PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PE RUTUSAN
KETUA PENGARAH
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia dan izin-Nya Institut Pembangunan dan
Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) sentiasa proaktif dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah
institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) walaupun negara masih bergelut dengan
pandemik Coronavirus disease (COVID-19).
Selaras dengan tanggungjawab i-LEAD dalam memacu kecemerlangan kepimpinan belia masa
hadapan, i-LEAD akan sentiasa berusaha mengorak langkah untuk memberikan yang terbaik melalui
program-program yang dilaksanakan, meskipun pelbagai cabaran yang harus dilalui.
Kepesatan teknologi serta jaringan komunikasi di hujung jari pada masa kini telah dimanfaatkan oleh
i-LEAD sebagai salah satu strategi ke arah perlaksanaan program secara norma baharu. Pendekatan
ini adalah bagi mengurangkan aktiviti secara bersemuka dalam usaha mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Oleh itu, i-LEAD telah beralih kepada program serta latihan
secara maya iaitu dengan menggunakan aplikasi-aplikasi secara atas talian seperti zoom meeting,
Facebook Live, Google Meet dan sebagainya.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang
memberi sumbangan ke arah pembangunan dan kecemerlangan institusi ini. Sekalung tahniah juga
diucapkan kepada warga i-LEAD kerana berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik meskipun
dalam era norma baharu dan diharapkan negara kita akan segera pulih daripada pandemik ini.
Sekian, terima kasih.
YBRS. TUAN HAJI MOHD HASWANDI BIN HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH
INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN (i-LEAD)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
4
DARI MEJA KETUA EDITOR
dari m eja
KETUA EDITOR
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Buletin i-LEAD edisi pertama tahun 2021
dapat diterbitkan. Sekalung penghargaan kepada tenaga kerja yang telah terlibat dalam penerbitan buletin
pada kali ini.
Edisi pada kali ini, membawakan tema vaksinasi seterusnya memperkenalkan Ketua Pengarah i-LEAD yang baharu
dan program-program yang telah berlangsung pada Januari hingga Jun 2021.
Segala perit getir, suka duka telah berjaya ditempuh, malah pelbagai proses transformasi telah dilalui dan
kejayaan ini telah berjaya dilakar menjadi tanda bahawa i-LEAD akan secara berterusan mengorak langkah
dalam meningkatkan mutu pencapaian melalui program-program yang dilaksanakan.
Jawatankuasa buletin ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah i-LEAD, YBrs Tn. Hj. Mohd
Haswandi bin Hj. Ahmad dan semua yang terlibat atas sokongan yang tidak terhingga untuk memastikan buletin
ini berjaya diterbitkan walaupun mendepani cabaran dalam era norma baharu dan pasca pendamik COVID-19.
Sekian, terima kasih.
ENCIK AMIR HAMZAH BIN AWANG GHAZALI
PENGARAH BAHAGIAN PENYELARASAN STRATEGIK
INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN
KEPIMPINAN (i-LEAD)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
5
APA KATA MEREKA
6
SENARAI PROGRAM i-LEAD
se narai program
i-LEAD JAN-JUN 2021
7
SEGMEN KHAS
seg m e n
KHAS
RUKUN NEGARA IDEOLOGI KEBANGSAAN
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang
di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin berikutan
peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat
perpaduan etnik di Malaysia. Rukun Negara yang
dianggap sebagai ideologi kebangsaan dibentuk dengan
tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam
kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.
Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan
masyarakat Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih
erat dalam seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini,
digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan
dihayati setiap lapisan masyarakat. 5 prinsip yang telah digariskan
dalam Rukun Negara seperti berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
Negara telah menetapkan 5 objektif yang perlu dicapai berdasarkan 5 Prinsip Rukun Negara
tersebut antaranya mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, membentuk satu sikap
yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan membina
sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Objektif ini
dilihat hanya mampu dicapai sekiranya seluruh warganegara memahami dan menghayati dengan
penuh perasaan 5 prinsip yang telah digariskan.
Mengambil kira kepentingan Rukun Negara untuk pembangunan negara, maka Institut
Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), melalui Kluster Kenegaraan telah
mengambil satu inisiatif dengan memperkenalkan Program Rukun Negara@
Belia (RNB) sebagai satu platform bernafas baharu untuk terus menjadikan
Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan yang sentiasa mekar
dalam minda masyarakat. RNB merupakan penjenamaan baharu
kepada Program Sekolah Rukun Negara (SRN) yang telah
dilaksanakan pada tahun 2018 hingga 2019. Pada peringkat
awal, SRN hanyalah program latihan secara
bersemuka dengan memfokuskan
kumpulan masyarakat tertentu iaitu
pelajar sekolah
8
SEGMEN KHAS
dan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, namun ianya telah ditambah baik selari dengan
penjenamaan nama kepada RNB.
Bagi memastikan Rukun Negara terus menjadi panduan kepada masyarakat Malaysia, RNB yang
telah diperkenalkan oleh i-LEAD memperluaskan sasaran peserta kepada mahasiswa, penjawat
awam, badan bukan kerajaan, pelajar institusi kemahiran (TVET) dan juga pelajar sekolah. Program
ini bukan sahaja dilaksanakan secara bersemuka, tetapi turut dilaksanakan secara dalam talian
agar objektif untuk menyampaikan ilmu kenegaraan berkaitan dapat disebarkan secara lebih
meluas.
Terdapat 4 objektif yang telah digariskan di dalam program RNB yang meliputi perkara tersebut:
1. Mewujudkan kesedaran belia dan masyarakat tentang peranan dan keterlibatan
dalam Undi 18.
2. Melahirkan golongan belia yang sedar tentang konsep berkerajaan serta terlibat
secara langsung dalam demokrasi di Malaysia.
3. Membantu belia meningkatkan jati diri untuk menjadi warganegara yang
bertanggungjawab.
4. Meningkatkan nilai patriotik dalam kalangan masyarakat khususnya belia.
4 objektif yang digariskan ini dicapai melalui beberapa bentuk program RNB yang dilaksanakan
antaranya RNB Online, RNB Remaja, RNB TVET, RNB Semarak Merdeka, RNB Literasi Pengundi
Muda, dan RNB Tutor.
RNB yang pada awalnya kebanyakkan dilaksanakan latihan secara bersemuka, namun selepas
dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19, i-LEAD telah mengambil inisiatif memperkenalkan
latihan secara dalam talian sebagai menyokong usaha pihak kerajaan untuk mengawal
penyebaran wabak COVID-19. Justeru, selari dengan itu, RNB turut menggunakan kaedah latihan
dalam talian agar objektif perlaksanaan program mampu dicapai seperti yang telah dirancang.
Justeru, modul yang lebih interaktif telah diperkenalkan bersesuai dengan kaedah perlaksanaan
serta bertujuan menarik minat lebih ramai penyertaan peserta RNB.
9
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
BAHAG IAN
KHIDMAT PENGURUSAN
KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KERAJAAN INSTITUT PEMBANGUNAN
DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN PADA 22 HINGGA 23 MAC 2021.
Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Penyelenggaraan Stor Kerajaan merupakan dua bidang
terpenting dalam pengurusan kewangan di i-LEAD. Justeru, lanjutan daripada penjenamaan dan
penstrukturan semula BTN, JPM kepada i-LEAD, KBS. Beberapa tindakan susulan diambil bagi
mengemaskini dan memantapkan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Penyelenggaraan Stor Kerajaan.
Antaranya termasuklah migrasi data Aset Alih Kerajaan dan Stor Kerajaan, pelaksanaan bengkel,
taklimat dan kursus Aset Alih Kerajaan dan Stor Kerajaan berdasarkan Pekeliling Tatacara
Pengurusan Stor Kerajaan. Lanjutan daripada kursus ini menjadi harapan pihak pengurusan supaya
Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Penyelenggaraan Stor Kerajaan di Ibu Pejabat i-LEAD, Akademi
Kenegaraan dan semua Kem Wawasan Negara akan lebih efisien dan kemaskini. Program ini
melibatkan seramai 50 peserta dari bahagian/kluster dan Kem Wawasan Negara yang melibatkan
kos perbelanjaan sebanyak RM1,800.00 dan telah dilaksanakan pada 22 hingga 23 Mac 2021.
