The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-2592609, 2023-01-05 07:09:10

Ebook Lembaga Muzium Negeri Kedah

Ebook Lembaga Muzium Negeri Kedah

MUZIUM
KEDAH

Disediakan oleh:
Kumpulan 4 (Group AJ)

WAN NURUL AUNI HAFAWATI ATHIRAH SYUHAIDAH
BINTI WAN ISMAIL BINTI RUSLAN
(294698) (294536)

NUR SYAMIMI BINTI ABD LATIF
(294442)

CHIN ZHI YI AHMAD FARHAN BIN AZAHARI
(295550) (294116)

WONG JUN HONG
(292917)

AHLI-AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD AZZRISHAH
BIN MUHAMMAD SHIRMAN SHAH

(294215)

ISI KANDUNGAN

Latar Belakang Muzium Negeri Kedah 01

Sejarah Penubuhan Muzium Negeri Kedah 02
Visi & Misi 03
Objektif & Tujuan Penubuhan Muzium
Negeri Kedah 03
Fungsi Muzium Negeri Kedah 04
Sumber Dana untuk Menubuhkan Muzium
Pembangunan & Kemajuan 04

Organisasi & Perkhidmatan 05

Jenis-jenis Khazanah 05

Artifak Paling Lama 06-07

Individu yang Menzahirkan Idea 08
Penciptaan Muzium 08-09

Kewujudan Muzium Menggalakkan 10
Perpaduan

Cabaran dalam Membangunkan Muzium

Kaitan Muzium dalam Mengeratkan 11
Hubungan antara Kaum 12
12
Kebaikan Muzium terhadap Negara
Bangsa

Kebaikan Muzium tuntuk Negara Bangsa
terhadap Orang Luar / Pelancong Luar

Perpaduan antara Penyelidik 13
Aktiviti-aktiviti Muzium Negeri Kedah 13

Rujukan 14-15
16

LATAR BELAKANG LEMBAGA MUZIUM NEGERI KEDAH

Muzium Negeri Kedah ialah bekas Istana Kota Setar, yang dahulunya merupakan pusat pemerintahan
baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II. Bangunan Muzium Negeri Kedah dibina pada
tahun 1736 dan memaparkan adunan kesenian Melayu dan juga kesenian pengaruh Siam.

Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah, bangunan Muzium Negeri Kedah ini juga
dikenali sebagai Istana Pelamin kerana menjadi persada upacara perkahwinan di raja untuk beberapa kali.
Di sampimg itu, Muzium Negeri Kedah telah menyimpan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka
kebudayaan negeri Kedah Darul Aman.

Alamat terkini Muzium Negeri Kedah terletak di Darul Aman Highway, Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah.

Waktu operasi Muzium Negeri Kedah adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan masa
rehatnya adalah dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Muzium ini ditutup pada Hari Raya Aidilfitri &
Aidiladha. Selain itu, harga tiket untuk masuk ke dalam Muzium Negeri Kedah ialah percuma. (Muzium
Negeri Kedah: Sejarah Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM NEGERI KEDAH

SEJARAH AWAL
Pada 3 Februari 1957 Muzium negeri Kedah dikenali sebagai muzium sejarah negeri Kedah dimana ianya
terletak di bawah Medan Sejarah. Pada tahun 1961 ianya berkembang kepada Lembaga Muzium Kedah
Nurrahmah di Lebuh raya Darul Aman. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)
Pada tahun 1983 pula Muzium Diraja Kedah mula ditubuhkan atau ianya dikenali sebagai Istana Pelamin
Kota Setar dimana ianya berdekatan dengan Balai Seni Negeri Kedah. Pada tahun 2000 pula Memorial
Tunku Abdul Rahman diwujudkan atau ianya dikenali sebagai Kedah Digital Library. (En. Zulkhiberi bin
Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)
Pada tahun 2004, Muzium Padi mula dibangunkan. Akhirnya pada tahun 2020 Muzium Kesultanan Negeri
Kedah diperkenalkan kepada masyarakat atau ianya dikenali sebagai Galeri Sultan Abdul Halim. (En.
Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)

