The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nobody, 2020-05-11 00:49:53

Modul pedagogi kata adjektif

Modul pedagogi kata adjektif

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN KUMPULAN

KATA ADJEKTIF: MODUL PEMBELAJARAN TATABAHASA PEDAGOGI MENENGAH RENDAH

NAMA NO. MATRIK
1. NURAIN MUNEERAH BINTI ADNAN D20172080745
2. MUHAMD AMIRUL BIN SHAHRIR D20182086166
3. MUHAMMAD AZFAR MAFAZI BIN
D20182086166
AB MAJID
4. SHAHANA BINTI SHUKRI D20181083969

KUMPULAN: C
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI

1

1.0 PENGENALAN
Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris morphology. Istilah morphology terbentuk
daripada unsur morph, o, dan logy. Morph membawa pengertian bentuk, manakala logy
bermaksud pengetahuan atau ilmu.

Morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata. Nik Safiah
Karim et al. (2010) menjelaskan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Yang dikatakan struktur ialah susunan unsur bahasa
dalam kata. Misalnya, struktur kata bagi minuman ialah kata dasar + akhiran (minum + -an).
Bentuk merupakan rupa atau pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Misalnya, kata boleh
terbina dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk gandaan, bentuk majmuk, dan bentuk
akronim.

Golongan kata pula ialah jenis kata. Berdasarkan golongan, kata boleh dibahagikan
kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, dan kata tugas. Bahasa mempunyai
struktur. Setiap struktur dalam bahasa terdiri daripada unsur-unsur yang lebih kecil. Unsur-unsur
yang kecil ini akan digabungkan untuk membentuk perkataan, frasa, dan ayat. Dalam aspek
morfologi, terdapat unsur morfem dan kata.

2

2.0 TATABAHASA PEDAGOGI

Tatabahasa merupakan manusia berkomunikasi dengan menggunakan perkataan-perkataan.
Perkataan-perkataan ini boleh terbentuk atau terbina secara semula jadi menjadi sebagai
perkataan atau terbina dengan mencantumkan imbuhan kepada perkataan lain atau
menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Setiap perkataan
yang terbina mempunyai makna. Menurut Abdullah Hassan (2008) tatabahasa adalah susunan
perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun
dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah yang dikatakan sebagai
tatabahasa. Tatabahasa pedagogi pula adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa dan ia berbeza daripada tatabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara
dapat dilihat apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa pegangan. Kita akan mendapati
bahawa tatabahasa pedagogi bukan sahaja mengandungi huraian rumus-rumus tatabahasa
dan contoh, tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa. Hal ini
adalah disebabkan oleh tatabahasa pegangan itu adalah sebenarnya pedoman. Tatabahasa
pedagogi pula adalah untuk pengajaran dan pembelajaran. Tatabahasa pegangan mesti
dipunyai oleh semua guru dan pensyarah. Tatabahasa pedagogi mesti dipunyai oleh semua
murid, pelajar, guru dan pensyarah.

3.0 DEFINISI KATA ADJEKTIF

Menurut Nik Safiah Karim (2004), kata adjektif dalam sesuatu ayat berfungsi untuk
menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif secara
dasarnya lebih dikenali sebagai kata sifat atau perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan

3

frasa atau ayat adjektif. Frasa adjektif terdiri daripada unsur-unsur keterangan yang lain seperti
kata bantu dan penguat. Kata adjektif ini boleh dikenalpasti dan dibezakan daripada frasa kata
nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh diikuti dan didahului oleh kata penguat yang
terdiri daripada amat, sangat, paling, terlalu, sekali dan sungguh.

Selain itu, terdapat juga ahli bahasa yang mentafsirkan golongan kata adjektif itu sebagai
kata kerja dimana kata kerja yang berkaitan dengan keadaan. Hal ini demikian kerana kata
adjektif itu akan menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu keadaan sama ada sedang
berlaku ataupun telah berlaku. Menurut Abdullah (2008), kata adjektif turut menerima imbuhan
dan kata bantu seperti kata kerja. Manakala bagi Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata
adjektif telah ditakrifkan sebagai golongan kata yang ketiga. Berbeza pula dengan takrifan dari
buku Tatabahasa Pedagogi yang menyatakan bahawa kata adjektif ini merupakan golongan kata
kedua selepas kata nama. Menurut Abdullah (2008) lagi, kata adjektif tersebut memainkan
peranan dalam memberikan sifat kepada manusia atau sesuatu benda dan perkara.

