The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-06-23 00:57:01

AYAM DAN HELANG

AYAM DAN HELANG

HELANG
DAN

AYAM

NURUL IMAN RAZALI

Pada zaman silam, Si

Helang dan Si Ayam
adalah kawan karib.
Mereka suka bergaul
walaupun makanan
mereka berbeza.
Mereka berdua
kerapkali bersembang-
sembang. Si Helang
bercakap dari pucuk
kayu sementara Si Ayam
berada di tanah. Si
Ayam teringin sangat
dapat terbang dan
memakan daging
seperti Si Helang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Pada suatu hari, Si
Helang kelihatan
bertenggek pada dahan
sepohon kayu belian.

“Wahai saudara
Helang. Aku ada perkara
mustahak hendak
dibincangkan dengan
kau,” kata Si Ayam.

“Apa perkara
mustahak itu saudara
Ayam? Katakanlah,”
kata Si Helang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Aku teringin sangat
hendak terbang seperti
kau. Berilah nasihat kau
kepadaku,” kata Si
Ayam.

“Apa guna kau hidup
seperti aku? Kehidupan
aku tidak sesenang yang
kau anggapkan. Aku
susah mencari
makanan,” jelas Si
Helang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Aku suka terbang
tinggi dan jauh seperti
kau Helang. Tolonglah
aku ubah suaikan
kepakku ini,” kata Si
Ayam.

“Jika begitu, baiklah
tetapi engkau kena
tunggu sebab jarum
ajaib aku berada tinggi
di puncak pokok
ketapang di sana, biar
aku pergi untuk
mengambilnya” kata Si
Helang. Si Helang pun
terbang pantas ke sana.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Baguslah, saudara
Helang. Aku akan
menunggu kau di sini,”
kata Si Ayam.

Tidak lama
kemudian, Si Helang
pun kelihatan kembali
ke situ dengan
sebatang jarum dalam
gigitannya. Dia lantas
melepaskan jarum itu
dan ia jatuh dekat kaki
Si Ayam.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Si Ayam pun mula
menjahit bulu
kepaknya. Dia
mendapati bahawa
bulu-bulunya tidak
mahu melekat rapat.

Lama-kelamaan,
barulah bulu kepak itu
mula melekat. Si
Ayam mengepak-
ngepakkan sayapnya
untuk cuba terbang.
Dia terperanjat
mengetahui dirinya
tidak dapat
melayang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Si Ayam menjahit
semula bulu
kepaknya. Selepas
bulu-bulu itu melekat,
Si Ayam cuba
terbang sekali lagi.
Namun, hampa juga.
Bulu kepaknya terurai
kerana jahitannya
semua terbuka.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Si Ayam menangis
mengenangkan
nasibnya yang
malang. Dia berusaha
beberapa kali untuk
menjahit bulu-bulu
kepaknya akan tetapi
usahanya itu sia-sia
sahaja.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Wahai saudara
Ayam. Apakah kau
berjaya menjahit bulu-
bulu kepak kau? Lama
juga aku menunggu
kau terbang melintasi
aku, tetapi hingga
sekarang, aku tidak
pernah nampak kau
berbuat demikian,”
kata Si Helang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Saudara Helang.
Aku belum lagi berjaya
menjahit bulu-bulu
kepak aku. Justeru, aku
belum lagi berjaya
hendak terbang,” jelas
Si Ayam.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Oh kalau begitu, di
mana kau letak jarum
aku? Lama juga aku
menunggu kau
memulangkannya,”
keluh Si Helang.

“Maaf Helang, jarum
itu sudah hilang. Aku
tengah mencarinya,”
jelas Si Ayam dengan
rasa cemas. Sudahlah
tidak berjaya terbang,
jarum yang
dipinjamkan pula
hilang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Jika begitu, kau
sudah melakukan
kesalahan besar. Cuba
kau cari jarum itu
sampai dapat. Aku
bagi kau tempoh
seminggu untuk kau
mencari,” tegas Si
Helang, sambil
memberi amaran.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Si Ayam lantas
mendapatkan bantuan
daripada rakan-
rakannya untuk
mencakar timbunan
dedaun dan rumput di
merata-rata tempat
tetapi usaha mereka
tidak berhasil.

Seminggu kemudian,
Si Helang pun datang
lagi untuk menuntut
jarum itu.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Wahai saudara
Helang, jarum itu belum
aku temui juga. Aku
tidak berdaya untuk
mencarinya lagi. Aku
minta maaf,” rayu Si
Ayam.

“Kau menipu aku.
Pasti kau telah
membuang jarum itu,”
tuduh Si Helang.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Aku tidak sengaja
menghilangkan jarum
itu,” jelas Si Ayam.

“Kau bohong. Jarum
itu mesti kau pulangkan
kepada aku sebelum
subuh esok hari. Jika
tidak, kau dan rakan-
rakan kau akan aku
tengkap,” kata Si
Helang yang terbang
pantas dekat Si Ayam.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Seluruh keluarga Si
Ayam terus mencakar
muka bumi untuk
mencari jarum yang
hilang itu, tetapi usaha
mereka itu tidak
berjaya juga.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Si Ayam mengarahkan
semua ayam jantan
berkokok sebelum
tibanya waktu subuh
bagi mengingatkan
mereka supaya bersedia.
Menjelang subuh pada
keesokan harinya, semua
ayam jantan pun
berkokok bersahut-
sahutan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Itulah sebabnya
hingga ke hari ini, ayam-
ayam jantan berkokok
bersahut-sahutan
mengumumkan ketibaan
siang kerana takut
mereka akan ditangkap
oleh Si Helang. Pada
waktu siang, keluarga
ayam tidak berhenti-
henti mencakar tanah
kerana masih mencari
jarum yang hilang. Si
Helang dan Si Ayam
kekal bermusuhan
sepanjang zaman.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

PENGAJARAN


Maksud: Janji yang
diucapkan mestilah
dikotakan atau
ditunaikan kerana
harga diri seseorang itu
terletak pada janjinya.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

NURUL IMAN RAZALI

ARENA BOOKS ENTERPRISE


Click to View FlipBook Version