The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RASHIDAH BINTI SIDEK, 2023-12-30 19:31:31

Laporan rukun negara

Laporan rukun negara

M/S 1 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH TINGKAT KIKIK 8, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI, PULAU PINANG TEL : +604-3973561 FAKS : +604-3902662 E-MEL : [email protected] DISEDIAKAN OLEH : RASHIDAH BINTI SIDEK PENGARAH PROJEK EKSPLORASI RUKUN NEGARA DITAJA OLEH : Kementerian Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang SHOWCASE PERPADUAN KAUM


M/S 2 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA SMK TAMAN INDERAWASIH LAMBANG IDENTITI Buku Dua Tangan Simbol Bintang Warna Kuning Warna Hijau Warna Putih Warna Biru Warna Ungu Perpaduan diterjemahkan melalui lambang kebanggaan warga SMKTI iaitu lencana sekolah. Setiap hari, pastinya tersemat di hati dengan warna biru yang menjadi warna utama menceritakan tentang terpaterinya perpaduan dalam hati dan sanubari setiap warga terutama murid sekolah. Jati diri yg terbina adalah langkah utama sekolah ke arah generasi bersatu padu dan saling melengkapi ke arah kesejahteraan dan kemenjadian murid. melambangkan Pengetahuan dan Kecemerlangan. melambangkan Memohon Rahmat dan Usaha untuk mencapai kecemerlangan. melambangkan 5 Rukun Islam dan 5 Prinsip Rukun Negara. melambangkan Keyakinan. melambangkan Persekitaran yang Ceria. melambangkan Keikhlasan dan Kejujuran. melambangkan Keharmonian dan Perpaduan. melambangkan Keamanan dan Kebersamaan. SIMBOL LAMBANG


M/S 3 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA DEMOGRAFIK KAUM MURID SMK TAMAN INDERAWASIH KOMPOSISI KAUM MURID SMK TAMAN INDERAWASIH BANGLADESHI BRUNEI CINA DUSUN ETNIK SABAH HOKKIEN INDIA INDIA MUSLIM INDONESIA JAWA KADAZAN BW MELAYU MURUT PUNJABI TIADA… SIKHISM KRISTIAN HINDU BUDDHA ISLAM 1 3 39 189 135 305 BIL MURID MENGIKUT AGAMA MURID MENGIKUT ETNIK & KAUM BIL ETNIK/KAUM LEL AKI PEREMPUAN JUMLAH 1 Melayu 153 120 273 2 Cina 71 55 126 3 India 121 81 202 4 India Muslim 4 3 7 5 Bajau - 1 1 6 Cantonese - 1 1 7 Dusun 3 - 3 8 Etnik Sabah 1 2 3 9 Hokkien 3 - 3 10 Iban Atau Sea Dayak - 1 1 11 Jawa 1 1 2 12 Kadazan 1 2 3 13 Khek (Hakka) - 1 1 14 Murut 9 14 23 15 Punjabi 2 1 3 16 Siam 1 - 1 17 Tamil 1 1 2 18 Teochew 1 1 2 19 Indonesia 3 3 6 20 Thai 2 - 2 21 Bangladeshi 2 - 2 22 Brunei 1 - 1 23 Lain-Lain Asia/Bukan Warganegara 2 2 4


M/S 4 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA SESI PERBINCANGAN Pada 18 Ogos 2023 dua orang wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Tengah iaitu En. Shahrizad Bin Mohd Dahalan yang merupakan Penolong Pegawai Daerah Bersama dengan En. Asrul Shah Bin Abdil Shah telah datang untuk mengadakan sesi perbincangan Bersama pihak SMK Taman Inderawasih yang diwakili oleh En. Zanusi bin Othman (PK HEM SMKTI) dan Pn, Rashidah binti Sidek (Pengarah Projek Sekolah Showcase Perpaduan Kaum). Hasil perbincangan ini pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Tengah telah menjadikan SMK Taman Inderawasih sebagai sekolah angkat Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Seberang Perai Tengah. Berdasarkan perbincangan pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih 3 daripada 5 program berdasarkan Modul Perpaduan Kaum yang telah disediakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kebangsaan dan tarikh pelancaran yang telah dipersetujui adalah pada 8 November 2023 Aktiviti yang telah dipilih tersebut ialah: 1. Bicara Tokoh Rukun Negara 2. Kempen Budi Bahasa 3. Lukisan Mural Aspirasi Rukun Negara


M/S 5 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA LANGKAH PERTAMA Sebagai Langkah pertama untuk menjayakan program ini, pihak sekolah telah menubuhkan jawatankuasa kerja dan kertas cadangan untuk kelulusan peruntukan bagi menjayakan program ini.


