SK JENDERAM HILIR
43800 DENGKIL, SELANGOR
2 DISEMBER 2022
HARI JUMAAT
SK JENDERAM HILIR
ANJURAN : UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
Kelas yang menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar
serta mahu ke sekolah bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif
akan memberi murid keselesaan untuk belajar disamping merasa teruja
untuk menerima ilmu yang baru. Keceriaan kelas adalah tanggungjawab
bersama antara ibu bapa, guru kelas dan murid-murid dalam kelas
tersebut.
Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk ibu
bapa, guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah
dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk
keselesaan murid semasa belajar di dalam kelas.
Semoga Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas ini akan
dapat mencapai objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid
suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.
Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti
bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan tolong-
menolong.
Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang
kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan
kebersihan.
Penasihat : Pn Norina Binti Nordin (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Siti Fairuza Binti Asmungi (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : En. Yaacob Bin Yusof (GPK Pentadbiran)
: Pn. Nurul Hidayah Binti Wahid @Ab Wahid (GPK
Kokurikulum)
: En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin (GPK Petang)
Penyelaras dan : Cik Zainab Binti Abdul Halim
Buku Program
Pengacara : Pn. Nurlela Binti Mohamad Noor Sabri
Majlis : En. Mohd Azzrul Affzan Bin Md Arof
Gimik : Pn. Noor Aenszan Binti Idris
Pelancaran : Pn. Noor Adliah Binti Amirudin
Bunting : En. Muhammad Fiqri Bin Abdullah
AJK Siaraya & : Guru Bertugas
Fotografi : En. Muhamad Nazrul Bin Zainol Abidin
: En Muhammad Shahrom Bin Shafie
Kawalan Murid : Guru Bertugas
2.40 petang : Murid dan guru berkumpul di Dewa
: Ucapan aluan pengacara majlis
: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar
: Gimik pelancaran
: Penyerahan Buku Penilaian Pertandingan
Kebersihan Dan Keceriaan Kelas
3.00 petang : Bersurai
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pelancaran
Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas bagi Tahun 2022/2023.