1 4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL 4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING
4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG Standard Kualiti : Standard Kualiti :
4.2.1 Mengawal proses pembelajaran 4.3. Membimbing murid
Standard Kualiti : 4.2.2 Mengawal suasana pembelajaran
4.1.1 Merancang Pelaksanaan PdPc TUMS:
TUMS: 4.3.1 Memberi tunjuk ajar dalam
TUMS: 4.2.1 Mengelola isi pelajaran dan
4.1.1 Menyediakan RPH, menentukan menguasai isi pelajaran dan
peruntukan masa serta memberi kemahiran, memandu murid
kaedah pentaksiran dan peluang kepada penyertaan aktif membuat keputusan dan
menyediakan sumber pendidikan murid menyelesaikan masalah dan
menggunakan sumber pendidikan
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG 4.2.2 Mengawal komunikasi dan serta menggabung jalin isi pelajaran
Standard Kualiti : perlakuan murid, menyusun atur dengan kemahiran / mata pelajaran
4.4.1 Mendorong minda murid kedudukan murid dan mewujudkan lain.
4.4.2 Mendorong emosi murid suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
TUMS:
4.4.1 Merangsang murid berkomnikasi 4.5 GURU SEBAGAI PENILAI 4.6 MURID SEBAGAI
PEMBELAJAR AKTIF
dan berkolaboratif, mengemukakan Standard Kualiti :
soalan yang menjurus kea rah 4.5 Melaksanakan penilaian Standard Kualiti :
pemikiran kreatif dan kritis dan 4.6 Melibatkan diri dalam proses
membuat keputusan atau TUMS:
menyelesaikan masalah, 4.5.1 Menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran
mewujudkan peluang untuk murid
memimpin dan mengemukakan pentaksiran menjalankan aktiviti TUMS:
soalan berkaitan isi pelajaran serta pemulihan dan pengayaan, 4.6.1 Memberi respons, berkomunikasi
memperoleh pengetahuan dan memberi tugasan, membuat
kemahiran secara kendiri refleksi serta menyemak hasil kerja dan melaksanakan aktiviti secara
4.4.2 Memberi pujian, galakan, murid. kolaboratif, berpemikiran kritis dan
penghargaan dan keyakinan serta kreatif, mengemukakan soalan,
prihatin terhadap keperluan murid menyelesaikan masalah dan
mengaitkan isi pelajaran dengan
kehidupan seharian murid.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
2
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG PERANCANGAN PEMBELAJARAN
Cadangan kepada guru:
Tahap Tindakan :
Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai.
Guru merancang dan menyediakan RPH yang lengkap berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999 (SPI Bil 3/1999)
Guru merancang dan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
dengan berkesan. Membuat pemilihan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang tepat untuk menentukan
Objektif Pembelajaran (OP) yang hendak dicapai dalam RPH.
Guru dapat menyediakan OP yang jelas dan boleh diukur.
Guru dapat menyediakan perancangan aktiviti pembelajaran berdasarkan Pendekatan, Kaedah dan Teknik yang sesuai dengan
OP.
Guru menyatakan secara jelas penggunaan Model PdPc PA21 – Think Pair Share, Round Table, Hot Seat, Teater Bercerita, Main
Peranan, Simulasi, Gallery Walk, dan Stay-Stray.
Tahap Tindakan :
Menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc
Guru merancang penggunaan kaedah pentaksiran yang sesuai dengan tahap keupayaan murid. Guru boleh memilih kaedah
pentaksiran : Pemerhatian / Lisan – persembahan, soal jawab, kuiz / Penulisan – spesifikasi produk, tugasan bertulis, ujian bertulis,
lembaran kerja, senarai semak, latih tubi dan lain-lain.
Guru perlu menulis aktiviti pentaksiran dalam ruangan aktiviti ketika membuat perancangan RPH. Pentaksiran dapat dilihat melalui
penggunaan kata kerja dalam langkah setiap aktiviti – Contoh : Murid menyebut…. Murid mengajuk…… Murid menjawab soalan…..