M/S 6 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA LANGKAH MAJU KE HADAPAN MURAL ASPIRASI RUKUN NEGARA Pada peringkat awal penghasilan mural ini, kami telah memilih tempat yang bersesuaian dan memadam semua gambar lama yang terdapat pada dinding tersebut. Proses menghasilkan Mural Aspirasi Rukun Negara mengambil masa yang panjang berikutan daripada kekangan yang dihadapi terutamanya kekangan masa. Sebagai Pengarah Projek, saya telah bekerjasama dengan Unit Kurikulum SMK Taman Inderawasih dan bekerjasama dengan Panitia pelajaran yang lain. Bermula dari 20 Ogos 2023 kami telah memulakan projek melukis Mural Aspirasi Rukun Negara. Akhirnya, mural ini Berjaya diselesaikan pada 5 November 2023. Kerjasama yang erat daripada Panitia Pendidikan Seni Visual dan juga muridmurid yang telah dipilih untuk menghasilkan mural ini kami berjaya menghasilkan MURAL ASPIRASI RUKUN NEGARA. “BAGAI AUR DENGAN TEBING”


M/S 7 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “TAK KENAL MAKA TAK CINTA” LANGKAH DEMI LANGKAH LALUAN KEBUDAYAAN Untuk merancakkan lagi perjalanan Majlis Pelancaran Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah, elemen tambahan dimasukkan iaitu menyediakan laluan-laluan kebudayaan. Antara laluan kebudayaan yang telah diwujukan ialah : 1. Laluan Kebudayaan Melayu 2. Laluan Kebudayaan Cina 3. Laluan Kebudayaan India 4. Laluan Kebudayaan Etnik Sabah dan Sarawak (Borneo) Kerjasama yang erat daripada semua pihak menjadikan Langkah menghasilkan laluan kebudayaan ini menjadi kenyataan. Hal ini dapat memberi nilai tambahan kepada persekitaran SMK Taman Inderawasih yang cantik dan ceria malahan menjadi sumber ilmu pengetahuan kepada warga SMKTI. Semakin kita mengenali budaya dan adat resam sesuatu masyarakat kita akan semakin menyayangi antara satu sama lain. Bibit-bibit PERPADUAN KAUM dapat disemai dalam kalangan warga SMKTI.


M/S 8 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA LANGKAH KEJAYAAN “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA” KELAS MADANI SMK TAMAN INDERAWASIH mempunyai keunikan yang tersendiri kerana di sini terdapat 23 kaum yang sudah pasti mempunyai kebudayaan, kepercayaan dan adat resam yang berbeza. Perbezaan ini disatukan dalam satu kumpulan murid di dalam kelas. Untuk membentuk generasi seperti yang telah digariskan dalam 5 Prinsip Rukun Negara kumpulan murid ini perlu disemai dengan semangat saling bertolak ansur dan rasa empeti yang tinggi tanpa mengira kaum mestilah bermula di sini. Oleh itu, kami telah mewujudkan KELAS MADANI untuk mencapai tujuan tersebut. SMKTI mempunyai 25 kelas bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Beberapa program telah diadakan yang bertujuan untuk membentuk kelas madani. Justeru, BIDANG BAHASA SMKTI telah mengambil inisiatif ini untuk menghasilkan bahan dekorasi KELAS MADANI supaya mewujudkan kumpulan murid yang mengamalkan nilai-nilai murni yang bukan hanya Berjaya dengan Keputusan yang cemerlang tetapi mempunyai sahsiah dan berkeperibadian unggul.


M/S 9 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” MAJLIS PELANCARAN En. Chen Thean Hock Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang daripada Sektor Pembangunan Bakat Murid telah hadir untuk merasmikan PELANCARAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH. Semasa ucapan beliau, beliau berasa kagum dengan bilangan kaum dan etnik yang terdapat di SMKTI. Beliau juga berkata bahawa program ini wajar dilaksanakan di SMKTI memandangkan keunikan ini. Beliau turut menyatakan perasaan gembira kerana majlis sambutan yang diadakan sangat meriah dan diluar jangkaan beliau. Turut hadir ialah Pegawai daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional iaitu Pn. Hasroiza Binti Hassan dan Pn. Norhaslina Binti Mohd Razali. Semasa Majlis Pelancaran, kami telah menggunakan kaedah yang telah digunakan oleh Masyarakat di Sabah dan Sarawak iaitu dengan menggunakan SUMPIT. Penggunaan SUMPIT dapat menarik minat tetamu jemputan dan seluruh warga SMK Taman Inderawasih. KEMUNCAK KEGEMILANGAN