Dalam Tatabahasa Dewan (2010), kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut
dalam binaan ayat. Kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian, atau
hadir bersama-sama dengan perkataan lain seperti hadir bersama-sama dengan kata bantu atau
kata penguat. Contohnya, suara penyanyi itu masih sungguh merdu sekali. Dalam binaan frasa
adjektif di atas, kata adjektif merdu menjadi unsur inti bagi frasa yang menjadi predikat ayat.
Perkataan- perkataan lain merupakan unsur pilihan, iaitu boleh wujud dalam frasa tersebut atau
boleh digugurkan.

4

Terdapat juga kata adjektif yang berfungsi untuk menerangkan perkataan selain kata
nama. Kata adjektif ini tidak lagi berfungsi sebagai kata adjektif tetapi sebagai kata adverba
kerana menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, berjalan pantas, tidur nyenyak,
pulang segera, dan tinggi menjulang. Secara ringkasnya dapat disimpulkan secara umumnya,
kata adjektif boleh dibahagikan kepada 9 jenis iaitu,

1. Kata adjektif sifatan/keadaan
2. Kata adjektif cara
3. Kata adjektif warna
4. Kata adjektif ukuran
5. Kata adjektif jarak
6. Kata adjektif bentuk
7. Kata adjektif waktu
8. Kata adjektif perasaan
9. Kata adjektif pancaindera

Secara umumnya, kata adjektif berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata
penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh
hadir di hadapan kata kerja. Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama
atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.

3.1 JENIS DAN CONTOH FRASA ADJEKTIF

Kata sifat merupakan kata yang berasal dari golongan kata karyawan. Fungsinya dalam sesuatu
ayat mempunyai persamaan dengan golongan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak

5

diikuti oleh sebarang objek. Terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu kata
sifat mempunyai penambahan sendiri serta kata sifat boleh menjadi skala perbandingan
manakala kata kerja tidak boleh dilakukan sedemikian.

Kata Sifat Ukuran

Kata sifat ukuran merujuk kepada sesuatu objek yang bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau
abstrak. Sebagai contoh besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga
menentukan sama ada sesuatu objek itu ringan ataupun berat. Kata sifat ukuran boleh
dibahagikan kepada sub gololongan sifat ukuran saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat
ukuran juga seperti kata sifat warna iaitu tidak dapat berdiri sebagai adverba.

Lampiran
Link video bagi contoh kata sifat ukuran: https://youtu.be/vrqaAjX-hFM - Ragam P. Ramlee
Minit digunakan: 31:39 – 31:50

Kata Sifat Tabii

Kata sifat tabii pula lebih memfokuskan atau memberi perincian yang lebih jelas tentang sikap
manusia. Contoh kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, sopan, kasar dan sebagainya.
Sesetengah daripada kata sifat ini boleh berfungsi sebagai adverba. Kata sifat tabii boleh
dibahagikan kepada sub golongan positif (baik, sopan) dan sub golongan negatif (jahat,nakal dan
kasar).

Lampiran
Link video bagi contoh kata sifat tabii: https://youtu.be/QsxdksmUieg - Pendekar Bujang Lapok.
Minit digunakan: 36:21 – 36:33

6

Kata Sifat Bentuk

Kata sifat bentuk berperanan untuk menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri pada objek
bernyawa dan tidak bernyawa yang konkrit. Sebagai contoh bulat, bundar, bujur, bengkok,
lonjong dan lain-lain lagi. Kata sifat bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverba atau unsur
adverba.

Lampiran
Link video bagi contoh kata sifat bentuk: https://youtu.be/DzKEMNZw6Qw - Pendekar Bujang
Lapok.
Minit digunakan: 20:18 – 20:20

Kata Sifat Pancaindera

Menjelaskan ciri-ciri sesuatu perkara berdasarkan kesan yang diperoleh melalui salah satu
daripada pancaindera seperti rasa, sentuh, pandang, dengar dan bau. Sebagai contoh:

i. Kata sifat indera rasa (sedap, lazat, nikmat, manis, pahit, kelat, tawar, masam, masin)
ii. Kata sifat indera pandang (cantik, hodoh, segak, ayu, tampan)
iii. Kata sifat indera dengar (merdu, bising, senyap, hingar)
iv. Kata sifat indera bau (wangi, tengik, hapak)
v. Kata sifat indera sentuh (menggerutu, licin, lembut, halus, kasar)

Antara kata sifat indera, sub golongan yang boleh berfungsi sebagai adverba atau bahagian dari
adverba adalah kata sifat indera dengar, misalnya:

- Dia menyanyi dengan merdunya.
- Dia masuk dengan senyap-senyap.

