Pada suatu petang, jam menunjukkan pukul
lima. Pada waktu itu, aku sedang mengulang
kaji pelajaran bersendirian di dalam bilik.
Semakin lama aku berasa semakin mengantuk.
Lalu aku membuat keputusan untuk tidur
seketika.
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi yang
sangat kuat hingga membuatkan aku tersedar.
Tanpa aku sedari bunyi itu hilang serta-
merta. Kepalaku berasa amat sakit
pada waktu itu.
Ada sesuatu yang mengejutkan
aku apabila aku tersedar. Rupa-
rupanya aku telah menjadi
seekor hidupan laut yang
berada di permukaan.
Pada waktu itu aku berasa
sangat terkejut kerana
diburu oleh sekumpulan
12
manusia. Tanpa berfikir panjang aku
terus berenang ke lautan dalam.
Di sana aku berjumpa dengan pelbagai
jenis hidupan laut. Aku juga terjumpa
beberapa buah kapal yang tenggelam dan
masih kelihatan sempurna. Aku masuk ke
dalam salah sebuah kapal yang di dalamnya
terdapat suatu cahaya yang amat terang.
Aku terkejut kerana aku terjumpa sebuah
laluan untuk menuju Ke Kota Atlantis.
Aku terus menuju ke kota yang
dikatakan telah lama
menghilang oleh masyarakat
dunia. Di sana aku berjumpa
dengan banyak jenis hidupan
laut yang tidak aku kenali.
Aku berjumpa dengan dua ekor
ikan duyung. Mereka
melayan aku dengan
baik sekali.
2
Kemudian, duyung-duyung itu
menghantar aku berjumpa dengan raja
mereka. Raja mereka berkata bahawa dia
ingin menjadikan aku sebagai hidangannya.
Aku berasa terkejut dengan kata-kata raja
itu lalu terus berenang keluar dari Kota
Atlantis itu. Aku terus dikejar oleh pengikut-
pengikut raja. Malangnya, aku dapat
ditangkap oleh mereka. Aku meronta-ronta
cuba melepaskan diri.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi
ketukan yang amat kuat. Semakin
lama semakin hampir. Rupa-
rupanya ibu dan ayah yang
mengetuk pintu bilikku apabila
mendengar suara jeritanku
semakin kuat.
Ya Allah , rupa-rupanya
aku bermimpi.
Aku tersenyum
sendirian mengingatkan
mimpiku tadi.
3
1. Rekodkan bacan kamu ke dalam fail Nilam
atau
Klik link tersebut untuk dicatat ke dalam GF e-Nilam
https://forms.gle/ngCCVJ18U7cHuGjv7