The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM KSSM TINGKATAN 5 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16269389, 2021-09-26 03:49:43

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM KSSM TINGKATAN 5 (1)

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM KSSM TINGKATAN 5 (1)

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

TEMA 1:
SISTEM EKONOMI DAN

KEWANGAN ISLAM

NORASAH/CAH 1

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.1 Konsep Asas Sistem Ekonomi Islam

o Maksud ekonomi Islam :
• Ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan
ekonomi individu dan masyarakat berteraskan aturan syariat Islam
serta mencegah ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan
sumber alam.

o Asas system ekonomi Islam :
• Mengiktiraf pemilikan harta individu untuk dijaga dan dibelanjakan
dengan baik.
• Mengelola harta yang dimiliki menurut syarak agar harta diberkati
oleh Allah SWT.
• Mengagihkan harta dalam kalangan masayarakat dengan adil dan
saksama.

o Sumber utama ekonomi Islam :
• Al-Quran
• Al-Hadis
• Al-Ijmak
• Al-Qias

❖ Glosari
Ekonomi :
▪ Ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian,
penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta
isu-isu kewangan yang bersangkutan dengannya.

NORASAH/CAH 2

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

1.1.2 Prinsip-prinsip Asas Sistem Ekonomi Islam
o Prinsip-prinsip asas sistem ekonomi Islam :

Prinsip-prinsip asas sistem ekonomi Islam

o Akidah, Syariah dan • Penghayatan iman kepada Allah SWT dan hari

Akhlak Islam sebagai akhirat serta mematuhi peraturan syariat dalam

Teras kegiatan ekonomi.

• Akhlak Islam hendaklah sentiasa diamalkan

ketika berinteraksi dalam kegiatan ekonomi.

o Manusia sebagai khalifah • Allah SWT ialah pemilik segalanya , manakala

manusia pemegang amanah Allah SWT dalam

memakmurkan kegiatan ekonomi.

• Makhluk-makhluk lain dicipta oleh Allah SWT

untuk memenuhi segala keperluan manusia.

o Pekerjaan dan ganjaran • Manusia dianjurkan untuk berusaha dan bekerja

bagi menjana pendapatan.

• Penglibatan manusia dalam kegiatan ekonomi

merupakan ibadah yang diberikan pahala.

o Keuntungan dan kerugian • Keuntungan dan kerugian dalam kegiatan

ekonomi ialah perkara lumrah.

• Mekanisme mudhrabah dan musyarakah

digalakkan bagi memenuhi prinsip ini.

o Keadilan sosial • Kegiatan ekonomi mesti membawa keadilan

sosial kepada segenap lapisan masyarakat yang

terlibat dalam kegiatan ekonomi.

• Keperluan hidup asasi individu seperti makanan

dan tempat tinggal dijaga dan terpelihara

dengan baik.

o Larangan kerosakan dan • Sebarang bentuk kerosakan sama ada kepada

kezaliman manusia atau alam sekitar dalam kegiatan

ekonomi hendaklah dielakkan .

• Islam mengharamkan penindasan,

penipuan,eksploitasi, pencemaran alam sekitar

dan pembaziran dalam kegiatan ekonomi.

1.1.3 Konsep Pemilikan Harta dan Matlamatnya
o Maksud pemilikan harta dalam Islam :

• Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk
dimiliki dan dimanfaatkan menurut kehendak syarak seperti tanah,
rumah, kenderaan dan sebagainya.

NORASAH/CAH 3

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

✓ Nilai Penghayatan :
Harta juga merupakan amanah dan ujian Allah SWT
kepada manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu
itu hanyalah ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang
besar”.

(Surah at-Taghabun 64;15)

o Asas pemilikan harta:
• Allah SWT ialah pemilik sebenar harta yang mengamanahkannya
kepada manusia untuk menguruskannya dengan baik.
• Allah SWT menetapkan cara pemilikan harta yang sah seperti jual beli
dan wasiat serta mengharamkan riba.
• Allah SWT memerintahkan manusia untuk berusaha memiliki harta
bagi memenuhi keperluan asasi kehidupan mereka.
• Allah SWT menetapkan cara perbelanjaan harta secara berhemat
seperti tidak melakukan pembaziran dan tidak bakhil.

o Jenis pemilikan harta :

o Hak Milik Individu Jenis Pemilikan harta
o Hak Milik Umum
o Hak Milik Negara • Islam membenarkan pemilikan harta secara individu
yang diperoleh dengan cara yang sah menurut
syarak seperti memiliki rumah, kereta dan
sebagainya.

• Semua individu diberi peluang meperbaik taraf hidup
masing-masing melalui pemilikan harta.

• Pemilikan secara bersama oleh anggota masyarakat
terhadap sesuatu sumber , barangan atau
perkhidmatan seperti laut, sungai dan udara.

• Tujuan syarak menjadikan beberapa jenis sumber
sebagai hak milik umum adalah untuk menjaga
kebajikan dan keharmonian masyarakat.

• Harta hak milik umum yang diuruskan oleh kerajaan
untuk kepentingan awam selaras dengan tuntutan
agama dan keperluan semasa seperti hasil hutan
dan galian.

• Sesebuah Negara memerlukan hak milik untuk
mendapatkan hasil dan menggunakan hasil untuk
memberikan kemakmuran kepada individu dan
masyarakat.

NORASAH/CAH 4

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Matlamat pemilikan harta :
• Mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT kerana menurut
peraturan syariat.
• Menjamin keselamatan hidup di dunia dan di akhirat kerana
menjauhi perkara-perkara yang dilarang.
• Membangunkan ekonomi umat Islam untuk memajukan diri dan
Negara.
• Mengelakkan daripada berlakunya penindasan dan kezaliman
seperti monopoli dan riba.

1.1.4 Peranan Pekerjaan
o Maksud pekerjaan menurut Islam:
• Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan
dan memiliki harta dengan cara yang halal.
o
o Peranan pekerjaan :
• Memenuhi tuntutan ibadah kepada Allah SWT seperti mengeluarkan
zakat.
• Menunaikan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan asasi
kehidupan individu dan keluarga seperti rumah dan pakaian.
• Meningkatkan taraf sosioekonomi individu , masyarakat dan Negara
agar dipandang tinggi oleh Negara luar.
• Meningkatkan pembangunan ekonomi Negara untuk kesejahteraan
umat manusia.

o Ciri-ciri pekerjaan :
• Pekerjaan yang halal seperti berniaga mengikut syariat Islam.
• Menurut kehendak syariat seperti berniaga dengan jujur dan amanah.
• Menjaga ketenteraman awam agar kehidupan masyarakat aman dan
harmoni.
• Memastikan keselamatan diri dan orang lain daripada teraniaya
seperti amalan amalan rasuah.
• Mengambil berat tentang ibadah terutamanya ibadah wajib.

o Sebab Islam menuntut umatnya bekerja :
• Merupakan ibadah yang diberi pahala sekiranya mengikut syariat
Islam.
• Memudahkan umatnya menunaikan ibadah seperti berzakat.
• Memenuhi keperluan hidup seperti makanan dan tempat tinggal.
• Mendapat penghormatan daripada masyarakat kerana mempunyai
sikap tanggungjawab.
• Memperoleh keberkatan daripada Allah SWT kerana melaksanakan
ibadah fardu ain.

NORASAH/CAH 5

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Etika kerja Islam :
• Ikhlas bekerja kerana Allah SWT.
• Amanah ketika bekerja seperti tidak menipu.
• Tekun bekerja supaya memperoleh hasil yang diberkati Allah SWT.
• Akur terhadap arahan ketua selagi tidak bertentangan dengan syarak.
• Bekerjasama untuk meningkatkan produktiviti agar mencapai piawai
dan kualiti yang ditetapkan.
• Berdisiplin dan menepati masa agar kerja dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan.

o Kebaikan bekerja :
• Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.
• Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan sendiri dan
keluarga.
• Mampu berdikari tanpa perlu meminta belas ihsan daripada orang lain.
• Meningkatkan taraf hidup kerana memiliki sumber pendapatan.
• Mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan ekonomi
Negara untuk kesejahteraan umat manusia.

o Kesan pekerjaan yang halal :

o Individu Kesan pekerjaan yang halal
o Masyarakat
• Diberkati Allah SWT kerana mengikut syariat.
o Negara • Dihormati masyarakat kerana melakukan kerja yang baik.
• Masyarakat sejahtera kerana diberkati Allah SWT.
• Masyarakat maju kerana menjalankan kegiatan ekonomi

yang adil.
• Negara menjadi aman dan sejahtera kerana mengikut

syariat Islam.
• Negara menjadi contoh kepada Negara lain kerana

mengamalkan pekerjaan yang diredai oleh Allah SWT.

o Kesan pekerjaan yang haram :

o Individu Kesan pekerjaan yang haram
o Masyarakat
• Dilaknati Allah SWT kerana mengingkari syariat.
o Negara • Dibenci masyarakat kerana melakukan kerja yang buruk.
• Masyarakat huru hara kerana dilaknati oleh Allah SWT.
• Masyarakat mundur kerana kegiatan ekonomi dicemari

unsur negatif.
• Negara menjadi kucar kacir kerana berlakunya

penindasan dan kezaliman seperti rasuah dan monopoli.
• Imej Negara tercemar kerana mengamalkan perkara yang

buruk.

