stok terhad!!! DEWAN SASTERA
NOVEMBER 2021
BAHASA MELAYU
BAHASA
KEBANGSAAN
MEMARTABAT BAHASA KEBANGSAAN,
MEMPERKUKUH JATI DIRI
Tamk eandjaajabhanbgasnag
ysaanbgerbielmraun.i
Tak ada moraennygebsaelr.ilmu yang
Tidak adkaechuaarltia
ilymanug. kekal
MSaaEjasDtlIaeSrhIa7
PENGARAH
DR. HJ. ABD LATIF BIN AHMAD
Apabila engkau fakir, maka ilmu
itu adalah hartamu. Apabila
engkau kaya, maka ilmu itu
perhiasanmu.
PENASIHAT
PUAN ZURAIHA BINTIMOHD ZAIN
Jika anda ingin berjaya
janganlah hanya melihat anak
tangga saja, akan tetapi,
berusahalah untuk menaiki
tangga tersebut.
KETUA EDITOR,
KONSEP DAN LAYOUT
MUHAMMAD HAIKAL BIN DARWAZI
Kebijaksanaan menjanjikan kebahagiaan dan
kekayaan. Tetapi jika disalahgunakan akan
mewujudkan penderitaan. Allah sayang semua
KETUA ARTIKEL
DANISH AMMAR BIN SHAKRONI
Ingatlah ini dunia bukan syurga, tidak semua
orang suka akan kita. Hidup kita kerana tuhan
bukan daripada kata-kata manusia yang tidak
dapat menentukan segalanya.
SUB EDITOR
MUHAMMAD NUR IZAD BIN ARMAN
Janganlah kita cemburu pada seseorang dengan
harta yang dimilikinya tetapi cemburu lah dengan
amalan yang mereka lakukan.
PANTUN BAHASA MELAYU, BERTUTURLAH DALAM
BAHASAKU
Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.
Si dara ayu berbaju merah,
Keronsong bertatah permata nilam,
Bahasa Melayu tercatat sejarah,
Luas tersebar seluruh alam.
Cantiknya paras Puteri Salju,
Bersama nenda mencari lokan,
Jika negara ingin maju,
Bahaha ibunda jangan pinggirkan.
Si gadis ayu bergelar ratu,
Umurnya muda masih belasan,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.
ISI KANDUNGAN
Kata Aluan m/s 1 Pemuda sudah semakin m/s 10
melupakan bahasa
Definisi Bahasa m/s 2 melayu m/s 11
Pendahuluan m/s 3 Memartabatkan bahasa m/s 12
melayu tanggungjawab m/s 13
Perkembangan bahasa m/s 4 semua m/s 14
kebangsaan dalam
bidang pendidikan Galeri album m/s 15
m/s 16
Pengenalan bahasa m/s 5 Kesimpulan m/s 17
rasmi
Harapan & cadangan
Fungsi bahasa m/s 6
rasmi Apa kata mereka?
Isu dan cabaran m/s 7 Teka-teki & silang kata
bahasa melayu dalam
pendidikan Sumber rujukan
Isu mutu bahasa dalam m/s 8 sekian terima kasih
media
Punca-punca bahasa m/s 9
melayu terhakis di negara
Malaysia
KATA
ALU - ALUAN
Assalamulaikum dan selamat sejahtera,saya rasa bersyukur dengan izin-Nya dapat juga e-majalah
'Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan' dapat diterbitkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan Zuraiha binti Mohd Zain yang telah
memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua Editor. Tidak
dilupakan juga kepada ahli-ahli sidang redaksi yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam
menghasilkan e-majalah 'Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan' ini. Berkat kerjasama dan kegigihan
semua pihak yang terlibat, akhirnya e-majalah 'Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan' telah dapat
diterbitkan.
Peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli sidang redaksi ini membolehkan saya mempelajari
pelbagai perkara terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan penerbitan e-majalah. Saya dan juga
ahli sidang redaksi yang lain dapat mempelajari dan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan yang
berkaitan pereka grafik dan suntingan e-majalah. Pengalaman yang diperoleh ini akan dijadikan
sebagai kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan
Saya mengharapkan agar pengguna e-majalah 'Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan' ini berpuas hati
dengan hasil yang terdapat di dalam e-majalah ini dan menjadikan e-majalah ini sebagai rujukan.
Akhir kata, saya bagi pihak sidang redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menerbitkan e-majalah ini. Penghargaan juga ditujukan kepada penyumbang dan penaja iaitu Hasani
Books yang telah bermurah hati memberikan sumbangan bagi menghasilkan e-majalah 'Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan'. Tidak dilupakan juga, penghargaan kepada jawatankuasa sidang redaksi serta
rakan pelajar yang banyak memberikan idea yang kreatif untuk menghasilkan e- majalah yang
berkualiti. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang penerbitan
e-majalah ini.
Sekian, terima kasih
1
DEFINISI BAHASA
OLEH: DANISH AMMAR BIN SHAKRONI
BAHASA RASMI IALAH BAHASA YANG
DIGUNAKAN SECARA MELUAS OLEH PIHAK
KERAJAAN SESEBUAH NEGARA DARI
PERINGKAT MENTERI HINGGALAH KE
PERINGKATBAWAHAN.
2
PENDAHULUAN
OLEH:MUHD HAIKAL B. DARWAZI
Memandangkan Bahasa Melayu telah
diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu dan basahan,sebagai bahasa komunikasi
telah diterima sebagai lingua franca atau dan persuratan maka Bahasa Melayu telah
bahasa komunikasi utama sejak zaman dipersetujui dan disepakati bersama oleh
kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar
lagi,Bahasa ini digunakan secara meluas menjadi bahasa Kebangsaan bagi
dalam bidang perdagangan dan hubungan persekutuan Malaysia yang merdeka pada
diplomatik. Dalam kitab sejarah Melayu tahun 1957.
menyebutkan bagaimana para pedagang
bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu
dan menguasainya bagi memudahkan mereka dirakamkan dalam bentuk dokumen
berurusan dengan pemimpin dan masyarakat tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan
setempat yang telah lama menggunakan Negara sepertimana yang termuat dalam
bahasa itu. perkara 152,para 1 sebagai bahasa bagi
persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia
Dalam konteks hubungan antarabangsa surat- yang merdeka. Maka sejak itu Bahasa
surat rasmi dan dokumen perjanjian turut Melayu berkembang luas penggunaannya
menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi.Ini termasuk menjadi bahasa perantaraan di
membuktikan bahasa Melayu dapat difahami sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi
oleh pelbagai kaum termasuk pihak di semua agensi kerajaan termasuk di
british.Kalau mereka tidak mengerti pun ada mahkamah.
munsyi atau guru bahasa Melayu yang akan
mengajar mereka.
Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf
undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu oleh semua kaum sebagai bahasa utama
telah menggunakan Bahasa Melayu dengan dan dapat digunakan bersama untuk
tulisan jawi sebagai medium.Semua ini mencapai matlamat perpaduan.
membuktikan kepada kita betapa Bahasa
Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi
dan digunakan sehingga ke peringkat
antarabangsa.
