PUYUH
DAN
KESTURI
NURUL IMAN RAZALI
Pada masa lampau,
Puyuh terbang bebas di
dalam hutan seperti
burung-burung lain.
Puyuh suka bergaul
dengan haiwan-haiwan
kecil seperti Tupai, Tikus
dan Tikus Kesturi. Lama-
kalamaan, Tikus Kesturi
menjadi kawan
karibnya.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
Puyuh dan Tikus Kesturi
berjanji akan
bekerjasama dalam
semua usaha. Pada
waktu mereka berehat,
mereka bergilir-gilir untuk
berkawal. Ketika Puyuh
tidur, Tikus Kesturi
berjaga.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
Waktu Tikus Kesturi
tidur, Puyuh pula
berkawal. Mereka amat
takut akan ancaman
daripada Ular Sawa dan
Helang.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
Pada suatu hari, giliran
Puyuh pula yang
berkawal dan Tikus Kesturi
pula yang tidur dengan
nyenyak dekat sepohon
pokok. Waktu itu, seekor
Helang telah terbang
lalu, nyaris-nyaris
menerkam Puyuh. Nasib
baik Puyuh sempat
menyelamatkan dirinya
ke dalam longgokan
ranting-ranting. Puyuh
terlalu cemas sehingga
dia melarikan diri ke
hutan dan tidak
sempat mengejutkan
Tikus Kesturi.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
Apabila Tikus Kesturi
terjaga, dia terkejut
mendapati Puyuh tiada
berkawal. Tikus Kesturi
terpinga-pinga mencari
Puyuh.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Oh, ke mana kau
pergi tadi? Kenapa kau
meninggalkan aku?”
tanya Tikus Kesturi. “Aku
berada di pokok itu. Aku
takut berada di tanah.
Nanti Helang akan
menyangka yang aku ini
seperti anak ayam,”
jelas Puyuh.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Oh, mana boleh
buat begitu. Kau tidak
patut meninggalkan
aku begitu sahaja. Kau
harus kejutkan aku
dahulu, supaya kita
berdua sama-sama
boleh menyelamatkan
diri sendiri,” kutuk Tikus
Kesturi.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Aku mengakui aku
bersalah. Aku terlalu
cemas. Aku tidak dapat
terus duduk bersama
kau. Keadaan ketika itu
sungguh tidak selamat,”
kata Puyuh.
“Jika begitu, kau
telah memungkiri janji
kita dahulu,” kata Tikus
Kesturi.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Itu betul saudara
Tikus Kesturi tetapi lebih
baik aku mungkir janji
daripada hidup tidak
selamat,” jawab Puyuh.
“Kalau macam itu,
apa boleh buat. Aku
pun tidak mahu
berkawan dengan kau
lagi. Kau penipu,” kata
Tikus Kesturi.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
“Kau akan menjadi
tulah, Puyuh. Jika kau
hinggap di dahan
pokok, kau akan mati.
Kau akan bertukar
wajah, berbeza
daripada burung lain,”
sumpah Tikus Kesturi.
“Kau pun akan tulah.
Kau pantang memanjat
pokok. Kau akan mati
jika kau menyeberangi
jalan Manusia,” sumpah
Puyuh.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
Mulai dari waktu itu,
Tikus Kesturi dan Puyuh
bermusuhan. Puyuh
tidak lagi hinggap di
dahan pokok tetapi
tinggal di semak.
Ekornya tiada lagi.
Kakinya menjadi
renceng dan paruhnya
bertukar runcing. Tikus
Kesturi pun tidak lagi
memanjat pokok dan
kerap kali dijumpai mati
di atas jalan.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
PENGAJARAN
”
Maksud: Seseorang
yang tidak memegang
kata-katanya sendiri
dan sering memungkiri
janji. Tidak sedar dirinya
dibodohi orang lain.
ARENA BOOKS ENTERPRISE
NURUL IMAN RAZALI
ARENA BOOKS ENTERPRISE