BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
NOTA TATABAHASA
PERIBAHASA
Simpulan Bahasa
Pepatah
Perumpamaan
Bidalan
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU MOHAMMAD JOL
SK PULO, KUCHING, SARAWAK
0138071950
10 MEI 2020
1. Peribahasa ialah susunan kata-kata yang
dipilih khas dan mempunyai maksud
tertentu.
2. Peribahasa dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti simpulan bahasa,
pepatah, perumpamaan, dan bidalan.
1. Simpulan bahasa adalah bentuk
peribahasa yang paling mudah.
2. Biasanya simpulan bahasa terdiri
daripada dua patah kata yang
membawa maksud yang tepat dan
padat.
1. Ada bakat
Mempunyai tokoh atau perwatakan.
2. Angkat kaki
Meninggalkan sesuatu tempat.
3. Batu api
Orang yang suka menghasut.
4. Bekas tangan
Hasil kerja tangan seseorang.
5. Cahaya mata
Anak
6. Cakar ayam
Tulisan yang buruk.
7. Dalam tangan
Sudah pasti akan diperoleh.
8. Darah daging
Anak dan saudara-mara dari
keturunan sendiri.
1. Humaira ada bakat untuk menjadi pemidato
yang baik.
2. Apabila diejek oleh Nordin, Amirul terus
angkat kaki dari situ.
3. Mohan dan Lim tidak bertegur sapa kerana
ada batu api yang merosakkan
persahabatan mereka.
4. Bekas tangan Cikgu Zarul disimpan dalam
bilik Kemahiran Hidup sekolah.
5. Encik Firdaus dan Puan Rohana mempunyai
lima orang cahaya mata.
6. Tulisan Nora yang cakar ayam itu sukar
dibaca.
7. Kami yakin bahawa kemenangan itu sudah
dalam tangan pasukan kami.
8. Seseorang yang bersalah tetap dikenakan
hukuman walaupun darah daging sendiri.
1. Pepatah ialah peribahasa yang
berangkap dan terdapat
pengulangan kata di dalamnya.
2. Pepatah digunakan untuk
menyatakan penegasan,
falsafah atau pengajaran
yang hendak disampaikan.
1. Ada ubi ada batas, ada masa boleh
dibalas.
Perbuatan yang jahat pada suatu
waktu akan mendapat balasan juga.
2. Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
Suka duka sama-sama ditanggung.
3. Biar putih tulang, jangan berputih mata.
Lebih baik mati daripada menanggung
malu.
4. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kalau seseorang mempunyai cita-cita,
dia akan berusaha untuk mencapainya.
5. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
Hendaklah kita menurut adat dan aturan
di tempat yang kita diami.
6. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah.
Pembahagian yang sama rata; banyak
sama-sama banyak, sedikit sama-sama
sedikit.
7. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Selalu waspada dan berhati-hati; harus
berusaha jangan sampai terlambat.
8. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Sangat besar hati.
9. Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Mendapat kecelakaan kerana
percakapan.
10. Ke tengah boleh, ke tepi pun
boleh.
Orang yang dapat menyesuaikan
diri dalam pergaulan.
1. Hadi membiarkan Ramu
mengatainya kerana dia sedar
bahawa ada ubi ada batas, ada
masa boleh dibalas.
2. Ketua Kampung menasihati
penduduk-penduduk kampung
supaya mengamalkan sikap berat
sama dipikul, ringan sama
dijinjing dalam hidup
bermasyarakat.
3. “Marilah kita mempertahankan bumi
Sarawak. Biar putih tulang, jangan
berputih mata,” kata Rosli Dhobi.
4. Razali yakin bahawa dia akan berjaya
dalam ujian yang akan datang. Baginya
di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.
5. “Pandai-pandailah kamu menjaga diri
apabila tiba di kampung nanti.
Berpeganglah kepada pepatah : di
mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung,” pesan ayah kepadaku.
6.. Para petani di kampung itu bersetuju
menubuhkan koperasi. Keuntungannya
akan dibahagi sama rata. Bagi mereka,
hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah.
7. “Murid-murid yang menerima biasiswa
dinasihati supaya jangan boros
berbelanja; ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis,” kata Guru Besar.
8. “Undangan itu saya terima dengan hati
terbuka; kecil tapak tangan, nyiru
ditadahkan,” kata Hasmah.