3
PERKEMBANGAN BAHASA
KEBANGSAAN DALAM
BIDANG PENDIDIKAN
OLEH: MUHAMMAD HAIKA
L BIN DARWAZI
Pendidikan merupakan satu alat yang akan menyekatkan perkembangan bahasa
kebangsaan di samping mendalamkan lagi
berpengaruh dan berkesan dalam usaha jurang antara kaum di Tanah Melayu. Oleh
itu, sebagai usaha untuk memperluaskan
perkembangan bahasa Melayu untuk penggunaan bahasa kebangsaan dalam
menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kalangan murid-murid dari pelbagai kaum,
rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu. Penyata Razak yang menjadi Ordinan
Justeru, perkembangan bahasa kebangsaan Pelajaran 1957 selepas negara mendapat
di negara ini dalam aspek pendidikan antara kemerdekaan telah mengesyorkan agar
tempoh 1957 hingga 1966, dapat dinilai semua sekolah menggunakan sukatan
berdasarkan dua dokumen penting yang pelajaran yang sama termasuklah sekolah
dikenali sebagai Penyata Razak 1956 Cina dan sekolah Tamil. Bahasa
(Ordinan Pelajaran 1957) (Penyata Jawatan- kebangsaan iaitu bahasa Melayu pula
kuasa Pelajaran 1956: 17-28) dan Penyata dijadikan bahasa pengantar utama dalam
Abdul Rahman Talib 1960 (Akta Pendidikan sistem pendidikan kebangsaan. Sementara
1961) (Penyata Jawatan-kuasa Peranchang itu, sebahagian besar daripada mata
Pelajaran Tinggi, 1967). pelajaran utama seperti sejarah, geografi
dan sastera akan ditumpukan kepada hal-
Kedua-dua dokumen tersebut telah ehwal Tanah Melayu.
memainkan peranan penting dalam
pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan Berhubung perkara tersebut, Penyata
yang begitu menekankan penggunaan Razak telah menjelaskan pendiriannya
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sebagaimana yang terkandung dalam
di semua peringkat pendidikan. Menyedari perenggan 12 penyata tersebut yang
kepentingan perpaduan kebangsaan yang berbunyi: “Kami percaya juga yang tujuan
menuntut kesefahaman dalam kalangan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
penduduk yang berbilang kaum di Tanah bermaksud hendak menyatukan budak-
Melayu, Penyata Razak berpendapat budak dari semua bangsa di dalam negeri
bahawa bahasa dan pendidikan merupakan ini dengan memakai satu peraturan
satu medium yang amat sesuai untuk pelajaran yang meliputi semua bangsa
mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, dengan menggunakan bahasa
kedudukan bahasa kebangsaan di bawah kebangsaan sebagai bahasa pengantar
Penyata Razak dapat diteliti melalui yang besar walaupun perkara ini tiada
cadangan-cadangan yang dikemukakannya. dapat dilaksanakan dengan serta merta
Sebelum tahun 1957, sukatan pelajaran melainkan hendaklah diperbuat dengan
murid Cina dan India diambil dari negara beransur-ansur” (Mastika, November 1960:
asal mereka menyebabkan sukatan 6).
pelajaran di sekolah Cina dan Tamil lebih
memberikan tumpuan terhadap hal-ehwal
negara China dan India. Keadaan sebegini
sudah pastinya
4
PENGENALAN
BAHASA RASMI
Menurut Asmah Hj. Omar. (1985). Susur
Galur Bahasa Melayu. Istilah
"Melayu” timbul dalam tulisan Cina antara
tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu
menyebut Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil
bumi kepada raja China. Kerajaan
Mo-lo-yeu dipercayai berpusat di daerah Jambi,
Sumatera yang diambil daripada
nama sungai Melayu. Sementara itu, I-
tsing menggunakan perkataan Mo-lo-yu
terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya.
Di samping itu, dalam bahasa Jawa,
Mlayu bermaksud mengembara atau berlari.
Seterusnya, bukti konkrit yang pertama
tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya
terdapat sejak tahun 683 Masihi,
dengan terjumpanya empat buah batu bersurat
di Kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu juga berasal dari Asia
Tenggara. Menurut beberapa teori,
penutur-penutur bahasa Melayu berasal
daripada golongan Austronesia yang
datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan
dalam beberapa bentuk gelombang.
Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto.
Mereka berpindah ke Asia Tenggara
pada Zaman Batu Baru dan keturunan mereka
ialah orang Asli di Semenanjung
Tanah Melayu, Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera. Kemudian, pada tahun
1500 SM pada zaman logam, datang golongan
kedua pula yang menduduki daerah
pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang
dipanggil Melayu Deutro.
