The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu organisasi. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Terdapat juga kajian yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan pretasi organisasi[1].Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UBK ZR1, 2023-09-06 02:55:39

ASAS KEPIMPINAN

Keywords: PIMPIN

ASAS KEPIMPINAN Setiap orang adalah pemimpin Disediakan oleh : Cikgu Jue

Apa itu Kepimpinan? Kenapa perlu ada sifat kepimpinan?. Sifat seorang pemimpin. Ciri-ciri kepimpinan yang unggul. Tips bina pasukan kerja. Peranan seorang pemimpin. Bersediakah menjadi seorang pemimpin? Perkongsian

Semua khalifah dimuka bumi ini adalah pemimpin. Sebagai seorang khalifah, seorang pemimpin perlu mengetahui peranan yang perlu dimainkan iaitu menjadi pemimpin untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Pemimpin juga seharusnya bertindak dengan cemerlang untuk memastikan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik kerana ianya akan dihisab di hari akhirat nanti. Apa itu Kepimpinan? Merealisasikan kepimpinan melalui kesedaran diri

Seorang pemimpin perlu ada ciri-ciri kepimpinan iaitu kemampuan seseorang dalam mempengaruhi orang lain disamping membentuk jatidiri orang disekelilingnya. Menjadi seorang pemimpin, perlu bertindak dengan cemerlang berdasarkan PERANAN, TANGGUNGJAWAB dan TUGAS yang mesti difahami sedalam-dalamnya. Apa itu Kepimpinan? Merealisasikan kepimpinan melalui kesedaran diri

Tanggungj awab Role Model Membantu Kenapa perlu ada sifat kepimpinan? kepimpinan, bukanlah... keistimewaan TETAPI tanggungjawab yang berat. kelebihan TETAPI pengorbanan. kesenangan TETAPI kerja keras dan bersungguh-sungguh. tindakan diambil secara melulu TETAPI penuh perancangan dan strategi. Role model bukan hanya seorang saja, tetapi juga kumpulan dari beberapa karakter orang berjaya yang sesuai dengan pribadi yang kita harapkan “ingin menjadi” di masa depan. Setiap tokoh yang menjadi role model hendaknya memiliki Nilai-Nilai Ketuhanan/Spiritualitas, Nilai Moralitas, Nilai Profesionalitas, serta etika. Memastikan kelancaran dan kejayaan suatu tugasan dalam sesebuah organisasi . membantu seorang pemimpin untuk memimpin ahli dengan cara yang terbaik untuk menghasilkan output yang maksimum.

ciri yang sedia ada CIRI YANG BOLEH DIBENTUK Sifat Seorang Pemimpin -Semangat yang tinggi. -Suka sesuatu yang kreatif mempunyai idea yang lain dari orang lain. -Suka berinovasi dan teroka benda baru berfikir di luar kotak. -Ada elemen kepimpinan - sentiasa menjadi ketua dan sentisa berfikir untuk dapatkan sesuatu keputusan. -Ikhlas, fokus dan disiplin dalam melaksanakan tanggungjawab. -Bersemangat dan sentiasa positif. -Menghormati pandangan orang lain. -Menetapkan matlamat. -Pembelajaran melalui pemerhatian. -Uruskan cara kerja kumpulan dengan baik. -Seorang pendengar yang baik.

0 Kepimpinan yang Unggul 1. Perancangan setiap hari 2. Selesaikan isu dengan pantas 3. Mempunyai impian dan cita-cita 6. Muhasabah diri 5. Berfikiran positif 4. Keseimbangan dalam hidup

Seorang pemimpin perlu memulakan hari dengan perancangan yang rapi dan teliti. Pemimpin yang bijak merancang ialah pemimpin yang pandai menggunakan masa dengan betul serta pandai agihkan masa dengan aktiviti yang akan dijalankan. 1. Perancangan setiap hari

Pemimpin yang cekap mampu selesaikan sesuatu isu dengan cermat dan pantas melalui pemerhatian. Seorang pemimpin juga seharusnya mampu mencerap situasi dengan cepat. Contoh, apabila berada dalam suatu majlis, seorang pemimpin boleh mencerap dan meramal apakah kekurangan serta kelemahan dalam majlis tersebut dan akan memastikan orang yang tepat untuk menyelesaikan isu tersebut. 2. Selesaikan isu dengan pantas

