The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This Book contains some cookies recipes from The N.A Sisters

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by theNA sisters, 2023-05-09 01:37:37

Fresh From The Oven

This Book contains some cookies recipes from The N.A Sisters

f r e s h f r o m t h e o v e n T H E N . A S I S T E R S a g u i d e t o m a k i n g p e r f e c t y u m m y c o o k i e s f r o m s c r a t c h


Tart Nenas Tart Cadbury Tart Strawberry Tart Blueberry R E C I P E B O O K


R E C I P E B O O K Nestum Madu Dahlia Klasik Semperit Susu Swiss Nutella


Bahan Resepi Tart Nenas Istimewa Bahan A : 3 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu makan membukit tepung kastard 2 sudu makan membukit tepung jagung Tepung jagung berfungsi untuk rangupkan kulit tart. Ayak 3 bahan ini supaya sebati Bahan B: 250 gram unsalt pure butter. Bole diubah suai seperti kami beritahu di atas. 3 sudu makan susu pekat manis 2 sudu makan minyak sapi 1 biji kuning telur 1 sudu teh essen vanila 2-3 titik pewarna kuning jika mahu Bahan Sapuan Atas Tart : 2 biji kuning telur 1-2 titik pewarna kuning jika mahu 1 sudu makan susu pekat manis R E C I P E B O O K Tart Nenas


R E C I P E B O O K Cara Penyediaan Resepi Tart Nenas Cair Di Dalam Mulut #1: Ayak bahan A dan ketepikan. Dalam bekas asing, masukkan semua bahan B dan kacau dengan senduk kayu supaya sebati sahaja. Pastikan butter anda pada suhu bilik. Tak perlu kacau lama ya. Masukkan bahan tepung tadi dan uli sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang cantik dan lembut. #2: Masukkan adunan doh tart nenas yang siap diuli dalam acuan tekan atau acuan bunga ikut pilihan, lepas tu gentel jem nenas ikut saiz sesuai. Masukkan atas adunan yang siap ditekan. Lepas tu gulung tart nenas dan susun dalam dulang pembakar. kalau anda buat tart nenas gulung, panjang setiap satu tart sebelum digulung adalah sekitar 4 cm sahaja #3: Panaskan oven sementara anda but tart nenas tu pda suhu 170'C selama 10 minit. Tart nenas yang siap disusun atas dulang pembakar, anda sapu pula kuning telur dengan dicampur pewarna dan susu pekat manis. Cukup berus pada lapisan atas sahaja. Bakar biskut tart nenas anda pada suhu 165-170'C ikutoven masing-masing selama 25 minit guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum disusun dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba resepi tart nenas gulung istimewa untuk hari raya anda nanti.


R E C I P E B O O K Bahan Resepi Tart Cadbury Bahan A : 3 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu makan membukit tepung kastard 2 sudu makan membukit tepung jagung Tepung jagung berfungsi untuk rangupkan kulit tart. Ayak 3 bahan ini supaya sebati Bahan B: 250 gram unsalt pure butter. Bole diubah suai seperti kami beritahu di atas. 3 sudu makan susu pekat manis 2 sudu makan minyak sapi 1 biji kuning telur 1 sudu teh essen vanila 2-3 titik pewarna kuning jika mahu Bahan Sapuan Atas Tart : 2 biji kuning telur 1-2 titik pewarna kuning jika mahu 1 sudu makan susu pekat manis Tart Cadbury


R E C I P E B O O K Cara Penyediaan Resepi Tart Cadbury #1: Ayak bahan A dan ketepikan. Dalam bekas asing, masukkan semua bahan B dan kacau dengan senduk kayu supaya sebati sahaja. Pastikan butter anda pada suhu bilik. Tak perlu kacau lama ya. Masukkan bahan tepung tadi dan uli sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang cantik dan lembut. #2: Masukkan adunan doh tart cadbury yang siap diuli dalam acuan tekan atau acuan bunga ikut pilihan, selepas itu letakkan potongan coklat cadbury ikut saiz sesuai. Masukkan atas adunan yang siap ditekan. Kemudian gulung tart nenas dan susun dalam dulang pembakar. Jika anda buat tart cadbury gulung, panjang setiap satu tart sebelum digulung adalah sekitar 4 cm sahaja #3: Panaskan oven sementara anda but tart cadbury tu pda suhu 170'C selama 10 minit. Tart cadbury yang siap disusun atas dulang pembakar, anda sapu pula kuning telur dengan dicampur pewarna dan susu pekat manis. Cukup berus pada lapisan atas sahaja. Bakar biskut tart cadbury anda pada suhu 165-170'C ikutoven masing-masing selama 25 minit guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum disusun dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba resepi tart nenas gulung istimewa untuk hari raya anda nanti.


