The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faridscore20, 2021-12-18 10:56:31

CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban

E-MAJALAH

TAJUK:CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

Ahli Kumpulan:

Ahmad Firas Zakwan Bin Rusdi
09DTP20F1023

Nik Muhammad Farid Bin Nik Farizu
09DTP20F1009

Muhamad Ammar Salihin Bin Shamsudin
09DTP20F1015

ISI KANDUNGAN

N0 ISI
1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF
3. PENGENALAN PERPADUAN KAUM
4. CONTOH-CONTOH KAUM DI MALAYSIA
5. CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
6. CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM
7. KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM
8. KESIMPULAN
9. RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan rahmatnya dapat saya serta ahli
kumpulan menyiapkan tugasan emajalah ini dengan
selamat dan jayanya . Setinggi penghargaan juga
diberikan kepada En.Mohd Hamdi Bin Yaacob selaku
pensyarah bagi tugasan emajalah ini kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.

Mempunyai hubungan komunikasi yang baik antara
pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan
pensyarah , ini memudahkan pelajar untuk bertanya
dan mendapatkan maklumat yang berguna . Terima
kasih juga di atas dorongan , teguran dan juga nasihat
yang diberikan . Tanpa dorongan dan tunjuk ajar dari
pensyarah dan juga ahli kumpulan maka tidak
dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dalam masa
yang telah ditetapkan . Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada rakan-rakan ahli kumpulan lain kerana
telah banyak membantu kami sepanjang proses
menyiapkan e majalah ini.

Terima kasih

OBJEKTIF

• Mengekalkan Kestabilan Politik
• Membentuk Perpaduan Dan Integrasi

Dalam Negara-bentuk Identiti Nasional
Dengan Semangat Jati Diri , Patriotik ,
Toleransi , Bertanggungjawab , Dan
Hormat-menghormati
• Mengekalkan Keharmonian Masyarakat
Berbilang Kaum Dan Agama

PENGENALAN

Perpaduan bermaskud hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan negara. Malaysia merupakan
salah satu negara berbilang kaum yang dapat
hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di
Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun
dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika
ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi
batu api dan menyemarakkan lagi isu
perkauman dikalangan kaum di Malaysia.

CONTOH-CONTOH KAUM DI MALAYSIA.

MELAYU INDIA

CINA

CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

DARI SEGI POLITIK NEGARA.

Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan
perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum.

Dunia politik sememangnya penuh dengan
kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang
mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza.

Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang
bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman

dapat memancing perhatian rakyat tetapi
sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri

sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke
arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli

politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik
sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat
bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana
pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman
parti politik merupakan salah satu cabaran untuk
mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat
mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum
antara masyarakat dalam negara akan menjadi

lebih erat.

DOMINISASI SESEBUAH KAUM DALAM SESUATU
BIDANG EKONOMI JUGA TELAH MEWUJUDKAN
JURANG EKONOMI ANTARA PERKAUMAN

Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman
penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi
petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang
getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang
dan melakukan perlombongan. Setelah
kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana
setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan
mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul.
Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu,
kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang
dimana sektor perniagaan masih didominisasi oleh
kaum Cina dan kebanyakan orang India masih
tinggal di ladang. Rentetan senario ini telah
menyebabkan interaksi sosial di antara mereka
terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan
menebal di antara sesama kaum dan menyukarkan
proses perpaduan.

DARI SEGI SOSIAL GOLONGAN MUDA

Sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum
telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang
baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang
mengikut kaum telah menjadikan hubungan
masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih
ramai rakyat yang merupakan warganegara
Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa
kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa
merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di
antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih
untuk berbahasa, bagaimana untuk kita
berkomunikasi dan memahami individu lain yang
berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat
majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial
terutamanya pendidikan dan berkomunikasi
dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan,
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain.
Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran
dalam sistem pendidikan negara serta penekanan
tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat
menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang
semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis
kata mutiara, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

LEDAKAN TEKNOLOGI DAN MEDIA MASSA HARI INI .

Kemudahan media massa dan sosial yang semakin
pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau
video telah menunjukkan sisi negatifnya.
Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin
menular terutama apabila isu tersebut menyentuh
sensitivi perkauman atau agama. Setiap individu
sewajarnya bertanggungjawab dan beretika
dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu
perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih.
Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum
memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh
tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa
wajar menguatkuasakan undang-undang kepada
pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara
yang mampu menggolakkan perpaduan antara
kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab
menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika
ternampak sesuatu perkara yang akan
menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau
penganut agama, wajar untuk kita laporkan
kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan
teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi
perkara yang positif dalam kehidupan harian kita
sebaliknya, penularan isu-isu yang menyentuh
perpaduan kaum menjadi bahan perbualan
masyarakat hari ini.

