The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kelseyana0, 2021-12-13 05:31:40

PROJEK PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN-FILEM OLA BOLA

FILEM OLA BOLA

F1030
F1031
F1019
F1004
F1009

SESI 1 2021/2022
JABATAN PENGAJIAN AM
MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK:
FILEM OLA BOLA YOU WILL BELIEVE AGAIN

PENSYARAH:
PN. FARHA BINTI MUHAMMAD

AHLI KUMPULAN:
1.ERES RIJIN (33DCE19F1019)
2.KATHERINE TAN YIN PEI (33DCE19F1009)
3.ARLYNE ARWANA SAMIN (33DCE19F1031)
4.NORHAFIZQAH BINTI RAZALI (33DCE19F1004)
5. KELSEYANA EDA ANAK PATRICK RUDES (33DCE19F1030)

Page 1|9

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
TAJUK 4
1.0 PENGENALAN 4

2.0 OBJEKTIF 5-6
3.0 TEMA 7-8

4.0 NILAI & PENGAJARAN 9
6.0 ULASAN & CADANGAN

7.0 PENUTUP

Page 2|9

1.0 PENGENALAN

Dalam projek penghayatan etika dan peradaban ini, kami satu
kumpulan bersepakat dan bersetuju untuk memilih tajuk Filem Ola Bola.
Filem Ola Bola adalah arahan Chiu Keng Guan. Filem Ola Bola ini ia bertemakan
filem fiksyen yang diinspirasikan daripada sejarah sukan bola sepak era
1970-an.Dan Filem Ola Bola ini telah diilhamkan dari peristiwa sebenar yang
telah membawa pelbagai bangsa untuk bersama-sama merasai semangat
bersatu hati dan muhibah. Melalui Filem Ola Bola ini, kita akan dapat melihat
semangat juang yang tinggi, keunikan dan kekuatan satu pasukan. Filem ini
memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah
mengharumkan nama Malaysia yang mengetengahkan aspek kepelbagaian
kaum apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada tahun 1980 dan
juga mengimbau Kembali ketika awal era 80-an, pada ketika itu pasukan bola
sepak negara berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya
mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan
kekalahan dalam perlawan bola. Keadaan semakin rumit apabila hamper
setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau
bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di
persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi
demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak
dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang
mematahkan semangat mereka dan harapan negara. Melalui Filem Ola Bola
ini ia banyak memberi nilai dan pengajaran yang tersirat yang boleh di ambil
oleh semua penonton.Filem Ola Bola ini merupakan filem yang terdapat kisah
kejayaan dan keberanian yang memberi inspirasi kepada barisan pemain
bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul sebagai
wira. Filem ini juga bukanlah filem tipikal yang selalu hinggap di pasaran
perfileman negara.Filem ini juga memaparkan reality sebenar kehidupan di
Malaysia yang mereka menggunakan pelbagai Bahasa pertuturan iaitu
Bahasa Melayu, Tamil, inggeris, Mandarin, Kantonis dan juga Hokkien.
Dengan itu, ia berjaya memaparkan elemen realism ke dalam karya Filem Ola
Bola ini.

Page 3|9

2.0 OBJEKTIF

1. Dapat memelihara, mengekalkan dan meningkatkan perhubungan antara kaum kearah
perpaduan Nasional.
2. Dapat mewujudkan sifat-sifat murni kepada masyarakat supaya cintakan perpaduan.
3. Dapat memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan toleransi dengan berbilang kaum.
4. Dapat mempromosikan persefahaman dan keharmonian dengan berbilang bangsa di dalama
negara.
5. Dapat mewujudkan keamanan didalam negara dengan berbilang bangsa.

3.0 TEMA

Ola Bola merupakan filem fiksyen yang bertemakan Bola Sepak. Tema filem ini adalah
berpaksikan nilai persahabatan, kemahiran di padang, kekeluargaan dan kehidupan
masyarakat berbilang bangsa yang harmoni sebagai inti pati utamanya. Pembuatan filem
ini diilhamkan dari peristiwa sebenar dan mendapat inspirasi daripada sejarah sukan
bola sepak pada era 1980 – an. Sejarah sukan bola sepak pada era 1980 – an merupakan
peristiwa yang benar – benar berlaku pada era tersebut.