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
3
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG PERANCANGAN PEMBELAJARAN
Tahap Tindakan :
Menyediakan ABM / BBM / BBB / TMK
Guru merancang dan menentukan Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Mengajar (BBM) / Bahan Bantu Belajar (BBB)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang sesuai digunakan untuk mencapai OP dan pelaksanaan aktiviti yang berkesan.
Guru boleh menggunakan objek sebenar, audio, video, bahan rujukan, carta, gambar, majalah, akhbar dan buletin.TMK – Internet /
VLE / Power Point / Kahoot / MCapTool.
Guru boleh menggunakan sekurang-kurangnya dua atau lebih ABM / BBM / BBB / TMK – satu cadangan.Guru perlu memilih ABM /
BBM / BBB / TMK yang sesuai berdasarkan keupayaan murid dan penggunaan bahan sumber pendidikan secara maksimum
sepanjang PdPc.
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL EKOSISTEM PEMBELAJARAN POSITIF
Cadangan kepada guru:
Tahap Tindakan :
Mengelola isi/skop pembelajaran yang dirancang
Guru dapat mengelola proses PdPc berpandukan kepada isi pelajaran/isi kandungan yang dirancang dan dapat disesuaikan
dengan OP.
Guru dapat menguruskan isi pelajaran/skop pembelajaran mengikut keupayaan murid berdasarkan pendekatan, kaedah, teknik
yang sesuai. Contoh: Teknik – Drama, Permainan Bahasa, Latih Tubi, Bercerita, Perbincangan (meja bulat, putaran giliran, Think
Pair Share, Main Peranan, Jelajah Galeri, Stay-Stray, Round Table, Hot Seat)
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
4
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL EKOSISTEM PEMBELAJARAN POSITIF
Tahap Tindakan :
Mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran
Guru dapat mengelola pembelajaran berdasarkan perancangan masa yang ditetapkan. Contoh :
Set induksi (5 minit), Perkembangan – 1 hingga 4 aktiviti (15 – 20 minit), Penutup (5 minit)
Guru dapat menggunakan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) seperti Kajian masa depan, Belajar Cara Belajar (BCB), Kecerdasan
Pelbagai, Konstruktisme dan lain-lain.
Guru menstruktur proses pembelajaran secara teratur dan berkesan – mudah kepada sukar, konkrit kepada abstrak dan lain-lain.
Tahap Tindakan :
Memberi peluang kepada penyertaan aktif murid
Guru memberi peluang penglibatan semua murid atau sebilangan besar murid dalam setiap aktiviti mengikut aras keupayaan
mereka secara berterusan.
Guru menggalakkan penyertaan aktif murid berkaitan denga nisi pelajaran/fakta dan kemahiran yang diajar.
Guru menggalakkan soal jawab / interaksi antara guru dan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan.
Guru mewujudkan peranan setiap murid dalam kumpulan : Ketua kumpulan, Pencatat, Pengurus Masa, Pengurus Bahan dan
Pembentang.
Tahap Tindakan :
Mengawasi komunikasi murid dalam PdPc
Guru menggalakkan murid berkomunikasi secara berterusan dan bervariasi.
Guru mengawal komunikasi murid ketika aktiviti pembelajaran – kesantunan berbahasa ketika menerima dan menolak pendapat
rakan, berhemah, berbudi bahasa.
Guru mengawal nada suara, intonasi, mimik muka, bahasa badan atau bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh murid.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
5
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL EKOSISTEM PEMBELAJARAN POSITIF
Tahap Tindakan :
Mengawasi perlakuan murid dalam PdPc
Guru dapat mengawal disiplin murid ketika melaksanakan PdPc.Guru mengawal perlakuan murid dengan guru, perlakuan murid
dengan murid, perlakuan murid dengan bahan / tugasan.
