P ada masa dahulu, ada seorang
perempuan bangsawan yang bongkak
dan bengis. Dia ada dua orang anak
perempuan dan seorang anak tiri.
Perempuan itu cemburu akan anak
tirinya kerana gadis itu sangat cantik
dan baik hati. Dia memaksa anak
tirinya melakukan semua kerja rumah.
Gadis itu akan bekerja sepanjang hari.
Apabila penat, dia akan berehat di tepi
pendiangan. Sejak itu, gadis itu digelar
Cinderella (si gadis bara).
2
S uatu hari, raja negeri itu hendak
mengadakan suatu majlis tari-menari
di istana. Majlis itu diadakan untuk
memilih calon isteri untuk putera raja.
Raja mengundang semua golongan
bangsawan ke majlis itu.
Kakak-kakak tiri Cinderella sangat
gembira. Mereka mulai merancang
pakaian dan perhiasan yang hendak
dipakai dalam majlis itu.
4
H ari yang ditunggu-tunggu telah
tiba. Ibu tiri dan kakak tiri Cinderella
telah bersiap sedia untuk pergi ke istana.
Mereka memakai pakaian yang cantik
dan berwarna-warni.
“Mak cik, bolehkah saya pergi
bersama-sama?” kata Cinderella kepada
ibu tirinya.
“Kamu dengan pakaian yang kotor
begini hendak menghadiri majlis tari-
menari? Tidak boleh!” marah ibu tirinya.
Mereka kemudian meninggalkan
tempat itu.
6
Cinderella sangat sedih. Dia menangis
di dapur. Tiba-tiba, muncul seorang
perempuan tua.
“Mengapa kamu menangis, anakku?”
tanya perempuan tua itu.
Cinderella sangat terkejut. “Siapa
nenek?”
“Saya pari-pari. Saya ingin menolong
kamu. Sekarang ceritakan mengapa kamu
menangis,” kata perempuan tua itu.
“Saya ingin pergi ke istana, tetapi
saya tidak ada pakaian yang cantik,”
kata Cinderella.
8
P erempuan tua itu mengangkat
tongkatnya. Dengan sekelip mata,
Cinderella berubah menjadi seorang
puteri yang sangat cantik dengan pakaian
yang indah dan bergemerlapan. Dia
juga memakai sepasang kasut kaca yang
sangat cantik.
Perempuan tua itu kemudian
menukarkan sebiji labu menjadi kereta
kuda dan tiga ekor tikus menjadi
pengawal dan pemandu kereta kuda.
10
C inderella berasa sangat gembira.
“Pergilah sekarang sebelum terlambat,”
kata perempuan tua. “Tetapi, ingat! Kamu
mesti pulang sebelum tengah malam.
Keadaan akan kembali seperti sedia kala
selepas tengah malam.”
“Baiklah, saya akan ingat pesan
nenek,” kata Cinderella.
Kereta kuda itu kemudian berderap
dengan laju menuju ke istana.
12
A pabila tiba di istana, Cinderella
melangkah masuk ke dewan tari-menari.
Semua orang yang berada di dewan itu
terpegun melihat kecantikan Cinderella.
“Siapa gadis itu. Tentu dia seorang
puteri sebuah kerajaan yang besar,” kata
mereka.
Putera raja jatuh hati kepada
Cinderella. Dia mengajak Cinderella
menari bersama-samanya. Cinderella
sangat gembira. Mereka menari
sepanjang malam.
14
“D ing! Ding! Ding!” tiba-tiba
kedengaran bunyi jam berdenting yang
menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Cinderella terlalu leka menari sehingga
terlupa akan pesanan perempuan tua.
“Oh, tidak!” Kata Cinderella. Dia terus
berlari keluar dari istana itu. Dalam
keadaan tergesa-gesa, sebelah kasutnya
tercicir.
Apabila tiba di rumah, pakaian
yang cantik, kereta kuda, dan
pengawalnya hilang dengan sekelip
mata. Cinderella kembali memakai
pakaian yang kotor dan buruk.
16
K eesokan harinya, seluruh negeri
heboh bercerita tentang Cinderella.
“Puteri itu tertinggal sebelah kasut
kaca,” kata mereka.
Utusan raja kemudian membuat
pengumuman. “Putera raja akan
berkahwin dengan gadis yang dapat
memakai kasut kaca ini!”
Utusan raja pergi ke setiap rumah
di kota itu untuk mencari gadis yang
dapat memakai kasut kaca Cinderella.
Tidak lama kemudian, utusan itu tiba di
rumah Cinderella.
18
K akak-Kakak tiri Cinderella cuba
memakai kasut kaca itu, tetapi kasut
itu terlalu besar atau terlalu kecil untuk
mereka.
“Saya diberitahu bahawa ada tiga
orang gadis di dalam rumah ini. Di
manakah gadis yang seorang lagi?” tanya
utusan raja.
“Cinderella? Gadis yang kotor
dan hodoh itu? Dia tidak mungkin
dapat memakai kasut ini,” kata ibu tiri
Cinderella.
“Tidak mengapa. Dia boleh mencuba
kasut ini,” kata utusan raja.
20
C inderella pun mencuba kasut itu.
Sudah tentu kasut itu muat dengan
kaki Cinderella!
Ibu dan kakak-kakak tiri Cinderella
sangat terkejut. Mereka tidak menyangka
bahawa Cinderellalah puteri yang menari
dengan putera raja.
Cinderella dibawa ke istana. Apabila
putera raja terpandang Cinderella, dia
terus mengenali Cinderella. Putera raja
kemudian melamar Cinderella.
Mereka pun berkahwin dan hidup
bahagia hingga ke akhir hayat.
22
A Imbas kembali.
1. Mengapakah Cinderella tidak disukai oleh ibu tirinya?
2. Bagaimanakah Cinderella mendapat namanya?
3. Perempuan tua menukar sebiji labu dan tiga ekor tikus
menjadi apa?
4. Dapatkah kakak-kakak tiri Cinderella memakai kasut kaca?
5. Mengapakah ibu tiri Cinderella mengatakan kepada utusan
raja bahawa Cinderella seorang yang kotor dan hodoh?
B Padankan perkataan yang berlawanan.
kecil gembira
cantik siang
putera besar
suka berlari
berjalan puteri
malam hodoh
sedih benci