Pada suatu hari, Sang kura-kura
sedang berjalan perlahan-lahan
mengambil angin padi di rimba.
Tiba -tiba, datang Sang arnab
yang memang terkenal dengan
haiwan yang paling pantas di
rimba itu
"Eh kura-kura,ada kau di sini,mau
kemana kau?"kata Sang arnab
membuka bicara."Kau rupanya
arnab. Aku ingin beriar-siar sahaja
di rimba ini kata Sang kura-kura
dengan perlahan. Sang arnab
pun berkata lagi "Sang kura-kura,
apakah kau ingin berlumba lari
denganku? Sang kura-kura
berkata" Suka hati kau lah kura-
kura asalkan kau bahagia."
Pada keesokan harinya, mereka
pun berlumba dengan Sang kancil
menjadi pengadilnya. Wisel pun
dbunyikan. Mereka berdua
bergegas untuk berlari. Setelah
beberapa minit kemudian, Sang
arnab berlari jauh di depan
manakala Sang kura-kura
ketinggalan di belakang.
Dengan rasa mengantuknya,
Sang arnab pun tertidur di bawah
sebatang pokok yang rendang.
Tanpa disedari,Sang kura-kura
sudah berlari di depan. Selepas
beberapa ketika, Sang arnab pun
terjaga dari tidurnya. Dia pun terus
melanjutkan perjalanannya.
Sesampainya Sang arnab ke
garisan penamat, kelihatan Sang
kura-kura sedang menerima
hadiah dan ucapan daripada
haiwan-haiwan yang tinggal di
rimba itu. Dengan perasaan malu,
Sang Arnab beredar pantas dari
situ kerana tewas kepada Sang
kura-kura sambil diketawakan
oleh para penghuni rimba.
Moral: Jangan memandang
rendah terhadap orang yang
lemah.