Filem Ola Bola mengisahkan barisan pemain bola sepak Malaysia yang bangkit dari
kekecewaan dan muncul menjadi wira negara hasil inspirasi daripada kejayaan tentang
keberanian dan semangat bersatu. Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan
bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak
negara yang telah mencipta nama pada era 80 – an dahulu. Pada era tersebut nama
Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau
Asia. Memandangkan Marianne mula berasa bosan dengan kerjayanya, dia membuat
keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia telah
membuat keputusan untuk menyelesaikan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia
menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Page 4|9

4.0 NILAI & PENGAJARAN

Terdapat banyak nilai yang dapat kita perolehi dan dapat dipelajari daripada filem
Ola Bola ini antaranya ialah nilai perpaduan anatara kaum. Pasukan pemain bola dalam
filem ini terdiri daripada pelbagai jenis kaum seperti Melayu, Cina dan India yang sudah
semestinya mempunyai perbezaan dari segi adat dan kepercayaan. Mereka bergabung
menjadi satu pasukan dan berjaya menjadi satu pasukan dengan mengetepikan
perbezaan antara kaum dan bersatu padu serta berusaha bersungguh-sungguh dalam
memperjuangkan kemenangan bola speak untuk mengharumkan nama negara kita. Oleh
yang demikian, nilai perpaduan antara kaum ini sangat penting dalam menjayakan
sesuatu impian. Sebagai contoh, hasil daripada nilai perpaduan antara kaum yang mereka
amalkan membuahkan hasil dimana mereka berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan
dan sekaligus melayakkan pasukan Malaysia untuk mara ke Sukan Olimpik Moscow.

Selain itu, nilai semangat berpasukan. Nilai ini sangat penting untuk mencapai
maltamat terutamanya apabila melibatkan suatu pertandingan yang memerlukan sebuah
pasukan seperti bola sepak. Kita dapat melihat bahawa pentingnya nilai ini dalam filem
Ola Bola, dimana pada mulanya pasukan Malaysia merupakkan pasukan yang
mempunyai sikap ego dalam diri masing-masing dan tidak mempunyai sikap semangat
berpasukan. Hal ini dapat dilihat dalam perlawanan persahabatan dimana Tauke dan Ali
tidak memberikan kepercayaan mereka kepada Eric bahawa beliau boleh bermain di
posisi menyerang yang menyebabkan mereka kalah dalam perlawanan persahabatan
tersebut. Namun begitu, mereka telah berjaya dalam membentuk Kerjasama dalam
pasukan melalui latihan kem tentera yang mereka sertai dan berjaya bangkit dalam
perlawanan-perlawanan bola sepak yang seterusnya dan juga dalam perlawanan
terakhir mereka dalam menentang pasukan Korea Selatan. Oleh yang demikian, jelaslah
bahawa nilai ini sangat penting untuk mencapai matlamat sepasukan.

Seterusnya, nilai patriotism iaitu nilai semangat cinta akan negara. Nilai ini dapat
dilihat dalam pasukan bola sepak Malaysia dimana mereka berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan berjuang sebaik mungkin dalam melayakkan pasukan Malaysia
untuk mara ke Sukan Olimpik Moscow demi mengharumkan nama negara di persada
dunia. Selain itu, semangat cinta akan negara ini juga dapat dilihat dalam watak Tauke
dimana beliau telah menolak tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris di England
untuk menyertai mereka dan tetap menjadi pemain untuk pasukan Malaysia walaupun
gaji pasukan Malaysia tidak dibayar dengan begitu lumayan pada ketika itu. Namun
begitu beliau tetap berusaha untuk mengharumkan tanah air sendiri. Hal yang demikan
kerana sikap cinta akan negara dan setia kepada pasukan beliau yang diterapkan dalam
dirinya. Kita juga dapat melihat nilai ini dalam diri setiap penonton masyarakat Malaysia
di mana mereka juga bersemangat untuk memberi sokongan dan sorakkan kepada
pemain bola sepak Malaysia agar mereka dapat menewaskkan pihak lawan.

