0
1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PUSAT DUNGUN KALI KE 47/2023 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1 Ucapan Aluan YDP PIBG SK Pusat Dungun 2 2 Ucapan Aluan Guru Besar SK Pusat Dungun 3 3 Tentatif Program 4 4 Ahli Jawatankuasa Induk PIBG SK Pusat Dungun Sesi 2022/2023 5 5 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pusat Dungun Kali ke 47/2023 6 6 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pusat Dungun Kali ke 47/2023 9 7 Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pusat Dungun Kali ke 47/2023 10 8 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pusat Dungun Kali ke 46/2022 11 9 Laporan Tahunan PIBG SK Pusat Dungun Bagi Sesi 2022/2023 17 10. Laporan Kewangan PIBG SK Pusat Dungun Bagi Sesi 2022/2023 21 11. Usul / Teguran / Cadangan Tahun 2023 23 12. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 25
2 KATA ALUAN YDP PIBG ُ ه ُ ات َ ك رَ َ ب َ ِهللا و ُ ة َ م ْ ح َ ر َ و ْ م ُ ك ْ ي َ ل َ م ع َ ال َّ الس Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 SK Pusat Dungun bagi tahun 2023 yang akan diadakan pada hari ini. Seperti yang telah kita semua maklum, PIBG bukan sahaja membantu dengan memberi sumbangan wang atau dana daripada tuan-tuan dan puan-puan kepada pihak sekolah, malah antara perkara utama yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah kebanggaan saya. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai waris. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Alhamdulillah PIBG sekolah kita terus dikendalikan dengan penuh muafakat antara ibu bapa dan guru, dalam memberikan tumpuan tenaga bersama demi meningkatkan lagi prestasi anak anak dan sekolah kita. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah bersama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program, dan menjadi penghubung di antara ibu bapa dengan guru yang lain. Syabas juga guru-guru, yang telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka untuk membawa SK Pusat Dungun ke tahap kejayaan yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada ibu bapa untuk terus memberi sokongan dan sumbangan demi meningkatkan kejayaan anak-anak kita dalam akademik mahupun kokurikulum. Wassalam dan terima kasih. Sekian, terima kasih. .......................................................... (TUAN HAJI WAN MOHD. SUFIYAN BIN WAN ISMAIL) Yang Di Pertua PIBG SK Pusat Dungun
3 KATA ALUAN GURU BESAR ُ ه ُ ات َ ك رَ َ ب َ ِهللا و ُ ة َ م ْ ح َ ر َ و ْ م ُ ك ْ ي َ ل َ م ع َ ال َّ الس Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin dan inayah Nya dapat kita berkumpul dan bersama-sama menjayakan salah satu program tahunan sekolah iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 SK Pusat Dungun bagi tahun 2023. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu-bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada YDP PIBG,Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.Terima kasih tidak terhingga daripada saya. Sekolah merupakan satu institusi yang bertanggungjawab mendidik, melindungi dan mencegah murid-murid daripada terlibat dengan gejala sosial masa kini. Sebagai guru dan ibu bapa, kita diamanahkan melahirkan dalam kalangan murid kita agar menjadi warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Bagi menjayakan cita-cita dan hasrat Negara, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memberi kerjasama yang padu kepada pihak sekolah demi mencapai kecemerlangan pelajaran dan sahsiah diri. Bekerjalah kita secara bermuafakat yang akan membawa berkat ibarat kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “Bersatu teguh bercerai roboh”. Bersamalah kita bersatu hati dan bekerjasama dalam merealisasikan cita-cita kita ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan permuafakatan ini, SK Pusat Dungun akan menjadi lebih cemerlang dalam segala bidang . Kepada semua ibu bapa SK Pusat Dungun, marilah kita “Bangkit Serentak Bergerak Seiring” memupuk kecemerlangan dan kegemilangan untuk masa hadapan bangsa dan negara kita. Saya selaku Guru Besar SK Pusat Dungun juga berjanji akan memberi sepenuh kerjasama dan dorongan terhadap segala keperluan untuk pembangunan sekolah yang kita cintai ini dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di kesempatan ini juga, saya berdoa agar SK Pusat Dungun sentiasa berada di bawah payung kerahmatan dan perlindungan Allah dan sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan negara satu hari nanti. Wassalam dan terima kasih. .......................................................... (AZHAR BIN MUDA) Guru Besar SK Pusat Dungun
4 TENTATIF PROGRAM 08.30 pagi : Pendaftaran 09.00 pagi : Ketibaan En. Yusma @ Abdul Mubin bin Yusof @ Mustapar (Pegawai Pendidikan Daerah ) dan dif-dif jemputan : Ucapan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tuan Hj. Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail) : Ucapan Guru Besar (En. Azhar bin Muda) : Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-47 oleh En. Yusma @ Abdul Mubin bin Yusof @ Mustapar (Pegawai Pendidikan Daerah ) : Cabutan bertuah I : Penyampaian Cenderahati : Cabutan bertuah II 10.15 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47/2023 Cabutan bertuah III Jamuan dan Bersurai