PENUBUHAN MUZIUM NEGERI KEDAH

Selanjutnya pada tahun 2020 Muzium Kesultanan Negeri Kedah mula
ditubuhkan atau ianya dikenali sebagai Galeri Sultan Abdul Halim. (En.
Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)

VISI, MISI, OBJEKTIF & TUJUAN
PENUBUHAN MUZIUM NEGERI KEDAH

Visi
Menjadi agensi pengurusan bahan warisan yang terunggul di Malaysia

Misi
Menguruskan bahan-bahan sejarah, kebudayaan, kesenian dan alam semula jadi Negeri Kedah
dengan mengenal pasti, mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer, dan mempromosikan
bahan warisan bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat cinta kepada negeri dan
negara

Objektif Penubuhan
Antara objektif penubuhan Lembaga Muzium Negeri Kedah adalah mentadbir, mengurus serta
merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti muzium, cawangan di bawah pentadbiran Lembaga
Muzium Negeri Kedah Darul Aman seperti Muzium Diraja dan Balai Seni Negeri. Selain itu,
penerbitan mengenai kesan-kesan sejarah yang terdapat di seluruh negara juga merupakan salah satu
objektif penubuhannya. Di samping itu, objektif penubuhan muzium ini adalah berusaha
melindungi warisan sejarah dan kebudayaan dengan cara memungut, mengutip dan memelihara
serta menyimpan dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai-nilai
kebudayaan dan sejarah tradisi Seterusnya, objektif penubuhnannya adalah menjalankan lain-lain
tugas seperti pameran-pameran, panduan pelajaran yang dianggap perlu atau mustahak demi
kepentingan muzium, negeri, dan orang ramai serta menguatkuasakan Enakmen yang berkaitan.
(Muzium Negeri Kedah: Sejarah Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

Tujuan Penubuhan
Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadikan Muzium Negeri Kedah sebagai pusat
menyimpan kekayaan warisan sejarah dan kebudayaan serta menggunakan koleksinya untuk
menyebarkan pengetahuan dalam pelbagai bentuk persembahan. (Muzium Negeri Kedah: Sejarah
Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

FUNGSI MUZIUM NEGERI KEDAH

Antara fungsi Muzium Negeri Kedah ini adalah untuk membiayai dan memberi cadangan
serta memelihara bangunan dan tempat-tempat bersejarah. Selain itu, fungsinya juga adalah
untuk memungut, memelihara dan menyimpan barang-barang lama dan baru yang
mempunyai nilai-nilai sejarah dan tradisional.

Seterusnya, memberi kerjasama secara nasihat dalam bidang permuziuman kepada
pertubuhan-pertubuhan sejarah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain juga fungsi
Muzium Negeri Kedah. Lebih-lebih lagi, fungsinya adalah untuk menyimpan rakaman-
rakaman sejarah, cerita-cerita dan sebagainya mengenai sejarah tempatan di tempat yang
sesuai dan selamat.

Di samping itu, menjalankan penyelidikan ke atas koleksi muzium dan semua aspek
kebudayaan negeri dan alam sekeliling untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih
mendalam mengenainya juga merupakan fungsi Muzium Negeri Kedah. Akhir sekali,
fungsinya adalah untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada semua lapisan
masyarakat tentang kebudayaan negeri, sejarah tradisional melalui pengetahuan am,
perpustakaan, pameran-pameran tetap, sementara dan mengambil bahagian dalam
pertunjukan di peringkat negeri atau Malaysia. (Muzium Negeri Kedah: Sejarah Penubuhan
dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

SUMBER DANA YANG DIPEROLEHI
UNTUK MENUBUHKAN MUZIUM

Sumber dana ialah sejumlah wang yang diperlukan untuk tujuan atau kegunaan tertentu. Dalam
pembentukan dan pembinaan sesuatu bangunan semestinya memerlukan bantuan dan sumber dana yang
banyak untuk memastikan suatu proses pembinaan tersebut berjalan dengan lancar dan siap dengan baik.
Oleh itu perkara ini sangat berkait rapat dengan pembentukan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
yang merupakan Agensi Badan Berkanun Kerajaan Kedah.(Muzium Negeri Kedah: Sejarah Penubuhan dan
Perkembangan sejak 1957, n.d.)