NORASAH/CAH 6

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Implikasi hidup tanpa pekerjaan :

o Individu Implikasi hidup tanpa pekerjaan
o Masyarakat • Jiwa resah kerana megalami kesempitan wang.
o Negara • Dibenci masyarakat kerana sering meminta-minta.
• Berlaku masalah sosial seperti budaya melepak.
• Berlaku masalah jenayah seperti mencuri.
• Merugikan tenaga kerja yang menyebabkan ekonomi

merosot.
• Ekonomi Negara merosot disebabkan hilang sumber

pendapatan.

1.1.5 Kepentingan Melaksanakan Tuntutan Ekonomi Islam
o Ekonomi Islam penting dilaksanakan dalam sesebuah Negara:
• Bagi menjamin pembangunan yang seimbang serta keadilan dari segi
pemerolehan dan pengagihan harta dalam kalangan rakyat.

o Matlamat pembangunan sistem ekonomi dalam Islam :
• Untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

o Keistimewaan sistem ekonomi umat Islam:
• Sistem yang lengkap dan menyeluruh berpandukan ajaran dan wahyu
Allah SWT.
• Bermotifkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
• Menggabungkan antara aktiviti ekonomi dengan akidah Islam agar
mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
• Berteraskan nilai dan akhlak Islam seperti jujur dan amanah.
• Memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan asas(daruriyyat)
dan keperluan (hajiyyat) berbanding barang mewah(tahsiniyyat).

o Kesan pengabaian sistem ekonomi Islam :
• Matlamat Negara yang baik dan mendapat pengampunan Allah SWT
tidak akan tercapai kerana tidak mengikut syariat Islam.
• Amalan riba berleluasa menyebabkan golongan pemodal semakin
kaya manakala golongan miskin semakin tertindas.
• Nilai-nilai moral semakin terhakis serta akan berleluasa seperti gejala
rasuah , penipuan dan eksploitasi ekonomi.
• Pengagihan harta yang tidak adil dan pemilikan harta yang hanya
tertumpu kepada kelompok kelas atasan sahaja menyebabkan
ekonomi Islam tidak berkembang.
• Ekonomi sesebuah Negara akan hancur dan keharmonian hidup
masyarakat akan terjejas kerana pengagihan dan pemilikan harta
yang tidak emngikut syariat Islam.

NORASAH/CAH 7

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Sistem ekonomi Konvensional:
• Maksud sistem ekonomi konvensional:
- Sistem ekonomi yang ditentukan oleh manusia dan tidak
mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal dan berubah
mengikut ketentuan masyarakat.

o Jenis sistem ekonomi konvensional :

o Kapitalis Jenis Sistem Ekonomi Konvensional
o Komunis
o Sosialis • Berpaksikan akal fikiran manusia semata-mata.
o Campuran • Berasaskan kebebasan mutlak individu (laissez Faire).
• Sistem berasaskan riba.
• .berlaku ketidakadilan sosial dengan kewujudan jurang

pendapatan yang besar antara golongan pemodal dengan
rakyat biasa kerana amalan riba.

• Muncul akibat ketidakadilan pengagihan harta kekayaan
dalam masyarakat.

• Segala keputusan ekonomi dibuat oleh pemerintah.
• Pemilikan individu atas factor-faktor pengeluaran

dihapuskan.
• Semuanya diserah dan dimiliknegarakan secara total bagi

kepentingan masyarakat.

• Hasil pemikiran antara gabungan dasar dengan prinsip
antara kapitalis dengan komunis.

• Pemilikan individu dibuka dalam skop yang terhad.
• Keperluan individu akan ditentukan oelh tahap dan mutu

kerja yang telah disumbangkan.
• Sistem riba dikekalkan.

• Campuran antara sistem ekonomi yang mendokong
kebebasan dengan sistem sosialis.

• Ekonomi yang dibangunkan bersama-sama antara pihak
pemerintah dengan pihak swasta.

• Pemerintah melakukan pengawasan dalam
perekonomian, namun pihak swasta masih diberi
kebebasan untuk menentukan kegiatan-kegiatan ekonomi
yang ingin dijalankan.

• Sistem campuran menyarankan keperluan campur tangan
pemerintah secara aktif dalam kebebasan pihak swasta
untuk melaksanakan kegiatan ekonominya.

1.1.6 Tindakan Kepada Penyelesaian Persoalan Ekonomi Umat Islam
o Bentuk –bentuk ketidakadilan yang wajib dielakkan dalam ekonomi umat
Islam :
• Mengamalkan riba dalam memberi pinjaman.

• Menipu dalam sukatan timbangan.
• Memberi dan menerima rasuah.
• Menganggur dan tidak mahu bekerja.
• Melanggar hak cipta.

NORASAH/CAH 8

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

PELAJARAN 2 : SISTEM KEWANGAN ISLAM
1.2.1 Konsep Asas Muamalat dalam Islam

o Maksud muamalat :

• Hubungan antara manusia dengan manusia lain dalam segenap segi
kehidupan yang merangkumi kekeluargaan , ekonomi, politik,
pemerintahan, jenayah dan sebagainya.

o Maksud muamalat dalam sistem kewangan Islam :
• Tatacara urusan harian sesama manusia dalam memenuhi keperluan
masing-masing melibatkan transaksi kewangan berlandaskan syariat
Islam.

o Matlamat muamalah Islam :
• Mengawal manusia dalam menguruskan sistem ekonomi dan
kewangan mereka agar lahir masyarakat yang bersatu padu dan
saling menghormati.

o Prinsip-prinsip muamalat Islam :
• Kerelaan dalam berurus niaga untuk mengelak penipuan berlauku.
• Tidak mengandungi elemen haram seperti riba,gharar dan perjudian.
• Urus niaga tidak membawa kepada kerosakan terhadap sturktur
ekonomi dan social masyarakat.

o Ciri-ciri muamalat islam :
• Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis untuk mendapat keberkatan
daripada Allah SWT.
• Reda meredai dalam urusan antara kedua-dua belah pihak.
• Adil dan mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak.
• Tidak melakukan penipuan seperti manipulasi.

1.2.2 Jenis-jenis Muamalat Islam dan Cara-cara Pelaksanaannya.

o Jenis-jenis muamalat dan cara-cara pelaksanaannya:

Jenis – jenis muamalat Definisi Cara Pelaksanaan

Islam

• Al-Wadiah (Simpanan) o Mewakilkan sesuatu Simpan

barangan atau harta dibank.Sebagai

kepada pihak lain jaminan bank akan

untuk simpanan. mengembalikan wang

apabila diminta.

• Al-Mudarabah o Pelabur memberi Pemodal bersetuju

(Pelaburan) modal kepada untuk membiayai

pengusaha untuk sesuatu projek kepada

diperniagakan dan pengusaha.

ekuntungan akan Nisbah keuntungan

dibahagikan mengikut dipersetujui bersama.

perjanjian.

• Al-Murabahah (Jualan o Jual beli sesuatu Penjual menyatakan

penambahan untung) barangan dengan kos dan keuntungan

makluman harga kos yang dikehendakinya.

NORASAH/CAH 9

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

bersama-sama Pembayaran boleh

tambahan margin dilakukan semasa

keuntungan. penyerahan atau pada

masa yang

dipersetujui bersama.

• Al-Musyarakah o Akad antara dua orang Mendapatkan modal
(Syarikat) atau lebih untuk
berkongsi modal dan dari rakan kongsi
keuntungan dalam
sesuatu perniagaan. untuk memulakan

sesuatu perkongsian.

Keuntungan dan

kerugian ditanggung

bersama berdasarkan

modal masing-masing

seperti mana yang

telah dipersetujui.

• Ar-Rahnu (Gadaian) o Proses menyerahkan Menggadaikan barang
harta sebagai cagaran
untuk mendapatkan kemas di pejabat ar-
hutang.
rahnu bagi

mendapatkan wang.

Pihak ar-rahnu akan

memberi surat

gadaian bagi menebus

kembali barang

gadaian dalam masa

yang ditetapkan.

• Al-Ijarah (Sewa- o Perjanjian yang Pemberi sewa dengan
menyewa)
membolehkan rela melakukan

seseorang mengambil akad(kontrak) bagi

faedah atau manfaat menyewakan

daripada milik orang rumahnya(contoh)

lain dengan harga yang

ditetapkan.(seperti

RM500 sebulan).

• Al-Bai’Bithaman Ajil o Penjualan barangan Membuat pinjaman

(Jualan dengan berasaskan bank untuk membiayai

bayaran tertangguh) pembayaran pembelian sebuah

tertangguh pada harga kereta.

tertentu secara Pihak bank menjual

ansuran atau sekali semula kereta

gus mengikut tempoh tersebut dengan harga

yang telah ditetapkan. pokok dan

keuntungan.

Membayar kepada

pihak bank secara

tertangguh mengikut

tempoh masa yang

telah ditetapkan.

• Takaful(Insurans Islam) o Pelan perlindungan Menyertai skim takaful

berdasarkan prinsip dnegan melakukan

syariah melalui bayaran secara

NORASAH/CAH 10

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

caruman sejumlah bulanan kepada

wang yang akan syarikat takaful.

disalurkan kepada Sebahagian wangnya
didermakan (tabarru’)
pihak yang mengalami

kemudaratan atas kepada pihak yang

dasar ta’awun dan ditimpa musibah atas

tabarru’. dasar prinsip tolong

menolong (taawun).

❖ Glosari
Margin :
▪ Perbezaan antara dua jumlah.

Ta’awun:
▪ Tolong menolong antara rakan peserta skim takaful
yang ditimpa musibah tertentu.