5 AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SK PUSAT DUNGUN SESI 2022/2023 Penasihat : En. Azhar bin Muda (Guru Besar) Yang Di Pertua : Tuan Haji Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail Naib Yang Di Pertua : En. Baharuman bin Hj. Abdul Hamid Setiausaha : En. Mohammad Zukifle bin Manan En. Ahmad Shahrani Razni bin Mohd Radzi Penolong Setiausaha : Pn. Nor Salwiah binti Lukman Bendahari : Pn. Noria binti Abdul Rahman AJK Ibu Bapa : En. Saifudin bin Mohd Tahar En. Razali bin Abdul Rahman En. Putera Syafiq Alif Bin Rosdi En. Nafizal bin Nafis Pn. Mariam binti Omar Pn. Rosilawati binti Saifoodin AJK Guru : En. Muhammad Nazri bin Abdullah Pn. Nur Ezdiani binti Alias Pn. Norhayati binti Ismail Cik Azura binti Musa Pemeriksa Kira – Kira : Pn. Hasimah binti Awang En. Bun Chairi a/l Enoi
6 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47/2023 Penasihat : En. Azhar bin Muda (Guru Besar) Yang Di Pertua : Tuan Haji Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail Naib Yang Di Pertua : En. Baharuman bin Hj. Abdul Hamid AJK Pengurusan : En. Che Wan Azman bin Che Wan Abd. Hamid (PKP) : En. Mohd Saupi bin Sulong (PK HEM) : En. Wan Sufian bin W Mohamed (PK KO) Setiausaha : En. Mohammad Zukifle bin Manan En. Ahmad Shahrani Razni bin Mohd Radzi Penolong Setiausaha : Pn. Nor Salwiah binti Lukman Bendahari : Pn. Noria binti Abdul Rahman AJK PELAKSANA Penyambut Tetamu En. Azhar bin Muda (Guru Besar) En. Che Wan Azman bin Che Wan Abd. Hamid (PKP) En. Mohd Saupi bin Sulong (PK HEM) En. Wan Sufian bin W Mohamed (PK KO) Tuan Haji Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail (YDP PIBG) En. Baharuman bin Hj. Abdul Hamid (NYDP PIBG) Pengerusi Majlis Pn. Arni Usma binti Mohamed Nawawi (K) Pn. Siti Nur Hajar binti Awang Bacaan Doa Ahmad Imran bin Deraman Buku Program En. Ahmad Shahrani Razni bin Mohd Radzi (K) Pn. Nor Salwiah binti Lukman Pn. Nor Azlin @ Rohayu binti Abdullah Pn. Salamiah binti Zakaria
7 Pentas / Backdrop Cik Azura binti Musa (K) Pn. Che Ruhani binti Che Ngah Pn. Ruziah binti Ghazali Pn. Zabedah binti Omar Pn. Kamisah binti Othman @ Pangat Persiapan Tempat En. Yusseini bin Yaacob @ Johan (K) En. Azahar bin Besar En. Hisam bin Mohamad En. Mohd Ashraf bin Aripin Semua pekerja swasta Pendaftaran Ibubapa dan Cabutan Bertuah Pn. Nur Ezdiani binti Alias (K) Pn. Nor Rusidah binti Ngah Pn. Robisah binti Che Ibrahim Pn. Nur Aisyah Yeo binti Abdullah Pn. Manisah binti Othman Rakaman / Dokumentasi En. Bun Chairi a/l Enoi (K) Pn. Wan Nurul Naim binti Wan Ahmad Pn. Khairunnisa’ binti Md Zahid Siaraya En. Muhammad Adnan bin Mohd Noor (K) En. Muhammad Nazri bin Abdullah Pencatat Minit Mesyuarat Ucapan Perasmian Pn. Azlina binti Si Kholandai (Catat) Pn. Noraini binti Taib (Taip) Mesyuarat Agung Pn. Maziah binti Mohamad (Catat) Pn. Mariana binti Wahid (Catatt) Pn. Nooriani binti Yusof (Taip)
8 Penilai Cadangan dan Usul Pihak Pengurusan dan semua AJK PIBG Jamuan VIP & AJK PIBG Pn. Noriani binti Radzuan (K) Pn. Norhayati binti Mokhtar Pn. Noria binti Abdul Rahman Pn. Nur Zatul Syamimi binti Mat Amin Pn. Suhaibatul Aslamiah binti Hamat Pn. Elisa @ Asiah binti M. Shafie Jamuan Ibu Bapa dan Guru Pn. Norhayati binti Ismail (K) Pn. Zalina binti Ahmad Pn. Normah binti Abd. Rahman Pn. Siti Faridah binti Zakaria Pn. Haliyaton Sapiah binti Hanafi Cenderahati Perasmi dan Hamper Cabutan Bertuah Pn. Hasimah binti Awang (K) Pn. Wan Norhayati binti Wan Omar Pn. Azlina binti Ishak Pn. Zailatuzakiah binti Abdul Razak Pn. Zarina binti Mohd Yusof
9 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-47 1. Melantik Pengerusi Majlis. 2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat kali ke 46 3. Membincangkan perkara berbangkit 4. Membentangkan dan meluluskan Laporan Tahunan 2022/2023 5. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan 2022/2023 6. Menerima dan membincangkan usul 7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 8. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 9. Melantik Pemeriksa Kira-Kira 10. Hal-hal lain 11. Ucapan penangguhan 12. Penutup
10 Ruj. Kami: SKPD/100/19/4.Jld.III( ) Tarikh : 28 Mei 2023 Semua ahli PIBG SK Pusat Dungun Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47/2023 SK PUSAT DUNGUN Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Pusat Dungun akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 47 sebagaimana ketetapan berikut : Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka Ibnu Sina, SK Pusat Dungun 3. Sehubungan dengan itu, semua ahli dijemput untuk hadir untuk menunjukkan sokongan dan memeriahkan lagi mesyuarat pada kali ini. 4. Semua ahli juga dipelawa mengemukakan usul dan cadangan untuk dibincangkan dan diteliti semasa mesyuarat tersebut. Sila kembalikan potongan cadangan dan usul berkenaan (disertakan dibawah) kepada guru kelas selewat-lewatnya pada hari Khamis (08.06.2023). 5. Semoga keprihatinan Tuan/Puan dapat melancarkan lagi perjalanan mesyuarat. Sekian, terima kasih. “ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (AHMAD SHAHRANI RAZNI BIN MOHD RADZI) Setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun s.k : Guru Besar SK Pusat Dungun : Fail PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT DUNGUN 23000 DUNGUN, TERENGGANU. No.Telefon : 09 – 8485195 Emel : [email protected]