Guru boleh menggunakan sistem High Five (Hi 5) untuk membantu guru mengawal suasana pembelajaran (satu cadangan).Guru
juga perlu mengenakan dendaan dan ganjaran dalam menguruskan PdPc dengan berkesan dan terkawal. Dendaan dan ganjaran
perlu dilihat sebagai usaha membangunkan potensi diri murid
Tahap Tindakan :
Menyusun atur kedudukan murid
Guru perlu menyusun atur kedudukan murid berasaskan aktiviti murid sama ada secara individu, berpasangan, berkumpulan, atau
secara kelas.
Guru perlu mengubah suai kedudukan murid dalam aktiviti / mengikut keupayaan murid berdasarkan pencapaian mata pelajaran
atau keperluan dalam profil murid.
Guru perlu membentuk kumpulan murid mengikut aras pencapaian yang sama atau pencapaian yang berbeza bergantung kepada
OP yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran tertentu.
Tahap Tindakan :
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk mewujudkan PdPc yang seronok dan berkesan. Guru perlu
merancang PdPc sama ada di dalam atau di luar bilik darjah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru digalakkan menggunakan unsur kecindan, didik hibur (Fun Learning) seperti bercerita, berlakon, main peranan, kerusi panas,
kotak beracun, dekon (deklamasi sajak dan lakonan), teater bercerita, teater pembaca, nyanyian, lawak jenaka, teka-teki, silap
mata, muzik tradisional dan moden, dan lain-lain.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
6
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Cadangan kepada guru:
Tahap Tindakan :
Memberi tunjuk ajar/panduan menguasai isi pelajaran/ konsep/fakta berkaitan pelajaran
Guru membuat bimbingan secara sistematik agar murid dapat menguasai isi pelajaran/ konsep/ fakta dengan memberikan
penerangan konsep berserta contoh dan ilustrasi mudah.
Guru boleh mengemukakan analogi, bercerita serta dibantu dengan visual, lakaran, ilustrasi, demontrasi atau menunjuk cara
contoh yang melibatkan guru dan murid yang sama-sama melaksanakan aktiviti/ tugasan mengikut keperluan murid bagi
memudahkan murid mamahami isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Guru membuat bimbingan dan rangsangan yang boleh mempengaruhi intelek, kemahiran, emosi dan minat murid secara
berkesan.Guru boleh mengapklikasikan konsep 5P - Penggabungjalinan, Penyerapan, Pemulihan dan Pentaksiran ketika proses
PdPc berjalan.
Tahap Tindakan :
Memberi tunjuk ajar/ panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti pembelajaran
Guru membimbing supaya murid menguasai kemahiran dalam aktiviti PdPc.
Bimbingan kepada murid untuk menguasai kemahiran belajar secara komseptual dan praktikal serta memberi kepercayaan kepada
murid melaksanakan aktiviti / tugasan/ latihan mengikut keupayaan murid.
Guru menggunakan Pendekatan, Kaedah, Teknik (PKT) yang sesuai untuk mencapai kemahiran yang terdapat dalam DSKP atau
HSP.Guru perlu menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu proses PdPc.
Contoh: kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mengira, kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran insaniah, dan lain-lain.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
7
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Tahap Tindakan :
Memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran
Guru membantu dan memandu murid membuat keputusan sebulat suara melalui hasil perbincangan kumpulan atau kelas.
Guru membimbing murid menyelesaikan masalah dalam menyelesaikan tugasan yang diamanahkan (kenal pasti masalah, cari
punca masalah, cari kesan, dan cari langkah mengatasi masalah). Cari kaedah penyelesaian masalah berkaitan data yang
ditemui/dicari untuk menyokong pandangan.
Guru membahagikan tugasan dan kumpulan: penjanaan idea dan pandangan individu, pandangan kumpulan, pandangan pemimpin
mansyarakat, atau pemimpin yang ada autoriti dalam sesuatu isu atau masalah perbincangan.
