The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara Sambutan Hari Guru 2021 Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUZAIMI BIN MOHD. GHAZALI Moe, 2021-08-25 04:33:18

Buku Aturcara Sambutan Hari Guru 2021

Buku Aturcara Sambutan Hari Guru 2021 Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

Keywords: Hari Guru

2

Setiap Tahun Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
(PPD KK) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru
sebagaimana lazimnya setiap tahun. Majlis yang bermakna ini
adalah simbolik bagi penghargaan dan pengiktirafan kepada
peranan dan sumbangan warga guru dalam memartabatkan satu
agenda penting negara iaitu PENDIDIKAN.

Majlis ini amat penting agar amanat serta hasrat kepimpinan
dapat diperjelaskan serta paparan kejayaan yang dicapai pada
tahun sebelumnya dapat dipertahankan serta dipertingkatkan
lagi pada tahun seterusnya. Kefahaman semua pihak ini sudah
pasti akan dapat menyatukan usaha semua pihak ke arah
matlamat kemenjadian murid yang dipertanggungjawabkan
kepada seluruh warga pendidikan.

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

3

Ya Allah … bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Kota Kinabalu Tahun 2021 ini,

di atas keizinan Mu jua kami berada di sini,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah bagi,

di atas segala limpah kurnia yang Engkau beri,
dengan jayanya program ini kami hadiri.
Ya Allah,
Dengan kerjasama serta mahabbah,
semua warga pendidik yang izzah,
limpahilah majlis kami ini dengan rahmah,
penuhi majlis ini dengan barakah,
agar majlis ini sampai ke noktah.
Ya Allah,
Berguru demi Ilmu,
Kita bina generasi baharu,
Tanpa guru,
Takkan ada yang kami tahu,
Tanpa guru,
Takkan ada yang kami mampu,
Tanpa guru,
Kami hanyalah debu

Justeru Ya Allah,

Untuk semua guru yang memimpin ke arah kebaikan,

Engkau tampunglah segala kekurangan,

Engkau tutuplah segala keaiban,

Engkau satukan semangat dan tindakan,

Engkau perbaiki segala kelemahan,

Engkau maafkan segala kealfaan,

Engkau rungkaikan segala permasalahan,

Engkau iringi segala usaha dengan keberkatan.

4

Ya Allah,
Janganlah Engkau bebani kami dengan tugas yang tidak mampu kami kandar.

kerana sesungguhnya tiada daya dan ikhtiar,
melainkan Engkau tempat kami bersandar,
Jika Engkau inginkan kami mengalas tugas mencabar,
kerana Engkau mengetahui bahawa kami mampu menggalas tugas yang sukar,
maka bantulah kami . . .untuk mengumpul segala ikhtiar

mengembeling tenaga penuh sabar,
tawakkal dalam setiap usaha kecil mahupun besar,
kerana hanya Engkau jua yang boleh mengubah qada dan qadar

selagi hamba usaha dan ikhtiar,
demi memenuhi agenda pendidikan yang mencabar,

agar kecemerlangan sekolah dan pelajar,
dapat direalisasi dan dilakar.
Ya Allah
Kurniakan kepada kami

murid dan pelajar penyejuk di mata penawar di hati
sihat jasmani dan rohani,
subur ruhi dan aqli,
tinggi akhlak dan budi,

mengambil berat perkara dini,
ajaran nabi diikuti,

perintah Allah dipatuhi,
ibu bapa disayangi,
guru-guru dihormati,
rakan-rakan dikasihi,

mempunyai cita-cita tinggi,
menuntut ilmu keutamaan diri,
demi berjaya duniawi dan ukhrawi.