11 MESYUARAT AGUNG PIBG SK PUSAT DUNGUN KALI KE 46/2022 Tarikh : 28 Jun 2022 Masa : 2.30 Petang Tempat : Dewan Terbuka Ibnu Sina, Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun Perasmi : YB Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun) Kehadiran : GURU DAN STAF 1. Azhar bin Muda 2. Che Wan Azman bin Che Wan Abd. Hamid 3. Mohd Saupi bin Sulong 4. Azmi bin Abd Razak 5. Arni Usma binti Mohamed Nawawi 6. Azahar bin Besar 7. Azlina binti Si Kholandai 8. Azura binti Musa 9. Bun Chairi A/L Enoi 10. Che Ruhani binti Che Ngah 11. Junaini binti Jusoh 12. Kamisah binti Othman @ Pangat 13. Khairulakman bin Abdul Ghani 14. Manisah binti Othman 15. Maziah binti Mohamad 16. Mohammad Zukifle bin Manan 17. Mohd Ashraf bin Aripin 18. Muhammad Nazri bin Abdullah 19. Nooriani binti Yusof 20. Nor Azlin @ Rohayu binti Abdullah 21. Nor Rusidah binti Ngah 22. Nor Salwiah binti Lukman 23. Noraini binti Taib 24. Norhayati binti Ismail 25. Norhayati binti Mokhtar 26. Noria binti Abdul Rahman 27. Noriani binti Radzuan 28. Normah binti Abd. Rahman 29. Nur Ezdiani binti Alias 30. Robisah binti Che Ibrahim 31. Ruziah binti Ghazali 32. Salamiah binti Zakaria 33. Siti Meyzurana binti Kodri 34. Siti Nur Aisyah Sit 35. Siti Nur Hajar binti Awang 36. Wan Norhayati binti Wan Omar 37. Yussieni bin Yaacob @ Johan 38. Zabedah binti Omar 39. Zalina binti Ahmad 40. Haliyaton Sapiah binti Hanafi 41. Siti Faridah binti Zakaria 42. Muhammad Yusoff bin Mat Zin 43. Khairunnisa' binti Mohd Zahid 44. Mohd Nafizal bin Nafis 45. Nurul Husna Insyirah binti Abu Bakar 46. Ruzila binti Ibrahim 47. Wan Nurul Naim binti Wan Ahmad 48. Suhaibatul Aslamiah binti Hamat IBU BAPA / PENJAGA 1. Abd Majid bin Mat Jusoh 2. Abu Bakar bin Yusof 3. Aduni binti Abdullah 4. Ahmad Saiful binBasir 5. Ahmad Zaki bin Che Ismail 6. Ainul Hafiza Husna binti Abdullah 7. Alif Zulfaain bin Abdullah 8. Aslina Busu 9. Azlan bin Mat 10. Azlina binti Ishak 11. Badariah Abdullah 12. Che Wan Nur Fatin Hafizah binti Che Wan Zukri 13. Che Wan Suziela binti Che Wan Mohd 14. Fadzilah binti Mohamad 15. Farah Izzati binti Wahab 16. Faridah binti Ismail 17. Hartini binti Azhar 18. Haslinda binti Hashim 19. Haslinda binti Othman
12 20. Heriza binti Shafie 21. Ismaniza binti Omar 22. Jamilah binti Idris 23. Junaini binti Talib 24. Kalthom binti Omar 25. Mahara binti Mansor 26. Maidin bin Mlohamad 27. Maimun binti Zahari 28. Mariam binti Omar 29. Mariana binti Bakar 30. Marziatul Aini binti Mohamod 31. Masitah binti Ismail 32. Maslinda binti Ibrahim 33. Mazura binti Mohd Azam 34. Miadin bin Hasan 35. Mohamad Johari 36. Mohd Fazli bin Ayub 37. Mohd Hafiz bin Abdul Aziz 38. Mohd Harmizi bin Anuar 39. Mohd Nawawi bin Nafy 40. Mohd Razalee Abd Rahman 41. Mohd Soupian binHj Mohamad @Ismail 42. Mohd Suhaidi bin Umar 43. Mohd Supian bin Sidek 44. Naimah binti Omar 45. Noor Aini binti Zakaria 46. Noor Baizura binti Awang 47. Noor Dina Asikin binti Mohamad 48. Noor Hariati binti Osman Ali 49. Noor Ruzaini binti Zakaria 50. Noorlailah binti Farok 51. Nor Syaira Mat Lazin 52. Nora Suzaini binti Musa 53. Norazizan binti Ngah 54. Norazli bin M.Nor 55. Norazlin binti M.Nor 56. Norazuha binti Johari 57. Nordzharifah binti Ngah 58. Norehan binti Rozary 59. Norhasliza binti Hasan 60. Norhayati binti Mohamad Yusof 61. Norlaila binti A.Fuad 62. Norlia binti Abu Bakar 63. Nornasnora Zainuddin 64. Nur Fadzila binti M.Ramli 65. Nur Faizatun binti Zulkefli 66. Nur Hidayah binti N.Naman 67. Nur Shahirah binti Zakaria 68. Nur Syarafina binti Harispadla 69. Nurfatin binti Mohd Razalee 70. Nuru Hafizan binti M. Paudzi 71. Nurul Ain As Solehah binti Mohd Paudzi 72. Nurul Ain Aziz 73. Nurul Izzati binti Ismail 74. Putera Shafiq Alif bin Rosdi 75. Rabiatul Adawiah binti Rashid 76. Rafeah binti Salleh 77. Rahani Hussin 78. Rodiayatul Akma Syahira binti Abdullah 79. Rohana binti Abdul Aziz 80. Rohana binti Mohd Lazin 81. Rohaya binti Awang Ning 82. Rosdalita binti Ambak 83. Roshafiza binti Muda 84. Rosilawati binti Sarifoddin 85. Rosliza binti Mohamad 86. Rosmirawani binti Mee 87. Rosnani binti Johari 88. Rosnida binti Dain 89. Rosnita binti Othman 90. Rossitar binti Samat 91. Rozlainie binti Awang 92. Ruzilawati binti Hussin 93. Sabariah binti Abd Razak 94. Saifudin bin Mohd Taha 95. Salmiah binti Mohd Tera 96. Senik binti Tahir 97. Sherabanu binti Mohd Din 98. Siti Fatimah binti Abu Bakar 99. Siti Fatimah Zaharah binti Hussin 100. Siti Fatimah Zaharah binti Hussin 101. Siti Hajar binti Ahmad 102. Siti Nabila binti Md Hussin 103. Siti Nur Azira Farhana binti Che Mohd Kadir 104. Suhaimi Ismail 105. Suzana binti Ismail 106. Syamshilla binti Setapa 107. Tg. Ida Farida binti Tg. Ahmad 108. Tuan Zulkifli bin Tuan Ibrahim 109. Tuti Malindawati binti Mat Ali 110. Wan Fazila Wan Yahya 111. Yusrinna binti Mohd Ghazi 112. Zaini binti Awang Teh 113. Zalita binti Hashim 114. Zarina By Yusof 115. Zubaidah binti Mamat @ Ismail