Guru meminta murid membuat refleksi dan tindak balas.
Tahap Tindakan :
Memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber pendidikan berkaitan
Guru membimbing murid menggunakan sumber pendidikan seperti Borang Pengurusan Grafik, Lembaran Kerja, BBM/TMK, petikan
teks, buku rujukan, kamus, gambar dan lain-lain.
Guru memastikan sumber pendidikan mestilah cukup dan sesuai mengikut keupayaan murid.Guru sentiasa memandu murid
menggunakan sumber pendidikan secara maksimum.
Guru memandu murid menggunakan sumber pendidikan semasa aplikasi 5P - Penggabungjalinan, Penyerapan, Pemulihan,
Pengayaan dan Pentaksiran.
Guru perlu memastikan sumber pendidikan berkaitan objektif pembelajaran (OP).
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
8
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Tahap Tindakan :
Menggabung/ merentas/ mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk/ tema/ kemahiran/ mata pelajaran lain dalam aktiviti pelajaran
Guru mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid, latar belakang kehidupan, elemen-elemen persekitaran
lokal/global, kekeluargaan, alam sekitar, sistem modular, EMK, dan lain-lain.
Guru perlu mengaitkan isi pelajaran yang diajar denga isi pelajaran mata pelajaran lain atau kehidupan murid (Kesimpulan PdPc
dan Refleksi PdPc).
Guru menggalakkan murid mencari pengetahuan baharu melalui penerokaan, pegujian dan pencarian jawapan dengan
menggunakan pelbagai PKT yang sesuai.
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN
KOLABORATIF
Cadangan kepada guru:
Tahap Tindakan :
Merangsang murid berkomunikasi
Guru merangsang murid berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat. Verbal - proses menyampaikan mesej melalui tutur kata
lisan atau tulisan. Nom verbal - nada suara, mimik muka, gerak badan, gerak mata, dan gerak tangan.
Guru mendorong murid berkomuniksi melalui pelbagai kaedah:
- komunikasi antara perseorangan
- komunikasi antara dua orang
- komunikasi dalam kumpulan kecil
- komunikasi umum
- komunikasi berasaskan bahan/ alat komunikasi - tv, radio, internet, akhbar, majalah dan lain-lain.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
9
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN
KOLABORATIF
Tahap Tindakan :
Merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran
Guru mendorong murid untuk menjayakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan kemahiran kolaboratif dan koperatif.
Guru menggalakkan murid aktif dalam pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran memimpin, membuat keputusan, membina
kepercayaan, komunikasi, pengurusan konflik, menerima idea, menolak idea, mematuhi peraturan atau giliran, memberi galakan,
pendengar aktif, memberi pertolongan dan membuat penjelasan dalam nada dan intonasi yang sesuai.
Guru memberi peluang kepada murid menyampaikan hasil perbincangan/ hasil kerja/ menghasilkan idea dan mengemukakan
pendapat/ menerima pendapat secara berhemah dan bertatasusila.
Guru mewujudkan interaksi sosial dalam kalangan murid melalui penggunaan pendekatan PdPc seperti Pembelajaran Berasaskan
Projek, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Pembelajaran Berasaskan Masalah, dan pendekatan STEM (Science, Technology,
Engineering, dan Mathematic).
Tahap Tindakan :
Mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif
Guru menggalakkan murid menggunakan kecekapan minda meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu idea yang
baharu, asli, luar biasa. Guru menggunakan tiga proses berfikir - menjana idea, membuat inferens dan membuat ramalan terhadap
sesuatu isu yang dibincangkan.
Guru boleh mencungkil idea murid melalui Pengurusan Grafik (Graphical Organizer) KWL pada permulaan, pertengahan dan
penutup PdPc;
K - What students know
W- What students want to learn
L - What students learned from the lesson
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
10
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN
KOLABORATIF
Guru boleh mendorong murid menggunakan Project Based Learning (PBL), Inquiry Based Learning (IBL), Problem Based Learning
(PBL).