Tabarru’:
▪ Peserta skim takaful mendermakan sebahagian atau
keseluruhan wang sumbangan yang dibayar semasa
menyertai skim takaful

o Perbezaan dan persamaan jenis –jenis muamalat :

Jenis muamalat Perbezaan Persamaan
o Al-Wadiah
o Al-Mudarabah ▪ Simpanan pemilik dijamin dan Simpanan dan
pelaburan
o Al-Musyarakah tiada sebarang keuntungan
Persamaan
dijanjikan.
Kontrak jual
▪ Pemodal berpotensi mendapat beli.

keuntungan yang tinggi, namun

berisiko menerima kerugian

yang tinggi juga.

▪ Keberhasilan syarikat

menentukan keuntungan atau

kerugian pemodal.

Jenis muamalat Perbezaan
o Al-Murabahah ▪ Penjualan barangan dengan

o Al-Bai’ makluman kos bersama-sama
Bithaman Ajil tambahan margin keuntungan.
▪ Jual beli barangan dengan
bayaran tertangguh sama ada
secara ansuran atau sekali gus.

NORASAH/CAH 11

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

Jenis muamalat Perbezaan Persamaan
o Al-Rahnu ▪ Pembiayaan wang dengan
Membantu
o Al-Ijarah menjadikan barang yang berharga orang yang
sebagai cagaran. memerlukan
▪ Pemilikan manfaat barangan atau pembiayaan
perkhidmatan dengan bayaran tunai segera
sewaan. atau
perkhidmatan.

1.2.3 Peranan Institusi Kewangan Islam dalam Mengurus Muamalat Islam
o Sejarah Institusi Kewangan Islam pada Zaman Rasulullah SAW:
• Institusi kewangan Islam telah wujud pada zaman Rasulullah SAW.
• Institusi baitulmal telah ditubuhkan untuk mengumpul harta Negara
seperti zakat, jizyah, ghanimah, fai’ dan sebagainya.
• Harta tersebut diagihkan kepada orang miskin, anak yatim dan
golongan yang memerlukan.

o Institusi Kewangan Islam di Malaysia:
• Perbankan Islam
• Tabung Haji
• Takaful
• Zakat
• Wakaf
• Baitulmal

❖ Glosari
Jizyah :
▪ Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang
menetap dan berlindung dalam sebuah negara Islam.

Ghanimah:
▪ Harta rampasan dalam peperangan.

Fai’:
▪ Harta yang dikuasai daripada orang bukan Islam tanpa
melalui jalan perang.

NORASAH/CAH 12

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Peranan Institusi-institusi Kewangan Islam:

Institusi Kewangan Huraian Peranan
Islam
• Institusi yang diwujudkan ▪ Menyediakan
o Perbankan
Islam untuk menyediakan urusan perbankan

o Tabung Haji kemudahan dan Islam yang patuh

o Takaful perkhidmatan bank syariah.
khususnya kepada umat ▪ Mempromosikan
o Zakat
Islam dengan cara yabg produk-produk
o Wakaf
patuh syariah. kewangan Islam.

• Sebuah badan berkanun ▪ Menyediakan

yang ditubuhkan pada kemudahan

tahun 1963 dan ditadbir menyimpan wang

berdasarkan Akta Tabung untuk menunaikan

Haji 1995( Akta 535) haji kepada

pendeposit.

▪ Menjalankan

aktiviti pelaburan

bagi memberi nilai

tambah kepada

pelanggannya.

• Industri takaful di ▪ Menyediakan

Malaysia berkembang sistem perlindungan

pesat selaras dengan yang patuh syariah

perkembangan industri dalam hal ehwal

perbankan Islam. insurans Islam.
▪ Persediaan

menghadapi

malapetaka

kewangan yang

memberi kesan dan

risiko besar kepada

kehidupan seperti

kematian dan sakit

kritikal.

• Institusi awam yang ▪ Mengutip zakat

ditubuhkan untuk daripada pembayar

mewujudkan sistem zakat.
pengurusan zakat yang ▪ Mengagihkan

lebih bersistematik. zakat secara efisien

dan adil kepada

asnaf zakat.

• Pengurusan dan ▪ Memastikan harta

pentadbiran wakaf wakaf ditadbir

diletakkan di bawah majlis dengan baik dan

Agama Islam setiap efisien supaya

negeri yang merupakan masyarakat Islam

pemegang tunggal mendapat faedah

NORASAH/CAH 13

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

kepada semua harta daripada harta

wakaf di Malaysia. wakaf di Malaysia.
▪ Memegang

amanah kesemua

harta wakaf.

o Baitulmal • Menguruskan harta orang ▪ Menerima

Islam yang ditadbir oelh pelbagai sumber

Majlis Agama Islam kewangan dan

Negeri mengikut Undang- harta secara

undang Pentadbiran terkumpul oleh

Agama Islam Negeri. Negara seperti

zakat, harta

wakaf,cukai dan

lain-lain.
▪ Membahagikan

semula manfaatnya

kepada rakyat

secara adil.

1.2.4 Kepentingan Pelaksanaan Muamalat Islam dan Pengurusan Institusi

Kewangan Islam dalam Kehidupan
o Kepentingan pelaksanaan muamalat Islam:

o Individu • Mendapat ganjaran pahala kerana menuruti
o Masyarakat muamalat Islam yang berteraskan wahyu.
o Negara
• Memperoleh jaminan keadilan dalam sistem
kewangan Islam.

• Dapat saling mengenali dan mengeratkan
silaturahim untuk memajukan ekonomi Negara.

• Masyarakat hidup dalam suasana bantu
membantu melalui sistem ta’awundan tabarru’

• Ekonomi Negara dalam keadaan baik kerana
diredai oleh Allah SWT.

• Pendapatan dan pengagihan harta Negara dapat
dilaksanakan dengan baik dan efisien.

NORASAH/CAH 14

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Keburukan tidak bermuamalat dengan muamalat Islam:

o Individu • .Dilaknat oleh Allah SWT kerana ingkar suruhan
o Masyarakat syariat.
o Negara
• Jiwa menjadi resah kerana takut harta ditipu oleh
orang lain.

• Dibenci masyarakat kerana melakukan
penindasan.

• Melahirkan individu yang tamak kerana
mementingkan diri sendiri.

• Masyarakat berpecah belah kerana hilang
semangat tolong menolong.

• Masyarakat tidak aman kerana berlaku
permusuhan.

• Berlaku penindasan dalam masyarakat seperti
riba.

• Masyarakat akan bersikap prejudis antara satu
sama lain yang menyebabkan ekonomi mundur.

• Ekonomi merosot kerana tidak diberkati Allah
SWT.

• Wujudnya jurang ekonomi yang ketara antara
golongan kaya dengan miskin.

• Negara akan terjebak dalam krisis hutang yang
tinggi akibata sistem riba.

• Para pelabur kurang yakin untuk melakukan
pelaburan di dalam Negara.

1.2.5 Amalan Muamalat dan Aktiviti Kewangan Islam
o Amalan muamalat dan aktiviti kewangan Islam:
• Berjual beli dengan jujur dan amanah.
• Sewa menyewa dengan kontrak yang dipersetujui bersama.
• Mendapatkan pembiayaan dengan serahan barang cagaran untuk
membantu menyelesaikan masalah kewangan.
• Membuka akaun simpanan menggunakan sistem perbankan Islam
untuk mengelakkan riba.
• Menggunakan produk takaful dalam kehidupan.
• Melabur wang dalam skim pelaburan patuh syariah.

o Langkah menggalakkan masyarakat bermuamalat dengan muamalat Islam:
• Memberi didikan agama khususnya berkaitan ekonomi dan kewangan
Islam dalam system pendidikan Negara.
• Memberikan penerangan melalui media massa supaya masyarakat
tahu kebaikan bermuamalat dengan muamalat Islam.
• Mengembangkan kemudahan perbankan secara menyeluruh seperti
di kawasan kampung dan pendalaman.
• Mengemaskinikan sistem muamalat Islam supaya boleh menarik
minat masyarakat.

NORASAH/CAH 15

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

TEMA 2:
SISTEM PERUNDANGAN
DAN KEHAKIMAN ISLAM

NORASAH/CAH 16

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

2.1.1 Konsep Asas Sistem Perundangan Islam
o Maksud perundangan Islam :
• Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia
dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada yang berkaitan dengan
akidah , ibadat, akhlak, muamalat , munakahat dan jenayah demi
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
o Asas sistem perundangan Islam :
• Pencegahan
▪ Mencegah berulangnya perbuatan jenayah daripada terus
berlaku.
▪ Memberi amaran kepada mereka yang berniat untuk
melakukan kesalahan.
• Pembalasan
▪ Membalas perbuatan jahat dengan hukuman yang adil.
▪ Mengelak wujudnya perasaan dendam apabila sesuatu
keputusan diumumkan.
• Pemulihan
▪ Mendidik pesalah supaya insaf daripada kesalahan.
▪ Mengubah diri supaya taat kepada ajaran agama.
o Sumber utama sistem perundangan Islam :
• Al-Quran
• Al-Hadis
• Al-Ijmak
• Al-Qias

2.1.2 Keunggulan Sistem Perundangan Islam
o Keunggulan sistem perundangan Islam :
• Ciptaan Allah SWT yang bersih daripada sebarang kelemahan ,
kekurangan dan dorongan hawa nafsu.
• Lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia kerana
datangnya dari Allah SWT.
• Hukuman yang adil tanpa mengira pangkat dan keturunan agar
keharmonian terjaga.
• Sesuai untuk semua manusia tanpa mengira kaum, tempat dan
zaman.
• Bersifat tetap dan kekal sehingga hari kiamat tanpa berlaku
perubahan.
• Hukuman bersifat memberi pengajaran supaya penjenayah tidak
mengulangi kesalahan yang sama.
• Mendidik jiwa manusia supaya takut akan pembalasan Allah SWT.