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Memperbanyak aktiviti gotong-royong di taman-
taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat di Malaysia.Masyarakat yang berbilang kaum
akan keluar untuk bekerjasama membersihkan
taman-taman perumahan.Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini,mereka dapat lebih mengenali
antara satu sama lain melalui perbualan dan
berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.Mantan
Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir pernah
menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat; perpaduan
merupakan kekuatan negara.Oleh sebab
itu,pemimpin negara percaya bahawa jika kita
mengamalkan prinsip berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing,kita dapat menikmati pembangunan nusa
tercinta ini bersama-sama.

Membudayakan amalan kunjung-mengunjung
ke rumah rakan-rakan yang berlainan kaum di
Malaysia.kebudayaan antara kaum dapat
difahami dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana tahap kefahaman dan
membina masyarakat yang saling
menghormati.Amalan ini amat digalakkan pada
musim-musim perayaan kerana rakyat negara
ini gemar mengadakan majlis rumah
terbuka.Amalan rumah terbuka ini membuka
ruang kepada rakyat berbilang kaum saling
berkenalan dan beramah mesra di samping
menikmati makanan tradisional kaum masing-
masing.Oleh itu,sikap buang yang keruh,ambil
yang jernih ternyata mampu menjalin
hubungkan semangat perpaduan yang
tersedia utuh.

Memupuk perpaduan kaum di Malaysia
dengan menghantar anak-anak ke sekolah
kebangsaan. Hal ini demikian kerana
penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan
menggalakkan interaksi positif dalam
kalangan pelajar pelbagai kaum. Di samping
itu,penglibatan pelajar pelbagai kaum dalam
usaha menjayakan program-program sekolah
mampu melahirkan semangat berpasukan
dan seterusnya memupuk semangat
perpaduan yang kental.Oleh itu, sistem
pendidikan dan persekolahan yang sama
merupakan agen utama dalam pemupukan
semangat perpaduan dan integrasi kaum
dalam kalangan masyarakat negara ini.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

DAPAT MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI

Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah
tidakasing lagi dengan wujudnya masyarakat
berbilang kaum di negara kita seperti Cina,
Melayu, India, Kadazan dan sebagainya.
Peribahasa " rambut sama hitam, hati lain -lain"
jelas menunjukkan walaupun manusia
mempunyai warna rambut yang sama tetapi
sukma dan keinginan manusia adalah berbeza.
Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat, barulah masyarakat
harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama
dapat tercapai. Oleh hal yang demikian,
sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita
hendaklah mewujudkan perpaduan kaurn
dalam kalangan rakyat Malaysia.seperti kata
peribahasa, bulat air keran a pembetung, bulat
manusia kerana muafakat".

DAPAT MENYUMBANG KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN

Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke
Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum.Perpaduan kaum yang wujud dalam

kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong
dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan
kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal

ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan
Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan

nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat
menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu
m enaikkan nama negara, seperti kata peribahasa," sambil

menyelam minum air".

DAPAT MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA

Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku
kerana setiap kaum akan bersaing denga n adil tanpa
sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.
Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia
perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat
mengamalkan peribahasa, " bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh,"nescaya rakyat juga dapat
bersama-sama mem ajukan ekonomi negara.

DAPAT MENINGKATKAN KEAMANAN NEGARA

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila
amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia.Seperti yang kita ketahui, tanpa
perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan
kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antararakyat hanya
akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda.
Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu

penting untuk meningkatkan keamanan negara.

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah sangat penting bagi sesebuah
Negara.Keamanan dan perpaduan antara kaum amatlah
penting untuk negara kita yang sekarang berada dalam
kewawasan 2020.Segala peristiwa pahit haruslah dijadikan
iktibar untuk kita terus memupuk perpaduan kaum.Malaysia
merupakan sebuah Negara yang aman dan damai
dengan rakyatnya yang berbilang kaum.Keamanan ini
hanya dapat dikekalkan apabila semua kaum bekerja
sama dan saling hormat-menghormati antara satu sama
lain.

Selain itu,kita seharusnya bersyukur dengan
keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita
duduk Bersama serta berbincang tanpa ada rasa
perbezaan antara satu sama lain.Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan
curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat perpaduan diantara kita.

Akhir sekali,kita sebagai rakyat Malaysia harus
mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang
bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti.Oleh
yang demikian,walaupun ada perbezaan idealogi
politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi
tegang serta menjaga hubungan baik sesame masyarakat
dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

RUJUKAN

(2018). Kepentingan Perpaduan. Malaysia: GIFT HUNTERZ. Retrieved from
http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html

(2019). Langkah Mengekalkan Perpaduan Kaum. Wan Noryatini Mahmood.
Retrieved from https://www.scribd.com/document/233291977/Langkah-
Langkah-Mengekalkan-Perpaduan-Di-Negara

NG QI ZHI. (2016). Kaum di Malaysia. Malaysia: VINOD A/L THIAGARAJAN.
Retrieved from http://integrasikaumdimalysia.blogspot.com/2016/08/integrasi-
kaum-di-malaysia.html?m=1

Wu. (April 01,20018). Mengekalkan Perpaduan Kaum. Malaysia: Wu. Retrieved
from http://integrasikaumdimalysia.blogspot.com/2016/08/integrasi-kaum-di-
malaysia.html?m=1


Click to View FlipBook Version