The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NZAINUDIAN, 2021-04-15 09:14:21

DATO' ONN JAAFAR

DATO' ONN JAAFAR

DATO’ ONN
BIN DATO’
JAAFAR

The Prophet SAW said to Abu-Dhar :

“Listen and obey (your chief) even if
he is an Ethiopion with a head like a
raisin.”

- Sahih al-Bukhari -

NAMA : NURUL NADIAH BINTI MOHD ZAINUDIAN
KELAS : 4 SAINS
ALAMAT EMAIL : [email protected]
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT GAMBIR

PENDAHULUAN

B IS M ILLA H IR R A H M A N IR R A H IM , D E N G A N N A M A A LLA H YA N G M A H A
PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya siapkan
buku skrap ini dalam tempoh yang ditetapkan. Ribuan terima kasih
kepada para penganjur kerana memberi peluang kepada kami untuk
menyertai pertandingan ini dan sekaligus dapat mengenali dengan lebih
dekat lagi tentang tokoh pemimpin hebat di negeri Johor serta
membantu kami untuk mencontohi keperibadian mereka yang hebat
sebagai seorang pemimpin.

Buku skrap ini adalah berkaitan pengenalan tentang Tokoh Pemimpin di
negeri Johor iaitu Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar atau lebih dikenali
sebagai Dato’ Onn Jaafar yang telah menempah nama sebagai salah
seorang pejuang Melayu kemerdekaan yang sanggup memperjuangkan
nyawanya suatu ketika dahulu demi keamanan dan kesejahteraan negara.
Saya memilih beliau kerana saya kagum melihat semangat nasionalisme
yang ada pada dirinya sehinggakan beliau menjadi tokoh pemimpin yang
disegani ramai.

Akhir kata, saya berharap agar generasi akan datang dapat mencontohi
kepimpinan beliau yang hebat itu. Saya juga memohon kemaafan
seandainya ada kekhilafan saya semasa buku skrap ini dibaca.

SEKIAN TERIMA KASIH!

BIODATA DATO’ SIR ONN
JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar

NAMA : Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar

TARIKH LAHIR : 12 Februari 1895

TEMPAT LAHIR : Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir,

Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini
Malaysia)
TARIH MENINGGAL DUNIA : 19 Januari 1962 (umur 66)

Johor Bahru, Johor, Malaysia

TEMPAT PERSEMADIAN : Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
Bahru, Johor

PASANGAN :
Rafeah binti Abdullah
 Hawa
 Rukiah
 Che Salehah

Che Jamilah
 Azmir

Datin Halimah binti Hussien
 Tun Hussein Onn
 Gharib
 Major Ja’afar
 Tahir
 Nurziah
 Nel

IBU BAPA :
 Roquaiya Hanim
 Jaafar Haji Muhammad

HUBUNGAN :
 Hishammuddin Hussein ( cucu )
 Mohamed Noah Omar ( besan )
 Abdul Rahman Mohammad Yassin ( abang ipar )
 Ungku Abdul Aziz ( anak saudara )
 Syed Muhammad Naquib al-Attas ( anak saudara )

PEKERJAAN : Menteri Besar

PROFESION : Ahli politik ( UMNO )

PENDIDIKAN

Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar yang merupakan anak kelahiran Johor Bahru
ini telah menerima pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru.
Selain itu, sebelum beliau melanjutkan pelajaran di England. Beliau telah
diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu
Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.

Setelah itu, beliau menyambung pelajaran ke sekolah Aldeburg Lodge di
England. Setelah tamat pelajaran di England, beliau telah pulang ke
tanah air, Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

KERJAYA TOKOH

Pada 1 Semptember 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula
berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Penasihat British (British Advisor). Pada bulan Mei, 1912 beliau
bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam
bulan Julai, 1912 beliau kembali ke Pejabat Seriausaha Kerajaan Negeri
sebagai Pembantu Kerani Besar. Pada 1 Ogos 1913, Dato’ Onn bekerja di
Pejabat Penasihat Undang-undang Johor. Kemudian dalam bulan Oktober
1914, beliau bekerja di Pejabat Imigresn Bahagian India dan pada waktu
yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor. Atas
perintah Sultan Ibrahim, Dato’ Sir Onn berkhidmat sebagai kadet dalam
Tentera Johor pada bula Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftenan.
Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General
Advisor. Beliau berkhidmat tidak lama kerana diberhentikan oleh Sultan
Ibrahim disebabkan perselisian fahaman dengan Baginda. Pada tahun 1936
Dato’ Sir Onn dilantik oleh Sutan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Dato’ Onn telah menerima dengan
syarat beliau bebas memberikan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilatik
pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat
kerja yang dititah oleh Sultan sama ada peribadi, urusan istana ataupun
kerajaan. Dato’ Sir Onn telah mengetahui Pavillion Johor dalam pameran
yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat dalam tahun 1938.
Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Dato’ Sir Onn dengan
sultan, kedudukan beliau sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusya
Perang Dunia dan pedudukan Jepun di Tanah Melayu, Dato’ Sir Onn
menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari
1942 hingga tahun 1945

