Pada suatu hari sang kancil dan kura-kura
tanam pokok pisang, mangga, tembikai dan
cili.
Ketika mereka sedang makan buah, datang
sang monyet yang lapar. Kancil dan kura-kura
ajak monyet makan bersama.
Tiba-tiba monyet nampak pokok berbuah
merah. Rakannya larang tetapi monyet
tetap degil. Dia mahu ambil cili itu.
Monyet makan cili itu
dengan rakus dan laju.
Muka monyet menjadi merah. Monyet lompat
kepedasan. Kancil beri air kepada monyet.
Monyet minum dengan banyak sekali.
Akhirnya monyet menyesal. Dia minta
maaf kepada kancil dan kura-kura.