R E C I P E B O O K Bahan Resepi Tart Strawberry Bahan A : 3 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu makan membukit tepung kastard 2 sudu makan membukit tepung jagung Tepung jagung berfungsi untuk rangupkan kulit tart. Ayak 3 bahan ini supaya sebati Bahan B: 250 gram unsalt pure butter. Bole diubah suai seperti kami beritahu di atas. 3 sudu makan susu pekat manis 2 sudu makan minyak sapi 1 biji kuning telur 1 sudu teh essen vanila 1-2 titik pewarna merah Bahan Sapuan Atas Tart : 2 biji kuning telur 1-2 titik pewarna merah 1 sudu makan susu pekat manis Tart Strawberry


R E C I P E B O O K Cara Penyediaan Resepi Tart Strawberry #1: Ayak bahan A dan ketepikan. Dalam bekas asing, masukkan semua bahan B dan kacau dengan senduk kayu supaya sebati sahaja. Pastikan butter anda pada suhu bilik. Tak perlu kacau lama ya. Masukkan bahan tepung tadi dan uli sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang cantik dan lembut. #2: Masukkan adunan doh tart strawberry yang siap diuli dalam acuan tekan atau acuan bunga ikut pilihan, lepas tu gentel jem strawberry ikut saiz sesuai. Masukkan atas adunan yang siap ditekan. Lepas tu gulung tart strawberry dan susun dalam dulang pembakar. Kalau anda buat tart strawberry gulung, panjang setiap satu tart sebelum digulung adalah sekitar 4 cm sahaja #3: Panaskan oven sementara anda but tart nenas tu pda suhu 170'C selama 10 minit. Tart strawberry yang siap disusun atas dulang pembakar, anda sapu pula kuning telur dengan dicampur pewarna dan susu pekat manis. Cukup berus pada lapisan atas sahaja. Bakar biskut tart strawberry anda pada suhu 165-170'C ikutoven masing-masing selama 25 minit guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum disusun dalam bekas kedap udara.


R E C I P E B O O K Bahan Resepi Tart Blueberry Bahan A : 3 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu makan membukit tepung kastard 2 sudu makan membukit tepung jagung Tepung jagung berfungsi untuk rangupkan kulit tart. Ayak 3 bahan ini supaya sebati Bahan B: 250 gram unsalt pure butter. Bole diubah suai seperti kami beritahu di atas. 3 sudu makan susu pekat manis 2 sudu makan minyak sapi 1 biji kuning telur 1 sudu teh essen vanila 1-2 titik pewarna ungu Bahan Sapuan Atas Tart : 2 biji kuning telur 1-2 titik pewarna ungu 1 sudu makan susu pekat manis Tart Blueberry


R E C I P E B O O K Cara Penyediaan Resepi Tart Blueberry #1: Ayak bahan A dan ketepikan. Dalam bekas asing, masukkan semua bahan B dan kacau dengan senduk kayu supaya sebati sahaja. Pastikan butter anda pada suhu bilik. Tak perlu kacau lama ya. Masukkan bahan tepung tadi dan uli sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang cantik dan lembut. #2: Masukkan adunan doh tart nenas yang siap diuli dalam acuan tekan atau acuan bunga ikut pilihan, lepas tu gentel jem blueberry ikut saiz sesuai. Masukkan atas adunan yang siap ditekan. Lepas tu gulung tart blueberry dan susun dalam dulang pembakar. Kalau anda buat tart strawberry gulung, panjang setiap satu tart sebelum digulung adalah sekitar 4 cm sahaja #3: Panaskan oven sementara anda but tart blueberry tu pda suhu 170'C selama 10 minit. Tart blueberry yang siap disusun atas dulang pembakar, anda sapu pula kuning telur dengan dicampur pewarna dan susu pekat manis. Cukup berus pada lapisan atas sahaja. Bakar biskut tart blueberry anda pada suhu 165-170'C ikutoven masing-masing selama 25 minit guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum disusun dalam bekas kedap udara.


