The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ihsan09-362, 2022-05-19 20:31:45

Penulisan Akademik

Penulisan Akademik

5

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: IHSAN SYAUQI BIN HALIMI
No. Kad Pengenalan: 010917-08-0575
2020192340148
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit PISMP F8
Nama Pensyarah: DR. SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN

Tajuk Tugasan: PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Penyerahan: 12 MEI 2022

Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah:

Isi Kandungan 1
Pengenalan 1
Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 1-2
2
Aspek Fizikal 2-3
Aspek Emosi 3
Aspek Sosial 4
Aspek Sosiolinguistik
Rumusan
Rujukan

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen yang vital dan patut
diberi penekanan dalam usaha meningkatkan hasil pembelajaran yang efektif. Umumnya,
pengurusan bilik darjah adalah melibatkan kewujudan suasana pembelajaran yang kondusif
dalam bilik darjah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid dan
memperkembangkan sikap amanah murid daripada segala aspek. Seperti yang tersedia
maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang lahir daripada kelompok masyarakat yang
berbilang etnik misalnya Melayu, Cina, India, kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta
masyarakat orang asli yang menjadi kaum minoriti (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat
Jamaludin, 2011). Hal ini akan tercetusnya sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Kemesraan haruslah disemai daripada pelbagai budaya agar setiap insan dapat
menikmati kelazatan hidup bertolak ansur. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012),
persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik seperti
hormat-menghormati, kasih sayang dan toleransi yang menjadi nadi bagi kehidupan
masyarakat yang harmoni dan aman. Oleh hal yang demikian, kita dapat menelusuri bilik
darjah mesra budaya hasil daripada gerak-geri dalam mencetuskan amalan kerjasama
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya

Aspek fizikal

Pertama sekali, persekitaran fizikal merupakan satu perkara yang harus diberi perhatian. Hal
ini demikian kerana aspek ini dapat memangkin semangat murid-murid dalam persediaan
pembelajaran serta menyerap motivasi diri secara langsung. Menurut Che Nidzam Che
Ahmad et al., (n.d.), aspek fizikal dalam ruang pembelajaran perlu dirancang dengan baik
kerana ia mencerminkan idea, nilai, tingkah laku dan budaya yang diharapkan dalam ruang
tersebut. Salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
murid adalah dengan mengadakan gotong-royong menghias bilik darjah pada permulaan
persekolahan. Budaya gotong royong ini adalah suatu amalan yang mulia kerana seluruh
umat dapat menyemai rasa kasih dan hormat-menghormati. Hal ini sesuai dengan prinsip
gotong-royong yang sebenar-benarnya (Mohammad Muslihuddin Syah Mustafa, 2014).
Tambahan pula, aktiviti gotong-royong yang diadakan akan mewujudkan hubungan yang
rapat antara murid yang pelbagai budaya apabila mereka bekerjasama dan saling tolong-
menolong semasa aktiviti tersebut dan seterusnya mewujudkan bibit-bibit persahabatan.

1

Dalam pada menghias bilik darjah, guru juga boleh mewujudkan satu sudut membaca khas
untuk murid-murid. Hal ini dapat meningkatkan lagi hubungan mesra budaya dalam kalangan
murid-murid. Tidak dilupakan juga, pembersihan kelas merupakan suatu perkara yang amat
dituntut di dalam bilik darjah supaya murid dan guru lebih selesa untuk menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Aspek emosi

Selain itu, persekitaran emosi yang memuaskan di dalam bilik darjah dapat menjadi
perangsang kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana perkara ini dapat mengekalkan
minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rizalina Mat Radzi (2014),
perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang
dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Langkah perdana yang patut ditonjolkan adalah
dengan menampilkan contoh teladan yang baik (qudwah hasanah) kepada murid-murid.
Hal ini demikian kerana, cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada
perkara yang telah dipelajarinya. Sebagai contoh yang lebih dekat, guru bersikap adil dalam
memberi galakan, hukuman dan peluang kepada murid tanpa diskriminasi iaitu tanpa mengira
agama, budaya dan bangsa. Dengan itu, sikap adil guru yang dipamerkan akan diperhatikan,
difahami dan seterusnya ditiru oleh murid-murid ketika berinteraksi dengan rakan sekelas
yakni mereka bersikap adil kepada rakan sekelas sama ada ketika memberi pujian,
menjatuhkan hukuman atau memberi peluang tanpa mengira budaya, agama dan bangsa.
Oleh hal yang demikian, persekitaran sosioemosi yang mesra budaya dapat diwujudkan.