Encik Zulkhiberi bin Mat yang merupakan Penolong Kurator Kanan Lembaga Muzium Kedah telah
menjelaskan bahawa semua sumber dana dan sumbangan yang diperolehi adalah daripada kerajaan negeri
sendiri. Kos pembangunan dan pembinaan Lembaga Muzium Kedah Darul Aman ini adalah sekitar 7 Juta
Ringgit Malaysia dan seluruh kos dan bayaran berada di bawah tanggungan Kerajaan Negeri Kedah sendiri.
(En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)

Hal ini kerana muzium ini sangat memainkan peranan yang penting kepada kerajaan iaitu menjadi pusat
mengumpul, menyelidik, memelihara dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada umum mengenai
kekayaan warisan sejarah, flora dan fauna, kebudayaan, penerbitan dan program pengembangan. Selain itu,
muzium ini juga berperanan sebagai produk pelancongan untuk negara Malaysia dan negara-negara lain.

PEMBANGUNAN & KEMAJUAN

Selama lebih 60 tahun, Muzium Negeri Kedah telah memainkan peranan sebagai badan penyelamat kepada
warisan dan khazanah yang amat bernilai di Negeri Kedah. Selepas dua orang Pengerusi Muzium Negeri
Kedah, pengerusi yang seterusnya dilantik dari kalangan tokoh-tokoh politik dalam usaha memperkasakan
lagi peranan serta membawa agenda perubahan bagi meningkatkan keupayaan dan kekuatan seiring dengan
perkembangan semasa.

Tahun demi tahun Muzium Negeri Kedah ini telah mengalami banyak perubahan serta kemajuan dalam
usaha memantapkan lagi peranan muzium. Pada tahun 1968, bangunan tambahan telah dibina bersebelahan
untuk menambahkan keluasan ruang pameran. Bangunan ini sekarang menjadi pejabat kepada Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK) dan PSMCK telah berbesar hati menamakan pejabat
mereka dengan nama Anjung Sejarah Tunku Nong Jiwa mengambil sempena nama Pengerusi Muzium
Negeri Kedah yang pertama serta Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah juga yang pertama.

Pada tahun 1983, Lembaga Muzium Negeri Kedah in telah membuka dua buah cawangan baru iaitu Balai
Seni Negeri Kedah dan Muzium DIraja yang mempunyai bangunan masing-masing terletak di Medan
Bandar, Alor Setar. Kedua-dua bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya serentak pada 25 Julai 1983
oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum
Sultan Badlishah. (Muzium Negeri Kedah: Sejarah Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

ORGANISASI & PERKHIDMATAN

Muzium Negeri Kedah terbahagi kepada tiga cabang perkhidmatan iaitu permuziuman, pentadbiran dan
sumber manusia serta kewangan selain berperanan sebagai ibu pejabat bagi keseluruhan cawangan muzium
dan unit.

Perkhidmatan teras dalam Lembaga Muzium Negeri Kedah ialah Bahagian Permuziuman yang dibahagikan
kepada unit-unit iaitu:

i. Penyelidikan dan Penerbitan - Penyelidikan yang dijalankan mengikut 2 kaedah iaitu penyelidikan yang
dilaksanakan oleh kakitangan sendiri, penyelidikan yang dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak luar
dan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak luar untuk Muzium Negeri Kedah.

ii. Pendafataran dan Repositori - Pengurusan koleksi artifak atau aset warisan yang telah didaftarkan kepada
Muzium Negeri Kedah melalui perolehan secara pembelian, sumbangan atau jumpaan. Selain itu, artifak
yang berstatus pinjaman juga dikawal selia oleh unit ini.

iii. Konservasi dan Monumen - Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi bertujuan memanjangkan hayat
objek tersebut serta bertanggungjawab memantau monumen-monumen yang telah disenarakan di bawah
pengawasan Muzium Negeri Kedah.

iv. Pameran dan Pendidikan - Penyebaran maklumat atau ilmu pengetahuan mengenai sejarah, budaya dan
alam semula jadi melalui pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak.