PENGURUSAN RISIKO RASUAH BAGI PEMBANGUNAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP)
29 MAC HINGGA 01 APRIL 2021
Kursus Pengurusan Risiko Rasuah Bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah
program yang distrukturkan bagi membangunkan Pelan Antirasuah Institut Pembangunan dan
Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan. Selaras dengan itu, i-LEAD telah
mendapat bimbingan langsung dalam kursus yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) di bawah penyelarasan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Penyertaan
Pegawai i-LEAD dalam Kursus Pengurusan Risiko Rasuah Bagi Pembangunan Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) adalah bertujuan untuk membangunkan Pelan Anti Rasuah i-LEAD sebagai sebuah
dokumen dasar dan komitmen bagi memastikan i-LEAD bebas rasuah.
Program ini melibatkan seramai 27 peserta dari bahagian/kluster dan Kem Wawasan Negara yang
melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM7,440.00.
10
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
BAHAG IAN
PEYELARASAN STRATEGIK
BENGKEL PEMURNIAN PELAN STRATEGIK INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN
KEPIMPINAN (I-LEAD) 2021-2025.
Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD)
2021-2025 anjuran Bahagian Penyelarasan Strategik (BPS) telah dilaksanakan pada 8 hingga 10
Mac 2021, dengan dihadiri oleh 42 orang ahli Pengurusan Tertinggi i-LEAD, pegawai-pegawai kanan
di setiap bahagian, kluster dan wakil dari Kem Wawasan Negara.
Bengkel ini dilaksanakan di The Straits Hotel & Suites, Melaka. Ia merupakan lanjutan daripada
Bengkel Pelan Strategik i-LEAD yang telah diadakan pada 7 dan 8 Disember 2020. Tujuannya
adalah untuk memastikan bahawa hala tuju i-LEAD bagi 5 tahun kehadapan adalah terarah,
berimpak tinggi dan mampu untuk memberikan pulangan yang terbaik kepada para pemegang taruh
dan pelanggan i-LEAD disemua peringkat.
Bengkel ini dilangsungkan dengan konsep perbincangan secara berpusat dan secara berkumpulan. Ia
mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerana tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa. Ucapan penutup telah disampaikan oleh
YBhg. Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), i-LEAD.
Secara keseluruhannya, Bengkel Pemurnian Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025 ini telah dilaksanakan
dengan jayanya meskipun halangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) yang berlaku.
Bengkel ini penting dalam memastikan i-LEAD kekal relevan dan berdaya saing di dalam aspek
pengoperasian dan penyampaiannya dan diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada
belia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya kelak untuk 5 tahun yang mendatang.
11
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
12
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
BAHAG IAN
INOVASI & JAMINAN
MENGUKUR KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM i-LEAD
Seramai 35 orang Pegawai Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD) telah menyertai Bengkel Penilaian Keberkesanan
Program yang telah dilaksanakan secara dalam talian melalui
aplikasi zoom meeting pada 24 dan 25 Mei 2021.
Penganjuran bengkel ini merupakan suatu inisiatif daripada Bahagian
Inovasi dan Jaminan Kualiti, i-LEAD yang bertujuan untuk memberi
kefahaman dan pengetahuanberkaitan bidang penilaian keberkesanan di
samping untuk mengukur keberkesanan program-program yang dilaksana-
kan oleh i-LEAD.
Tenaga Pengajar bagi bengkel ini ialah Prof. Madya
Dr.Hanina Halimatussaadiah Hamsan yang merupakan
Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, Institut
Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Beliau telah
mengendalikan bengkel ini sepenuhnya sepanjang dua hari ia
dilaksanakan.
Menerusi bengkel yang dianjurkan ini, para Pegawai i-LEAD
berupaya memantapkan lagi ‘method’ dan kaedah
pengumpulan data-data penilaian serta kaedah menganalisis
dapatan data penilaian dengan cara yang berstruktur di
samping berupaya untuk menulis laporan penilaian keberkesanan
program dengan baik mengikut standard yang ditetapkan.
Semoga dengan penganjuran bengkel seumpama ini, i-LEAD
berupaya untuk menambahbaik kualiti
pelaksanaan program-programnya di
masa yang akan datang sejajar peranannya sebagai ‘Centre
of Excellence’ bagi kepimpinan Belia.
13
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
KOLABORASI STRATEGIK ANTARA i-LEAD DAN MQA
Tuan Haji Mohd Haswandi Bin Haji Ahmad, Ketua
Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD) telah mengadakan kunjungan
hormat ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Pertemuan di antara kedua-dua pihak itu disambut
baik Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Dato’
Dr. Mohammad Shatar bin Sabran berserta Pegawai
Kanan dari kedua-dua agensi berkenaan.
Kunjung hormat yang diadakan ini bertujuan untuk menjalinkan
kolaborasi strategik di antara i-LEAD dan MQA bagi memastikan
modul-modul yang dilaksanakan memenuhi standard dan kualiti yang telah ditetapkan.
Antara perkara yang telah dibincangkan dalam kunjungan hormat itu
ialah, pelan perancangan kolaborasi antara i-LEAD dan MQA
dalam usaha menghasilkan modul-modul yang berkualiti dan
menepati syarat MQA dalam usaha untuk memperoleh
akreditasi kelak.
i-LEAD yang merupakan sebuah institusi latihan di
bawah Kementerian Belia dan Sukan, berperanan
sebagai peneraju kepimpinan belia yang unggul
menerusi pengukuhan potensi dan bakat kepimpinan
ke aras masyarakat yang sejahtera.
14
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
KLUSTE R
KEPIMPINAN
DIALOG KEPIMPINAN EKSEKUTIF “KERJA
RAJA DIJUNJUNG, KERJA SENDIRI DIKELEK”
Ungkapan peribahasa “kerja raja dijunjung,
kerja sendiri dikelek” membawa maksud
meletakkan tanggungjawab watan kepada
negara dengan melakukan sesuatu pekerjaan
dengan telus dan berintegriti jika ia dilihat
menerusi konteks Penjawat Awam.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Khairul Adib bin
Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
berkata falsafah ‘Berkhidmat untuk Negara’
melambangkan menifestasi yang meletakkan diri
berada dibawah kedudukan raja.
Hal ini menjelaskan bahawa Penjawat Awam di negara ini haruslah memahami dan menghayati setiap
tugas yang dilaksanakan disamping mempunyai sahsiah dan jiwa dalam diri.
Beliau juga turut berkata, bagi mengubah persepsi dan stigma masyarakat terhadap Penjawat
Awam, kita haruslah bersama-sama untuk bergerak ke arah kebaikan dan menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada belia masa kini.
Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata demikian ketika menjadi
tetamu jemputan di dalam Dialog Kepimpinan Eksekutif yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan
dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik (PPTD) pada 22 April 2021 (Khamis) melalui platform Facebook Live i-LEAD.
15
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
DIALOG KEPIMPINAN : PABILA SURI BERSUARA
Sesi Dialog Kepimpinan dengan tajuk “PABILA SURI BERSUARA” telah bersiaran secara langsung
menggunakan platform Facebook i-LEAD, KBS pada jam 3.00 petang pada tarikh 20 April 2021,
dengan kerjasama PUSPANITA dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Bagi memeriahkan lagi sesi dialog ini, pihak penganjur telah menjemput YBhg. Datin Sri Ismalina binti
Ismail selaku Penaung PUSPANITA, KBS dan juga seorang
lagi panel jemputan yang sangat dihormati dan disegani
dalam kalangan masyarakat tidak kira dari segi latar
belakang dan lapisan umur iaitu Ustazah Asma’ binti
Harun.
Dengan seramai 65,000 ribu tontonan yang telah diraih
daripada sesi dialog ini, serta telah mendapat 468
like dan 245 perkongsian secara langsung di Facebook
i-LEAD, KBS. Terdapat juga komen dari para penonton
dalam mengajukan persoalan dan skongan yang positif
sepanjang program dialog ini berlangsung.
Perkongsian ilmu yang berharga dan sangat
bermanafaat dari panel jemputan YBhg. Datin Sri
Ismalina dan Ustazah Asma’ sepanjang sesi dialog ini
berlangsung. Antara perkongsian yang sangat berharga
ialah definisi sebagai seorang khlifah dari istilah islam
dalam mengharungi cabaran kehidupan. Dalam petikan
panel jemputan juga dapat disimpulkan sebagai seorang
khlifah ialah seorang yang mampu memimpin diri sendiri
dari segi menghormati diri, menghargai ciptaan Allah
S.W.T dan tahu bagimana menggunakan kelebihan yang
dikurniakan dengan penuh kesyukuran yang ada pada
diri seseorang pemimpin itu.