5

6

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YANG BERBAHAGIA PN. TAH NIA BINTI HJ.JAMAN A.M.N., A.S.D.K

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

Sempena
SAMBUTAN HARI GURU 2021
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

28 OGOS 2021
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

7

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam Dare to Change PPDKK
Salam Sabah Hebat : Katakan Tidak kepada No. 16 dan Katakan
Ya kepada 10 Terbaik.
Ybhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan
Negeri Sabah,
Ybrs. para Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Penididkan Daerah Kota Kinabalu
En. Kassim bin Hj. Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Perancangan Daerah
Pn. Sharifah Hj. Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pengurusan Sekolah
Pn. Doreen Nur Sareena Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah, Sektor Pembelajaran
En. Bunsu bin Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembangunan Murid
Ybrs. En. Albanus Paun @ Alhazmi Abdullah, Guru Besar SK
Lapasan, Kota Kinabalu merangkap Yang Dipertua Majlis Guru
Besar (MGB) Daerah Kota Kinabalu selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru, Daerah Kota
Kinabalu

8

En. Ajmal Hj. Jumah, pengetua SMK Tebobon merangkap
pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSPS)
En. Vasuthevan A/L Palanivulu, Pengetua Kolej Tingkatan Enam
merangkap Pengerusi PPSMS Daerah Kota Kinabalu
Encik Tai Nyit Wun, Guru Besar SJKC Chung Hwa, merangkap
Pengerusi Majlis Guru Besar SJKC Kota Kinabalu
Para Pegawai SIPartners+
Pegawai-pegawai SISC+
Para penolong pegawai,
Yang diraikan, penerima Anugerah Tokoh Guru, Tokoh
Kepimpinan, para penerima Anugerah Harapan, Anugerah khas
Komuniti, para penerima Penghargaan Khas ‘Jasamu dikenang’,
Para pengetua, guru guru besar, para penolong kanan, guru-guru
seterusnya hadirin dan hadirat maya yang saya hormati sekalian.

1. PENDAHULUAN
Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
kita semua diberikan kesempatan menjalin silaturahim dan
menyulam ukhuwah secara maya bagi meraikan sambutan Hari
Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bagi
Tahun 2021 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan
tertinggi atas sumbangan dan jasa warga pendidik ke arah
membangunkan modal insan, khususnya dalam daerah Kota
Kinabalu.

9

2. UCAPAN PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan ucapan jutaan
penghargaan dan terima kasih saya kepada Yang Berbahagia,
Datuk Dr Misterine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri
Sabah atas kesudian bersama dalam majlis ini dan seterusnya
merasmikan Sambutan Hari Guru, Pejabat Pendidikan Daerah
Kota Kinabalu. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan
kepada semua warga pendidik, khasnya Yang Dipertua Majlis
Guru Besar Daerah Kota Kinabalu, En. Alhazmi Abdullah @
Albanus Paun serta jawatankuasa pengelola, dan para pengetua
yang bersama berusaha, memberikan komitmen dalam
menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Datuk-datuk, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Hari ini kita telah berada di bulan Ogos, bulan kebangsaan
negara kita. Sedar atau tidak sedar kita telah berada di tahun
kedua bersama menangani Pandamik Covid-19. Sesungguhnya
masa berlalu begitu pantas sekali. Walaupun begitu banyak
cabaran yang kita hadapi namun Sambutan Hari Guru tahun
2021 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dengan tema
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” tetap kita
raikan kerana majlis keramat ini merupakan suatu pengikhtirafan
dan penghargaan kepada sumbangan, jasa, bakti dan
pengorbanan para guru selama ini yang tidak akan pernah
dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam
hati sanubari kita semua.