9. Berhati-hatilah apabila berkata-kata,
bak kata orang tua-tua, kerana pulut
santan binasa, kerana mulut badan
binasa.
10.Walaupun dia baru berpindah, dia
dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat di kawasan itu. Pendek
kata, ke tengah boleh, ke tepi pun
boleh.
Perumpamaan dan Maksudnya
1. Penduduk Kampung Mesra
mengamalkan sikap bagai aur
dengan tebing semasa kerja
gotong-royong itu.
2. Selepas selesai berkebun, Mak
Ani pulang ke rumah bagai itik
pulang petang.
3. Apabila sudah senang, jangan
pula kamu bersikap bagai
kacang melupakan kulit kepada
ibu bapa kamu.
4. Puan Fauzana menjaga anak-
anaknya bagai menatang
minyak yang penuh.
5. Perasaan marah yang dipendam
hanya merosakkan diri sendiri,
seperti api dalam sekam.
6. Kelakuan Hisham seperti rusa
masuk ke kampung ketika
melawat Stadium Nasional
Bukit Jalil.
7. Para pekerja syarikat itu
diingatkan supaya bekerja
dengan lebih tekun, tidak
seperti pahat dengan
penukul.
8. Amir menurut sahaja arahan
kawannya seperti kerbau
dicucuk hidung kerana takut
dicederakan.
1. Bidalan ialah peribahasa yang
maksudnya tersirat di sebalik
susunan kata-kata yang
membentuknya.
2. Bidalan tidak mempunyai sesuatu
kata yang tertentu seperti
perumpamaan.
1. Alah bisa tegal biasa
Pekerjaan yang susah akan
menjadi mudah jika selalu
dilakukan.
2. Ada gula ada semut
Orang akan berkumpul di tempat
mendapat rezeki dengan mudah
3. Ada udang di sebalik batu
Ada sesuatu maksud yang
tersembunyi di sebalik sesuatu
perbuatan.
4. Air dicencang tiada putus
Dua orang yang bersaudara
tidak dapat dipisahkan oleh
perselisihan.
5. Harapkan pagar, pagar makan
padi
Berharapkan orang yang kita
percayai, orang itu pula yang
membinasakan kita.
6. Dapat durian runtuh
Mendapat keuntungan tanpa
bersusah-payah.
7 Hati hendak semua jadi
Jika ada kemahuan, semua
perkara dapat dikerjakan.
8 Hilang di mata, di hati jangan
Walaupun berjauhan, tetap ingat
di hati.
9 Indah khabar daripada rupa
Perkhabaran selalu dilebih
lebihkan daripada keadaan yang
sebenarnya.
10 Jauhari juga yang mengenal
manikam
Orang yang bijaksana juga yang
dapat melakukan penilaian yang
tepat.
1. Memang susah membuat kerja
tangan ini, tetapi kalau dibuat
dengan tekun akan menjadi
mudah. Kata orang alah bisa
tegal biasa.
2. Tidaklah menghairankan kalau
kawasan perusahaan itu menjadi
tumpuan peniaga kerana ada
gula, adalah semut.
3. “ Mungkin ada udang di sebalik
batu apabila dia memberikan
hadiah itu kepada kamu,” kata
Nazri.
4. Perselisihan faham antara
Hassan dan Hussin tidak akan
menjadi permusuhan kerana
mereka itu sekeluarga dan air
dicencang tiada putus.
5. “ Pembantu rumah telah melarikan
barang kemas saya. Harapkan pagar,
pagar makan padi,” kata Puan Aini.
6. Pekerja-pekerja di syarikat itu akan
dapat durian runtuh pada tahun ini
kerana syarikat telah mendapat
keuntungan yang besar.
7. Lukisan itu dapat kamu siapkan
sekiranya kamu bersungguh-sungguh.
Kata orang, hati hendak , semua jadi.
8. Walaupun mereka berjauhan, Rani dan
Aini tetap berhubungan melalui
telefon. Kata orang,hilang di mata, di
hati jangan.
9. Saya menyesal melawat ke tempat itu
kerana keadaan di situ hanya indah
khabar daripada rupa.
10. Bertanyalah kepada orang yang mahir
dalam hal ini kerana hanya jauhari
yang mengenal manikam.