Selain itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja Muzium Negeri Kedah serta cawangannya, unit-unit
lain ditubuhkan seperti Unit Pembangunan, Unit Pemasarsn dan Promosi serta Unit Pengurusan Sewaan.
(Muzium Negeri Kedah: Sejarah Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

JENIS-JENIS KHAZANAH

Galeri
Manuskrip

Galeri
Pengangkutan

Member Galeri Member
Tekstil

Member

Galeri
Senjata

Galeri
Sejarah

Galeri Galeri Galeri
Kraftangan Sastera
Alam
Semula

Jadi

ARTIFAK PALING LAMA

Artifak adalah sebuah barangan yang terdiri daripada sebuah alat atau karya yang datang dari ciptaan
manusia pada zaman dahulu. Sebagai contoh iaitu zaman yang telah kita pelajari dari zaman persekolahan
lagi iaitu zaman paleolitik, neolitik, meseolitik dan banyak lagi.

Artifak ini telah dijumpai semula dengan diperolehi atau digali semula kerana mengetahui akan
kepentingan sejarahnya. Selain itu, alat atau karya yang dijumpai boleh dijadikan sebagai bukti bahawa
wujudnya kegiatan dan perilaku manusia di tempat tersebut.

Lembaga Muzium Kedah Darul Aman juga menyimpan banyak artifak yang wujud di negeri Kedah.
Menurut Encik Zulkhiberi, artifak yang paling lama dan paling sukar ditemui berada di muzium iailah
Belanga Kaki Tiga dan Batu Kapak. Barang ini dikenali sebagai barang 'Rare' kerana sukar ditemui dan
berada di zaman pra-sejarah dahulu iaitu pada zaman palaeolitik. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong
Kurator Kanan, 2022)

Contoh Batu Kapak zaman dahulu Contoh alatan: Zaman Paleolitik

INDIVIDU YANG MENZAHIRKAN IDEA PENCIPTAAN Tunku Nong Tunku Mohd Jiwa,
MUZIUM NEGERI KEDAH Pengasas Muzium Negen

Penciptaan sesebuah institusi semestinya memerlukan sosok figura yang menjadi Kedah (pada awal penubuhan
tonjak dalam menzahirkan idea bagi mewujudkanya. Perkara ini juga berlaku dikenali sebagai Muzium
dalam pembikinan muzium Negeri Kedah Darul Aman. Sejarah Kedah)

Muzium Negeri Kedah mempunyai sejarah yang panjang dengan Persatuan
Sejarah Kedah yang kini dikenali sebagai Persatuan Sejarah. Persatuan Sejarah
Kedah telah ditubuhkan pada 20 Julai 1956. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong
Kurator Kanan, 2022)

YTM Tunku Nong Tunku Mohd Jiwa, individu pertama menyatakan idea
penubuhan muzium untuk Kedah. Idea ini telah mendapat sokongan kuat
daripada Encik Mubin Sheppard, Allahyarham Tan Sri. Pengarah Muzium
Persekutuan, juga selaku Presiden Persatuan Sejarah Malaya ketika itu. (En.
Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022) , (Muzium Negeri Kedah:
Sejarah Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

Akhimya pada tanggal 3 Februari 1957, sebuah muzium yang diberi nama Muzium Sejarah Kedah
ditubuhkan dengan perasmiannya dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ketika itu iaitu Yang Amat
Berhormat Tan Sri Tunku Ismail bin Tunku Yahya. Pada peringkat awalnya, muzium ini ditempatkan di
tingkat bawah Balai Besar dan kepercayaan diberikan kepada Persatuan Sejarah Kedah untuk
menguruskannya. Perlantikan YTM Tunku Nong sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Muzium Sejarah
Kedah memudahkan lagi segala urusan pentadbiran muzium ini. (Muzium Negeri Kedah: Sejarah
Penubuhan dan Perkembangan sejak 1957, n.d.)