10

3. PERANAN GURU

Peredaran zaman dan kepesatan teknologi masa kini tidak
pernah mengubah sedikit pun tugas guru untuk mendidik dan
membekalkan ilmu kepada murid, lebih-lebih lagi dalam tempoh
pandemik ini. Kreativiti guru amatlah dituntut untuk
menggunakan pelbagai pendekatan PdPR yang menarik minat
dan pelibatan murid sama ada secara dalam talian mahupun di
luar talian. Selain itu, platform pembelajaran digital ini juga
memberi peluang kepada guru-guru untuk memperkasa
penguasaan teknologi pelbagai aplikasi digital bagi
membolehkan murid-murid mengikuti pembelajaran normal
baharu, dan yang lebih penting murid-murid tidak ketinggalan
dalam pelajaran. Sesungguhnya, pengorbanan dan keupayaan
tuan-tuan dan puan-puan dalam melaksanakan tanggung jawab
dan amanah utama, iaitu mendidik, terutama dalam situasi
pandemik ini adalah merupakan suatu nilai tambah dan
pengalaman yang sangat berharga. Saya ingin petik kata-kata
ahli bijak pandai, iaitu “sebuah negara tidak akan tumbuh besar
jika guru di negara tersebut tidak besar jiwanya’’. Maksudnya,
sesebuah negara itu tidak akan sejahtera jika guru-gurunya tidak
sejahtera. Dengan kata lain, kehebatan sesebuah negara itu
bergantung kepada kehebatan para gurunya. Harapan saya,
jadilah warga pendidik yang sentiasa dapat memartabatkan
profesion keguruan pada tahap yang cukup tinggi dan mulia.
Saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya kita sedang
menanam saham besar untuk bekalan kita di akhirat kelak. Oleh
yang demikian, laksanakanlah tanggung jawab tuan/puan
dengan seikhlasnya.

11

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian,
Saya mengharapkan sambutan hari guru pada tahun ini menjadi
suntikan motivasi dan galakan buat semua warga pendidik dalam
mendepani cabaran yang mendatang. Justeru, pada kesempatan
ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru-
guru atas kejayaan-kejayaan yang telah kita capai, terutama
sekali dalam pepeiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaytsia
(STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam peperiksaan STPM tahun lalu, PPD Kota Kinabalu telah
berjaya mencapai PNGK 2.74 melepasi KPI Negeri, iaitu 2.71
manakala peperiksaan SPM pula, berlaku peningkatan, iaitu
daripada GPD 5.03 kepada 5.02. Begitu juga dengan peratus
calon layak sijil SPM, PPD Kota Kinabalu meningkat kepada
88.93% daripada 86.32%.
Terima kasih, cikgu. Syabas dan tahniah juga kepada semua
penerima anugerah sempena sambutan hari guru yang akan
diumumkan sebentar lagi. Anugerah yang diterima
membuktikan kemampuan dan kejayaan tuan-tuan dan puan-
puan, khasnya dalam memberi impak positif terhadap kerjaya
perguruan.

12

4. UCAPAN PENUTUPAN
Akhir kata, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru,
khususnya guru-guru Daerah Kota Kinabalu. Andalah pewaris
negara, pembina generasi baharu, penyampai hasrat dan aspirasi
negara. “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Untuk guru
-guru semua walau di mana sahaja anda berada, terimalah
serangkap pantun daripada saya:

Subur gaharu pinggiran anjung,
Tempat merbah membuat sarang;
Budimu guru mekar setanjung,
Sepanjang zaman dikenang orang.

Selamat Hari Guru. “Terima kasih, cikgu!”
Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamu'alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

TAH NIA BINTI HAJI JAMAN A.M.N A.S.D.K

Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Kinabalu

13

14

TEKS UCAPAN PERASMI
YANG BERBAHAGIA DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN

PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Sempena

SAMBUTAN HARI GURU 2021
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

28 OGOS 2021
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

15

Salam Sejahtera
Salam Dare to Change PPDKK
Salam Sabah Hebat : Katakan Tidak kepada No. 16 dan Katakan
Ya kepada 10 Terbaik.
Yang berusaha Pn Tah Nia binti Hj Jaman,
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,
Ybrs. para Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Penididkan Daerah Kota Kinabalu
En. Kassim bin Hj. Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Perancangan Daerah
Pn. Sharifah Hj. Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pengurusan Sekolah
Pn. Doreen Nur Sareena Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah, Sektor Pembelajaran
En. Bunsu bin Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembangunan Murid
Ybrs. En. Albanus Paun @ Alhazmi Abdullah, Guru Besar SK
Lapasan, Kota Kinabalu merangkap Yang Dipertua Majlis Guru
Besar (MGB) Daerah Kota Kinabalu selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru, Daerah Kota
Kinabalu

