The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJAYA MASA KINI
(AKAUNTAN)

MUHAMMAD WAFI BIN A RIZAL @ AHMAD RIZAL
(SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasrisafarena, 2023-06-03 05:49:14

E-BOOK KERJAYA

KERJAYA MASA KINI
(AKAUNTAN)

MUHAMMAD WAFI BIN A RIZAL @ AHMAD RIZAL
(SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN)

Keywords: Occupation

NAMA: MUHAMMAD WAFI BIN A RIZAL @ AHMAD RIZAL AKAUNTAN KERJAYA MASA KINI KELAS: 5 UM SEKOLAH: SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN GURU PEMBIMBING: SAFARENA BINTI NASRI


Profesion akauntan ini adalah antara profesion ke - 2 tertua di dunia. Umum sedia maklum bahawa bidang perakaunan dapat menjamin kerjaya seseorang kerana ia satu perkhidmatan yang diperlukan oleh hampir keseluruhan organisasi di dunia. Hal ini kerana semua organisasi atau institusi yang ditubuhkan memerlukan pengurusan kewangan lebihlebih lagi sektor yang berorientasikan keuntungan. APA ITU AKAUNTAN ? Akauntan didefinisikan sebagai orang yang mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan dari semasa ke semasa bagi sesebuah syarikat perniagaan atau organisasi. Akauntan adalah salah satu kerjaya dalam bidang profesional yang terlibat dengan kira-kira perakaunan dan kewangan. Hampir setiap syarikat atau jabatan kerajaan mempunyai jawatan akauntan bagi melicinkan tugasan dalam sesebuah organisasi. Dalam sektor awam jawatan akauntan diletakkan dibawah Jabatan Akauntan Negara. Jika anda cekap dengan nombor, mengimbangi buku cek, mengekalkan anggaran, atau anda suka mempelajari matematik, anda boleh mempertimbangkan kerjaya sebagai akauntan.


Selain itu, akauntan sering diminta untuk menyediakan dan menyelenggara rekod kewangan. Memastikan cukai dibayar dengan betul dan pada masa yang tepat juga boleh menjadi sebahagian daripada tugas akauntan. Peranan sebagai seorang akauntan ialah menganalisis maklumat kewangan dan menyediakan laporan kewangan untuk menentukan atau menyelenggarakan rekod aset liabiliti, keuntungan dan kerugian, liabiliti cukai, atau aktiviti kewangan lain dalam organisasi. Bekerja sebagai akauntan bukan sahaja menggunakan nombor atau bagus dalam matematik tetapi anda juga perlu menambah ilmu pengetahuan dari segi ilmu pengetahuan statistik, teknologi maklumat(IT), ekonomi dan pengajian perniagaan(Business Studies). Akauntan adalah orang yang mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan, menyediakan laporan kewangan dari semasa ke semasa bagi sesebuah syarikat perniagaan atau organisasi. Akauntan juga adalah kerjaya profesional yang melibatkan kira-kira perakaunan dan kewangan. Hampir setiap syarikat atau jabatan kerajaan mempunyai jawatan akauntan. Dalam sektor awam, jawatan akauntan diletakkan dibawah Jabatan Akauntan Negara. Apa itu Akauntan??? Apakah peranan seorang akauntan? Biasanya, akauntan menjaga operasi kewangan perniagaan, organisasi, francais atau syarikat yang boleh merangkumi koleksi tugas lain dan mengekalkan ketepatan supaya segala urusan dalam perniagaan dilaksanakan dengan betul.


TUGAS AKAUNTAN Kerjaya Akauntan merupakan perkhidmatan yang diperlukan oleh hampir keseluruhan organisasi di dunia. BIDANG Akauntan juga menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan syarikat-syarikat. Baiklah untuk makluman semua, sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa bidang tugas akauntan sebenarnya boleh dibahagikan kepada 2 sektor iaitu, sektor kerajaan/awam dan swasta/ korporat.


Memberikan khidmat nasihat dan kawalan dalam belanjawan sesebuah jabatan atau kementerian. Menyemak pembayaran cukai keatas syarikat swasta atau individu serta menyediakan penyata cukai. Menyediakan pelan kawalan bagi menjimatkan kos. Mengesahkan penyata kewangan dalam pembentangan kepada pengurusan atasan atau mesyuarat pengurusan. Melaksanakan audit kewangan diperingkat jabatan atau kementerian Melaksanakan dasar kerajaan. Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Merekod aliran tunai dalam sesebuah syarikat dan membentangkan kepada pengurusan atasan. Melaksanakan audit kewangan dalam sesebuah syarikat. Membuat laporan ramalan keuntungan syarikat. Membuat pemantauan perbelanjaan kewangan dan prestasi syarikat. Mengira cukai yang perlu dibayar oleh syarikat dan membuat pembayaran di LHDN Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain. Mengesahkan pembayaran gaji pekerja dan bayaran-bayaran lain kepada pihak ketiga 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. SENARAI BIDANG TUGAS AKAUNTAN & SKOP KERJA DALAM SEKTOR AWAM/KERAJAAN SENARAI BIDANG TUGAS AKAUNTAN & SKOP KERJA DALAM SEKTOR SWASTA/KORPORAT