5
FUNGSI BAHASA RASMI
Bahasa Melayu semenjak zaman Empayar
Sriwijaya telah memainkan peranannya sebagai bahasa
lingua franca di nusantara secara berterusan sampai sekarang. Penjajahan kuasa asing tidak
menjejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Ciri ketahanan ini
menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi untuk terus berkembang pada masa akan
datang.
Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan; yang akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya,
Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut “Bahasa Kebangsaan
Negara ini ialah bahasa Melayu”.
Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau
fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu,
bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu
akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong kita untuk
mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai
rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini
merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi
bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam
kehidupan seharian.
OLEH: MUHD NUR IZAD
6
ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU
DALAM PENDIDIKAN
OLEH : DANISH AMMAR BINSHAKRONI
Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam
teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan
sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan
cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan
cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi
berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini yang semakin
mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar.
Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang
bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi
menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif
dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari den gan keperluan pelajar. Dalam masa
yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada
pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan
konflik lain. Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa
kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Melayu. Guru
menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan
tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan
dengan aliran dan keperluan semasa. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
khususnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan
menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu
pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari
dengan perkembangan semasa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,
para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau
golongan yang memerlukan bantuan. Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan
dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa
meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980)
berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik,
tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan
mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benarbenar berketerampilan dari aspek
penguasaan bahasanya. Lantaran itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda
dan bahasa kebangsaan sendiri. Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan
semula” kepada “Bahasa Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu
sendiri. Perubahan demi perubahan dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu”
kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”; kembali menggunakan “Bahasa Melayu” dan kini
berbalik semula kepada nama “Bahasa Malaysia”, sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa
kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus
mengkaji semula “penjenamaan” ini bagi mengelakkan daripada mengelirukan pelajar. Persoalan
yang bermain dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul sama ada “bahasa Melayu” atau
“bahasa Malaysia” Seorang pelajar pernah bertanya, adakah “kebudayaan Melayu” itu sama
dengan “kebudayaan Malaysia”? Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan jawapannya.
Menurutnya, kebudayaan Malaysia merangkumi budaya semua kaum yang terdapat di negara ini.
Justeru, ini bermakna bahasa Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh semua kaum di
Malaysia yang merangkumi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu, orang Tionghoa, iaitu
bahasa Mandarin dan orang India, iaitu bahasa Tamil. Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran
ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik
untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke
peringkat yang lebih tinggi.
7
ISU MUTU BAHASA
DALAM MEDIA
Dunia era globalisasi kini memperlihatkan Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980)
perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan berpendapat banyak guru yang bukan sahaja
dalam teknologi maklumat memberi kesan secara tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan
langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka
sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan
berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang benarbenar berketerampilan dari aspek
di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh penguasaan bahasanya. Lantaran itu, lahirlah
para guru Bahasa Melayu dalam usaha masyarakat yang makin jahil tentang bahasa
mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri. Krisis
perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami
yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah “penjenamaan semula” kepada “Bahasa
menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis
tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan kewibawaan bahasa itu sendiri.
pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang
bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini Perubahan demi perubahan dari segi nama
menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu”
keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”;
guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan kembali menggunakan “Bahasa Melayu” dan kini
mengubah suai pendekatan agar selari dengan berbalik semula kepada nama “Bahasa
keperluan pelajar. Malaysia”, sedikit sebanyak mencemarkan imej
bahasa kebangsaan ini dan mungkin
Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam mengelirukan pelajar dan masyarakat umum.
memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada Pihak berkenaan harus mengkaji semula
pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan “penjenamaan” ini bagi mengelakkan daripada
bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain. mengelirukan pelajar. Persoalan yang bermain
Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul
tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap sama ada “bahasa Melayu” atau “bahasa
yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Malaysia” Seorang pelajar pernah bertanya,
Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan adakah “kebudayaan Melayu” itu sama dengan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih “kebudayaan Malaysia”?
lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar.
Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan
dengan aliran dan keperluan semasa. jawapannya. Menurutnya, kebudayaan Malaysia
merangkumi budaya semua kaum yang terdapat
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa di negara ini. Justeru, ini bermakna bahasa
Melayu khususnya pengajaran kemahiran menulis Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan
memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan oleh semua kaum di Malaysia yang merangkumi
menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu,
ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan orang Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan
yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran orang India, iaitu bahasa Tamil. Justeru, dalam
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib
konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan
pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa. membuat anjakan dinamik untuk mengatasi
Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan
mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat
mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan yang lebih tinggi.
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta
menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau
golongan yang memerlukan bantuan. Selain itu, isu
pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan
dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu.
Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta
guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini.
OLEH:DANISH AMMAR BIN SHAKRONI 8
PUNCA- PUNCA BAHASA
MELAYU TERHAKIS DI
NEGARA MALAYSIA
OLEH :DANISH AMMAR BIN SHAKRONI
Masalah utama menyebabkan keterpinggiran bahasa
Melayu ialah perspektif masyarakat di negara ini khususnya
dalam kalangan masyarakat Apabila ramai yang
bertanggapan bahawa bahasa Melayu merupakan perkara
yang telalu remeh untuk dipelajari . Generasi muda dewasa
ini pula berfikiran bahawa perkataaan baku dalam bahasa
Melayu itu kolot dan ada juga remaja yang tidak boleh
bertutur dengan betul dalam bahasa ibunda mereka iaitu
bahasa Melayu. Kononnya mereka menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa kedua dan bahasa penjajah
(bahasa Inggeris) sebagai bahasa perantara utama.
Persoalannya, di manakah silapnya sehinggakan generasi
masa kini hilang semangat kemelayuan dalam konteks
bahasa dan budaya serta mengagung-agungkan segala yang
datang dari Barat? Mungkin berpunca daripada ibu bapa
mereka yang mempunyai pandangan bahawa bahasa
Melayu itu tidak penting kerana mereka sendiri sudah
dilahirkan Melayu dan berbahasa Melayu. Tanggapan ini
seterusnya diturunkan kepada anak-anak mereka.
Pemikiran seperti ini perlu dikikis dengan segera kerana
generasi muda sepatutnya meneruskan perjuangan
memartabatkan bahasa kebangsaan bukan
memperlekehkan bahasa Melayu.
Bagi masyarakat bukan Melayu pula, mereka
lebih mementingkan bahasa ibunda mereka.
Rata-rata hari ini kita melihat masyarakat
berpuak-puak kerana perbezaan bahasa dan
warna kulit. Mereka tidak sedar bahawa
mereka bernaung di bawah satu payung yang
sama dengan individu lain iaitu di Malaysia.
Mengapakah sentimen perkauman masih ada
hinggakan sesetengah individu bukan Melayu
masih tidak boleh bertutur dalam bahasa
kebangsaan kita walaupun sudah berpuluh-
puluh tahun menetap di tanah air ini malah
memegang status warganegara. Kenyataan
ini bukan bermaksud untuk memprovokasi
mana-mana pihak tetapi hanya ingin
menyuarakan realiti yang terjadi.
9
PEMUDA SUDAH
SEMAKIN MELUPAKAN
BAHASA MELAYU
CARA MEMUPUK Kita juga perlu memperkasakan
ANAK MUDA Dewan Bahasa dan Pusaka.
CINTAI BAHASA Sementara itu, melibatkan syarikat
MELAYU korporat dalam aktiviti kebahasaan.
Akhir sekali, menguatkuasakan
Bahasa Melayu adalah penting bagi Bahasa Malaysia dalam penyiaran
semua rakyat Malaysia tidak mengira dan pengiklanan
bangsa, agama ataupun umur. Jadi
sebagai rakyat Malaysia janganlah kita 10
melunturkan bahasa Melayu. Langkah-
langkah yang perlu kita dapat ambil ialah
memastikan urusan rasmi negara
menggunakan Bahasa Malaysia.