16

En. Ajmal Hj. Jumah, pengetua SMK Tebobon merangkap
pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSPS)
En. Vasuthevan A/L Palanivulu, Pengetua Kolej Tingkatan Enam
merangkap Pengerusi PPSMS Daerah Kota Kinabalu
Encik Tai Nyit Wun, Guru Besar SJKC Chung Hwa, merangkap
Pengerusi Majlis Guru Besar SJKC Kota Kinabalu
Para Pegawai SIPartners+
Pegawai-pegawai SISC+
Para penolong pegawai,

Yang diraikan, para penerima anugerah, para pengetua, guru
guru besar, para penolong kanan, guru-guru seterusnya hadirin
dan hadirat maya yang saya hormati sekalian.
Salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sabah Hebat,
Katakan TIDAK kepada No.16, katakana YA kepada 10 terbaik.

Selamat Hari Guru, “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI
BAHARU”

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada
Majlis

Guru Besar Daerah Kota Kinabalu kerana telah berjaya
menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu bagi tahun ini.

Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun.
Namun, sambutan tahun ini sangat bermakna kerana hari guru
pada tahun ini merupakan kali yang ke-50 semenjak hari guru
disambut secara rasmi di Malaysia buat pertama kalinya pada
tahun 1972. Sudah tentunya hari yang bersejarah ini dinanti-
nantikan oleh 4565 orang guru daerah Kota Kinabalu.

17

Seperti mana kebiasaan, setiap tahun hari guru ini diraikan bagi
memberi penghargaan akan peri pentingnya peranan guru dalam
membangunkan negara melalui ilmu yang disampaikan kepada
generasi baharu dan seterusnya mencorakkan warna kepimpinan
negara pada masa akan datang. Sambutan Hari Guru ini juga
memberi peluang menyorot semula kejayaan-kejayaan yang
telah dicapai dan sudah tentunya lahir daripada pengorbanan
dan perkhidmatan berkualiti daripada individu yang bergelar
GURU.

Tuan-tuan , puan-puan dan warga sidang maya yang dihormati,

Kita sedar bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
serta aktiviti kokurikulum agak terbatas disebabkan pandemik
yang sedang melanda, namun semangat dan cara berfikir yang
lebih terbuka serta kemampuan mengadaptasi norma baharu ini
telah meletakkan PPD Kota Kinabalu antara PPD yang bergerak
pantas dalam meraih kejayaan demi kejayaan sama ada di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Justeru, dalam
kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan
tahniah saya kepada PPD Kota Kinabalu atas usaha
menggembleng tenaga meningkatkan kualiti pendidikan
walaupun dalam ekosistem yang amat terbatas ini dengan
kejayaan menganjurkan Program Together Transforming
Education (TTE 2.0) melalui Kolokium Antarabangsa dalam
Pendidikan Sains Sosial secara kolaboratif dengan PPD Tuaran.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga telah menobatkan PPD
Kota Kinabalu sebagai penerima Anugerah Platinum Tahun 2020
bagi kategori Pengurusan Kewangan, Sumber Manusia,
Kecemerlangan Murid dan Penarafan Kecemerlangan PPD.

18

Dalam aspek pencapaian akademik, saya juga ingin
mengucapkan tahniah atas peningkatan pencapaian dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. PPD Kota Kinabalu telah
berjaya meningkatkan Gred Purata Daerah (GPD) daripada 5.03
kepada 5.02 manakala Calon Layak Mendapat Sijil (LMS) telah
meningkat daripada 86.32% kepada 88.93% iaitu peningkatan
sebanyak 2.61%. Bagi pencapaian SIjil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) , PPD Kota Kinabalu telah Berjaya memperoleh
PNGK 2.74 mengatasi PNGK Negeri, iaitu 2.71. Syabas dan
tahniah.