13 BIL. PERKARA 1. Ucapan Pengerusi Majlis 1.1 Mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat PIBG Kali Ke-46. 1.2 Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran YB. Tn. Hj. Hassan Bin Wan Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun). 2. Ucapan YDP PIBG (Tn. Hj. Wan Mohd Sufiyan bin Wan Ismail) 2.1 Mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat PIBG Kali Ke-46. 2.2 Ucapan terima kasih kepada YB Tn. Hj. Wan Hassan Bin Mohd Ramli kerana sudi meluangkan masa ke Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun Kali Ke-46. 2.3 Beliau menyatakan permasalahan yang wujud: (a) Permasalahan anjing yang berkeliaran boleh diselesaikan melalui: Gotong royong Tindakan PPD Tindakan YB (b) Laluan murid ke sekolah. (c) Laluan pintu pagar daripada 4 pintu menjadi 1 pintu. Hanya ada 2 orang jaga sahaja yang bertugas sekarang di pintu pagar sekarang. 3. Ucapan Guru Besar ( En. Azhar bin Muda ) 3.1 Mengucapkan selamat datang kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 tahun 2022. 3.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat PIBG perlu diadakan sebelum 30 Jun 2022 mengikut arahan JPNT. 3.3 Ucapan terima kasih kepada YB Tn. Hj. Wan Hassan bin Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun), En. Che Wan Abdul Jamil bin Wan Abdullah (PPD merangkap PPS Sekolah) serta ibu bapa yang hadir demi kepentingan anak-anak. 3.4 Mesyuarat Agung menjadi medan untuk menyelesaikan masalah anak-anak ke arah kecemerlangan pendidikan mereka. 3.5 Jika ada masalah yang wujud ibu bapa boleh hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah pada bila-bila masa. 3.6 Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa masalah yang wujud kebelakangan ini dalam kalangan murid-murid. Antaranya masalah hisap vape, ugutan duit dari muridmurid, masalah sampah, pemantauan jadual waktu murid agar anak-anak tidak membawa buku yang banyak dan beg berat ke sekolah dan masalah kehadiran muridmurid ke sekolah. 3.7 Beliau mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka dari semasa ke semasa agar anak mereka tidak terlibat dengan permasalahan tersebut.
14 3.8 Baru-baru ini KPM mengumumkan pepeiksaan akhir tahun untuk 5 mata pelajaran teras. Namun, mata pelajaran lain adalah terpulang kepada pihak sekolah sama untuk dijalankan atau tidak. 3.9 Beliau memaklumkan SKPD telah menjadi Johan Keseluruhan Daerah Dungun bagi acara merentas desa (Johan – Perempuan 12 tahun) dan (Naib Johan – Lelaki 12 tahun). 3.10 SK Pusat Dungun menjadi Johan Bola Baling Lelaki Zon Rantau Abang dan Bola Tampar mendapat tempat ke-3 bersama. 3.11 Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan serta dorongan kepada anak-anak dalam mencapai kejayaan mereka. 3.12 Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini dengan kehadiran seramai 170 orang. 3.13 Beliau memaklumkan Tag Line JPNT iaitu Anjakan Muafakat Nekad. Manakala Tag Line SKPD pula ialah Bangkit Serentak Bergerak Seiring. 4. Ucapan YB Tn. Hj. Wan Hassan bin Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun) 4.1 Ucapan terima kasih di atas jemputan. 4.2 Mengucapkan syukur Mesyuarat PIBG dapat diadakan secara bersemuka pada kali ini. 4.3 Pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan kemajuan bermula dari IR 1.0 (Berteraskan Mass Perindustrian), IR 2.0 (Electricity), IR 3.0 (Computers) dan IR 4.0 yang mengandungi 9 teras ke arah memajukan sistem pendidikan di Malaysia. 4.4 Mesyuarat PIBG secara online yang lepas termasuk dalam teras IR 4.0. 4.5 Ibu bapa perlu mengetahui methodology pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. 4.6 Memohon ibu bapa agar memberikan perhatian kepada anak-anak mereka pada zaman moden ini kerana banyak cabaran yang terpaksa di hadapi. 4.7 Jika ada isu, ibu bapa perlu sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul dengan segera. 4.8 Kemenjadian murid dimainkan peranan oleh guru. 4.9 Purata hayat kita adalah 70 tahun. Tempoh masa dari umur 3 tahun berada di pusat asuhan hingga ke menara gading telah dihabiskan untuk pendidikan. 4.10 Harus ada kebersamaan antara guru dan ibu bapa dalam membentuk kemenjadian murid. 4.11 Perancangan kejayaan murid bermula di sekolah rendah. Jika betul perancangan akan membawa kejayaan di kemudian hari. 4.12 Beliau berkongsi pepatah English iaitu Only live on, but if you do is right than one is enough. 4.13 Beliau berpesan jangan sekali-kali untuk mencuba apa-apa dadah yang terlarang. 4.14 Mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau ke Mesyuarat Agung PIBG SK Pusat Dungun. 4.15 Memaklumkan bahawa kehadiran ibu lebih ramai dari kehadiran bapa. 4.16 Prasarana memainkan peranan penting dalam kejayaan serta pembelajaran anak-anak di sekolah. Beiau memberi contoh SMA Kuala Abang yang berjaya menyelesaikan masalah prasaran di sekolah mereka. 4.17 Beliau mendoakan agar SK Pusat Dungun sentiasa maju. 4.18 Beliau merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pusat Dungun kali Ke-46.