NORASAH/CAH 17

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

2.1.3 Matlamat Sistem Perundangan Islam
o Matlamat sistem perundangan Islam:
• Memelihara Agama
• Memelihara Nyawa
• Memelihara Akal
• Memelihara Keturunan
• Memelihara Harta

o Cara Islam memelihara agama :
• Menyuruh umatnya patuh kepada perintah Allah SWT supaya hidup
diberkati.
• Menyuruh umatnya menjauhi larangan Allah SWT untuk mengelakkan
dosa.
• Melarang perbuatan syirik supaya akidah terpelihara.
• Mensyariatkan hukuman yang tegas kepada orang murtad supaya
agama tidak tercemar.

o Cara Islam memelihara nyawa :
• Menyuruh umatnya menjaga kesihatan diri seperti makan makanan
yang halal dan baik.
• Melarang umatnya terlibat dengan kegiatan yang membahayakan diri
seperti lumba haram.
• Melarang perbuatan bunuh diri dan orang lain kerana ia berdosa
besar.
• Mensyariatkan hukuman qisas kepada pembunuh supaya wujud
keadilan.

o Cara Islam memelihara akal:
• Menyuruh umatnya menuntut ilmu supaya pemikiran berkembang.
• Melarang umatnya melakukan perkara yang merosakkan akal seperti
membaca bahan lucah.
• Melarang perbuatan minum arak dan menyalahgunakan dadah
kerana perkara tersebut boleh merosakkan akidah.
• Mensyariatkan hukuman sebat 40 kali kepada peminum arak supaya
timbul keinsafan.

❖ Glosari
Syirik :
▪ Perbuatan menyediakan Allah SWT dalam sebarang
bentuk sama ada melalui perbuatan, perkataan dan
iktikad dengan menjadikan sesuatu yang lain sekutu
bagi Allah SWT.

NORASAH/CAH 18

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Cara Islam memelihara keturunan :
• Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan zuriat yang sah.
• Menetapkan golongan wanita yang haram dikahwini seperti
diharamkan berkahwin dengan ibu dan adik perempuan.
• Mengharamkan perbuatan zina, liwat, lesbian dan gay kerana boleh
merosakkan keturunan.
• Mensyariatkan hukuman sebat 100 kali bagi penzina belum berkahwin
atau rejam sampai mati bagi penzina sudah berkahwin supaya
masyarakat mengambil iktibar.

o Cara Islam memelihara harta:
• Menggariskan peraturan pemilikan harta supaya harta dimilki secara
halal dan sah.
• Menawarkan pelbagai jenis muamalat Islam supaya manusia dapat
menjalankan kegiatan ekonomi yang adil.
• Melarang perbuatan menceroboh harta orang lain seperti mencuri,
merompak , memeras ugut dan rasuah.
• Mensyariatkan hukuman potong pergelangan tangan kepada pencuri
supaya masyarakat takut untuk melakukan jenayah mencuri.

o Cara merealisasikan system perundangan Islam dalam kehidupan :
• Mengamalkan cara hidup Islam supaya diberkati Allah SWT.
• Berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT kerana Allah SWT
mengetahui perkara yang terbaik untuk manusia.
• Melaksanakan segala perintah Allah SWT seperti menunaikan solat
lima waktu.
• Meninggalka segala larangan Allah SWT supay hidup tidak terpesong
dari kebenaran.
• Sentiasa mengamalkan akhlak mulia supaya kehormatan diri
terpelihara.

2.1.4 Kepentingan Melaksanakan Sistem Perundangan Islam dalam Kehidupan
o Kepentingan melaksanakan sistem perundangan Islam dalam kehidupan :
• Menjaga akidah umat Islam daripada terpesong seperti unsur-unsur
syirik dan kufur.
• Menjamin keselamatan diri daripada perbuatan yang membahayakan
nyawa.
• Memastikan akal manusia terpelihara daripada perkara-perkara yang
merosakkan pemikiran.
• Melahirkan zuriat yang halal hasil daripada perkahwinan yang
menurut syarak.
• Memperoleh harta secara halal tanpa berlaku pencerobohan harta.

o Kesan pengabaian pelaksanaan sistem perundangan Islam :
• Merosakkan akidah seperti berlaku perkara syirik.
• Mengancam keselamatan nyawa seperti berlakunya pembunuhan.
• Merosakkan akal melalui perbuatan minum arak.
• Merosakkan keturunan manusia seperti kelahiran anak luar nikah.
• Mewujudkan sistem ekonomi yang hram seperti amalan riba.

NORASAH/CAH 19

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

2.1.5 Tindakan Pematuhan Perundangan Islam Dalam Kehidupan
o Tindakan pematuhan perundangan Islam dalam kehidupan :
• Mempelajari ilmu agama:
Dapat memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT agar kehidupan diberkati.
Dapat menggelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara
yang merosakkan akidah.
• Memakan makanan yang halal :
Dapat membentuk akal fikiran dan minda yang cerdas.
Dapat menjamin kesihatan tubuh badan daripada dijangkiti
penyakit.
• Memakai pakaian yang menutup aurat:
Dapat menjaga maruah diri daripada perkara-perkara maksiat.
Menjauhkan diri daripada maksiat dan kemungkaran seperti
perbuatan zina.
• Mematuhi undang-undang jalan raya :
Dapat menjaga keselamatan ketika menaiki kenderaan agar
tidak berlaku kemalangan.
Dapat mengelakkan kecederaan parah jika ditimpa
kemalangan.
• Mengamalkan muamalat Islam:
Dapat memperoleh harta yang halal mengikut syariat Islam.
Dapat menggelakkan amalan rasuah dan pecah amanah yang
boleh mencemarkan maruah diri.

NORASAH/CAH 20

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.1 Konsep Asas Sistem Kehakiman Islam

o Maksud kehakiman atau al-Qadha dari segi bahasa :
• Menghukum , menyelesaikan , menetapkan , memutuskan , dan
mencegah.

o Maksud kehakiman atau al-Qadha dari sudut syarak :
• Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua pihak atau lebih
melalui proses undang-undang berdasarkan hukum syarak.

o Kehakiman pada zaman Rasulullah SAW dan kehakiman pada zaman
Khulafa Ar-Rasyidin :

Zaman Rasulullah SAW • Rasulullah SAW sebagai ketua Negara , ketua
agama dan juga ketua hakim.
Zaman Khulafa Ar-
Rasyidin • Peringkat awal, kes-kes kehakiman
diselesaikan sendiri oleh Rasulullah SAW.

• Apabilla wilayah Islam berkembang, Rasullah
SAW melantik dan menghantar beberapa
orang sahabat menjadi gabenor merangkap
sebagai hakim.

• Seperti Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muaz
bin Jabal r.a ke Yaman.

• Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a meneruskan
kuasa kehakiman seperti pada zaman
Rasulullah SAW.

• Sayidina Umar bin al-Khattab menubuhkan
sebuah badan khas untuk mentadbir urusan
kehakiman bagi menangani permasalahn yang
timbul.

• Sayidina Uthman bin Affan r.a memberi saraan
kepada hakim hasil daripada peruntukan khas
simpanan baitulmal .

• Sayidina Ali bin Abi Talib r.a mengekalkan
hakim yang dilantik oleh Sayidina Uthman bin
Affan r.a.

NORASAH/CAH 21

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Tujuan prinsip-prinsip kehakiman Islam :
• Bagi menjamin keadilan dan menghapuskan kezaliman.

o Prinsip-prinsip kehakiman Islam :
• Merujuk kepada wahyu rabbani :
Iaitu sumber asas kehakiman Islam adalah daripada wahyu
Allah SWT.
Sebarang keputusan dan tindakan hakim mestilah berasaskan
panduan al-Quran dan al-Hadis agar keadilan dapat dipelihara.
• Menegakkan keadilan dan menentang kezaliman :
Tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang bagi
memastikan kezaliman dapat dihapuskan.
• Menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran :
Dengan pelaksanaan hukuman yang bersifat pencegahan ,
pembalasan dan pemulihan terhadap masyarakat daripada
melakukan perbuatan jenayah.
• Mengamalkan adab dan akhlak Islam:
Bagi menjunjung dan memelihara nilai-nilai murni dalam
masyarakat supaya tidak dicemari dengan perbuatan
mazmumah.

2.2.2 Matlamat Sistem Kehakiman Islam
o Matlamat sistem kehakiman Islam :
• Menegakkan keadilan tanpa mengira darjat, pangkat atau keturunan.
• Menentang kezaliman yang boleh menggugat keamanan hidup
masyarakat.
• Membela orang yang dizalimi demi menegakkan keadilan agar
maruah, harta benda dan nyawa mereka dikembalikan haknya.

2.2.3 Jenis Kesalahan Jenayah dan Hukumannya
o Klasifikasi hukuman jenayah dalam Islam :

Klasifikasi hukuman jenayah dalam Islam

Maksud • Kesalahan dan hukuman mengikut

ketetapan syarak yang wajib

dilaksanakan sebagai menunaikan hak

Allah SWT.