Balai Besar sekitar tahun 2003

Muzium Negeri Kedah Terkini

Galeri Sejarah
Muzium Negeri Kedah

Oleh itu, kekayaan warisan ini lebih terpelihara dan terjaga berbanding disimpan sendiri oleh mana – mana
individu. Misal kata koleksi tersebut masih di tangan yang kurang pakar, warisan berharga ini mungkin
akan rosak, hilang atau mungkin dibuang begitu sahaja. Walhal pihak muzium dengan bebesar hati
menerima sebarang koleksi dan sedia untuk mambaik pulih oleh mereka yang pakar. Akhirnya, segala
koleksi dan bahan tersebut dapat dipamerkan kepada orang awam. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong
Kurator Kanan, 2022)

KEWUJUDAN MUZIUM MENGALAKKAN PERPADUAN

Menurut Encik Zul selaku Penolong Kurator Kanan Lembaga Muzium
Negeri Kedah, menurutnya ianya berbalik kepada fungsi ataupun tujuan
penubuhan muzium yang memang semestinya bertujuan untuk
menyimpan sejarah dan asal usul setiap daripada kaum-kaum di
Malaysia. Setiap bahan bukti ini akan dipamerkan di pameran yang telah
dikhaskan di bahagian-bahagian tertentu. (En. Zulkhiberi bin Mat,
Penolong Kurator Kanan, 2022)

Disebabkan muzium ini semestinya akan menyimpan asal usul kaum
melayu, cina dan india, ia akan secara tidak langsung menggalakkan
kaum lain mengenali antara satu sama lain. Tambahan pula, dengan
adanya dokumen-dokumen dan barang-barang atau gambar-gambar
berkaitan dengan sejarah dan asal usul kaum di negeri Kedah atau lebih
besar skopnya kaum di seluruh Malaysia ini dapat mengenalpasti sejarah
dan asal usul kaum lain dan ia secara tidak langsung dapat menyedarkan
semua kaum di Malaysia tentang kewujudan kaum itu sendiri tanpa
mengira adat dan budaya yang diamalkan. Jadi, setiap kaum di Malaysia
ini ada peranan dan fungsi masing-masing, maka sepatutnya tiadalah isu-
isu ‘claim’ daripada mana-mana kaum berkaitan dengan isu hak di
Malaysia.

Tuntasnya, semua kaum di Malaysia perlulah memahami dan
mengamalkan perlembagaan Malaysia bagi menguatkan lagi semangat
perpaduan dengan tidak menyentuh isu-isu perkauman seperti hak orang
Melayu, kedudukan Raja-Raja, Agama Islam sebagai agama rasmi dan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.

CABARAN DALAM MEMBANGUNKAN
MUZIUM NEGERI KEDAH

Antara cabaran yang diceritakan oleh Encik Zul adalah dalam mencari dan mengumpul bahan-bahan seperti
artifak lama, gambar-gambar lama dan dokumen sejarah dahulu. Hal ini kerana bahan-bahan tersebut
tersimpan begitu lama, bahkan rosak sehingga sukar untuk dikenalpasti dan sukar untuk dibaik pulih. Ada
kalanya sukar dalam mencari barang-barang tersebut mungkin kerana individu yang masih hidup dengan
menyimpan barang-barang berharga atau khazanah negara. Mereka tidak mahu serah kepada pihak
berkuasa untuk disimpankan ke dalam muzium tersebut. Dalam pada itu, mungkin salah satu sebab mereka
tidak mahu serah adalah kerana barang nostalgia yang mereka sayang dan masih menyimpannya dengan
selamat. Oleh itu, jika individu tersebut meninggal dunia dan waris mereka tidak mahu menjaga barang
tersebut, maka ia akan menjadi rosak dan hilang. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)
Selain itu, cabaran kedua untuk Encik Zul dalam memahamkan kepada masyarakat yang berbilang kaum
tentang muzium ini di mana bagi Encik Zul, salah satu institusi penting adalah dalam menyimpan rekod
maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan warisan setiap bangsa di Negara kita. Bagi pendapat Encik
Zul, orang awam sekarang melihat muzium ini sebagai satu institusi yang tidak penting. Di mana dalam
pemikiran masyarakat apabila disebut muzium hanya pandang dan terlintas di pikiran tentang muzium ini
hanya tempat barang-barang lama, tempat yang misteri dan tempat yang berhantu. Sedangkan muzium ini
adalah tempat sesuatu institusi penting yang berperanan besar dalam perpaduan antara kaum di Negara kita.
(En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)

ADAKAH MUZIUM INI MAMPU UNTUK
MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM?