Guru cuba membangkitkan perasaan ingin tahu, menganalisis data atau maklumat, mentaksir sesuatu data atau maklumat yang
diperoleh secara kolaboratif.
Tahap Tindakan :
Mengajukan soalan / mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Guru mendorong murid memberikan idea atau pandangan untuk menyelesaikan sesuatu isu secara individu/kumpulan/kelas.
Guru menggalakkan murid mengajukan soalan berbentuk convergen (bertumpu) atau divergen (bercapah) untuk menyelesaikan
masalah.
Tahap Tindakan :
Mewujudkan peluang untuk murid memimpin
Guru menggalakkan murid melibatkan diri dan memainkan peranan sebagai pemimpin. Libatkan semua murid sebagai
pemimpin.Guru boleh mendorong murid supaya:
- Menggalakkan orang lain – penggalak
- Memuji orang lain – pemuji
- Menyeimbangkan penglibatan ahli kumpulan – pengawal
- Membantu, membimbing dan melatih – jurulatih
- Merekod idea – pencatat
- Menyemak tugasan – penyemak
- Mengawal masa – penjaga masa
Murid lain dihargai dan tidak dipinggirkan.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
11
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN
KOLABORATIF
Tahap Tindakan :
Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
Guru menggalakkan murid mengaplikasikan teknik penyoalan 5W1H dalam menyelesaikan masalah.
Guru membantu murid menyediakan soalan-soalan – rancang soalan yang ingin dikemukakan:
Soalan mengikut urutan/mudah, soalan mencungkil pengetahuan. Soalan konvergen/tertutup, soalan bercapah/meluas.
Guru sentiasa memberi peluang murid memberi jawapan.Bentuk soalan mestilah berubah-ubah/Soalan ringkas dan jelas/ Soalan
mesti mampu mendorong murid/rakan berfikir/ganjaran perlu diberikan kepada individu/kumpulan yang cemerlang
Tahap Tindakan :
Menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri
Guru menggalakkan murid mendapat isi pelajaran/maklumat dan kemahiran yang dirancang OP secara kendiri. Galakkan murid
berinteraksi dalam kumpulan/kelas dengan memberi pandangan peribadi terhadap isi pelajaran atau kemahiran.
Galakkan murid membuat penetapan pembelajaran sendiri berdasarkan keupayaan murid.
Galakkan murid mengakses maklumat sendiri daripada pelbagai sumber ilmu pengetahuan atau kemahiran. Guru bertindak
sebagai pembimbing/fasilitator.
Tahap Tindakan :
Memberi pujian/galakan terhadap perlakuan positif.
Guru sentiasa memberikan pujian dan ganjaran kepada setiap individu, kumpulan atau kelas kerana berjaya menunjukkan
perubahan dalam aspek kognitif, psikomotor dan afektif.
Guru mendorong murid menggunakan kata-kata positif, variasi tekanan dan nada suara yang sesuai untuk menarik perhatian
murid.
Guru menggalakkan murid menunjukkan rasa empatu, penghargaan sesama mereka sebelum, semasa atau selepas PdPc.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
12
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.4 GURU SEBAGAI PENDORONG PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN
KOLABORATIF
Tahap Tindakan :
Memberi penghargaan terhadap hasil kerja/idea yang bernas
Guru sentiasa memberikan pujian/galakan terhadap hasil kerja murid/idea yang baik.
Guru memaparkan hasil kerja terbaik – jadikan contoh/panduan kepada murid lain di kelas yang sama atau di kelas lain.
Guru menggalakkan murid menghargai hasil kerja/idea rakan mereka yang lain.
Guru memberikan peluang kepada murid berkongsi hasil kerja/idea di peringkat sekolah/daerah/kebangsaan.
Tahap Tindakan :
Memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan/respons
Guru sentiasa mendorong murid mengemukakan soalan kepada rakan mereka yang membentangkan hasil kerja individu atau hasil
kumpulan.