Sifat indera rasa hanya manis yang boleh berfungsi sebagai sebahagian dari adverba gaya.
- Dia bertutur dengan manisnya.

7

Kata sifat indera yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap tidak
tepat.

- Dia bercakap dengan tawanya.

Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, menggerutu, licin, keras dan lembut boleh
berfungsi sebagai sebahagian dari adverba gaya. Contohnya:

- Projek ini berjalan dengan licinnya.
- Dia bercakap dengan kasar sekali.

Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverba. Sebagai contoh:
- Dia bercakap dengan menggerutu sekali.
- Dia berbicara dengan lembiknya.

Kata sifat indera bau tiada yang dapat berfungsi dalam frasa adverba gaya.

Lampiran
Link video bagi contoh kata sifat adverba: https://youtu.be/DzKEMNZw6Qw - Pendekar Bujang
Lapok.
Minit digunakan: 1:10:02 – 1:10:05

Kata Sifat Waktu

Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti lama, baru, segera dan sebagainya.
Dalam rangkai kata pula seperti kawan lama, baju baru, mi segera. Perkataan – perkataan ini
berkait rapat dengan waktu atau masa.

Lampiran:
Link video bagi contoh kata sifat waktu: https://youtu.be/3yIR67skX7g - Magika

8

Minit digunakan: 37:10 – 37:13
Kata Sifat Jarak
Menerangkan mengenai jarak antara dua titik penutur kepada apa yang hendak dirujuk. Kata –
kata itu adalah seperti jauh, dekat, hampir, nyaris dan lain-lain lagi. Ayat contoh bagi
menjelaskan kata sifat jarak:

- Orang jauh sudah tiba.
- Kami mempunyai pertalian darah yang dekat.
Lampiran:
Link video bagi contoh kata sifat jarak: https://youtu.be/3yIR67skX7g - Magika
Minit digunakan: 39:49 – 39:52

4.0 LATIHAN DAN AKTIVITI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif?

2. Nyatakan ciri-ciri kata adjektif berdasarkan ayat berikut:

Pemain bola keranjang itu tinggi seperti galah.

Kriteria yang terdapat : ______________

3. Bina dua ayat yang mengandungi kata adjektif yang disertai oleh kata penguat hadapan.

i. _________________________________________________________________________
9

ii. _________________________________________________________________________

4. a. Anak-anak makcik Senah memang cantik-cantik
b. Mereka makan sepuas-puasnya setelah seharian mendaki gunung.

Berdasarkan dua ayat di atas, kenal pasti kriteria tambahan kepada kata adjektif tersebut.
a. __________________
b. __________________

5. Berdasarkan pengetahuan anda, bina dua ayat yang mempunyai gabungan se-…nya dengan kata
adjektif dalam bentuk tunggal atau ganda.
i)______________________________________________________________________

ii) ______________________________________________________________________

6. Klasifikasikan kriteria bagi mengenal kata adjektif yang terdapat dalam dua ayat berikut :

a. Orang itu sungguh dermawan.
________________________

b. Adiknya cerdik juga.
_______________________

Aktiviti 1 :

Fan-N-Pick

10

1. Guru memberi arahan supaya pelajar membentuk beberapa kumpulan dan mengagihkan kad soalan
berkaitan ciri-ciri kata adjektif.
2. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan secara bergilir-gilir iaitu :

Pelajar 1 : Susun kad soalan seperti kipas.
Pelajar 2: Pilih kad dan bacakan soalan.
Pelajar 3 : Jawab soalan.
Pelajar 4 :Memberi respons kepada jawapan pelajar 3.
Aktiivti 2 :
Read and Highlight (baca dan tanda)
1. Guru menyediakan bahan bacaan yang berbeza berupa kertas dan mengagihkan kepada setiap pelajar.
2. Berdasarkan bahan bacaan tersebut, pelajar dikehendaki mengenal pasti dan menanda ciri-ciri kata
adjektif .
3. Pelajar perlu menyenaraikan kembali ayat tersebut dan berkongsi jawapan semasa perbincangan
bersama guru di dalam kelas.

