika sabar serta reda.
Orang yang tidak tenang akan banyak emosi negatif dalam diri seperti rasa takut,
cemburu, dengki, sedih, marah, tidak ikhlas, tidak reda dengan ketentuan Allah
SWT. Oleh itu, rebutlah peluang hari ini untuk mendapatkan nikmat kemanisan iman
sebelum terlambat.

Tajuk : 1.4.1 Konsep Akhlak
QR CODE M/S : 33

Mahmudah vs Mazmumah

Tajuk : 1.4.2 Amalan Berkaitan Akhlak
QR CODE M/S : 35

Faktor Pembentukan Akhlak

Tajuk : 1.4.3 Kepentingan Akhlak Menurut Islam
QR CODE M/S : 37

Akhlak Terpuji

"PENGAKHIRAN hidup ayah, saya anggap sebagai Husnul Khotimah (akhir yang
baik) kerana pesannya kepada saya supaya memandang orang tua dengan penuh
kasih sayang."

Demikian kata, Mohd Hazery Md Shamsi, 38, kakitangan awam yang perkongsian
kisahnya menyuap makanan kepada seorang pesakit warga emas di sebelah katil
allahyarham bapanya tular di media sosial.

Mohd Hazery ketika dihubungi hari ini berkata, kisah itu berlaku pada 10 malam, 1
Oktober lalu ketika dia dan ibu menemani bapanya, Allahyarham Md Shamsi Md
Kassim, 68, di Hospital Serdang.

"Dua hari sebelum ayah meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan
gangren, ayah dimasukkan ke wad 7E dan katilnya terletak bersebelahan dengan
Uncle Kok, 60-an yang menghidap diabetes.

"Saya dengar bunyi pinggan jatuh dan melihat keadaannya, saya minta izin daripada
ibu dan ayah untuk menyuapkan makanan kerana saya lihat tiada keluarganya di
sisi. Mungkin sibuk kerana ibu saya kata, kadangkala ada keluarga menemaninya
pada sebelah siang," katanya.

Mohd Hazery kedengaran sebak ketika menceritakan kembali kisah ini, tetapi
bersyukur kerana dapat berbakti kepada orang yang lebih tua dan secara tidak
langsung kepada allahyarham bapanya.

"Ayah pesan, walaupun berlainan agama, yakinlah bahawa ini adalah sunnah Nabi
Muhammad SAW, yang mengatakan supaya menyayangi sesama makhluk tidak kira
apa.

"Saya bersyukur di akhir kalam ayah, dia sedia membantu orang lain dengan cara
menunjukkan akhlak yang baik walaupun berlainan bangsa," katanya.

Dia juga bersyukur kerana dapat memandikan, mengkafankan, mengimamkan solat
jenazah dan membacakan talkin untuk allahyarham bapanya yang meninggal dunia
pada 3 Oktober lalu selepas menderita sakit berkenaan sejak empat tahun.

Perkongsian status, video dan gambar Mohd Hazery di FB dengan nama Ir Ezry Al-
Jazary di kongsi lebih 2,000 kali dengan komen yang memuji tindakannya
membantu Uncle Kok.

"Apa yang berlaku pada pengakhiran hidup ayah saya seolah-olah sudah diilhamkan
oleh Allah SWT kepada saya kerana pernah bermimpi mengenai pemergiannya
tujuh hari sebelum.

"Di sebalik itu, saya terkenangkan situasi ketika saya menyuap mihun goreng
berharga RM4 itu kepada Uncle Kok, bagaimana boleh berkongsi dengan
allahyarham ayah saya. Alhamdulillah," katanya.

Mohd Hazery cuba melawat Uncle Kok di wad berkenaan sejurus bapanya
meninggal dunia, tetapi warga emas itu tiada di situ dan tidak diketahui sama ada
masih di hospital atau pun sudah pulang ke rumah.
Disiarkan pada: Oktober 6, 2017 @ 11:54pm
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/270376/ini-akhlak-yang-terpujimetrotv