Tambahan pula, nilai sikap kepimpinan yang ditunjukkan dalam watak Muthu
yang merupakkan penjaga gol bagi pasukan Malaysia. Hal ini dapat kita lihat dimana
Muthu menyeru dan memberikan semangat kepada pasukan Malaysia yang kehilangan

Page 5|9

semangat untuk bertarung dan tidak ingin meneruskan permainan selepas mengetahui
bahawa mereka tidak layak untuk mara ke Sukan Olimpik walaupun mereka berjaya
menewaskan pasukan Korea Selatan. Beliau berjaya membangkitkan semangat ahli
pasukan dan kembali bersatu untuk meneruskan perjuangan mereka. Hasil daripada
sikap kepimpinan Muthu yang berjaya membangkitkan semangat pasukan Malaysia,
mereka akhirnya berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Akhir sekali, nilai semangat kesukanan dalam aspek komunikasi. Nilai ini sangat
penting bagi mengelakkan daripada berlakunya pegaduhan atau peselisihan faham
dengan orang yang mempunyai budaya yang berlainan dengan kita. Melalui filem ini, kita
dapat melihat bahawa kehidupan seseorang disesuaikan seiring dengan budaya
sekeliling yang mempunyai budaya yang berbeza dengan budaya kita sendiri tanpa harus
mengubah ciri-ciri yang sedia ada. Hal ini dapat kita lihat dalam filem Ola Bola, di mana
terdapat pemain Malaysia yang bersasal dari Sabah yang tidak mendapat sokongan
majoriti apabila beliau ingin menyertai pasukan bola sepak Malaysia kerana akademik
dan sukan di Sabah dipinggirkan oleh kerajaan. Namun begitu pemain dari Sabah ini
membuktikan bahawa komunikasi yang baik sangat penting untuk mengelakkan salah
faham antara sesama. Oleh itu, perselisihan faham antara budaya yang berpunca
daripada komunikasi yang tidak baik dengan orang lain sekali gus dapat dihindari.

Page 6|9

6.0 ULASAN & CADANGAN

Filem Ola Bola arahan Qiu Kengguan merupakan sebuah filem yang
melambangkan kepelbagaian budaya Malaysia. Tanpa mengetahui latar belakangnya, ia
melambangkan kepelbagaian budaya Malaysia dengan semangat persahabatan dan
perpaduan. Ola Bola bermula dengan kisah Marianne Tan, apabila seorang wartawan
ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan mengenai pasukan bola sepak negara yang
terkenal pada 1980-an. Dia memutuskan untuk mengikuti pemain terbaik era itu.
Pertemuan mereka akhirnya mendedahkan sejarah peserta, termasuk pemain utama
mereka Zhou Guoqiang atau Taoke (JC Chee), Ali (Lukeman Hafez) dan Mutu (Saran)
Kumar). Setiap orang mempunyai kisah percanggahan dan perjuangan hidup mereka
sendiri, memerlukan pengorbanan dan keazaman yang luar biasa, yang secara tidak
langsung melukakan perasaan penonton. Sebagai contoh, Tucker menghadapi konflik
apabila memilih aspirasi atau menjaga keluarganya. Mutu menjalinkan hubungan dingin
dengan ayahnya kerana tidak direstui. Ali merealisasikan impiannya menyarung jersi No
10, menggunakan cerita bola sepak sebagai tema utama penceritaan. Dalam latihan dan
pertandingan sebenar, mesti ada banyak adegan dalam stadium termasuk penonton.
Malah pada ketika itu, beberapa perlawanan antara Malaysia dan negara-negara ASEAN
dimainkan dengan menjaringkan sebanyak mungkin gol, malah mereka terkenal dengan
sentuhan ajaib mengetengahkan nilai budaya negara dalam filem tersebut.