11

Latihan :
1. Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
i. Tubuh nenek semakin lemah.
ii. Perompak itu meninggal dunia setelah pergelutan sengit dengan seorang anggota polis.
iii. Kereta merah jambu itu kepunyaan Safiey ilias.
iv. Tali panjang itu sudah putus.
v. Tempat tinggalnya jauh daripada pusat bandar.
vi. Sungai yang bengkok itu menjadi lurus setelah ditambak.
vii. Bangunan lama itu sudah dirobohkan.
viii. Ayah kecewa dengan kelakuan abang yang telah melanggar disiplin sekolah.

2. Kenal pasti jenis kata adjektif berdasarkan ayat berikut :
a. Kakak selalu gopoh-gapah dalam pekerjaan.: ____________________________________
b. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya : ___________________________________

12

c. Buku itu nipis sekali : _____________________________________
d. Suasana di pasar malam itu sungguh bising : _____________________________________
e. Almari lama itu masih kelihatan baharu kerana penjagaan yang rapi : _________________
3. Bina empat ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera.
1. _________________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________________
3. _________________________________________________________________________
4. _________________________________________________________________________

Aktiviti :
Peta I-Think
1. Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan besar.
2. Setiap kumpulan diedarkan 3 keping kertas A4 (peta i-Think) manakala setiap murid diedarkan kertas
soalan berkaitan jenis kata adjektif.

13

3. Guru memecahkan kumpulan besar kepada beberapa kumpulan kecil.
4. Wakil kumpulan kecil pilih salah satu daripada 3 keping A4 (peta i-Think). Setiap kumpulan kecil
tersebut akan mendapat peta i-Think yang berbeza iaitu jenis kata adjektif yang berbeza.
5. Pelajar berbincang dan melengkapkan peta minda kosong yang mereka telah pilih.
6. Wakil kumpulan kecil membentangkan tugasan mereka dalam kumpulan besar
Latihan :
1. Senaraikan empat pembentuk kata adjektif

i. _______________________________
ii. ______________________________
iii. ______________________________
iv. ______________________________

Kebaratan Kekuningan Kebesaran Kekampungan

14

Kesayangan Kepahlawanan Keakuan

2. Perkataan di atas merupakan kata adjektif terbitan bentuk __________________
3. Bina satu ayat yang mengandungi bentuk kata adjektif berikut :

Kata Adjektif Tunggal + Kata Adjektif Terbitan ( awalan pinjaman
kata adjektif bi- )

___________________________________________________________________________

4. Nyatakan 3 jenis kata adjektif ganda beserta contohnya.

i. _________________________________________________________________________
ii._________________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________________

15

SEJAK petang lagi hujan turun renyai-renyai menyiram pokok-pokok di Taman Fairuz yang
kelayuan dan kekeringan sejak seminggu yang lalu. Meskipun berita di beberapa negara di
dunia mengalami banjir dan taufan seperti di China, di Vietnam dan di sana-sini hujan lebat
yang tak terhingga, tapi Taman Fairuz hanya menerima hujan renyai-renyai yang
menakungi airnya di hujung dedaun pokok bagaikan embun di hujung rumput yang menanti
saat dan ketika untuk menitis ke bumi. Fenomena ini seolah-alah satu simbolik akan
perginya seorang insan menemui Tuhannya dengan rohnya akan menitis di lembaran
malaikat maut. Bendera jalur gemilang yang dipasang oleh penduduk di Taman Fairuz
sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-51 menerima titisan hujan dengan lemah
longlai terkibar-kibar pada kesuraman senja yang mulai melabuh tirai. Taman Fairuz inilah
terletaknya kediaman Mak Zu selama ini dan berkemungkinan meninggalkannya buat
selama-lamanya dunia yang fana ini. Laungan kemerdekaan dan nyanyian jalur gemilang
dari televisyen rumah jiran Mak Zu sayup-sayup kedengaran sekali-sekala yang mencetus
keheningan dan kemerahan senja. Pada saat itu, Mak Zu terkumat-kamit menyebut sesuatu
bagi menghadapi saat getir kehidupannya sebagai manusia yang tertipu dengan
‘kemerdekaan mayanya’ selama ini dan beberapa detik lagi berkemungkinan bertemu
dengan Ilahi serta berpisah dengan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Bagi Mak Zu,
pada usia mudanya dunia inilah memberikan kepuasan nafsu serakah dan ‘kemerdekaan
maya’ kepada dirinya.