Guru menggalakkan murid memberikan jawapan/respons berdasarkan tahap/kemampuan murid. Menggalakkan murid mencuba
dan menguji kemampuan diri.
Tahap Tindakan :
Prihatin terhadap keperluan murid
Guru sentiasa peka dengan keperluan murid – fizikal, mental dan emosi murid (Teori Maslow).
Guru perlu memahami profil murid melalui Inventori Kecerdasan pelbagai. Petunjuk ini boleh membantu guru meningkatkan
pencapaian murid mengikuti keperluan murid.
Guru perlu mengenali watak dan perwatakan murid secara individu, minat murid, tahap pencapaian dalam kokurikulum, PAFA dan
Fardu Ain dan lain-lain.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
13
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.5 GURU SEBAGAI PENILAI PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
Cadangan kepada guru:
Tahap Tindakan :
Menggunakan pelbagai pentaksiran dalam PdPc
Guru perlu melaksanakan pentaksiran – pemerhatian, lisan, bacaan dan penulisan.
Guru membuat pentaksiran secara langsung atau secara tidak langsung untuk mengumpul data tentang kekuatan atau kekurangan
dalam setiap PdPc.
Guru akan menggunakan data untuk menyediakan intervensi yang sesuai sama ada muridnya memerlukan pengayaan atau
pemulihan. Aktiviti pengayaan dan pemulihan boleh dijalankan secara berkesan melalui pentaksiran bilik darjah
Tahap Tindakan :
Menjalankan aktiviti pemulihan/ pengayaan dalam PdPc
Guru melaksanakan pemulihan dan pengayaan dalam PdPc.
Guru mengenal pasti murid yang terlibat dalam masalah pembelajarannya, merancang tindakan, mengajar semula, menilai dan
membuat tindakan susulan.
Guru mewujudkan aktiviti pengayaan secara terancang – konsep lejara sendiri (Anchor Activity) – bacaan tambahan, latihan
tambahan, kerja projek dan lain-lain.
Guru menyediakan aktiviti yang lebih mencabar minda murid berdasarkan kemahiran atau aras pencapaian yang lebib tinggi bagi
aktiviti pengayaan dan kemahiran atau aras yang sederhana atau rendah bagi aktiviti pemulihan.
Tahap Tindakan :
Memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran
Guru menyediakan latihan/tugasan berasaskan OP dan memberikan arahan yang jelas sebelum latihan/tugasan bermula.
Guru membantu murid menyelesaikan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Guru sentiasa memberikan perhatian kepada murid ketika melaksanakan tugasan/latihan. Tugasan atau latihan perlu cukup untuk
semua murid mengikut aras pencapaian dan mencakupi kemahiran yang telah diajar kepada murid.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
14
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.5 GURU SEBAGAI PENILAI PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
Tahap Tindakan :
Memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran
Guru membuat penilaian kendiri terhadap aktiviti pembelajaran dan sejauh mana murid berupaya mencapai OP yang telah
dirancang.
Guru membantu murid menyatakan perasaan, pesanan/cadangan/impak terhadap pembelajaran yang diikuti. Guru menerima
semua pandangan murid terhadap aktiviti PdPc yang telah dilalui oleh murid.
Guru menggunakan hasil pemerhatian ini untuk membuat penambahbaikan PdPc pada masa akan datang.
Tahap Tindakan :
Menyemak/menilai hasil kerja/gerak kerja/latihan/tugasan.
Guru perlu menyemak dan menilai hasil kerja/latihan/tugasan dan diberikan skor yang sesuai.
Guru perlu membuat ulasan yang membina dan meminta murid membuat pembetulan (jika ada). Contoh pembetulan boleh
diberikan jika perlu.
Guru perlu berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja murid. Pujian dan galakan perlu diberikan kepada murid untuk
meningkatkan potensi diri.