Kepimpinan wanita bukanlah satu episod sporadik dalam historiografi manusia sama ada dalam
masyarakat Islam atau bukan Islam. Seorang wanita itu lebih cepat memberi motivasi kepada dirinya
sendiri apabila merasa dirinya lemah dan kekuatan dalaman itu datang dari hati tanpa disedari.
Sebagai contoh Saidatina Siti Khadijah r.a di mana beliau sangat memainkan peranan penting men
jadi kekuatan kepada baginda Rasullah S.A.W sehingga kekuatannya itu tidak dapat ditandingi dan
kesetiaannya tidak berbelah bagi.
Seperti apa yang dinyatakan oleh Datin Sri bahawa “jika kita tidak dapat miliki sepenuhnya sifat Siti
Khadijah r.a sekurang-kurangnya sebahagian pun cukuplah memadai”. sekiranya benar seseorang
khalifah itu menjalankan tugasan kepimpinannya dengan benar dan adil maka dengan itu seseorang
khalifah itu akan diangkat kemuliaan darjatnya lebih
dari para malaikat.Namun sebaliknya.
Dalam satu hadis yang dikongsi oleh ustazah Asma’
Harun pula ada menyatakan bahawa “jadilah manusia
yang baik dikalangan yang terbaik supaya ianya
memberi manafaat kepada semua orang disekeliling kita.
Hebatnya seorang pemimpin itu bukanlah dek kerana
tegaknya dia berdiri, tetapi hebatnya seorang pemi-
mpin itu dilihat siapakah yang menjadi kekuatan
dibelakangnya”. Pabila Suri Bersuara adalah kekua-
tan wanita menjadi tunjang kepimpinan seorang
pemimpin yang bernama seorang lelaki.
16
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
‘MY SCHOLARSLAB’ : PEDULI MASA DEPAN ANAK MUDA
My Scholarslab merupakan program naungan Pertubuhan Angkatan Belia Malaysia Future Leaders
Schools yang diterajui oleh Alumni-alumni Malaysia Future Leaders Schools (MFLS).
Program My Scholarslab yang ber-
temakan “Scholarship Hunting Made
Easy”, dijayakan dengan kerjasama
Institut Pembangunan dan Ke-
cemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).
Program yang dilaksanakan menerusi
aplikasi zoom cloud meeting dan
platform Facebook Live ini merupakan
pendekatan terbaik untuk melahirkan
generasi yang sentiasa cakna dan
‘celik informasi’ untuk mengambil
peluang meningkatkan penjenamaan
diri atau ‘personal branding’ bagi
memperoleh biasiswa-biasiswa yang
ditawarkan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan,
Yang Berhormat Senator Wan Ahmad
Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
berkata, anak-anak muda bukan sahaja
perlu mempunyai akademik dan
kokurikulum yang membanggakan,
malah perlu mempunyai karakter
dan personaliti yang dapat menarik
perhatian pihak yang menilai dalam
penawaran dan pemberian biasiswa.
Beliau berkata demikian ketika
berucap dalam Majlis Penutupan
program berkenaan yang telah
berlangsung pada 13 Jun 2021 (Ahad)
Para belia boleh mendapatkan
maklumat lanjut dan informasi
berkaitan program ini dengan
melayari Facebook i-LEAD menerusi
ileadkbsmsia.
17
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) MALAYSIA YOUNG LEADERS PROGRAMME (MyLEAP) TAHUN
2021
Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan KecemerlanganKepimpinan (i-LEAD) telah melaksana-
kanBengkel Training of Trainer (TOT) Malaysia Young Leaders Programme (MyLEAP) tahun 2021 pada
3 hingga 5 Mei 2021 di Hotel Cititel, Kuala Lumpur.
Taklimat Bengkel Training of Trainer (TOT) Malaysia Young Leaders Programme (MyLEAP)
disampaikan oleh Pengarah Kluster Kepimpinan, YBrs. Dr. Haji Hanafi bin Haji Harun. Peserta yang
hadir terdiri daripada Ketua Kem Wawasan Negara (KWN), Pegawai Latihan Gred 41 dan
Penolong Pegawai Belia dan Sukan gred S29 seramai 50 orang termasuk urusetia.
Bengkel ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
pegawai yang akan terlibat untuk mengendalikan Program MyLEAP. Selain itu, penambahbaikan
modul MyLEAP juga dibincangkan bagi memantapkan modul supaya bersesuaian dengan objektif
yang telah ditetapkan.
Majlis Perasmian dan Penutup Bengkel MyLEAP serta penyampaian sijil kepada peserta telah
disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan)
i-LEAD.
18
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
KLUsSTE R
KENEGARAAN
BAKAL PENDIDIK SERTAI PROGRAM RUKUN NEGARA @BELIA
Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) kali ini
melebarkan sayapnya dengan melaksanakan Program Rukun Negara
@ Belia dengan melibatkan penyertaan daripada bakal pendidik
di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Program yang dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi
zoom meeting, melibatkan penyertaan warga Institut Pendidikan
Guru di seluruh Malaysia. Program ini telah berlangsung pada 30
April 2021 bagi siri yang ke-2.
Program yang dikelolakan oleh Kluster Kenegaraan, i-LEAD ini
bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan asas mengenai
Sistem Pemerintahan Negara dalam kalangan bakal pendidik masa hadapan negara.
Program Rukun Negara @Belia IPGM ini merupakan satu lagi inisiatif dan usaha proaktif i-LEAD
dalam meningkatkan semangat patriotik dan jati diri serta melahirkan belia yang berpengetahuan
mengenai konsep bernegara.
Program yang bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan Rukun Negara serta meningkat-
kan semangat patriotik ini dikendalikan sendiri oleh pegawai dan kakitangan Kluster Kenegaraan
secara dalam talian menggunakan aplikasi zoom meeting sebagai mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan
wabak COVID-19.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada pegawai dan kakitangan IPGM ibu pejabat dalam
memastikan segala pelaksanaan program berjalan dengan baik dan lancar. Pengisian yang telah
dijalankan melalui Rukun Negara @ Belia ini meliputi 3 segmen utama iaitu ceramah bertajuk
Menjana Ideologi Negara yang telah disampaikan oleh pegawai Kluster Kenegaraan. Selain itu ,
peserta berpeluang memenangi hadiah melalui soalan Kuiz Kenegaraan yang telah dikendalikan oleh
Encik Mohd Rosdi bin Mahmud yang juga Penolong Pengarah Kanan Kluster Kenegaraan.
Program ini melibatkan seramai 599 orang penyertaan. Turut hadir menyampaikan ucapan dalam
program tersebut ialah Ketua Pengarah i-LEAD, Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad.
19
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
UNDI 18 CAFE
Kluster Kenegaraan melalui Sub-Bidang Sosialisasi
Politik telah menganjurkan program UNDI 18 Cafe
siri pertama pada 28 April 2021. Program yang
bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan
mendaftar sebagai pemilih dan tanggugjawab
sebagai warganegara menjadi pengundi ini
dikendalikan sendiri oleh pegawai dan kakitangan
Kluster Kenegaraan secara dalam talian
menggunakan aplikasi zoom meeting serta
ditayangkan secara langsung menerusi laman
Facebook rasmi i-LEAD sebagai mematuhi ‘Prosedur
Operasi Standard’ sepanjang tempoh pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak
COVID-19. Program UNDI 18 Cafe yang merupa-
kan sebuah program bual bicara berbentuk ‘edutainment’.
Program yang dianjurkan oleh Kluster Kenegaraan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan
kefahaman kepada para belia dan masyarakat umum berkaitan Literasi Pengundi Muda.
Program yang dianjurkan oleh Kluster Kenegaraan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan
kefahaman kepada para belia dan masyarakat umum berkaitan literasi pengundi muda.
Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan
Sukan, selaku Ahli Panel bagi program pada siri pertama pada Julai 2021. Program UNDI 18 Cafe
berkenaan berkata, negara memerlukan pelapis baru dalam mewarnai demografi politik negara
sama ada sebagai pengundi mahupun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.
Menurut beliau lagi, inisiatif UNDI 18 ini akan menjadi pembakar semangat anak muda dan cakna
mengenai politik supaya mereka lebih celik dan berpengetahuan dalam memahami hak dan
tanggungjawab sebagai Pengundi kelak.
