The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-06-06 00:03:42

Hikayat sang kancil dan monyet

Hikayat sang kancil dan monyet

HIKAYAT SANG KANCIL & MONYET

 Nyamannya suasana rimba di pagi hari. Mergastua bergembira
menikmati keindahan alam semula jadi. Di alam inilah
tinggalnya sang kancil yang bijaksana dengan sahabat
karibnya kura-kura. Mereka hidup rukun damai, bebas
bergembira, tolong-menolong dan bekerjasama di taman
peliharaan mereka.

 Kelihatan seekor monyet berdekatan kawasan taman
peliharaan sang kancil dan kura-kura. Sungguh lincah si
monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan
kebolehannya. Awas, monyet! jangan ganggu
ketenteraman penghuni yang lain.

 Tiba-tiba monyet berhenti bergayut dan memerhatikan sesuatu,
apa pula yang dilihatnya? “Ranumnya buah-buahan di sini.
siapa punya agaknya?” kata monyet. “Oh, rupanya sang kancil
dan kura-kura.” Balas monyet sendiri selepas melihat sang
kancil dan kura-kura yang ada di situ. Begitu rajin mereka
bekerja. bukan seperti engkau monyet.

 “Aku nak itu, aku nak itu!” pinta monyet dalam nada
mendesak, sambil jarinya menuding ke arah pokok cili yang
nampak menarik itu. “Eh, tak boleh monyet. kita tak boleh
makan buah tu.” larang sang kancil sambil dibantu kura-kura di
sebelahnya. “Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga.”

 Monyet yang tamak dan degil itu masih berkeras mahu mengambil cili itu
untuk dimakannya. “Jangan monyet, jangan!” belum pun sempat kancil
menghabiskan ayatnya, monyet telah mengambil cili itu lalu
memakannya beberapa batang sekali gus. Apa lagi, terasa berapi dan
merah muka monyet akibat kepedasan yang melampau. “Ha, rasakan
engkau monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak menerima nasihat
orang.” Ujar kura-kura yang geram melihat kedegilan monyet.

 Selang beberapa hari kemudian, sang kancil dan kura-kura bersiar-
siar di taman peliharaan mereka. “Apa khabar pula dengan si
monyet?” bicara sang kancil kepada kura-kura. “Kasihan, ingat-ingat
monyet. jangan diulang lagi." Kata kura-kura yang terlihatkan
monyet yang masih berada di situ.


Click to View FlipBook Version