Seterusnya, memansuhkan sekolah
vernakular. Selain itu, menerbitkan
buku,seni dan kandungan dalam Bahasa
Malaysia.
Memartabatkan bahasa Melayu
Tanggungjawab Semua
OLEH: MUHD HAIKAL B. DARWAZI
Menurut pakar bahasa Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim,
profil kebahasaan seorang warga Malaysia mestilah menguasai bahasa
kebangsaan sendiri, menguasai bahasa Inggeris dan sekiranya boleh
menguasai bahasa ketiga dan keempat.
Jelasnya, bahasa kebangsaan lambang kedaulatan negara dan jati diri
bangsa manakala bahasa Inggeris adalah bahasa perhubungan luar dan
bahasa untuk menimba ilmu pengetahuan.
“Identiti nasional perlu diperkasakan sejak kecil dan ianya mempunyai
kaitan dengan rasa bangga dan rasa cinta terhadap bahasa
kebangsaan dan negara ini. Kita berdepan dengan cabaran
pemerkasaan identiti nasional dalam era baharu Malaysia dalam abad
ke-21 ini termasuklah era globalisasi, era sains dan teknologi,
meningkatkan perpaduan serta kepentingan bahasa Inggeris,” katanya.
Beliau turut berkongsi mengenai sejarah awal bahasa Melayu pada
batu-batu bersurat pada abad ke-7 yang dijumpai di Sumatera dan di
Kuala Berang Terengganu pada abad ke-14. Manakala pada abad ke-13,
agama Islam mula bertapak di Kepulauan Melayu dan wujudnya pusat-
pusat kebudayaan dan kecemerlangan Melayu Islam di ibu kerajaan di
wilayah Samudera Pasai (1280-1400), Melaka (1400-1511), Aceh (1511-
1650) serta Johor-Riau (1650-1800).
Dalam pada itu, Tan Sri Dr. Rais Yatim, Pengasas Yayasan Budi berkata,
selain peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian Pendidikan,
pihak universiti juga perlu mengambil bahagian untuk turut serta
berperanan dalam memartabatkan dan melaksanakan penggunaan
Bahasa Melayu dalam berkomunikasi dan menggunakan terma bahasa
yang sepatutnya. Selain itu juga orang Melayu perlu bertutur secara
lazim dalam bahasa Melayu dan bersama-sama mengamalkan budaya,
seni, adat istiadat Melayu termasuklah cara berpakaian.
11
12
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa penetapan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1957 dianggap sebagai satu kejayaan
membanggakan dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu
di negara ini. Selaras dengan itu, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai usaha mengembangkan penggunaan bahasa kebangsaan
dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Di samping itu,
walaupun terdapat pelbagai isu, reaksi dan cabaran daripada
pihak-pihak yang kurang berpuas hati khususnya orang bukan Melayu
terhadap bahasa kebangsaan, namun melalui langkah-langkah yang
dilaksanakan, kerajaan telah berjaya mengatasinya. Hasilnya,
bahasa kebangsaan bukan sahaja semakin kukuh kedudukannya
dalam bidang pentadbiran kerajaan tetapi juga telah mula
mendapat pengiktirafan dalam bidang pendidikan tinggi.
13
HARAPAN &
Masa depan dan harapan bahasa Melayu
CADANGAN semuanya terletak pada tangan kita sebagai
penutur natif. Kalau kita berpandangan
negatif terhadap nasib bahasa Melayu, maka
bahasa Melayu sudah tentu semakin lama
semakin dilupakan. Bahasa Melayu merupakan
jati diri masyarakat Melayu yang sukar
dileraikan daripada budaya masyarakat
Melayu itu sendiri. Dari sudut perundangan
bahasa Melayu telahpun diberi ruang dan
keutamaan kepada semua rakyat Malaysia
menggunakan bahasa Melayu tanpa mengira
bangsa, keturunan dan agama kerana
penggunaan Bahasa Melayu sudah termaktub
dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan
perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tentang
penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran
negara.