Kuang Guan turut memberikan penjelasan yang lebih kurang sama dalam karya
terbarunya. Ini juga menjadikannya filem kebangsaan yang mesti ditonton dalam semua
lapisan masyarakat. Ini kerana filem tersebut memaparkan ciri-ciri dan nilai budaya
pelbagai kaum dalam masyarakat Malaysia, yang dapat dilihat melalui kehidupan Tucker,
Mutu, dan pengulas sukan bernama Rahman. Selain itu, pusingan tersebut turut
menggariskan lokasi taman hiburan. Perayaan dan hiburan pada tahun 1980-an
menonjolkan keharmonian masyarakat berbilang etnik. Apabila mania bola sepak
menjadi hiburan utama rakyat negara ini, anda juga boleh memuji kesungguhan untuk
mencipta suasana. Malah, sukan menjelmakan perpaduan yang baik antara masyarakat.
Tidak kira bangsa atau agama, ada babak yang menyentuh hati penonton malah
membuatkan penonton menitiskan air mata. Bukan kerana sedih, tetapi kerana jalan
cerita yang menonjol membuatkan pengarang berasa bangga dan lebih sayang kepada
negara. Semangat kesukanan adalah metafora untuk bagaimana kita sebenarnya
bersenam pada masa yang sama. Membawa nilai-nilai positif, tidak keterlaluan jika
dikatakan filem ini akan sentiasa segar dan tidak pernah bosan berulang kali. Dari tahun
1970-an hingga awal 1980-an, tiada perbezaan warna kulit atau kepercayaan setiap
kaum di Malaysia. Kisah ini bukan sahaja menceritakan semangat bola sepak yang
mencergaskan negara, tetapi juga kepentingan kekeluargaan dan persahabatan dalam
pasukan. Warna kulit dan latar belakang bukan lagi isu utama dalam menjalinkan
hubungan antara mereka. Ini juga antara ciri-ciri arkib kecil ini yang dianggap sebagai
filem nasional.

Page 7|9

Pendek kata, filem Ola Bola bukan sahaja membawa mesej positif kepada
masyarakat Malaysia, malah membolehkan orang ramai memahami sejarah kelayakan
pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1980. Kebangsaan, mengukuhkan
perpaduan dan kerjasama nasional.

Filem ini bukan sahaja mengajar kita untuk berjuang dan bekerja keras untuk
merealisasikan hasrat kita, tetapi juga untuk bersatu antara kaum tanpa mengira warna
kulit, bahasa, budaya dan agama. Filem ini juga menyampaikan mesej, kalau bukan nasi,
mana ada kuah yang kaya, maknanya kalau bukan di negara sendiri, di mana usaha kita?
Walaupun ramai beranggapan bahawa tinggal di negara lain adalah lebih baik daripada
di Malaysia, tetapi lebih masuk akal untuk berjuang untuk negara sendiri.

Melalui hasil kajian kami, kami memahami kepentingan kuasa jati diri kepada
individu, kerana ia boleh melambangkan identiti sesebuah masyarakat atau negara.
Kedua, semangat patriotisme merupakan elemen penting dalam sesebuah masyarakat
dan negara. Dalam menghadapi kesusahan atau kejayaan, patriotisme menyatukan
semua rakyat. Selain itu, kerjasama semua orang dapat menyelesaikan masalah dalam
filem tersebut. Semangat kerjasama dalam kalangan rakyat semua etnik dapat membina
sebuah negara yang makmur dan aman. Akhirnya, sumbangan dan keunikan tamadun
Melayu, China dan India telah memberi sumbangan yang besar kepada pembentukan
Malaysia pada hari ini. Dengan cara ini, kepelbagaian kaum adalah teras kepada
pluralisme, dan kami berharap Malaysia dapat mencapai Wawasan 2020 pada masa
hadapan.

Ola Bola, ini lebih daripada sekadar filem tertumpu kepada bola sepak, ia lebih
daripada itu. Ola Bola mengisahkan kehidupan masyarakat pelbagai etnik Malaysia pada
tahun 1980. Adegan Ali, Cai, Mutu dan lain-lain di taman permainan jelas menunjukkan
perpaduan rakyat ketika itu masih utuh.

"Kita menang bersama, kita kalah bersama."