M/S 10 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “SERUMPUN BAK SERAI, SESUSUN BAK SIRIH” PERSEMBAHAN BUDAYA Kumpulan Persembahan telah menyediakan empat jenis persembahan iaitu : 1. Persembahan Tradisional Melayu – Silat 2. Persembahan Tradisional Cina – Tarian dan Nyanyian 3. Persembahan Tradisional India – Tarian 4. Persembahan Tradisional Etnik Sabah & Sarawak – Tarian Buluh Empat jenis persembahan ini telah memperkenalkan kebudayaan Masyarakat kaum atau etnik Masyarakat tersebut. Persembahan ini dapat memberi nilai tambah kepada murid-murid supaya lebih banyak mempelajari dan memahami rakan-rakan di sekeliling mereka. Perasaan CINTA dan SEMANGAT KEKITAAN dapat disemai dalam kalangan murid-murid di SMK Taman Inderawasih. CITRA CINTA BUDAYA


M/S 11 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH, BUDI BAIK TERKENANG JUA” ” BICARA TOKOH Bicara Tokoh Rukun Negara dibaca dan diperdengarkan kepada semua warga SMK Taman Inderawasih oleh En. Khairul Nizam bin Abdul Manaf yang bersuara emas. Teks Bicara Tokoh Rukun Negara telah disediakan oleh Panitia Sejarah. Penghayatan daripada BICARA TOKOH yang telah diperdengarkan ini, sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada warga SMKTI untuk terus MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA. Untuk mengekalkan kemerdekaan negara merupakan satu perjuangan yang MENCABAR. Program ini adalah merupakan satu usaha memberi kesedaran kepada generasi muda untuk Bersatu padu demi MALAYSIA YANG DICINTAI. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


M/S 12 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA” BUTTON BADGE & BANTING Banting Kempen Budi Bahasa dipasang di sekeliling Dewan Ar-Rasid, manakala banting Rukun Negara dipasang sepanjang pintu masuk SMK Taman Inderawasih dan murid dipakaikan “Button Badge” Saya Anak Malaysia Tercinta.Pemakaian “Button Badge” dapat memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga SMKTI termasuk para jemputan kerana amalan bantu membantu diterapkan semasa aktiviti ini dijalankan. KEMPEN BUDI BAHASA


M/S 13 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI” LALUAN KEBUDAYAAN MELAYU Tetamu jemputan dan wakil warga SMKTI telah bergerak ke Laluan Kebudayaan Melayu. Di sini beberapa orang murid dan guru yang telah dipertangungjawabkan telah sedia menanti para tetamu. Semasa melalui laluan ini para tetamu telah disambut dengan penuh hormat oleh murid-murid yang bertugas di sini. Elemen hiasan yang telah dipaparkan di sini lebih kepada elemen tradisional Melayu antaranya ialah Batok, Nyiru, Gadang, Tikar Mengkuang, Wau Bulan, Ketupat, Kerawang Seni Bina Melayu dan juga 200 keping maklumat berkaitan Masyarakat Melayu telah diletakkan di sini. Murid yang telah ditugaskan di sini perlu memberi penerangan kepada para tetamu dan hadirin yang turut serta. Murid yang membuat pembentangan ini berjaya MENCURI HATI para hadirin dan tetamu jemputan. Mereka BERJAYA menyampaikan maklumat berkaitan KEBUDAYAAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU. Sebelum para tetamu beredar ke laluan seterusnya, para tetamu jemputan dikehendaki menurunkan tandatangan menandakan PERASMIAN pada LALUAN KEBUDAYAAN MELAYU. Semangat Kerjasama murid dapat dilihat semasa sesi pembentangan dijalankan kerana mereka saling membantu antara satu sama lain. LALUAN KEBUDAYAAN


M/S 14 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH” LALUAN KEBUDAYAAN ETNIK SABAH & SARAWAK Setelah melangkah masuk ke LALUAN KEBUDAYAAN ETNIK SABAH & SARAWAK sekali lagi para tetamu dikejutkan dengan dekorasi yang sangat unik yang menjadi lambang kebanggaan Masyarakat Sabah dan Sarawak. Dekorasi laluan ini dihasilkan oleh murid-murid etnik Sabah dan Sarawak yang ada di SMK Taman Inderawasih. Semasa sesi pembentangan murid-murid tersebut memakai pakaian tradisi Masyarakat Sabah dan Sarawak. Penggunaan kain pua, replika Boksunga, penggunaan manik dalam hiasan pakaian Masyarakat Sabah dan Sarawak serta alat-alat tradisional lain juga turut dipaparkan di sini. Kepetahan murid yang membuat pembentangan menyebabkan para tetamu berasa sangat TERUJA. Murid dari pelbagai kaum dan bangsa sama-sama membanting tulang menyiapkan dekorasi ini berasa sangat gembira. Sekali lagi elemen Rukun Negara dan semangat perpaduan kaum dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid di SMKTI. LALUAN KEBUDAYAAN