15 5. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 46/2022 5.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tn. Hj. Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail) 5.1.1 Mesyuarat dimulai dengan ucapan terima kasih kepada YB.Tn. Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun, Terengganu) kerana sudi merasmikan majlis. 5.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Yang Lalu 5.2.1 Pengerusi meminta ahli menyemak minit yang lalu. 5.2.2 Setiausaha En. Ashraf B. Aripin membentangkan minit mesyuarat lalu. 5.2.3 Minit disahkan oleh En. Azlan bin Mat dan disokong oleh Pn.Norhayati binti Ismail. 5.3 Membentang Laporan Aktiviti Tahunan Jawatankuasa Tahun 2021 5.3.1 En. Mohd Ashraf bin Aripin membentangkan laporan tahunan jawatankuasa PIBG 2021 pada muka surat 14 sahaja kerana kekangan PKP. 5.3.2 Laporan aktiviti disahkan oleh En.Haji Mat Jusoh dan disokong oleh Pn. Maziah binti Mohamad. 5.3.3 Makluman kehadiran ahli PIBG mesyuarat : AJK guru -70 orang AJK ibubapa -7 orang Hadir 80% guru Tidak hadir –Bersebab guru Kekangan kerja ibubapa 5.4 Membentang Dan Menerima Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit 2021 5.4.1 Penyata kewangan dibentang oleh bendahari Pn. Noria binti Abdul Rahman bermula 1Jan 2021 hingga 31 Dis 2021. 5.4.2 Teguran terhadap penyata kewangan yang mempunyai beberapa kesilapan ejaan. 5.4.3 Disahkan oleh En. Abd Majid bin Mat Jusoh dan disokong oleh En. Sufian bin Mohammad. 5.5 Membahas dan menerima usul-usul 5.5.1 YDP menjelaskan agar pagar perlu dibuat simen batu, namun peruntukan perlu diusahakan. 5.5.2 Beliau menjelaskan gotong-royong kawasan sekolah dan sumbangan ibubapa diperlukan agar anjing tidak memasuki kawasan pagar sekolah. 5.5.3 Beliau juga mencadangkan diajukan permohonan kewangan kepada pihak parlimen atau ADUN. 5.5.4 Guru Besar menjelaskan anjing liar telah bersarang di kuarters lama, untuk mengatasi, pihak sekolah telah memanggil JPAM untuk mengambil anjing. 5.5.5 Beliau menjelaskan untuk membuat pagar memerlukan peruntukan dan meminta ibubapa bersabar. 5.5.6 Usul diterima untuk dibahas muka surat 19. 5.5.7 YDP menjelaskan membuat one way adalah dalam bidang kuasa MDB. 5.5.8 Guru Besar menjelaskan kekurangan pengawal keselamatan untuk buka pintu pagar lebih dari 2pintu. 5.5.9 Untuk laluan sehala pihak sekolah akan draf plan tetap ibubapa perlu ikuti. 5.5.10 En. Azlan mencadangkan mengupah RELA untuk ,menjaga pintu pagar ketiga. 5.5.11 En. Razali bin Abd Rahman mencadangkan untuk cuba melaksanakan cadangan Guru Besar.
16 5.5.12 Guru Besar menyatakan akan menyediakan draf dan akan dibekalkan kepada ibubapa. 5.6 Pembubaran AJK 2021/2022 dan perlantikan AJK PIBG 2022/2023 5.6.1 YDP membubarkan dan mencadangkan Guru Besar sebagai pengerusi sementara. 5.6.2 En. Mohammad Zulkifli bin Manan mencadangkan AJK lama dikekalkan dan disokong oleh En .Muhammad Nazri bin Abdullah. 5.6.3 En. Muhammad Nazri bin Abdullah bersetuju dengan pindaan iaitu seorang AJK dilantik untuk menggantikan En.Azli yang telah berpindah ke Kuala Terengganu. 5.6.4 En. Johari bin Abdullah telah menarik diri kerana kekangan kerja. 5.6.5 Seramai 2 orang AJK ibubapa akan dilantik. Pn. Norhayati binti Ismail mencadangkan nama En. Razali B Abdul Rahman dan telah disokong sebulat suara. 5.6.6 Pn. Maziah binti Mohamad mencadangkan En. Putra Syafiq dan disokong sebulat suara. 5.6.7 Pn.Norhayati binti Ismail mencadangkan dilantik AJK baru untuk menggantikan AJK Pn Siti Hatisyah binti Harun yang tidak hadir. 5.6.8 Pn.Junaini binti Jusoh mencadangkan Mariam binti Omar dan disokong sebulat suara. 6. Ucapan Penangguhan 6.1 Ucapan tahniah kepada AJK baru dan tahniah pada semua yang hadir. 6.2 En. Razali bin Abd. Rahman menyatakan persepsi beliau mula-mula ke sekolah, beliau amat kesal kerana sampah sarap yang banyak di sekitar sekolah. 6.3 Guru Besar menjelaskan aduan telah dibuat berhubung dengan masalah sampah berkenaan. Tambahan pula pekerja am sekolah sudah dikurangkan menyebabkan kerja – kerja kebersihan tidak dapat dilakukan dengan baik. 6.4 Kontraktor kebersihan tidak mengurus sampah dengan baik walaupun telah dibuat aduan. 