Harapan i-LEAD agar program UNDI 18 Cafe ini berupaya
menjadi medan penyatuan para belia dalam memberi
pendedahan dan membuka minda mereka melalui
idealisme yang dikongsikan oleh Ahli Panel yang
dijemput menerusi program berkenaan.
20
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
KLUsSTE R
KERJAYA
KARNIVAL PENJANA KERJAYA BELIA (KPKB)
Pada 10 April 2021 Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat
Negeri Melaka dengan jumlah pengunjung seramai 2,767
orang belia yang berdaftar. Karnival Penjana Kerjaya Belia
(KPKB) telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Masjid Tanah,
Melaka. Perasmian KPKB telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri
Melaka iaitu, YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Bin Md Ali. Turut hadir sebagai tetamu VIP
ialah Ketua Pengarah i-LEAD (KBS), Tuan Haji Mohd Haswandi Bin Haji Ahmad. Anjuran Kerajaan
Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak (ITP), Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO, Kementerian
Sumber Manusia (KSM) bersama-sama Kluster Kerjaya, i-LEAD. Sejak Jun 2020 Karnival ini telah
dijalankan oleh PERKESO denga jayanya.
Dalam Karnival KPKB ini terdapat pelbagai agensi, aktiviti-aktiviti perkongsian menarik dan pameran
berkaitan kerjaya yang disediakan. Temuduga terbuka oleh 35 orang majikan berdaftar juga telah
dijalankan. Fokus utama KPKB ini adalah untuk memberi pendedahan maklumat yang luas dan
terperinci kepada para belia berkaitan dengan bidang kerjaya yang ingin diceburi. Dalam konteks
ini, bimbingan dan latihan untuk elemen utama iaitu elemen soft skills adalah sangat ditekankan
untuk pengetahuan ilmu para belia dalam menangani pengangguran di negara. 20.56 % telah berjaya
menerima tawaran pekerjaan pada hari yang sama dan telah mencatatkan angka peratusan yang
tinggi berbanding anjuran Karnival ini pada tahun sebelumnya. Kluster Kerjaya juga akan terus komited
mengambil bahagian dalam pengajuran PKPB pada masa akan datang.
21
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL LANJUTAN
KLUSTER KERJAYA 2021
Kluster Kerjaya telah berjaya melaksanakan Bengkel
Pembangunan Modul Lanjutan Kluster Kerjaya 2021 secara
dalam talian dengan menggunakan aplikasi zoom meeting
pada 29 hingga 30 Jun 2021. Bengkel ini diadakan untuk
membincangkan secara mendalam bagi membentuk
dan merangka modul lanjutan serta pengisian program
-program yang akan dilaksanakan oleh Kluster Kerjaya
akan datang. Selain itu, bengkel ini membincangkan
kaedah pendekatan yang sesuai dengan kehendak pasaran
dan ekspektasi majikan hari ini. Pelbagai peruntukan dan inisiatif
telah diumumkan untuk mengurangkan kesan krisis COVID-19 kepada
pasaran buruh. Kebanyakan inisiatif yang diumumkan adalah menyeluruh,
namun manfaat kepada belia dan graduan baharu adalah minimum.
Meneliti kepada beberapa program dan inisiatif sedia ada, terdapat penambahbaikan perlu
dilaksanakan seperti fokus kepada pengurusan dan sumber kewangan terhadap program sedia ada
kepada satu program yang memberi tumpuan khusus mencipta pengalaman kerja kepada belia,
terutamanya kepada graduan baharu.
Puan Zainariah, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kerjaya berkata, “Pengisian Bengkel ini melibatkan
tiga bidang utama dalam Kluster Kerjaya iaitu, Bidang Penjanaan Ekonomi, Bidang Komunikasi dan
Bidang Profesionalisme Kerjaya. Dalam Bengkel ini, seramai 15 orang Team Thinkers yang terdiri
daripada Pegawai dari Unit Kerjaya Universiti Awam dan Swasta, wakil-wakil daripada agensi
kerajaan dan swasta telah dijemput bagi membuat pembentangan cadangan dan idea untuk modul
lanjutan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan oleh Kluster Kerjaya. Sasaran peserta untuk
kursus lanjutan ini adalah dari kalngan alumni peserta yang telah mengikuti kursus anjuran Kluster
Kerjaya sebelum ini.”
Hasil daripada bengkel ini pihak Kluster Kerjaya dapat mengumpulkan idea dan pandangan terbaik
daripada Team Thinkers bagi menghasilkan modul lanjutan yang akan dilaksanakan oleh Kluster
Kerjaya. Di samping itu, ia juga dapat membantu Kluster Kerjaya merangka pelan tindakan persiapan
kerjaya untuk kursus lanjutan kepada mahasiswa akan datang. Modul lanjutan ini akan dapat menjadikan
panduan untuk melaksanakan program bersemuka kepada bekas peserta untuk kursus lanjutan.
Bengkel Pembangunan Modul Lanjutan Kluster Kerjaya ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd
Nizam Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan, i-LEAD. Turut hadir memberi
sokongan dalam bengkel ini ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah
i-LEAD.
22
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
KURSUS CAREER STARTER FOR YOUTH (CS4Y)
Pada 9 April 2021, Kursus Career Starter for Youth
(CS4Y) telah diadakan bertempat di Akademi
Kenegaraan Kuala Lumpur. Kursus ini yang dilaksana-
kan selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama Global
Innovation Creativity Centre (MAGIC) melalui slot A2Z
dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB)
dengan penyertaan 3 Institusi Latihan Kemahiran
Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu Institut Kemahiran Tinggi
Belia Negara Sepang, Institut Kemahiran Belia Negara
Kuala Langat dan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.
Program ini diadakan secara bersemuka dengan mensasarkan
penyertaan graduan B40 dan kebolehpasaran rendah dengan
menekankan elemen berkaitan memberi kesedaran dan pendedahan
tentang peluang-peluang baru dan terkini dalam bidang Penjanaan Ekonomi serta mentransformasi-
kan diri kepada peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan. Antara fokus kursus ini adalah mem
perlengkapkan graduan yang dilatih dengan kemahiran insaniah sebagai
nilai tambah bagi bakal graduan untuk menentukan pembangunan dan
perkembangan kerjaya pada masa hadapan. Para peserta bukan
sahaja boleh menempatkan diri dalam kerjaya semasa bahkan
mereka boleh bersikap dinamik dan pragmatik dalam menterjemah-
kan kemahiran yang dipelajari dalam konteks dan sasaran yang
lebih luas. Antara pengisian kursus CS4Y yang telah diterapkan
kepada bakal graduan terdiri daripada 6 slot seperti mindset,
job creator success story, Yes or No, Inovasi, A2Z dan juga branding
yang memfokuskan kepada kesedaran bagi mengurangkan
kebergantungan graduan kepada pengembangan kerjaya pada
masa akan datang. Seramai 59 orang mahasiswa telah berjaya
menyertai program ini dengan jayanya dan para peserta
berharap agar Kursus CS4Y ini dapat dilaksanakan secara
menyeluruh kepada para peserta ILKBS yang lain selaras
dengan misi Kluster Kerjaya iaitu meningkatkan
kebolehpasaran belia melalui latihan kemahiran
insaniah dalam bidang komunikasi, penjanaan
ekonomi dan profesionalisme kerjaya. Dengan
pelaksananaan kursus ini diharapkan dapat
mencetuskan dan titik permulaan kepada bakal
graduan mengenali dan menyerlahkan potensi diri
dalam merancang kerjaya.
23
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
KLUsSTE R
MODAL INSAN
KURSUS PENGAMAL KERJA BELIA TAHAP 1
15 SIRI KAKITANGAN KEM WAWASAN NEGARA
Kursus Pengamal Kerja Belia Tahap 1 melibatkan
sebanyak 15 siri dan 423 peserta telah berjaya
dijalankan secara dalam talian bermula Mac
hingga Mei 2021. Ini merupakan alternatif yang
telah dirancang dalam menghadapi Perintah
Kawalan Pergerakan ekoran pandemik COVID –
19. Ianya merupakan kolaborasi di antara Kluster
Modal Insan bersama Kem Wawasan Negara Institut
Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan
(i-LEAD).Program ini turut diserikan dengan kehadiran
YBrs. Tuan Hj Mohd Haswandi Bin Hj.Ahmad, Ketua
Pengarah i-LEAD yang memberikan ucapan perasmian
dan sesi taaruf bersama peserta-peserta yang merupakan
kakitangan Kem Wawasan Negara i-LEAD.