SUMBANGAN

Sumbangan beliau terhadap negara amatlah besar. Dato’ Sir Onn
Jaafar merupakan salah seorang lagenda bangsa Melayu yang masyhur
dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita yang tercinta
ini. Jasanya dalam menyemarakkan semangat nasionalisme tidak akan
pernah luput dan masih segar terphat di hati rakyat Malaysia. Bekas
Menteri Besar Johor ini merupakan pengasas kepada UMNO serta
peneraju dan penggerak utama dalam menentang dan mengalahkan
Malayan Union. Beliau juga merupakan tokoh dan pelopor serta
pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.
Laungan perjuangan “HIDUP MELAYU!” yang dicetuskan oleh Dato’
Sir Onn Jaafar bukan hanya sekadar slogan sahaja tetapi wujudnya
kebangkitan perjuangan bangsa Melayu, membela kedudukan Raja-Raja,
agama, bangsa serta hak-hak orang Melayu. Walaupun disebut dalam
sejarah bahawa beliau telah keluar dari UMNO, mewujudkan dua
parti baharu, menjadi pembangkan dalam dewan perundangan. Namun,
usah dilupakan akan jasanya dalam menentang tampuk kepimpinan
British dan mengembalikan hak-hak yang sewajarnya menjadi hak
orang Melayu.

NILAI KEPIMPINAN DATO’

SIR ONN JAAFAR YANG

BOLEH DICONTOHI

Keperibadian dan semangat Dato’ Sir Onn Jaafar sebagai pemimpin
harus dijadikan contoh oleh generasi sekarang. Beliau diibaratkan
sebagai seorang panglima yang ditakdirkan untuk menjadi pemimpin di
saat negara menghadapi krisis dan kemelutan. Dato’ Sir Onn merupakan
pemimpin yang amat disegani dan diingati sehingga hari ini.
Pengorbanannya tidak akan pernah ada tolak bandingnya. Dengan sifat
kesabaran dan keikhlasan beliau, kita telah menjadi sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat. Walaupun beliau telah keluar daripada parti
UMNO, tetapi beliau tidak menghasut sesiapapun untuk keluar
bersamanya dari parti tersebut. Di sini jelaslah bahawa beliau
merupakan pemimpin yang bijak. Selain itu, beliau juga pernah berkata
kepada parti UMNO agar memandang dengan pandangan yang luas,
pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan dan jangan hadapkan
pandangan itu kepada pandangan yang sempit semata-mata iaitu hidup
hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan tidak menghiraukan
tempurung yang lain yang terletak di sebelah. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa Dato’ Sir Onn Jaafar tidak pernah mementingkan dirinya dan
sentiasa menjaga perihal rakyatya sewaktu beliau bergelar seorang
pemimpin. Akhir sekali, beliau telah menyeru pengikutnya iaitu dalam
parti UMNO agar tidak pernah sama sekali terfikir untuk menjatuhkan
Perdana Menteri dan kerajaannya. Hal diatas telah membuktikan bahawa
Dato’ Sir Onn Jaafar seorang pemimpin yang berwibawa dan tidak
melakukan sesuatu tanpa memikirkan baik buruknya dahulu.

PENUTUP

Dato’ Onn Jaafar merupakan seorang tokoh politik yang telah banyak
berjasa demi kesejahteraan dan keamanan seperti yang kita perolehi pada
hari ini. Ketokohan beliau dalam mengurus urusan politik negara amatlah
disegani oleh rakyat di Tanah Melayu bahkan sehingga ke hari ini. Dato’
Onn Jaafar adalah seorang pemimpin yang bijak dan berwibawa. Walaupun
beliau seorang yang lemah lembut, namun setiap bicaranya tajam dan
berbisa. Namun begitu, kata-katanya tetap ada benarnya. Dato’ Onn Jaafar
bukan sahaja bijak dalam politik, tetapi beliau juga arif dari segi
kepimpinan. Beliau juga mempunyai peneraju selepas kepimpinannya iaitu
anak beliau Tun Hussein Onn dan cucunya iaitu Hishammudin Hussein
Onn yang juga merupakan orang yang penting dalam pentadbiran negara.
Selain itu, bagi mengenang jasa Dato’ Onn Jaafar kerajaan telah
menubuhkan “Galeri Dato’ Onn Jaafar” yang terletak di Batu Pahat,
Johor. Galeri ini merupakan salah satu inisiatif kerjaan bagi memperingati
dan mengenang jasa Dato’ Onn Jaafar yang telah bertungkus lumus dan
mempertaruhkan nyawa demi mendapatkan sebuah negara yang merdeka
daripada penjajah, berdaulat dan sebuah negara yang aman



SUMBER RUJUKAN

SUMBER INTERNET
https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/08/1
85304/contohi-sikap-datuk-onn-jaafar-hishammuddin

http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-
onn-jaafar.html?m=1

https://m.facebook.com/pages/category/Government-
Organization/Galeri-Dato-Onn-Batu-Pahat-
764278717002523/


Click to View FlipBook Version