Dalam konteks norma baharu kesan d
aripada
covid-19 bukanlah satu halangan yang besar
untuk bangsa Melayu terus kekal digunakan
sebagai bahasa komunikasi yang utama dalam semua
urusan. Harapan kita agar bahasa Melayu menjadi
keutamaan dan berperanan sebagai wadah dalam
menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Penutur dan pengguna bahasa Melayu diharapkan
semakin bertambah dan muncul menjadi bahasa
komunikasi dalam kalangan masyarakat di
Malaysia, Asia Tenggara malah tersebar luas ke
seluruh dunia. Masa depan bahasa Melayu menjadi
semakin kukuh dan mantap dengan kewujudan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang
lahir daripada Makmal Bahasa pada bulan April
2016. Kewujudan KSBM yang akan menjadi rujukan
kepada semua pengguna bahasa Melayu tidak kira
sebagai penutur bahasa pertama mahupun pengguna
bahasa kedua diharapkan menjadi satu titiktolak
dalam memacu bahasa Melayu ke pentas dunia.
14
Apa kata mereka?
Pada pendapat saya, Bahasa Melayu
tidak pernah menjadi penghalang
kepada kemajuan rakyat Malaysia.
Bahasa Melayu mampu mendidik rakyat
Malaysia serta generasi akan datang
dalam apa jua cabang ilmu, tanpa
mengabaikan bahasa ibunda masing-
masing, atau bahasa etnik diwakili
setiap kaum di negara ini.
Sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi, bahasa Melayu adalah
bahasa yang wajib dituturkan seluruh
rakyat Malaysia. Bahasa Melayu
mewakili setiap rakyat Malaysia sama
ada yang berbangsa Melayu atau bukan
Melayu.
MUHD NASRUL, PENUNTUT TERBAIK PTSB SEM
1 2021 (MPP)
15
TEKA - TEKI
MARI MENGUJI MINDA
BAKUL BEKAL DENDA LURAH PARUH
RAPUH TARIK TILAM BALDI BELIT
KEKAL MAKIN PELUH RENDA TEBAL
BALDU BIJAN KUNCI MANDI PUKAT
ROTAN TELUR BANCI BUKAN LAMPU
MERAH PUTAR SULUH TIKUS
16
SUMBER RUJUKAN
1. Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Pustaka Budiman, Kuala Lumpur, 1982.
2. Adnan Hj. Nawang, Za’ba dan Melayu,Berita Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1998.
3. Asmah Hj Omar, Language Planning for Unity dan Efficiency. Penerbit Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1976.
4. Asraf Abdul wahab, Awang sariyan, Farid Omar dan Firdaus Abdullah, “Penyatuan Bahasa
Melayu Senusantara” dalam Abdullah Hassan (penyusun) Kongres Bahasa dan Persuratan I-
IV(1952-2003), Kuala Lumpur, Persatuan Penterjemahan Malaysia, 2007.
5. Awang Sariyan, Bahasa Melayu Tonggak Tamadun, Pemikir, Januari-Mac 2012.
6. Awang Sariyan, Keranda 152, Bahasa Kita Air Mata dan Maruah Kita, Persatuan Linguistik
Malaysia, Kuala Lumpur, 2002.
7. Awang Sariyan, Ceritera Bahasa, Citra Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1995.
8. Dharmala N.S, Tradisi Kepimpinan Berjiwa Rakyat; Tun Abdul Razak, Thinker’s Library Sdn. Bhd.
2005,
9. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Pustaka Antara, Kuala lumpur, 1981.
10. Ismail Hussain, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Dalam Pembinaan Negara, dalam Forum
Persatuan Linguistik Malaysia, DBP, 1985.
17
DGU1A
MPU21032
MUHAMMAD HAIKAL BIN DARWAZI
(16DGU21F1024)
DANISH AMMAR BIN SHAKRONI
(16DGU21F1017)
MUHAMMAD NUR IZAD BIN ARMAN
(16DGU21F1021)
PENSYARAH
PUAN ZURAIHA BINTI
MOHD ZAIN
18