Modul ini mengandungi 4 kompetensi belia iaitu prinsip pembangunan
teras, hormati budaya dan kepelbagaian, mempamerkan contoh teladan
yang positif dan pengenalpasti/ pengurangan faktor risiko. Manakala
terdapat 2 perkongsian iaitu konsep dan amalan kerja belia serta
Bicara Tokoh. Objektif program ini adalah untuk mempertingkatkan
kompetensi Pengamal Kerja Belia berkenaan amalan dan
tanggungjawab sekaligus mendedahkan peranan serta kepentingan
tanggungjawab Pengamal Kerja Belia. Ianya juga memberi ruang
dan peluang kepada peserta program untuk memberi pandangan
dan buah fikiran dalam memantapkan lagi keperluan kerja belia.
Peserta juga memperolehi kefahaman mengenai Dasar Belia
Malaysia dan fungsi agensi-agensi di bawah Kementerian Belia Dan
Sukan.
24
RANGKUMAN PROGRAM i-LEAD
Program yang dikendalikan ini adalah melalui aplikasi zoom meeting. Barisan penceramah bagi se-
tiap modul adalah terdiri daripada pegawai-pegawai i-LEAD dan tokoh-tokoh belia di peringkat
negeri. Kaedah perbincangan, soal jawab dan aktiviti kuiz yang dijalankan sepanjang dua hari
berkursus menjadikan program ini berjaya menarik minat para peserta.
25
RANGKUMAN PROGRAM
SINGGAHKEJAP @ i-LEAD X YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS):
“ESSENCE OF VOLUNTEERISM”
Kerja kesukarelawan merujuk kepada aktiviti yang dilakukan untuk membantu orang lain tanpa
menjangkakan atau mengharapkan balasan dan bebas sepenuhnya (Musick & Wilson 2003).
Situasi semasa menunjukkan terdapat pelbagai usaha untuk membangunkan sukarelawan daripada
pelbagai peringkat umur. Usaha i-LEAD di bawah program SinggahKejap @ i-LEAD dengan kerjasama
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan program yang
bertemakan ‘Essence of Volunteerism’ sebanyak 5 siri berturut-turut.
Program ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi zoom meeting selama 2 jam dengan
perkongsian yang menarik melalui panel-panel jemputan daripada YSS. Antara tajuk-tajuk menarik
yang dikongsikan sewaktu program ini ialah Perancangan dan Pengurusan Projek, Pengurusan
Kewangan dan Penjanaan Dana Organisasi serta Kesukarelawanan Untuk Pembangunan Negara.
Penyertaan peserta secara terbuka terdiri daripada belia dan pasca belia juga amat
memberansangkan sambutannya sewaktu program.
Program yang dikelolakan oleh Kluster Modal Insan bertemakan ‘Essence of Volunteerism’ ini bertujuan
memberi input berkenaan perancangan dan pengurusan projek sukarelawan, etika, akauntabiliti dan
Standard Operating Procedure (SOP).Selain itu program ini juga menyediakan platform perkongsian
pengalaman dan idea daripada Subject Matter Expert dalam industri kesukarelawanan dan sebagai
satu platform membina rangkaian antara i-LEAD dan YSS.
26
KENALI KEM : KWN KUNDASANG
ke m wawasan n egara
KUNDASANG
“The Land Below The Wind...Sabah”
Kem Wawasan Negara Kundasang dulu dikenali
sebagai Kem Bina Negara Kundasang. Kem ini
terletak di Kundasang dalam daerah Ranau, Sabah.
Uniknya, kem ini dikelilingi taburan gunung ganang
di Kaki Gunung Kinabalu dan kebun-kebun sayur
tanah tinggi.
Jarak Kem Wawasan Negara Kundasang dari Kota
Kinabalu lebih kurang 100 kilometer, manakala
jarak dari bandar Ranau 18 kilometer dan 1.7
kilometer dari pekan Kundasang. Kundasang
sememangnya terkenal di dalam peta pelancongan
domestik dan antarabangsa kerana merupakan
pintu masuk utama ke Gunung Kinabalu iaitu gunung
tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Kundasang merupakan kawasan yang amat
menarik dan memiliki panorama yang cantik berserta
dengan tarikan ekopelancongan dan juga cuaca tanah tinggi yang dingin dan berangin. Kem
Wawasan Negara Kundasang telah mula dibina di atas tanah seluas 99 ekar di salah satu puncak
bukit di Kundasang pada 18 Ogos 2000 dengan kos pembinaan bernilai RM10.9 juta. Kem Wawasan
Negara Kundasang mula beroperasi pada 21 Ogos 2003. Selepas 2 tahun beroperasi, kem ini telah
dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Samsuddin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara pada 21 Ogos 2003.
Kedudukan Kundasang adalah lebih tinggi dari Burj Khalifa iaitu 1884 meter dari aras laut dan
merupakan sebuah dataran yang dikelilingi oleh perbukitan serta berlandskapkan luar biasa kerana
sebahagian besar kawasannya diisi oleh bongkah – bongkah batuan granodiorite pelbagai saiz
malah ia mungkin boleh dikenali sebagai ‘Dataran
Warisan Ais Gunung’ Malaysia.
27
KENALI KEM : KWN KUNDASANG
Mata pencarian penduduk di sini yang majoritinya
kaum Dusun adalah daripada hasil menguasahakan
ladang-ladang sayuran. Ladang ini diusahakan
dilereng-lereng bukit yang sebahagian
daripadanya meliputi dataran ‘Pinausok’. Kem ini
pula berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang
megah berdiri, bersuhu sejuk dan berangin serta
sering diliputi kabus.
Fasiliti Kem Wawasan Negara Kundasang meliputi 1
blok pentadbiran, 2 buah rumah VIP, 3 buah rumah
tetamu, 1 rumah staf kelas E, 1 rumah staf kelas F
dan 3 buah rumah staf kelas G. Bagi kemudahan
kursus, kem ini mempunyai asrama lelaki dan asrama
perempuan berkapasiti 144 orang peserta seti-
ap satu, rumah urus setia 4 berkapasiti 12 orang, rumah urus setia 14 berkapasiti 40 orang, dewan
utama berkapasiti 300 orang, dewan syarahan berkapasiti 120 orang, dewan makan berkapasiti 300
orang dan surau berkapasiti 350 orang. Selain itu juga, kem ini mempunyai 2 blok bilik perbincangan,
3 wakaf perbincangan dan 1 padang kawad.
Selain menjadi tumpuan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk menjalankan pelbagai program,
kem ini juga turut menjadi tumpuan bagi program komuniti. Kem ini pernah menjadi lokasi penempatan
pasukan penyelamat bagi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kejadian gempa bumi Sabah yang
telah berlaku pada 5 Jun 2015 dengan kekuatan 6.0 skala richter. Selain itu juga, kem ini pernah
menjadi pusat penempatan mangsa banjir lumpur di Mesilou. Kem Wawasan Negara Kundasang juga
akan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mukim Kundasang pada bulan Julai ini.
28
KUPASAN BUKU
M E N DE PAN I SE MANGAT ZAMAN
DENGAN MINDA DAN JIWA MERDEKA
Oleh : Hisyam Basabah
Penolong Pengarah Kluster Kenegaraan,i-LEAD KBS
Modenisasi adalah falsafah yang lahir daripada kemajuan pemikiran dan teknologi yang
kemudiannya menjadi tatanan baru kepada masyarakat dunia. Modenisasi kemudiannya telah
menuntun ke arah globalisasi yang menyaksikan medium perhubungan masyarakat antarabangsa
tidak lagi dihalang oleh tembok kebangsaan. Globalisasi yang berasal daripada modenisasi ini telah
membawa masyarakat dunia ke arah sebuah dimensi baharu dengan segala kemajuan dan
pembangunan dalam pelbagai aspek dikongsi dan menjadi pegangan sejagat di setiap belahan
dunia tanpa memilih apakah sistem yang
diamalkan oleh sesebuah negara tersebut.