Guru perlu menyediakan ganjaran kepada hasil kerja yang betul, kemas, bersih dan bermaklumat.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
15
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF (ACTIVE-LEARNERS) KEMENJADIAN MURID
Cadangan kepada guru:
Tahap Tindakan :
Memberi respons berkaitan isi pelajaran.
Murid memberi pandangan / pendapat secara lisan atau bertulis berkaitan isi pelajaran sama ada secara individu atau kumpulan.
Murid dibimbing untuk berani mempertahankan idea atau pandangan mereka.
Murid digalakan memberi contoh atau data yang sesuai dengan isu yang dibincangkan dengan penuh keyakinan.
Tahap Tindakan :
Berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Murid menyampaikan maklumat /pandangan secara tersusun dan berhemah.
Murid memberikan pandapat peribadi dengan yakin dan berhemah semasa menjawab soalan atau semasa membentangkan hasil
kerja.
Murid memberikan pendapat peribadi dengan yakin dan berhemah semasa menjawab soalan atau semasa membentang hasil
kerja. Suara murid hendaklah jelas dan bervariasi ketika berkomunikasi.
Murid digalakkan menggunakan frasa. Saya mewakili kumpulan atau Pada pandangan peribadi saya....
Tahap Tindakan :
Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif.
Murid perlu memahami peranan mereka sebagai ahli dalam kumpulan- memberiidea dan menerima idea.
Semua murid terlibat dalam perbincangan kumpulan.Perbincangan tugasan kumpulan merupakan tanggungjawab bersama antara
ahli dalam kumpulan. Semua murid digalakkan member pandanban dalam kumpulan.Pilih idea terbaik untuk dikongsi secara kelas.
Murid boleh menerima atau menolak pandangan rakan mereka tetapi dengan alasanyang wajar atau logic perlu diberikan jika
berlakuknya penolakan idea tersebut.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
16
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF (ACTIVE-LEARNERS) KEMENJADIAN MURID
Perbincangan perlu dilakukan secara berhemah.Latih murid mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni dalam membincangkan
sesuatu isu.
Aktiviti ini boleh mewujudkan interaksi social dalam kalangan murid melalui penggunaan pendekatan PdPc seperti Pembelajaran
Berasaskan Projek, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri , Pembelajaran berasaskan Masalah , dan pendekatan STEM (
Science,Technology,Engineering, dan Mathematic).
Tahap Tindakan :
Memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran.
Murid memberikan pandangan secara lisan atau bertulis berkaitan isi pelajaran.
Murid menyelesaikantugasan secara kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran.
Murid boleh mengemukakan pendapat atau memberikan respons terhadap isi pelajaran.
Murid digalakkan memberikan idea/pandangan yang kreatif atau kritis berkaitan isi pelajaran.
Murid digalakkan mencari maklumat daripada pelbagai sumber atau teknologi terkini.
Tahap Tindakan :
Mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
Murid mengemukakan soalan secara lisan kepada rakan mereka berkaitan isi pelajaran. Soalan perlu berfokus kepada isi
pelajaran. Perbincangan lanjut antara rakan berkaitan isi pelajaran perlu dilakukan.
Murid mengemukakan soalan secara bertulis kepada rakan berkaitan isi pelajaran. Perbincangan lanjut antara rakan berkaitan isi
pelajaran perlu dilakukan.
Murid digalakkan menyelesaikan tugasan setiap soalan yang dikemukakan oleh rakan mereka.
Murid boleh menggunakan pelbagai sumber terkini untuk menyelesaikan masalah. Guru sebagai fasilitator untuk membantu proses
penyelesaian masalah.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
17
SKPMG2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KERANGKA KONSEP PA21 :
4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF (ACTIVE-LEARNERS) KEMENJADIAN MURID
Tahap Tindakan :
Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid /isu lokal/global.