Hudud Kesalahan Hukuman
▪ Zina ✓ Belum berkahwin : disebat 100 kali.
✓ Telah berkahwin : Direjam sampai mati.
▪ Qazaf
▪ Minum arak ✓ Disebat 80 kali.
▪ Mencuri ✓ Disebat 40 kali.
▪ Merompak
✓ Dipotong pergelangan tangan.
✓ Menganggu ketenteraman awam :

Dipenjara atau dibuang daerah.
✓ Merampas harta tanpa membunuh :

Tangan dan kaki dipotong secara

bersilang.
✓ Merampas harta dan membunuh :

Dibunuh dan dipalang.

NORASAH/CAH 22

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

❖ Glosari

Qazaf :
▪ Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa

membawa empat orang saksi.

Murtad :
▪ Orang yang dikeluar daripada agama Islam, sama ada

melalui perbuatan, perkataan atau niat.

Klasifikasi hukuman jenayah dalam Islam

Maksud • Kesalahan dan hukuman mengikut

ketetapan syarak yang wajib

dilaksanakan bagi menunaikan hak

manusia yang dizalimi secara fizikal.

** keputusan boleh diubah sekiraya

pihak yang menuntut bela

memaafkannya dan diganti dengan

bayaran diat**.

Qisas Kesalahan Hukuman

▪ Membunuh dengan ✓ Dibalas bunuh.

sengaja. ✓ Dibalas cedera sebagaimana
▪ Mencederakan

anggota badan kecederaan mangsa.

Klasifikasi hukuman jenayah dalam Islam

Maksud • Kesalahan dan hukuman yang

tidak ditetapkan oleh syarak dan

diserahkan kepada budi bicara

hakim untuk memutuskannya.

Kesalahan Hukuman

▪ Kesalahan-kesalahan ✓ Nasihat /teguran
✓ Ancaman /pemualauan
hudud dan qisas yang ✓ Pengisytiharan umum
✓ Denda/merampas harta(sita)
Takzir tidak cukup bukti untuk ✓ Sebat
✓ Buang daerah
dikenakan hukuman ✓ Penjara.

hudud dan qisas
▪ Kesalahan-kesalahan

khalwat dan mencuri yang

tidak cukup nisab.
▪ Perbuatan mengganggu

ketenteraman awam

eperti menipu, rasuah,

berjudi, kesalahan jalan

raya, penyalahgunaan

dadah dan sebagainya..

NORASAH/CAH 23

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

➢ Informasi :
Nisab jenayah mencuri ialah kadar minimum harta
curian yang boleh dijatuhkan hukuman potong
pergelangan tangan . Nisabnya ialah sebanyak ¼
dinar bersamaan 1.06 gram emas.

Klasifikasi hukuman jenayah dalam Islam

Jenis diat Keterangan Kadar Diat
Diat berat ▪ Membunuh dengan • 100 ekor unta ditanggung
Diat Ringan
sengaja yang ada niat oleh pembunuh

membunuh sepenuhnya dan mesti
▪ Waris mangsa tidak mahu dibayar segera..

qisas dijalankan dan

menukar dengan diat.

▪ Membunuh dengan tidak • 100 ekor unta
sengaja tetapi seolah –
ditanggung oleh waris

olah sengaja. pembunuh dan boleh
▪ Contoh : seseorang dibayar secara

memukul orang lain beransur-ansur selama

dengan rotan , lalu mati. tiga tahun.

▪ Membunuh dnegan tidak • 100 ekor unta yang

sengaja . ditanggung oleh waris
▪ Contoh : seorang pembunuh dan boleh

pemburu tertembak dibayar beransur-ansur

orang lain yang disangka selama tiga tahun.

seorang rusa. • Dibahagikan kepada

lima jenis unta :
✓ 20 ekor unta betina

berumur setahun ke

atas.
✓ 20 ekor unta jantan

berumur dua tahun

ke atas.
✓ 20 ekor unta betina

berumur dua tahun

ke atas.
✓ 20 ekor unta betina

berumur tiga tahun

ke atas.
✓ 20 ekor unta betina

berumur empat

tahun ke atas.

NORASAH/CAH 24

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

➢ Informasi :
Sayidina Umar bin al-Khattab r.a pernah menetapkan
bayaran diat bagi mereka yang tidak mempunyai unta
boleh dibayar dengan emas, perak, lembu, kambing
dan pakaian.
Pada masa kini kadar diat ditentukan mengikut nilai
harga semasa.

o Prosedur keterangan untuk mensabitkan kesalahan :

Prosedur keterangan untuk mensabitkan kesalahan

o Pengakuan • Pengakuan yang jelas daripada orang yang telah

melakukan kesalahan.

• Pengakuan dibuat secara bebas dan waras tanpa

paksaan daripada mana-mana pihak.

o Kesaksian • Saksi mesti :
▪ Baligh
▪ Sempurna akal
▪ Adil
▪ Amanah
▪ Bebas daripada sebarang keraguan

• Saksi tidak bermusuh dengan orang yang didakwa.

• Bilangan saksi sekurang-kurangnya dua orang lelaki

atau seorang lelaki dan dua orang perempuan yang adil

bagi sesetengah kes.

• Bagi kes penzinaan, saksinya ialah empat orang lelaki.

o Pembuktian • Kesalahan boleh disabitkan apabila dapat dibuktikan

melalui bahan atau alat tertentu berkaitan kes.

• Contoh ; ujian asid deoksiribonukleik(DNA), senjata,

kesan jari dan sebagainya.

2.2.4 Syarat Pelantikan, Etika dan Peranan Hakim.
o Syarat pelantikan Hakim :

• Islam dan beriman :
▪ Iaitu hakim perlu memahami hukum –hakam islam dan

mempunyai keimanan yang kuat agar dapat mempraktikkan

syariat Islam dalam perbicaraan.

• Baligh dan berakal :
▪ Tugas hakim memerlukan pemikiran yang matang dan tajam

supaya keputusan yang dibuat bertepatan dengan kebenaran.

NORASAH/CAH 25

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

• Adil :
▪ Seseorang hakim perlu mematuhi hukum-hakam syariat Islam,
tidak melakukan dosa besar atau melazimi dosa kecil,
mempunyai akhlak yang baik dan menjauhi maksiat.

• Berilmu dan bijaksana:
▪ Hakim mestilah boleh berijtihad , mampu memahami nas-nas
syarak dan menguasai ilmu-ilmu kehakiman serta
berpandangan jauh supaya hakim dapat membuat keputusan
yang bijak.

• Sempurna pancaindera :
▪ Hakim mestilah sempurna pancaindera seperti memiliki
pendengaran yang baik, penglihatan yang jelas dan
percakapan yang fasih supaya hakim dapat melaksanakan
tugasnya dengan sempurna.

❖ Glosari
Ijtihad :
▪ Usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baharu
melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber
dan kaedah yang sah (dalam kaitannya dengan agama
Islam)

o Etika hakim :
• Menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama setimpal dengan
kesalahan tanpa mengira kedudukan dan pangkat supaya
kewibawaan hakim dipandang tinggi.
• Menjatuhkan hukuman dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan
marah supaya tidak tersalah membuat keputusan.
• Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu kepada pesalah setelah
cukup bukti dan saksi supaya jenayah dapat dibendung.
• Membebaskan tertuduh jika didapati terdapat keraguan dari segi bukti
dan hujah supaya tidak berlaku penganiayaan kepada tertuduh.

❖ Nilai Penghayatan :
Sentiasa mengamalkan sikap jujur dan adil dalam
setiap keputusan dan tindakan.

NORASAH/CAH 26

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

2.2.5 Kepentingan Melaksanakan Sistem Kehakiman Islam
o Kepentingan melaksanakan sistem kehakiman Islam :
• Mampu menyelesaikan permasalahan manusia secara menyeluruh
agar keadilan dapat dilaksanakan.
• Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam Negara agar hidup
dalam aman dan damai.
• Menegakkan amar makruf dalam masyarakat supaya mengikut syariat
Islam.
• Membendung perkara mungkar dan jenayah daripada berleluasa
seperti merompak dan kes ragut.
• Mewujudkan keadilan sejagat bagi membentuk masyarakat yang
harmoni.
• Mengembalikan hak kepada orang yang dizalimi agar dapat
meneruskan kehidupan.
• Memberi pengajaran dan didikan kepada penjenayah daripada
melakukan kesalahan yang telah dilakukan.

o Kewajipan mematuhi tuntutan pelaksanaan kehakiman Islam :
• Menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan utama
dalam mengendalikan kes supaya tindakan yang diambil tidak
menyalahi syarak.
• Melaksanakan etika kehakiman Islam secara menyeluruh supaya
matlamat untuk mewujudkan keamanan masyarakat tercapai.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan.
• Melantik orang yang berkelayakan sebagai hakim seperti memiliki
sifat amanah.

o Cara menjauhi diri daripada perbuatan jenayah :
• Mematuhi peraturan agama :
▪ seperti menunaikan solat dan menutup aurat
▪ bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT.
▪ bagi mewujudkan perasaan takut akan pembalasan Allah SWT.
• Menuntut ilmu yang bermanfaat
▪ seperti ilmu fardu ain dan fardu kifayah
▪ bagi mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.
▪ bagi memperoleh kejayaan dalam hidup.
• Mengisi masa dengan perkara berfaedah :
▪ seperti membaca dan beriadah
▪ bagi menghalang daripada melakukan perbuatan sia-sia.
▪ untuk menambah pahala dan keberkatan hidup.
• Memilih rakan yang baik :
▪ seperti rakan yang sentiasa berakhlak mulia.
▪ yang akan mengajak untuk melakukan kebaikan.
▪ supaya dapat mewujudkan ukhwah sesama rakan.