Pada pendapat Encik Zul, muzium ini merupakan salah satu institusi penting dalam berperanan untuk
mengeratkan hubungan antara kaum di negara kita, di mana mereka ada menyimpan barang dan maklumat
berkaitan yang ada pada setiap kaum di Negara kita. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan,
2022)

Sebagai contoh, gambar lama yang menunjukkan zaman dahulu yang hidup dalam pelbagai kaum iaitu
peristiwa merdeka pada 31 Ogos 1957 yang dahulunya menentang komunis, British dan peperangan
sebelumnya. Dalam pada itu, gambar ini menunjukkan setiap kaum di Malaysia sama ada orang melayu,
orang cina dan orang india telah menunjukkan nilai kesepakatan bersatu-padu antara satu sama lain dalam
usaha mencari dan mendapatkan kemerdekaan di negara kita.

Oleh itu, generasi sekarang kita dapat lihat, di mana nenek-nenek moyang yang tidak kira umur, kaum,
bangsa ini masih bersatu hati demi mencapai matlamat. Maka ini akan menimbulkan semula rasa di hati
masing-masing untuk kita terus mengukuhkan kita punya kesepakatan perpaduan antara kaum.

KEBAIKAN MUZIUM
TERHADAP NEGARA BANGSA

Hal ini dapat dilihat semula kepada fungsi dan peranan sesebuah muzium tersebut iaitu untuk mengumpul,
menyimpan dan memelihara barang, koleksi atau bahan mengenai kekayaan warisan sejarah, kubudayaan
melalui aktiviti pameran, penerbitan dan program pengembangan. Sebagai contoh, gambar, dokumen dan
banyak lagi berkaitan sejarah di negeri Kedah.

Segala koleksi yang dikumpul menunjukkan ciri-ciri dan idntiti setiap kaum di Kedah. Kaum tersebut
seperti kaum Melayu, Cina, India dan s\Siam. Perkara ini termasuk dari segi pakaian, makanan, seni bina
dan permainan setiap kaum di negeri Kedah.

Galeri Tekstil Muzium Negeri
Kedah

KEBAIKAN WUJUD MUZIUM UNTUK
NEGARA BANGSA TERHADAP ORANG LUAR /

PELANCONG LUAR

Menurut Encik Zul, cawangan Muzium Negeri Kedah ada menerima pelawat-pelawat dari negara luar.
Mengikut laporan Muzium Negeri Kedah, jumlah pelancong yang paling banyak datang ke Muzium Negeri
Kedah ialah pelancong dari selatan Thailand.

Daripada jumlah pelawat yang keseluruhan tahunan yang berkunjung ke muzium-muzium di bawah
pentadbiran mereka, boleh dikatakan lebih kurang 20% daripada jumlah keseluruhan pelawat mereka yang
terdiri daripada pelancong asing. Lebih-lebih lagi, kebaikan yang pelancong asing boleh dapat ialah mereka
dapat mengenali sejarah Negeri Kedah dengan lebih mendalam tanpa perlu pusing ke seluruh Negeri
Kedah.

Selain itu, pelancong asing juga boleh menjadikan Muzium Negeri Kedah ini sebagai destinasi pelancongan
mereka dan boleh memperkenalkan tempat tersebut kepada kawan atau keluarga mereka. Apabila datang ke
muzium, mereka boleh mengenal pasti dan faham tentang sejarah Negeri Kedah serta cara sosial di seluruh
Negeri Kedah. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)

WUJUDNYA PERPADUAN ANTARA PENYELIDIK

Bersadarkan pengalaman Encik Zul, Muzium Negeri Kedah ini memang ada menerima penyelidik yang bukan
sahaja orang melayu sendiri, manakala banyak yang merupakan pelajar dan pensyarah dari universiti-universiti
awam dan swasta.

