The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-06-24 01:45:46

MERAK DAN BUBUT

MERAK DAN BUBUT

MERAK
DAN

BUBUT

NURUL IMAN RAZALI

Pada zaman dahulu, Merak

dan Bubut bersahabat baik.
Mereka gembira bergaul
sesame sendiri.

Ketika itu, bulu Merak
tidak berwarna-warni seperti
bulunya sekarang. Bulu
Bubut juga berbeza
daripada bulunya sekarang
iaitu warna merah
bercampur hitam. Selepas
begitu lama mereka
bergerak ke sana ke sini,
Merak mendapat satu idea.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Aku amat suka melihat
corak pada sayap rama-
rama yang cantik. Alangkah
baiknya jika kita berdua
mempunyai bulu seperti itu,”
kata Merak.

“Jadi bagaimanakah
caranya untuk kita berdua
mengubah corak dan warna
bulu kita?” tanya Bubut.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Kalau kau setuju, kita
boleh bergilir-gilir melukis
corak pada bulu kita. Kau
terlebih dahulu melukis
corak pada bulu aku,
kemudian barulah aku
berbuat yang sama pada
bulu kau,” kata Merak.

“Baiklah. Aku setuju
kerana kerjasama sesama
sendiri itu memang baik.
Kita harus melakukan kerja
yang berfaedah,” sahut
Bubut.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Sungguh bagus
pendapat kau itu. Sekarang
kita harus mencari corak
yang cerah,” kata Merak.

“Apa yang patut kita
gunakan untuk menghasilkan
corak?” tanya Bubut pula.

“Kita akan cari daun
tarum untuk warna gelap
dan daun engkerebai untuk
warna yang merah tua,”
kata Merak.

“Jadi, bilakah kita harus
pergi mencari semua itu?”
tanya Bubut.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Elok kita mulakan kerja
pada esok hari. Kita
berjumpa semula di
tengah hutan rimba ini
supaya kita bekerja tanpa
diketahui binatang lain.

Apabila semua bahan
telah ada, Bubut pun
mula melukis corak pada
bulu Merak. Selepas dua
minggu Bubut bekerja
tanpa berehat, corak
pada bulu Merak pun
siap. Corak itu amat
cantik.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Pandai sungguh kau
mengukir Bubut. Bulu aku
kini cantik. Aku berasa
sungguh segak,” kata
Merak.

“Ya. Aku harap bulu
aku nanti juga akan
kelihatan secantik kau
juga,” kata Bubut.

“Ya, sudah tentu. Itulah
maksudnya bergotong-
royong,” jawab Merak.

Pada waktu itu, sudah
banyak burung lain
berkunjung ke situ.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Lebih baik kita berdua
berpindah ke tepi jalan
Kaum Manusia supaya
burung-burung lain tidak
berani mendekati kita,”
kata Merak.

“Jadi, bagaimana
dengan kita pula?
Jangan-jangan
keselamatan kita berdua
pula terancam,” kata
Bubut risau.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Aku tidak pasti Bubut,
tetapi di sini kita tetap tidak
dapat bekerja dengan
tekun,” jelas Merak.

Mereka berdua pun
berpindah sambil
membawa semua bahan
yang diperlukan. Di dalam
perjalanan, hati Merak
mula diganggu oleh satu
niat jahat. Ia enggan
mengukir bulu Bubut
dengan baik supaya Bubut
tidak akan menjadi
sesegak dirinya.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Mereka berdua pun
mengambil tempat dekat
jalan Kaum Manusia. Bubut
mula berasa curiga
terhadap Merak yang
mungkin tidak akan
mengukir bulunya dengan
cantik. Merak sekarang
sudah bersedia untuk
mengukir bulu Bubut. Bubut
pula sudah membuka
sayapnya sambil menegak-
negakkan bulu-bulunya.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Belum sempat mereka
melakukan banyak kerja,
sudah kedengaran bunyi
Manusia.

“Aduh, kita dalam
bahaya! Lebih baik kita
lari menyelamatkan diri,”
kata Merak sambil
membubuhkan segala
cat di seluruh tubuh
Bubut. Mereka mendarat
di tebing sungai dekat
sebuah lubuk.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Daripada bayang-
bayang di air, Bubut
mendapati bulunya
comot.

Bubut pun menangis
memikirkan nasib dirinya
yang dianiaya oleh
Merak. Bulunya sekarang
kelihatan lebih hodoh
daripada yang dahulu.

“Tut, tut, tut,” tangis
Bubut.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Jahat sungguh kau
Merak. Aku sudah
mengukir bulu kau
dengan cantik sekali
tetapi engkau pula
menuangkan cat
sebarangan pada
badanku. Kau memang
busuk hati kerana
membalas kebaikan
dengan keburukan,” kata
Bubut.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Ya, memang salah aku,
Aku terlalu terkejut. Oleh
itu, aku mencurahkan
dakwat itu di badan kau,”
jelas Merak.

“Kau bohong Merak.
Kau hanya menggunakan
Manusia sebagai alasan
dan kau sengaja
menuangkan cat itu pada
bulu aku. Oleh itu, mulai
hari ini, aku tidak mahu lagi
berkawan dengan kau,”
kata Bubut dengan begitu
marah.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Kau Merak akan
ditimpa tulah sehinggalah
kepada cucu-cicit kau.
Keturunan kau juga akan
menjadi pupus kerana
Manusia akan sentiasa
memburu keturunan kau
kerana bulu kau yang
cantik. Jika kau dan
keturunan kau tidak tinggal
di hutan rimba, hidup kau
tidak akan tenteram,”
sumpah Bubut.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Merak tidak menjawab.
Dia amat menyesal.
Apabila dia ingin meminta
maaf, Bubut sudah
terbang ke tempat lain.
Merak pun turut terbang.

Semenjak itu, Bubut dan
Merak pun tidak lagi
berkawan. Merak hanya
dijumpai dalam kawasan
hutan dara jauh dari
penempatan Manusia.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Bubut pula mendiami
kawasan belukar. Ia masih
malu akan bulunya yang
hodoh dan sering
menangis, “Tut, tut, tut,”

Daripada kejadian itu,
telah timbul sebuah
peribahasa masyarakat
iban, seperti Puteri Bubut
yang merujuk kepada
seseorang yang suka
tinggal keseorangan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Satu lagi peribahasa
yang merujuk kepada
kerjasama Merak dan
Bubut yang bermaksud
kepada perbuatan
seseorang yang membalas
kebaikan dengan
keburukan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

PENGAJARAN


Maksud: Perbuatan baik
terhadap seseorang
dibalas dengan
perbuatan jahat.
Ais susu dibalas dengan
air tuba: Kebaikan
dibalas dengan
kejahatan.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

NURUL IMAN RAZALI

ARENA BOOKS ENTERPRISE


Click to View FlipBook Version