5. Berdasarkan petikan di atas, senaraikan kata adjektif dan bentuknya.

__________________________________________________________________

16

6. Bina dua ayat daripada kata adjektif majmuk yang membawa makssud simpulan Bahasa.

i. _________________________________________________________________________

ii.________________________________________________________________________

Aktiviti :

Kotak Misteri

1. Guru menyediakan kotak misteri yang mengandungi beberapa soalan mengenai pembentuk kata
adjektif iaitu kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif ganda dan juga kata adjektif
majmuk.

2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setelah itu wakil kumpulan dikehendaki
mengambil beberapa soalan berupa kertas melalui kotak misteri. Setiap kumpulan akan mendapat soalan
yang berbeza.

3. Pelajar diberikan masa selama 10 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan untuk mendapatkan
jawapan berkenaan soalan yang diperoleh.

4. Tempoh perbincangan tamat dan setiap kumpulan akan membentangkan jawapan yang diperoleh
kepada kumpulan lain.

17

Latihan :

1. Perbandingan dengan darjah perbandingan boleh terbahagi kepada dua iaitu :
i. _______________________
ii. ______________________

2. Kenal pasti jenis perbandingan kata adjektif berdasarkan ayat berikut. Tentukan sama ada kata adjektif
tersebut adalah perbandingan darjah biasa, darjah bandingan atau darjah penghabisan.

a. Lagaknya umpama orang kaya.
___________________________________

b. Badan budak itu kurus.
___________________________________

c. Gerai itu kurang bersih berbanding gerai ini.
___________________________________

d. Seganas-ganas singa masih boleh dijinakkan.
____________________________________
18

e. Penerbangan ke Mesir teramat lama.
____________________________________

3. Bina dua ayat yang menunjukkan kata adjektif mengalami perbandingan darjah bandingan.
i. _________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
4. Bina satu ayat yang menggunakan formula berikut :

Se- + kata adjektif + gandaan + kata nama

_________________________________________________________________________

Aktiviti :

Hot-Seat

1. Guru meletakkan satu kerusi di hadapan kelas dan memanggil pelajar secara rawak.

2. Pelajar yang dipanggil tersebut dikehendaki membina ayat berdasarkan topik yang diberikan oleh guru

berkenaan kata adjektif perbandingan.

19

3. Pelajar lain perlu menjawab sama ada kata adjektif perbandingan tersebut adalah jenis perbandingan
darjah biasa, darjah bandingan mahupun darjah penghabisan yang diberikan oleh pelajar di hot-seat dalam
jangka masa yang tertentu.

4. Masa tamat dan murid di Hot-Seat berkongsi jawapan bersama pelajar lain dibantu oleh guru.

5. Aktiviti terus berlangsung dengan guru memilih pelajar yang berbeza secara rawak sekali lagi.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kata adjektif secara umumnya berfungsi sebagai predikat ayat. Hal ini demikian
kerana kata adjektif boleh mendahului kata penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti
unsur keterangan dan tidak boleh hadir di hadapan kata kerja. Kata adjektif dapat dikenal pasti
dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti
oleh kata penguat. Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang banyak namun kata adjektif
boleh dibahagikan kepada jenis kata adjektif, dan kata adjektif terdapat dalam bentuk
perbandingan. Secara ringkasnya, kata adjektif mempunyai sembilan jenis iaitu kata adjektif
sifat/keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu,
kata adjektif jarak, kata adjketif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), pembentukan kata adjektif terbahagi kepada
empat bahagian iaitu kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif ganda dan kata
adjektif majmuk. Di samping itu, kata adjektif dalam bentuk perbandingan pula dibahagikan
kepada perbandingan darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.

20

RUJUKAN
Abdullah hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala lumpur.

PTS professional.
Asmah Haji. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka 1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://www.youtube.com/watch?v=3yIR67skX7g

21


Click to View FlipBook Version