R E C I P E B O O K 1 buku butter 1 cawan gula kastor Sedikit esen vanilla 11/2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 3 sudu coklat rice Nutella Badam cincang Bahan Resepi Swiss Nutella Swiss Nutella


R E C I P E B O O K Cara Buat Resepi Swiss Nutella Mula-mula, campurkan butter, gula kastor dan esen vanilla. Pukul manja pakai senduk kayu sehingga sebati semua bahan. Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan. Kemudian, masukkan coklat rice. kacau rata. Masukkan adunan doh kedalam piping bag dengan acuan yang sesuai . Tekan sehingga menjadi bentuk bulat. Letakkan nutella didalam piping bag dan tekan sedikit di tengah biskut. Kemudian taburkan badam cincang diatas nutella. Panaskan oven, bakar 160° c selama 20 minit. mengikut oven masing-masing


R E C I P E B O O K 280 gram mentega 160g gula kastor 1/2 sudu kecil esen vanila 2 biji telur 320 gram tepung gandum 30 gram kranberi (dicincang) 1 sudu kecil emplex 200 gram NESTUM Bahan Resepi Nestum Madu Nestum Madu


R E C I P E B O O K Cara Buat Resepi Nestum Madu Pukul mentega dan gula sehingga sebati, masukkan esen vanila dan telur. Masukkan tepung dan emplex, kacau sehingga sebati. Masukkan madu dan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya. Taburkan NESTUM dalam dulang. Paipkan adunan ke atas NESTUM. Gulingkan sehingga NESTUM melitupi permukaan biskut. Susun dalam loyang. Bakar pada suhu 170ºC selama 20 minit.


R E C I P E B O O K 1 cawan mentega ( boleh guna majerin ) 1 cawan gula kastor 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung kastard 1 biji kuning telur 2 cawan tepung gandum 2 titik esen vanilla Ceri secukupnya Bahan Resepi Dahlia Klasik Dahlia Klasik


R E C I P E B O O K Cara Buat Resepi Dahlia Klasik .Pukul mentega dan gula kastor hingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan juga esen vanilla. Pukul sekejap. Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati dan jadi doh yang sempurna. Ambil doh biskut, masukkan ke dalam acuan dan terap atas loyang yang telah dioles mentega. Boleh juga alas loyang dengan baking paper Letakkan potongan ceri di atas biskut. Bakar biskut pada suhu 160-170c selama 25-30 minit. Bila biskut masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


R E C I P E B O O K 250 gram mentega 1 cawan susu pekat 500 gram tepung jagung (kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson) 1 sudu teh esen vanilla coklat chip, untuk hiasan Bahan Resepi Semperit Susu Semperit Susu


R E C I P E B O O K Cara Buat Resepi Semperit Susu Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia. Terap dan hias bersama coklat chip. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Tip: Hati-hati pada minit ke 10 ke atas kerana kuih mudah hangus. Oven kami cuma mengambil masa 12 minit.


R E C I P E B O O K 250 gram butter 140 gram gula kastor 120 gram gula perang 2 biji telur ayam Gred A 1 sudu teh esen vanilla 370 gram tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh garam 200 gram almond cincang 400 gram coklat chip Bahan Resepi Biskut Coklat Chip Biskut Coklat Chip Bonus Recipe


Cara Buat Resepi Biskut Coklat Chip #1: Dengan menggunakan hand mixer, pukul 250gm butter dengan 140 gramm gula kastor dan 120 gram gula perang sehingga kembang. Tambahkan 2 biji telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla. #2: Ayak 370 gram tepung gandum biasa, 1 sudu teh soda bicarbonat dan 1 sudu teh garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati. Masukkan 200gm almond cincang dan 400gm chocolate chips. #3: Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan leak atas baking pan g dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit menggunakan api atas bawah Sejukkan biskut coklat chip sebelum simpan dalam bekas g kedap udara. Selepas adunan siap, bole simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, R tidak terlalu lembik. E C I P E B O O K


Click to View FlipBook Version