6.5 Pn. Rosnani binti Johari mempertikaikan jenis makanan yang sama di kantin dan RMT. 6.6 Guru Besar menjelaskan menu RMT di buat giliran dan diubahsuai mengikut selera murid dan berkaitan dengan menu dikantin akan dipantau dan diambil tindakan. 6.7 En. Majid mencadangkan agar sampah sarap dan sisa dibuang untuk mengelak kehadiran haiwan seperti ular dan sebagainya. 6.8 En. Muhammad Zulkifle bin Manan mencadangkan agar sumbangan tahunan PIBG sebanyak RM 30.00 bagi satu keluarga seperti tahun-tahun yang lalu dikekalkan demi untuk menambah sedikit sebanyak tabung PIBG sekolah. Cadangan ini mendapat persetujuan majoriti yang hadir. 6.9 Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai pada pukul 6.00 petang. Disediakan oleh: Urusetia Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 46/2022 3 Julai 2022
17 LAPORAN TAHUNAN BAGI SESI 2022 / 2023 PENDAHULUAN Perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk PIBG sesi 2022/2023 telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 46 yang telah diadakan pada 28 Jun 2022 . Segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur dan lancar dengan kerjasama semua AJK dan sokongan padu ibu bapa. 1. AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Yang Di Pertua : Tuan Haji Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail Naib Yang Di Pertua : En. Baharuman bin Hj. Abdul Hamid Setiausaha : En. Mohammad Zukifle bin Manan En. Ahmad Shahrani Razni bin Mohd Radzi Penolong Setiausaha : Pn. Nor Salwiah binti Lukman Bendahari : Pn. Noria binti Abdul Rahman AJK Ibu Bapa : En. Saifudin bin Mohd Tahar En. Razali bin Abdul Rahman En. Putera Syafiq Alif Bin Rosdi En. Nafizal bin Nafis Pn. Mariam binti Omar Pn. Rosilawati binti Saifoodin AJK Guru : Ust Muhammad Nazri bin Abdullah Pn. Nur Ezdiani binti Alias Pn. Norhayati binti Ismail Cik Azura binti Musa Pemeriksa Kira – Kira : Pn. Hasimah binti Awang En. Bun Chairi a/l Enoi
18 2. MESYUARAT JAWATANKUASA Kehadiran dan mesyuarat AJK diadakan sebanyak 3 kali seperti berikut :- BIL NAMA MESYUARAT 28.08.2022 18.01.2023 14.05.2023 1 En. Azhar bin Muda / / / 2 Tn. Hj. Wan Mohd. Sufiyan bin Wan Ismail / / / 3 En. Baharuman bin Hj. Abdul Hamid / / B 4 En. Saifudin bin Mohd Tahar / / / 5 En. Razali bin Abdul Rahman / / B 6 En. Putera Syafiq Alif Bin Rosdi B B / 7 En. Nafizal bin Nafis B / B 8 Pn. Mariam binti Omar / / / 9 Pn. Rosilawati binti Saifoodin. / / / 10 Pn. Nor Salwiah Bt Lukman B / / 11 En. Muhammad Nazri bin Abdullah / / / 12 En. Zulkifle bin Manan / / 13 Pn. Noria binti Abd. Rahman / B B 14 Pn. Hjh. Norhayati binti Ismail / / / 15 Pn. Nor Edziani binti Alias B B / 16 Cik. Azura binti Musa / / B 17 Ahmad Shahrani Razni Bin Mohd Radzi / / - Hadir B - Bersebab X - Tidak Hadir
19 3. PENTADBIRAN / PELAKSANAAN PROGRAM PIBG SESI 2022/2023 LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI PERSEKOLAHAN BERMULA JANUARI HINGGA DISEMBER TAHUN 2022 BIL TARIKH AKTIVITI 1 13.01.2022 Solat Hajat Sempena Persekolahan Tahun 2022 2 26.01.2022 Membersihkan kawasan sekolah Mengecat kelas blok A 3 10.02.2022 16.02.2022 16.05.2022 Menyediakan Makanan Bagi Jamuan:- Tokoh-tokoh murid Tahun 6 sesi 2021/22 Semua murid Tahun 6 sesi 2021/2022 Hari Raya dan Hari Guru 4 26.03.2022 14.06.2022 23.08.2022 Mesyuarat AJK:- Mesyuarat AJK Kali Pertama 2022/23 Mesyuarat AJK kali Kedua 2022/23 Mesyuarat AJK Baru Kali Pertama sesi 2022/2023 5 02.04.2022 Sumbangan Tablet kepada ahli PPIM (5 orang murid) oleh KETENGAH 6 24.04.2022 Sumbangan Zakat oleh Akademi Al-Bayan 7 19.05.2022 25.09.2022 Penghargaan kepada 4 orang guru bertukar Penghargaan atas Persaraan PK Kokurikulum Cg Azmi bin Abd Razak 8 26.05.2022 Kejohanan Merentas Desa Peringkat sekolah 9 28.06.2022 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 10 30.06.2022 MPSR Zon Rantau Abang 11 04.07.2022 Pembelajaran Luar sekolah oleh Panitia Sejarah – Menonton Filem Sejarah Perjuangan Mat Kilau ( 36 orang murid) 12 25.07.2022 Unit Uniform Puteri Islam menyertai aktiviti Virtual Fun Run 22’ anjuran PPIM Peringkat Kebangsaan (20 orang murid) 13 27.07.2022 Majlis Penyerahan al-Quran kepada semua murid – 1 Rumah 1 al-Quran (Sumbangan Iman Care) 14 03.08.2022 Pertandingan Boling Ten Pin Peringkat Daerah Dungun ( 4 orang murid) 15 22.08.2022 Penghargaan kepada Muhammad Hasifuddin bin Mohd Salim pemain hoki mewakili Peringkat Kebangsaan 16 24.08.2022 Festival Tarian Rakyat/Etnik di Malaysia Sekolah Rendah Terengganu ( 10 orang murid) 17 28.08.2022 Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera 18 13 – 15.09.2022 Perkhemahan Pengakap Kempori Bumbung Raja Sekolah-sekolah Negeri Terengganu ( 10 orang murid) 19 17.09.2022 Gotong-royong Perdana 20 30.10.2022 Sumbangan Baju-t kepada AJK PIBG