Murid mengaitkan isi pelajaran yang dipelajarai dengan isi pelajaran mata pelajaran lain dan membentangkan kepada rakan
mereka dalam kelas.
Murid mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan mereka dan menyampaikan maklumat inikepadarakan di dalam kelas.
Murid mengaitkan isi pelajaran dengan isu tempatan dan antarabangsa dan dikongsi dengan rakan mereka.
Murid memberikan cadangan / pandangan/ penyelesaian masalah setiap isu local/global. Setiap pandangan akan dirumus sama
ada secara lisan atau bertulis.
Tahap Tindakan :
Membuat keputusan/menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran.
Murid digalakkan melibatkan diri secara maksima untuk membuat keputusan berkaitan tugasan yang diamanahkan.
Semua ahli dalam kumpulan agtau kelas bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil.
Murid digalakkan menyelesaikan isu atau tugasan berdasarkan aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan agtau kelas
dengan tersusun dan berkesan.
Murid menghasilkan satu atau beberapa idea / kesatuan idea yang jitu dalam menyelesaikan isu. Gagasan idea yang diambilakan
dipersetujui oleh semua ahli dalam kumpulan.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
18 Mencipta
Menilai
Pengetahuan kemahiran Menganalisis
nilai dan sikap Mengaplikasi
Memahami
Kemahiran berfikir secara Mengingat
kreatif dan kritis
Membuat rumusan
Menaakul dan refleksi Menyelesaikan
masalah
Mencipta
Menginovasi
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
19 Gunakan alat berfikir yang Buat refleksi tentang
sesuai PdPc dalam
Kenalpasti elemen menggalakkan KBAT
KBAT dalam SP Kemukakan soalan
mencetus KBAT murid
Wujudkan suasana KBAT
Sediakan RPH: Pastikan terdapat
Nyatakan objektif pembelajaran soalan aras KBAT
dalam pentaksiran
secara eksplisit
Sediakan aktivti yang mencetus PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KBAT murid dengan BBB KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018
BBB galakkan murid KBAT
20 FAHAMI DSKP RANCANGAN RANCANGAN
PELAJARAN PELAJARAN HARIAN
EVOLUSI PELAKSANAAN
KURIKULUM TAHUNAN (RPT) (RPH)
MERUNGKAI KURIKULUM Standard Pemetaan topik Susun semula SK dan
(Unpacking the curriculum Kandungan berdasarkan SP (pengetahuan,
jumlah minggu kemahiran dan nilai)
PERANAN SEKOLAH Standard setahun dengan objektif dan
Pembelajaran strategi PdPc
Standard Prestasi Aktiviti dan strategi
PdPc sesuai dengan
keupayaan murid dan
kaedah penilaian
PENGETUA /GURU BESAR (PGB) / GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) / GURU
PENOLONG KANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN (KP)
Memastikan penyebaran maklumat yang Menyediakan perancangan LDP / PLC Menghadiri LDP / PLC di peringkat sekolah
tepat melalui mesyuarat kurikulum/LDP/PLC peringkat sekolah. bagi memahami dan menghayati DSKP.
Memastikan tahap pemahaman yang tinggi Mengadakan LDP / PLC kepada KP dan ahli Melaksanakan PdPc berdasarkan
dalam kalangan GKMP dan KP. panitia dan merekod aktiviti yang dijalankan kandungan DSKP.
Melaksanakan intervensi kepada GKMP dan Memastikan tahap pemahaman ahli-ahli Melakukan semakan kendiri (self-check) dan
KP yang belum menguasai DSKP panitia. semakan rakan sekerja (peer-check)
Menjadi role model dalam aspek PdPc. Melaksanakan intervensi kepada ahli-ahli Membudayakan amalan merungkai
panitia yang belum menguasai DSKP. kurikulum (unpacking the curriculum)
menerusi perkongsian amalan terbaik.
PANDUAN SKPMg2 Standard 4
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KUMPULAN 2 SISC+ PPD PASIR GUDANG 2018