NORASAH/CAH 27

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM
2.2.6 Tindakan Yang Menyokong Institusi Perundangan

o Tindakan yang menyokong institusi perundangan :
• Meningkatkan tahap profesionalisme pendukung institusi kehakiman
Islam melalui kursus dan seminar supaya kewibawaan dipandang
tinggi oelh masyarakat.
• Menyebarluaskan ilmu dan kefahaman tentang institusi kehakiman
Islam kepada masyarakat melalui seminar atau penerangan menerusi
media sosial.
• Memperbanyak kajian dan penulisan ilmiah berkaita institusi
kehakiman Islam untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada
masyarakat.
• Mengadakan lawatan sambil belajar ke mahkamah syariah untuk
memperoleh maklumat tentang prosedur perbicaraan di mahkamah.

NORASAH/CAH 28

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

TEMA 3:
SISTEM PENTADBIRAN
DAN PEMERINTAHAN

ISLAM

NORASAH/CAH 29

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

PELAJARAN 5 : SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM
3.1.1 Konsep Asas Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam

o Maksud pentadbiran :
• Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan
untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan.

o Maksud pengurusan :
• Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam
untuk kebajikan manusia.

o Maksud pentadbiran dan pengurusan :
• Perancangan dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung
dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas dalam
pengolahan sumber manusia dan sumber alam selari dengan
tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.

➢ Informasi :
Pentadbiran merupakan sebahagian daripada
pengurusan.
Pengurusan bersifat lebih umum berbanding
pentadbiran.

o Pentadbiran dan pengurusan zaman Rasulullah SAW:
• Islam dijadikan dasar pentadbiran dan pengurusan Negara yang
utama.
• Syura dijadikan salah satu kaedah yang digunakan dalam
menguruskan pentadbiran.
• Piagam Madinah dijadikan sebagai perlembagaan pentadbiran dan
pengurusan.
• Akidah Islamiah dijadikan pegangan dalam urusan pentadbiran
menggantikan semangat ‘asabiyyah.

o Pentadbiran dan pengurusan zaman Khulafa Ar-Rasyidin:
• Sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura , iaitu keputusan
yang dibuat berdasarkan suara ilmuan, pakar bidang tertentu dan
suara majority.
• Khalifah adalah ketua eksekutif dan perundangan yang merupakan
panglima tertinggi dalam pentadbiran.
• Pentadbiran setiap wilayah diketuai oleh gabenor yang dibantu oleh
setiausaha dan pegawai tertentu di jabatan seperti :
✓ Setiausaha tentera
✓ Pegawai polis (Sahib al-Syurtah)
✓ Pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)
✓ Pegawai perbendaharaan Negara (Bait al-Mal)
✓ Kadi

NORASAH/CAH 30

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

• Institusi baitulmal didirikan pada peringkat pusat dan setiap wilayah
bagi mengendalikan urusan kewangan seperti urusan pendapatan
dan perbelanjaan Negara.

❖ Glosari
‘Asabiyyah :
▪ Perasaan taasub perkauman.

3.1.2 Prinsip – prinsip Tadbir Urus dalam Islam
o Prinsip-prinsip tadbir urus dalam Islam :
• Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis yang merupakan rujukan
utama.
• Bermatlamatkan dunia dan akhirat bagi kesejahteraan umat manusia.
• Pentadbir sebagai pemegang amanah untuk menguruskan Negara.
• Berasaskan keimanan kepada Allah SWT untuk mendapat
keberkatanNya.
• Berteraskan nilai-nilai akhlak yang mahmudah.
• Urusan pentadbiran dijalankan berdasarkan konsep syura yang
diamalkan pada zaman Rasulullah dan zaman Khulafa.
• Mengamalkan konsep keadilan dalam pentadbiran bagi mewujudkan
keamanan.

➢ Informasi :
Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab
r.a, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan
berfungsi secara formal.

❖ Nilai Penghayatan :
Walaupun manusia diberikan kuasa dan dilantik
sebagai ketua, pentadbir atau pemimpin , kuasanya
masih terhad kerana kuasa mutlak yang sebenar
hanyalah milik Allah SWT sepenuhnya.

NORASAH/CAH 31

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Ciri-ciri pentadbiran dan pengurusan Islam :
• Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis yang merupakan rujukan
utama.
• Mengamalkan konsep syura dalam pentadbiran seperti yang
diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.
• Melaksanakan keadilan untuk semua pihak.
• Memastikan hak kebebasan kepada setiap individu agar terpelihara
mengikut panduan syarak.
• Mengeratkan ukhuwah dalam pengurusan yang berteraskan nilai
akhlak.
• Mematuhi dan menghormati peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan dalam sesebuah organisasi.

❖ Glosari
Syura :
▪ Mesyuarat yang dijalankan bagi melakukan
pertimbangan secara kolektif dan membuat
keputusan yang paling berkualiti berdasarkan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

➢ Informasi :
Syura ialah setiap keputusan dicapai dalam
mesyuarat yang dijalankan.
Sistem syura ialah satu bentuk sistem yang
dijalankan dalam pemerintahan dan pentadbiran
Negara Islam.

o Etika tadbir urus Islam :
• Merujuk kepada panduan Islam bagi individu yang diberikan amanah
untuk mentadbir dan megurus sesebuah organisasi.

o Etika tadbir urus Islam :
• Integriti iaitu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.
• Efektif serta efisien dan konsisten dalam menghasilkan impak yang
cemerlang.
• Amar makruf dan nahi mungkar bagi membudayakan nilai murni
dalam tadbir urus.
• Sistematik dalam membuat perancangan dan pemantauan yang
berterusan.

NORASAH/CAH 32

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Ciri-ciri pentadbir dan pengurus yang baik:
• Beriman dalam melaksanakan pentadbiran dengan penuh ketakwaan
dan tanggungjawab.
• Beramanah dalam menjalankan tanggungjawabnya.
• Berwawasan untuk memajukan organisasi pentadbirannya.
• Ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan tulus dan
sepenuh hati.
• Berfikiran positif atau berfikiran terbuka terhadap perubahan ,
cadangan , teguran dan nasihat ke arah kebaikan.
• Berinovatif dalam menjana idea baharu kea rah kemajuan.
• Berdinamik iaitu berupaya menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi
untuk melaksanakan pembaharuan.
• Berintegriti dalam melaksanakan tadbir urus sesebuah masyarakat
dan Negara.

3.1.3 Kepentingan Melaksanakan Tadbir Urus dalam Sistem Pentadbiran dan

Pengurusan Islam
o Kepentingan melaksanakan Tadbir urus dalam sistem pentadbiran dan

pengurusan Islam:

Kepentingan melaksanakan Tadbir urus dalam sistem pentadbiran dan

pengurusan Islam

o Individu • Menimbulkan nilai keimanan dan ketakwaan kepada

Allah SWT dalam menguruskan sesuatu urusan.

• Menjaga hubungan baik antara ketua dengan ahli-

ahlinya bagi merancang sesuatu urusan.

• Menjalankan urusan dengan penuh amanah dan

tanggungjawab dalam mengendalikan pentadbiran

dan pengurusan.

o Organisasi • Memastikan kelancaran urusan pentadbiran

sesebuah organisasi dapat dilaksanakan dengan

baik.

• Menaikkan imej sesebuah organisasi kerana

mengikut landasan Islam.

• Menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan

dan muafakat untuk kebaikan semua.

o Negara • Mewujudkan pentadbiran Negara yang efisien dan

efektif yang menjadi contoh kepada Negara lain.

• Membolehkan segala urusan dilaksanakan secara

teratur dan menepati syarak agar dipandang tinggi

oleh Negara luar.

• Meneladani tadbir urus Negara seperti yang

dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

NORASAH/CAH 33

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

❖ Glosari
Efisien :
▪ Individu, organisasi , mesin dan lain-lain yang boleh
menjalankan tugas dengan cekap tanpa
pembaziran waktu dan tenaga.
Efektif :
▪ Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil
seperti diharap-harapkan.

o Kesan mentadbir dan mengurus mengikut syariat :
• Melaksanakan tanggungjawab dengan amanah untuk menghasilkan
sesuatu yang berkualiti.
• Mendapat ketaatan daripada orang bawahan kerana berlandaskan
syariat Islam.
• Mewujudkan persefahaman antara ketua dengan anak buah dalam
menguruskan sesebuah organisasi.
• Memajukan organisasi dan Negara untuk membantu kemajuan
sesebuah organisasi dan Negara.

o Kesan mentadbir dan mengurus tidak mengikut syariat :
• Mengabaikan amanah yang diberikan tanpa rasa bertanggungjawab
dalam menguruskannya.
• Hilang sokongan daripada orang bawahan kerana mengabaikan
syariat Islam.
• Berlaku pertelingkahan kerana tiada persefahaman dalam
menguruskan sesebuah organisasi.
• Menyebabkan kemunduran organisasi dan Negara kerana
mengabaikan sifat amanah dalam sesebuah pengurusan.

o Tindakan merealisasikan tadbir urus Islam dalam organisasi:
• Mengadakan mesyuarat dalam segala urusan untuk mencapai
keputusan yang terbaik.
• Menjaga kebajikan setiap pekerja untuk membantu masa depan
pekerja.
• Memberi kerjasama dalam menyelesaikan tugasan dengan amanah.
• Memberi penghargaan kepada staf cemerlang bagi meningkatkan
motivasi seseorang.