Tajuk : 2.1.1 Maksud Insan
QR CODE M/S : 57

Kisah Nabi Adam











Tajuk : 2.1.2 Proses Kejadian Insan
QR CODE M/S : 59

Proses Kejadian Insan

Tajuk : 2.1.3 Peringkat Alam Yang Dilalui Oleh Manusia
QR CODE M/S : 60

Hikmah Beriman Dengan Perkara Ghaib

Tajuk : 2.3.2 Fungsi Wahyu dan Akal

QR CODE M/S : 81

Wahyu Dan Akal

Akal Dalam Islam

February 13, 2018Artikel

ISLAM adalah agama yang mementingkan akal. Dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang
menyuruh manusia berfikir dan menggunakan akal sebagai contoh yang bermaksud
“tidakkah mereka berfikir”, “tidakkah mereka merenung” dan banyak lagi-lagi. Islam bukan
satu ajaran yang memaksa pengikutnya mengikut membuta tuli tanpa berfikir. Walaupun
begitu, kedudukan akal dalam Islam bukanlah mutlak kerana akal juga mempunyai
kemampuan dan had tertentu sepertimana kemampuan mata, telinga yang juga
mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh
akal seperti perkara-perkara ghaib (ghaybiyyat), antaranya kewujudan syurga dan neraka,
azab kubur dan lain-lain. Dalam hal ini naqal atau wahyu diperlukan untuk
menjelaskannya kepada manusia melalui perantara seorang Rasul atau Nabi. Sebagai
orang Islam, kita hendaklah pandai meletakkan kedudukan akal di posisi sepatutnya dan
tidak melampau. Jangan kita meletakkan akal sebagai sumber ilmu yang mutlak lalu apa
yang boleh difikirkan oleh akal sahaja dan adanya bukti empirikal sahaja barulah kita
beriman. Jika tiada, maka kita tidak beriman, ini pandangan yang salah kerana apa yang
tidak mampu dicapai oleh akal akan disokong oleh naqal samada al-Qur’an atau Hadith
Baginda SAW. Begitu juga, jangan kita menjadi kelompok ekstrem yang satu lagi iaitu
yang menolak sama sekali peranan akal hingga beriman hanya kepada sumber naqal
sahaja. Fungsi akal tidak digunakan, jika tiada nas naqli maka dikira sesat, bid’aah dan
kufur sedangkan sepatutnya akal digunakan untuk menilainya berdasarkan neraca
syariah dan kaedah-kaedah menerbitkan hukum.

Dalam rancangan Agama dan Peradaban yang bersiaran di radio IKIMfm hari Rabu jam
12.15 tengahari, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd. Zaidi Ismail bercakap tentang
“Akal Dalam Islam”. Perbincangan ini susulan daripada buku beliau yang diterbitkan oleh
IKIM sendiri yang telah masuk percetakan kali ketiga. Peri pentingnya akal dalam Islam
ini ditekankan dengan panjang lebar oleh para ulama silam namun kurang diberikan
penekanan oleh masyarakat pada hari ini. Mungkin salah satu akibat daripada kurang kita
memberi penekanan terhadap peranan akal inilah menyebabkan timbul isu kekurangan
pelajar yang mengikut pengajian STEM atau sains, teknologi, kejuruteraan (engineering)
dan matematik. Apabila berbicara tentang akal, ia bukan merujuk hanya kepada akal
fikiran sahaja, walaupun berfikir itu merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan
akal. Kedua, seringkali kita melihat seolah wujud pertembungan antara akal dan naqal
(wahyu). Lantaran itu kita dapati wujud universiti-universiti yang cuba menggabungkan
antara akal dan naqal ini seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains
Islam Malaysia dan lain-lain.

Dalam konteks perkembangan terkini, kita dapati wujudnya perbahasan hubungan antara
akal dan otak atau disebut neurosains, saraf dan seumpamanya. Pokok perbincangannya
ialah apa perkaitan antara akal dan otak. Adakah otak itu menerbitkan akal atau akal dan
otak itu perkara yang sama? Sehingga muncul juga idea kononnya dalam otak itu ada titik
tertentu yang menyakini kewujudan Tuhan atau disebut “god spot”. Ini semua bertitik tolak
dari persoalan yang timbul samada otak dan akal itu mempunyai kaitan atau tidak. Isu ini

semakin rancak dibahaskan di kalangan ilmuwan walaupun mungkin di kalangan
masyarakat awam belum lagi menyedari hal ini.

Tajuk : 3.1.1 Konsep Sistem Sosial
QR CODE M/S : 91

Pengenalan Sistem Sosial Islam









Tajuk : 3.1.3 Hak Asasi Manusia

QR CODE M/S : 92

Hukum Jenayah Islam

Fiqh jenayah (‫ )فقه العقوبات‬ialah undang-undang jenayah mengikut Syariat Islam.
Jenayah menurut fuqaha' adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan
oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan
seseorang yang lain dengan sengaja.

Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan
perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan
seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan
hukuman Qisas atau Diyat.[1]

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya
adalah termasuk dalam jenayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua
kesalahan yang wajib dikenakan hukuman mengikut al-Quran:[2][3]

1.Hudud

2.Qisas

3.Diyat

4.Takzir

Manfaat pengajaran fiqh jenayah

Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri
dan sebagainya
Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-
menuduh.
Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada
kecurian, ragut dan lain-lain.
Berhubung dengan keamanan Daulah Islamiyah dan menyelenggarakan
keselamatan diri.
Berhubung dengan pembunuhan di antara orang-orang Islam dengan orang-
orang kafir di dalam Daulah Islamiyah.

Tujuan fiqh jenayah

Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir diperuntukkan dalam qanun fiqh jenayah
syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk
di bawahnya lima perkara:

• Menjaga agama - iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak
terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang
murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan
bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.

• Menjaga nyawa - iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah
menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan.
Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan
mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman Qisas atau Diyat.

• Menjaga akal fikiran - iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan
disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka
yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan
puluh kali sebat.

• Menjaga keturunan - iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan
supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil
dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan
wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam.

• Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan
dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan
menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali
atau dibuang negeri ke atas perompak.

Tajuk : 3.3.3 Sifat Mahmudah Dalam Pergaulan
QR CODE M/S : 115

Akhlak Mahmudah Rasulullah SAW

Tajuk : 3.4.1 Konsep Hiburan Menurut Islam
QR CODE M/S : 121

Manfaat Hiburan

Tajuk : 3.4.2 Adab dan Etika dalam Berhibur Menurut Islam
QR CODE M/S : 122

Hindari Hiburan Melampau

Tajuk : 3.5.2 Adab dan Etika Kesenian Menurut Islam
QR CODE M/S : 130

Seni Dalam Tamadun Islam




























Click to View FlipBook Version