Akauntan perlu lulus SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, dan Perakaunan @ ekonomi Akauntan perlu mahir menguasai matematik kerana akan menggunakan bilangan nombor yang sangat besar semasa bekerja. Akauntan perlu memiliki kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM dan memiliki ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, serta lulus peperiksaan akhir Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktirafoleh kerajaan. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK/KEMAHIRAN Selain itu seorang akauntan perlu mahir berkomunikasi serta jujur menjalankan tugasan yang diamanahkan. Disiplin diri sangat perlu untuk menggalas tanggungjawab dalam organisasi, bagi menjamin kerja yang berkualiti. Selain itu, badan ini juga turut memberi pendedahan tentang peraturan serta undangundang berkaitan dengan amalan perakaunan, kod amalan perakauanan dan etika profesion yang perlu ada bagi seseorang akauntan. Terdapat salah satu badan yang mentauliahkan pekerjaan akauntan ini, iaitu Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accounts / MIA ) Badan ini berfungsi untuk menyokong ahli-ahli di sepanjang karier perakaunan mereka.


Bagi pelajar yang telah melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, diploma, STPM dan setaraf dengannya, berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan UNIVERSITI-UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KOS PERAKAUNAN SENARAI IPTA/IPTS Antara universiti di Malaysia yang menawarkan jurusan perakaunan ialah Universiti Teknologi Mara,Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia


Universiti Toronto London School of Economics University of Pennsylvania Universiti New York Indiana University, Bloomington University of Manchester National University of Singapore Universiti Sains & Teknologi Hong Kong Universiti Tsinghua Universiti Sydney SENARAI UNIVERSITI LUAR NEGARA


Seorang akauntan mesti memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan, perakaunan, atau yang berkaitan kerana, sebilangan majikan lebih suka calon tersebut mempunyai ijazah sarjana dalam percukaian atau perakaunan atau MBA dalam bidang kewangan. LATIHAN & KURSUS YANG PERLU DILAKUKAN Selepas itu, setelah mengambil pendidikan sarjana muda, latihan perakaunan di perlukan selama tiga tahun. Selepas bekerja sebagai akauntan awam bertauliah sekurangkurangnya 10 tahun, seseorang itu boleh melayakkan diri untuk mendapat gelaran profesional dengan mengambil peperiksaan akauntan awam dan mendapatkan lesen akauntan awam bertauliah. Jika kerjaya akauntan menjadi pilihan anda, maka tidak lengkap sekiranya anda tidak mempunyai kelayakan akauntan bertauliah daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).


PEREMPUAN ETIKA PEMAKAIAN SEORANG AKAUNTAN Kasut bertumit (1-3 inci) warna: hitam /coklat gelap Skirt /Seluar warna: hitam / biru gelap/ kelabu gelap Kemeja warna: putih/ biru gelap Blazer warna: hitam/ biru gelap/ kelabu gelap (labuh melebihi paras kemeja) Accessories warna natural Beg tangan Tudung (Pemakaian akauntan muslimah) abstrak/polos, berpadanan (berlawanan) dengan kemeja Jam tangan Analog bertali kulit/besi


LELAKI ETIKA PEMAKAIAN SEORANG AKAUNTAN Kasut bertumit (1-3 inci) warna: hitam /coklat gelap Seluar warna: hitam / biru gelap/ kelabu gelap Kemeja warna: putih/ biru gelap Blazer warna: hitam/ biru gelap/ kelabu gelap (labuh melebihi paras kemeja) Accessories warna natural Beg Jam tangan Analog bertali kulit/besi Tali pinggang warna hitam


Gaji permulaan jawatan akauntan dalam sektor kerajaan adalah RM2,345.69 manakala gaji maksimum yang bakal diperolehi adalah RM9,585.00. Syarat asas untuk menjadi akauntan anda perlulah memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara atau setaraf dengannya. PROSPEK MASA DEPAN Berdasarkan statistik Institut Akauntan Negara(MIA), kerjaya akauntan bertauliah di Malaysia masih berkurang. Justeru itu, peluang kerja sebagai akauntan sangat terbuka luas untuk mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan kerana akauntan menjadi nadi kepada jatuh bangun sesebuah syarikat. Peluang kerjaya akauntan bertauliah di dalam dan luar negara sangat cerah kerana kerjaya ini melengkapkan anda dengan kemahiran kewangan, perniagaan dan digital yang relevan sehingga ke peringkat global. PENDAPATAN AKAUNTAN


Semoga 'e-book' ini dapat memberi manfaat dalam pemilihan bidang yang anda minati ! KERJAYA AKAUNTAN Maka, dengan ini tamatlah sudah 'e-book' yang menerangkan serba sedikit tentang kerjaya seorang akauntan. SEKIAN, TERIMA KASIH Wafi


Click to View FlipBook Version