Tuan/puan yang dihormati,

Tidak dapat dinafikan peranan guru adalah penting dalam
memberi semangat, dorongan dan tunjuk ajar kepada murid bagi
memberi peluang kepada mereka menunjukkan kebolehan
masing-masing. Banyak kejayaan yang telah dilakar oleh murid-
murid sekolah daerah Kota Kinabalu di peringkat negeri dan
kebangsaan seperti Johan dalam acara Cabaran Google Sites e-
Didik, Pertandingan Gimnastik Asia Tour, Young Innovator
Challenge, Pertandingan Doodle Minggu Sains, Kangaroo Maths
Competition, Malaysia Piano Competition dan pelbagai aktiviti
lagi. Di peringkat antarabangsa, murid-murid daerah Kota
Kinabalu juga telah meraih gelaran JOHAN. Antaranya dalam Asia
International Innovation Exhibition, International Summit on
Innovation & Design Exposition, International Rhythmic
Gymnastic Tournament, Malaysia International Mathematical
Arithmetic for School. Pop Solo of The Primary School “The Best
Successor” Online Selection Activity dan MGY-Yang Wei Cup
Gimnastic Asian Tour.

19

Penyertaan terkini adalah daripada seorang murid SMK Taman
Tun Fuad, Kota Kinabalu, Adik Brenda Anellia Larry yang telah
mewakili Malaysia dalam Kejohanan Paralimpik di Tokyo.
Sementara itu seorang guru, Sharin Aizrulidana Samsuri telah
mendapat tempat ke-tiga dalam World Invention Olympiad Fair
di Seoul Korea pada Mei lalu. Syabas dan tahniah. Sesungguhnya
kekuatan-kekuatan ini dimulakan dari seorang guru. Sempena
menyambut Hari Guru pada tahun ini, saya mengharapkan agar
kecemerlangan sebagai seorang guru akan berterusan tanpa
noktah. Kejayaan yang dibentuk dengan komitmen serta
pengorbanan ini sewajarnya dapat dibanggakan oleh semua
pihak dan saya selaku Pengarah Pendidikan Negeri Sabah amat
bangga dan berterima kasih kepada guru-guru sekalian. Terima
kasih Cikgu.
Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru
dan mengakhiri ucapan ini dengan ungkapan:

Biar penat berdiri
Jangan penat memberi

Biar lelah terduduk
Jangan lelah membentuk

Biar penat bercakap
Jangan penat berharap

Dengan sukacitanya, saya merasmikan Sambutan Hari Guru
peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bagi tahun
2021.

20

TARIKH : 28.08.2021
TEMPAT : DALAM TALIAN
9.00 pagi :

* Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
* Bacaan Doa
* Ucapan alu-aluan Ybrs Puan Tah Nia Hj Jaman

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
* Ucapan Perasmian Ybhg Datuk Dr. Mistirine binti

Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
* Video Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru

Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2021
- Anugerah Harapan
- Anugerah Lestari Cemerlang
- Anugerah Kepimpinan
- Penghargaan Khas Jasamu Dikenang
- Penghargaan Khas Permuafakatan
- Penghargaan Khas Pemegang Taruh
- Pentauliahan Kebitaraan OK9

* Video Penerima Anugerah Khas Kepimpinan
Pendidikan dan Tokoh Guru 2021

* Lagu Kami Guru Malaysia
* Selesai

21

PENASIHAT

PUAN TAH NIA HJ JAMAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
PENGERUSI

ENCIK ALHAZMI BIN ABDDULLAH

PENGERUSI MGBKK
TIMBALAN PENGERUSI

EN KASSIM WIRO

TIMBALAN PPDKK
NAIB PENGERUSI

EN. AG GHANI HJ AG. BAKAR

TIMB PENGERUSI MGBKK
SETIAUSAHA

PUAN JUNAIDAH YASSIN

SUA MGBKK
TIMB. SETIAUSAHA

EN MOHD HAFIZ ZURAIMY DAMSAH

TIMB SUA MGBKK
BENDAHARI

PUAN LAU SU FUN

BENDAHARI KEHORMAT MGBKK
AHLIJAWATANKUASA

SEMUA PENGERUSI OK9 DAN EXCO TERTINGGI MGBKK

22

Bil. Ahli jawatankuasa / Penyelaras
1 PENYELARAS PROGRAM

SEMUA EXCO MGBKK
2 PENGURUS LANTAI

EN AG GHANI BIN HJ AG.BAKAR
3 SURAT MENYURAT / JEMPUTAN

Setiausaha
Timbalan Setiausaha
Exco
4 PENDAFTARAN / SOP
SK KEBAYAU
SK PORING-PORING
SK RUMINDING
SK TALUNGAN
SJK ( C ) YIK NAM
5 PENGACARA
SK Kionsom
SK Pengiran Siti Hafsah
6 TEKS UCAPAN
SK Kepayan
SK Bukit Padang