Pemimpin yang memimpin sesuatu organisasi yang besar harus mempunyai jiwa yang besar. Perancangan kehadapan perlu dibuat dengan mengeluarkan ideaidea yang realistik dan rasional. Seorang pemimpin yang unggul mestilah tahu membezakan idea umum dengan idea peribadi, mampu meyakinkan dan mempengaruhi ahli-ahli tentang idea tersebut. Seseorang pemimpin bersedia menerima kritikan mahupun tokok tambah daripada ahli-ahli. 3. Mempunyai impian dan cita-cita

Prinsip yang perlu dipegang adalah Dakwah ini milikTuhan. Seseorang pemimpin yang ikhlas dan amanah berjuang untuk agama ALLAH, percaya dan yakin ALLAH akan menjaga seluruh hidupnya dan ahli keluarga yang redha terhadap perjuangannya. Pemimpin perlu sentiasa menunjukkan qudwah dan teladan dalam keluarga. Sikap kepimpinan yang ditunjukkan dalam organisasi mampu memberi semangat dan cabaran kepada anak- anak untuk dijejaki 4. Keseimbangan dalam Hidup

Pemimpin yang berfikiran positif akan menganggap setiap cabaran dalam hidup merupakan titik permulaan untuk berjaya. Seorang pemimpin seharusnya memiliki sifat suka membaca, berwawasan, bersifatkreatifdan inovatif. Pemimpin yang sihat dan waras akal fikirannya sentiasa memberi peluang kepada akal untuk meneroka idea baru dan berfikir di luar kotak. 5. Berfikiran Positif

Pemimpin yang unggul akan sentiasa muhasabah diri untuk menilai diri untuk melihat keberkesanan dalam kepimpinan yang dibawa. 6. Muhasabah Diri

Ketepikan dahulu prosedur/peraturan. Ada IDEA - terbuka / terima input dari luar. Mampu sampaikan dan yakinkan pasukan tentang idea. Boleh mempengaruhi pasukan untuk laksanakan idea. Boleh menerima dengan hati terbuka jika terdapat perubahan - kembali ke matlamat asal. Sabar untuk dengar cara penyampaian idea yang berbeza dengan sendiri – terbuka/terima idea atau lontaran yang lain/berbeza. Perubahan kepada organisasi atau AJK - Pemimpin kena anjal, pelbagaikan cara kepimpinan. Tips Kerja dalam Berpasukan

1.Berkongsi idea dan terbuka untuk mendapatkan input daripada ahli pasukan lain. 2.Pemimpin kena yakin dengan idea - ambil masa fikir dalam buat keputusan. Jangan teragak-agak hingga sebabkan orang bawahan tidak yakin. 3.Jangan bersifat tertutup kepada ahli - fleksibel terima perbezaan / cadangan baru dari ahli pasukan. Peranan Seorang Pemimpin/Ketua

4.Terapkan sifat SABAR - bukan mudah untuk ahli menerima idea dan laksanakan tugasan yang diberi. 5.Terapkan elemen KEIMANAN dalam mengetuai sesuatu tugasan. 6.Terapkan elemen KEROHANIAN - yakin dan jujur dalam tugas yang dilakukan (tiada keperluan untuk rasa marah). 7.Belajar ilmu hakikat - buat apa yang kita mampu selebihnya adalah MUTLAK HAK ALLAH. Peranan Seorang Pemimpin/Ketua

-Mempunyai idea -Menepati masa - Sedia berkorban -Meletakkan ahlinya kepada tempat yang betul -Bijak dalam memilih waktu yang sesuai untuk sesuatu perkara supaya tidak membazir waktu. -Faham posisi dan kedudukan diri-sendiri -Banyak berbincang dan bermusyawwarah dengan ahli yang lain. -Banyak mendekatkan diri kepada Allah sekiranya ada isu yang timbul -Melakukan muhasabah setelah sesuatu rancangan telah dijalankan. -Melakukan to do list untukpengurusan masa yang lebih baik -Boleh bekerja berpasukan dan tidak terlalu keras mengkritik. Bersediakah Anda menjadi seorang pemimpin?

KEPIMPINAN Cikgu Jue @ Siti Zubaydah P E R A N A N & T A N G G U N G J A W A B S E O R A N G P E M I M P I N PENGAWAS, PRS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS & LAIN-LAIN

HIERARKI ORGANISASI DI SEKOLAH PENTADBIR GURU PENGAWAS PENGAWAS PUSAT SUMBER PRS KETUA KELAS PENOLONG KELAS LAIN-LAIN

Konsep Pimpin & Memimpin Pimpin Bimbing Pandu Tunjuk Memimpin Memegang tangan untuk menunjukkan jalan Melatih seseorang Mengetuai sesuatu badan, organisasi atau pergerakan mengetuai

Mengurus Diri Menguasai Banyak Kemahiran Belajar & Berfikir Bersosial Mencari Maklumat & Berkomunikasi Membuat Keputusan & Memimpin

AUTOKRATIK Gaya Kepimpinan Pemimpin yang berkuasa penuh. Gunakan ugutan , paksaan dan kuasa DEMOKRATIK LAISSEZ-FAIRE Pemimpin bertimbang rasa memberi kebebasan dan terbuka Pemimpin yang tidak terkawal. Tiada bimbingan dan selalu pincang.