Pengeksportan dan pengimportan budaya
juga telah berputar sebagai mana lajunya
putaran masa dengan nilai-nilai tajaan
sesuatu masyarakat bertembung dengan
nilai masyarakat yang lain. Akomodasi
budaya dan nilai telah mulai menjadi suatu
tatanan baru terutamanya bagi negara-
negara membangun yang kebanyakannya
mendiami dibelahan hemisfera selatan dunia.
Sebagai antara negara sedang membangun
sudah pasti Malaysia berhadapan dengan
badai ganas globalisasi yang mempengaruhi
tatacara berfikir dan kehidupan masyarakat
di Malaysia. Maka, di sini letak dan duduk-
nya kekuatan jati diri masyarakat Malaysia.
Jati diri yang kukuh adalah kunci kepada
keupayaan bagi memajukan negara, bangsa
dan agama. Sejarah telah membuktikan
keunggulan sesebuah negara pasti bertitik tolak dengan kehebatan sikap dan cara kerja warganya.
Sudah tentu segala kehebatan tersebut adalah hasil daripada motivasi yang sangat tinggi bagi
mencapai sesuatu dan motivasi yang mempengaruhi sikap dan cara kerja tersebut berpunca
daripada kekuatan jati diri.
BPIEONDULAISTA
Nama Penulis : Hisyam Basabah
Tajuk Buku : Zeitgeist: Memerdekakan Pemikiran Terpasung
Terbitan : Nusa Centre
Tahun Terbitan : 2021
ISBN : ISBN 978-967-2428-18-3
Asal : Segamat, Johor Darul Ta’zim
Jawatan : Penolong Pengarah Kluster Kenegaraan,i-LEAD KBS
Aktiviti Penulisan : Kolumnis Bulanan Astro Awani
: Penulis Artikel Ruangan Antarabangsa di Dewan Masyarakat
: Penulis Artikel Ruangan Politik Ekonomi di Dewan Ekonomi
: Penulis Artikel Ruangan Pemikiran Islam di Dewan Tamadun Islam
: Penulis Ruangan Rencana Berita Harian
: Penulis Artikel di Aksara Patriot
: Penulis Artikel di Buletin i-LEAD, KBS
29
KUPASAN BUKU
Keterpasungan pemikiran dengan budaya-budaya luar menjadikan sesebuah masyarakat yang
pernah dijajah itu kembali terjajah melalui pandangan betapa segala apa yang dibawakan oleh
pengaruh luar lebih bernilai berbanding kebudayaan sendiri. Penjajahan adalah suatu bentuk
penindasan yang tidak direlai oleh mana-mana manusia di bawah kolong langit. Penjajahan
membawa konotasi negatif yang bermaksud kita tidak bebas dalam melakukan mahupun menentukan
apa jua yang dkehendaki oleh diri kita sendiri. Penjajahan juga diistilahkan dengan penindasan
terhadap sesebuah masyarakat oleh masyarakat yang lain, melalui penjajahan yang dilakukan ini
menjadikan sesuatu masyarakat yang dijajah akan terus mundur dan diperas oleh mereka yang
menjajah. Penjajahan yang berlangsung dalam jangka waktu yang lama akan melahirkan generasi
yang lemah, lembam dan suka meniru-niru apa jua yang telah dibawakan oleh mereka yang
menjajah.
Zeitgeist yang membawa maksud semangat zaman adalah istilah yang dipopularkan oleh ahli
falsafah, ahli teologi, dan pengkritik sastera Jerman, Johann Gottfried Herder. Herder, pada tahun
1769, menulis sebuah kritik terhadap karya ahli falsafah Christian Adolph Klotz yang menerangkan
bahawa Zeitgeist merujuk kepada ciri tersendiri yang merangkumi satu atau lebih generasi
berikutnya, walaupun individu tersebut mempunyai usia yang berbeza, berada di persekitaran
sosioekonomi yang berbeza, ada visi global yang sama mengenai perkembangan sosiobudaya.
Maka, mengambil makna tersebut, buku yang bertajuk Zeitgeist: Memerdekakan Pemikiran Terpasung
ini ditulis untuk menggambarkan walau apa jua zaman yang dilalui oleh masyarakat di Malaysia,
walau apa jua cabaran dan keadaan yang membadai, jati diri dan keutuhan warisan pemikiran
“ Kebangkitan sesebuah
bangsa tidak akan
berlaku dengan cara
meniru bangsa lain.
Kebangkitan hanya akan
berlaku apabila sesebuah
bangsa itu mampu
membina dan
membangunkan jati diri
mereka yang telah hilang
akibat diterajang dengan
penuh hina olekholboaninagls”a
masyarakat perlu terus terpelihara dengan berpegang teguh dengan prinsip agama dan
kebudayaan lokal.
Hadirnya buku ‘Zeitgeist: Memerdekakan Pemikiran Terpasung’ adalah sebagai suatu bentuk
peringatan kepada masyarakat Malaysia umumnya dan penulisnya sendiri khasnya untuk menyedari
betapa ancaman pengaruh luar jika tidak ditangani akan merosakkan jati diri masyarakat secara
fatal, seterusnya meneruskan watak dan pemikiran tertawan sebuah bangsa yang pernah merasai
derita dijajah selama ratusan tahun. ‘Zeitgeist: Memerdekakan Pemikiran Terpasung’ membawa
persoalan dan polemik berhubung pembentukan watak, jati diri, sistem nilai, “common sense”,
perjuangan, pengislahan diri dan segala macam kritikan sosial kepada masyarakat yang
seakan-akan rela membiarkan diri dihanyutkan oleh arus globalisasi dan kebudayaan pop tanpa
cuba berpaut kembali kepada warisan dan kebudayaan sendiri yang menjadi punca keutuhan jati diri
dan kehebatan watak yang merdeka. Semoga buku kecil ini mampu sedikit sebanyak menjentik hati
nurani kita untuk melakukan revolusi pemikiran ke arah revolusi sikap yang diperlukan demi
kemakmuran agama, bangsa dan negara.
30
ARTIKEL PILIHAN
M E MARTABATKAN RUKUN N EGARA,
MENINGKATKAN INTEGRASI NASIONAL
Oleh : Kluster Kenegaraan, i-LEAD
Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen,
iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau
negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha
membela tanah air. Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan
yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni. Ia juga
melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap tingkah laku
manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap
negaranya sendiri.
Berdasarkan kepada definisi dan takrifan patriotisme
dari pelbagai sumber dan para sarjana, patriotisme
adalah elemen penting untuk diberi perhatian oleh
mana-mana negara di dunia. Dalam memastikan
sesebuah negara sentiasa berada dalam keadaan stabil
dan harmoni, sudah pasti semua penghuni perlu memiliki
patriotisme yang tinggi tanpa ada yang terkecuali.
Meningkatkan semangat patriotik dalam masyarakat
perlu dijadikan agenda penting oleh semua pihak
khususnya pada zaman kepesatan teknologi maklumat
yang menjadi cabaran baru kepada ketahanan nasional.
Di zaman era globalisasi serta perkembangan teknologi
maklumat, semangat patriotik dalam diri masyarakat
amatlah penting seperti yang sering disebut iaitu ‘kasihkan
watan itu sebahagian daripada iman’. Syeikh Daud
Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah
mengingatkan bahawa mempertahankan negara daripada
penjajahan ataupun tekanan kuasa asing adalah fardu ain.
Tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin akan dapat
bertahan (Nik Anuar Nik Mahmud, 2002). Walaupun
terdapat segelintir pihak berpendapat bahawa semangat
patriotik mempunyai persamaan dengan semangat
nasionalisme, namun menurut Doob (1964), dua perkara
tersebut mempunyai perbezaan yang ketara. Beliau
mengatakan nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan
bangsa sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras,
bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah sentimen
cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi
mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan
undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
31
ARTIKEL PILIHAN
Apabila membincangkan tentang patriotisme, tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh yang
ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat untuk meraikan secara gilang-gemilang ulang tahun
kemerdekaan Malaysia. Bulan Ogos terlalu sinonim dengan acara menzahirkan semangat patriotik
rakyat Malaysia dengan pelbagai pihak akan mengambil bahagian untuk meraikan ulang tahun
kelahiran negara Malaysia selain daripada 16 September. Pelbagai kempen kesedaran bulan
kemerdekaan akan dijalankan oleh pihak berwajib antaranya kempen mengibar Jalur Gemilang,
pertandingan menulis esei, perarakan dan pelbagai lagi.