20 BIL TARIKH AKTIVITI 21 29 & 30.09.2022 01.10.2022 Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 22 20.10.2022 Perarakan Maulidur Rasul Berkelompok ( 4 buah sekolah – SK Pusat Dungun, SK Kuala Dungun, SK Bandar Dungun, SK Sultan Omar) 23 12.10.2022 Hari Bertemu Pelanggan – Majlis Temu Murni Tautan Kasih 24 09 -12.11.2022 Lawatan sambil Belajar Murid Tahun 4,5,& 6 Ke Negeri Perak 25 27.11.2022 Solat Hajat untuk anak-anak yang akan mengambil UPKK PENUTUP Saya selaku Setiausaha Kehormat PIBG SK Pusat Dungun bagi tempoh 2022/2023 mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan daripada semua AJK dan ibu bapa / penjaga dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dijalankan pada sesi 2022/2023 dan berharap akan terus memberi kerjasama dan sokongan kepada aktiviti yang akan dirancang pada sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, .................................................. ( AHMAD SHAHRANI RAZNI BIN MOHD RADZI ) Setiausaha Kehormat PIBG SK Pusat Dungun
21 PENYATA KEWANGAN PIBG SK PUSAT DUNGUN DARI 1.1.2022 HINGGA 31.12.2022 BIL. PERKARA WANG MASUK (RM) 1 Baki 1.1.2022 13 493.40 2 Sumbangan ADUN Sura (Tarikh Cek 11.5.2022) 2 000.00 3 Kutipan Sumbangan / Yuran PIBG 6 950.00 22 443.40 Disediakan oleh : Disemak oleh ------------------------------ ------------------------------ (NORIA BINTI ABDUL RAHMAN) (HASIMAH BINTI AWANG) Bendahari PIBG Pemeriksa Kira Kira
22 PENYATA KEWANGAN PIBG SK PUSAT DUNGUN DARI 1.1.2022 HINGGA 31.12.2022 BIL. TARIKH PERKARA WANG MASUK (RM) 1 11.1.2022 Pembelian mesin rumput 950.00 2 26.1.2022 Pembelian cat 200.00 3 10.2.2022 Sumbangan kepada tokoh-tokoh murid Tahun 6 sessi 2020/2021 1 000.00 4 16.2.2022 Sumbangan Jamuan Akhir Tahun untuk murid Tahun 6 sessi 2020/2021 400.00 5 26.3.2022 Bayaran makan minum mesyuarat AJK Kali Pertama 2022/2023 119.00 6 29.3.2022 Pembelian Rubber Stamp PIBG 22.00 7 16.4.2022 Bekas plastik (kutip derma) 19.90 8 12.5.2022 Sumbangan kepada 33 orang murid yang mendapat 8A dalam ujian UPKK sessi 20/21 (33 X RM50.00) 1 650.00 9 12.5.2022 Sumbangan kepada Kelab Guru untuk Jamuan Hari Raya & Hari Guru 200.00 10 19.5.2022 Cenderahati untuk pertukaran 4 orang guru 225.00 11 14.6.2022 Bayaran makan minum mesyuarat AJK kali kedua 41.50 12 26.6.2022 Banner Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 60.00 13 28.6.2022 Bayaran makan minum Mesyuarat Agung PIBG kali 46 770.40 14 28.6.2022 Jamuan VIP & cenderahati Mesyuarat Agung PIBG kali 46 200.00 15 30.6.2022 Bayaran yuran MPSR Zon Rantau Abang 1 176.00 16 3.7.2022 Sumbangan pembelian tiket Filem Mat Kilau kepada 36 orang murid (Panitia Sejarah) 36 X RM10.00 360.00 17 20.7.2022 Sumbangan pendaftaran kepada 20 orang murid Unit Uniform Puteri Islam aktiviti Virtual Fun Run 22’ anjuran PPIM. 20 X RM10.00 200.00 18 2.8.2022 Sumbangan makan minum kepada 4 pemain Boling Ten Pin Peringkat Daerah 50.00 19 22.8.2022 Sumbangan kepada M.Hasifuddin bin Mohd Salim pemain hoki mewakili Peringkat Kebangsaan 100.00 20 23.8.2022 Makan minum Mesyuarat AJK Baru Kali Pertama sesi 2022/2023 56.00 21 24.8.2022 Sumbangan kepada murid ke peringkat Daerah di Festival Tarian Rakyat / Etnik di Malaysia Sekolah Rendah Terengganu (10 orang murid) 500.00 22 12.9.2022 Sumbangan kepada murid mewakili sekolah Ke Camping Pengakap Bumbung Raja Tahun 2022 (10 orang murid) 500.00 23 14.9.2022 Bayaran Banner Gotong Royong Perdana 80.00 24 17.9.2022 Pembelian air mineral untuk Gotong Royong 32.00 25 17.9.2022 Bayaran jentolak 300.00 26 21.9.2022 Pembelian buku resit 44.20 27 25.9.2022 Cenderahati Persaraan Cikgu Azmi bin Abd.Razak 41.25 28 26.9.2022 Sumbangan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 300.00 29 10.10.2022 Sumbangan Perarakan Maulidur Rasul Berkelompok 200.00 30 30.10.2022 Sumbangan pembelian baju-t AJK PIBG 913.00 31 1.11.2022 Sumbangan Lawatan Murid Tahun 4, 5 & 6 ke Negeri Perak 1 000.00 JUMLAH 11 710.25 Baki berakhir 31 Disember 2022 10 733.15 Disemak oleh : Disemak oleh ------------------------------ ------------------------------ (BUN CHAIRI A/L ENOI) (TN HAJI WAN MOHD SUFIYAN BIN WAN ISMAIL ) Pemeriksa Kira Kira YDP PIBG