Pemimpin terbaik ialah gaya kepimpinan demokratik kerana sesuai dan menghasilkan kerja yang baik

ANALOGI PEMIMPIN Lampu Isyarat Pemain Layang-layang Minyak Wangi Mengawal dan memantau gerak-geri individu yang dipimpin. Pandai mengawal untuk menarik atau melepaskan individu yang dipimpin. Membina keyakinan individu yang dipimpin. Memberi bimbingan jika perlu (lampu hijau) Campur tangan jika perlu (lampu kuning) Individu yang berjaya membuat keputusan sendiri (lampu merah) Mudah didekati dan disenangi. Sentiasa mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa.

PEMBENTUKAN IMEJ & PERSONALITI PEMIMPIN C i k g u J u e

DEFINISI & ISTILAH IMEJ GAMBARAN, CERMINAN, BAYANGAN; ~ PENDAM IMEJ YG TELAH DI TANGKAP DI ATAS FILEM ATAU KERTAS FOTO TETAPI BELUM DIPROSES DAN TIDAK DAPAT DILIHAT. KEPERIBADIAN ATAU WATAK SESEORANG ATAU SESUATU SEBAGAIMANA YG TERPAPAR PADA PANDANGAN ATAU TANGGAPAN ORANG ATAU PIHAK LAIN.

CIRI-CIRI IMEJ HEMAH DIRI PAKAIAN KEKEMASAN DIRI BERJALAN BERCAKAP DUDUK LAYANAN KEBERSIHAN KESIHATAN PENGETAHUAN SIKAP PERSONALITI

PERSONALITI Personaliti ataukeperibadian merupakan satucabangpsikologi yang mengkaji keperibadian danproses individulain yang menjadikankita manusia. Antara definisiyanglain merujukkepada sesuatukualiti ataukeadaanyang terdapat atausedia wujud di dalam seseorangindividuuntukindividu tersebut menggelar dirinya sebagai seoranginsan.

Meningkatkankefahamanterhadap bentuk dananatomi tubuhseseorang. Meningkatkankeyakinan diri bila berhadapan dengan masyarakat. Pandangan orangterhadap dirikita.-beranggapankita sebagai seseorangyang prihatinterhadappenampilan diri Dapat menarikperhatian masyarakat..contohketika menghadiri temuduga di manapenemuduga akan melihatpenampilan diri dahulusebagaipenilaianawal.. Melambangkecekapanseseorang mengurus diri. Anda akan mendapatihidupanda lebihtenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkalakita sendiri tidaktahu dari manakah datangnya semangat baruini. Ini adalahkerana anda telah menarik banyaktenagapositif berbentukkasih sayangkepada diri anda. KepentinganImej & Personaliti

Komunikasi Berkesan Kategori Komunikasi Halangan Komunikasi Tip Komunikasi Berkesan

Pengenalan Proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak. Merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu / sekumpulan individu yang lain. Komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘ comunication ’ yang berasal dari perkataan Latin iaitu ” communicare ” yang bermaksud ‘to make common ’ iaitu mewujudkan persamaan. Definisi Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. “ satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain ” .

Bagaimana Anda Berkomunikasi?

Kategori Komunikasi KOMUNIKASI INTERPERSONAL Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama. KOMUNIKASI INTRAPERSONAL Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

Halangan Komunikasi FIZIKAL - KEADAAN PERSEKITARAN YANG JELAS SIMENTIK - HALANGAN DARI SEGI BAHASA (BANYAK MAKNA) SOSIOLOGI - UMUR PSIKOLOGI - BENTUK TANGGAPAN & EMOSI

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan Sapaan ataupun salam. Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Mendengar dengan aktif. Mengemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain. Senyuman dan mimik air muka.

Kemahiran Bertanya Kepentingan Kemahiran Bertanya Strategi Bertanya Jenis Soalan

Terima Kasih @UBKZONR1 TERATAK QASEH FOLLOW KAMI DI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK ZON R1 WANGSA MAJU

Click to View FlipBook Version