Namun begitu, menjadi persoalan hari ini, apakah kesedaran
terhadap patriotisme hanya perlu dikhususkan pada bulan
Ogos semata-mata ? Adakah dengan mengibarkan Jalur
Gemilang di kenderaan atau halaman rumah memberi
gambaran yang masyarakat Malaysia memiliki semangat
cintakan tanah air yang sebenar-benarnya ? Apakah sejarah
negara yang perlu dirai dan dibanggakan hanyalah
kemerdekaan 31 Ogos 1957 ? Bagaimana dengan peristiwa
sejarah yang lain ? Benarkah dengan kemeriahan sambutan
bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak berwajib
setiap tahun dapat memberi gambaran sebenar kepada
semangat patriotik yang ada dalam diri masyarakat
Malaysia ? Tanpa menidakkan kesan positif yang terdapat
dalam penganjuran sambutan bulan kemerdekaan serta
semangat yang ditunjukkan oleh segelintir pihak setiap kali
menjelang 31 Ogos, isu-isu tertentu yang dilihat dapat
menjejaskan semangat patriotik dalam masyarakat juga
harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Di Malaysia, patriotisme boleh diertikan sebagai kecintaan dan kesetiaan kepada negara dengan
menitikberatkan perpaduan dalam seluruh aspek pembangunan. Patriotisme juga melahirkan
masyarakat yang beradab sehingga dapat menempuh segala cabaran dan ancaman di era ini
(Abdullah, 2009). Manakala menurut Muhamad Ali Embi (2009), kecintaan kepada negara bukan
hanya setakat ungkapan di bibir semata-mata atau hanya bersifat simbolik seperti menghormati
simbol-simbol negara seperti pemimpin, lagu dan bendera sahaja. Malah lebih dari itu, kecintaan
kepada negara boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara. Oleh itu, apa-apa sahaja yang kita lakukan
demi negara boleh sahaja dianggap sebagai patriotisme.
32
ARTIKEL PILIHAN
Berdasarkan satu kajian empirikal yang telah dijalankan oleh Aziz Ujang (2014) didapati bahawa
tahap kesedaran generasi muda terhadap aspek patriotisme adalah rendah dan membimbangkan.
Hasil kajian mendapati, daripada 10 orang golongan muda, dikatakan hampir 6 orang mempunyai
tahap kesedaran perpaduan dan patriotisme yang rendah terutama dalam kalangan generasi muda.
Mutakhir ini, terdapat pelbagai isu yang dilihat memberi gambaran kepada semangat patriotik yang
rendah serta boleh memberi ancaman kepada negara.
Paling membimbangkan pelbagai pihak, insiden-insiden serta isu yang menyentuh sensitiviti kaum, ras
dan agama yang terjadi di Malaysia akan memberi kesan besar kepada kestabilan negara
Malaysia. Umum mengetahui, Malaysia adalah sebuah negara yang didiami oleh rakyat dari
pelbagai latar belakang kaum dan agama. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia bagi tahun 2019, jumlah penduduk Malaysia telah mencapai angka 32.6 juta
di mana 69.3% adalah Melayu Bumiputera, 22.8% kaum Cina, 6.9% kaum India dan 1.0% lain-lain.
Kepelbagaian bangsa dan kaum ini merupakan sumber yang perlu diurus secara baik oleh semua
pihak dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal stabil dan maju pada
masa hadapan.
Menurut Baharuddin (2012), proses penyatuan rakyat Malaysia ini boleh dibahagikan kepada tiga
tempoh masa iaitu selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 iaitu Fasa Konflik (1945-
1960), Fasa Kestabilan Tetapi Tegang (1961-1970) dan Fasa Kesepaduan Sosial (1971
hingga kini). Ketiga-tiga fasa tersebut mencerminkan senario hubungan kaum di Malaysia dan
menjelaskan bahawa perpaduan kaum dalam konteks kesepaduan sosial perlu dijaga agar
pengalaman pahit dalam dekad-dekad lalu menjadi pengajaran untuk kebaikan bersama.
Bagi memastikan semangat perpaduan kaum atau Integrasi Nasional berada di tahap yang lebih
baik, rakyat Malaysia perlu memiliki semangat patriotik yang lebih tinggi melangkaui semangat
nasionalisme. Sama ada mereka orang Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kadazan dan mahupun lain-lain,
mereka ini harus disatukan di bawah satu wadah yang sama sebagai individu yang bergelar rakyat
Malaysia. Justeru, pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) melihat usaha
ini untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia
adalah sangat penting dan perlu diberi keutamaan, apatah lagi mereka adalah generasi yang bakal
mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.
Melalui penganjuran Perbincangan Meja Bulat yang telah diadakan dengan penglibatan pelbagai
pihak, satu persetujuan dibuat bahawa perpaduan rakyat Malaysia mampu dikukuhkan melalui
pemahaman berkaitan Perlembagaan Persekutuan serta 5 Prinsip Rukun Negara. Kesedaran untuk
mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini adalah
tanggungjawab yang berat. Teras utama untuk mewujudkan perpaduan kaum adalah untuk
menyedarkan bahawa manusia itu dijadikan Allah S.W.T berbangsa-bangsa, berkaum-kaum,
bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenar-benarnya untuk
menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi dan saling bertolak ansur.
Namun, manusia yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan perbezaan tersebut untuk
mencetuskan konflik dan perbalahan.
33
ARTIKEL PILIHAN
Mengambil inisiatif daripadanya, i-LEAD mengambil kesempatan dengan mengetengahkan aspirasi
penyuburan konsep Rukun Negara. Melalui Kluster Kenegaraan, salah satu kluster latihan di bawah
i-LEAD, pelbagai Perbincangan Meja Bulat telah diadakan yang bertujuan untuk membincangkan
strategi pembangunan belia bagi meningkatkan kredibiliti belia melalui elemen-elemen kenegaraan
serta merangka program bersesuaian untuk belia. Panel yang dijemput terdiri daripada tokoh
akademik, pihak NGO, pemimpin masyarakat serta orang perseorangan. Hasilnya, tercetus idea
bahawa konsep Rukun Negara perlu dimasukkan dalam silibus program berdasarkan senario yang
berlaku pada hari ini. Ia bertepatan dengan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa
Perasmian Pembukaan Parlimen Penggal Pertama tahun 2019 yang menyebut Rukun Negara sebagai
asas perpaduan rakyat di Malaysia. Yang Berhormat (YB) Menteri Belia dan Sukan juga berulangkali
menekankan betapa pentingnya Rukun Negara kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia.
Selain daripada itu, merujuk kepada pandangan beberapa orang tokoh akademik serta yang lain
amat bersetuju tentang perlunya penghayatan Rukun Negara dalam kalangan belia.
Rukun Negara yang dibentuk dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Zainal Abidin terdahulu adalah untuk
mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh
itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak menampakkan hak milik sesuatu kaum. Ia
bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas, sehingga pada titik akhirnya dapat
mengatur tata kelakuan, mengendalikan dan memberi arah kepada kelakuan dan perbuatan yang
sebenarnya bercirikan Malaysia (A.Aziz, 2010).
Lima Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi
memperkukuhkan perpaduan kaum. Walaupun Rukun Negara telah lama diperkenalkan untuk
dijadikan manifestasi rakyat Malaysia supaya bersatu padu tanpa melihat perbezaan warna kulit.
Namun timbul persoalan di mana mutakhir ini adakah jurang masyarakat dan perpaduan kaum di
lihat kukuh ? Sejauh mana masyarakat Malaysia memahami secara mendalam makna sebenar Rukun
Negara serta mengamalkanya seperti hasrat Tun Abdul Razak seperti kenyataan beliau “adalah
mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga diamalkan dengan
sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-taip perkataan dan kalimat
Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.”
A. Aziz (2010) juga berpandangan, dalam Rukun Negara terdapat lima cita-cita negara antaranya
adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat serta untuk
memelihara satu cara hidup yang demokratik. Seterusnya untuk mencipta satu masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama, untuk menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
dan yang terakhir adalah untuk membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.
Tun Abdul Razak dengan jelas memberikan jaminan cita-cita negara ini akan tercapai apabila semua
rakyat mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. “Amalan Rukun Negara
keseluruhan memberikan kita jaminan mengekalkan tradisi-tradisi kebudayaan yang berbagai-bagai
34
ARTIKEL PILIHAN
corak di mana anggota-anggotanya bebas untuk mengamalkan tradisi agama dan adat resam
masing-masing. Tujuan kita pada akhirnya ialah membina satu masyarakat progresif dan yang
bergerak maju selaras dengan kemajuan sains dan teknologi.”