23 USUL-USUL YANG DITERIMA TANPA BAHAS BIL PENCADANG & ALAMAT USUL JAWAPAN/ULASAN 1. Pn. Nurhidayatun Akmal binti Mohd Jaafar 757, Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong stesen Dungun Memperbanyakkan menu makanan yang sesuai untuk dijual di kantin sekolah. Telah dimaklumkan dan pihak kantin telah mengambil tindakan mempelbagaikan menu jualan yang lebih sesuai. 2. Pn. Rosnida binti Bidin Kampung Alor Mak Bah Sentiasa menjaga kebersihan Kawasan sekolah. Pihak sekolah memang sedang melaksanakan keceriaan secara berperingkat. 3. En. Muhammad Nasyrullah bin Saidi Lot 16470 Kampung Batu Putih , Pulau Serai Kerusi dan meja sekolah murid perlu dibaiki atau ditukar baru untuk menjaga keselamatan dan keselesaan sekolah Pihak sekolah telah mengajukan perkara ini kepada PPD. Dialualukan kepada ibubapa untuk memberi sumbangan tenaga untuk membaik pulih kerosakan kerusi meja murid. 4. Pn. Nur Rahayu binti Abd Razak No. 145 Lorong 1 Kg Padang Jambu. Seragamkan waktu pulang murid biar selaras setiap hari. Tidak boleh dilaksanakan. Waktu pulang murid bagi tahap 1, tahap 2 dan murid yang terlibat KAFA adalah berbeza. Selain itu, murid tahap 2 juga terlibat dengan aktiviti kokurikulum pada hari Selasa. 5. Pn Nor Amerah binti Mohd Noor 731 Lorong 5 Kanan Jalan Nibong Stesen. En. Mohd Harmizi bin Anuar No. 30 Taman Jejawi. Sentiasa maklumkan dalam talian, contoh: “whatssap group” kerja sekolah atau aktiviti murid juga sistem pembelajaran murid di sekolah. Pembelajaran telah dijalankan secara bersemuka. Jadi tiada keperluan untuk guru memaklumkan di dalam group whatssap berkenaan kerja sekolah anak. Tambahan setiap pembelajaran di dalam kelas tidak terikat dengan buku aktiviti tetapi diambil dari bahan luar yang bersesuaian dengan kehendak dan tahap pembelajaran murid-murid sama ada dalam bentuk lembaran kerja atau menyalin dari papan putih.
24 USUL-USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBAHAS BIL PENCADANG & ALAMAT USUL 1. Pn. Rosmirawani binti Mee 579 Jln Depan Sek Pusat Pn Nur Murnira binti Kamarudin 616 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesen Tandas Tahap 1 tiada kunci selak mangga letak diluar pintu, kotor dan lubang tandas tersumbat. 2. En. Hazidi bin Mohamad 480 Lorong 3 Kanan Jalan Nibong Stesen . En. Mohd Hafriza bin Jusoh Lot 8256 Jln Nibong Bawah Kg Tanjung Pagar. Pn. Nurul Nabila binti Che Mohd Shabri No. 484 Lorong 2 Kanan Jalan Nibong Stesen Mohon dibuka pintu masuk dan keluar di tepi perumahan. Laluan sempit untuk keluar masuk ke dalam sekolah dan diperbaharui jalan untuk ibubapa menunggu serta menghantar anak ke sekolah. 3. Pn. Nor Hasbiyana binti Abdul Wahab 516, Kg Sungai Buaya. Mewujudkan Alumni SK Pusat Dungun terutama membuka akaun untuk memudahkan sumbangan diberikan oleh bekas murid kepada sekolah. 4. Marziatul Auni binti Mohamad 645-A Kg Bukit Chatak Ceriakan suasana dan kemasan bilik darjah dan diharapkan meja murid dibalut. 5. En. Sufian bin Abd Rahman 832 A Jalan Teratai Saya nak tahu bagaimana sistem pembelajaran dan pengajaran, sebab selama berada di sekolah tidak ada kerja rumah yang diberi oleh guru kelas sedangkan kelas lain sentiasa kerja sekolah yang perlu dibuat di rumah.
25 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 47/2023 SK PUSAT DUNGUN BIL JAWATAN NAMA 1 YANG DIPERTUA 2 NAIB YANG DIPERTUA 3 SETIAUSAHA 4 BENDAHARI 5 AJK 6 AJK 7 AJK 8 AJK 9 AJK 10 AJK 11 AJK 12 AJK 13 AJK 14 AJK 15 PEMERIKSA KIRA KIRA I 16 PEMERIKSA KIRA KIRA II
26 EN YUSMA @ ABDUL MUBIN BIN YUSOF @ MUSTAPAR (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH) TUAN HAJI WAN MOHD. SUFIYAN BIN WAN ISMAIL YDP PIBG SK PUSAT DUNGUN EN. AZHAR BIN MUDA GURU BESAR SK PUSAT DUNGUN AJK PIBG SESI 2022/2023 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN PENYUMBANG PENYUMBANG SUMBANGAN IKHLAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PUSAT DUNGUN KALI KE 47/2023 SEMUA WARGA SK PUSAT DUNGUN IBU BAPA / PENJAGA serta kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pusat Dungun kali ke 47/2023.