Seperti yang dikatakan oleh beliau, mereka bukan sahaja menerima penyelidik yang berbangsa Melayu, tetapi
mereka juga ada menerima banyak penyelidik yang berbangsa Cina, India atau Siam serta orang yang dari luar
negara seperti orang barat. Jadi memang telah wujudnya semangat perpaduan antara penyelidik. Hal ini disebabkan
oleh kebanyakan kajian penyelidikan telah melibatkan penyelidik pelbagai bangsa seperti bangsa Melayu, Cina
dan India.

Misalnya, penyelidik bangsa Melayu turut melibatkan diri dalam membuat penyelidikan bangsa atau kaum lain
seperti bangsa Cina. Dan ada juga penyelidik cina atau india membuat kajian yang berkaitan dengan cara hidup
orang melayu seperti seni bina orang melayu termasuklah istana lama dan rumah-rumah orang melayu.

Maksudnya di situ ia tidak mempunyai had dengan penyelidik melayu hanya boleh membuat kajian yang berkaitan
dengan orang melayu sahaja. Tambahan pula, mengikut pengalaman yang mereka dapat, penyelidik-penyelidik
sekarang ini tidak hanya fokus kepada satu bangsa atau kaum sahaja. Oleh sebab itu, telah wujudnya perpaduan
antara penyelidik. (En. Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan, 2022)

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN
OLEH MUZIUM NEGERI KEDAH

15 / 12 / 2022 - Khamis
Lawatan berpandu seramai 15 orang pelajar daripada International
Islamic University Malaysia ke Muzium Negeri Kedah dan Muzium
Diraja Negeri Kedah (Lembaga Muzium Negeri Kedah, n.d.)

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN
OLEH MUZIUM NEGERI KEDAH

17 / 12 / 2022 - Sabtu
Jemputan Menyertai Program Rewang Raja Sehari Anak Negeri
Sembilan: Memasak Kari Kepala Kambing di Jabatan Muzium
Malaysia, Kuala Lumpur. (Lembaga Muzium Negeri Kedah, n.d.)

RUJUKAN

Muzium Negeri Kedah. (2017, August 7). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Negeri_Kedah#:~:text=Muzium%20Negeri%20Kedah%20adal
ah%20bekas

Manan, M. F. A. (n.d.). Muzium Negeri Kedah. Retrieved December 27, 2022, from
https://www.mdfaiez84.com/2019/01/muzium-negeri-kedah.html

‌Lembaga Muzium Negeri Kedah. (n.d.). Www.facebook.com. Retrieved December 27, 2022, from
https://www.facebook.com/lembagamuziumnegerikedahdarulaman

L‌ embaga Muzium Negeri Kedah. (n.d.). Ms-My.facebook.com. Retrieved December 27, 2022, from
https://ms-my.facebook.com/lembagamuziumnegerikedahdarulaman/

Mat, R. (n.d.). Muzium Negeri Kedah : Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Sejak 1957 (Vol. 42)
[Review of Muzium Negeri Kedah : Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Sejak 1957].

Lembaga Muzium Negeri Kedah. (21 C.E.). Muzium Negeri Kedah [Review of Muzium Negeri
Kedah].

Gallery Manuskrip - Google Drive. (n.d.). Drive.google.com. Retrieved December 27, 2022, from
https://drive.google.com/drive/folders/1XO2MTHTL3zCs8zefwLY8xmacQp_cA50U

G‌ allery Senjata - Google Drive. (n.d.). Drive.google.com. Retrieved December 27, 2022, from
https://drive.google.com/drive/folders/1ayX70vvH2KT-ARcyvpPGDhfU4AroYuWQ

Bangunan Luar - Google Drive. (n.d.). Drive.google.com. Retrieved December 27, 2022, from
https://drive.google.com/drive/folders/16PX7z-hrhRoYMrpe-JBQiSFv4Y-6ht_0

Lembaga Muzium Negeri Kedah (@lembagamuziumnegerikedah) • Instagram photos and videos.
(n.d.). Www.instagram.com. Retrieved December 27, 2022, from
https://www.instagram.com/lembagamuziumnegerikedah/?hl=en


Click to View FlipBook Version