23

7 PENYELARAS ANUGERAH
Kepimpinan – OK9 Tg. Aru
Tokoh – OK9 Likas
Harapan – OK9 Inanam
Kebitaraan OK9 – Exco
Jasamu diKenang – OK9 SJKC
Komuniti – OK9 Manggatal
Anugerah Kepimpinan Pendidikan
OK9 Telipok

8 SIJIL / CENDERAKENANGAN/HADIAH IRINGAN
SK Babagon Toki
SK Sri Gaya
SK Tg Aru II
SK St. Francis Conven
SK Kitobu
SJK ( C ) Che Hwa
SK Luyang
SK Pulau Sepanggar
SK Malawa, KK
SJK c Shan Tao , KK
SRK ST Agnes Likas
SJKC Chung Hwa Likas
SK Lok Yuk Inanam
SJKC Lok Yuk Manggatal

24

9 PROTOKOL DAN SAMBUTAN
Semua Exco

10 DOA
SK Likas

11 URUSETIA
Semua Pengerusi OK9

12 BUKU PROGRAM
SK Api-Api
SK Likas
SK Mutiara

13 IKRAR DAN KOIR
SK Gudon
SK Sembulan
SK Tg. Aru 1

14 JURUTEKNIK AUDIO VIDEO
SK Unggun
SK Sacred Heart
SJKC St. James Likas
SK Darau
SK Pomotodon

15 SUMBANGAN LUAR
YDP dan TYDP
EXCO

25

16 L.O PENERIMA ANUGERAH TOKOH
SK Sembulan
SK Gantisan
SK Gudon
SK Kolombong
SK Keronggu
SK Inanam Laut
SK St. Catherine , Inanam
Semua Exco

17 SIARAYA/ MULTIMEDIA / FOTOGRAFI
PPDKK
SK Tampulan
SK Kebagu
SK Bantayan
SK Rampayan
SK Tobobon
SK Babagon Toki

18 PERSEMBAHAN KOIR
SK Stella Maris , KK
SJKC Chung Hwa KK
SRK Lok Yuk Likas
SJKC Lok Yuk Likas

19 DOKUMENTASI
SJKC Yick Nam
SJKC ST. Peter Telipok
SJKC Good Shepherd , Manggatal
SRK Lok Yuk Inanam

26

20 GIMIK PERASMIAN
SK Pangkalan TLDM
SJK Anglo Chinese
SK Unggun
SK Natai
SK Tampulan

21 TEAM TEKNIKAL dan MEDIA
UNIT ICT PPDKK
 Encik Ghazali Ismail
 Encik Mohd. Saiful Wahidi Tajudin
 Encik Adrian Denis Paut

GURU BESTARI DAN FT
 Mohd. Idremzizan bin Idris - SK Pangkalan TLDM
 Liza Maten - SK Bukit Padang
 Mohd. Anizam B. Mohd. Amin - SK Bukit Padang
 Iroet Marteni @ Irwan Bin Hamsah - SK Tampulan
 Kenneth Liew Yit Chun—SKC Anglo Chinese
 Mohd. Nur Akmal Bin Zainal Abidin - SK Inanam II
 Vivie Binti Gidai - Maktab Sabah
 Dayang Zahara Binti Mohd Fauzie - SK Gudon
 Liau Su Leong - SK Gantisan
 Ismadi Bin Ismail - SK Pangkalan TLDM
 Hamidah Bte Wahab - SK Lapasan
 Chung Tek Fei - SJKC Shan Tao
 Antonius Tan—SM Tinggi
 Christe Laurence - SK Bantayan

27

28


Click to View FlipBook Version