M/S 15 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG” LALUAN KEBUDAYAAN CINA Para Jemputan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu LALUAN KEBUDAYAAN CINA. Di sini para jemputan telah disambut dengan TARIAN SELAMAT DATANG oleh murid-murid berbangsa Cina. Melangkah ke laluan ini para tetamu dapat merasai soalah-olah berada pada zaman DINASTI KUNO CINA. Beberapa elemen seperti Tanglung, Kipas, Payung, Kain Merah dan gambar-gambar yang berunsurkan Masyarakat Cina telah diletakkan di sini. Elemen-elemen ini membangkitkan AURA Masyarakat Cina Tradisional. Pemakaian HANFU dan CHEONGSAM oleh muridmurid berbangsa cina menyerlahkan lagi konsep Masyarakat Cina. Di sini juga para tetamu telah dihidangkan dengan pembentangan daripada muridmurid. Kerjasama Bagai aur dengan tebing dalam kalangan murid-murid dapat ditonjolkan di sini. Walaupun laluan ini ialah Laluan Kebudayaan Cina tetapi murid-murid yang membuat dekorasi dan menyediakan bahan dekorasi laluan ini adalah terdiri daripada pelbagai bangsa. Para tetamu berasa sangat gembira apabila berada pada zaman dinasti Masyarakat Cina. LALUAN KEBUDAYAAN


M/S 16 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA DICECAH” LALUAN KEBUDAYAAN INDIA Setelah berpuas hati dengan Laluan Kebudayaan Cina, para tetamu bergerak ke LALUAN KEBUDAYAAN INDIA. Para tetamu disambut oleh barisan murid yang memakai pakaian tradisional Masyarakat India. TUNDUK HORMAT oleh barisan murid ini melambangkan SELAMAT DATANG ke laluan ini. Tidak kurang juga laluan ini dihiasi dengan Kolum, Payung, Hiasan Manik Berkonsepkan Masyarakat India, Pelita, Bulu Burung Merak, Anyaman daripada daun kelapa dan dekorasi lain yang melambangkan Masyarakat India. Setiap dekorasi yang telah dipaparkan ini dapat memperkenalkan kebudayaan Masyarakat India kepada para hadirin sekalian. Kesopanan dan kesusilaan yang telah ditonjolkan membuktikan bahawa Prinsip Rukun Negara telah diimplimentasikan dalam kalangan murid di SMK Taman Inderawasih. Penerangan murid yang jelas dan jitu meningkatkan pemahaman Masyarakat tentang kaum India yang ada di negara kita. LALUAN KEBUDAYAAN


M/S 17 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT” MURAL ASPIRASI RUKUN NEGARA MURAL ASPIRASI RUKUN NEGARA ini menjadi pegangan warga SMK Taman Inderawasih. Keindahan mural yang telah dihasilkan ini telah mencuri tumpuan para hadirin yang hadir pada hari ini. Kehalusan Seni Lukis dan kekemasan mural ini dapat melambangkan JATI DIRI WARGA SMKTI. Para hadirin berasa sangat berpuas hati dengan hasil yang telah dipaparkan oleh pihak sekolah terutamanya pegawai daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Ucapan Tahniah daripada wakil Jabatan Perpaduan telah menyemarakkan lagi warga SMKTI untuk terus berkempen dan mengekalkan perpaduan kaum yang telah dibina. RUKUN NEGARA


M/S 18 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA “DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN” KELAS MADANI Destinasi terakhir para tetamu pada hari ini ialah KELAS MADANI. Konsep Kelas Madani ini dipilih sebagai salah satu Eksplorasi rukun Negara adalah kerana di sinilah bermulanya didikkan awal kepada murid-murid bak kata Mutiara melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kejayaan program ini sebenarnya adalah bermula di sini dan impak daripada hasil program ini juga dapat dilihat di sini. Di sini muridmurid dikehendaki menjelaskan kefahaman mereka tentang konsep PERPADUAN KAUM dan 5 PRINSIP RUKUN NEGARA. Murid dapat menyampaikan kefahaman mereka berkaitan dengan perkara yang telah disoal oleh para tetamu jemputan. PENUTUP MAJLIS


M/S 19 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA


M/S 20 SMK TAMAN INDERAWASIH ----- LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA 2023 LAPORAN EKSPLORASI RUKUN NEGARA


Click to View FlipBook Version