Filem ini tentang perpaduan, kita tidak boleh menang tanpa perpaduan. Apabila
kita menang, kita merealisasikan impian kita. Tanpa filem ini, mungkin generasi muda
penulis skrip tidak tahu bahawa bola sepak negara kita suatu ketika dahulu.

Ketika menonton filem ini, berharap agar Malaysia sekarang sama dengan
Malaysia pada tahun 1980. Kerjasama, persahabatan, tanpa mengira bangsa, agama atau
warna kulit, amanah ahli pasukan, dan berjuang untuk penyokong dan penyokong hingga
ke titisan terakhir negara. Ini adalah kualiti yang perlu ada pada setiap ahli pasukan bola
sepak dalam filem Ola Bola.

Page 8|9

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, filem Ola Bola telah berjaya dalam menyampaikan mesej yang
positif kepada masyarakat Malaysia. Bukan itu sahaja, tetapi bagi sesiapa yang menonton
filem ini secara tidak langsung dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah
pasukan bola sepak Malaysia. Dalam filem tersebut, pasukan bola sepak Malaysia telah
layak memasuki Sukan Olimpik pada tahun 1980. Secara keseluruhannya, filem ini
mempunyai banyak mesej positif yang dapat menginspirasikan masyarakat Malaysia.
Filem seperti ini dapat menjadi contoh supaya dapat diperbanyakkan lagi pada masa
yang akan datang di Malaysia bagi mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum dan
dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dan juga memupuk semangat kerjasama
antara satu sama lain.

Daripada filem Ola Bola, kita dapat lihat bahawa semangat pasukan amatlah penting
dan memberi impak terhadap perlawanan mereka. Sebagai contoh, pada mulanya, ahli
pasukan tersebut tidak ingin memberi kerjasama sewaktu berlatih di mana Ali enggan
memberi bola kepada Eric kerana Eric mempunyai kedudukan yang baik untuk
menjaringan gol. Namun, apabila pelatih mereka menghantar mereka ke latihan
ketenteraan, di situ mereka telah didedahkan dan diajar betapa pentingnya semangat
pasukan. Seterusnya, melalui filem ini juga, kita dapat lihat betapa kuatnya semangat
patriotism yang ditunjukkan oleh filem ini. Misalnya, tujuan dan niat mereka pada waktu
itu hanyalah ingin mengharumkan nama negara dan tidak ingin memalukan negara
Malaysia. Mereka yang telah kalah pada tahun 1976 tidak ingin perkara tersebut terjadi
lagi dan mereka juga ingin mewakili negara Malaysia untuk beraksi di persada dunia.

Bukan itu sahaja, interaksi antara pelbagai kaum dapat mengeratkan hubungan
antara pelbagai kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbentuk multikultural.
Oleh itu, interaksi antara pelbagai kaum amatlah penting. Tujuan berinteraksi adalah
untuk mengenal lebih dalam lagi isi hati seseorang. Untuk memastikan sesuatu objektif
dapat dijayakan juga merupakan salah satu tujuan untuk berinteraksi. Justeru,
berinteraksi dapat mewujudkan hubungan harmoni di antara masyarakat Malaysia.
Malaysia telah mampu membuktikan masyarakat dapat berinteraksi dengan baik antara
pelbagai kaun walaupun terdapat perbezaan dari segi warna kulit, makanan, kefahaman
agama dan juga bahasa. Filem ini telah menitikberaktkan bahawa betapa pentingnya
dalam menjaga silaturahim serta hubungan di antara satu sama lain.

Akhir sekali, diharapkan agar filem ini dapat memberi sedikit ilham kepada
produser-produser filem untuk menghasilkan filem yang mempunyai elemen-elemen
seperti ini agar filem seperti ini dapat dihasilkan dengan lebih banyak lagi pada masa
hadapan supaya dapat ditonton oleh generasi akan datang supaya dapat memberikan
inspirasi kepada mereka. Diharapkan juga agar melalui filem ini, masyarakat Malaysia
lebih peka terhadap isu perkauman dan sedar akan kebaikkan kesepaduan nasional serta
mempraktikkan pengajaran dan teladan yang diperoleh daripada filem ini di dalam
kehidupan seharian.

Page 9|9


Click to View FlipBook Version