NORASAH/CAH 34

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

PELAJARAN 6 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
3.2.1 Konsep Asas Sistem Pemerintahan Islam

o Maksud sistem pemerintahan Islam :
• Satu kaedah pemerintahan sebuah Negara yang ditadbir berdasarkan
ajaran agama Islam serta melaksanakan syariat Islam.

o Ciri-ciri sistem pemerintahan Islam :
• Meletakkan Allah SWT sebagai pemegang kuasa yang mutlak
manakala manusia sebagai khalifah hanya pemegang amanah.
• Peranan umat Islam sebagai khalifah yang diamanahkan untuk
memakmurkan bumi.
• Mengamalkan syura dalam pemerintahan berdasarkan al-Quran dan
al-Hadis.
• Segala perkara yang diputuskan dan dilaksanakan dalam
pemerintahan bersesuaian dengan kehendak rakyat dan bertepatan
dengan syariat islam.
• Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar , iaitu menganjurkan
kebaikan serta mencegah daripadamelakukan kejahatan.
• Rakyat adalah golongan yang menyakini prinsip dan dasar Negara
Islam bagi mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
• Bebas daripada ikatan keturunan, warna kulit, kawasan geografi bagi
memastikan pemerintahan Islam dapat dilaksanakan mengikut syariat
Islam.
• Negara Islam mengutamakan penghayatan akhlak yang mulia dalam
semua aspek kehidupan.

o Sistem pemerintahan Islam di Madinah :
• Setibanya Rasulullah SAW di Madinah semasa peristiwa hijrah,
baginda membentuk Negara Islam yang pertama.
• Tindakan penting Rasulullah SAW sepanjang tempoh pemerintahan:
▪ Mengamalkan konsep syura
▪ Piagam Madinah

o Panduan dan iktibar konsep syura dalam sistem pemerintahan Islam yang
diamalkan oleh Rasulullah SAW:
• Isu tawanan Perang Badar :
▪ Rasulullah SAW berbincang dengan para sahabat seperti
Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Sayidina Umar bin al-
Khattab r.a.
▪ Rasulullah SAW mengikut pandangan Sayidina Abu Bakar r.a.
dan majority sahabat yang menyatakan supya tidak dibunuh
tawanan perang ketika itu.
• Lokasi Perang Uhud :
▪ Sebelum Perang Uhud, Rasulullah SAW bermesyuarat dengan
para sahabat untuk menentukan lokasi peperangan sama ada
berlaku di dalam atau di luar kota Madinah.
▪ Rasulullah SAW berpendapat agar peperangan berlaku di
dalam kota Madinah namun najoriti berpendapat sebaik-

NORASAH/CAH 35

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

baiknya peperangan berlaku di luar kota Madinah dengan
mengambil kira maslahah kepada umat Islam.
▪ Rasulullah SAW menerima pandangan tersebut dan
memutuskan agar peperangan berlaku di luar kota Madinah.
• Langkah memerangi tentera Ahzab:
▪ Rasulullah SAW berbincang dengan para sahabat langkah
yang perlu diambil sebelum tentera Ahzab menyerang dan
mengepung Madinah.
▪ Rasulullah SAW menerima cadangan Salman al-Farisi agar
menggali parit yang dalam di sekeliling Madinah.

❖ Nilai Penghayatan :
Sifat kepimpinan yang ditunjukkan pleh Rasulullah SAW
perlu dicontohi oleh para pemimpin hari ini. Baginda
menghormati pandangan ilmuan, pakar bidang dan majoriti
dalam membuat sesuatu keputusan.

o Piagam Madinah:
• Rasulullah telah membuat satu perjanjian dengan seluruh penduduk
madinah yang dikenali sabagai Sahifah al- Madinah (Piagam
Madinah) semasa awal pemerintahan Islam di Madinah.
• Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

o Aspek-aspek utama Piagam Madinah :
• Kepimpinan Negara :
Rasulullah SAW merupakan pemerintah dan ketua
Negara.
Baginda sentiasa dirujuk dalam menyelesaikan sebarang
masalah yang berlaku di dalam Negara.
• Perpaduan :
Menyatukan dan mendamaikan perhubungan antara suku
kaum di Madinah yang sebelum ini sering bertelagah.
• Pengiktirafan kepelbagaian kaum :
Setiap kaum diberikan hak masing-masing dari segi
ekonomi, politik dan sosial.
• Keselamatan :
Setiap kaum bertanggungjawab menjaga keamanan
Negara dan keharmonian antara kaum.
• Jaminan sosial:
Kebajikan dan keselamatan penduduk terjamin.
Setiap warganegara diberikan hak social untuk menikmati
kehidupan yang baik dan selesa.
• Kebebasan mengamalkan agama :
Masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum
diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-
masing dengan penuh toleransi.

NORASAH/CAH 36

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

• Penguatkuasaan undang-undang :
Undang –undang Islam diguna pakai dalam setiap
pentadbiran Negara dengan Rasulullah SAW sebagai
hakim tertinggi.

• Hak asasi manusia :
Setiap kaum di Madinah diberikan hak terhadap diri, harta
dan mendapatkan perlindungan.

• Tanggungjawab :
Setiap individu bertanggungjawab untuk melaksanakan
tuntutan yang termaktub dalam Piagam Madinah demi
merealisasikan keamanan dan keharmonian Negara.

• Hubungan luar :
Hubungan luar Negara dijalin dengan kebenaran dan
persetujuan Rasulullah SAW sebagai ketua Negara.

➢ Informasi :
Piagam Madinah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW
pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun pertama Hijrah.
Piagam ini merupakan perlembagaan bertulis pertama di
dunia.
Ia mengandungi 47 fasal:
✓ 23 fasal berkaitan dengan sesama umat Islam
(Muhajirin dan Ansar) .
✓ 24 fasal berkenaan hubungan antara umat Islam
dengan bukan Islam (Yahudi)

3.2.2 Konsep Asas Khilafah dalam Sistem Pemerintahan Islam
o Maksud khilafah :
• System pemerintahan Islam yang dinaungi oleh seorang pemimpin
Islam yang adil , taat dan patuh kepada syariat Islam.

o Maksud Khalifah :
• Individu yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengurus dan
mentadbir dunia mengikut syariat Allah SWT.

o Maksud rakyat :
• Seluruh penduduk dalam sesebuah Negara yang berkewajipan untuk
mentaati khalifah selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

o Ciri-ciri Khilafah :
• Melaksanakan undang-undang Allah SWT iaitu bersumberkan al-
Quran dan al-Hadis dalam segala urusan pemerintahan.
• Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar bagi memastikan
pentadbiran Negara dapat mewujudkan kesejahteraan kepada
seluruh rakyat dan mendapat keredaan Allah SWT.

NORASAH/CAH 37

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

• Menegakkan keadilan terhadap rakyat tanpa membezakan pangkat,
ikatan kekeluargaan atau warna kulit.

• Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berteraskan sikap
saling menghormati, tolong menolong dan bertolak ansur bagi
mengelakkan berlakunya perpecahan atau persengketaan.

o Syarat menjadi khalifah :
• Seorang Muslim yang mukmin .
• Lelaki yang sudah baligh.
• Berilmu dan memahami masalah Negara untuk mencapai kemajuan
Negara.
• Adil dan saksama bagi mencapai perpaduan dalam pelbagai kaum.
• Berkemampuan dari segi mental dan fizikal untuk mengatasi sesuatu
masalah.
• Berpengaruh dan daripada keturunan yang baik bagi menjaga maruah
agama dan Negara.
• Berakhlak mulia dan berani agar dapat dijadikan model rakyat jelata
dan masyarakat luar.

o Ciri-ciri khalifah :
• Fizikal yang sihat dan sempurna seperti tidak cacat salah satu
pancaindera.
• Pengetahuan yang luas untuk mengendalikan urusan Negara.
• Mempunyai keyakinan diri dalam memperkatakan sesuatu isu.
• Mengetahui matlamat organisasi untuk mencapai kejayaan yang
terbaik.
• Memiliki semangat yang kuat untuk mempertahankan organisasi atau
sesebuah Negara.
• Cekap membuat keputusan apabila berlaku sesuatu musibah.
• Bersifat rasional dalam menyelesaikan masalah.
• Bersifat adil tanpa mengira pangkat, keturunan atau warna kulit.
• Menguasai teknik-teknik berkomunikasi untuk berhadapan dengan
pelbagai tahap pengetahuan seseorang.
• Mampu bertindak sebagai penasihat apabila sesuatu perkara perlu
diselesaikan.

o Tanggungjawab khalifah :
• Melaksanakan hukum syariat tanpa mengira masa dan tempat.
• Memelihara kesucian Islam daripada dipengaruhi oleh anasir-anasir
luar.
• Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungakaran agar diberkati
oleh Allah SWT.
• Memelihara kedaulatan Negara daripada dijajah oleh Negara-negara
barat.
• Mengagihkan harta Negara kepada yang berhak berlandaskan syariat
Islam.
• Melantik orang yang cekap dan amanah untuk membantu mentadbir
Negara.

