The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-07-04 00:16:45

Cita-Cita Kita

Cita-Cita Kita

CitaKi-tacita

2A Buku 4

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Singapura

Abang sedang buat apa
Abang sedang bermain.
Abang sedang bermain apa
Abang sedang bermain cita-cita.

1

Bermain cita-cita itu bagaimana,
Abang
Kita melakonkan cita-cita kita.
Permainan ini seronok sekali.

2

Hmm... Adik mahu bermain
bersama-sama, boleh
Sudah tentu boleh. Mari ikut Abang.

3

Selamat datang ke Bengkel
Abang dan Adik. Kita bekerja
sebagai mekanik di tempat ini. Kita
membaiki kenderaan yang rosak.

4

Boleh Adik cuba membaiki
van yang rosak ini
Sudah tentu boleh, Adik. Silakan.

Wah, seronoklah pekerjaan ini! 5

Sekarang, pakailah topi ini, Adik.
Topi ini untuk apa
Kita ada kecemasan sekarang.

6

Ada rumah terbakar! 7
Mari kita padamkan api.
Kita selamatkan orang di sana.

Seronoklah dapat menjadi
ahli bomba. Ahli bomba wira. 
Betul, sekarang ikut Abang lagi.

8

Kasihan mangsa-mangsa kebakaran
tadi. Mereka tiada rumah sekarang.
Mari kita bina rumah baharu.

9

Abang sekarang jadi arkitek.
Arkitek melukis pelan bangunan.
Adik pula jurutera. Jurutera
membina bangunan.

10

Wah, bangunan kita sudah siap! 11
Adik jurutera yang cekap.
Oh, terima kasih Abang.
Arkitek dan jurutera juga wira.

Para hadirin sekalian. Marilah kita
menjadi rakyat yang baik seperti
jurutera dan arkitek bangunan ini.
Eh, Abang siapa pula sekarang

Sekarang, Abang pemimpin negara
seperti Encik Yusof bin Ishak.
Siapakah Encik Yusof bin Ishak

12

Encik Yusof bin Ishak presiden
pertama Singapura yang baik. Adik
pula boleh menjadi pemimpin yang
bijak seperti Encik Lee Kuan Yew.
Perdana Menteri Singapura
yang pertama

13

Sekarang Abang membaca berita.
Abang menjadi pembaca berita.

14

Salam sejahtera.
Bangunan baharu Abang dan Adik
telah siap dibina. Bangunan ini
untuk mangsa-mangsa kebakaran.
Perdana Menteri telah melawati
bangunan ini tadi.

15

Seterusnya, Abang dan Adik menjadi
angkasawan. Mereka telah
menaiki kapal angkasa
untuk ke bulan.

Mereka ke bulan untuk
melihat keadaan di situ.

16

Mereka akan membina makmal 17
dan rumah di bulan. Semoga
mereka berjaya. Sekianlah berita
untuk hari ini.

Hahaha! Seronok, bukan
Betul! Betul! Marilah Abang!
Marilah kita ke restoran Adik pula.
Kita menjadi cef dan membuat
sandwic.

18

Wah, seronoknya bermain cita-cita!
Sudah tentu! Besok, kita akan
bermain lagi.

19

Aktiviti Lanjutan:
Ceritakan cita-cita kamu.
Mengapakah kamu memilih
cita-cita itu

20

Malay Language for Primary Schools

Small Reader 2A Book 4

Ketua Projek: Haslindah Mispan

Anggota: Salha Mohamed Hussain Hartini Abdullah Noraida Daud
Zainaba Omar Rashidah Mohamed Rafei Zalinah Hassan
Juliyah Yaacob Zalina Zainol
Hafsah Mohammad Kassim Mohd Saddiq Mohd Salleh

©Ministry of Information and the Arts Collection, courtesy of National Archives of Singapore
(p.13 Prime Minister Lee Kuan Yew delivering a speech on his return from a mission trip to Djakarta_26/01/1960)

© 2016 Curriculum Planning & Development Division
Ministry of Education, Singapore
MOE Building
1 North Buona Vista Drive
Singapore 138675

Published by Marshall Cavendish Education
Times Centre, 1 New Industrial Road, Singapore 536196
Customer Service Hotline: (65) 6213 9444
E-mail: [email protected]
Website: www.mceducation.com

Marshall Cavendish is a registered trademark of Times Publishing Limited

First published 2016

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, ISBN 978-981-4426-76-3
stored in a retrieval system or transmitted, in any form or by
any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or
otherwise, without the prior permission of the copyright owner.
Any requests for permission should be addressed to the Publisher.

Cita-cita Kita 9 789814 426763
ISBN 978-981-4426-76-3

Printed in Singapore

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Singapura


Click to View FlipBook Version