Rukun Negara merupakan ideologi kepada negara Malaysia dan ianya tidak boleh terpisah dengan
Perlembagaan Persekutuan. Jika dilihat kepada 5 prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara,
Keluhuran Perlembagaan turut diberikan penekanan dan dijadikan sebagai salah satu prinsip. Sekali
lagi melalui ucapan yang pernah diungkap oleh Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa
Perpaduan “…kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini akan menjunjung tinggi
Perlembagaan negara kita dan juga menjunjung tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Saya yakin dan percaya dengan izin Tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini, rakyat
negara ini akan damai dan kita terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu serta makmur.”
Bagi mencapai objektif Rukun Negara serta hasrat pihak kerajaan, pelbagai usaha telah dilakukan
antaranya dengan menubuhkan Majlis Perpaduan Negara (MPN) yang hari ini telah dijenamakan
semula sebagai Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR), memasukkan elemen Rukun Negara
dalam Jabatan Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan. Selain itu, unsur-unsur Rukun Negara juga
turut dimasukkan dalam kurikulum sekolah yang tujuannya adalah untuk memperkukuhkan perpaduan
rakyat Malaysia bahkan terdapat sekolah yang telah memaparkan papan tanda tertulis 5 prinsip
Rukun Negara seperti yang dilakukan oleh Sekolah Alam Shah, Putrajaya.
Hari ini, i-LEAD juga tidak mahu terkecuali untuk menjadi sebuah agensi yang turut membantu negara
dalam memastikan agenda menyatukan rakyat Malaysia diperkukuh serta diperluaskan. Menjadi
sebahagian daripada agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta dikhususkan untuk latihan,
maka i-LEAD dalam usaha membangunkan satu modul latihan yang berteraskan kepada 5 Prinsip
Rukun Negara serta Keluhuran Perlembagaan.
Sejajar dengan Dasar Perpaduan Nasional dan Dasar Belia Malaysia, modul latihan Program Rukun
Negara yang telah dibangunkan akan dikhususnya kepada mereka yang berumur 15 hingga 30
tahun. Program yang bertemakan Rukun Negara @ Belia (RNB) merupakan satu keputusan bersama
yang telah dibuat hasil daripada beberapa siri Perbincangan Meja Bulat melibatkan pelbagai pihak
serta saranan daripada pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan.
Oleh yang demikian, melihat kepada kepentingan menerapkan semangat patriotik kepada
masyarakat Malaysia khususnya golongan belia, pihak i-LEAD mensasarkan lebih ramai peserta yang
akan terlibat dalam Program Rukun Negara @ Belia (RNB) yang telah dirangka. Mereka ini
merangkumi pelajar sekolah, mahasiswa dalam dan luar negara, penjawat awam muda serta
pemimpin belia berpersatuan. Sejajar dengan hasrat kerajaan serta berteraskan kepada agenda
utama Rukun Negara, maka sokongan pelbagai pihak amatlah diperlukan oleh i-LEAD dalam
merealisasikan keutuhan perpaduan kaum serta meningkatkan integrasi nasional serta melahirkan
masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat cintakan tanah air yang tinggi sekaligus
memastikan negara sentiasa stabil untuk masa-masa yang mendatang.
35
ARTIKEL PILIHAN
RUJUKAN
Azis, M. H. (2016), Keunggulan Dan Nilai Lagu Patriotik Berdasarkan Aspek Pemilihan Kata,
International Seminar On Generating Knowledge Through Research.
Aziz Ujang, J. M. (2014), Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional
Di Malaysia, International Journal Of The Malay World And Civilisation.
Aziz, A. R. (2010), Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan, Political Managements And Policies
In Malaysia.
Baharuddin, S. A. (2012), Kesepaduan Dalam Kepelbagaian: Perpaduan Di Malaysia Sebagai
Work-In-Progress.
Hamidi Ismail, K. H. (2016), Kesederhanaan Ke Arah Perpaduan Kaum Di Malaysia.
Mohd. Mahadee Ismail, M. S. (2014), Signifikan Implementasi Program Latihan Khidmat Negara (Plkn)
Di Malaysia. Jurnal Kinabalu.
Nazri Muslim, J. A. (2004), Patriotisme: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia.
T-Star, (2019), Belum Reda Kes Jalur Gemilang Bintang 5 Bucu, Kali Ini Bendera Perak Dicetak
Terbalik Pada Jersi. Malaysia: Mstar Online.
Yusoof, M. S. (2017), Ilmu Patriotisme Benteng Pertahanan Negara, In Rencana (P. 21), Utusan
Malaysia.
36
ISU SEMASA
PE RKE M BANGAN PAN DE M I K
COVID-19 DI MALAYSIA DAN VAKSINASI
Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019, perkataan Coronavirus atau COVID-19 kini menjadi
perhatian dan bualan dalam segenap lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang muda.
COVID-19 tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di seluruh dunia. Pandemik COVID-19
telah memberi impak terhadap kesihatan, ekonomi, sosial, budaya, agama dan psikologi kepada
semua lapisan masayarakat seluruh dunia termasuk Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu telah mengubah rutin harian kehidupan rakyat Malaysia.
Secara umumnya, perlaksanaan PKP merupakan satu tindakan kerajaan untuk mencegah penularan
wabak COVID-19 dengan cara memutuskan rantaian COVID-19 terutamanya dalam kalangan pesakit
yang dijangkiti daripada kontak yang tidak dikenali. Semasa PKP, media sosial digunakan secara
meluas di mana ianya menjadi medium utama rakyat Malaysia untuk melakukan kerja dari rumah,
pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan pelbagai maklumat terkini dan mengisi masa lapang.
Dalam keadaan suasana dunia diancam oleh pandemik COVID-19, maklumat perlu disampaikan dan
digarap dengan seberapa pantas yang boleh. Ini kerana kelewatan menerima maklumat boleh
mencetuskan masalah dan kemudaratan yang lebih besar. Masyarakat bukan sahaja lebih
bermaklumat, malah mereka lebih peka dengan ancaman di sekeliling.
37
ISU SEMASA
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pencapaian imuniti kelompok bagi mengekang
penularan lanjut pandemik ini dalam kalangan rakyat hanya dapat dicapai jika 80%
penduduk Malaysia menerima vaksinasi.
Bagaimanapun, menurut kajian Malaysia antara negara dengan kadar
vaksinasi terpantas di dunia.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega dibuka oleh kerajaan bagi
menampung lebih ramai rakyat mendapatkan
suntikan vaksin COVID-19 pada satu-satu masa.
Ia selari dengan matlamat Malaysia untuk
menyediakan keperluan pemberian vaksin
sehingga 150,000 individu sehari. PPV
Mega mula dibuka di pusat-pusat kesihatan
dan premis konvensyen yang mempunyai
kawasan luas dan selesa serta diuruskan
secara sistematik bagi kemudahan
rakyat semasa proses vaksinasi.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses
Vaksin COVID-19 (JKJAV) Malaysia
memaklumkan bahawa keperluan
PPV Mega ini penting bagi
memastikan peningkatan keupayaan
operasi pemberian vaksin,
sekali gus bagi mencapai
matlamat perlaksanaan
Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan.
Institut Pembangunan dan
Kecemerlangan Kepimpinan
(i-LEAD) menyarankan agar
semua rakyat Malaysia
mengikuti arahan dan nasihat
yang dikeluarkan oleh KKM
dan pakar kesihatan yang diiktiraf
dari semasa ke semasa dalam
menghadapi pandemik COVID-19 ini.
Sentiasa memakai pelitup muka dan
menjaga penjarakkan fizikal yang
ditetapkan. Marilah kita bersama-sama
untuk memutuskan rantaian jangkitan
COVID-19. i-LEAD juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada seluruh
frontliners Malaysia yang bertungkus
lumus memastikan
keselamatan dan perlaksanaan
PKP dijalankan dengan
berkesan.
VAKSI N COVI D- 19
COVID-19 DI MALAYSIA
38
ISU SEMASA
39
ISU SEMASA
40
ISU SEMASA
41
i-POLL
42
i-POLL
43
i-POLL
44
i-POLL
45
03-8872 4600 03-8872 4788