NORASAH/CAH 38

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

• Menjaga kebajikan rakyat dengan memberikan bantuan dan
dorongan.

o Tanggungjawab rakyat :
• Memberikan taat setia kepada khalifah selagi tidak melanggar hokum
syarak.
• Membantu banteras kemungkaran untuk melahirkan sebauh Negara
yang berlandaskan syariat Islam.
• Bekerjasama dalam mempertahankan keselamatan Negara daripada
dijajah.
• Berusaha untuk emndalami ilmu pengetahuan agar dapat memajukan
Negara.
• Menghormati kebebasan beragama yang telah termaktub dalam
perlembagaan Negara.
• Menasihati khalifah ke arah kebaikan sekiranya tergelincir dari
landasan syariat.
• Menjaga keamanan hidup bermasyarakat untuk mencapai kemajuan
dalam sesebuah Negara.

o Hak khalifah :
• Mendapatkan ketaatan dan kesetiaan daripada orang di bawah
kepimpinannya selagi tidak bercanggah dengan akidah, syarak dan
akhlak Islam.

o Hak rakyat :
• Hak memilih khalifah yang berkelayakan berdasarkan Islam.
• Hak mendapat pendidikan untuk mencapai kecemerlangan diri.
• Hak mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan daripada
sesebuah Negara.
• Hak mencari harta dan membelanjakannya untuk keperluan
kehidupan.
• Hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat untuk memajukan
Negara.

❖ Nilai Penghayatan :
Keharmonian dan kecemerlangan pentadbiran sebuah
Negaradapat dicapai apabila pemimpin dan rakyat saling
menyayangi, menghormati dan mendoakan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu cintai dan
mereka pun mencintai kamu serta yang sentiasa kamu
doakan dan mereka pun selalu mendoakan kamu”.

NORASAH/CAH 39

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

➢ Informasi :
o Selepas kewafatan Rasulullah SAW , terdapat tiga system
khilafah yang utama, iaitu :
Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) diasaskan selepas
kewafatan Rasulullah SAW. Pemilihan dibuat melalui
proses syura.
Khilafah Umaiyah (661-750 Masihi) diperintah oleh Bani
Umaiyah daripada keturunan Umaiyah bin Abdul Syams.
Khilafah Abbasiyah (750-1258 Masihi) diperintah oleh
Bani Abbasiyah yang berasal daripada keturunan Bani
Hasyim.

3.2.3 Elemen- elemen dan Fungsi Pembentukan Negara Islam

o Pengertian Negara Islam :
• Negara yang emngarahkan segala urusan pemerintahan dan
pentadbirannya tunduk kepada hokum Islam yang bersumberkan al-
Quran dan al-hadis serta ijtihad yang benar.

o Prinsip-prinsip Negara Islam :
• Musyawarah (Al-Syura):
▪ Mesyuarat yang dijalankan bagi melakukan pertimbangan
secara kolektif dan membuat keputusan yang paling berkualiti
berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
• Keadilan (Al-Adalah) :
▪ Membuat keputusan secara saksama bersumberkan al-Quran
dan al-Hadis berdasarkan ketentuan akidah, syariah dan
akhlak.
• Kebebasan (Al-Hurriyyah):
▪ Khalifah perlu melindungi hak dan kebebasan individu yang
tidak bercanggah dengan syariat Islam.
• Persamaan (Al-Musawah):
▪ Setiap individu dilayan dan dihormati tanpa mengira pangkat
atau kedudukan masing-masing.

o Majlis syura :
• Lembaga mesyuarat tertinggi Negara yang ahlinya terdiri daripada
khalifah, ulama dan individu yang pakar dalam bidang masing-masing.
• Mesyuarat ini membuat keputusan berdasarkan keilmuan, keimanan
dan ketakwaan kepada Allah SWT.

NORASAH/CAH 40

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Elemen-elemen pembentukan Negara Islam :

Elemen-elemen pembentukan Negara Islam

• Khalifah ▪ Merupakan pemerintah Bergama Islam yang

berkelayakan serta menepati syarat-syarat yang

ditetapkan oleh syarak.

• Wilayah ▪ Wilayah-wilayah dalam Negara Islam ditadbir oleh

seorang ketua dan penduduknya tertakluk kepada

system pemerintahan Islam.

• Rakyat ▪ Terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam

yang berhak mendapat perlindungan pemerintah,

bebas menjalani kehidupan, mendapat pendidikan,

mencari rezeki serta mengamalkan agama , budaya

dan adat resam amsing-masing.

• Undang-undang ▪ Berteraskan syariat Islam yang bersumberkan al-

Quran dan al-Hadis.

• Badan kehakiman ▪ Menjalankan urusan kehakiman serta memastikan

hukum dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah

SWT dilaksanakan dengan sepenuhnya.

• Pentadbiran dan ▪ Pentadbiran Negara dilaksanakan mengikut syariat

Penguatkuasaan serta mengutamakan prinsip keadilan, kesaksamaan

dan akhlak mulia.

▪ Penguatkuasaan syariat Islam dilaksanakan

menerusi institusi seperti jabatan agama Islam,

mahkamah syariah, pusat pungutan zakat,

jawatankuasa fatwa dan sebagainya.

o Matlamat Negara Islam :
• Menegakkan perundangan dan hukum Allah SWT yang berteraskan al-
Quran dan al-Hadis.
• Merealisasikan keadilan supaya tiada yang teraniaya.
• Memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin untuk kebaikan semua
pihak.
• Mencapai kemakmuran demi kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum
dan agama.

o Ciri-ciri Negara Islam :
• Beradasrkan al-Quran al-Hadis yang merupakan sumber utama.
• Melaksanakan amar amkruf dan nahi mungkar bagi mencapai
kesejahteraan ummah.
• Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan agar perpaduan dan
keharmonian terlaksana.
• Majlis syura sebagai asas pemerintahan yang utama.
• Ketua Negara yang adil dan beriman bagi memimpin berlandaskan
syariat islam.
• Jaminan kebebasan hak asasi untuk mencapai keharmonian dalam
sesebuah Negara.

NORASAH/CAH 41

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

o Perbezaan antara Negara Islam dengan Negara Bukan Islam :

Perbezaan antara Negara Islam dengan Negara Bukan Islam

Negara Islam Negara Bukan Islam

• Merangkumi seluruh dunia dan • Memisahkan sesebuah Negara

batas sempadannya selagi ada berdasarkan factor geografi dan

penduduk yang mengucap dua mementingkan taraf kewargenaraan

kalimah syahadah. rakyat.

• Meletakkan Allah SWT sebagai • Meletakkan pendapat majoriti rakyat

kuasa tertinggi Negara. sebagai asas pemerintahan.

• Menjadikan iman dan takwa sebagai • Mengabaikan syarat keimanan dan

ciri utama daripada ketua Negara ketakwaan dalam memilih pemimpin.

hingga rakyat biasa.

• Menjadikan undang-undang Allah • Menjadikan undang-undang ciptaan

SWT sebagai undang-undang manusia sebagai undnag-undnag

Negara. Negara.

❖ Glosari

Adil :
▪ Sesuatu tindakan atau keputusan diambil

menyebelahi pihak yang benar.

Amar makruf :
▪ Perintah supaya mengerjakan perbuatan atau

amalan yang baik.

Nahi mungkar :
▪ Melarang perbuatan atau amalan yang jahat.

NORASAH/CAH 42

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM

3.2.4 Kepentingan Melaksanakan Tuntutan dan Tanggungjawab Khilafah
o Kepentingan melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab khilafah:
• Mendapat keredaan Allah SWT kerana penmerintahan berasaskan al-
Quran dan al-Hadis demi meraih keredaan Allah SWT.
• Mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat kerana mementingkan
sikap saling menghormati dan bertolenrasi.
• Menjalankan keamanan Negara kerana kmenjalankan tadbir urus
yang berfokus untuk keamanan dan kestabilan Negara.
• Memastikan pelaksanaan keadilan kepada semua pihak agar rakyat
tidak berasa dizalimi.

o Kesan pengabaian tanggungjawab khalifah :
• Mendapat kemurkaan Allah SWT dan kesucian agama Islam kerana
tidak menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya.
• Berlaku penyelewengan dalam pentadbiran Negara dan masyarakat
kerana tidak emmatuhi syariat.
• Terdedah kepada ancaman musuh yang menyebabkan Negara
mundur.
• Pengagihan harta Negara secara zalim menyebabkan masyarakat
teraniaya.
• Gagal melantik orang yang cekap dan amanah untuk membantu
mentadbir Negara.

o Kesan pengabaian tanggungjawab rakyat :
• Hilang rasa taat setia terhadap khalifah menyebabkan keharmonian
Negara tidak tercapai.
• Keselamatan engara terancam kerana tiada taat setia dikalangan
rakyat.
• Mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat yang
menyebabkan Negara mundur.
• Membiarkan kepincangan berlaku dalam pemerintahan yang
menyebabkan Negara dipandang rendah oleh Negara luar.
• Berlaku kemungkaran secara berleluasa menyebabkan masalah
sosial berleluasa.

3.2.5 Pelaksanaan Sistem Pemerintahan Islam
o Tindakan pelaksanaan sistem pemerintahan Islam :
• Meninggikan syariat dan syiar Islam agar berkembang luas dan
dipraktikkan.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara seperti yang
termaktub dalam perlembagaan.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat
menyumbang kepada Negara.
• Mentaati arahan pemerintah bagi perkara yang tidak menyalahi
syariat.
• Mengamalkan sikap hormat menghormati terhadap satu sama lain
tanpa mengira bangsa dan agama.
• Menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan dan muafakat
seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

NORASAH/CAH 43

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TINGKATAN LIMA KSSM
NORASAH/CAH 44


Click to View FlipBook Version