Aspek sosial

Dalam membincangkan berkenaan aspek sosial pula, guru boleh mengambil langkah kanan
bagi membantu murid yang pelbagai budaya, bangsa dan agama untuk saling berkenalan dan
menjalinkan hubungan yang seterusnya akan mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.
Sebagai contoh, guru juga boleh mengadakan aktiviti pembelajaran yang mendedahkan
murid untuk bekerjasama seperti pembelajaran koperatif. Pengalaman bekerja dalam satu
pasukan akan memberikan pengalaman kepada murid untuk memahami orang lain dan cuba
bertingkah laku agar disenangi dan diterima oleh kumpulannya (Len, 2013). Dalam
perbincangan kolaboratif itu, guru boleh membuat pemusatan murid dengan

2

mencampurkan pelbagai budaya di dalam satu kumpulan. Misalnya di dalam satu kumpulan
perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ali, Wong dan Krishna. Hal ini secara tidak
langsung, guru dapat menggalakkan interaksi dan kerjasama dalam suasana hormat-
menghormati. Aktiviti kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk di peringkat sekolah rendah lagi
bagi mendapatkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan
pelbagai budaya dalam kelas (Noraini & Shuki, 2009). Oleh hal yang demikian, setiap insan
daripada pelbagai etnik berhak diberi peuang untuk bersuara agar dapat dihayati gaya hidup
mereka seterusnya diketahui oleh rakan-rakan sekelas untuk mewujudkan pergaulan sosial
yang diinginkan.

Aspek sosiolinguistik

Umum mengetahui bahawa bahasa meurpakan satu alat perhubungan dan perantaraan
sesuatu budaya yakni bertepatan dengan makna sosio yang merupakan interaksi antara
masyarakat (Abdul Rahman, 2001). Oleh itu, langkah pengurusan yang dapat digambarkan
di sini adalah melalui pertuturan. Menurut Asmah Omar (1979), ia menegaskan bahawa
bahasa Melayu sesungguhnya merupakan salah satu unsur terpenting dari segi penyatuan
bangsa dan budaya masyarakat berbilang keturunan. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu
memainkan peranan yang signifikan bagi membentuk sikap baharu yang bertonggakkan
persefahaman dan persaudaraan senegara sehingga terbentuknya model bangsa Malaysia
(Jeniri Amir, 2013). Justeru itu, pengaplikasian bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
negara sama ada digunakan dalam konteks formal dan tidak formal tentu berupaya
menghakiskan etnisisme yang telah merantai hampir kesemua ranah dan ciri kehidupan
seharian masyarakat majmuk Malaysia. Tambahan pula, guru seharusnya mempelbagaikan
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran persis mengaplikasikan pelbagai
unsur budaya. Hal ini secara langsung dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid
yang terdiri daripada pelbagai etnik, malahan cara ini juga dapat mendorong murid memahami
dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru meneruskan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, setiap etnik tidak akan berasa tersisih
sebaliknya dapat mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia
kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

3

Rumusan
Secara total, seorang guru haruslah mempunyai pengetahuan serta kemahiran pengurusan
bilik darjah yang cukup supaya dapat diaplikasikan dalam konteks langkah-langkah untuk
menghidupkan suasana pembelajaran mesra budaya masyarakat di Malaysia. Suasana bilik
darjah yang bersifat mesra budaya merupakan suatu platform yang terbaik. Perkara ini
seharusnya disediakan kepada murid-murid supaya mereka dapat melibatkan diri serta
memaksimumkan penglibatan secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pembelajaran di dalam bilik darjah mesra budaya tidak akan berhasil sekiranya
hanya satu golongan sahaja yang bertindak proaktif dalam menyediakan suasana
pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, bertepatan dengan kata-kata Sharifah Alawiyah
Aisagoof (1990) bahawa untuk mewujudakan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan
murid perlu mengetahui peranan sebenar yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Izharlah
bahawa pembelajaran yang efektif adalah datangnya daripada penglibatan murid dan guru
yang aktif.

4

Rujukan

Abdul Rahman. (2001). Negara bangsa: Proses dan Perbahasan. UKM.

Asmah Omar. (1979). Language Planning For Unity and Efficiency. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy
Ibrahim. (n. d.). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan
Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai daripada http://www.mycite.my/en/files/
article/89468

Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara dari Bawah. Universiti Malaysia Sarawak.

Len, S. T. (2013). Budaya dan Pembelajaran. Freemind Horizons.
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). The ‘Urf of Plural Society: The

Concept and Its Practices in Malaysia. Journal of Fiqh, 8. 45-64.

Mohammad Muslihuddin Syah. (2014). Nilai-Nilai Islam dalam Sosio-Budaya Masyarakat
Brunei Darussalam. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Noraini Idris & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Mc
Graw Hill.

Noriati A. Rashid & et al. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain (IR). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sharifah Alawiyah Alsagoof .(1990). Ilmu pendidikan: Psikologi. Heinemann Education Book
(ASIA) Ltd.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2012). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia.


Click to View FlipBook Version